Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 03-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tidak ada yang perlu kita takuti, kecuali ketakutan itu sendiri.
-- Franklin di. Roosevelt

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 63
Ahli: 0
Jumlah: 63




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 6 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: pelakon iklan sunsilk..


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» pelakon iklan sunsilk..

Please Mendaftar To Post


Oleh pelakon iklan sunsilk..

istisafa

Menyertai: 16.12.2003
Ahli No: 5723
Posting: 626
Dari: Kelana Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-07-06 11:51


MELIHAT wajah manis ini pasti anda teringatkan sesuatu. Wajahnya pernah muncul di kaca TV, tapi bukan sebagai pelakon atau penyanyi. Jika anda tenung betul-betul, ingatan anda pasti akan singgah pada satu satu iklan syampu di mana seorang isteri yang menukar beberapa kali tudung kepalanya sebelum pergi ke rumah ibu mentuanya.

Wajah yang pada mulanya agak cemas kerana bimbang tidak selesa dengan pemakaian tudungnya kemudian bertukar menjadi ceria setelah memakai syampu. Sayangnya, si suami pula tidak membawa isterinya ke rumah ibunya tetapi pergi bersiar-siar menikmati panorama malam di tebing bukit disebabkan terlalu terpesona dengan kejelitaan isterinya.

Model iklan yang cantik jelita itu adalah Nik Farideh Yousef Mohd.
Khani, 25, berasal dari Jalan Telipot, Kota Bharu, Kelantan.

Anak sulung daripada tiga adik-beradik ini mempunyai darah kacukan Iran dari sebelah ayahnya.

Nik Farideh yang berkelulusan Bio-Perubatan, kini sedang meneruskan pengajian Sarjana Lanjutan dalam bidang Psikologi Klinikal, di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Dan jangan anda terkejut apabila pasanganya dalam iklan itu adalah suaminya, Dr. Azirul Salihin Anuar, 28.

Pasangan sama cantik sama cemerlang bukan sahaja disatukan di dalam iklan tersebut tetapi juga berkongsi hidup sejak tiga bulan lalu dan pada 18 Jun lalu, mereka disandingkan untuk disaksikan sanak saudara dan rakan taulan.

Azirul, anak kelahiran Kota Bharu Kelantan itu, merupakan seorang doktor perubatan dan kini berkecimpung sepenuh masa dalam bidang perniagaan kejuruteraan dan membabitkan diri dalam bidang peragaan. Ditanya bagaimana boleh terbabit dalam iklan berkenaan, Nik Farideh mengakui diperingkat awal mereka sama sekali tidak menduga terpilih.

"Kami bertemu seorang teman lama yang meminta kami menjalani uji bakat yang sedang dijalankan. Tiga kali kami mencuba dan tidak sangka pula terpilih. Pengambaran dijalankan selama dua hari dengan beberapa pelakon tambahan,'' katanya.

Bagi Nik Farideh, biarpun ini pengalaman pertama kali berlakon filem iklan tetapi beliau dapat menjayakannya dengan baik.

Menurut Nik Farideh, pengalaman itu amat berharga untuk dirinya dan tidak menganggap pembabitannya dalam iklan berkenaan menjadikan dirinya glamor biarpun sering menjadi perhatian apabila keluar rumah. Ditanya sama ada beliau berminat dengan bidang lakonan, katanya, beliau berminat untuk berlakon asalkan dibenar bertudung.

Dalam pada itu Azirul juga tidak menghalang sekiranya Nik Farideh
berlakon asalkan pandai menjaga batas-batas diri sebagai isteri.
Pada waktu ini kata Azirul, Nik Farideh mempunyai banyak masa lapang kerana tidak perlu menghadiri kuliah yang banyak.

Ditanya keistimewaan isterinya sehingga terpilih sebagai pelakon utama iklan itu, Azirul berkata, Nik Farideh kelihatan cantik dalam tudung berwarna hijau dan menepati cita rasa pihak pengiklan kerana beliau pandai berlakon.

"Saya menjadi pasangan paling sesuai untuk digandingkan dengannya daripada orang lain di dalam iklan berkenaan,'' katanya.

/

Bookmark and Share

    


  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Quote dan BalasQuote

nurlynn
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-07-06 12:10


oooh...suami isteri rupanya...
bagusla...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlynnProfil   Hantar PM kepada nurlynn   Quote dan BalasQuote

tudung_kelabu
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.08.2005
Ahli No: 18250
Posting: 234
Dari: sha aramu

Kelantan  


posticon Posting pada: 14-07-06 12:22


**********************
heroin=isteri sendiri
hero=suami sendiri

hahaha bagus2!!
baru boleh nak romantik!!

***********************

Bookmark and Share

    


  Member Information For tudung_kelabuProfil   Hantar PM kepada tudung_kelabu   Quote dan BalasQuote

eNira
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.07.2005
Ahli No: 17047
Posting: 102
Dari: somewhere in Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-07-06 12:49


sib baik suami isteri..baru rasa best nak tengok...

Bookmark and Share

    


  Member Information For eNiraProfil   Hantar PM kepada eNira   Quote dan BalasQuote

fadzlyz
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2006
Ahli No: 24451
Posting: 639
Dari: cheras

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 14-07-06 13:06


begitu baru betul!

Bookmark and Share

    


  Member Information For fadzlyzProfil   Hantar PM kepada fadzlyz   Quote dan BalasQuote

Maisarah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.08.2003
Ahli No: 2803
Posting: 205
Dari: Singapore

singapore   avatar


posticon Posting pada: 14-07-06 13:51


Salam..
Tak silap nik farideh ni pernah jadi covergirl dara.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For MaisarahProfil   Hantar PM kepada Maisarah   Quote dan BalasQuote

ikhwan5217
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.02.2006
Ahli No: 22999
Posting: 121
Dari: Pusat Islam Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 14-07-06 14:30


hurmmm

Bookmark and Share

    


  Member Information For ikhwan5217Profil   Hantar PM kepada ikhwan5217   Pergi ke ikhwan5217's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah83
WARGA SETIA
Menyertai: 05.02.2004
Ahli No: 7015
Posting: 1001
Dari: Tawau

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 14-07-06 16:05


mmmm.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah83Profil   Hantar PM kepada muslimah83   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 14-07-06 16:08


satu idea yang baik, pasni nak ajak isteri berlakon dalam iklan sama-sama lah :-di

ops, lupa pula tak kawin lagi :lol:

p/s: kedua-duanya pun doktor, tak cukup lagi ke pendapatan mereka ye?


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

qhal
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.09.2004
Ahli No: 11344
Posting: 385
Dari: (((Selangor)))

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-07-06 17:10


so apa manafaatnya kepada saya!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For qhalProfil   Hantar PM kepada qhal   Quote dan BalasQuote

ieda
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.10.2003
Ahli No: 4797
Posting: 226
Dari: pontian

Johor   avatar


posticon Posting pada: 14-07-06 17:13


ok baguslah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For iedaProfil   Hantar PM kepada ieda   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.101802 saat. Lajunya....