Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 02-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Betapa banyak lukisan tiruan Mona Lisa, tetapi orang ramai masih lagi berusaha nak melihat lukisan Mona Lisa yang asli.
-- Louis Amstrong

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 70
Ahli: 0
Jumlah: 70




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 14 hari yang lalu
nur_takwa88: 20 hari yang lalu
kismis: 20 hari yang lalu
qaulah_atrah: 31 hari yang lalu
muaz9768: 35 hari yang lalu
Rashdin: 41 hari yang lalu


Klinik Ukhwah
Topik: sayangi lah telinga anda....dan tahi telinga anda..


Carian Forum

Moderator: Administrator, Meow, dramian219
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Klinik Ukhwah
    »» sayangi lah telinga anda....dan tahi telinga anda..

Please Mendaftar To Post


Oleh sayangi lah telinga anda....dan tahi telinga anda..

buz
Warga 1 Bintang
Menyertai: 07.06.2006
Ahli No: 24727
Posting: 27
Dari: bangi

Johor  


posticon Posting pada: 16-06-06 08:22


WAJARKAH tahi telinga dikorek atau dikeluarkan pada
setiap minggu?

Mungkin ada antara anda yang akan mengorek
telinga anak hampir setiap minggu semata-mata
untuk mengeluarkan tahi telinga dan memastikan
telinga anak anda sentiasa bersih.

Bagaimanapun, sedarkah anda bahawa perbuatan
mengorek telinga itu boleh menjejaskan kesihatan
telinga dan dikhuatiri boleh memudara.an
pendengaran?

Tidak kiralah sama ada anda menggunakan putik
kapas,
pengorek telinga diperbuat daripada besi, pin, kunci
kereta atau apa saja bahan untuk mengorek atau
mengeluarkan tahi telinga, hakikatnya, perbuatan
mengorek telinga memang tidak perlu dilakukan. Ini
kerana, tahi telinga mampu bertindak sebagai
pelindung sama ada terhadap serangga mahupun
debu kotoran.

Pakar Telinga, Hidung dan Tekak di sebuah pusat
perubatan swasta di ibu negara, Dr Aminuddin Saim,
berkata dalam keadaan normal, tahi telinga akan
keluar sedikit demi sedikit kerana lapisan kulit telinga
mempunyai mekanisme yang akan
mengeluarkannya secara
berterusan. Justeru, beliau berkata, anda tidak perlu
mengorek telinga atau mengeluarkan tahi telinga
dengan
bahan yang sering kali digunakan untuk tujuan itu.

"Apabila tahi telinga itu sudah terkeluar dan
terlihat, anda boleh membersihkannya tetapi jangan
pula mengorek telinga dalam-dalam kerana ini boleh
menjejaskan kesihatan telinga anak anda," katanya
ketika ditemui, di ibu negara, baru-baru ini.

Dr Aminuddin berkata, korek telinga bukan saja tidak
perlu dilakukan di kalangan kanak-kanak, malah setiap
individu tidak sepatutnya mengorek telinga. Beliau
berkata, lazimnya, ibu bapa menggunakan putik
kapas
untuk mengorek telinga anak-anak mereka tetapi
bahan
itu boleh menyebabkan tahi telinga semakin
terbenam,
melecet atau luka pada kulit telinga dan putik kapas
tertinggal di dalam telinga.

Katanya, ada juga yang mengorek telinga dengan
pengorek telinga diperbuat daripada besi dan ini
lebih berbahaya kerana ia boleh menyebabkan luka
dan
dikhuatiri boleh tertembus pada gegendang telinga
dan seterusnya memudara.an pendengaran.

"Mengorek telinga memang boleh menyebabkan
seseorang
menjadi khayal kerana telinga mempunyai banyak
saraf
dan ia begitu sensitif. Justeru, mengorek telinga
kadangkala menjadi amalan atau tabiat seseorang.
"Sebaik-baiknya hentikan amalan itu kerana dikhuatiri
boleh menjejas atau memudara.an kesihatan telinga,
terutama gegendang telinga", katanya.

Dr Aminuddin berkata, tahi telinga ialah satu bahan
di dalam telinga yang terdiri daripada serumen (lilin
telinga) iaitu kelenjar yang dikeluarkan oleh
telinga.
Katanya, hasil campuran keretin, debu, kotoran,
lelemak dan bulu telinga akan membentuk tahi
telinga.
Dr Aminuddin berkata, tahi telinga boleh dibahagi
kepada dua jenis iaitu keras dan lembut dan
sebahagian
besar masyarakat Asia mempunyai tahi telinga jenis
keras. "Keras atau lembut tahi telinga bergantung
kepada faktor genetik dan lelemak yang terkandung
di
dalam tahi telinga," katanya.

