Oleh |
Betis Teman Saya |
kojez_sensei83
Warga 4 Bintang Menyertai: 31.12.2005 Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting
|
Posting pada: 29-06-06 20:02
Betisnya bagus sekali.Bunting padi.Indah dan mengkal.Saya terkadang terlihat betisnya itu yang sengaja disingsingkannya.Apabila kain yang dipakainya itu terselak sedikit,saya akan melihat buah betis yang kental tergantung pada belakang betisnya.Betisnya itu pula licin.Saya mahu bertanya apakah dia mencukur betisnya itu,namun saya khuatir nanti dituduh gila betis kerana memerhatikan betisnya curi-curi.Kulit betisnya gebu dan tegang.Memang bagus bagai betis milik model-model.Saya terasa ingin memuji keindahan betis kurniaan Tuhan kepadanya itu,namun seperti saya katakan tadi,saya tak mahu dianggap gila betis atau mempunyai niat salah kepadanya.Maka saya sekadar diam,memuji dalam hati saja. Petang itu saya ke rumahnya.Dia menjemput saya ke rumahnya apabila saya menelefonnya kerana dia tidak hadir ke pejabat hari itu.Sampai di rumahnya,saya melihat dia berbaju T lengan pendek dan memakai kain sahaja.Apabila saya memberi salam,dia lekas menjawab salam saya dan mempersilakan saya masuk.Dia tersenyum simpul,begitu manis kerana dua lekuk lesung pipit terserlah pada dua pipinya yang gebu itu. "Ai,mengapa tak ke pejabat hari ini?"soal saya memulakan perbualan setelah punggung menghenyak sofa hijau pucuk pisang di rumahnya itu. "Kurang sihat sedikit.Badan saya rasa sengal-sengal."Dia mengambil tempat di sebelah saya.Saya berinjak sedikit.Sememangnya hubungan saya dan teman saya ini agak akrab semenjak saya membantunya membaiki enjin keretanya ketika kenderaannya itu tersadai di simpang menghala ke pejabat.Dan sejak itu kami mula akrab sehingga menjadi bahan gurauan pula.Di mana ada dia,di situ ada saya. "Lengan sakit-sakit.Salah tidur barangkali.Betis saya juga sengal sedikit,"ujarnya sambil menyelak betisnya itu.Tangannya memicit-micit buah betisnya yang saya katakan bagus itu.Buah betisnya indah dan mengkal seperti selalu.Tampak kental dan gebu.Saya mencuri pandang betisnya lagi. "Ah,bolehkah awak tolong picitkan betis saya?Tangan saya lenguh-lenguh."Dia menghulurkan minyak urut kepada saya.Teragak-agak saya menyambut dari tangannya.Sebenarnya isteri saya sendiri tidak pernah meminta mengurutkan betisnya.Maka ini pertama kali saya mengurut betis orang.Mata saya memandang lagi pada betis yang bagus itu. Tatkala jemari saya menjamah buah betisnya,saya berkata, "Awak punya buah betis yang bagus. seperti ahli sukan.tapi sayang sekali awak tidak minat bola sepak.Betis-betis sebagus ini selalunya ada pada ahli bola sepak." "Ah,betisnya saja bagus.Menyepak bola tidak kena.,"dia tertawa kecil berseloroh. "Tengoklah betis saya ini,hanya tulang sahaja.Buahnya kecil pula,"saya berseloroh sambil menunjukkan betis saya yang kecil itu kepadanya. Tidak lama kemudian isteri teman saya itu keluar menatang dua cawan kopi dan kuih-muih sambil tersenyum ke arah kami.Saya terus memicit-micit betis teman pejabat saya,Sulaiman.
|
musafir_lara
Warga 4 Bintang Menyertai: 26.09.2005 Ahli No: 19324
Posting: 283
Dari: perak + KL + johor
|
Posting pada: 29-06-06 21:51
|
ana_anua
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.05.2005 Ahli No: 16461
Posting: 151
Dari: SARAWAK
|
Posting pada: 29-06-06 22:29
!!! QUOTE !!! Betisnya bagus sekali.Bunting padi.Indah dan mengkal.Saya terkadang terlihat betisnya itu yang sengaja disingsingkannya.Apabila kain yang dipakainya itu terselak sedikit,saya akan melihat buah betis yang kental tergantung pada belakang betisnya.Betisnya itu pula licin.Saya mahu bertanya apakah dia mencukur betisnya itu,namun saya khuatir nanti dituduh gila betis kerana memerhatikan betisnya curi-curi.Kulit betisnya gebu dan tegang.Memang bagus bagai betis milik model-model.Saya terasa ingin memuji keindahan betis kurniaan Tuhan kepadanya itu,namun seperti saya katakan tadi,saya tak mahu dianggap gila betis atau mempunyai niat salah kepadanya.Maka saya sekadar diam,memuji dalam hati saja. kawan kojez_sensei83 ni lelaki tulen k lelaki......
