Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-11-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
-- ummimq (Kaunselor)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 59
Ahli: 0
Jumlah: 59




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 1 hari, 10 jam, 10 minit yang lalu


Copy & Paste
Topik: Dr. M terancam


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Dr. M terancam

Please Mendaftar To Post


Oleh Dr. M terancam

Abu_Ruqayyah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.03.2006
Ahli No: 23449
Posting: 590
Dari: Manchester

Selangor  


posticon Posting pada: 16-06-06 14:26


‘Dr M berasa terancam’
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyaman Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataan fitnah terhadapnya menegaskan bekas Perdana Menteri itu rasa terancam dengan peningkatan popularitinya dalam Umno, di kalangan rakyat dan pada peringkat antarabangsa.


Beliau berkata, Dr Mahathir takut beliau akan mencabar jawatan Presiden Umno dan seterusnya kuasa politik beliau sebagai Perdana Menteri.

“Perasaan takut ini dan perasaan ketidakjaminan tiada jaminan untuk defendan (Mahathir) terhadap kuasa politik sebagai Perdana Menteri bertambah buruk ketika September 1998,” katanya dalam jawapan kepada pernyataan pembelaan bekas Perdana Menteri itu yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, semalam oleh peguamnya, S dan Nair.

Dalam jawapannya, Anwar berkata, beliau juga akan mengemukakan bukti ketika perbicaraan, termasuk laporan media dan penerbitan kenyataan Tun Mahathir terhadap perkara berkenaan.

“Selanjutnya, cadangan saya sebagai Menteri Kewangan untuk menangani krisis kewangan pada 1997-1998 membuatkan defendan berang,” katanya.

Dalam samannya yang difailkan pada 27 Januari lalu, Anwar mendakwa Mahathir membuat kenyataan yang mencela itu apabila bercakap mengenai beliau dan tingkah lakunya selaku Timbalan Perdana Menteri kepada beberapa wartawan dan wakil media tempatan dan antarabangsa.

Kenyataan Mahathir itu dibuat pada satu sidang akhbar di premis Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) di sini, September tahun lalu.

Beliau mendakwa perkataan itu dalam ertinya yang ‘natural’ dan biasa, dalam konteks ia dipertuturkan, bererti dan difahamkan bererti, yang beliau ialah seorang homoseksual, seorang songsang, tidak layak memegang jawatan politik atau sebarang jawatan, seorang yang punya kemiripan jenayah dan beliau berbahaya kepada masyarakat Malaysia.

Anwar juga mendakwa Dr Mahathir menyedari beliau tidak boleh memecatnya daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Umno.

Untuk sebab-sebab di atas defendan secara jahat menggunakan jentera kerajaan termasuk polis, sistem pendakwaan, badan kehakiman, proses kehakiman dan media melalui ugutan serta paksaan telah mereka-reka dan mengada-adakan bukti palsu mengenai tuduhan, termasuk liwat dan salah laku seks terhadapnya dan telah menyebabkan kejatuhannya, kata Anwar dalam kenyataan itu.

Anwar memohon ganti rugi, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, faedah, kos dan relif lain yang dianggap wajar oleh mahkamah.

Beliau juga memohon injunksi menegah Dr Mahathir, ejen dan/atau pembantunya daripada terus menutur, mengucap atau menerbit perkataan atau kata-kata yang membawa kesan yang sama mengenai atau mengaitkan beliau atau kata-kata fitnah serupa terhadap beliau. – Bernama


Berita 2


Kes Sukma kena bicara semula
PUTRAJAYA: Selepas lapan tahun, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja diberi peluang oleh Mahkamah Rayuan semalam untuk membersihkan namanya daripada tuduhan melakukan perbuatan kelucahan melampau membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Gopal Sri Ram sebulat suara membatalkan sabitan ke atas Sukma Darmawan dan hukuman penjara enam bulan yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas dia mengaku bersalah pada 1998.

Panel hakim itu membenarkan perbicaraan semula diadakan selepas mengekalkan bahawa pengakuan bersalahnya tidak selamat kerana ada fakta penting yang tidak dinyatakan yang menunjukkan dia tidak bersalah.

Mahkamah memerintahkan kes itu disebut semula di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.

Sukma Darmawan, adik angkat Anwar, sudah pun menjalani hukuman penjara dua setengah bulan dan masih mempunyai dua minggu lagi untuk melengkapkan tempoh hukuman penjara itu. Dia kini dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dan seorang penjamin.

Bersidang bersama Sri Ram adalah Hakim Datuk Hashim Yusoff dan Datuk James Foong.

Pada 19 September 1998, Sukma Darmawan dan bekas penulis ucapan Anwar, Dr Munawar Ahmad Anees, dijatuhkan hukuman penjara enam bulan selepas mereka mengaku bersalah mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan kelucahan melampau bersama Anwar dengan membenarkannya meliwat mereka.