Beliau berkata, tahi telinga bertindak sebagai
pelindung kepada telinga anda kerana lendir atau
cecair yang terkandung di dalamnya boleh
menyebabkan
debu terlekat, kesukaran dimasuki serangga dan
mengelakkan jangkitan serangga.
Sehubungan itu, beliau menasiha.an ibu bapa supaya
tidak mengorek telinga anak mereka dengan apa
juga
bahan kerana bimbang ia boleh menyebabkan luka
dan
kurang ketahanan untuk bertindak sebagai pelindung.
"Telinga yang terluka akan mudah ditumbuhi dan
dijangkiti kulat serta bakteria. Selain itu, amalan
mengorek telinga juga dikhuatiri boleh menyebabkan
kerosakan pada gegendang telinga," katanya.
Bagaimanapun, Dr Aminuddin berkata, ada segelintir
individu yang mengalami masalah tahi telinga tidak
terkeluar dengan sendiri dan keadaan ini dikenali
sebagai keratosis obsturans. Katanya, mereka yang
mengalami masalah ini perlu berkunjung ke hospital
untuk membolehkan pakar telinga, hidung dan tekak
mengeluarkan tahi telinga.Lazimnya,

Bookmark and Share

    


  Member Information For buzProfil   Hantar PM kepada buz   Quote dan BalasQuote

emi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.10.2003
Ahli No: 4053
Posting: 139
Dari: Alor Setar, Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 19-06-06 09:05


habis tu elok korek telinga berapa kali sebulan ye,,,,,,? hik.hik...hik

Bookmark and Share

    


  Member Information For emiProfil   Hantar PM kepada emi   Quote dan BalasQuote

ilahnurani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 25.12.2005
Ahli No: 21425
Posting: 164
Dari: Kuantan,Pahang Darul Makmur

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 19-06-06 10:01


kalau macam tu,tak payahlah korek telinga..tunggu sampai keluar sendiri..
hehehehehe........

Bookmark and Share

    


  Member Information For ilahnuraniProfil   Hantar PM kepada ilahnurani   Quote dan BalasQuote

rasha_aleeya
WARGA SETIA
Menyertai: 27.09.2005
Ahli No: 19366
Posting: 641
Dari: kota bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 19-06-06 10:29


Pada 19-06-06 10:01 , ilahnurani posting:

!!! QUOTE !!!

kalau macam tu,tak payahlah korek telinga..tunggu sampai keluar sendiri..
hehehehehe........


eee....tak terasa kotor ke macam tu.......


-----------------
Whatever Happen life still go on


Bookmark and Share

    


  Member Information For rasha_aleeyaProfil   Hantar PM kepada rasha_aleeya   Quote dan BalasQuote

cipoi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.05.2006
Ahli No: 24504
Posting: 242
Dari: seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 19-06-06 11:55


betul ke artikel ni? pakar2 telinga yang lain pun cakap begitu juga ke?

Bookmark and Share

    


  Member Information For cipoiProfil   Hantar PM kepada cipoi   Pergi ke cipoi's Website   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 19-06-06 11:57


Pada 19-06-06 10:01 , ilahnurani posting:

!!! QUOTE !!!

kalau macam tu,tak payahlah korek telinga..tunggu sampai keluar sendiri..
hehehehehe........


Kalau kena yang degil bagaimana...
tapi kotor juga Kalau tunggu keluar sendiri.. :-di

Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

PuteriDesa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.12.2004
Ahli No: 13061
Posting: 287
Dari: Tanjung Pengelih

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-06-06 13:28


:di...walaupun geli saya mbacanya tapi semuanya adalah fakta.saya setuju dan akur akan kebenarannya.ish..tak molek betul korek telinga dengan besi, pin dan sebagainya..bahaya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For PuteriDesaProfil   Hantar PM kepada PuteriDesa   Quote dan BalasQuote

fadzlyz
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2006
Ahli No: 24451
Posting: 639
Dari: cheras

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 19-06-06 14:42


betul ke?

Bookmark and Share

    


  Member Information For fadzlyzProfil   Hantar PM kepada fadzlyz   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.234267 saat. Lajunya....