Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 05-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika seseorang kena tipu, yang bersalah bukan yang menipu tetapi yang tertipu
-- Peribahasa India

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 83
Ahli: 0
Jumlah: 83




  Yang Masuk Ke Sini
Martyr: 2 hari yang lalu
Muslim1987: 8 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Kejahilan punca kejahatan


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Kejahilan punca kejahatan

Please Mendaftar To Post


Oleh Kejahilan punca kejahatan

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 20-06-06 15:39


Al-Imam Ibnu Qayyim mengatakan: "Rukun kekufuran ada empat iaitu sombong, hasad, marah dan syahwat. Sifat sombong akan mencegah seseorang untuk patuh, tunduk atau taat.

Kejahilan punca kejahatan, undang malapetaka
Oleh Ibrahim Abdullah


ALLAH banyak menjelaskan di dalam Al-Quran terhadap bahaya kejahilan dan kesyirikan. Antaranya:



Allah menceritakan mengenai kaum Nabi Musa dalam firman-Nya bermaksud: “Mereka (bani Israel) mengatakan: Wahai Musa, buatlah untuk kami sebuah sesembahan (berhala) seperti mereka memiliki berhala. Musa menjawab: Sesungguhnya kamu adalah kaum yang jahil." (Surah al-'Araf, ayat 138).

Al-Imam Asy-Syaukani mengatakan: "Allah menyifatkan bani Israel dengan kejahilan kerana mereka mengetahui bukti kekuasaan Allah, yang mesti hal itu tidak menjadi penghalang bagi mereka untuk memohon sesuatu yang hanya mampu dilakukan Allah tidak kepada yang lain. Tetapi mereka terkenal angkuh dengan sifat kedegilan mereka, kuat kejahilannya dan orang yang tidak memiliki pendirian." (Fathul Qadir, halaman 586).

Allah berfirman lagi bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang musyrik itu, sesudah jelas dalil-dalil keesaan Allah, patutkah kamu menyuruhku menyembah atau memuja yang lain daripada Allah wahai orang yang jahil?" (Surah az-Zumar: 64).

Di dalam ayat ini Allah memerintahkan Rasulullah SAW memberitahu orang jahil mengenai perkataan mereka yang sesat. Perintah orang kafir kepada Rasulullah SAW untuk menyembah selain Allah itu didasarkan oleh kejahilan. Jika mereka berilmu mengenai Allah Yang Maha Sempurna nescaya mereka tidak akan memerintahkan Rasulullah SAW melakukan hal demikian.

Masih banyak lagi ayat seumpama yang menjelaskan bahawa kejahilan adalah sumber kejahatan, malapetaka dan bencana.

Al-Imam Ibnu Qayyim mengatakan: "Rukun kekufuran ada empat iaitu sombong, hasad, marah dan syahwat. Sifat sombong akan mencegah seseorang untuk patuh, tunduk atau taat.

“Sifat hasad menghalang seseorang untuk menerima nasihat. Sifat marah akan menghalang untuk berbuat adil dan manakala sifat syahwat akan menghalang seseorang untuk khusyuk dalam beribadat.”

Mereka yang membiarkan keempat-empat rukun kekufuran itu pada dirinya, maka dia membuka pintu kejahatan pada dirinya.

Perkara itu akan menyebabkan seseorang terhalang untuk tunduk atau patuh, ikhlas, bertaubat, menerima kebenaran, menerima nasihat daripada saudaranya dan tawaduk di hadapan Allah.

Al-Imam Mujtahid dan lainnya mengatakan: "Setiap orang yang bermaksiat kepada Allah baik sengaja atau tidak, dia adalah orang jahil sampai dia bertaubat."

Allah dan rasul-Nya memperingatkan kita supaya berhati-hati dengan orang jahil dan tindakannya. Bertemankan mereka menjerumuskan diri kita ke lubang kemaksiatan walaupun kita mengetahui hukum-hakam perbuatan itu.

