Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Air yang mengapungkan kapal, air juga yang menenggelamkan kapal
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 159
Ahli: 0
Jumlah: 159




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Pas bersedia maafkan Dr. Mahathir


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Pas bersedia maafkan Dr. Mahathir

Please Mendaftar To Post


Oleh Pas bersedia maafkan Dr. Mahathir

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 05-07-06 17:22


KOTA KINABALU 4 Julai - Pas bersedia melupakan segala dendam politik terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad sekiranya bekas Perdana Menteri itu sanggup bekerjasama dengan parti tersebut.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pendirian itu bagaimanapun terpulang kepada kesediaan Dr. Mahathir sendiri untuk mengakui kesilapan semasa memimpin UMNO dan menjadi Perdana Menteri.

Katanya, meskipun Dr. Mahathir adalah musuh utama politik Pas yang berkali-kali menjatuhkan parti itu, namun tindakan mengadakan hubungan baik perlu bagi ‘memperbetulkan keadaan’.

‘‘Dalam politik musuh boleh menjadi kawan dan kawan boleh menjadi musuh, itu adat politik dan perkara biasa,†katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan Pas yang dilihat cuba mengambil kesempatan di atas kritikan Dr. Mahathir terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.


:roll:

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

al_farisi
WARGA SETIA
Menyertai: 18.01.2004
Ahli No: 6556
Posting: 608
Dari: Tiada kepada ada & ada kepada tiada

iran   avatar


posticon Posting pada: 05-07-06 18:07


Melayu mudah lupa. Nampak sangat PAS ini dah lupa apa yang pernah dia alami dulu.

Tak semudah tu kita melupakan apa yang Dr. M pernah lakukan terhadap PAS. Kita boleh menyokong tindakan beliau dalam pertelingkahan dengam Pak Lah kerna apa yang beliau katakan ada merit. Cuma jangan lah sampai tahap nak lupakan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For al_farisiProfil   Hantar PM kepada al_farisi   Quote dan BalasQuote

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 06-07-06 18:01


dalam politik..tak ada musuh yang kekal begitu juga tak ada kawan yang kekal.... selalunyalah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 06-07-06 18:01


dalam politik..tak ada musuh yang kekal begitu juga tak ada kawan yang kekal.... selalunyalah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

smile_roses
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2003
Ahli No: 3694
Posting: 895
Dari: Bumi Allah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 06-07-06 21:36


Assalammualaikum wr wb
bagi ana tindakan pas memaafkn adalah baik.. kan memaafkan itu sifat mulia.. ^_^

Bookmark and Share

    


  Member Information For smile_rosesProfil   Hantar PM kepada smile_roses   Pergi ke smile_roses's Website   Quote dan BalasQuote

ana_anua
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.05.2005
Ahli No: 16461
Posting: 151
Dari: SARAWAK

Perak  


posticon Posting pada: 06-07-06 21:49


nabi pun maafkan umatnya...
inikan pula kita umat nabi Muhammad

Bookmark and Share

    


  Member Information For ana_anuaProfil   Hantar PM kepada ana_anua   Quote dan BalasQuote

Addey
WARGA SETIA
Menyertai: 13.03.2005
Ahli No: 15105
Posting: 948
Dari: kota marudu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 08-10-06 21:00


Maaf itu satu akhlak yang tinggi... sifat memaafkan juga adalah untuk mencuci hati kan?

Bookmark and Share

    


  Member Information For AddeyProfil   Hantar PM kepada Addey   Quote dan BalasQuote

alKhattab
Warga 5 Bintang
Menyertai: 02.01.2005
Ahli No: 13471
Posting: 374

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 08-10-06 21:25


kurang setuju

Bookmark and Share

    


  Member Information For alKhattabProfil   Hantar PM kepada alKhattab   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-10-06 21:34


erm...

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 08-10-06 21:37


naruto-san hanya akan memaafkan mahathir.....jika mahathir dijatuhkan hukuman atas segala kesalahan yang dia lakukan sewaktu dia berkuasa dahulu.....dan dihumban masuk dalam penjara seumur hidup (banyak dosa dan kesilapan yang dia pernah buat kepada rakyat, tak cukup hanya duduk dalam penjara 2,3 tahun - bahkan sepatutnya dia dijatuhkan hukuman gantung sampai mati).

selain itu....negara kena declare....mahathir sebagai pemimpin dan diktator paling keji dalam sejarah pentadbiran malaysia....and nama mahathir perlu disemadikan sebagai seorang PENJENAYAH....bukan seorang pemimpin.....dalam buku sejarah jugak perlu dikemaskinikan tentang mahathir....mahathir bukan pemimpin tetapi seorang PENJENAYAH.

wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

alKhattab
Warga 5 Bintang
Menyertai: 02.01.2005
Ahli No: 13471
Posting: 374

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 08-10-06 21:44


erm...boleh terima juga pendapat naruto-san...sesorang yang memburukkan islam maka mesti ada hukumannya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For alKhattabProfil   Hantar PM kepada alKhattab   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 08-10-06 23:00


Pembangkang suka cuci tangan

PAS sebenarnya tidak peduli dengan masalah serta perasaan rakyat. Seperti kata Perdana Menteri walaupun Pas melakukan beribu kesalahan, namun untuk meminta maaf jauh sekali. Itulah keangkuhan pemimpin Pas yang saya rasa akhirnya akan makan diri mereka sendiri. Rakyat sedar akan sandiwara yang sering dilakukan oleh Pas.

Penyokong Pas juga sedar sandiwara yang pemimpin mereka lakukan, namun mereka beranggapan itu hanyalah strategi politik. Jika strategi itu menjadi, mereka akan gembira apabila melihat BN khasnya UMNO terkapai-kapai untuk membetulkan keadaan.

Sebaliknya jika strategi mereka tersilap mereka akan berdiam diri dengan harapan rakyat akan melupakannya apabila masa berlalu. Rakyat pada hari ini termasuk penyokong Pas benar-benar telah sedar dengan tipu muslihat para pemimpin Pas. Jika dulu benda putih dikatakan hitam oleh pemimpin Pas, maka penyokongnya akan turut mengatakan benda itu hitam. Hari ini telah berbeza.

Rakyat tahu 1001 macam keangkuhan, keegoan, fitnah, pembohongan dan penyelewengan yang dilakukan oleh Pas yang berselindung dengan kalimah agama.

Apabila berucap kita akan dapati para pemimpin Pas penuh dengan keriakan, penuh dengan maki hamun dan cerca, penuh angkuh dan takbur. Mereka tahu semua itu tidak disukai oleh Allah s.w.t., namun mereka tetap melakukannya dan pendengarnya tetap juga bersorak gembira dan sesekali takbir.

Petunjuk telah banyak, iktibar telah berlaku, jika mereka masih tidak insaf, mereka akan hancur dan menyesal.

Pernahkah mereka mengutamakan kepentingan rakyat dan perasaan rakyat. Tidak sama sekali. Dalam Pilihan Raya Umum 1999, di Sanggang, Lunas dan Likas mereka menggunakan isu syurga neraka. Mereka ingin mengambil alih kuasa Allah s.w.t. Kemudian mereka mudah cuci tangan mengatakan itu bukan daripada pemimpin Pas sebaliknya daripada pemimpin kecil mereka. Rakyat sedar hal ini kerana kita tahu 50 juta rakyat Islam di China, 140 juta di Pakistan dan 190 juta di Indonesia tidak pun perlu mengundi Pas untuk ke syurga.

Dalam pilihan raya juga setiap malam mereka menjeritkan soal hudud. Bila rakyat memberi peluang kepada mereka berkuasa, mudah saja di depan masyarakat Cina, Pas berkata hudud hanya 0.0001 peratus daripada hukum Islam.

Bila Perdana Menteri dengan beraninya mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam di hadapan perhimpunan Parti Gerakan, itu mereka anggap sandiwara. Tentulah juga mereka akan menuduh para pelajar yang ditangkap di bilik gerakan BN di Indera Kayangan sebagai tajaan UMNO dan sandiwara lagi. Tidak hairan juga jika kehadiran Ahli Kongres Amerika yang kerap ke Malaysia sejak kebelakangan ini sebagai sandiwara Perdana Menteri.

Semua itu menjelaskan kepada rakyat bahawa pemimpin Pas sebenarnya jumud. Mereka terlalu tamakkan kuasa dan ingin berbuat apa sahaja demi mendapatkannya meskipun menerusi cara yang dilarang oleh Islam. Timbalan Presiden Pas juga sudah menegur segelintir ahli YB Pas yang sudah takut untuk mengangkat tangan kepada para penyokong. Rakyat melihat ini semua dengan sinis.

Kemudian timbul isu Al-Ma'unah. Pakatan parti pembangkang ada menggantung kain rentang di Teluk Kemang, mengucapkan terima kasih kepada perajurit yang telah memenangkan mereka melalui undi pos. Tanpa mengambil kira budi baik serta sensitiviti perajurit di Teluk Kemang, pembangkang terus sahaja melemparkan tuduhan yang menghiris hati iaitu sandiwara tentera dan UMNO di Sauk.

