Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-05-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
It is possible to fail in many ways...while to succeed is possible only in one way.
-- Aristotle

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 55
Ahli: 0
Jumlah: 55




  Yang Masuk Ke Sini
Abdullah: 22 hari yang lalu
muslimin23: 25 hari yang lalu
MTMKi: 38 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 51 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Ramai pemain bolasepak di Piala Dunia beragama Islam


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Ramai pemain bolasepak di Piala Dunia beragama Islam

Please Mendaftar To Post


Oleh Ramai pemain bolasepak di Piala Dunia beragama Islam

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-07-06 11:20


Bolasepak Piala Dunia 2006: Ribery damai dalam Islam – Islam Bukan Halangan

Ribery damai dalam Islam – Islam Bukan Halangan
Paris: Pemain kebangsaan Perancis, Franck Ribery tidak menyangka tindakannya menadah tangan memohon kepada Tuhan, seperti lazim dilakukan oleh orang Muslim, sebelum sepak mula perlawanan sulungnya, kelmarin mencuri tumpuan umum bahawa dia sudah memeluk Islam. Bagi Ribery, 23, dia melihat keperecayaan barunya itu adalah hal peribadi dan tidak suka memperkatakannya dikhalayak ramai, kerana bimbang disalah tafsir penyokong Perancis.




Pemain tengah dan sayap Olympique Marseill itu juga enggan memberitahu wartawan, kisah dia memeluk Islam , biarpun isterinya berasal dari Maghribi memaikan peranan penting mengapa dia memeluk Islam. Sesetengan media mendapat tahu semua itu berlaku selepas dia bermain untuk kelab Galatasary di Turki selama setahun dan membantu kelab itu muncul juara Piala Turki pada 2005. Ribery jarang bercakap mengenai keyakinan terhadap keimanan sebagai seorang Muslim dan mendesak supaya papazazzi tidak menggangunya.

“ Islam adalkah sumber kekuatan saya sama ada diluar atau didalam pedang permainan,” katanya. “Saya menghadapi kesukaran dalam membina karier, juateru saya mahu mencari kedamaian dalam jiwa dan akhirnya saya menemui Islam”

Berita mengenai Ribery memeluk Islam pertama kali didedahkan oleh Majalah L’Express awal tahun ini, biarpun majalah mingguan itu tidak menyebut namanya dan hanya menyatakan seorang pemain skuad kebangsaan Perancis sering dilihat pergi ke masjid, di selatan Marseille. Menuru satu kajian, ratusan penduduk Perancis memeluk Islam setiap tahun dinegara itu, namun mereka merahsiakannya kerana takut ditindas di rumah dan tempat kerja disebabkan pandangan streotaip mengaitkan Islam dengan keganasan.

Kapten Zinadini Zidane atau “Zainuddin Yazid Zidane” juga seorang Muslim. Begitu juga bekas jurulatih Perancis dan Jepun, Philippe Troussier memeluk Islam apabila mengahwini Dominique di ibu negara Maghribi.

Bekas penyerang Liverpool dan Manchester City, Anelka yang digugurkan dalam senarai skuad Perancis, menggunakan nama “Bilal” apabila memeluk Islam. Dia kini berhijrah menyertai kelab Liga Turki, Fenerbahce.


Zainuddin Yazid Zidane


Nicolas "Bilal" Anelka


Philippe Troussier



Perancis kini didiami antara enam hingga tujuh juta penduduk islam, golongan minoriti terbesar di Eropah. Steve Bradore dr Organisasi Shehada yang mengendalikan urusan berkaitan pemelukan Islam berkata masyarakat Muslim Perancis sepatutnya berbangga dengan Ribery.

“Dia adalah contoh yang membanggakan kami berdasarkan persembahan unik dan kesederhanaannya,” katanya kepada Islam Online.net.

Ribery dikatakan calon pengganti Zidane kerana pemain yang tiga kali dinobatkan Pemain Terbaik Fifa Sepanjang Zaman , bakal menarik diri selepas Piala Dunia 2006.

Dia memulakn karier bersama kelab tempatan, US Boulogne dan kemudian berpindah ke Ales, Brest dan FC Metz. Perpindahanya ke Marseille membolehkan Ribery menjadi pemain terbaik Perancis bagi bulan November 2005 sebelum dipilih menyertai skuad kebangsaan ke Jerman.