Peguam Sukma Darmawan, Gobind Singh Deo, berkata laporan perubatan (oleh Dr Zahari Noor yang memeriksa Sukma Darmawan) menunjukkan tidak ada sebarang tanda kemasukan (liwat), tetapi pendakwaan tidak mengemukakan fakta itu kepada mahkamah.

Berhujah mengenai pengakuan bersalah Sukma Darmawan secara sukarela, beliau berkata, anak guamnya itu mendakwa dia berada di bawah tekanan yang serius ketika mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Huda Noraini Mohamed Noor, Nurul Huda membantah percubaan Sukma Darmawan supaya diadakan perbicaraan semula dengan menegaskan bukanlah satu keperluan bagi pihak pendakwaan membuktikan berlakunya kemasukan (liwat) untuk memperoleh sabitan dalam kes kelucahan melampau, lagipun laporan perubatan dibuat lima bulan selepas kejadian itu. – Bernama

Bookmark and Share

    


  Member Information For Abu_RuqayyahProfil   Hantar PM kepada Abu_Ruqayyah   Pergi ke Abu_Ruqayyah's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-06-06 04:06


‘Peluang saya bersih nama’
Oleh Anwar Hussin


KUALA LUMPUR: Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, yang hadir di Mahkamah Sesyen di sini semalam untuk dibicara semula atas tuduhan melakukan seks luar tabii dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sudah tiba masa untuk dia membersihkan namanya.

gambar
Sukma, 45, yang mengaku tidak bersalah atas tuduhan sama seperti dihadapinya lapan tahun lalu berkata, dia percaya kepada sistem kehakiman negara dan mahu membuktikan tuduhan dihadapinya itu tidak benar.

“Saya tidak takut, inilah peluang untuk buktikan saya tidak bersalah,” katanya kepada pemberita di luar mahkamah, semalam.

Ahli perniagaan yang juga adik angkat Anwar itu berasal dari Indonesia. Dia yang kini menjalankan perniagaan menjual permaidani di Jakarta, hadir di mahkamah bersama dua kakaknya, Komalawati dan Nirmala.

Sukma yang memakai kemeja putih dan agaknya bagaimanapun kelihatan bergenang air mata apabila polis menggarinya ketika membawa dia dari lokap ke kaunter pejabat pendaftaran mahkamah bagi menguruskan jaminan, selepas selesai prosiding.

Ketika itu, keadaan menjadi agak tegang apabila peguam bela Sukma, Gobind Singh Deo, memarahi dua anggota polis berkenaan kerana menggari Sukma sedangkan urusan jaminan sudah selesai dilakukan.

“Kamu buat macam ini seolah-olah dia disabitkan atas kesalahan,” kata Gobind pada anggota polis terbabit.

Terdahulu, Sukma yang kelihatan tenang ketika tuduhan dibaca terhadapnya, didakwa membenarkan Anwar melakukan seks luar tabii dengannya di kediaman bekas Timbalan Perdana Menteri itu di No 47, Jalan Damansara pada malam, April 1998.

Sukma didakwa mengikut Seksyen 377(di) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman maksimum penjara dua tahun.

Pada 19 September 1998, Sukma yang mengaku salah atas tuduhan yang sama di Mahkamah Sesyen di sini, dikenakan hukuman penjara enam bulan. Bagaimanapun, kelmarin, Mahkamah Rayuan membatalkan hukuman yang dikenakan Mahkamah Sesyen itu.

Tiga hakim yang diketuai Datuk Gopal Sri Ram, bersama Datuk Hashim Mohd Yusoff dan Datuk James Foong Cheng Yuen, sebulat suara mengarahkan perbicaraan baru diadakan.

Mahkamah Rayuan mengetepikan sabitan dan hukuman terhadap Sukma selepas mendapati kes itu dibicarakan secara tidak adil dan melanggar peruntukan undang-undang.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim memberitahu mahkamah yang pihaknya akan memanggil 25 saksi bagi memberi keterangan. Difahamkan, seorang daripada saksi itu adalah Anwar.

Suhaimi berkata, sungguhpun tuduhan yang dihadapi Sukma kesalahan yang tidak boleh dijamin, mahkamah boleh menggunakan budi bicaranya membenarkannya dijamin.

“Asas yang penting ialah adakah tertuduh akan hadir ketika perbicaraan apabila jaminan diberikan,” katanya.

Gobind kemudian memohon mahkamah mengekalkan jaminan RM10,000 dan tidak mengarahkan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

“Anak guam saya sudah melalui penderitaan serta trauma sejak 1998 dan kerana tuduhan ini juga menyebabkan perniagaannya musnah. Kini, dia masih berada di negara ini kerana mahu membersihkan namanya,” katanya.

Gobind berkata, Sukma menghormati sistem kehakiman dengan menghadirkan diri setiap kali perbicaraan terhadapnya diadakan dan adalah tidak adil jika mahkamah bersetuju supaya pasportnya ditahan.

Hakim Nursinah Adzmi mengarahkan Sukma diikat jamin RM10,000 dan menetapkan perbicaraan kes itu selama dua minggu bermula 6 November depan. Mahkamah tidak mengarahkan Sukma menyerahkan pasportnya sebagai syarat jaminan.

