Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 30-11-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bukanlah kerja yang membunuh manusia, sebaliknya rasa risau, bimbang, khuatir.
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 50
Ahli: 0
Jumlah: 50




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 3 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: .: KONGSI-RAYA :. kajian semula Muzakarah Ulama


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» .: KONGSI-RAYA :. kajian semula Muzakarah Ulama

Please Mendaftar To Post


Oleh .: KONGSI-RAYA :. kajian semula Muzakarah Ulama

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 14-06-06 14:18


Syor kongsi raya dikaji semula


Ulama bimbang percanggahan degan syarak



IPOH: Muzakarah Ulama 2006 yang berakhir di sini semalam mahu kerajaan mengkaji semula amalan kongsi raya dan rumah terbuka bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan hukum Syarak.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Muzakarah Ulama 2006, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata kajian itu perlu kerana Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sudah membuat keputusan bahawa meraikan perayaan agama lain, merosakkan akidah dan boleh menjurus kepada syirik.

“Perkara ini (keputusan Jawatankuasa Fatwa) bagaimanapun masih dalam bentuk penulisan dan belum lagi diserahkan kepada kerajaan untuk tindakan,” katanya pada majlis penutupan muzakarah berkenaan.

Muzakarah tiga hari itu diadakan sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Perak Ke-78. Hadir sama Mufti Johor, Datuk Noh Gadut dan Mufti Kelantan, Datuk Hasbullah Mohd Hassan.

Muzakarah itu merumuskan 22 resolusi lain yang akan diserahkan kepada Sultan Perak, kerajaan negeri, Kerajaan Pusat serta Majlis Raja-raja.

Harussani yang juga Mufti Perak, berkata, antara resolusi yang diluluskan ialah meminta semua Majlis Fatwa negeri menubuhkan jawatankuasa bertindak khusus bagi menangkis hujah penganut fahaman liberalisme dan pluralisme yang menyerang akidah umat Islam.

Kerajaan juga diminta menubuhkan badan pemantau dianggotai ahli akademik dan ulama bagi menyekat penyebaran fahaman Islam liberal, terutama menerusi internet.

“Saya juga difahamkan, pengikut fahaman Islam liberal sedang menunggu resolusi ini supaya mereka dapat merangka strategi baru bagi menyerang balik keputusan ini,” kata Harussani.

Muzakarah itu juga mencadangkan dialog diadakan membabitkan pelbagai pihak, termasuk pengikut aliran Islam liberal dan agama lain untuk membetulkan salah tafsiran mengenai Islam serta memahami pandangan penganut agama lain.

Kerajaan juga diminta membuka dialog dengan semua pihak termasuk pengikut aliran Islam liberal dan agama lain untuk membetulkan salah tafsiran mengenai Islam serta memahami pandangan penganut agama lain.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 14-06-06 14:20


dah 3,4 kali raya dah guna istilah kongsiraya baru sekarang sedar...
apapun,bagus jugak...atleast tak la berlarutan...good idea...

tapi rasa-rasanya apa yang bercanggah ya?

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 14-06-06 15:36


sedar tak sedar, kongsi-raya tu adalah salah satu amalan pluralisme!

sebab tu lah dari dulu lagi saya memang tak setuju nak berkongsi raya dengan agama lain, terimalah hakikat bahawa kita berlainan pegangan, jangan terlalu nak berintegrasi, tiada integrasi dalam beragama.

"Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agama aku." (Surah al-Kafirun, ayat 6)


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

fadzlyz
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2006
Ahli No: 24451
Posting: 639
Dari: cheras

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 14-06-06 15:41


ana setuju..........mana boleh kongsi raya.
kita agama kita,mereka agama mereka.
mana sama

Bookmark and Share

    


  Member Information For fadzlyzProfil   Hantar PM kepada fadzlyz   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-06-06 03:56


Rumah terbuka perayaan besar diteruskan: Rais


KUALA LUMPUR: Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan akan meneruskan penganjuran rumah terbuka seperti yang dilaksanakan sejak beberapa tahun lalu bagi perayaan besar seperti Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas, yang disambut di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata buat masa ini kementerian tidak akan menghentikan acara berkenaan walaupun ada pihak mahu kerajaan mengkaji semula amalan kongsi raya dan rumah terbuka bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan hukum syarak.

Katanya, sebelum ada keputusan rasmi berhubung isu itu daripada badan agama yang bertauliah seperti Institut Kefahaman Islam (IKIM), Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), Majlis Fatwa dan Majlis Raja-Raja, acara rumah terbuka diteruskan.

“Kementerian tidak boleh bertindak berdasarkan keputusan yang dicapai dalam sesuatu sesi perbincangan, seminar, bengkel atau muzakarah berhubung seni, budaya dan perayaan,” katanya selepas melancarkan Batik Korporat Amanah Raya Bhd (ARB) di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Muzakarah Ulama 2006, Datuk Seri Harussani Zakaria, yang mahu kerajaan mengkaji semula amalan kongsi raya dan rumah terbuka bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan hukum Syarak.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan bersedia menimbang saranan Muzakarah Ulama 2006 untuk mengkaji semula amalan kongsi raya dan rumah terbuka bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan hukum Syarak.