Islam Bukan Halangan
Franck Ribery bukan pemain Islam tunggal beraksi di Piala Dunia 2006 selain pemain Arab Saudi, Iran dan Tunisia. Rakan sepasukannya dalam skuad Perancis, Zinedine ‘Yazid’ Zidane juga beragama Islam. Dia yang berketurunan Algeria membantu Perancis menjuarai Piala Dunia 1998 dan Euro 2000. Kehebatan corak permainan Zidane diiktiraf menerusi pemilihannya sebagai Pemain Terbaik Dunia sebanyak tiga kali.

Sweden pula mempunyai dua pemain Muslim dalam pasukannya Zlatan Ibrahimovic dan Rami Shaaban. Zlatan lahir dalam keluarga imigran Bosnia-Herzegovina yang berpindak ke Malmo, Sweden, manakala Rami pula campuran keturunan Mesir dan etnik Finland.



Zlatan Ibrahimovic


Rami Shaaban


Belanda turut memiliki dua pemain beragama Islam, Robin van Persie dan Khalid Boulahrouz. Persie,menjaring gol menerusi sepakan percuma ketika menentang Ivory Coast, Jumaat lalu memeluk Islam selepas berkahwin dengan teman wanitanya yang berketurunan campuran Belanda-Maghribi, Bouchra .

Khalid pula diturunkan sebagai pemain gantian dalam dua perlawanan Belanda sebelum ini ketika menentang Serbia dan Montenegro serta Ivory Coast. Pemain pertahan ini juga berketurunan Belanda-Maghribi.


Robin van Persie


van Persie bersama isteri, Bouchra


Khalid Boulahrouz


Ivory Coast pula menyenaraikan dua pemain adik beradik beragama Islam, Kolo Toure dan Yaya Toure. Kolo bermain di posisi pertahanan manakala Yaya tengah. Yaya kini bermain untuk kelab Greece, Olympiakos dan prestasinya mencuri perhatian beberapa kelab gergasi termasuk Manchester United, Chelsea dan AC Milan. Namun dia tidak menerima semua tawaran itu kerana mempunyai impian bermain bersama abangnya, Kolo di Arsenal



Kolo Toure


Yaya Toure



http://grenbara.bravejournal.com/


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Hamas_Ayasy
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.03.2006
Ahli No: 23542
Posting: 128
Dari: Al-Ardhu

Perak  


posticon Posting pada: 02-07-06 12:14


em..hebat lah ummi.
fakta mgenai world cup pun boleh tau.
orang laki yang minat bola pun tak semua tau hehe..
syabas ummi..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Hamas_AyasyProfil   Hantar PM kepada Hamas_Ayasy   Quote dan BalasQuote

wan_andmawaddah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22771
Posting: 361
Dari: tanah permaisuri

Kelantan  


posticon Posting pada: 02-07-06 12:21


Alhamdulilah...semoga mereka terus mendapat keredhaaNya...

p/s: ummi ini wanita serba boleh :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For wan_andmawaddahProfil   Hantar PM kepada wan_andmawaddah   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 02-07-06 13:47


adik saya nak main bola jugak kat sekolah... tapi abah tak kasi sebab kena pakai short katanya... errr! boleh ke tak???

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-07-06 13:59


suruh saja dia pakai seluar panjang, kalau diwajibkan pakai short juga mengikut mazhab kita tak bolehlah sebab mendedahkan aurat.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 02-07-06 14:06


Pasukan Kelantan tu mazhab apa, bukan mazhab kita?

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 02-07-06 16:56


dah lama dengar cerita...ni nampak jelas sikit..thank you ummi

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

Putra_Aiman
WARGA SETIA
Menyertai: 13.11.2003
Ahli No: 5086
Posting: 995
Dari: 698,Ruby Avenue,08000 Sungai Petani

Kedah  


posticon Posting pada: 02-07-06 17:30


hmmm...tak sangka...mungkin sebab persepsi yang salah tentang islam mereka terpaksa low profile dalam soal agama...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Putra_AimanProfil   Hantar PM kepada Putra_Aiman   Pergi ke Putra_Aiman's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 02-07-06 18:08


ummi ini fasal bola sepak pun tau ek... saya pun tak tau zidane zainudin yazid zidane tu muslim....

Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

ana_anua
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.05.2005
Ahli No: 16461
Posting: 151
Dari: SARAWAK

Perak  


posticon Posting pada: 02-07-06 21:21


!!! QUOTE !!!

