Oleh |
Helah Kahwini Mangsa Rogol...ia bukan satu alasan |
syemarly
Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 20-06-06 13:01
SHAH ALAM: “Saya tidak mahu perkahwinan dijadikan alasan untuk menggugurkan tuduhan rogol terhadap kamu dan saya juga tidak mahu mendengar kamu bercerai selepas sebulan berkahwin dengan mangsa,†kata Hakim Mahkamah Sesyen di sini, semalam. Hakim Azimah Omar berkata demikian ketika perbicaraan seorang pembantu kawalan mutu (QC), Hairol Azmi Mohd Shah, 24, yang didakwa merogol seorang guru tadika berusia 19 tahun, kira-kira dua tahun lalu. “Perkahwinan bukan satu jenaka dan saya menasihati kamu berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan berkahwin,†katanya. Terdahulu, pada 26 April lalu, mahkamah menangguhkan perbicaraan itu selepas tertuduh memohon penangguhan bagi membincangkan mengenai ‘perkahwinannya’ itu. Semalam, tertuduh memohon tempoh penangguhan lagi untuk membincangkan perkara berkenaan, namun mahkamah menolak sebelum menetapkan 6 November ini sebagai tarikh baru perbicaraan. “Kamu tidak perlu tergesa-gesa membuat keputusan berkahwin dengan mangsa,†katanya menasihati tertuduh tidak terburu-buru. Mengikut pertuduhan, Hairol didakwa merogol mangsa dalam kereta di Jalan Pemaju U1/15, Glenmarie, Batu Tiga di sini, antara jam 9 hingga 10 malam pada 4 Julai 2004. Dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun dan boleh disebat. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Samihah Rhazali, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
|
syemarly
Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 20-06-06 13:02
SESENANG saja NAK ELAK DARI kena HUKUM... INGAT orang TAK TAU..
|
musafir_lara
Warga 4 Bintang Menyertai: 26.09.2005 Ahli No: 19324
Posting: 283
Dari: perak + KL + johor
|
Posting pada: 20-06-06 13:27
ha sebat saja..sudahnya cikgu tu nak kahwin dengan dia ke? rentikanlah..aman ke kalau nak bersama sepanjang hayat dengan sex maniac tu!astaghfirullah al azim...
|
rasha_aleeya
WARGA SETIA Menyertai: 27.09.2005 Ahli No: 19366
Posting: 641
Dari: kota bharu
|
Posting pada: 20-06-06 14:40
kalau saya jadi cikgu tu....sampai mati pun saya takkan kawin dengan orang yang buat begitu kat kita.....boleh ke nak bimbing keluarga kalau dah begitu perangainya
|
syemarly
Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 20-06-06 17:01
MEMANG TAK boleh PERCAYA orang MACAM TU...Kalau INSAF PUN MUNGKIN AMBIL MASA UNTUK DIDPERCAYAI...TAPI...NI SIKAP TERBURU2..NAMPAK SANGAT dia NI............................................
|
lara
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.02.2006 Ahli No: 22692
Posting: 277
Dari: uitm, seri iskandar
|
Posting pada: 20-06-06 21:17
ceh...dia dah rogol orang senang-senang saja nak kawin..ingat murah ke???tok sah kawin....orang macam ni elok diajar....jangan percaya...
|
ibnu_musa
Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 20-06-06 21:24
kalau ikut hukum Islam (hudud), kahwin ke tak kahwin ke dia mesti dikenakan hukuman yang sepatutnya kalau dah sabit kesalahan dan terbukti. manjakan sangat masyarakat sebab tulah masalah2 macam ni tak pernah selesai, sampai si perogol boleh gugurkan tuduhan dengan berkahwin dengan mangsa, macam boleh tarik balik pula kesalahan tu. ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
bintul_farhanah
Warga 4 Bintang Menyertai: 18.03.2005 Ahli No: 15217
Posting: 177
Dari: mana ek?
|
Posting pada: 20-06-06 22:02
kurang betul pengajaran orang itu.. heeeee.. apa lah nak jadi.. nauzubillah
|
rajanazri
Warga 3 Bintang Menyertai: 07.06.2006 Ahli No: 24728
Posting: 123
Dari: n9
|
Posting pada: 21-06-06 11:23
nak rogol kawin la dulu...
