Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Burung yang akan mati hanya berjalan, tidak lagi terbang
-- Peribahasa Red Indian

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 223
Ahli: 0
Jumlah: 223




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Jangan dilalaikan dengan bola - Mufti


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Jangan dilalaikan dengan bola - Mufti

Please Mendaftar To Post


Oleh Jangan dilalaikan dengan bola - Mufti

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 14-06-06 18:48


Jangan dilalaikan dengan bola - Mufti    
Fri | Jun 09, 06 | 05:24:55 PM
Oleh Azamin Amin
bola
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Hrkh) - Malam ini bermulalah kejohanan bola sepak Piala Dunia edisi ke-18 di Jerman membuka tirainya dan fenomena 'gila-gila bola' ini akan berlanjutan selama sebulan.

Perlawanan bola sepak kali ini meyaksikan kebanyakan perlawanan berlangsung pada awal pagi dan malam ini perlawanan bola sepak antara Jerman dan Costa Rica di Stadium Munich akan di siarkan secara langsung pada jam 12.00 tengah malam.

Mengulas kesan kejohanan ini kepada umat Islam, mantan Mufti Trengganu , Dato Abdul Halim menyatakan bahawa kegilaan terhadap bola ini suatu fenomena yang melali dan melalaikan.

"Al-Quran telah menyatakan sikap dan nafsu manusia yang suka terhadap perkara-perkara melalaikan," katanya.

"Piala Dunia ini digembar-gemburkan oleh media kerana ianya memberi keuntungan komersial tetapi tidak mendatangkan manfaat kepada umat Islam terutama golongan muda," katanya lagi

Beliau juga menyatakan bahawa arus 'gila-gila bola' ini menyebabkan golongan anak muda termasuk juga orang tua lupa pada tanggungjawab kepada agama, keluarga dan masyarakat.

Ditanya pandangan sesetengah pihak bahawa perlawanan bola di awal pagi boleh dimanfaatkan untuk ibadat seperti suntikan semangat kepada umat Islam bersolat malam iaitu Tahajud.

Beliau menjawab, "Lazimnya 'kaki bola' bukannya 'kaki tahajud."

Dalam perkembangan yang sama, Mufti Perak, Dato Seri Harussani Zakaria sewaktu ditemui baru-baru ini, berkata bahawa masyarakat umat Islam dan orang Melayu seringkali leka dengan hedonisme (suka berhibur) seumpama seperti seni suara dan bola.

"Pada 1967, Sinai jatuh ke tangan Israel kerana pada waktu itu orang Arab sedang disibukkan dengan bola!" katanya.

Beliau menyatakan bahawa 'kegilaan terhadap bola' adalah salah satu penyebab Tanah Arab jatuh ke tangan penjajah dan perkara ini juga tidak mustahil berlaku kepada negara ini.


Dipetik dari: HarakahDaily.net


p/s: apa komen kaki2 bola di portal ukhwah sekalian?


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 14-06-06 19:03 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

imtihan_insyirah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-06-06 18:53


assalamualaikum
walaupun ana bukan kaki bola.. nak komen juga. boleh? satu fenomena baru.. untuk setiap 4 tahun sekali. satu dunia akan beramai-ramai buat qiamulaill.. jom kita baca posting di bawah, hasil tulisan ustaz nasruddin tantawi (pengalamannya sebagai peminat bola)


TAHAJJUD WORLD CUP

Saya turut menerima bahang panas "demam bola" yang melanda dunia hari ini. Virus bola ini lebih bertenaga daripada virus selsema burung mahupun antrak yang pernah melanda dunia seketika dulu . Ini adalah ekoran virus bola mampu menjadikan hampir semua penduduk planet bumi mengalami "demam" serentak.


Manakan tidak , kuliah dan ceramah saya kebelakangan ini , merosot kehadhirannya biarpun saya telah mengenengahkan pelbagai uslub dan pendekatan . Tarikan bola cukup hebat , sedang world cup belum bermula , telah ramai penduduk planet bumi ini mengalami panas sejuk suhu badan mereka dengan virus Frendly Football atau pertandingan pemanas badan oleh pasukan - pasukan yang akan menyertai World cup .


Ada yang mencadangkan kepada saya supaya memasang skrin besar di tempat ceramah , supaya audien boleh datang beramai - ramai dan mereka dapat dua - dua. Ceramah pun dapat , bola pun dapat .


Saya hanya tersenyum , memikirkan sejauh mana rasionalnya cadangan itu dan bagaimana effectnya kepada perjuangan dan masyarakat .


"Tengok Bola tak salahkan ustaz ? " begitulah soalan popular sehari dua ini yang sering diaju oleh anak - anak murid saya apabila mengakhiri kuliah di surau atau masjid . Pastinya tengok bola dan tengok orang main bola adalah dua perkara berbeza.


Namun prinsipnya , menyaksikan pertandingan bola sepak sehingga menjadikan kita lagha , leka dan lalai dari tanggungjawab agama seperti meninggalkan solat , mengheret kepada perjudian , pergaduhan dan lain - lain , maka tidak syak pada hukum adalah HARAM .


Adapun kes pemain - pemain bolasepak yang berseluar pendek sewaktu beraksi di padang terdedah kepada khilaf ulama' dan saya tidak bercadang mengemukakan hujjah syarie secara panjang lebar , justeru ini hanya tulisan bersahaja dalam bentuk sketsa kehidupan .


Mungkin kita yang bermazhab Syafie agak janggal untuk membenarkan mereka berseluar pendek , berbeza dengan mereka yang bermazhab Hanafi . Masih segar dalam ingatan saya sewaktu saya belajar di Maahad Fathul Islami Syria satu waktu dulu . Sedang saya menegur seorang pemuda yang bermain bola dalam keadaan berseluar pendek , Syeikh Fawwaz ( guru kelas merangkap guru Mahfuzat saya ) kebetulan lalu di kawasan itu lalu meminta saya membiarkan pemuda itu bermain dalam keadaan ia kekal berseluar pendek .