     Posting pada: 02-07-06 12:14
em..hebat lah ummi.
fakta mgenai world cup pun boleh tau.
orang laki yang minat bola pun tak semua tau hehe..
syabas ummi..

tangan yang menggoncang buaian jangan disangka tidak mampu menggoncang dunia...
:-)
emm saya pun tak tau tentang faktatu
thanks ummimq

Bookmark and Share

    


  Member Information For ana_anuaProfil   Hantar PM kepada ana_anua   Quote dan BalasQuote

smile_roses
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2003
Ahli No: 3694
Posting: 895
Dari: Bumi Allah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 02-07-06 21:35


hebat ummimq :).. alhamdulillah syukur...

Bookmark and Share

    


  Member Information For smile_rosesProfil   Hantar PM kepada smile_roses   Pergi ke smile_roses's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-07-06 23:39


:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

lara
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.02.2006
Ahli No: 22692
Posting: 277
Dari: uitm, seri iskandar

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 02-07-06 23:48


hmm...ramai juga yang peluk islam..semoga brtambah ramai umat islam dalam dunia ni

Bookmark and Share

    


  Member Information For laraProfil   Hantar PM kepada lara   Quote dan BalasQuote

Addey
WARGA SETIA
Menyertai: 13.03.2005
Ahli No: 15105
Posting: 948
Dari: kota marudu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 06-07-06 11:01


Allah beri hidayat kepada sesiapa yang dikehendakinya.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For AddeyProfil   Hantar PM kepada Addey   Quote dan BalasQuote

hafiz86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.06.2006
Ahli No: 24920
Posting: 253
Dari: Bumi Hang Tuah

Melaka  


posticon Posting pada: 06-07-06 11:37


Terima kasih bagi info yang berguna kepada saya.
Saya memang minat sangat dengan pemain Robin van Persie kerana dia seorang pemain yang hebat dan macho.
Nama dia melonjak apabila dia masuk Arsenal

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafiz86Profil   Hantar PM kepada hafiz86   Quote dan BalasQuote

solskjaer
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2004
Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united

saudiarabia  


posticon Posting pada: 06-07-06 12:43


Pada 02-07-06 14:06 , mawa posting:

!!! QUOTE !!!

Pasukan Kelantan tu mazhab apa, bukan mazhab kita?


sempoi....:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For solskjaerProfil   Hantar PM kepada solskjaer   Pergi ke solskjaer's Website   Quote dan BalasQuote

fadzlyz
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2006
Ahli No: 24451
Posting: 639
Dari: cheras

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 06-07-06 12:46


jom main bola!

Bookmark and Share

    


  Member Information For fadzlyzProfil   Hantar PM kepada fadzlyz   Quote dan BalasQuote

solskjaer
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2004
Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united

saudiarabia  


posticon Posting pada: 06-07-06 12:56


ok!!!!!:lol:

Bookmark and Share

    


  Member Information For solskjaerProfil   Hantar PM kepada solskjaer   Pergi ke solskjaer's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 07-07-06 00:19


Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah world cup dah hampir selesai - Perancis lawan Italy. Namun life must go on. Jadi lepas ni walau tak ada bola malam-malam bangunlah tahajud ya. Jadi tidaklah sia-sia latihan bangun malam sepanjang musim bola selama hampir sebulan ....ok kan :).

Namun Yazid Zidane dari Perancis dan umurnya sudah 44 tahun. Teringat Rasulullah saw menjadi Panglima Angkatan Tentera Islam ketika umurnya 54 tahun sehinggalah beliau wafat. Hebat lagi Rasulullah saw kan?

Semoga bila main bola tu ingatlah ia sekedar riadah dan strategi untuk menang dengan kemahiran diri menggelecek bola tanpa tolak dan juga menganiayai pihak lawan. Sekiranya di padang bola kena kad kuning atau merah.... dalam Islam hukumnya berdosa.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - pernah mewakili zon main bola sepak ketika sekolah menengah - masa jahiliyah... dan menjadi referee bola sepak semasa belajar di itm shah alam (sem pertama saja - lepas tu alhamdulillah dapat petunjuk dan hidayah Nya). sekedar merenung kejahilan diri.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

fizanaiy
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.01.2005
Ahli No: 13439
Posting: 160
Dari: Damansara Damainya....