Rais berkata, kementerian perlu merujuk kepada pakar berkenaan perkara itu sebelum membuat keputusan lanjut.

“Setakat ini, tiada sebarang pihak termasuk Muzakarah Ulama 2006 sendiri menghantar memorandum atau surat rasmi kepada pihaknya berhubung keputusan yang dicapainya mengenai acara rumah terbuka dan amalan kongsi raya

“Kementerian mahu tahu juga aspek yang tidak betul dan melanggar hukum dalam kita menganjurkan rumah terbuka ini... kalau ada kita akan bawa kepada pakar kerajaan.

Teguran sampingan dalam akhbar tanpa ada perutusan rasmi daripada mana-mana pihak termasuk muzakarah berkenaan tidak akan dilayan,” katanya.

Beliau berkata, amalan kunjung mengunjungi sanak saudara dan harmonis dengan kaum lain menjadi batu asas perpaduan di negara ini dan beliau mengingatkan mana-mana tidak memberi pandangan atas keputusan sendiri.

Ditanya sama ada kementerian berkenaan mendapatkan nasihat Majlis Fatwa atau badan agama sebelum menganjurkan acara rumah terbuka nasional, katanya ketika penganjuran rumah terbuka diperkenalkan tiada keperluan untuk merujuk perkara itu.

“Bagaimanapun dalam soal kongsi raya, ia berlaku apabila perayaan Aidilfitri jatuh pada tarikh yang hampir sama dengan Tahun Baru Cina yang mana orang Islam dan Cina menyambutnya serentak dengan amalan kunjung mengunjungi,” katanya. - Oleh Rohaniza Idris


Berita Harian Online


p/s: "bagus" tu cara "anda" berfikir, tak perlu rujuk ulama' walaupun dalam perkara2 yang berkaitan dengan hukum Islam, hmmm inikah dia Islam Hadhari? :-?


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 17-06-06 03:58 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

songkok_aji02
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 593
Posting: 532
Dari: KL / JB

Johor  


posticon Posting pada: 17-06-06 10:00


Pada 14-06-06 14:20 , syemarly posting:

!!! QUOTE !!!

dah 3,4 kali raya dah guna istilah kongsiraya baru sekarang sedar...
apapun,bagus jugak...atleast tak la berlarutan...good idea...

tapi rasa-rasanya apa yang bercanggah ya?


kongsi raya dah lama dibahaskan,mungkin kali ini draf resolusi saja yang dikeluarkan,kalau tahun baru cina berkenaan dengan perubahan tahun oleh masyarakat cina tapi kalau deepavali ni lebih kepada keagamaan masyarakat hindu.... takkanla nak kongsi raya dengan mereka,kita ucap selamat pada mereka untuk apa? sebab benda ini saya dengar dari tulisan buku ustaz aliffudin (muallaf) yang mengatakan bila kita ucap selamat pada mereka beerti kita mengiktiraf agama mereka sedangkan agama yang diiktiraf disisi Allah Ta'ala adalah agama islam...dari segi kemanusiaan nampak macam bagus..."Bagi kamu agama kamu,bagi ku agamaku" buat apa nak merayakan mereka?maaf kala tersilap kata....wasalam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For songkok_aji02Profil   Hantar PM kepada songkok_aji02   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3083
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 17-06-06 19:52


jangaan sampai orang yang bukan ulamak jatuhkan hukum pulak..dah nampak dah ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 18-06-06 03:14


‘Tak salah hadir rumah terbuka’
Oleh Shamsul Kamal Amarudin


IPOH: Umat Islam boleh menghadiri majlis rumah terbuka perayaan agama lain tetapi tidak dibenarkan untuk bersama-sama merayakannya atau menganjurkan majlis berkenaan.

mufti
Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata adalah tidak salah bagi orang Islam hadir pada majlis perayaan agama lain yang dianjurkan jiran atau rakan bukan Islam sebagai tanda persahabatan, perpaduan atau muhibah.

Bagaimanapun, katanya, apa yang menjadi kesalahan ialah apabila orang Islam sendiri yang begitu beria-lah.a meraikannya seperti memberi hadiah atau memakai pakaian baru merayakan perayaan agama lain.

"Pada zaman permulaan Islam, ada umat Islam yang merayakan perayaan Gahambas daripada fahaman Zoroastrisme kerana ia sudah menjadi amalan masyarakat Arab Jahiliah ketika itu.

"Zoroastrisme adalah agama menyembah api yang berasal dari Parsi dan tersebar luas sehingga Tanah Arab sejak 2,000 tahun lalu.

