Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bukanlah kerja yang membunuh manusia, sebaliknya rasa risau, bimbang, khuatir.
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 201
Ahli: 0
Jumlah: 201




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Cerpen
Topik: MP Kongkalikong


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» MP Kongkalikong

Please Mendaftar To Post


Oleh MP Kongkalikong

kojez_sensei83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.12.2005
Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting

malaysia  


posticon Posting pada: 30-06-06 12:30


Namaku,Datuk Ahmad Gudu bin Geduk (PKM,PBJ).Pingat-pingat darjah kebesaran di belakang namaku jangan pernah dilupakan atau sengaja ditinggalkan.PKM itu singkatan Paling Kuat Mengampu dan PBJ itu Paling Banyak Jasa.Apa lagi yang perlu aku ceritakan tentang diriku?Tentu aku mahu ceritakan yang bagus-bagus saja untuk tatapan semua pembaca.Tentang latar belakang pendidikanku,ia diatur baik sekali.Aku bersekolah di sekolah rendah Melayu yang terpencil,dan melanjutkan pelajaran menengahku di sekolah yang elit tarafnya.Dan akhirnya setelah tamat MCE aku berjaya mendapat tempat di universiti dan mengambil jurusan Sains Politik.Di situ aku selalu aktif dalam kelab-kelab di universiti.Umpamanya kelab sosial,dan badan tertinggi yang pernah aku anggotai ialah Majlis Perwakilan Pelajar.Sebenarnya aku begitu senang dengan tawaran tempat tinggal percuma yang disediakan pihak pengurusan kolej untuk para pelajar yang aktif berpersatuan.Ayahku yang hanya seorang petani itu tentunya tidak mampu menanggung perbelanjaanku untuk tinggal di rumah sewa.Di universiti,aku begitu terkenal dengan sifat kepimpinanku.Aku pernah melancarkan mogok menentang pihak pengurusan universiti kerana mengenakan yuran pengajian mahal,tetapi kualiti servis yang diberikan adalah kelas ketiga.

Dan sekarang aku sudah punya keluarga sendiri.Sebuah rumah banglo besar yang di dalamnya dihiasi perabot-perabot mewah.Ini ku perolehi dengan hasil titik peluhku sendiri.Sebuah kereta mewah besar,jenis Mercedes Benz berwarna putih,sebuah kereta jenis Opel berwarna hijau,dan seorang isteri yang juga semakin membesar.Sewaktu mula-mula aku berkahwin dengannya dulu,dia begitu manis dan potongan badannya sangat cantik.Dia itu sebenarnya anak kepada Datuk Jambul bin Babu,ahli politik yang pengaruhnya begitu kuat dalam artena politik negara ini.Tapi entah mengapa si Jamilah binti Datuk Jambul itu,isteriku yang aku ceritakan tadi terpikat pada aku yang bajunya jarang diseterika dan selalu selekeh saja ini.Mungkin itulah namanya cinta sejati.Cinta sejati dari Jamilah binti datuk Jambul terhadap aku,pemuda kampung yang selalu kering poketnya.Setelah tamat universiti,aku berjinak-jinak dengan politik.Berkat pengaruh bapa mertuaku,si Datuk Jambul bin Babu,maka aku berjaya menjadi orang penting dalam Parti Kongkalikong yang aku sertai itu.

Dan semalam surat khabar Warta Pusing-Pusing telah mengeluarkan kenyataan tentangku.Katanya pihak kerajaan kurang berpuas hati dengan prestasi kementerian yang aku pegang sekarang ini dan kemungkinan akan mencari calon baru bagi menggantikan kepimpinanku.Aku yang telah menjadi menteri di kementerian itu selama 10 tahun tentu saja melenting apabila ada pihak mengatakan kepimpinanku tidak lagi efisyen dan sesuai untuk mentadbir kementerian itu.Maka awal-awal pagi itu aku perlu ke pejabat sedangkan kebiasaannya aku bangkit dari tidur pada pukul 7.30 pagi.Sebenarnya semalam aku sudah bertemu dahulu dengan bapa mertuaku,Datuk Jambul bin Babu di rumahnya bagi mendapatkan pandangannya tentang berita Warta Pusing-Pusing itu.Bapa mertuaku itu sekarang sudah lama bersara daripada arena politik negara.Dan sebagai seorang ahli politik yang banyak pengalaman,aku harus berjumpa dengannya untuk mendapatkan petua atau nasihat tentang dunia politik.