Keesokkan harinya , Syeikh Fawwaz mendetailkan hukum berpakaian disisi mazhab Hanafi . ( Ma'ahad Fathul Islami adalah sebuah Ma'ahad yang menggunakan Feqh Mazhab Imam Hanafi ) Ringkasnya , mereka boleh menerima pemain yang berseluar pendek selama mana pendeknya seluar itu masih dalam kategori sopan , iaitu tidak sendat dan hanya atas sedikit dariparas lutut .- Tidak bercawat seperti seluar pelumba lari dan perenang .


Demam bola ini turut di"hidapi" oleh para ustaz dan a'bid . Sehingga ada pula yang menunda tarikh kuliahnya kerana bertembung dengan pertandingan bolasepak pada malam itu malah memendekkan wirid zikirnya kerana memburu jadual waktu pertandingan . Fenomena ini adalah suatu yang sangat menyedihkan . Agarnya ianya tidak berlaku lagi.


Pagi tadi , bunyi siren yang nyaring sekitar jam 3 am . Pastinya itu menandakan sms masuk dan saya terjaga lalu membuka sms untuk mengetahui kandungan mesejnya . Manalah tahu kalau - kalau ada emergency kes pagi - pagi buta ini !


Saya tersenyum membaca kandungan mesej tersebut : " Ustaz ! bangun ... Portugal akan kembali menjajah Angola ! Saksikan Kehebatan Christiano Ronaldo dan Luis Figo meluaskan wilayah jajahannya."


Saya tidak kenal siapa penghantarnya , tetapi saya yakin ini sms dari kawan - kawan yang hanya mengusik saya . Saya lihat jam di tangan menunjukkan pukul 3 am , sedang saya baru sejam tidur setelah selesai mentelaah laporan akhbar terhadap Muktamar PAS yang berlansung di Kedah baru - baru ini , sambil - sambil tu sempat juga saya membantu Isteri tersayang memeriksa kertas jawapan peperiksaan anak- anak muridnya sedang dia telah lama terlena kepenatan bersama nyenyaknya bayi kesayangan dipangkuan .


Saya kepenatan , lalu terlena kembali . Tiba - tiba sekali lagi saya dikejutkan oleh bunyi siren yang nyaring dari handphone saya . Sms lagi !


Saya bangun dan membacanya , : "Ustaz ! Bangun Tahajjud , 15 minit lagi sambung separuh masa kedua , Portugal vs Angola ."


Kali ni penghantarnya orang lain , tapi yang ini saya kenal . ( Mentang-mentanglah mereka tahu saya minat bola ( Pengasas Fursan Tantawi FC di Tanta Mesir ) , sampai waktu begini mereka sms saya . ) Apa yang menarik , siap dengan tazkirah supaya bangun Tahajjud . Inilah demam bola, Tahajjud world cup .



-----------------
ALLAH IS ENOUGH FOR ME
[ Telah diedit oleh: imtihan_insyirah pada 14-06-06 18:59 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For imtihan_insyirahProfil   Hantar PM kepada imtihan_insyirah   Pergi ke imtihan_insyirah's Website   Quote dan BalasQuote

imtihan_insyirah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-06-06 18:57


fenomena yang melanda satu dunia. ustaz tak terkecuali, budak2 sekolah, kanak2, golongan wanita pun sibuk cakap tentang bola.

Bookmark and Share

    


  Member Information For imtihan_insyirahProfil   Hantar PM kepada imtihan_insyirah   Pergi ke imtihan_insyirah's Website   Quote dan BalasQuote

jejakaislam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.05.2004
Ahli No: 8875
Posting: 167
Dari: gombak

Selangor  


posticon Posting pada: 14-06-06 18:57


laaa...kat mesir tak sampai macam pergi tu laa....
paling koman pun ....perlawanan sampai pukul 12
tapi sebagai peringatan ...saya terima...

syukran....

Bookmark and Share

    


  Member Information For jejakaislamProfil   Hantar PM kepada jejakaislam   Quote dan BalasQuote

imtihan_insyirah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-06-06 19:04


sebagai muhasabah dan peringatan bersama. tanggungjawab jangan dilupakan. tanggungjawab sebagai hamba Allah terutamanya, tanggungjawab pada diri sendiri, tanggungjawab pada keluarga dan masyarakat. tak salah meminati bola, yang salahnya jadi fanatik hinggakan urusan harian terabai. jangan sampai kita jadi hamba bola.. merdekakanlah jiwa dengan iman dan taqwa

p/s: punyalah hebat penangan bola ni... ish ish..

wallahua'lam


-----------------
ALLAH IS ENOUGH FOR ME
[ Telah diedit oleh: imtihan_insyirah pada 14-06-06 19:06 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For imtihan_insyirahProfil   Hantar PM kepada imtihan_insyirah   Pergi ke imtihan_insyirah's Website   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 15-06-06 09:19


Saya jarang-jarang bangun tengah malam tengok world cup .. kalau jaga pun mesti tertidur balik sampai habis game ... biasanya bukak last minute saja dalam pukul 5 hanya nak tau keputusan akhir perlawanan tengah malam tu .. lepas tu tidurla balik .. tapi Alhamdulillah solat subuh belum lagi terabai ... :-di

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

Shuhada_nha155
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.04.2005
Ahli No: 16080
Posting: 121
Dari: Bumi Allah

malaysia  


posticon Posting pada: 15-06-06 10:05


BOLA - satu perancangan yahudi yang berjaya menggegarkan dunia... 1 dunia berbicara soal bola... :-(

Bookmark and Share

    


  Member Information For Shuhada_nha155Profil   Hantar PM kepada Shuhada_nha155   Quote dan BalasQuote

rasha_aleeya
WARGA SETIA
Menyertai: 27.09.2005
Ahli No: 19366
Posting: 641
Dari: kota bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 15-06-06 10:28


Ala.. kalau kat Malaysia ni...bola kan start malam...so sama saja mana ada melalaikan sangat....siang hari buat rutin harian seperti biasa...tak salah kan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For rasha_aleeyaProfil   Hantar PM kepada rasha_aleeya   Quote dan BalasQuote

triptofana
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-06-06 10:42


Pada 15-06-06 10:28 , rasha_aleeya posting:

!!! QUOTE !!!