Sukma membayar jaminan itu melalui penjaminnya yang juga rakannya, Rahim Mazlan.


Sumber: Berita Harian Online


----------------------

wah, nampaknya Dr. M akan kena serang balik oleh musuh2 lama dia. hmmm, masihkah dia berkuasa?


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 17-06-06 04:08 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

Abu_Ruqayyah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.03.2006
Ahli No: 23449
Posting: 590
Dari: Manchester

Selangor  


posticon Posting pada: 17-06-06 05:12


Dia masih lagi ada pengaruh dikalangan orang-orang politik. Memang susah sebenarnya nak serang balik Mahathir ni....

Semoga Berjaya Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Abu_RuqayyahProfil   Hantar PM kepada Abu_Ruqayyah   Pergi ke Abu_Ruqayyah's Website   Quote dan BalasQuote

songkok_aji02
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 593
Posting: 532
Dari: KL / JB

Johor  


posticon Posting pada: 17-06-06 10:18


apapun tunggu dan lihat

Bookmark and Share

    


  Member Information For songkok_aji02Profil   Hantar PM kepada songkok_aji02   Quote dan BalasQuote

maisarahlisa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.12.2003
Ahli No: 6068
Posting: 466
Dari: Pahang~Selangor~Dubai

Pahang  


posticon Posting pada: 17-06-06 12:07


Dia ingat dia boleh lepas macam tu saja ke...

Bookmark and Share

    


  Member Information For maisarahlisaProfil   Hantar PM kepada maisarahlisa   Quote dan BalasQuote

snawan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.05.2006
Ahli No: 24573
Posting: 152
Dari: kiri ke kanan

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-06-06 15:38


habislah dr M nanti......
kita tengok siapa yang kena...........

Bookmark and Share

    


  Member Information For snawanProfil   Hantar PM kepada snawan   Quote dan BalasQuote

Ghufranallah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 27.06.2005
Ahli No: 16894
Posting: 351
Dari: padang pasir

luxembourg   avatar


posticon Posting pada: 17-06-06 18:14


ibrahim pendek cakap....mari kita tengok siapa yang kena......hihihihihih

Bookmark and Share

    


  Member Information For GhufranallahProfil   Hantar PM kepada Ghufranallah   Quote dan BalasQuote

yob_84
Warga Rasmi
Menyertai: 07.06.2006
Ahli No: 24735
Posting: 11
Dari: ipoh @ www.desachat.com

Perak  


posticon Posting pada: 17-06-06 20:25


macam-macam...politik2...sebab tak guna hukum dan undang2 islam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For yob_84Profil   Hantar PM kepada yob_84   Pergi ke yob_84's Website   Quote dan BalasQuote

Abu_Ruqayyah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.03.2006
Ahli No: 23449
Posting: 590
Dari: Manchester

Selangor  


posticon Posting pada: 17-06-06 22:54


Allah bersama orang yang benar dan teraniaya.

Teruskan Datuk Seri Anwar! perjuanganmu diiringi dengan doa.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Abu_RuqayyahProfil   Hantar PM kepada Abu_Ruqayyah   Pergi ke Abu_Ruqayyah's Website   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-06-06 22:57


ALLAH AKAN MEMBANTU HAMBA2NYA yang TERANIAYA....

KAMI SOKONG PERJUANGANMU DATUK SERI ANWAR...

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

lara
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.02.2006
Ahli No: 22692
Posting: 277
Dari: uitm, seri iskandar

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 17-06-06 23:06


hmm....

Bookmark and Share

    


  Member Information For laraProfil   Hantar PM kepada lara   Quote dan BalasQuote

Abu_Ruqayyah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.03.2006
Ahli No: 23449
Posting: 590
Dari: Manchester

Selangor  


posticon Posting pada: 17-06-06 23:06


Tiada sesiapa yang nak doakan Dr. M ke?:-di

Bookmark and Share

    


  Member Information For Abu_RuqayyahProfil   Hantar PM kepada Abu_Ruqayyah   Pergi ke Abu_Ruqayyah's Website   Quote dan BalasQuote

RenTokiL_IniTiaL
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.03.2006
Ahli No: 23578
Posting: 102
Dari: atas Bumi

malaysia  


posticon Posting pada: 17-06-06 23:22


saya saya nak doakan mahathir....tapi nak doakan dia agar jatuh lebih teruk dari apa dan macamana dia jatuhkan datuk seri anwar.
[ Telah diedit oleh: RenTokiL_IniTiaL pada 18-06-06 15:54 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For RenTokiL_IniTiaLProfil   Hantar PM kepada RenTokiL_IniTiaL   Quote dan BalasQuote

kumpulansenyum
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2006
Ahli No: 24414
Posting: 305
Dari: UKM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-06-06 16:27


hehehe....
macam-macam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For kumpulansenyumProfil   Hantar PM kepada kumpulansenyum   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.105009 saat. Lajunya....