Mereka kononnya orang yang bercakap mengenai agama tetapi mereka ini benar-benar cakap tak serupa bikin. Rakyat sebenarnya boleh menilai pendirian pemimpin Pas setiap hari mengenai isu Al-Ma'unah ini.

Kemudian timbul isu KMM. Bercanggah sangat kenyataan yang dibuat oleh Mursyidul Am, Setiausaha Agung, Presiden dan ketua Pemuda Pas dari semasa ke semasa. Mulanya ingin membela, kemudian ingin lepas tangan. Saya tidak hairan kerana selain daripada Mursyidul Am mereka, rakyat telah nampak bahawa pemimpin-pemimpin di atas telah selesa dengan kedudukan masing-masing serta kereta mewah.

Timbul isu para pelajar di IPTA dan IPTS. Mereka mulanya ingin membela, kemudian apabila nampak rakyat seakan-akan menentang, mereka sekali lagi cuci tangan. Timbul isu banjir, rakyat melihat pemimpin BN khususnya UMNO bertungkus- lumus membantu rakyat tanpa mengira ideologi politik, mereka sekali lagi tertanya-tanya ke mana menghilangnya ahli-ahli Yang Berhormat (YB) pembangkang.

Rakyat telah mula sedar tentang perangai pemimpin Pas yang suka cuci tangan atau lempar batu sembunyi tangan. Walaupun ada rakyat yang terpengaruh dengan hasutan Pas, tetapi akhirnya apabila timbul masalah, mereka akan menafikan penglibatan mereka.

Itulah sebabnya walaupun terdapat penyokong Pas yang melakukan sesuatu kemudaratan, pada awalnya mungkin Pas akan membela, tetapi akhirnya jika isu itu akan menyusahkan mereka, maka Pas akan menafikan penglibatan ahli mereka. Dengan cara ini mereka akan terlepas. Tinggallah ahli yang terlibat, pelajar yang terlibat, pensyarah yang terlibat, guru yang terlibat menanggung sendiri akibatnya. Mereka akan kata semua yang terlibat tidak ada kena-mengena dengan Pas.

Lainlah hal sekiranya sesuatu isu tersebut ternyata menguntungkan Pas, maka mereka beria-ia sangat mempertahankannya walaupun rakyat nampak perkara yang sebenar.

**PAS ni siapa macam dah hebat sangat?Pas tak pernah langsung meminta maaf kepada seluruh rakyat Islam Malaysia sewaktu menyampaikan cerita palsu.dulu kata undi Pas masuk syurga.habis,bagaimana dengan umat Islam di luar Malaysia?adakah tak masuk syurga pasal tak undi Pas?Dulu fitnah kata Tun Mahathir tengok vcd lucah dengan cucu tu pernah minta maaf ke?Kutuk Tun Mahathir dengan pelbagai gelaran,kemudian apa-apa yang berlaku tak habis-habis dengan tuduhan sandiwara seolah-olah boleh tahu hati budi seseorang.Pernah ke Pas minta maaf?Apa benda yang Tun Mahathir buat silap?Sebab "Penjenayah" tu lah rakyat Malaysia dapat mengenali zaman ICT.Sebab "Penjenayah" tu lah perjalanan dari utara ke selatan tak menjadi terlalu lama.Sebab "Penjenayah" tu lah banyak ipt tertubuh.Besar pahala buat jalan raya.tapi apa yang "orang baik" dah buat?ada ke tiada?baiknya "orang baik" tu.**

Perjuangan Pas Buta Kepada Kebaikan

Oleh Mohd Zahani Sulong.

KUALA TERENGGANU -- Sikap Pas menentang segala bentuk kemajuan, terutama dalam dunia pendidikan, sebagaimana yang disebutnya oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dalam amanatnya kepada pemimpin UMNO di PWTC pada 5 Februari lalu, adalah lanjutan sikap negatif yang amat tebal dalam diri pemimpin Pas sejak parti itu ditubuhkan 1951 hingga sekarang.

Dalam tahun enam puluhan UMNO menerima tamparan hebat daripada Pas, apabila kerajaan menubuhkan MARA (Majlis Amanah Rakyat) bagi membantu orang Melayu dalam bidang perniagaan dan pelajaran tinggi tetapi Pas menterjemahkan MARA kepada “Melayu Akan Rugi Akhirnya†dalam ceramahnya ke seluruh negara.

