Satu hari di sebuah rumah di Petaling Jaya..
Ibu " Ateh.. apa nie?! Surat daripada Parti Pas nie? Kan mak dah beritahu yang mak tak suka dengar kau dengan parti2 politik kau nie "
Terpegun si anak melihat surat jemputan daripada parti pas untuk menghadiri mesyuarat parti kini berada ditangan si Ibu tercinta
Jawab anak "Err.. Err.. tu bukan apa mak. Mungkin ada orang daftarkan nama saya tanpa pengetahuan saya (jadi penipu sekejap)"
Jawab ibu "betul ke? Baiklah ibu percayakan kamu. Ibu bukan apa, sekarang nie kan waktu kamu belajar. Cuba konsentrate pelajaran kamu"
Jawab anak "Baiklah ibu"
Akhirnya si Ibu tersenyum kembali dan gembira dengan kepatuhan anaknya seorang nie..
Pengajaran : Bagi anak2 yang ingin berpolitik atau bergerak didalam badan dakwah tetapi pada masa yang sama tidak mendapat sokongan ibu bapa, nasihat saya lakukan dengan bijaksana. Jangan lah niat baik kita itu menjadi sebab keluarga pecah belah.
Contoh satu yang dapat saya lihat sendiri, seorang rakan yang berkecimpung dalam dakwah memarahi kakaknya kerana tidak bertudung. Kan manis kalau kita ikram si kakak dengan menunjukkan akhlak yang baik supaya si kakak akan tertawan dengan keindahan Islam.
Bagi ibu saya ini pula, saya mengambil keputusan untuk tidak membawa segala aktiviti2 yang tidak disenangi beliau ke rumah. Jadi saya dapat menggembirakan ibu saya dan pada masa yang sama berjuang untuk Islam.