"Assalamualaikum ayah,"kataku sambil bersalam dengannya yang ketika itu sedang enak membaca surat khabar si halaman rumahnya.
"Waalaikumsalam.Ya,Ahmad.Ada urusan apa pagi-pagi begini mahu berjumpa denganku?"Ayah mertuaku itu tersenyum melihatku yang tersengih-sengih duduk di kerusi bertentangan dengannya.
"Saya pasti ayah sudah membaca tentang cerita kementerian saya di surat khabar Warta Pusing-Pusing semalam.Jadi apa pendapat ayah tentang berita itu?Maksudnya,apa yang perlu saya lakukan seterusnya ayah?"Aku menongkat daguku dengan siku di atas mejanya itu.Mengerutkan sedikit dahiku tanda aku sedang serius memikirkan tentang masalah baru itu.
"Ya,ayah sudah baca semalam,"katanya sambil melipat kembali helaian surat khabar yang dibacanya tadi.
"Sebenarnya Ahmad,kau harus sedar dari mimpimu.Pada pendapat ayah,kau memang sudah tidak efisyen lagi."Kata-kata daripada mulut bapa mertuaku ini membakar jiwaku.Masakan ayah mertuaku sendiri sanggup mengatakan bahawa aku sudah tidak efisyen lagi.Maka pada siapa lagi harus aku meminta nasihat dan bantuan?
"Apa maksud ayah menuduh aku sedemikian?"Aku mula meradang dan merajuk dengan kata-kata ayah mertuaku itu.
"Begini,Ahmad.Kau harus segera membuang parasit-parasit yang berada di sekeliling kau itu.Mereka telah lama menghisap darahmu.Kau harus berikan peluang kepada pegawai-pegawai muda yang baru berkhidmat dalam organisasimu itu.Lihat,sudah berapa banyak pegawai-pegawai muda yang lari meninggalkan organisasimu?"Ayah mertuaku menjelaskan mengapa dia mengatakan aku sudah tidak efisyen.
"Tapi mereka semua pegawai saya yang setia.Menyokong setiap rancangan yang saya cadangkan.Mengapa pula ayah katakan mereka itu parasit?"Datuk Ahmad Gudu membantah kata-kata ayah mertuanya itu.
"Mereka itu parasit,Ahmad.Buangkan mereka kalau kau mahu kekal lama sebagai menteri kerajaan."Ayah mertuanya menyelak lembaran surat khabarnya semula.

Dalam perjalanan ke pejabatku,aku berfikir ligat tentang apa yang mahu dikatakan kepada pegawai-pegawai yang selalu setia menurut perintahku itu.Aku melangkah ke dalam pejabat dengan wajah yang sengaja diseriuskan.Ucapan selamat pagi oleh setiausahaku yang genit manis itu tidak kubalas dengan senyuman manis seperti selalu.
"Semua sudah sedia dalam bilik mesyuarat?"Aku meninggikan dan menegaskan nada suaraku.
"Er,sudah tuan menteri,"jawab setiausahaku dengan nada gugup.
"Selamat pagi Datuk."Ucapan selamat pagi itu diucapkan oleh semua pegawai-pegawaiku itu ketika aku menutup pintu bilik mesyuarat.
"Baik.Adakah kamu semua tahu bahawa kementerian kita ini dikatakan sudah tidak efisyen lagi?"Aku membentuk raut wajah paling serius terhadap pegawai-pegawaiku itu.
"Er,tau Datuk,"jawab sebilangan ahli mesyuarat.
"Jadi kamu tau bahawa kamu semua digelar parasit?"tanyaku lagi.
"Er,tidak Datuk,"balas segelintir mereka lagi.
"Apakah kamu semua mahu kita dituduh tidak efisyen?Mahu dituduh parasit?"Aku mengeraskan suaraku sedikit.
"Tidak,Datuk."kali ini mereka menyahutnya ramai-ramai.
Tiba-tiba bangun seorang ahli mesyuarat yang merupakan antara pegawaiku yang telah lama berkhidmat denganku.
"Hadirin sekalian.Sebenarnya kita tidak perlu takut dengan kenyataan yang dibuat oleh pihak akhbar itu.Mereka tidak tahu apa yang kita lakukan di sini setiap hari demi kemajuan bangsa dan negara kita."
"Ya,ya.Mereka tidak tahu.Seorang lagi ahli mesyuarat pagi itu mencelah.
"Kita tidak pernah menganggap kepimpinan Datuk Gudu bin Geduk kita ini tidak efisyen.Malah,super efisyen.Segala usaha dan rancangan beliau kita sokong dan kagumi,"tambah seorang lagi.
"Ya,sebenarnya Datuk Gudu bin Geduk merupakan seorang bintang politik yang bersinar dalam Parti Kongkalikong.Kepimpinan beliau akan kita sokong biarpun nanti kita terpaksa menggadaikan segala milik kita semua.Oleh itu,mari kita semua memberikan tepukan hangat kepada Datuk Gudu bin Geduk kerana kepimpinannya yang super efisyen dalam menjalankan kementerian kita ini."Kemudian semua ahli mesyuarat pagi itu berdiri serentak bertepuk tangan dan mengucapkan tahniah kepadaku.