Begitu jugalah apabila kerajaan dibawah kepimpinan Tun Abdul Razak Hussein ketika itu menubuhkan pelbagai agensi bagi mempercepatkan proses pembangunan negara dan memperbaiki jurang perbezaan ekonomi antara melayu dan bukan melayu termasuk Lembaga Kemajuan Tanah Pesesekutuan (LKTP) tetapi Pas menterjemahkannya dengan fikiran singkat mereka kepada Langkah Kerajaan Tipu Rakyat.bagi menghasut orang melayu jangan menjadi peneroka Felda atau LKTP

Tetapi rakyat tahu MARA terlalu banyak jasanya kepada orang melayu di bidang pendidikan tinggi, latihan vokasional dan juga melahirkan peniaga berjaya hasil bimbingannya, manakala Felda atau LKTP juga yang sangat-sangat dibenci oleh Pas suatu ketika dulu telah membuktikan kejayaannya kepada dunia, selain berjaya menjadikan seseorang itu dulu hidup susah di kampung tetapi kini menjadi senang lenang, malahan ada yang menjadi kaya raya kerana menyertai Felda atau LKTP.

Pas juga tentang pemberian sumbangan galakan bagi melahirkan pelajar cemerlang di Terengganu tetapi UMNO menyahut segala dengan berusaha bersungguh-sungguh, akhirnya pelajar UPSR di Terengganu berjaya selama 4 tahun berturut-turut.

Ini adalah kisah dan pengalaman Perdana Menteri menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu dari 2000 hingga 2004. Yang jelas perjuangan Pas tidak berteraskan kepentingan rakyat negara ini, sebaliknya mengimpot perjuangan berteraskan pelampau Islam di Timur Tengah seperti perjuangan kumpulan Khawarij, Al Takfir Wal Hijrah dan sebagainya yang langsung tidak berpijak di bumi nyata demi kepentingan rakyat Malaysia.

Kumpulan Attakfir Wal Hijrah di Timur Tengah dan Utara Afrika terkenal dengan kegiatan ganas termasuk melakukan pembunuhan dan pengeboman dan jenayah begini pernah dilihat oleh rakyat Malaysia dalam persitiwa Memali dan Al Ma’unah yang membabitkan ahli dan penyokong Pas.

Berasaskan itu Pas bukan perjuangan politik untuk rakyat Malaysia, cuma kepimpinan Pas masih menggunakan Malaysia sebagai salah satu negara bagi mengembangkan ajaran yang tidak menghargai nyawa pihak lain.

Ini selaras dengan isu kafir mengkafir yang dikembangkan oleh pemimpin Pas kerana mengikut tafsiran ulamak bahawa bila orang Islam dikafirkan bermakna hak dan harga diri, maruah atau kehormatan serta harta benda termasuk nyawa dan darah orang dikafirkan itu layak diceroboh.

Kenapa perkara ini diperbesar-besarkan oleh Pas sejak beberapa tahun lalu perlu difahami secara mendalam oleh umat Islam di negara ini, khususnya pemimpin UMNO bagi membolehkan mereka lebih faham kesan negatif yang dibawa oleh Pas terhadap rakyat khususnya umat Islam di negara ini.

Pas dilihat sebagai parti politik yang menggalakkan keganasan, perbalahan, permusuhan bagi memecahbelahkan masyarakat sehingga Pas mencipta hukum hakamnya sendiri bukan setakat soal ibadat, tidak boleh mengimamkan kalau bukan dari jemaahnya yang menjadi imam, tidak sah akad nikah, kalau tidak berimamkan anggota jemaahnya.

Tidak boleh dimakan dagingnya kalau tidak disembelih oleh anggota jemaahnya, dan haram dimakan makanan yang disediakan bukan anggota jemaahnya walaupun dimasak oleh ibu sendiri dan pelbagai kerenah agama yang tidak pernah berlaku sebelum ini tetapi terjadi di zaman muncul Pas di bumi Malaysia.

Begitu juga didakwa oleh Pas bila berlaku kematian ibu bapa dalam sesebuah keluarga yang membabitkan mereka yang bukan jemaahnya, maka orang itu tidak layak dan haram menerima bahagian dalam pembahagian harta pesaka sepeninggalan keluarganya. Ini permainan politik yang sungguh dahsyat kerana membabitkan perlanggaran ke atas hukum Faraid, merupakan hukum tetap dalam Al Quran dan Hadis.

Natijahnya umat Islam di Negara ini menanggung beban penderitaan kerana perpecahan dan perbalahan yang tidak pasti bilakah akan selesai dalam keluarga, masyarakat dan hubungan manusia sesama manusia.