|
syemarly
Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 21-06-06 11:47
|
ridwan_daie
WARGA SETIA Menyertai: 26.06.2004 Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan
|
Posting pada: 21-06-06 11:56
Hukum Allah wajib dilaksanakan. tapi saya ada satu persoalan di sini....macam mana cikgu tadika tu boleh dirogol dalam kereta pukul 9-10 malam? Bukan ke perkara begini takkan terjadi kalau bukan kedua2 pihak memainkan peranan.... cuba fikir sikit kalaulah masa tu si cikgu tu berada di rumah, jaga solat isyak awal2 waktu....xterjadi benda alah ni
|
login
Warga 1 Bintang Menyertai: 19.06.2006 Ahli No: 24883
Posting: 23
Dari: Bumi yang ku cinta
|
Posting pada: 21-06-06 12:00
!!! QUOTE !!! rajanazrin Posting pada: 21-06-06 11:23
nak rogol kawin la dulu...
----------------- و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى والسلا
|
musafir_lara
Warga 4 Bintang Menyertai: 26.09.2005 Ahli No: 19324
Posting: 283
Dari: perak + KL + johor
|
Posting pada: 27-06-06 21:26
cikgu 2 kena rogol dalam kereta kan?mereka ni pakwe makwe agaknya..ana pun tak tau!
|
wan_andmawaddah
Warga 5 Bintang Menyertai: 16.02.2006 Ahli No: 22771
Posting: 361
Dari: tanah permaisuri
|
Posting pada: 27-06-06 21:36
erm mesti ada sesuatu yang kita tak tahu ini [ Telah diedit oleh: wan_andmawaddah pada 27-06-06 21:37 ]
|
imthiyaz
WARGA SETIA Menyertai: 12.10.2004 Ahli No: 11772
Posting: 461
Dari: Selangor @ Shah Alam
|
Posting pada: 27-06-06 23:45
mengikut undang-undang, sekiranya mangsa tidak bersetuju diatas sesuatu persetubuhan sama ada dari mula, pertengahan atau di akhir persetubuhan.... maka lelaki berkenaan boleh dikenakan tuduhan merogol. manakala bagi perempuan yang berumur 16 tahun ke bawah dan melakukan persetubuhan sama ada secara rela atau pun tidak (ataupun berkahwin secara halal sekali pun) lelaki tersebut tetapi boleh dikenakan tuduhan merogol. lazimnya kes2 hari ni, sama-sama rela. cuma bila ada keretakan hubungan percintaan, maka yang perempuan mmbuat laporan dia dirogol. ada betulnya apa yang dikatakan ridwan_daie. sepatutnya pukul 10 mlm ada kat rumah.hanya yang rela saja keluar malam-malam. semoga dilindungi....
|
srikandisutera
WARGA SETIA Menyertai: 11.04.2005 Ahli No: 15726
Posting: 444
Dari: terengganu
|
Posting pada: 26-09-07 09:24
wallahu'alam bissawab... 'jangan kita bercakap-cakap apa yang kita tidak ketahui'
|
mie05
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.11.2005 Ahli No: 20348
Posting: 318
Dari: melaka
|
Posting pada: 26-09-07 09:30
salammm betul kata srikandisutera tu... yang penting kita kena ambil pengajaran dari apa yang belaku itu.. saya cuma nasihat pada diri sendiri..sesama lah kita ingat-mangingati... wassalamm..
|
nailah_miz
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.04.2004 Ahli No: 8296
Posting: 335
Dari: Universiti Utara Malaysia
|
Posting pada: 26-09-07 10:14
Pada 20-06-06 14:40 , rasha_aleeya posting:!!! QUOTE !!! kalau saya jadi cikgu tu....sampai mati pun saya takkan kawin dengan orang yang buat begitu kat kita.....boleh ke nak bimbing keluarga kalau dah begitu perangainya SETUJU SANGAT!!! [ Telah diedit oleh: nailah_miz pada 26-09-07 10:18 ]
|