Satu hari Jummat sewaktu menumpang kereta Guru tercinta untuk solat Jumaat...
Guru "Addin, kamu nak tahu tak satu cara paling mudah untuk mengetahui adakah kamu sedang ditipu oleh syaitan ketika itu"
Murid "hhm.. boleh juga Ustaz"
Guru "Kalau kamu sedang melakukan sesuatu kerja kemudian kamu dapat rasa timbul riak di hati kamu, ketahuilah kamu bahawa kamu sedang ditipu oleh syaitan ketika itu"
Pengajaran : Memang betul pesan Guru tercinta. Kadang2 ada sesuatu kerja yang dilakukan terutama di khalayak ramai, tetiba kita rasa kan timbul sedikit perasaan riak di hati kita ini. Awas - pada masa itu syaitan sedang menipu kita.
Kalau sewaktu berbuat kebajikan seperti menderma atau sebagainya, apabila timbul sifat riak tetiba, itu juga tanda kita sedang ditipu oleh syaitan. Yang sebaiknya kita sedekah secara sembunyi2 supaya seorang pun tak tahu. Riak pun tak timbul dan insyaAllah syaitan pun takde idea nak buat macam mana supaya sedekah kita itu mendatangkan riak..
"Ya Allah, hambaMu ini yang lemah ini berlindung kepada Mu daripada sifat riak dan bongkak kesan post2 hamba Mu ini di forum Ukhwah.com "