Johor   avatar


posticon Posting pada: 07-07-06 01:58


SYABAS UMMI

Bookmark and Share

    


  Member Information For fizanaiyProfil   Hantar PM kepada fizanaiy   Quote dan BalasQuote

fi_shattir
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.06.2006
Ahli No: 24949
Posting: 163
Dari: Bumi Allah

croatia  


posticon Posting pada: 07-07-06 03:38


Pada 06-07-06 12:46 , fadzlyz posting:

!!! QUOTE !!!

jom main bola!



JOM.. :-di


-----------------
Impianku menjadi lelaki acuan Al-Quran..
Doa-doakanlah ek..
Hidup dan matiku kerana ilahi..


Bookmark and Share

    


  Member Information For fi_shattirProfil   Hantar PM kepada fi_shattir   Quote dan BalasQuote

alexander
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 07-07-06 04:09


:-) Assalamualaikum.....



    Salah seorang peminat Zidane.... :-)


-----------------
Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......


Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderProfil   Hantar PM kepada alexander   Pergi ke alexander's Website   Quote dan BalasQuote

fathurrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2006
Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 07-07-06 05:00


Pada 07-07-06 00:19 , ummimq posting:

!!! QUOTE !!!


Namun Yazid Zidane dari Perancis dan umurnya sudah 44 tahun.

pembetulan, Zidane baru 34 tahun.............muda lagi tu 8-)


-----------------
"Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein


Bookmark and Share

    


  Member Information For fathurrahmanProfil   Hantar PM kepada fathurrahman   Pergi ke fathurrahman's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 08-07-06 06:53


Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah syukran atas pembetulan. umi yang silap :). Walau apapun sekiranya nama beliau yazid sah dia tu sunni bukan syiah. Menurut cerita kalau orang bernama yazid di temui syiah yang ekstrim alamatlah .....

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - dalam arena bolasepak umur 34 tahun tu kira tua kan :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 08-07-06 09:55


syabas ummi......

tak sangka ada juga golongan hawa minat bola....

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

jejakaislam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.05.2004
Ahli No: 8875
Posting: 167
Dari: gombak

Selangor  


posticon Posting pada: 08-07-06 13:20


best lah ummi...
siapa lagi ye lagi ummi.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For jejakaislamProfil   Hantar PM kepada jejakaislam   Quote dan BalasQuote

fizie
Warga Rasmi
Menyertai: 08.12.2005
Ahli No: 20965
Posting: 19
Dari: Tanah Merah

Kelantan  


posticon Posting pada: 08-07-06 22:50


islam....
Zahirkanlah keislaman..
jangan hanya islam pada nama..


-----------------
Menjalin persahabatan antara ummah..Bertemu kerana Allah,berpisah kerana Allah
[ Telah diedit oleh: fizie pada 08-07-06 22:51 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For fizieProfil   Hantar PM kepada fizie   Quote dan BalasQuote

serban_biru
Warga 1 Bintang
Menyertai: 15.10.2005
Ahli No: 19837
Posting: 28
Dari: kedah

italy  


posticon Posting pada: 09-07-06 00:08


apa pun final nanti jangan lupa sokong itali..

Bookmark and Share

    


  Member Information For serban_biruProfil   Hantar PM kepada serban_biru   Quote dan BalasQuote

mohdhanis
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9883
Posting: 189
Dari: pahang, selangor, penang

Selangor  


posticon Posting pada: 09-07-06 00:16


alhamdulillah. saya pun baru tau depa tu beragama ISLAM. hm.. apa pandangan sahabat-sahabat sekalian yang depa ISLAM, tapi aurat? tosah tengok jauh lah. tengok pemain bagi setiap pasukan negeri kita saja. saya nak tau pandangan dari sahabat. best berbincang ini kan... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdhanisProfil   Hantar PM kepada mohdhanis   Pergi ke mohdhanis's Website   Quote dan BalasQuote

GTF
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 519
Posting: 425
Dari: png

japan  


posticon Posting pada: 09-07-06 01:42


saya pernah tengok perlawanan antara arab saudi dengan tunisia....
saya amat kagum dengan player arab saudi kerana selepas mereka menjaringkan gol saja.....mereka akan sujud beramai-2 dan menadah tangan di padang tanda kesyukuran kepada ALLAH S.W.T.Semua orang yang terutama sekali yang bukan islam terpegun dan tertarik melihat cara pemain arab saudi 'meraikan' jaringan mereka.Dan juga saya lihat ramai juga 'mat saleh' yang pakat ramai-2 sokong pasukan arab saudi.Taklah macam pemain malaysia yang lari tak tentu arah apabila menjaringkan gol.Lagi satu yang saya dapat lihat dalam world cup ni,saya berani jaminlah bahawa player dari negara islam seperti iran dan arab saudi adalah player yang paling baik dan berbudi bahasa'.Kiranya boleh menang anugerah "fair player"..Lagi satu saya selalu tertarik dengan penampilan zinedin zidane yang selalu menadah tangan sebelum perlawanan atau selepas menjaringkan gol.Alhamdulillah moga-2 dakwah islam akan tersebar dengan lebih luas lagi.InsyaALLAH.