"Berikutan itu, Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa umat Islam ada perayaannya iaitu Aidilfitri dan Aidiladha yang mesti disambut, bukannya perayaan agama lain," katanya ketika menjadi tetamu rancangan Soal-Jawab Agama Radio Perak FM pagi semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan isu kongsi raya dan rumah terbuka selepas ditanya oleh seorang pendengar yang ingin mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perkara berkenaan.

Selasa lalu, satu daripada 23 resolusi Muzakarah Ulama 2006 yang diadakan di sini mahu kerajaan mengkaji semula amalan kongsi raya dan rumah terbuka bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan hukum syarak.

Kajian itu dikatakan perlu kerana Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sudah membuat keputusan bahawa meraikan perayaan agama lain adalah merosakkan akidah dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik.

Berikutan itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan bersedia mengkaji semula amalan itu berdasarkan saranan muzakarah berkenaan.

Harussani juga berkata, usaha menyemai semangat perpaduan dan patriotisme sewajarnya disemai menerusi perayaan sambutan Hari Kebangsaan dan bukannya menerusi amalan kongsi raya.

"Ketika ini, jika kita pergi ke Dataran Merdeka pada malam 31 Ogos, lebih 90 peratus hadir adalah orang Melayu Islam, begitu juga pada perarakan Hari Kebangsaan," katanya.

Justeru, katanya, adalah penting bagi kerajaan untuk menggalakkan penyertaan lebih ramai rakyat negara ini daripada semua kaum untuk memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan bagi meningkatkan semangat perpaduan dan patriotisme.


Dipetik: Berita Harian Online


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 18-06-06 03:28 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 18-06-06 03:18


Program rumah terbuka, kongsi raya diteruskan


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu program rumah terbuka dan kongsi raya diteruskan kerana ia adalah acara sosial yang diterima baik masyarakat pelbagai kaum dan bukan upacara keagamaan yang boleh menggugat keimanan.

Malah, Perdana Menteri berkata, program anjuran kerajaan Persekutuan itu akan tersenarai sebagai acara tahunan negara selagi pendekatannya didapati tidak berbentuk perhimpunan agama.

Beliau berkata, sambutan majlis anjuran Kerajaan itu juga dapat dilaksanakan dengan baik tanpa timbul sebarang masalah di kalangan masyarakat pelbagai kaum yang hadir.

“Setakat ini, pendekatan diambil menerusi program ini lebih bersifat pertemuan sosial sesama rakyat, selain pertunjukan kebudayaan dan kesenian, tanpa upacara keagamaan atau adat berkaitan agama.

“Kita sekadar mengucap selamat sesama kita, sama ada ia sambutan Aidilfitri, Tahun Baru Cina atau Deepavali dan tidak lebih daripada itu,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di sini, semalam.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Muzakarah Ulama 2006, Datuk Seri Harussani Zakaria mahu kerajaan mengkaji semula amalan kongsi raya dan rumah terbuka bagi memastikan tidak bercanggah dengan hukum Syarak.

Bagaimanapun, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim kelmarin ketika mengulas perkara itu, berkata pihaknya akan meneruskan penganjuran program itu seperti yang dilaksanakan sejak beberapa tahun lalu.

Rais berkata, sebelum ada keputusan rasmi berhubung isu itu daripada badan agama yang bertauliah seperti Institut Kefahaman Islam (IKIM), Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), Majlis Fatwa dan Majlis Raja-Raja supaya acara rumah terbuka diteruskan.

Sambil menjadikan acara di Sabah sebagai contoh, Abdullah berkata tarian, pementasan dan adat resam yang berhubung kait dengan kepercayaan seperti semangat padi juga bukan sesuatu yang boleh menggoncang keimanan seseorang.

“Itulah pendirian kerajaan dan ia seharusnya tidak dijadikan polemik kerana boleh menimbulkan pelbagai tanggapan yang akan mewujudkan keadaan tidak menentu,” katanya.

Ditanya mengenai pertubuhan Al-Arqam, Abdullah berkata, gerakan itu dan pemimpinnya, Ashaari Muhammad masih dalam pemantauan Jakim dan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN).

“Dalam hal gerakan Al-Arqam, sudah ada keputusan untuk tidak dibenarkan lagi dan diharap ia tidak timbul semula. Semasa pengharaman dibuat, penerangan lengkap mengenainya dibuat dan semua orang faham,” katanya.


Sumber: Berita Harian Online


degil betul ye Pak Lah dan konco2nya, para mufti dah setuju kata kongsi raya tak boleh buat dan suruh kaji semula, belum kaji dah kata nak teruskan juga.

tak sangka orang yang ada background pengajian Islam pun boleh fikir macam tu. adakah ini yang dikatakan Islam Hadhari? :-?