|
zaidakhtar
Warga 4 Bintang Menyertai: 05.12.2005 Ahli No: 20793
Posting: 187
Dari: Liverpool
|
Posting pada: 29-06-06 22:33
bagus cerita ni, suspen. tapi tersalah topik barangkali.
|
kojez_sensei83
Warga 4 Bintang Menyertai: 31.12.2005 Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting
|
Posting pada: 29-06-06 22:50
Tentulah lelaki sejati..kan dia sudah beristeri..di sini terletak nilai seni.memanipulasi kata-kata dan bermain dengan akal,jiwa dan hati pembaca..thank you=p
|
imthiyaz
WARGA SETIA Menyertai: 12.10.2004 Ahli No: 11772
Posting: 461
Dari: Selangor @ Shah Alam
|
Posting pada: 29-06-06 23:29
cerita yang suspen.... tapi ana dah jangka plot peleraiannya. sebab sebelum ni ada posting tentang ubi, rokok etc yang macam ni lah plot citernya...hehee... good trial.
|
muslimah_87
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.01.2004 Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM
|
Posting pada: 30-06-06 08:10
|
ynax
Warga 1 Bintang Menyertai: 05.06.2006 Ahli No: 24695
Posting: 32
Dari: somewhere
|
Posting pada: 30-06-06 17:23
|
nuraini
WARGA SETIA Menyertai: 02.07.2003 Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***
|
Posting pada: 30-06-06 17:34
apa motif cerita ni...? mengarut saja..!
|
kojez_sensei83
Warga 4 Bintang Menyertai: 31.12.2005 Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting
|
Posting pada: 30-06-06 20:02
.Saudari nuraini jangan lekas melatah apabila membaca cerpen-cerpen serupa ini.Sebenarnya motif cerpen ini antaranya mengukur adakah kita ini seorang yang positif atau negatif.Kita suka lekas membuat tanggapan pada sesuatu perkara walaupun kita belum tahu ceritanya betul-betul.Misalnya,pada permulaan cerita ini,segelintir antara kita akan menyangka bahawa Sulaiman itu seorang wanita,dan segolongan pula akan berfikir bahawa cerpen ini semata-mata gimik penulisan.Maka di sini menunjukkan bahawa ada pemikiran manusia yang condong ke arah positif dan ada pula condong ke arah negatif.Jadi di sini sara merasakan bahawa cerpen saya ini lebih bermotif daripada novel-novel cinta remaja yang banyak menghuni pasaran dunia penulisan kita di Malaysia.Sebenarnya kalau saudari nuraini rajin meneroka dunia penulisan oleh sasterawan-sasterawan negara kita seperti Usman Awang atau A.Samad Said,cerpen-cerpen gimik begini ada diselitkan dalam karya-karya mereka.Di harap saudari nuraini akan lebih selalu memerhati perkembangan dan sejarah penulisan kita dari Dalam Renungan Rembulan..Terimakasih. :p
|
ladybirdy
WARGA SETIA Menyertai: 19.02.2004 Ahli No: 7399
Posting: 405
Dari: bumi
|
Posting pada: 30-06-06 23:40
cerpen ni kalau ada pertandingan nak diadili bawah kategori apa ye?
|
musyi
Warga Rasmi Menyertai: 30.06.2006 Ahli No: 25024
Posting: 5
|
Posting pada: 01-07-06 00:36
salam~ haha.. cerpen yang menarik. ada suspen dan lawak. tahniah kerana cerpen kamu dapat buat saya tersengeh seorang-seorang.
