Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Matinya anak muda itu bukan kerana tergelincir kakinya, tetapi kerana tergelincir lidahnya.
-- Ilham Pujangga

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 124
Ahli: 0
Jumlah: 124




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 3 hari yang lalu
Kang: 21 hari yang lalu
lidah-penghunus: 23 hari yang lalu
muslimin23: 32 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Sukan dan Riadah
Topik: Matematik dan Piala Dunia


Carian Forum

Moderator: Administrator, mohamad
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sukan dan Riadah
    »» Matematik dan Piala Dunia

Please Mendaftar To Post


Oleh Matematik dan Piala Dunia

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 20-06-06 18:24


PERCAYA atau tidak, dengan menggunakan kaedah Matematik, kita boleh meramalkan dua pasukan yang akan mara ke peringkat akhir Piala Dunia 2006?

Dua ahli akademik Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) telah menunjukkan kaedah Matematik bagi meramalkan dua finalis Piala Dunia 2006 semasa membentangkan kertas kerja mereka di Simposium Kebangsaan Sains Matematik ke-14 yang berlangsung di sini baru-baru ini.

Hanafi Rahim dan Ruwaidiah Idris dari Jabatan Matematik, Fakulti Sains dan Teknologi KUSTEM menggunakan data daripada kejohanan Piala Dunia di Uruguay (1930) sehinggalah di Korea Selatan dan Jepun (2002) untuk meramal dua pasukan yang bakal bertemu pada final Piala Dunia 2006.

Beliau membahagikan pasukan dalam Piala Dunia 2006 kepada beberapa kumpulan mengikut pencapaian mereka dalam perlawanan Piala Dunia dari tahun 1930 sehingga 2002.

Ahli setiap kumpulan akan memiliki ciri pencapaian yang sama tetapi berbeza di antara kumpulan.

Hanafi menggunakan kaedah Analisis Diskriminan untuk meramal kumpulan pasukan terbaik yang dijangka menjadi pasukan yang bertanding dalam perlawanan akhir.

Analisis Diskriminan banyak digunakan dalam pengasingan sesuatu kumpulan penduduk dan juga peramalan keputusan sesuatu analisis atau kejadian.

Kaedah ini banyak digunakan dalam bidang perubatan untuk meramal keputusan sesuatu kaedah.

Ia juga digunakan dalam bidang pertanian untuk mengklasifikasikan minyak zaitun berdasarkan ciri-ciri geografi. Dalam bidang perniagaan, analisis diskriminan digunakan untuk meramal prestasi dan kemuflisan sesebuah organisasi.

“Data yang digunakan adalah maklumat bagi setiap perlawanan bola sepak dalam pusingan pertama setiap pertandingan Piala Dunia sejak 1930.

“Data jumlah perlawanan (p), menang (w), seri (di), kalah (l), jaringan (gf), dan jumlah mata (pts) digunakan dalam analisis ini,” kata Hanafi.

Kesemua pasukan dibahagikan kepada enam kumpulan berdasarkan jumlah mata yang mereka pungut di sepanjang perlawanan Piala Dunia yang pertama sehingga Piala Dunia 2002 di Korea/Jepun.

Pasukan yang mempunyai jumlah mata terkecil akan berada di dalam kumpulan satu manakala pasukan yang mempunyai jumlah mata terbesar akan diletakkan dalam kumpulan enam.

Terdapat empat pasukan bagi setiap kumpulan satu hingga lima dan tiga pasukan berada di dalam kumpulan enam, katanya.

Analisis data dilakukan menggunakan kaedah Wilks' Lambda iaitu nisbah hasil tambah kuasa dua dalam kumpulan dengan hasil tambah kuasa dua keseluruhan.

Kaedah ini digunakan bagi memastikan ciri-ciri dalam kumpulan terpelihara dan pemisahan di antara kumpulan dapat dimaksimumkan.

Dengan menggunakan perisian komputer, model fungsi diskriminan yang dikehendaki dibina. Model ini juga memberikan petunjuk-petunjuk penting.

Sebanyak tiga lelaran dijalankan untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Lelaran ketiga menghasilkan 100 peratus klasifikasi kumpulan.

Setelah lelaran ketiga dijalankan, jumlah pasukan di dalam kumpulan yang pada mulanya terdapat empat pasukan dalam setiap kumpulan dan tiga pasukan dalam kumpulan enam telah bertukar.

Kini, hanya dua pasukan berada di dalam kumpulan enam. Pasukan inilah yang dijangka oleh Hanafi akan beraksi di perlawanan akhir.

Hasil lelaran itu telah meletakkan Brazil dan Jerman di dalam kumpulan enam sekali gus diramal beraksi pada perlawanan akhir Piala Dunia 2006 di Berlin pada 9 Julai.

– Bernama

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

nazran7
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.12.2003
Ahli No: 5731
Posting: 83
Dari: B B Bestari

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 20-06-06 19:41


Tepat saja Instinct aku.. GERMAN dan BRAZIL

apapun... BOLA ITU BULAT..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nazran7Profil   Hantar PM kepada nazran7   Quote dan BalasQuote

nazran7
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.12.2003
Ahli No: 5731
Posting: 83
Dari: B B Bestari

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 20-06-06 19:41


NASIB BAIK TAK GUNA FUZZY MATH.. HEHE.. MATEMATIK KABUR..