Ala.. kalau kat Malaysia ni...bola kan start malam...so sama saja mana ada melalaikan sangat....siang hari buat rutin harian seperti biasa...tak salah kan...


memanglah bola tu start malam tapi agak2 kalau tengok bola malam tu boleh ke nak bangun pergi kerja esoknya? Setiap malam ada 3 sesi, pukul 9, 11 dan pukul 3 pagi.....


-----------------
Tengoklah dengan mata,
Lihatlah dengan hati,
Renunglah dengan akal,
Fikirlah dengan iman.


Bookmark and Share

    


  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

rasha_aleeya
WARGA SETIA
Menyertai: 27.09.2005
Ahli No: 19366
Posting: 641
Dari: kota bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 15-06-06 11:03


Pada 15-06-06 10:42 , triptofana posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 15-06-06 10:28 , rasha_aleeya posting:

!!! QUOTE !!!

Ala.. kalau kat Malaysia ni...bola kan start malam...so sama saja mana ada melalaikan sangat....siang hari buat rutin harian seperti biasa...tak salah kan...


memanglah bola tu start malam tapi agak2 kalau tengok bola malam tu boleh ke nak bangun pergi kerja esoknya? Setiap malam ada 3 sesi, pukul 9, 11 dan pukul 3 pagi.....


pandai-pandai la....pilih pasukan yang kita minat....tak payah tengok semua...biasanya kalau saya nak tengok pukul 3 pagi,skip la yang pukul 11,boleh la tidur awal....so far dalam seminggu ni saya boleh buat kerja seperti biasa apa.....bagi saya tengok bola tu dah minat sejak kecik lagi,tapi kerja tu tanggungjawab kita...so pandai2 la kita bahagikan masa sebab bagi saya keduanya sama penting......orang yang tak minat bola tak faham apa orang minat bola rasa.......


-----------------
Whatever Happen life still go on


Bookmark and Share

    


  Member Information For rasha_aleeyaProfil   Hantar PM kepada rasha_aleeya   Quote dan BalasQuote

Ketotoi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.03.2006
Ahli No: 23510
Posting: 90
Dari: Melaka

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 15-06-06 11:11


Boleh tengok dan minat bola tapi jangan sampai melalaikan. Presiden Republik Iran Ahmenajad yang begitu lantang membidas musuh umat Islam seperti amerika dan israel dan membela palestin pun amat minat bola. Bahkan beliau memberi galakan dan motivasi kepada pasukan negaranya sekali pun beliau sanggup pergi Jerman menonton perlawanan bola melibatkan negaranya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For KetotoiProfil   Hantar PM kepada Ketotoi   Quote dan BalasQuote

rasha_aleeya
WARGA SETIA
Menyertai: 27.09.2005
Ahli No: 19366
Posting: 641
Dari: kota bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 15-06-06 11:32


Tu la...ingat tak dulu masa worldcup 98 kut masa yang USA lawan Iran...masa tu kan perang...player 2 2 team siap boleh tukar-tukar jersi dan bergambar bersama sambil dok selang seli antara kedua pemain.....macam best saja....kadang-kadang worldcup ada juga kebaikan.....jangan pandang keburukan sahaja

Bookmark and Share

    


  Member Information For rasha_aleeyaProfil   Hantar PM kepada rasha_aleeya   Quote dan BalasQuote

kumpulansenyum
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2006
Ahli No: 24414
Posting: 305
Dari: UKM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-06-06 11:52


memang ada baik dan buruknya world cup ni....

pandai2 laa pilih k....

Bookmark and Share

    


  Member Information For kumpulansenyumProfil   Hantar PM kepada kumpulansenyum   Quote dan BalasQuote

rasha_aleeya
WARGA SETIA
Menyertai: 27.09.2005
Ahli No: 19366
Posting: 641
Dari: kota bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 15-06-06 11:55


Pada 15-06-06 11:52 , kumpulansenyum posting:

!!! QUOTE !!!

memang ada baik dan buruknya world cup ni....

pandai2 laa pilih k....


tersenyum saya, bila baca your nick name....boleh join kumpulan tu tak...saya pun suka senyum juga... :-) :-) :-) :-) :-)


-----------------
Whatever Happen life still go on


Bookmark and Share

    


  Member Information For rasha_aleeyaProfil   Hantar PM kepada rasha_aleeya   Quote dan BalasQuote

fadzlyz
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2006
Ahli No: 24451
Posting: 639
Dari: cheras

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 15-06-06 13:18


suka tengok skill main bola..........
solat kenala jaga...........