|
syahadah_muslimah
Warga 3 Bintang Menyertai: 25.04.2005 Ahli No: 16078
Posting: 106
Dari: kualakangsar
|
Posting pada: 01-07-06 00:47
----------------- [ Telah diedit oleh: syahadah_muslimah pada 01-07-06 00:48 ]
|
ayesha1511
Warga 1 Bintang Menyertai: 15.06.2006 Ahli No: 24823
Posting: 34
|
Posting pada: 01-07-06 09:55
|
ana_anua
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.05.2005 Ahli No: 16461
Posting: 151
Dari: SARAWAK
|
Posting pada: 01-07-06 15:55
!!! QUOTE !!! Tentulah lelaki sejati..kan dia sudah beristeri..di sini terletak nilai seni.memanipulasi kata-kata dan bermain dengan akal,jiwa dan hati pembaca..thank you=p tentu hebat juga orang yang mengarang cerita ni ye..bisa bermain kata-kata dan menarik hati pembaca...AWAS! jangan sampai 'bisa'nya terkena di ulu hati.... wassalam
|
wan_andmawaddah
Warga 5 Bintang Menyertai: 16.02.2006 Ahli No: 22771
Posting: 361
Dari: tanah permaisuri
|
Posting pada: 01-07-06 20:38
a'a satu karya yang menarik dan pelik skek..ada kualiti tersendiri teruskan berkarya
|
kojez_sensei83
Warga 4 Bintang Menyertai: 31.12.2005 Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting
|
Posting pada: 01-07-06 21:42
tentu hebat juga orang yang mengarang cerita ni ye..bisa bermain kata-kata dan menarik hati pembaca...AWAS! jangan sampai 'bisa'nya terkena di ulu hati.... wassalam dan salam ukhwah.Saudaraku ana_anua.Saya kira cerita saya ini biasa.Tersangat biasa.Sebenar-benarnya,cerpen yang genrenya serupa ini saya ilhamkan daripada tulisan oleh Usman Awang dalam koleksi cerpennya.Maaf,saya lupa judul penuhnya.Akan tetapi setiap karya daripada mana-mana penulis perlu mampu memanipulasi emosi dan pemikiran pembaca.Maka di sini terletaknya nilai seni atau nilai karya tersebut.Ini saya lihat dari kaca mata saya yang dhaif dan terlalu banyak kelemahan ini.Seandainya ada kata-kata saya yang tidak menyenangkan saudara,saya pohon maaf.Akan tetapi,saya pasti saudara tersalah tafsir maksud saya itu.Jadi mungkin 'bisa' yang terkena pada ulu hati saudara itu akan terubat oleh salam ukhwah yang saya layangkan untuk saudara,untuk semua, dan untuk dunia ini..wassalam..
|
eme86
WARGA SETIA Menyertai: 13.07.2005 Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.
|
Posting pada: 01-07-06 22:18
ingatkan apa tadi....... ----------------- Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...
|
ana_anua
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.05.2005 Ahli No: 16461
Posting: 151
Dari: SARAWAK
|
Posting pada: 01-07-06 22:39
!!! QUOTE !!! dan salam ukhwah.Saudaraku ana_anua.Saya kira cerita saya ini biasa.Tersangat biasa.Sebenar-benarnya,cerpen yang genrenya serupa ini saya ilhamkan daripada tulisan oleh Usman Awang dalam koleksi cerpennya.Maaf,saya lupa judul penuhnya.Akan tetapi setiap karya daripada mana-mana penulis perlu mampu memanipulasi emosi dan pemikiran pembaca.Maka di sini terletaknya nilai seni atau nilai karya tersebut.Ini saya lihat dari kaca mata saya yang dhaif dan terlalu banyak kelemahan ini.Seandainya ada kata-kata saya yang tidak menyenangkan saudara,saya pohon maaf.Akan tetapi,saya pasti saudara tersalah tafsir maksud saya itu.Jadi mungkin 'bisa' yang terkena pada ulu hati saudara itu akan terubat oleh salam ukhwah yang saya layangkan untuk saudara,untuk semua, dan untuk dunia ini..wassalam.. saya bukan tersalah tafsir terhadap anda sebenarnya, sekadar bergurau dengan menggunakan perkataan yang anda gunakan. saya kagum dengan kepandaian anda menggunakan kata-kata. saya sendiri ada mencadangkan dalam topik yang lain agar cerpen hebat anda bukan sekadar untuk tatapan warga ukhwah sahaja. semoga berjaya... wassalam
|
siswa
Warga 4 Bintang Menyertai: 20.06.2006 Ahli No: 24900
Posting: 203
Dari: UTM skudai
|
Posting pada: 02-07-06 04:11
|
Putri_Cahaya
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.06.2006 Ahli No: 24825
Posting: 335
|
Posting pada: 02-07-06 10:45
salam.. ingatkan apa tadi... suspen saja.. ending dia kelakar..