Dan aku tersengih puas menampakkan dua batang gigi kapak yang menendang keluar.

Bookmark and Share

    


  Member Information For kojez_sensei83Profil   Hantar PM kepada kojez_sensei83   Quote dan BalasQuote

kojez_sensei83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.12.2005
Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting

malaysia  


posticon Posting pada: 30-06-06 12:33


lupa nak cakap.MP tu singkatan Member Parlimen

Bookmark and Share

    


  Member Information For kojez_sensei83Profil   Hantar PM kepada kojez_sensei83   Quote dan BalasQuote

ladybirdy
WARGA SETIA
Menyertai: 19.02.2004
Ahli No: 7399
Posting: 405
Dari: bumi

malaysia  


posticon Posting pada: 30-06-06 12:47


istilah kongkalikong dah lama tak dengar..thank u sebab ingatkan saya balik dengan istilah tu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ladybirdyProfil   Hantar PM kepada ladybirdy   Quote dan BalasQuote

yours
Warga Rasmi
Menyertai: 19.05.2006
Ahli No: 24446
Posting: 7
Dari: Penang

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 30-06-06 13:01


assalamualaikum..cerpen yang mempunyai makna tersirat..bagus2....empat bintang

Bookmark and Share

    


  Member Information For yoursProfil   Hantar PM kepada yours   Quote dan BalasQuote

eNira
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.07.2005
Ahli No: 17047
Posting: 102
Dari: somewhere in Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 04-07-06 01:25


tak paham lah..kangkalikong tu apa...explain sikit psal cerpen ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For eNiraProfil   Hantar PM kepada eNira   Quote dan BalasQuote

kojez_sensei83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.12.2005
Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting

malaysia  


posticon Posting pada: 04-07-06 10:44


kongkalikong tu istilah orang lama..maksudnya macam belit2,tipu2,pusing2,sorok2..jadi Member Parlimen yang kongkalikong ini MP yang perangainya serupa itulah..:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For kojez_sensei83Profil   Hantar PM kepada kojez_sensei83   Quote dan BalasQuote

kojez_sensei83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.12.2005
Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting

malaysia  


posticon Posting pada: 12-05-07 02:42


ya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kojez_sensei83Profil   Hantar PM kepada kojez_sensei83   Quote dan BalasQuote

rose_itam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 19.05.2007
Ahli No: 29976
Posting: 371
Dari: Temerloh

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 29-06-07 20:25


hahahaha...ni sbnrnyer cerita kelakar dan hanya ditutup dengan dua batang gigi kapak Datuk Gudu bin geduk...haha

Bookmark and Share

    


  Member Information For rose_itamProfil   Hantar PM kepada rose_itam   Quote dan BalasQuote

chibi_maruko
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16933
Posting: 474
Dari: terawang-awangan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 29-06-07 20:33


cerita yang mempunyai maksud tersirat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For chibi_marukoProfil   Hantar PM kepada chibi_maruko   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.092615 saat. Lajunya....