Bookmark and Share

    


  Member Information For fadzlyzProfil   Hantar PM kepada fadzlyz   Quote dan BalasQuote

mellisaleez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.05.2005
Ahli No: 16270
Posting: 210

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 15-06-06 14:31


B=Bola Untuk
O=Orang
L=Lelaki
A=saja

:) :) :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For mellisaleezProfil   Hantar PM kepada mellisaleez   Quote dan BalasQuote

Ghufranallah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 27.06.2005
Ahli No: 16894
Posting: 351
Dari: padang pasir

luxembourg   avatar


posticon Posting pada: 15-06-06 16:09


a'aa....jaga malam tengok bola boleh pulak bersengkang mata..tapi Kalau nkbangun solat malam..ya rabbi....liat macam ular sawa dah kenyang..hihihihih

Bookmark and Share

    


  Member Information For GhufranallahProfil   Hantar PM kepada Ghufranallah   Quote dan BalasQuote

rasha_aleeya
WARGA SETIA
Menyertai: 27.09.2005
Ahli No: 19366
Posting: 641
Dari: kota bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 15-06-06 16:20


Pada 15-06-06 16:09 , Ghufranallah posting:

!!! QUOTE !!!

a'aa....jaga malam tengok bola boleh pulak bersengkang mata..tapi Kalau nkbangun solat malam..ya rabbi....liat macam ular sawa dah kenyang..hihihihih

tak semua macam tu...tak baik tau tuduh begitu...
Kenapa nak samakan bola dan solat malam....bagi saya keduanya terlalu jauh bezanya....bola satu hobi untuk saja suka-suka,untuk kepuasan diri....solat malam pula satu kewajipan.....kita sebagai umat islam.....saya tak tau lah orang lain..tapi bagi saya solat malam tu lah penentu hidup saya sekarang ni......dari sekolah dulu sampai sekarang tiap kali nak buat apa-apa keputusan, tiap kali nak exam dan semua-semua lah saya akan buat solat malam.....bukan saya nak bangga diri dan cakap saya baik cuma saya sedikit terasa dengan komen yang diberikan di atas....sebab saya memang minat bola terutama world cup dan euro....


-----------------
Whatever Happen life still go on


Bookmark and Share

    


  Member Information For rasha_aleeyaProfil   Hantar PM kepada rasha_aleeya   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 15-06-06 17:02


Pada 14-06-06 18:53 , imtihan_insyirah posting:

!!! QUOTE !!!

satu dunia akan beramai-ramai buat qiamulaill..


mana pulak satu dunia.. cuba cik kak check your globe & tengok time difference for each continent :-P


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 15-06-06 17:18


Jangan dilalaikan dengan bola - Mufti    
Fri | Jun 09, 06 | 05:24:55 PM
Oleh Azamin Amin
bola
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Hrkh) - Malam ini bermulalah kejohanan bola sepak Piala Dunia edisi ke-18 di Jerman membuka tirainya dan fenomena 'gila-gila bola' ini akan berlanjutan selama sebulan.

Perlawanan bola sepak kali ini meyaksikan kebanyakan perlawanan berlangsung pada awal pagi dan malam ini perlawanan bola sepak antara Jerman dan Costa Rica di Stadium Munich akan di siarkan secara langsung pada jam 12.00 tengah malam.

Mengulas kesan kejohanan ini kepada umat Islam, mantan Mufti Trengganu , Dato Abdul Halim menyatakan bahawa kegilaan terhadap bola ini suatu fenomena yang melali dan melalaikan.

"Al-Quran telah menyatakan sikap dan nafsu manusia yang suka terhadap perkara-perkara melalaikan," katanya.

"Piala Dunia ini digembar-gemburkan oleh media kerana ianya memberi keuntungan komersial tetapi tidak mendatangkan manfaat kepada umat Islam terutama golongan muda," katanya lagi

Beliau juga menyatakan bahawa arus 'gila-gila bola' ini menyebabkan golongan anak muda termasuk juga orang tua lupa pada tanggungjawab kepada agama, keluarga dan masyarakat.

Ditanya pandangan sesetengah pihak bahawa perlawanan bola di awal pagi boleh dimanfaatkan untuk ibadat seperti suntikan semangat kepada umat Islam bersolat malam iaitu Tahajud.

Beliau menjawab, "Lazimnya 'kaki bola' bukannya 'kaki tahajud."

Dalam perkembangan yang sama, Mufti Perak, Dato Seri Harussani Zakaria sewaktu ditemui baru-baru ini, berkata bahawa masyarakat umat Islam dan orang Melayu seringkali leka dengan hedonisme (suka berhibur) seumpama seperti seni suara dan bola.

"Pada 1967, Sinai jatuh ke tangan Israel kerana pada waktu itu orang Arab sedang disibukkan dengan bola!" katanya.

Beliau menyatakan bahawa 'kegilaan terhadap bola' adalah salah satu penyebab Tanah Arab jatuh ke tangan penjajah dan perkara ini juga tidak mustahil berlaku kepada negara ini.


Dipetik dari: HarakahDaily.net


------------------------


wah, ramai juga yang menyokong bola ye.

!!! QUOTE !!!

bukan saya nak bangga diri dan cakap saya baik cuma saya sedikit terasa dengan komen yang diberikan di atas....sebab saya memang minat bola terutama world cup dan euro

mantan Mufti Terengganu dan Mufti Perak kata kegilaan terhadap bola yang sedang berlaku sekarang ini adalah suatu fenomena yang melali dan melalaikan.

tak terasa ke dengan kata-kata dua orang mufti di atas?


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 15-06-06 17:20 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

rasha_aleeya
WARGA SETIA
Menyertai: 27.09.2005
Ahli No: 19366
Posting: 641
Dari: kota bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 15-06-06 17:27


Pada 15-06-06 17:18 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!

Jangan dilalaikan dengan bola - Mufti    
Fri | Jun 09, 06 | 05:24:55 PM
Oleh Azamin Amin
bola
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Hrkh) -

------------------------


wah, ramai juga yang menyokong bola ye.


tak terasa ke dengan kata-kata dua orang mufti di atas?



Saya tak nampak tang mana yang melalaikan saya.....1 game bukannya lama sangat pun dalam 90 minit, let say 2 jam la plus minus kan......Kalau orang yang tengok cerita kat tv pun 1 movie dalam 2 jam juga kan......Kenapa orang yang tengok tv tu tak dikatakan melalaikan sedangkan movie orang tengok sepanjang tahun. tapi bola empat tahun sekali saja......

think about this.....