Bookmark and Share

    


  Member Information For GTFProfil   Hantar PM kepada GTF   Pergi ke GTF's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-07-06 08:29


Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah syukran jazilan atas respons. Umi ada seorang anak lelaki yang kini sudah remaja. Semasa beliau di sekolah rendah sememangnya naluri lebih pada sukan. Jadi umi kenalah raikan kerana ia termasuk kurikulum sekolah masa tu. Dan beliau minat bolasepak. Maka umi kena ikutkan kehendaknya untuk aktif bolasepak dengan syarat dia pakai seluar slack panjang sebelum memakai seluar pendek main bola tu.

Alhamdulillah itulah perjanjian umi dengannya hinggalah sekarang. Tapi demi memastikan cakap serupa bikin maka umi rasa pada masa tu - sekitar awal 90an, umi yang berjubah dan bertudung labuh ni seorang saja yang duduk tepi padang menunggu anak umi tu main bola dan pastikan memakai pakaian yang tutup aurat sambil tidak tinggal solat asar.

Kekadang bila dia main bola di padang kampung dengan rakan-rakan kampung umi akan pesan sahabat umi yang dekat dengan padang perhatikan anak umi tu. Allah izin mereka kata bila azan asar (masjid dekat dengan padang) mereka kata anak umi akan tangguh permainan dan pergi solat. Yang kelakar dan pelik rakan-rakannya hanya satu dua orang yang ikut solat namun yang lain duduk tunggu mereka habis solat di masjid.

Sebenarnya penting pendidikan dari kecil kerana kekadang walau dididik pun ada kalanya terabai hukum Islam ni namun itulah usaha umi dan yang lain tu umi serah pada Allah SWT selain doa dan munajat.

InsyaAllah nawaitu main bola tu penting. Sekiranya ada matlamat untuk main dengan tidak meninggalkan solat dan tutup aurat serta tidak berjudi maka hak Allah untuk menilai.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - walau pernah main bolasepak umi tetap tidak menyokong wanita main bolasepak kerana ia bukan fitrah bagi wanita.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

setanggi_syurga83
WARGA SETIA
Menyertai: 10.03.2006
Ahli No: 23348
Posting: 517
Dari: Negeri Sembilan-bumi Allah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 09-07-06 10:59


Assalamualaikum..bahagianya ada ummi yang sangat-sangat prihatin seperti ummi kita di ukhwah ni kan?Tapi saya bersyukur dikurniakan mak saya yang sedia ada ni..selalu ingatkan anak-anak nya spy brsolat,suruh bawak telekung bila brjln ke mana-mana:-)


-----------------
-StaIrWays To HeaVen-http://nurfazilah.hadithuna.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For setanggi_syurga83Profil   Hantar PM kepada setanggi_syurga83   Pergi ke setanggi_syurga83's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 20-07-06 00:46


Petikan -
Pakar membaca gerakan bibir dan forensik dari Britain, Jessica Rees di dalam kenyataan beliau kepada akhbar The Times mengatakan, Materazzi sememangnya telah membuat kenyataan perkauman tersebut. Menurut Rees, Materazzi telah mengatakan bahawa Zidane adalah "son of a terrorist harlot" (anak kepada pelacur pengganas). Rees menambah lagi, setelah mengamati video makian Materazzi itu berkali-kali, beliau juga mendapati bahawa Materazzi telah menucapkan juga " so just f*** off' for good measure" (Pergi berambus lebih baik). Kenyataan Rees ini telah disokong oleh pelbagai pihak. Antara mereka yang menyokong adalah akhbar "The Daily Mail" dan juga akhbar " The Independent". Para penyokong dan peminat bolasepak seluruh dunia pun agak bersetuju dengan pendapat ini.






