Oleh |
gula oh gula! |
syahidah87
Warga 1 Bintang Menyertai: 08.08.2005 Ahli No: 17932
Posting: 40
Dari: tanah melayu
|
Posting pada: 15-06-06 16:50
kenapa sekarang gule makin kurang ye..pelik tol..bknnye musim raya pun sekarang ini  sblom2 ni tak ada pula masalah cenggini...apa pendapat antum?rasa sedih?lega?gumbira?kehilangan sesuatu dalam mknn?hilang selera makan?cewwah!!...atau...tak ada perasaan?  macam tak ada apa-apa yang b`laku?...kui3x ----------------- TaNGkiSLaH CaCiAn DeNgAn sEnYumaN,PeNgHiNaaN DeNgAn LEmah-LeMBut,KEmaRaHaN DeNgAn DiAm,keJaHaTAn dENGaN KeBaIkAn.nESCaYa,teRgOlOnGlAh AnDa dalam gOloNgaN orang-orang YaNg BERILMU..
|
fadzlyz
WARGA SETIA Menyertai: 19.05.2006 Ahli No: 24451
Posting: 639
Dari: cheras
|
Posting pada: 15-06-06 17:05
minum susu dulu.............
|
sufti_ilham
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2003 Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL
|
Posting pada: 15-06-06 17:09
kat kelantan pun susah gula sekarang ni.. ----------------- "Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" : At-Thalaq : 3 -( PUAN SUFTI )- [ Telah diedit oleh: sufti_ilham pada 15-06-06 17:10 ]
|
rasha_aleeya
WARGA SETIA Menyertai: 27.09.2005 Ahli No: 19366
Posting: 641
Dari: kota bharu
|
Posting pada: 15-06-06 17:40
|
rasha_aleeya
WARGA SETIA Menyertai: 27.09.2005 Ahli No: 19366
Posting: 641
Dari: kota bharu
|
Posting pada: 15-06-06 17:43
kat kelate sekarang kurang gula...tapi saya tengok setiap rumah stok bertimbun....masa balik kg hari tu terkejut tengok stok gula kat rumah.....mak kata buat spare takut gula tak ada terus....rumah makcuk-makcik pun banyak stok....agaknya mereka ni beli banyak sangat untuk buat stok..tu yang tak ada gula kat pasaran kut...he he he agak saja la.....
|
hudahasnan
WARGA SETIA Menyertai: 10.01.2005 Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman
|
Posting pada: 15-06-06 18:08
kat k.terengganu pun susah nak dapat sekarang....asyik habis saja kat kedai...
|
rasha_aleeya
WARGA SETIA Menyertai: 27.09.2005 Ahli No: 19366
Posting: 641
Dari: kota bharu
|
Posting pada: 15-06-06 18:10
kenapa ek...tebu tak ada ke sekarang ni??
|
al_farisi
WARGA SETIA Menyertai: 18.01.2004 Ahli No: 6556
Posting: 608
Dari: Tiada kepada ada & ada kepada tiada
|
Posting pada: 15-06-06 18:14
Bukan tak ada gula. Tapi pengeluar yang mengurangkan pengeluaran gula sebab nak naikkan harga gula macam pernah dibuat dulu sekitar tahun 90an. Taktik lama nak naikkan harga. Pemborong dan penjual terpaksa la simpan stok takut kekurangan bekalan gula. Tapi kalau boleh kurangkan pengambilan gula, ya la sebenarnya gula pasir tu pun tak begitu baik dari segi kesihatan kalau boleh cari pemanis yang lain seperti madu.
|
hudahasnan
WARGA SETIA Menyertai: 10.01.2005 Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman
|
Posting pada: 15-06-06 18:17
Pada 15-06-06 18:10 , rasha_aleeya posting:!!! QUOTE !!! Kenapa ek...tebu tak ada ke sekarang ni?? bukan...rasanya dengar berita semalam, ada banyak aktvity penyeludupan ke negara jiran...kat sana harga gula mahal...so ada pihak nak untung lebih...suka lagi jual kat orang luar daripada orang malaysia... bila kat malaysia dah kekurangan gula, nanti bolehlh naikkn harga gula pulak... haa...xke "bijak" tu....  ----------------- Ukhwah yang terbina persis untaian tasbih.Ada awal, tiada penghujung.Dibuat untuk mengingatiNya.Dicantum kerana cintaNya�
|
rasha_aleeya
WARGA SETIA Menyertai: 27.09.2005 Ahli No: 19366
Posting: 641
Dari: kota bharu
|
Posting pada: 15-06-06 18:17
Pada 15-06-06 18:14 , al_farisi posting:!!! QUOTE !!! Bukan tak ada gula. Tapi pengeluar yang mengurangkan pengeluaran gula sebab nak naikkan harga gula macam pernah dibuat dulu sekitar tahun 90an. Taktik lama nak naikkan harga.