Orang jahil lebih dekat kepada iblis dan mudah menyimpang jauh daripada jalan Allah. Mereka sendiri adalah tentera iblis. Apabila mendekati mereka, pasukan iblis akan bergerak untuk menipu diri, agama, harta bahkan nyawa kita.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/Agama/20060619215743/Article/


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 21-06-06 20:55


betul tu ummi, kejahilan merupakan punca utama kepada kejahatan.

tapi kadang-kadang ada juga orang yang berilmu tapi masih tetap tergamak untuk melakukan kejahatan. contohnya seperti ulama' su' (ulama' jahat), sejarah telah membuktikan akan wujudnya golongan ini, sampai sekarang pun masih ada.

sedangkan ulama' itu bermaksud orang2 yang mengetahui, tetapi mereka telah dicemari dengan satu sifat iaitu su' (kejahatan). contohnya seperti golongan2 yang mendalami ilmu agama tapi menggunakan ilmu itu untuk menyokong kebatilan. kat Malaysia pun ada puak macam ni.

pelik kan kalau ilmu yang kita ada lebih2 lagi kalau ilmu agama tak dapat mencegah kita dari melakukan kejahatan dan penyelewengan.

sepatutnya alim dan jahil takkan dapat wujud serentak, ia adalah dua perkara yang bertentangan. tapi dalam kes ni... memang pelik kan :-?


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

raudhah84
WARGA SETIA
Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10521
Posting: 483
Dari: bumi Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 22-06-06 00:43


iman semakin rapuh...manusia bertopengkan syaitan...


-----------------
sekali kaki melangkah di jalan ALLAH..jangan undur..biar masa berganti..aqidah jangan mati..biar zaman berubah..keyakinan pada ALLAH jangan goyah..


Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhah84Profil   Hantar PM kepada raudhah84   Pergi ke raudhah84's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 22-06-06 09:43


Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah syukran jazilan atas respons. Sebenarnya kejahilan dari sebab tidak mencari ilmu beza dengan kejahilan orang yang berilmu.

Orang yang berilmu menjadi jahil bila ada penyakit-penyakit hati terutamanya sifat sombong, takabur, ujub dan r.a' serta iri hati. Apabila ujud sifat-sifat tak soleh itu maka berlakulah titik-titik hitam di hati yang menjadi hijab (pelindung kepada ilmu yang ada untuk turun ke hati yang menjadi wadah atau rumah pada Iman dan Taqwa).

Maka Ilmu yang ada sekedar di minda saja tetapi tidak dapat menjunam ke dalam hati. Maka muncullah ulama su' sepertimana kata anakanda ibnu_musa tu.

Sebab itu kita hendaklah berusaha mencari ilmu dengan penuh keikhlasan dan ehsan (bersangka baik dengan golongan yang tidak sefahaman dengan kita atas dasar khilafiah tetapi cuba menasihati mereka yang keliru bab aqidah dengan penuh hikmah).

Semoga kita semua dikurniakan terus petunjuk dan hidayah serta ilmu yang bermanfaat bukannya ilmu yang tidak dapat di amalkan sebab dosa-dosa penyakit hati itu.

Allahumma Ameen!

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - Sebaik-baik tangan ialah tangannya golongan pekerja

Sebaik-baik kepala ialah kepala yang dicukur

rasa mengantuk yang paling nyaman, ialah mengantuknya orang yang solat tahajjud

Darah yang paling suci ialah darah para syuhada'.

(petikan Miftah anNajaah, karya Dr 'Aaidh alQarni, KSA)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

jAiLuL_mAnsHuDaH
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 170
Posting: 310
Dari: Di sana sini...