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 18-06-06 03:21 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 18-06-06 04:04


Bubarkan institusi agama, mansuhkan jawatan mufti    
Sat | Jun 17, 06 | 01:28:15 PM
Oleh Abu Bakar Rahman

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Hrkh) - Bubarkan sahaja institusi agama Islam di dalam kerajaan dam mansuhkan jawatan mufti di semua negeri yang dikuasai Barisan Nasional jika kerajaan tidak mahu mengambilkira dan menghormati pandangan mufti-mufti dan pihak berkuasa agama.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menyarankan perkara itu ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahu program rumah terbuka dan kongsi raya diteruskan kerana ia adalah acara sosial yang diterima baik masyarakat pelbagai kaum dan bukan upacara keagamaan yang boleh menggugat keimanan.

Sambil menjadikan acara di Sabah sebagai contoh, Abdullah berkata tarian, pementasan dan adat resam yang berhubung kait dengan kepercayaan seperti semangat padi juga bukan sesuatu yang boleh menggoncang keimanan seseorang.

"Itulah pendirian kerajaan dan ia seharusnya tidak dijadikan polemik kerana boleh menimbulkan pelbagai tanggapan yang akan mewujudkan keadaan tidak menentu," kata Perdana Menteri.

Idris menolak pandangan Perdana Menteri itu dan mempersoalkan apakah kelayakan dan atas kapasiti apa di sisi Islam yang membolehkan beliau membuat kenyataan bahawa perayaan-perayaan itu hanya acara sosial dan bukan upacara keagamaan yang boleh menggugat keimanan.

PM angkuh dan bongkak

"Persoalan di sini bukan soal sama ada kita boleh hadir atau tidak hadir, tetapi apa yang lebih berbahaya ialah sikap angkuh dan bongkak Perdana Menteri yang membuat pandangan berdasarkan agakannnya sendiri sahaja tanpa menunjukkan pihak berkuasa Islam yang manakah yang menjadi rujukan beliau," kata beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS.

Idris mengecam kegelojohan Abdullah membuat kenyataan sedangkan sebelum ini Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan bersedia menimbang saranan Muzakarah Ulama 2006 untuk mengkaji semula amalan kongsi raya dan rumah terbuka bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan hukum Syarak.

"Kenyataan Abdullah itu hakikatnya menunjukkan perangai bongkak dan angkuh seolah-olah beliau layak dan mempunyai kewibawaan untuk membuat keputusan dalam soal agama Islam dan ini bukan kali pertama Abdullah bertindak mencabar pihak berkuasa agama," kata beliau.

Antaranya, kata beliau, ialah apabila Abdullah begitu berang dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menahan 53 orang termasuk 31 orang di bawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 pada 10 Jun 2000.

Hasil penentangan Abdullah itu, pada 28 Jun tahun yang sama, kerajaan Selangor mengaku Jais telah melakukan kesilapan ketika menahan 31 orang kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 berikutan pemeriksaan Jais di Restoran The Ship, China Town Nite Club dan LC Pub & Cafe.

Penentangan Abdullah itu juga membantu kesemua 31 yang ditahan itu bersama 22 orang yang lain di mana mereka tidak didakwa atau dihadapkan ke Mahkamah Syariah.

Dalam operasi Jais itu, sebanyak 53 tangkapan dibuat iaitu 30 lelaki dan 23 wanita termasuk penyanyi Azlina Abbas.

Mengulas lanjut sikap Abdullah itu, Idris berkata, tindak-tanduk Abdullah sejak dahulu lagi jelas membuktikan beliau tidak menghormati pihak berkuasa agama dan tidak menghormati ulama.

"Abdullah jelas tidak menghormati dan menghina pihak berkuasa agama yang membuat keputusan itu sedangkan mereka bukan ulama PAS.

"Para mufti dijatuhkan taraf mereka oleh kerajaan Abdullah dan dihina seolah-olah mereka adalah singa tua yang tidak ada gusi," kata beliau. Idris juga menggesa para mufti mempertahankan maruah dan harga diri mereka dan bersikap tegas dengan keputusan yang dibuat berdasarkan hujjah yang sahih di sisi Islam.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Muzakarah Ulama 2006, Datuk Seri Harussani Zakaria mahu kerajaan mengkaji semula amalan kongsi raya dan rumah terbuka bagi memastikan tidak bercanggah dengan hukum Syarak.

Rosak akidah, syirik

Kajian itu dikatakan perlu kerana Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sudah membuat keputusan bahawa meraikan perayaan agama lain adalah merosakkan akidah dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik.

Bagaimanapun, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim kelmarin ketika mengulas perkara itu, berkata pihaknya akan meneruskan penganjuran program itu seperti yang dilaksanakan sejak beberapa tahun lalu.

Rais berkata, sebelum ada keputusan rasmi berhubung isu itu daripada badan agama yang bertauliah seperti Institut Kefahaman Islam (IKIM), Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), Majlis Fatwa dan Majlis Raja-Raja supaya acara rumah terbuka diteruskan.