Pemborong dan penjual terpaksa la simpan stok takut kekurangan bekalan gula.
Tapi kalau boleh kurangkan pengambilan gula, ya la sebenarnya gula pasir tu pun tak begitu baik dari segi kesihatan kalau boleh cari pemanis yang lain seperti madu. semua nak naik... nasib la hujan masih turun..... ----------------- Whatever Happen life still go on
|
al_farisi
WARGA SETIA Menyertai: 18.01.2004 Ahli No: 6556
Posting: 608
Dari: Tiada kepada ada & ada kepada tiada
|
Posting pada: 15-06-06 18:24
Soal seludup tu tak begitu signifikan. Jalan cerita dia macam kes nak naikkan harga diesel. Mula -mula kata diesel di seludup kat luar negara lepas itu naikkan harga lepas itu banding harga gula negara lain. "Masih terendah dikalangan negara asal" Huh kena tipu lagi ra'yat Malaysia. Nak salahkan sepenuhnya pada pengeluar pun tak boleh. kos pengeluaran gula dah meningkat. Orang berniaga mesti nak untung. Jadi sekarang margin untung dah kurang jadi nak kena naikkan la fharga gula. Kekedang kasihan pada peniaga terutamanya yang kecil-kecilan. KPDNHEP buat operasi yang banyak kena peniaga. Pembekal dan pengeluar senyum saja.
|
hafeezzul
 Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 16-06-06 03:27
GEORGETOWN: Belum pun reda isu kekurangan gula di pasaran, ada peniaga tamak cuba mengambil kesempatan mengaut keuntungan secara mudah apabila mencampurkan bahan itu dengan garam. Perkara itu terbongkar selepas seorang pengusaha gerai minuman mendakwa dua daripada tiga bungkusan gula seberat dua kilogram setiap satu yang dibeli di sebuah kedai runcit di Batu Maung, dekat sini, semalam, dicampur garam. Yunizah Che Yon, 26, dari Bayan Lepas dekat sini, berkata dia membeli gula berkenaan jam 11.30 pagi di sebuah kedai runcit di Taman Iping, Batu Maung, untuk digunakan di gerai minumannya. Menurutnya, pada mulanya dia tidak mengesan sebarang kehadiran bahan lain di dalam tiga bungkusan gula yang dibeli dengan harga RM2.80 sebungkus. Katanya, bagaimanapun ketika mahu menggunakan gula terbabit untuk menyediakan minuman yang dipesan pelanggan, dia berasa pelik apabila mendapati di dalam gula itu terdapat ketulan bahan lain yang agak kasar. “Saya terkejut kerana gula yang dibancuh dengan air panas tidak larut malah didapati berketul-ketul di dalamnya dan ketika diperiksa didapati ia sebenarnya garam. “Saya kemudian memeriksa dua lagi bungkusan gula yang baru dibeli dan mendapati sebungkus lagi juga mengandungi garam di bahagian bawahnya,” katanya. Yunizah berkata, dia hairan bagaimana gula itu boleh dicampur bersama garam. Menurutnya, dia bimbang peniaga runcit itu mungkin mahu menganiaya orang ramai yang membeli gula di kedainya bagi meraih keuntungan berlebihan. Katanya, dia akan melaporkan perkara itu kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk tindakan lanjut. “Saya tidak mahu lebih ramai lagi pelanggan akan terpedaya atau tertipu dengan sikap peniaga yang tidak bertanggungjawab itu,” katanya. Sementara itu, jurucakap KPDNHEP ketika dihubungi, berkata pihaknya meminta Yunizah membawa bungkusan gula mengandungi garam itu untuk diperiksa. Menurutnya, siasatan akan dilakukan untuk memastikan gula itu mengandungi garam atau sebaliknya sebelum sebarang tindakan diambil. P/S: Ini la padahnya
|
lara
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.02.2006 Ahli No: 22692
Posting: 277
Dari: uitm, seri iskandar
|
Posting pada: 16-06-06 13:21
di dan.9 pun ada maslah juga..kat tempat saya,ada kedai yang hadkan beli gula 1 kg saja...gila......