Sumber: www.umno-online.com

:roll:


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =
[ Telah diedit oleh: trouver_99 pada 08-10-06 23:10 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 08-10-06 23:18


Malaysia's Mahathir confirms talks between Thai govt, Muslim groups

KUALA LUMPUR (AFP) - Malaysia's ex-premier Mahathir Mohamad brokered talks between Thai officials and Muslim groups from Thailand's south to help resolve the conflict there.

The revelation from his office came Sunday amid indications from Thailand's new government that authorities want to hold peace talks with insurgent groups from the country's Muslim-majority southern provinces.

A spokesman from Mahathir's office confirmed the ex-premier had arranged meetings between Thai officials and Muslim leaders from Thailand's south in the last quarter of 2005.

"Yes he did try to broker a ceasefire, that started off some time last year and there have been about two meetings so far," he told AFP.

The meetings were on Malaysia's northern holiday island of Langkawi, which is close to the countries' shared border and where Mahathir has business interests, he said.

Mahathir, 81, was quoted as saying in a report Saturday that he had initiated a peace plan and that it was up to Thai authorities to continue the efforts.


"My mission is now complete. It is now up to the Thai authorities to proceed with follow-up action," Mahathir was quoted as saying in the Star newspaper.

The elder statesman said he initiated peace talks after discussions with former Thai premier Anand Panyarachun and had also consulted with Thailand's King Bhumibol Adulyadej.

"I sought an audience with the king in October following Anand's advice. The king agreed with Anand's suggestion that I be involved in the peace initiative for southern Thailand," said Mahathir.

Several insurgent groups, including Bersatu and the Patani United Liberation Organisation, attended the meetings, while the Thai government was represented by Lieutenant-General Vaipot Srinual, Mahathir's spokesman said.

Malaysian deputy premier Najib Razak said Mahathir had brokered the talks as the head of a non-government organisation and that Malaysia would not intefere in Thailand's internal politics, reports said Sunday.

Mahathir, currently in a stand-off with the Malaysian government for criticising its policies, has spent his time since retiring as premier in 2003 lobbying for world peace.

Thailand's coup leader Sonthi Boonyaratglin last week confirmed that authorities want to hold peace talks with insurgent and a Thai official said discussions would start early next month.

Separatist violence and other unrest in southern Thailand has killed more than 1,500 since January 2004.

**Pas ada pergi tolong ke di selatan Thailand tu?**

:roll:


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

khairulazmi06
Warga 2 Bintang
Menyertai: 29.07.2006
Ahli No: 25499
Posting: 53
Dari: pahang

blank   avatar


posticon Posting pada: 09-10-06 01:01


rata-rata sahabat ukhwah tidak berbincang hal2 berkaitan politik dengan matang dan dengan penuh ilmiah masing-masing rata2 menyalahkan pembangkang dan ada juga menyalahkan pihak kerajaan............

cubalah rujuk buku yang betul dan informasi yang benar lebih2 lagi tentang islam itu sendiri........

umat islam kena bersatu di bawah panji kebenaran agama islam yang datang dari Tuhan yang maha esa......

yang berpandukan al-quran dan sunnah nabi saw...

fitnah, mengata, mengutuk dan mengeji pihak2 yang tertentu jelas bertentangan dengan islam itu sendiri...dan sudah pasti si pendengar tidak akan senang hati membacanya....

Nabi saw pernah diingatkan oleh Allah dalam al-quran supaya berkata2 dengan perkataan yang baik terhadap sesiapa sahaja orang yang disekeliling baginda dan jika berkata2 jahat sudah pasti orang akan menjauhi kita....

islam pasti akan menang....

Bookmark and Share

    


  Member Information For khairulazmi06Profil   Hantar PM kepada khairulazmi06   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 09-10-06 08:31


Assalamualaikum....
Luaskan pemikiran kita. Keratan laporan di atas tak lengkap, mungkin ada huraian atau penerangan terperinci lagi. Perkara ini belum di putuskan lagi, buat apa kita terlalu mudah munghukum. Sehebat mana ke kita ni, nak menghukum sesama bangsa dan agama kita. Kita sepatutnya berfikir secara matang, macam mana nak perkasakan Umat Islam. Setahu ana PAS tak bermusuh dengan orang islam. pas hanya bermusuh dengan ideology sekular yang dibawa oleh UMNO.
Kalaulah apa yang dilaporkan di atas benar. Apa salahnya, cuba kita tengok balik sejarah perjuangan rasulullah, adakah rasulullah berdendam dengan abu sufian atau hindun???
Adakah rasulullah membalas perbuatan jahat mereka dengan balasan yang sama???
Jadi kalau bukan rasulullah kita nak ikut, kita nak ikut siapa?? toghot??? waliyazubillah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.120175 saat. Lajunya....