|
kojez_sensei83
Warga 4 Bintang Menyertai: 31.12.2005 Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting
|
Posting pada: 02-07-06 12:36
trimakasih saudaraku ana_anua Cerpen-cerpen yang ternukil dalam ukhwah.com ini sebenarnya bagi saya mempunyai pelbagai ragam bahasa tersendiri.Ikhlas dari hati saya,saya amat mengagumi anda semua..amat-amat mengagumi..teruskanlah berkarya..Bukan kata-kata kosong.Sebenarnya selalu mendoakan kejayaan kita semua wassalam
|
jubah_hijau
WARGA SETIA Menyertai: 30.06.2006 Ahli No: 25035
Posting: 514
Dari: UTM SKUDAI
|
Posting pada: 02-07-06 12:41
hm..nak buat sesuatu mesti ada tujuan dan matlamat...semestinya kerana Islam..
|
aemanpsycho
WARGA SETIA Menyertai: 07.06.2003 Ahli No: 1143
Posting: 434
Dari: dari Bangi ke OKC
|
Posting pada: 02-07-06 17:13
adoii laa...suspen seyyy..
|
boboy
Warga Rasmi Menyertai: 20.06.2006 Ahli No: 24890
Posting: 14
|
Posting pada: 02-07-06 22:42
-sesuatu perkara hendaklah ada tujuannya yang benar. -kalau silap parah jawapannya. -maka beringanlah wahai teman semua. -yang pentingnya niat kita bersama,
|
muslim_boy
Warga 3 Bintang Menyertai: 26.03.2006 Ahli No: 23728
Posting: 142
Dari: Kota Bharu Bandaraya Islam
|
Posting pada: 23-07-06 18:33
karya yang menarik... teruskan usaha... mungkin ada bakat yang terpendam...
|
SHAMR
WARGA SETIA Menyertai: 05.10.2004 Ahli No: 11639
Posting: 777
Dari: Dari ALLAH kita datang, kepadaNya kita kembali...
|
Posting pada: 23-07-06 22:53
. Tahniah buat kojez_sensei83 di atas karya ini. Memang anda pandai bermain dengan bahasa. Jarang jumpa cerpen penulis muda sekarang yang guna pendekatan bahasa macam ni. Kalau baca cerpen dulu macam dalam sayembara antologi cerpen pemenang anugerah esso-gapena baru boleh jumpa. Teruskan berusaha moga-moga dengan mata pena saudara dapat menyumbang sesuatu kepada agama, insyaallah. ----------------- "Jangan gugur sebelum syahid!"
|
nabilpoyo
WARGA SETIA Menyertai: 13.12.2005 Ahli No: 21141
Posting: 730
Dari: Kuantan + penang + KL + jakarta
|
Posting pada: 23-07-06 23:17
|
dibaa
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.07.2006 Ahli No: 25256
Posting: 181
Dari: perak
|
Posting pada: 24-07-06 14:58
|
mellisaleez
Warga 4 Bintang Menyertai: 03.05.2005 Ahli No: 16270
Posting: 210
|
Posting pada: 24-07-06 15:36
hehehe...mana dapat idea ni.... nak tergelaknya.... boleh menghiburkan hati yang gundah gulana... teruskan...keep it up...
|
qhal
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.09.2004 Ahli No: 11344
Posting: 385
Dari: (((Selangor)))
|
Posting pada: 24-07-06 15:43
|
cintamadinah_82
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.05.2005 Ahli No: 16646
Posting: 265
Dari: pulau pinang
|
Posting pada: 24-07-06 15:57
suspen betul cerita tu... tak larat nak senyum tapi apa pun bagus cara pengolahan jalan cerita saudara.. semoga dapat menghasilkan karya2 yang lebih hebat lagi ----------------- 'Tidak kamu akan berperasaan gundah walaupun sekali.. jika kamu tahu apa yang dicari...'
|
ismi_safiza
WARGA SETIA Menyertai: 28.08.2003 Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya
|
Posting pada: 26-07-06 13:51
teringat masa ambil paper kesusasteraan melayu masa sekolah menengah dulu. Banyak cerita yang mempunyai double meaning ni.Last2 kami yang melopong mendengar ni yang terkena. Kisah sebatang rokok, kalau ada yang pernah baca, mesti tau kisahnya...
|
Saifuddin
WARGA SETIA Menyertai: 30.09.2003 Ahli No: 3878
Posting: 1421
|
Posting pada: 26-07-06 15:26
tak lara ke cerita ni, tapi menghiburkan juga, masalahnya seorang lelaki memuji betis seorang lelaki, bahaya tu, bahaya sindrom gay...