-----------------
Whatever Happen life still go on


Bookmark and Share

    


  Member Information For rasha_aleeyaProfil   Hantar PM kepada rasha_aleeya   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 15-06-06 18:09


!!! QUOTE !!!

Kenapa orang yang tengok tv tu tak dikatakan melalaikan sedangkan movie orang tengok sepanjang tahun. tapi bola empat tahun sekali saja......
siapa yang kata movie tak melalaikan? kalau bertepatan dengan syariat maka bolehlah dikatakan tak melalaikan. tapi kebanyakan yang ada sekarang ni memang melalaikan pun.

benchmarknya senang saja, apa-apa pun yang melalaikan daripada zikruLlah (mengingati Allah) maka ia melalaikan. cuma maybe mufti highlight world cup sekarang ni sebab para peminat sanggup berjaga malam semata2 nak tengok orang main bola, masa yang sepatutnya digunakan untuk tahajjud. lepas tu bila mata dah ngantuk ia melalaikan daripada tanggungjawab yang lain.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

imtihan_insyirah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-06-06 18:11


assalamualaikum

ramai peminat bola terasa nampak.. info2/ posting tu sekadar mengingatkan. berpada2lah.. kalau tak fanatik sangat, baguslah. yang jadi masalah bila fanatik yang amat2. ana pernah berdepan dengan orang2 yang fanatik2. mereka ni duduk kat kedai makan (yang ada buat siaran bola), berjam-jam lamanya.. duduk sampai ke pagi. esok paginya, qadha tidur semahu2mahunya.. sampai ke petang. bukan ke hidup kita dah tak produktif dibuatnya.
cik rasha aleeya.. mereka bukan tuduh saudari. kata-kata tu ditujukan buat peminat2 bola yang terlalu fanatik. enti janganlah terasa hati
untuk cik alea13, yelah satu dunia lah tu. memang masa berbeza.. takkan ana nak detailkan/ sebutkan masa negara setiap satu.. :P :di

Bookmark and Share

    


  Member Information For imtihan_insyirahProfil   Hantar PM kepada imtihan_insyirah   Pergi ke imtihan_insyirah's Website   Quote dan BalasQuote

rasha_aleeya
WARGA SETIA
Menyertai: 27.09.2005
Ahli No: 19366
Posting: 641
Dari: kota bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 15-06-06 18:16


Pada 15-06-06 18:09 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

Kenapa orang yang tengok tv tu tak dikatakan melalaikan sedangkan movie orang tengok sepanjang tahun. tapi bola empat tahun sekali saja......
siapa yang kata movie tak melalaikan? kalau bertepatan dengan syariat maka bolehlah dikatakan tak melalaikan. tapi kebanyakan yang ada sekarang ni memang melalaikan pun.

benchmarknya senang saja, apa-apa pun yang melalaikan daripada zikruLlah (mengingati Allah) maka ia melalaikan. cuma maybe mufti highlight world cup sekarang ni sebab para peminat sanggup berjaga malam semata2 nak tengok orang main bola, masa yang sepatutnya digunakan untuk tahajjud. lepas tu bila mata dah ngantuk ia melalaikan daripada tanggungjawab yang lain.


ada tak artikel yang mufti highlight pasal tengok movie melalaikan...rasanya tak ada kan.....so mana keadilannye...world cup ni sebulan saja bukan lama pun.....Kenapa nak pertikaikan sangat....tup tap dah habis pun...sedangkan banyak lagi benda lain yang boleh di kategorikan sebagai melalaikan, Kenapa world cup juga yang disebut.....tell me why.


-----------------
Whatever Happen life still go on


Bookmark and Share

    


  Member Information For rasha_aleeyaProfil   Hantar PM kepada rasha_aleeya   Quote dan BalasQuote

imtihan_insyirah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-06-06 18:18


assalamualaikum

sabar, sabar. jadi gaduh pulak. perkara kecil tak elok diperbesarkan. ambillah sebagai peringatan bersama. buang yang keruh ambil yang jernih

wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For imtihan_insyirahProfil   Hantar PM kepada imtihan_insyirah   Pergi ke imtihan_insyirah's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 15-06-06 18:24


!!! QUOTE !!!

ada tak artikel yang mufti highlight pasal tengok movie melalaikan...rasanya tak ada kan.....so mana keadilannye...world cup ni sebulan saja bukan lama pun.....Kenapa nak pertikaikan sangat....tup tap dah habis pun...sedangkan banyak lagi benda lain yang boleh di kategorikan sebagai melalaikan, Kenapa world cup juga yang disebut.....tell me why.

nak tau Kenapa mufti2 keluarkan kenyataan begitu? tanya mufti2 tu sendiri :-di

bagi saya kes ni sama juga macam kes rokok, walaupun mufti dah keluarkan fatwa bahawa ia haram sekalipun, orang yang dah gian tu akan tetap menghalalkannya sebab mereka dah ketagih.

sama juga dengan bola ni, kalau dah start minat dan fanatik tu memang ketagih dan tak boleh nak tinggal. walaupun mufti sendiri dah kata ia melalaikan tapi para peminat setia akan tetap kata ia tak lalai! bila masyarakat dah dibiasakan dengan budaya hedonisme macam nilah jadinya.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 15-06-06 18:51 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

Ketotoi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.03.2006
Ahli No: 23510
Posting: 90
Dari: Melaka

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 15-06-06 18:28


Bukan setakat bola saja boleh melalaikan, bahkan masuk ukhwah.com ni juga boleh melalaikan sekiranya mengabaikan syariat. :di

Bookmark and Share

    


  Member Information For KetotoiProfil   Hantar PM kepada Ketotoi   Quote dan BalasQuote

nazran7
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.12.2003
Ahli No: 5731
Posting: 83
Dari: B B Bestari

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-06-06 18:44


Teruskan berjuang Saudara2 ku.. Tegakkan Dinnul Islam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nazran7Profil   Hantar PM kepada nazran7   Quote dan BalasQuote

al_farisi
WARGA SETIA
Menyertai: 18.01.2004
Ahli No: 6556
Posting: 608
Dari: Tiada kepada ada & ada kepada tiada

iran   avatar


posticon Posting pada: 15-06-06 19:07


Saya tak berminat tentang bola sepak tetapi saya minat tentang World Cup sebabnya betapa ramai manusia yang gilakan bola dan sanggup berjaga malam untuknya. Bagi saya kalau nak tengok bola sampai waktu pagi pun tak da masalah sebabnya selagi mana kalau bekerja dia tak terganggu dengan kerja dan bola tu, ibadat yang fardhu dia tak tinggalkan sebab tengok bola sampai dekat subuh.