Sementara itu, di Ipoh, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata adalah tidak salah bagi orang Islam hadir pada majlis perayaan agama lain yang dianjurkan jiran atau rakan bukan Islam sebagai tanda persahabatan, perpaduan atau muhibah tetapi tidak dibenarkan untuk bersama-sama merayakannya atau menganjurkan majlis berkenaan.

Menjelaskan dengan lebih lanjut, beliau berkata, adalah menjadi kesalahan apabila orang Islam sendiri yang begitu beria-r.a meraikannya seperti memberi hadiah atau memakai pakaian baru merayakan perayaan agama lain.

"Pada zaman permulaan Islam, ada umat Islam yang merayakan perayaan Gahambas daripada fahaman Zoroastrisme kerana ia sudah menjadi amalan masyarakat Arab Jahiliah ketika itu.

"Zoroastrisme adalah agama menyembah api yang berasal dari Parsi dan tersebar luas sehingga Tanah Arab sejak 2,000 tahun lalu.

"Berikutan itu, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa umat Islam ada perayaannya iaitu Aidilfitri dan Aidiladha yang mesti disambut, bukannya perayaan agama lain," katanya ketika menjadi tetamu rancangan Soal-Jawab Agama Radio Perak FM pagi Jumaat lalu. - mks.

Pada masa ini, kakitangan kerajaan yang beragama Islam adalah antara pihak yang memainkan peranan penting menganjurkan perayaan-perayaan agama lain.


Dipetik dari: HarakahDaily.net


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 19-06-06 09:11


syukran ibnu_musa..banyak info pasal kongsi raya ni enta post...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

maruz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2005
Ahli No: 16590
Posting: 282
Dari: Selangor Darul Ehsan

lebanon   avatar


posticon Posting pada: 19-06-06 09:32


Jangan la kita termasuk di dalam golongan yang dilaknat allah kerana mengiktiraf agama selain islam.....
KOngsi raya adalah salah, semua budak yang pernah mengaji agama tahu benda ni....
JAUHKAN LAH dari merosakkan AQIDAH KITA...

Bookmark and Share

    


  Member Information For maruzProfil   Hantar PM kepada maruz   Quote dan BalasQuote

AzmilMustapha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.06.2006
Ahli No: 24880
Posting: 238
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-06-06 13:46


Al-Islam Ya'lu wala yu' la 'alaih

Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya...

Islam sedang disamatarafkan dengan agama-agama lain di malaysia, hatta ada anak melayu yang menyebut semua agama adalah sama

Nauzubillah...

Kalau Dato'Harusani pun sudah tidak dipakai, memberi maksud Al-Quran sudah tidak ada nilainya dalam negara Malaysia, sebab Mufti bersuara bukan dengan pandangan nafsu sebaliknya bersuara dengan pandangan yang dipetik dari Al-Quran Hadith...

Wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For AzmilMustaphaProfil   Hantar PM kepada AzmilMustapha   Pergi ke AzmilMustapha's Website   Quote dan BalasQuote

Ketotoi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.03.2006
Ahli No: 23510
Posting: 90
Dari: Melaka

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 19-06-06 13:51


TG Nik Aziz pernah menghadiri sambutan Tahun Baru Cina dan menyaksikan tarian naga. tapi beliau tidak pernah menghadiri dan meraikan krismas, thaipusam, wesak dan seumpamanya. Apa pendapat kalin?

Bookmark and Share

    


  Member Information For KetotoiProfil   Hantar PM kepada Ketotoi   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 19-06-06 13:54


Pada 19-06-06 13:51 , Ketotoi posting:

!!! QUOTE !!!

TG Nik Aziz pernah menghadiri sambutan Tahun Baru Cina dan menyaksikan tarian naga. tapi beliau tidak pernah menghadiri dan meraikan krismas, thaipusam, wesak dan seumpamanya. Apa pendapat kalin?


beliau tak pergi majlis kristian dan tahipusam sebab ia berkaitan dengan akidah agaknya...Kalau wesak pun sama...

tapi saksikan tarian naga rasanya tak ada kaitan dengan akidah mereka..ia just satu budaya...eh..ye ka?

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

kumpulansenyum
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2006
Ahli No: 24414
Posting: 305
Dari: UKM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-06-06 14:53


betul la tu....tahun baru cina tak ada kaitan dengan agama.

Bookmark and Share

    


  Member Information For kumpulansenyumProfil   Hantar PM kepada kumpulansenyum   Quote dan BalasQuote

nurul_iman87
Warga 1 Bintang
Menyertai: 21.11.2004
Ahli No: 12486
Posting: 39
Dari: KeLaNTaN

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-06-06 15:09


ana setuju dengan article dari harakah... apa gunanya ad ulama2 negara...tetapi xamik nasihat-nasihat mereka?