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 22-06-06 11:13


kalau dulu kita dapat lihat kejahatan dilakukan disebabkan kejahilan diri tetapi sekarang kejahatan juga tetap berlaku walaupun di kalangan golongan berpengetahuan dan beragama sekalipun...

syukran Ummimq...sekurang2nya dapat kita berusaha mendalami ilmu pengetahuan agar tak terjerumus dalam kejahilan selama2nya...
InsyaAllah...

dosa yang membawa kesedaran....mana lebih baik dr taat yang membawa kepada keangkuhan atau hairan akan diri?
puji yang membawa kepada lupa pada diri, mana lebih baik daripada caci yang membawa kepada memperbaiki kelemahan diri?

sama-sama fikirkan...

Wallahu A'lam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For jAiLuL_mAnsHuDaHProfil   Hantar PM kepada jAiLuL_mAnsHuDaH   Pergi ke jAiLuL_mAnsHuDaH's Website   Quote dan BalasQuote

jAiLuL_mAnsHuDaH
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 170
Posting: 310
Dari: Di sana sini...

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 22-06-06 11:13


kalau dulu kita dapat lihat kejahatan dilakukan disebabkan kejahilan diri tetapi sekarang kejahatan juga tetap berlaku walaupun di kalangan golongan berpengetahuan dan beragama sekalipun...

syukran Ummimq...sekurang2nya dapat kita berusaha mendalami ilmu pengetahuan agar tak terjerumus dalam kejahilan selama2nya...
InsyaAllah...

dosa yang membawa kesedaran....mana lebih baik dr taat yang membawa kepada keangkuhan atau hairan akan diri?
puji yang membawa kepada lupa pada diri, mana lebih baik daripada caci yang membawa kepada memperbaiki kelemahan diri?

sama-sama fikirkan...

Wallahu A'lam...


-----------------
.::Ketenangan lahir dari hati yang bersih::.


Bookmark and Share

    


  Member Information For jAiLuL_mAnsHuDaHProfil   Hantar PM kepada jAiLuL_mAnsHuDaH   Pergi ke jAiLuL_mAnsHuDaH's Website   Quote dan BalasQuote

siswa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.06.2006
Ahli No: 24900
Posting: 203
Dari: UTM skudai

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 30-06-06 01:03


Ilmu penting dalam mngharungi kehidupan yang penuh dugaan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For siswaProfil   Hantar PM kepada siswa   Quote dan BalasQuote

imthiyaz
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2004
Ahli No: 11772
Posting: 461
Dari: Selangor @ Shah Alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 30-06-06 07:40


syukran ummi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For imthiyazProfil   Hantar PM kepada imthiyaz   Pergi ke imthiyaz's Website   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 30-06-06 08:06


Pada 22-06-06 09:43 , ummimq posting:

!!! QUOTE !!!


Maka Ilmu yang ada sekedar di minda saja tetapi tidak dapat menjunam ke dalam hati. Maka muncullah ulama su' sepertimana kata anakanda ibnu_musa tu.

Sebab itu kita hendaklah berusaha mencari ilmu dengan penuh keikhlasan dan ehsan (bersangka baik dengan golongan yang tidak sefahaman dengan kita atas dasar khilafiah tetapi cuba menasihati mereka yang keliru bab aqidah dengan penuh hikmah).



Dah terang lagi bersuluh, tapi masalahnya ada orang merasakan ilmu dia hebat sangat sehingga tidak mampu untuk menerima pandangan orang lain...lebih mendukacitakan penulisan mereka seolah-olah tidak mahu 'jatuh'.. Sepatutnya lagi kita berilmu lagi kita merendah diri dengan ilmu kita dan menerima pandangan orang lain dengan hati terbuka dan tegurlah mereka dengan penuh hikmah dan rasa penuh kasih sayang agar mudah-mudahan mereka memperoleh hidayah dr ALLAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 12-07-06 16:19


Madah Dari Hukama:

BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH,
BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK,
KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN,
ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI
ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.

MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH , TIDAK SALAH.
YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..
KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA,
YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.104034 saat. Lajunya....