|
kembara_girl
WARGA SETIA Menyertai: 09.08.2006 Ahli No: 25715
Posting: 408
Dari: jengka,Pahang
|
Posting pada: 19-09-06 15:33
lah.... ingat apa tadi... buat suspen tol....
|
comel
Warga 5 Bintang Menyertai: 12.06.2003 Ahli No: 1334
Posting: 399
Dari: Mont'Kiara
|
Posting pada: 19-09-06 15:40
, Satu bahan bacaan yang menghiburkan. Terima kasih atas idea yang kreatif. Salam hormat.
|
mizie_hafiz80
WARGA SETIA Menyertai: 28.08.2003 Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia
|
Posting pada: 19-09-06 16:05
|
azzahrawi
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 33
Posting: 307
Dari: pulau mutiara
|
Posting pada: 05-10-06 20:33
bagus.. salah satu teknik penulisan yang bagus... atleast, respond org yang membca cerpen ini akan membuatkan kita dapat menilai siapakah diri pembaca tersebut yang sebenarnya................wallahu'alam.. mabruk!
|
qudwah
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2005 Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU
|
Posting pada: 05-10-06 21:22
|
kojez_sensei83
Warga 4 Bintang Menyertai: 31.12.2005 Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting
|
Posting pada: 12-05-07 02:36
|
alliaazam
Warga 4 Bintang Menyertai: 26.02.2007 Ahli No: 28915
Posting: 159
Dari: Damansara
|
Posting pada: 12-05-07 02:42
lor...suspen saja...ingatkan dah salah topik tadi hehehe...
|
kojez_sensei83
Warga 4 Bintang Menyertai: 31.12.2005 Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting
|
Posting pada: 20-06-07 20:44
Buat penulis yang gundah..daun yang gugur pun sentiasa indah..
|
lightarrowss
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.03.2006 Ahli No: 23586
Posting: 167
Dari: KELANTAN
|
Posting pada: 20-06-07 21:05
|
ilhammusafir
Warga 5 Bintang Menyertai: 05.11.2005 Ahli No: 20222
Posting: 361
Dari: SeGaMat_JoHoR
|
Posting pada: 21-06-07 04:07
entah apa-apa.......tak paham
|
rose_itam
Warga 5 Bintang Menyertai: 19.05.2007 Ahli No: 29976
Posting: 371
Dari: Temerloh
|
Posting pada: 21-06-07 12:26
hehe kojez memang pandai bermain dengan emosi pembaca.. bagus.. pernah ambil kursus penulisan ke?
|
ummusafiah
WARGA SETIA Menyertai: 12.11.2004 Ahli No: 12428
Posting: 2520
|
Posting pada: 21-06-07 13:37
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 21-06-07 14:31
... Lepas tu...?
|
eyla05
WARGA SETIA Menyertai: 17.10.2005 Ahli No: 19884
Posting: 546
Dari: perak
|
Posting pada: 21-06-07 14:48
|
skater
WARGA SETIA Menyertai: 24.04.2004 Ahli No: 8611
Posting: 542
Dari: Kuala Terengganu
|
Posting pada: 21-06-07 15:10
|
asmahulhusna
Warga 3 Bintang Menyertai: 27.03.2006 Ahli No: 23748
Posting: 106
|
Posting pada: 21-06-07 15:17
assalamualaikum.. kesimpulan yang saya dapat,jangan kita suka membuat andaian melulu tanpa mengetahui perkara sebenarnya...tapi cerita ni agak pelik..dan kelakar..('',)
|
kojez_sensei83
Warga 4 Bintang Menyertai: 31.12.2005 Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting
|
Posting pada: 29-06-07 12:51
andai kita menilai cerpen ini dari akal yang sihat,insyaAllah ada pengajaran ang mampu kita cernakan..
|
masri2
WARGA SETIA Menyertai: 21.02.2005 Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin
|
Posting pada: 29-06-07 15:11
assalamualaikum wbt antara pengajarannya ialah sebelum memberi komen di mana-mana thread silalah membaca sehingga habis.
|
arebie
Warga 4 Bintang Menyertai: 20.03.2006 Ahli No: 23558
Posting: 207
Dari: bp ------> kl
|
Posting pada: 29-06-07 15:21
Pada 01-07-06 00:36 , musyi posting:!!! QUOTE !!! salam~ haha.. cerpen yang menarik. ada suspen dan lawak. tahniah kerana cerpen kamu dapat buat saya tersengeh seorang-seorang. tak apa bukan musyi saja yang sengeh seorang-seorang baca cerita ini.. virus tu pun kena kat org hehehe.. mm sekadar relaksi minda..ok lah tu ..
|