Zizou, Zizou, Zizou: Islamiphobia di padang bola



Maszlee Malik





"Zidane was the magician in the game." Pele



"Zidane is one of the greatest players in history" Franz Beckenbauer



"Zidane…You are a virtuoso, a genius of world football. You are also a man of the heart, of commitment, of conviction, and that's why France admires and loves you" Chirac (Presiden Peranchis).



"Zizou for president" , Penyokong-penyokong pasukan bolasepak Peranchis



" Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) merakamkan setinggi penghargaan kepada ketua pasukan bolasepak Perancis, Zinedine Zidane yang dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Piala Dunia 2006 di Jerman kali ini", Harakahdaily (13/7/2006)





Saya bukanlah dari kalangan penggila bola (footballmaniac) yang sanggup mengorbankan tidur saya semata-mata untuk menyaksikan dua puluh dua orang berebut satu bola di dalam padang. Saya juga tidak akan pernah bersetuju dengan tindakan membazirkan wang dan tenaga sesetengah pihak yang sanggup memakai jersi dan menconteng muka semata-mata menyokong pasukan bolasepak mereka yang berada beribu batu nun jauh di Jerman. Bagi saya, fenomena ini semua hanya merupakan lambakan kekotoran globalisasi. Tanpa kita dapat menafikan, ianya juga merupakan lombong emas bagi para kapitalis. Siapakah yang paling untung sepanjang "Mondeal" ini ?



Sekadar menamakan, syarikat-syarikat televisyen, syarikat-syarikat arak (terutamanya Carlsberg), syarikat-syarikat telefon bimbit (Orange, Vodafone, Maxis, Celcom, DiGi, dll.), pengeluar jersi sukan dan peralatan sukan, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan 1001 pihak kapitalis lagi. Semakin gila rakyat dengan Mondeal ini, semakin untunglah golongan Borguese. Di atas dasar inilah saya tidak nampak perlunya saya bazirkan sekelumit dari waktu saya untuk menonton malah mengambil peduli tentang apa yang berlangsung di Jerman. Agak menarik juga apabila ada pertubuhan Islam yang membuat kenyataan tahniah untuk pasukan Peranchis kerana menjuarai kejohanan tersebut. Mungkin ianya salah satu strategi untuk "memasyarakat"kan diri...



Walau bagaimanapun di akhir kejohanan Mondeal tersebut saya telah dikejutkan dengan satu insiden yang besar. Bukanlah kekalahan Peranchis yang memeranjatkan saya, tetapi insiden berbau "Islamiphobia" yang berlaku di pandang bola Berlin. Insiden yang telah menyebabkan kapten pasukan bolasepak Peranchis, Zinadene Zidane telah diprovokasi dengan pelbagai ucapan berbau perkauman dan islamiphobic oleh pemain Itali, Marco Materazzi. Provokasi tersebut telah mengundang tindak balas agresif dari Zidane yang telah menghantukkan kepalanya ke dada Materazzi. Natijahnya, beliau telah dikenakan kad merah, hanya 10 minit sebelum perlawanan akhir Mondeal itu berakhir.



Pihak media pada mulanya telah menyalahkan Zidane yang dikecam sebagai "panas baran" dan "hilang akal". Akhirnya kesemua tuduhan yang dilemparkan senyap apabila Zidane telah muncul membela dirinya di dalam kenyataan akhbar yang mendapat liputan meluas di peringkat antarabangsa. Zidane telah menjustifikasikan tindakannya itu kerana bertindak balas terhadap cacian Materazzi terhadap ibunya dan saudara perempuannya. Zidane, walau bagaimanapun menafikan kenyataan salah sebuah akhbar anti-perkauman di Paris yang mengatakan Materazzi telah melabel Zidane sebagai " Terrorist" (pengganas) lantas membuatkan beliau naik angin.



Pakar membaca gerakan bibir dan forensik dari Britain, Jessica Rees di dalam kenyataan beliau kepada akhbar The Times mengatakan, Materazzi sememangnya telah membuat kenyataan perkauman tersebut. Menurut Rees, Materazzi telah mengatakan bahawa Zidane adalah "son of a terrorist harlot" (anak kepada pelacur pengganas). Rees menambah lagi, setelah mengamati video makian Materazzi itu berkali-kali, beliau juga mendapati bahawa Materazzi telah menucapkan juga " so just f*** off' for good measure" (Pergi berambus lebih baik). Kenyataan Rees ini telah disokong oleh pelbagai pihak. Antara mereka yang menyokong adalah akhbar "The Daily Mail" dan juga akhbar " The Independent". Para penyokong dan peminat bolasepak seluruh dunia pun agak bersetuju dengan pendapat ini.



