Oleh |
lelaki mangsa dera rumah tangga |
rimbabara
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 03.03.2006 Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh
|
Posting pada: 20-06-06 18:21
Syor tubuh rumah perlindungan lelaki mangsa dera rumah tangga KUALA LUMPUR 31 Mei - Seorang senator hari ini mencadangkan kerajaan menubuhkan rumah perlindungan khas untuk lelaki yang menjadi mangsa deraan rumah tangga. Senator Dr. Mohd. Puad Zarkashi ketika membangkitkan cadangan itu berkata, beliau berasa kasihan apabila bertemu dengan seorang lelaki Orang Asli yang hilang arah apabila dihalau dari rumah pada awal pagi. Beliau berkata, lelaki terbabit yang bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan, terpaksa keluar dari rumah sehelai sepinggang dan tiada wang, berada dalam kebingungan dan tanpa ada tempat hendak dituju. ``Masalah ini (lelaki menjadi mangsa deraan rumah tangga) mungkin banyak berlaku di kalangan mereka berpendapatan rendah,'' katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2005) 2006 pada Persidangan Dewan Negara hari ini. Mohd. Puad berkata, penubuhan rumah perlindungan khas itu kelak boleh berperanan sebagai tempat memberikan kaunseling kepada lelaki yang menjadi mangsa deraan rumah tangga, yang pasti bingung dengan kejadian tersebut.
|
nazran7
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.12.2003 Ahli No: 5731
Posting: 83
Dari: B B Bestari
|
Posting pada: 20-06-06 19:35
|
wan_andmawaddah
Warga 5 Bintang Menyertai: 16.02.2006 Ahli No: 22771
Posting: 361
Dari: tanah permaisuri
|
Posting pada: 20-06-06 21:10
huhuhuh takkan sampai tubuh rumah pelindungan pula huhuhu dahsyat sangat itu
|
lara
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.02.2006 Ahli No: 22692
Posting: 277
Dari: uitm, seri iskandar
|
Posting pada: 20-06-06 23:01
lelaki yang mangsa rumah tangga ni macam mana ye???selalunya wanita yang kan...
|
sap
Warga Rasmi Menyertai: 06.12.2004 Ahli No: 12856
Posting: 13
Dari: bangi
|
Posting pada: 21-06-06 14:02
pelik...tapi benar. macam-macam berlaku sekarang ni..selalu orang lelaki yang melindungi wanita...masalah besar ni..
|
rajanazri
Warga 3 Bintang Menyertai: 07.06.2006 Ahli No: 24728
Posting: 123
Dari: n9
|
Posting pada: 21-06-06 15:50
ishhh...perempuan zaman sekarang ni.. ganas pun nak ikut lelaki
|
amirahni
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.06.2006 Ahli No: 24839
Posting: 134
Dari: SHAH ALAM
|
Posting pada: 21-06-06 16:59
Rasanya tak perlu rumah perlindungan untuk lelaki...sebab alQuran mentafsirkan kaum yang lemah adalah wanita dan lelaki adalah pemimpin atau pelindung.Kalau masuk lelaki dalam golongan yang perlu dilindungi pula nak melindungi...Sebelum membuat keputusan fikirlah dengan waras dengan berpandukan hukum ALLAh
|
amirahni
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.06.2006 Ahli No: 24839
Posting: 134
Dari: SHAH ALAM
|
Posting pada: 21-06-06 17:02
Rasanya tak perlu rumah perlindungan untuk lelaki...sebab alQuran mentafsirkan kaum yang lemah adalah wanita dan lelaki adalah pemimpin atau pelindung.Kalau masuk lelaki dalam golongan yang perlu dilindungi siapa pula nak melindungi...Sebelum membuat keputusan fikirlah dengan waras dengan berpandukan hukum ALLAH
|
rasha_aleeya
WARGA SETIA Menyertai: 27.09.2005 Ahli No: 19366
Posting: 641
Dari: kota bharu
|
Posting pada: 21-06-06 17:50
ada juga lelaki yang terpaksa lakukan kerja rumah....seperti kemas rumah basuh baju....tu di kra penderaan ke ek...
|
amirahni
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.06.2006 Ahli No: 24839
Posting: 134
Dari: SHAH ALAM
|
Posting pada: 26-06-06 12:15
KALAU SETAKAT TOLONG BUAT KERJA RUMAH BUKAN KES PENDERAAN ITU MENUNJUKKAN BELIAU SUAMI PRIHATIN.RASULULLAH DULU PUN TOLONG ISTERI BAGINDA DALAM URUSAN KERJA RUMAH. BAGI PARA ISTERI JANGAN AMBIL KESEMPATAN PULA. RUMAHTANGGA AMAT MEMERLUKAN KERJASAMA DAN KESEFAHAMAN. KALAU ASYIK NAK BERKIRA ...SUSAH NAK BAHAGIA. ----------------- BUAT YANG BETUL, BUAT DENGAN BETUL, BUAT BETUL-BETUL
|