Soal bangun tahajud tu pun kalau nak cerita dalam World Cup pun bagi saya kurang tepat. Waktu yang bukan World Cup pun ramai yang berjaga malam di kedai-kedai mamak. Mereka inilah yang kebanyakan yang berjaga malam.

Just qoute daripada "mellisaleez"

B=Bola Untuk
O=Orang
L=Lelaki
A=saja

Kurang tepat kut. sebabnya perempuan pun ramai yang tengok World Cup ini.

Wallahualam
[ Telah diedit oleh: al_farisi pada 15-06-06 19:11 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For al_farisiProfil   Hantar PM kepada al_farisi   Quote dan BalasQuote

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1306
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-06-06 23:00


Assalamualaikum.

    mufti mengeluarkan pandangan berdasarkan ilmu bukan untuk kepentingan diri, jadi jangan la kita pertikaikan, kita kena ambil peringatan la daripadanya. bukan maksud beliau nak halang kita mnat bola, tapi jangan sampai minat kita tu korbankan ibadah yang biasa kita buat. macam petikan blog ustaz nasharudin, kalau sampai kuliah pun terpaksa ditunda oleh kerana nak tengok word cup itu tak patut la, itu dah mengabaikan amanah atau tanggungjawab. bagi saya kalau nak tengok sangat world cup, pastikan bahawa masa tu kita tiada komitmen lain misalnya mengajar ke atau malam tu kebetulan malam yang biasa kita qiamulail. saya akui saya tak minat menonton perlawanan bola, hanya minat ambil tau keputusan saja, tau2 jerman menang :-di


-----------------
Hunusan lidah itu lebih berbisa daripada hunusan keris sang pendekar


Bookmark and Share

    


  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1306
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-06-06 23:01


Piala Dunia- Antara kenyataan yang semata-mata keduniaan dengan kenyataan yang tidak meminggirkan akhirat.

Assalamualaikum.

Bila sebut sahaja Piala Dunia tidak perlulah saya ulas panjang kerana tema "perbualan seluruh dunia" sudah cukup sebagai gambaran, kalau tidak masakan blog ini juga ada memperkatakan tentangnya. Cumanya apa yang ingin saya sentuh di sini ialah tentang teguran dan nasihat pihak kerajaan dan menteri beberapa hari sebelum berlangsungnya kejohanan Piala Dunia kepada kakitangan kerajaan.

Dalam nasihat tersebut salah seorang menteri kabinet dalam kerajaan menasihatkan kakitangan kerajaan terutama sekali peminat Piala Dunia agar jangan sehingga mengabaikan tugas terutamanya dalam menjayakan RMK9. Namun nasihat kerajaan ini lebih kepada keduniaan, tidak pun mengingatkan tentang tanggungjawab mereka khususnya yang muslim sebagai orang islam.

Ini berbeza dengan pandangan beberapa orang ulama'. Meraka juga telah membuktikan bahawa ulama' juga mengambil tahu tentang perkembangan sukan khususnya Piala Dunia, namun begitu mereka tetap menasihatkan umat islam agar tidak sampai terleka dan meninggalkan solat semata-mata kerana keghairahan terhadap Piala Dunia

posted by lidah penghunus @ 1:28 PM 0 comments

Bookmark and Share

    


  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

jAiLuL_mAnsHuDaH
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 170
Posting: 310
Dari: Di sana sini...

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 16-06-06 00:17


assalamualaikum...

pertama sekali kita buka minda dan cuba terima sebarang teguran dan fikirkan secara positif...kalaulah tak ada yang kisah langsung fenomena demam bola yang melanda sekarang ni dah tentu ramai yang seakan2 terlupa atau mengabaikan urusan2 harian dan perkara2 yang lebih penting...

bukankah baik teguran dr Mufti atau arif billah supaya 'Jangan dilalaikan dengan bola'? Maksudnya di sini nak tengok bola tu pun berpada2 jangan sampai kewajipan kita dibelakangkan...dan pasti ramai yang dah faham tentang perkara ni...

yang penting jangan terlalu fanatik dan anggaplah sebarang teguran adalah untuk kemaslahatan bersama...
maaf sekadar pandangan...

Wallahu A'lam...

!!! QUOTE !!!



B=Bola Untuk
O=Orang
L=Lelaki
A=saja



bola kan bnyak...bola jaring...bola keranjang... :-di :-di :-di


-----------------
.::Ketenangan lahir dari hati yang bersih::.


Bookmark and Share

    


  Member Information For jAiLuL_mAnsHuDaHProfil   Hantar PM kepada jAiLuL_mAnsHuDaH   Pergi ke jAiLuL_mAnsHuDaH's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-06-06 04:40


setuju tu dengan pandangan saudara/i lidah-penghunus & jAiLuL_mAnsHuDaH.

jangan tanya Kenapa mufti pertikaikan itu ini, tapi tanya Kenapa kita mudah nak pertikaikan pendapat2 mereka selaku ulama' yang alim dan menjadi rujukan dalam hukum Islam?