|
hudahasnan
WARGA SETIA Menyertai: 10.01.2005 Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman
|
Posting pada: 16-06-06 23:58
lagi pasal gula.... hari ni puas cari kedai yang jual gula...tapi semua tak ada...lebih dr 10 kedai... saya yang duduk kat k.terengganu pun sampai pergi ke marang...dahsyat betul... misi tidak berjaya...insyaAllah esok akan di teruskan...  ----------------- Ukhwah yang terbina persis untaian tasbih.Ada awal, tiada penghujung.Dibuat untuk mengingatiNya.Dicantum kerana cintaNya�
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 17-06-06 03:23
Harga gula tidak naik sehingga 2008Oleh Shamshul Azree Samshir VEERASINGAM melawat kilang gula di Shah Alam, baru-baru ini.PUTRAJAYA: Harga runcit gula di pasaran negara ini tidak akan dinaikkan, sekurang-kurangnya sehingga 2008. Kerajaan semalam menegaskan, kenaikan harga tidak perlu kerana Malaysia sudah memeterai kontrak jangka panjang dengan pembekal di luar negara bagi mendapatkan bekalan gula. Kontrak dua tahun Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) dengan pembekal gula dari Australia, Brazil dan Thailand, membolehkan 599,000 tan bahan mentah itu disalurkan kepada pengilang tempatan setiap tahun. Melalui kontrak jangka panjang itu, pengilang membeli gula mentah di pasaran pada harga AS$218 (RM828.40) setan berbanding AS$400 (RM1,520) setan, di pasaran terbuka. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk S Veerasingam, berkata Miti juga membenarkan pengilang membeli bekalan mentah gula tambahan daripada pasaran bebas sebanyak 702,300 tan setahun. Sebelum ini, harga gula mentah di pasaran dunia hampir sama dengan pasaran domestik, tetapi sejak awal tahun lalu, ia meningkat kerana kegunaannya dipelbagaikan untuk tujuan lain. “Masalah kekurangan gula sekarang berpunca daripada permintaan tinggi oleh industri yang mendapatkan bekalan gula daripada pasaran tempatan sedangkan mereka menghasilkan produk untuk eksport. “Syarikat itu sepatutnya membeli gula daripada pasaran terbuka dan bukannya tempatan yang dikhususkan kepada industri mengeluarkan produk untuk kegunaan domestik bagi membendung kenaikan harga dalam negara,” katanya selepas mesyuarat dengan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di kementeriannya, di sini, semalam. Ditanya bila masalah kekurangan gula sekarang akan berakhir, Veerasingam berkata, ia boleh diselesaikan dalam tempoh terdekat. “Kita mencadangkan pihak industri yang mengeluarkan produk untuk eksport membeli gula daripada pasaran terbuka selain membendung masalah penyeludupan dan menyelaraskan pengagihan gula. Pengguna pula perlu mengelak ‘pembelian panik'. “Kita akan cuba menyelesaikan masalah ini secepat mungkin tetapi belum sampai ke tahap untuk menaikkan harga gula kerana harga gula di pasaran dunia sentiasa berubah,” katanya. Veerasingam berkata, kementeriannya juga sedang meneliti beberapa cadangan untuk mengatasi masalah itu bagi dibentangkan kepada Kabinet, minggu depan. Beliau berkata, masalah kekurangan bekalan kini juga berpunca daripada permintaan gula di pasar raya besar yang menunjukkan peningkatan luar biasa sejak walaupun di luar musim perayaan. Antara negeri yang kekurangan gula ketika ini termasuk di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Perak, Terengganu, Kelantan dan Negeri Sembilan. Mengulas saranan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) yang mahu harga gula dinaikkan 30 sen sekilogram, Veerasingam berkata, harga runcit gula tidak dinaikkan sejak lebih 10 tahun walaupun ia pernah mencecah RM1.45 sen sekilogram sebelum ini. “Apabila harga gula di pasaran dunia menurun, pihak industri mengurangkannya lima sen kepada RM1.40 sen sekilogram tetapi apabila harga gula di pasaran dunia naik, kerajaan tidak membenarkan mereka menaikkan harga,” katanya. Veerasingam juga berkata, kementerian bercadang mengeluarkan semula lesen perniagaan barang kawalan berjadual kepada peruncit gula seperti yang pernah dilaksanakan pada 1991 bagi memastikan mereka tidak menyimpan stok gula di premis masing-masing. INFO 6 negeri hadapi masalah gula Selangor Kuala Lumpur Pahang Perak Terengganu Kelantan Negeri Sembilan Sumber: Berita Harian Online----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| [ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 17-06-06 03:26 ]
|
puteriayahanda
Warga 4 Bintang Menyertai: 31.03.2005 Ahli No: 15473
Posting: 268
Dari: negeri sembilan
|
Posting pada: 17-06-06 09:58
assalamualaikum.. di tempat saya pun masalah gula agak meruncing. mula-mula dulu, ia hanya dihadkan 2 unit setiap seorang. tapi baru-baru ni, sewaktu saya pergi ke sebuah pasaraya, saya dapati bekalan gula tiada langsung..
|
hudahasnan
WARGA SETIA Menyertai: 10.01.2005 Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman
|
Posting pada: 17-06-06 20:18
Pada 17-06-06 03:23 , ibnu_musa posting:!!! QUOTE !!!
INFO 6 negeri hadapi masalah gula
Selangor Kuala Lumpur Pahang Perak Terengganu Kelantan Negeri Sembilan
em..memang betullah....siap kena beratur panjang lagi nak beli gula 2kg  ----------------- Ukhwah yang terbina persis untaian tasbih.Ada awal, tiada penghujung.Dibuat untuk mengingatiNya.Dicantum kerana cintaNya�
|