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurul_iman87Profil   Hantar PM kepada nurul_iman87   Quote dan BalasQuote

triptofana
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-06-06 15:15


mana boleh nak kongsi-raya..
kita puasa sebulan sebelum raya, depa tak puasa..
mana boleh tiba-tiba saja nak sambut raya sama-sama....
huhuhu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3083
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 19-06-06 22:17


mereka fikir ni kuih agaknya boleh kongsi-kongsi..

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 20-06-06 16:26


kadang-kadang BAHAYA juga LIBERAL2 SANGAT NI..LAGI2 Kalau yang BERKAITAN AQIDAH...TAPI MEREKA yang MENGATAKAN BOLEH PADA SAMBUTAN RUMAH TERBUKA TU MUNGKIN MENGAMBIL KIRA KEMUAFAKATAN dan TOLERANSI SESAMA KAUM...

SO...NAK TAK NAK kena AKUI juga LA...dan BAGI MENGELAKKAN KEGELINCIRAN AQIDAH rasanya LEBIH BAIK FIKIRKAN CARA UNTUK MENG'HARMONI'KAN KEADAAN ITU...U KNOW..KADANG KALA Kalau pergi SAMBUTAN MEREKA MAYBE ada AMALAN SPIRITUAL MEREKA...KAN?

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

AzmilMustapha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.06.2006
Ahli No: 24880
Posting: 238
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 20-06-06 16:40


Islam itu SELAMAT

Ikut Islam secara total, insyaAllah wujud keharmonian kaum....wujud perpaduan, jelmakan islam dalam pemerintahan, akan nampak keindahannya, sekarang Kenapa kita begitu takut akan berlakunya krisis antara kaum sehingga memaksa mengkongsikan perayaan....

Jawapannya, sistem yang kita praktikkan sekarang adalah sistem yang mengundang perbalahan kaum.......Islam itulah sistem terbaik yang wajib kita yakini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For AzmilMustaphaProfil   Hantar PM kepada AzmilMustapha   Pergi ke AzmilMustapha's Website   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 20-06-06 17:07


kajian ini hanyalah bersifat sementara sebab sekarang ni ekonomi Malaysia tengah menguncup.... barang semua pun mahal, naik harga... Tun M pun masih tak puas hati lagi dengan pak lah, mr samy pun masih tak habis2 lagi kecoh so... media pun main perananlah!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 20-06-06 17:13


Pada 20-06-06 17:07 , mawa posting:

!!! QUOTE !!!

kajian ini hanyalah bersifat sementara sebab sekarang ni ekonomi Malaysia tengah menguncup.... barang semua pun mahal, naik harga... Tun M pun masih tak puas hati lagi dengan pak lah, mr samy pun masih tak habis2 lagi kecoh so... media pun main perananlah!!!!

kajian apa ni, kajian atas angin ek :lol:

ni mesti kes salah landing kat landasan lain.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 20-06-06 17:30


kongi rayalah braderrrr...... nak buat kajian semula pulak dah! tak habis2 kaji...kaji...kaji....

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

qudwah_mardihah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.03.2004
Ahli No: 8029
Posting: 263
Dari: Malaysia

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 20-06-06 17:31


HMMM...............kalau orang kata tak boleh..BOLEHLAR..DEGIL PAK LAH ini.......ULAMA DAH BERIKAN PENDAPAT.......DENGAR saja lah..IKUT SUKA HATI MAK AYAH dia....AJERK!!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwah_mardihahProfil   Hantar PM kepada qudwah_mardihah   Pergi ke qudwah_mardihah's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 20-06-06 17:39


Pada 20-06-06 17:30 , mawa posting:

!!! QUOTE !!!

kongi rayalah braderrrr...... nak buat kajian semula pulak dah! tak habis2 kaji...kaji...kaji....

ooo ye ke, sorry ye brader :-di

majlis fatwa dah siap kaji dah, tapi kena tunggu kerajaan pusat pula kaji.

tapi Pak Lah tak payah kaji sebab dia ingat dia lebih alim dari mufti2 yang bersidang tu. yela, kan dia tu pengasas Islam Hadhari, tapi Kenapa bertentangan dengan Islam yang dibawa oleh para mufti?


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 20-06-06 17:45


pergi mai pergi mai dok tang tu jugak!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 21-06-06 04:55


Siaran Media : ABIM Mohon Agar Syor Kongsi Raya Dikaji Semula Segera Dipertimbangkan
Posted by sua pada 15-06-2006 (51 dibaca)

SIARAN MEDIA
14 JUN 2006/ 17 JAMADILAWWAL 1427H

ABIM MOHON AGAR SYOR KONGSI RAYA
DIKAJI SEMULA SEGERA DIPERTIMBANGKAN




ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) turut menyokong kenyataan Datuk Seri Harussani Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Muzakarah Ulamak 2006 agar kerajaan mengkaji semula beberapa amalan rasmi kini seperti perayaan kongsi Raya bagi mengelakkan kekeliruan timbul dalam masyarakat. ABIM berpandangan bahawa mengiktiraf perayaan agama lain dengan cuti umum telah mencerminkan semangat toleransi, kesefahaman dan perpaduan berbilang kaum, tetapi tidaklah wajar sehingga meraikan perayaan agama lain.Semangat perpaduan dan toleransi berbilang kaum boleh diterjemahkan dalam sambutan-sambutan seperti sambutan Hari Kemerdekaan, Sambutan Tahun Baru dan lain-lain. Oleh itu ABIM sebelum ini pernah menghantar Memorandum kepada Majlis Fatwa Kebangsaan bagi menyatakan kebimbangan ABIM terhadap fenomena “Kongsi Raya” ini.