"Maka bertanyalah kamu kepada ahlul-zikr (orang yang mempunyai pengetahuan) sekiranya kamu tidak mengetahui." (Mafhum Firman Allah s.w.t.)


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 17-06-06 04:41 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

GTF
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 519
Posting: 425
Dari: png

japan  


posticon Posting pada: 17-06-06 07:52


Pada 15-06-06 18:28 , Ketotoi posting:

!!! QUOTE !!!

Bukan setakat bola saja boleh melalaikan, bahkan masuk ukhwah.com ni juga boleh melalaikan sekiranya mengabaikan syariat. :di


Memang betul apa yyg dkatakan oleh saudara ketotoi.....
jangan asyik salahkan bola atau world cup saja.saya akui memang saya minat dengan bolasepak terutama sekali world cup.Tapi walau macam mana sekalipun minat world cup,saya sekadar tengok perlawanan yang diadakan awal mengikut waktu malaysia.Sebagai contohnya perlawanan diantara argentina menentang serbia dan montenegro mlm tadi pada pukul 9 mlm...Yang perlawanan yang selepas tu saya tak tengok.Cuma tunggu saja mesej keputusan perlawanan dari maxis pada keesokan paginya.Jangan cepat menghukum orang yang minat worlcup ni dengan bermcm-2 tuduhan.Kalau nak dikatakan mengenai perkara melalaikan,saya rasa ukhwah.com pun boleh jadi perkara yang melalaikan kalau tidak menepati syariat islam.Mufti kita cuma memberi peringatan supaya jangan dilalaikan dengan bola dan bukannya mengatakan bola ini terutama bolasepak worldcup ini melalaikan seperti yang dikatakan olah ibnu musa.jangan lah bersikap demikian terhadap peminat bola termasuk warga ukhwah yang meminati dengannya.jangan menyakitkan hati saudara seagama mu dengan kenyataan sebegitu.Maaflah kalau kenyataan saya ni tidak betul dan menyinggung perasaan orang lain.wallu'alam

Bookmark and Share

    


  Member Information For GTFProfil   Hantar PM kepada GTF   Pergi ke GTF's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 18-06-06 02:30


saya petik laporan asal dari akhbar: HarakahDaily.net


Mantan Mufti Trengganu , Dato Abdul Halim menyatakan bahawa: kegilaan terhadap bola ini suatu fenomena yang melali dan melalaikan.

"Al-Quran telah menyatakan sikap dan nafsu manusia yang suka terhadap perkara-perkara melalaikan," katanya.

"Piala Dunia ini digembar-gemburkan oleh media kerana ianya memberi keuntungan komersial tetapi tidak mendatangkan manfaat kepada umat Islam terutama golongan muda," katanya lagi

Beliau juga menyatakan bahawa arus 'gila-gila bola' ini menyebabkan golongan anak muda termasuk juga orang tua lupa pada tanggungjawab kepada agama, keluarga dan masyarakat.

Ditanya pandangan sesetengah pihak bahawa perlawanan bola di awal pagi boleh dimanfaatkan untuk ibadat seperti suntikan semangat kepada umat Islam bersolat malam iaitu Tahajud.

Beliau menjawab, "Lazimnya 'kaki bola' bukannya 'kaki tahajud."


Dalam perkembangan yang sama, Mufti Perak, Dato Seri Harussani Zakaria sewaktu ditemui baru-baru ini, berkata bahawa: masyarakat umat Islam dan orang Melayu seringkali leka dengan hedonisme (suka berhibur) seumpama seperti seni suara dan bola.

"Pada 1967, Sinai jatuh ke tangan Israel kerana pada waktu itu orang Arab sedang disibukkan dengan bola!" katanya.

Beliau menyatakan bahawa 'kegilaan terhadap bola' adalah salah satu penyebab Tanah Arab jatuh ke tangan penjajah dan perkara ini juga tidak mustahil berlaku kepada negara ini.


-----------------


saya nak tanya saudara GTF, saya ke anda yang tak faham dengan kata-kata dua orang mufti di atas?

posting2 saya adalah untuk menyangkal pendapat2 yang secara terang-terang mempertikaikan pendapat kedua2 mufti tersebut, bukannya nak menyakitkan hati sesiapa seperti apa yang anda kata kat saya.

biasalah, golongan yang fanatik dengan bola pasti akan pertikaikan atau putar belit kenyataan di atas. dah kena penyakit 'kegilaan terhadap bola'.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 18-06-06 02:37 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 18-06-06 07:58


jangan dilalaikan dengan televisyen juagak....tak tengok bola tapi kuat tengok tv.....lebih2lagi cerita malin kundang...jangan ada sampai yang lewat solat kerana cerita malin kundang

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

samudra
WARGA SETIA
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20847
Posting: 721
Dari: Tanah Melayu

stkitts_nevis   avatar


posticon Posting pada: 18-06-06 09:02


kasihan mufti...pasal benda sebesar kepala lembu tu pun kena keluar fatwa :lol:



Bookmark and Share

    


  Member Information For samudraProfil   Hantar PM kepada samudra   Quote dan BalasQuote

GTF
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 519
Posting: 425
Dari: png

japan  


posticon Posting pada: 23-06-06 02:10


Pada 18-06-06 02:30 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!

saya petik laporan asal dari akhbar: HarakahDaily.net


Mantan Mufti Trengganu , Dato Abdul Halim menyatakan bahawa: kegilaan terhadap bola ini suatu fenomena yang melali dan melalaikan.

"Al-Quran telah menyatakan sikap dan nafsu manusia yang suka terhadap perkara-perkara melalaikan," katanya.

"Piala Dunia ini digembar-gemburkan oleh media kerana ianya memberi keuntungan komersial tetapi tidak mendatangkan manfaat kepada umat Islam terutama golongan muda," katanya lagi

Beliau juga menyatakan bahawa arus 'gila-gila bola' ini menyebabkan golongan anak muda termasuk juga orang tua lupa pada tanggungjawab kepada agama, keluarga dan masyarakat.