KAN KABUR betul KEPUTUSAN Ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nazran7Profil   Hantar PM kepada nazran7   Quote dan BalasQuote

nazran7
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.12.2003
Ahli No: 5731
Posting: 83
Dari: B B Bestari

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 20-06-06 19:44


APAPUN... KAJIAN NI MEMANG TEPAT DR SEGI TEORI. DAN MEMANG TERBUKTI DALAM APLIKASI2 yang DISEBUTKAN.. BANGGA orang ISLAM boleh GUNAKAN ANALISIS untuk RAMALKAN KEADAAN NI..

NAK SaNGAT TAHU KAEDAH ANALISIS DATA untuk RAMAL TSUNAMI ATAU GEMPA..

boleh TOLONG RAMAI orang..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nazran7Profil   Hantar PM kepada nazran7   Quote dan BalasQuote

nabilpoyo
WARGA SETIA
Menyertai: 13.12.2005
Ahli No: 21141
Posting: 730
Dari: Kuantan + penang + KL + jakarta

blank   avatar


posticon Posting pada: 20-06-06 22:16


hmmm tak mahu la ... asyik2 brazil saja....
go England....kehkeh

Bookmark and Share

    


  Member Information For nabilpoyoProfil   Hantar PM kepada nabilpoyo   Quote dan BalasQuote

alburtuqol
Warga 2 Bintang
Menyertai: 27.06.2006
Ahli No: 24988
Posting: 69
Dari: subang jaya

malaysia  


posticon Posting pada: 27-06-06 21:58


saya rasa boleh saja dua team ini masuk. tetapi ada satu sahaja kelemahan matematik. seperti kelmarin, seorang pelajar universiti digunakan untuk berjudi kerana dia meramal banyak keputusan betul. jadi, saya rasa kita tidak perlu ramal-meramal dan hanya biarlah benda ini berlaku secara sendiri.

Bookmark and Share

    


  Member Information For alburtuqolProfil   Hantar PM kepada alburtuqol   Quote dan BalasQuote

ladybirdy
WARGA SETIA
Menyertai: 19.02.2004
Ahli No: 7399
Posting: 405
Dari: bumi

malaysia  


posticon Posting pada: 30-06-06 23:20


jus oren ni kat ukhwah pun nak letak icon begitu ke...ada ke patut...go brazil!
[ Telah diedit oleh: ladybirdy pada 03-07-06 14:11 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ladybirdyProfil   Hantar PM kepada ladybirdy   Quote dan BalasQuote

rasha_aleeya
WARGA SETIA
Menyertai: 27.09.2005
Ahli No: 19366
Posting: 641
Dari: kota bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 03-07-06 14:22


macam salah saja ramalan tu.......brazil dah kalah lah!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For rasha_aleeyaProfil   Hantar PM kepada rasha_aleeya   Quote dan BalasQuote

wafa_mawaddah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2003
Ahli No: 4175
Posting: 845
Dari: mardhatillah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 03-07-06 15:49


betul lah...brazil dah kalah......

kaedah ni mungkin betul tapi kurang boleh dipercayai....

rasa-rasanya...perancis vs jerman

Bookmark and Share

    


  Member Information For wafa_mawaddahProfil   Hantar PM kepada wafa_mawaddah   Pergi ke wafa_mawaddah's Website   Quote dan BalasQuote

munim
Warga Rasmi
Menyertai: 26.02.2005
Ahli No: 14760
Posting: 1
Dari: perak

Perak  


posticon Posting pada: 03-07-06 17:01


go france...go german...

Bookmark and Share

    


  Member Information For munimProfil   Hantar PM kepada munim   Quote dan BalasQuote

rasha_aleeya
WARGA SETIA
Menyertai: 27.09.2005
Ahli No: 19366
Posting: 641
Dari: kota bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 03-07-06 17:02


Pada 03-07-06 15:49 , wafa_mawaddah posting:

!!! QUOTE !!!

betul lah...brazil dah kalah......

kaedah ni mungkin betul tapi kurang boleh dipercayai....

rasa-rasanya...perancis vs jerman

begitu lah nampaknya


-----------------
Whatever Happen life still go on


Bookmark and Share

    


  Member Information For rasha_aleeyaProfil   Hantar PM kepada rasha_aleeya   Quote dan BalasQuote

hafiz86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.06.2006
Ahli No: 24920
Posting: 253
Dari: Bumi Hang Tuah

Melaka  


posticon Posting pada: 03-07-06 18:09


Kaedah matematik tak boleh digunakan kerana,banyak kejutan berlaku di piala dunia

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafiz86Profil   Hantar PM kepada hafiz86   Quote dan BalasQuote

ana_anua
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.05.2005
Ahli No: 16461
Posting: 151
Dari: SARAWAK

Perak  


posticon Posting pada: 03-07-06 18:14


!!! QUOTE !!!

Pada 03-07-06 15:49 , wafa_mawaddah posting:!!! QUOTE !!!
betul lah...brazil dah kalah......

kaedah ni mungkin betul tapi kurang boleh dipercayai....

rasa-rasanya...perancis vs jerman
begitu lah nampaknya

malamni Jerman jumpa Italy...
mari kita lihat siapa yang kena :-P :-P

Bookmark and Share

    


  Member Information For ana_anuaProfil   Hantar PM kepada ana_anua   Quote dan BalasQuote

m_husna
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.02.2006
Ahli No: 22606
Posting: 85
Dari: kepong

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 04-07-06 17:10


brazil dah kalah.
tahun ni mungkin jerman pula agaknya.
host lah kata kan ;p

Bookmark and Share

    


  Member Information For m_husnaProfil   Hantar PM kepada m_husna   Quote dan BalasQuote

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 06-07-06 18:06


France juara!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.387107 saat. Lajunya....