Apa yang dapat kita simpulkan di sini?



Setiap orang berhak membuat analisa mereka yang tersendiri. Setiap orang mempunyai persepsi mereka yang tersendiri. Apa yang pasti, insiden tersebut telah mencerminkan wajah sebenar dunia masakini. Materazzi dan Zidane hanyalah dua aktor yang meneruskan skrip yang sama diulang dan ditayangkan oleh aktor-aktor lain. Skrip yang agak monotenous ini merupakan satu wajah yang dipaksakan kepada penduduk dunia. Skrip tersebut malangnya bertemakan "Islamiphobia". Tidak kiralah sama ada yang mengucapkan itu Materazzi, atau Pat Paterson, atau Jerry Farewell, atau Bush, ataupun para kartunis Jyllen Posten. Kesemuanya membawa mesej yang sama...Islamiphobia. Ide dan propaganda zaman kegelapan ( medievel) Eropah kini muncul kembali. Kemunculannya kali ini agak lebih agresif dan lebih global. Lebih parah, propaganda Islamiphobia alaf ini turut sama menyerang tanah air umat Islam dan masyarakat Islam itu sendiri.



Jika insiden yang menimpa Zizou itu berlaku di Eropah, ianya dimaklumi. Jika ianya dikeluarkan oleh Materazzi, ianya juga maklum. Jika yang membawa racun-racun Islamiphobia itu adalah para orator Kristian Evangelist juga, ianya agak maklum. Namun, jika ianya berlaku di Malaysia sendiri, dikeluarkan oleh mereka yang dilahirkan oleh seorang ibu yang Muslim, ataupun dikeluarkan oleh non-Muslim di tanah air yang dinobatkan sebagai Negara Islam Hadhari...apakah ianya boleh diterima?



Inilah hakikat yang melanda tanah air kita dewasa ini. Media berbahasa Inggeris semakin berani menampakkan belang "Islamiphobic" mereka. Segala berita dan kenyataan yang berbau Islam akan diwarnakan dengan grafiti-grafiti yang negatif. Kenyataan berat sebelah pihak yang berbau Islamiphobic akan mendapat liputan meluas dan akan disensasikan. Kenyataan balas yang lebih rasional dan mematahkan hujah mereka yang prejudis akan di"khatan"kan. Akhirnya kenyataan balas, akan dilihat dengan hambar, lesu dan kadang-kadang sengaja diprovokasikan. Fenomena inilah yang telah dibawa oleh Muslim Profesional Forum kepada pihak media dan pihak berkuasa. Persoalan yang sering dipersoalkan oleh MPF, "Mengapakah Islamiphobia begitu ketara di dalam media di Malaysia?"



Uniknya Islamiphobia di Malaysia ini, ianya diperjuangkan oleh orang Melayu sendiri. Tidak kiralah jenama dan ideologi apa yang mereka tonjolkan, namun mesejnya adalah sama. Islam tidak patut lebih diistimewakan di Malaysia. Islam mesti tunduk kepada kehendak rakyat dan juga tuntutan non-nuslim. Umat Islam tidak berhak mendapat kedudukan istimewa di Malaysia, begitu juga dengan agama Islam dan undang-undang Islam. Para ilmuan Islam tidak berhak untuk campurtangan di dalam urusan kehidupan. Islam perlu diubah menurut kehendak nafsu. Islam perlu mengiktiraf "kebenaran" agama lain. Islam tidak perlu lagi!



sama ada yang membawanya itu berlogokan "hak asasi manusia", "hak untuk murtad", "kebebasan beragama", "Pluralisme aqidah (dan bukan sosial)", "liberal", "feminisme" dan apa-apa sahaja, ianya tetap menjayakan agenda "Islamiphobia".



Persoalan yang patut kita fikirkan, "Kemanakah "Zidane" di Malaysia ini untuk memperjuangkan hak Islam dan umat Islam?". Jikalaulah Zidane sanggup dilayangkan kad merah demi mempertahankan maruah ibunya, tidak adakah Zidane di Malaysia ini untuk mempertahankan Islam?



Viva lah Zizou!

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 01-12-06 22:19


stu prkmbngn yang bagus

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.149586 saat. Lajunya....