Ditanya pandangan sesetengah pihak bahawa perlawanan bola di awal pagi boleh dimanfaatkan untuk ibadat seperti suntikan semangat kepada umat Islam bersolat malam iaitu Tahajud.

Beliau menjawab, "Lazimnya 'kaki bola' bukannya 'kaki tahajud."


Dalam perkembangan yang sama, Mufti Perak, Dato Seri Harussani Zakaria sewaktu ditemui baru-baru ini, berkata bahawa: masyarakat umat Islam dan orang Melayu seringkali leka dengan hedonisme (suka berhibur) seumpama seperti seni suara dan bola.

"Pada 1967, Sinai jatuh ke tangan Israel kerana pada waktu itu orang Arab sedang disibukkan dengan bola!" katanya.

Beliau menyatakan bahawa 'kegilaan terhadap bola' adalah salah satu penyebab Tanah Arab jatuh ke tangan penjajah dan perkara ini juga tidak mustahil berlaku kepada negara ini.


-----------------


saya nak tanya saudara GTF, saya ke anda yang tak faham dengan kata-kata dua orang mufti di atas?

posting2 saya adalah untuk menyangkal pendapat2 yang secara terang-terang mempertikaikan pendapat kedua2 mufti tersebut, bukannya nak menyakitkan hati sesiapa seperti apa yang anda kata kat saya.

biasalah, golongan yang fanatik dengan bola pasti akan pertikaikan atau putar belit kenyataan di atas. dah kena penyakit 'kegilaan terhadap bola'.



macam inilah ibnu_musa...saya bukan peminat fanatik bola...tetapi hanya meminatinya sahaja.saya taknak timbul salah faham antara saya dengan awak...dan saya mengaku tersilap cakap.apa-2 pun saya minta maaf banyak-2 dengan awak...wassalam..


Walaubagaimana pun ibnu_musa,tegurlah seseorang itu dengan secara hikmah,lembut dan bebudi bahasa tetapi tegas..

Bookmark and Share

    


  Member Information For GTFProfil   Hantar PM kepada GTF   Pergi ke GTF's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 23-06-06 03:28


insyaAllah, sama-sama kita usaha.

terpulanglah kalau nak minat ke tak, itu bukan urusan saya pun. manusia takkan perfect, mesti ada kekurangan yang sukar untuk diatasi, masing-masing ada kelemahan sendiri.

cumanya kalau tak boleh ikut tu janganlah pertikaikan, itu saja yang saya minta. contohnya macam kerajaan, taknak laksanakan hudud kita tak boleh paksa, tapi jangan pertikaikan hukum hudud itu. lain hukumnya antara tinggal dengan pertikai.

ambillah iktibar daripada nasihat mufti itu, kalau tak boleh tinggal pun tapi janganlah jadi macam kebanyakan peminat bola yang terlalu fanatik, dan membazirkan masa dengan itu tanpa mendapat apa-apa faedah. itu yang dikatakan melalaikan.

harap maaf kalau kata-kata saya ada menyinggung sesiapa mungkin secara tidak sedar, harap-harap tidak ada. wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

rasha_aleeya
WARGA SETIA
Menyertai: 27.09.2005
Ahli No: 19366
Posting: 641
Dari: kota bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 23-06-06 09:22


Pada 23-06-06 03:28 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!

insyaAllah, sama-sama kita usaha.

terpulanglah kalau nak minat ke tak, itu bukan urusan saya pun. manusia takkan perfect, mesti ada kekurangan yang sukar untuk diatasi, masing-masing ada kelemahan sendiri.

cumanya kalau tak boleh ikut tu janganlah pertikaikan, itu saja yang saya minta. contohnya macam kerajaan, taknak laksanakan hudud kita tak boleh paksa, tapi jangan pertikaikan hukum hudud itu. lain hukumnya antara tinggal dengan pertikai.

ambillah iktibar daripada nasihat mufti itu, kalau tak boleh tinggal pun tapi janganlah jadi macam kebanyakan peminat bola yang terlalu fanatik, dan membazirkan masa dengan itu tanpa mendapat apa-apa faedah. itu yang dikatakan melalaikan.

harap maaf kalau kata-kata saya ada menyinggung sesiapa mungkin secara tidak sedar, harap-harap tidak ada. wassalam.



ha.....kan bagus kau macam ni.....nasihat orang dengan cara baik....bukan main hentam macam sebelum ni.......sebab sesetengah orang akan pertahankan apa yang di minati dan di sayangi.....sebab beza tau antara larang atau kurang.........
macam mufti tu tak salah bila dia kata kurangkan.....tapi kat forum ni semua konon nya larang...


-----------------
Whatever Happen life still go on


Bookmark and Share

    


  Member Information For rasha_aleeyaProfil   Hantar PM kepada rasha_aleeya   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 23-06-06 09:57


tu kata-kata saya sendiri, sebab tu saya boleh longgarkan bila perlu.

tapi kata-kata dua orang mufti tu memang direct, jangan kita pula yang longgarkan. cuma pandai2lah macam mana nak ikut, terpulang pada individu, kalau tak nak ikut pun tak ada siapa boleh paksa.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

GTF
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 519
Posting: 425
Dari: png

japan  


posticon Posting pada: 30-06-06 17:49


sama-2 ibnu musa......insyaALLAH HUKUM HUDUD TETAP AKAN DILAKSANAKAN DI MALAYSIA....

Bookmark and Share

    


  Member Information For GTFProfil   Hantar PM kepada GTF   Pergi ke GTF's Website   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 30-06-06 17:52


betul tuu....mereka akan mengambil peluang ini untuk menghentam palestin,iran serta negara2 islam lain semasa kelekaan mat islam.........


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.159775 saat. Lajunya....