FENOMENA MUTAKHIR


Perayaan-perayaan keagamaan telah disambut secara besar-besaran sejak kebelakangan ini, bukan sahaja di peringkat individu, bahkan juga oleh pihak Kerajaan. Sambutan ini diasaskan kepada pertimbangan semangat toleransi, kerjasama dan perpaduan antara pelbagai kaum di Malaysia. Malah, ia sudah menjadi semacam sebuah agenda nasional, bertujuan untuk menarik para pelancong asing ke Malaysia.

Namun, di dalam keghairahan masyarakat Malaysia menganjurkan apa yang disifatkan sebagai “Kongsi Raya” ini, beberapa aktiviti yang dianjurkan telah menimbulkan kemusykilan sama ada ianya dibenarkan oleh syarak atau tidak. Tidak juga dapat dipastikan sama ada aktiviti-aktiviti ini dilakukan secara sukarela atau kerana terpaksa. Antara aktiviti-aktiviti yang dimaksudkan ini ialah keperluan pekerja-pekerja beragama Islam di kedai-kedai tertentu memakai pakaian a la “Santa Claus”, acara di mana pembesar-pembesar negara khususnya yang beragama Islam dikehendaki merasmikan pokok Krismas tertinggi dengan lambang salib di puncaknya dan majlis-majlis lain seumpama ini. Kedua-dua contoh yang diutarakan ini adalah perlambangan (simbolism) kepada perayaan Krismas. Di dalam perayaan Tahun Baru Cina pula, anak-anak muda Islam sama-sama menarikan tarian naga.

Persoalannya sekarang, apakah semua ini diharuskan syarak tanpa sebarang panduan? Ataupun ada perkara-perkara yang menyentuh akidah perlu dihindarkan. Oleh itu amatlah diharapkan agar satu panduan yang jelas dapat dikeluarkan agar masyarakat secara umumnya memahami dengan jelas perkara ini, seterusnya masyarakat bukan Islam juga akan lebih menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara dan juga penganutnya.

Dengan kata lain, akidah umat Islam akan lebih terjaga dan dalam masa yang sama, semangat toleransi antara kaum dan agama dapat dimantapkan.


KONSEP HARI RAYA BAGI UMAT ISLAM

Anas bin Malik telah berkata::

قدم النبي صلى الله عليه وسلم المدينة ولهم يومان يلعبون بهما ، فقال : قد أبدلكم الله بهما خيرا منهما: يوم الأضحى يوم الفطر ( رواه أبو داود والنسائي بسند صحيح )

Maksudnya: Nabi s.a.w. telah datang ke Madinah, sedangkan mereka (penduduk Madinah) mempunyai dua hari yang mereka bermain-main padanya. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik dari keduanya, iaitu ‘Eid al-Adha dan ‘Eid al-Fitr.” (Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan al-Nasa’i dengan sanad yang sahih).


Berdasarkan kepada hadith di atas, jelas bahawa Kaum Muslimin hanya dituntut untuk merayakan dua jenis perayaan sahaja. Ini dijelaskan lagi oleh sabda Rasulullah s.a.w. di dalam hadis yang lain yang maksudnya: “Sesungguhnya bagi setiap kaum itu perayaan dan inilah perayaan kita” (merujuk kepada dua hari raya di atas).

Oleh yang demikian, di atas alasan apakah Kaum Muslimin dibolehkan merayakan hari-hari kebesaran masyarakat-masyarakat agama lain?

MERAYAKAN PERAYAAN SELAIN DUA HARI RAYA

Adalah juga jelas di dalam Islam bahawa masyarakat bukan Islam mempunyai hak untuk merayakan perayaan agama mereka. Sebagaimana firman Allah s.w.t.:

لكم دينكم ولي دين
Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku

Dan firman Allah:

لا إكراه في الدين
Tiada paksaan dalam agama

Cuma persoalannya sekarang, apakah umat Islam harus sama-sama merayakannya dengan beralasankan toleransi dan perpaduan masyarakat majmuk? Sehubungan ini, adalah dicadangkan agar beberapa perkara berikut diberi perhatian:

a) Niat dan Tujuan: Tidak dinafikan bahawa perayaan merupakan syiar kepada sesuatu agama dan kepercayaan. Jika tujuan menyertai perayaan tersebut adalah untuk sama-sama meninggikan syiar agama dan kepercayaan tersebut, maka dikhuatiri akan menjejaskan akidah orang Islam, kerana secara tidak langsung ianya merupakan pengiktirafan terhadap agama lain selain Islam. Ini adalah bertepatan dengan kaedah fiqh yang masyhur dan diterima oleh para fuqaha:

الأمور بمقاصدها

(Natijah) Setiap sesuatu perkara (adalah bergantung) kepada niatnya

b) Di dalam perayaan tertentu, terdapat amalan yang disifatkan sebagai ritual atau upacara peribadatan seperti menyerah makanan kepada berhala, membakar colok dan sebagainya. Penyertaan di dalam amalan yang sebegini juga dikhuatiri akan menjejaskan akidah seseorang.

c) Adat yang bukan bersifat ritual dan ibadat tetapi telah diterima dan terkenal sebagai syiar kepada agama dan kepercayaan tertentu. Contohnya, pakaian “Santa Claus” dan pokok krismas bagi perayaan Krismas. Hal begini juga mesti dielakkan oleh penganut agama Islam dan majikan bukan Islam tidak harus memaksa pekerja Muslim mereka memakainya kerana ianya menyumbang kepada tertegaknya syiar tersebut.

di) Suatu kebiasaan yang tiada kena mengena dengan agama, syiar dan kepercayaan seperti majlis makan minum dan sebagainya. Perkara sebegini seharusnya dibenarkan penyertaan berbagai jenis dan lapisan kaum di dalam usaha mengeratkan hubungan dan perpaduan di antara mereka.

CADANGAN

Suatu fatwa dan garis panduan yang jelas perlu dikeluarkan demi menjaga akidah umat Islam dan sensitiviti masyarakat berbilang kaum. Sesungguhnya penganut bukan Islam tidak dituntut mengamalkan perkara-perkara (a) hingga (c) di atas di dalam merayakan Hari Raya Haji dan Puasa bersama-sama Kaum Muslimin.

Orang bukan Islam tidak dituntut untuk bersembahyang sunat Hari Raya, sama-sama bertakbir, berkorban dan sebagainya. Oleh itu, umat Islam juga sepatutnya dihormati akidah mereka dan tidak dituntut melakukan perkara yang menjejaskannya.

Adalah amat diharapkan semoga penjelasan yang jelas mengenai perkara ini, terutamanya dari pihak yang dihormati kewibawaannya seperti Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan akan dapat dijadikan panduan oleh masyarakat Islam dan bukan Islam. Apa juga acara yang diatur di dalam menyambut perayaan masing-masing, terutamanya yang melibatkan pembesar-pembesar negara yang beragama Islam dan bukan Islam, hendaklah mengambil kira sensitiviti ini.

ABIM berdoa semoga masyarakat majmuk di Malaysia ini akan terus hidup di dalam suasana keamanan dan meningkatkan lagi sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain.

KHAIRUL ARIFIN MOHD MUNIR
Setiausaha Agung
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Anjung Rahmat, Gombak

K/P: A3756610
Tel: 019-3691377

Sekreatriat ABIM Pusat
Anjung Rahmat, Batu 6, Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur.
Tel: 0361880300 Faks: 0361896700
Emel: [email protected]
Web: http://www.abim.orang.my


Sumber: Halaman ABIM Online


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 21-06-06 05:00 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 21-06-06 12:09


cukup padat hujah ibnu-musa...good...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

AzmilMustapha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.06.2006
Ahli No: 24880
Posting: 238
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 21-06-06 12:18


Kalau pun tidak dikongsi raya pun, Hari raya Fitrah yang disambut pemerintah pun sudah jadi suatu yang tidak betul dengan ajaran Islam. Apa tidaknya, majlis Hari Raya Idulfitri dicemari dengan nyanyian dan tarian, diselitlah dengan nasyid bagi menampakkan keislaman tapi sebahagian besarnya adalah kemungkaran. Apa kalau disambut dengan berzanji, bermarhaban, berselawat tidak boleh ke.....Mawi kan ada.

Bookmark and Share

    


  Member Information For AzmilMustaphaProfil   Hantar PM kepada AzmilMustapha   Pergi ke AzmilMustapha's Website   Quote dan BalasQuote

budak_melaka
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14578
Posting: 450
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 21-06-06 12:25


Pada 14-06-06 15:36 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!

sedar tak sedar, kongsi-raya tu adalah salah satu amalan pluralisme!

sebab tu lah dari dulu lagi saya memang tak setuju nak berkongsi raya dengan agama lain, terimalah hakikat bahawa kita berlainan pegangan, jangan terlalu nak berintegrasi, tiada integrasi dalam beragama.

"Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agama aku." (Surah al-Kafirun, ayat 6)



Bookmark and Share

    


  Member Information For budak_melakaProfil   Hantar PM kepada budak_melaka   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.127827 saat. Lajunya....