Oleh |
Bila Artis Jahil berkata2... |
dakwah_ilahi
WARGA SETIA Menyertai: 04.03.2004 Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah
|
Posting pada: 11-06-06 20:18
....... Ahad lepas dalam melodi, ada seorang artis yang baru ditangkap JAWI asbab berpakaian seksi dan berada dikelab malam. Tapi dia claim dia tidak seksi, pengakuan dia dalam melodi secara live tidak seksi dia ialah dengan memakai baju tiub (berkemban) dan seluar jeans pendek lepas paras lutut. Dia cukup marah kerana di layan seperti seorang pelacur sedangkan pakaian dia bolehlah anda merujuk kepada siri2 rancangan 999 di segmen2 tangkapan pelacur2 di kelab2 malam yang mana fesyen baju tiub rata2 antara menjadi pilihan. Apa yang dikesali, artis itu juga menghentam jawi seolah dia tidak bersalah dimana pemaikaian seksi dan ke kelab malam adalah hak peribadi lantas menyarankan pihak kerajaan mengeluarkan tatacara pemakaian. dan paling dikesali, sebelum tamat segmen artis tersebut, sekali lagi dia cuba memerli JAWI dengan mempersendakan hukum Allah dengan cara dia berkata kepada Wahid(pengacara melodi) semasa bersalaman untuk berpisah, dengan nada meyindir "Jaga2 wahid, nanti kita ditangkap kerana bersalaman antara lelaki dan perempuan". Sesungguhnya dengan mempermain2kan hukum Allah yakni dengan menyindir, boleh membawa kepada terbatal iman nauzubillah. Dan lebih menyedihkan, artis tersebut menyatakan bahawa ibubapanya juga turut menyokong tindakannya. Natijahnya disini, kita lihat betapa kejahilan individu itu sendiri membawa kepada fitnah kepada agama. Fitnah disini ialah, artis yang dikatakan beragama islam boleh menghentam autoriti islam dan menyendakan hukum agama dikhalayak ramai berpandukan nafsu dan bukannya akal. Betapa jahilnya hingga meminta kerajaan mengeluarkan garis panduan pemakaian sedangkan dia yang mengaku muslim patutnya tahu akan bataas aurat. Terlalu menyedihkan..
|
lara
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.02.2006 Ahli No: 22692
Posting: 277
Dari: uitm, seri iskandar
|
Posting pada: 11-06-06 20:37
huh..memang teruk sangat pun...tu sengaja nak cari pasal.....
|
husna_nasiha
Warga 4 Bintang Menyertai: 23.01.2006 Ahli No: 22138
Posting: 233
Dari: UPM
|
Posting pada: 11-06-06 23:14
Hmm..moga-moga dapat hidayah..
|
tasbih_30
WARGA SETIA Menyertai: 27.02.2006 Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK
|
Posting pada: 11-06-06 23:16
aduui... ana tak tengok pula melodi hari tu..sapa artis tu erk..kalau tahu pm ana.. nak juga tahu... ala anda artis² ni selalu ingat apa derang buat betul saja... kononnya pergi club tak minum just hang out la..layan music la... hehehe.. ingat orang lain tak tahu ke.. kalau duduk dalam club tu kepala normal mahu naik pening.. tak boleh tahan punya... pakai tiub erk...pakai tiub ni serupa pakai baju dalam saja la... kurang hajar betul dah tahu diri tak betul mengaku juga la..minta maaf ke... tak pun duduk diam².. tak usah la nak tegakkan benang yang basah pula... patut sebat saja orang macam ni... [ Telah diedit oleh: tasbih_30 pada 11-06-06 23:17 ]
|
nabilpoyo
WARGA SETIA Menyertai: 13.12.2005 Ahli No: 21141
Posting: 730
Dari: Kuantan + penang + KL + jakarta
|
Posting pada: 11-06-06 23:16
ilmu tanpa amal, sia-sia.....
|
tasbih_30
WARGA SETIA Menyertai: 27.02.2006 Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK
|
Posting pada: 11-06-06 23:17
ilmu tanpa iman dan amal ..sia²
|
amilyn
WARGA SETIA Menyertai: 02.10.2003 Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor
|
Posting pada: 11-06-06 23:19
itulah kalau orang jahil berkata2 nak selamatkan diri biasalah
|
umeks17
Warga 1 Bintang Menyertai: 30.06.2005 Ahli No: 16966
Posting: 32
Dari: Gemencheh , NS
|
Posting pada: 11-06-06 23:23
ish...ana tak minat betul la cerita pasal artis2 ini...makin menjadi2.. salah satu nya time anugerah industri muzik dulu...pakaian semua macam bukan orang islam... semoga mereka dapat hidayah...mari sama-sama kita doa kan..
|
solskjaer
WARGA SETIA Menyertai: 25.08.2004 Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united
|
Posting pada: 11-06-06 23:52
dayang nurfaizah lagila,macam sakai...meluatla tengok cara dia..dahla hodoh..
|
ibnu_musa
Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 11-06-06 23:55
dah tau macam tu tak payah la tengok dia ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
solskjaer
WARGA SETIA Menyertai: 25.08.2004 Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united
|
Posting pada: 12-06-06 00:04
Pada 11-06-06 23:55 , ibnu_musa posting:!!! QUOTE !!! dah tau macam tu tak payah la tengok dia
bukanla ibnu musa,dah terpandang,tak sampai seminit,terus tutp...entahlah,tak sedar diri...dahla hodoh......
|
hafeezzul
Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 12-06-06 00:08
Doakan la untuk mereka...semoga mereka diberikan hidayah oleh ALLAH SWT ----------------- Yang Mencari Keredhaan ALLAH [ Telah diedit oleh: hafeezzul pada 12-06-06 00:09 ]
|
qarlena
Warga 2 Bintang Menyertai: 20.01.2005 Ahli No: 13844
Posting: 69
Dari: perak darul Rizduan
|
Posting pada: 12-06-06 01:07
banyak lagi kes2 depan mata macam ni... mereka cakap lepas saja... dah tak fikir langsung...lepas itu buat muka penuh yakin... yakin konon nya tau bab2 hukum halal haram... moga...mereka2 ini sedar cepat... dan diberi kesempatan untuk sedar..amin..
|
hudahasnan
WARGA SETIA Menyertai: 10.01.2005 Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman
|
Posting pada: 12-06-06 01:28
na'uzubillah...moga kita di jauhkn oleh ALLAH dr kejahilan & terus di kurniakn dengan nikmat iman... ----------------- Ukhwah yang terbina persis untaian tasbih.Ada awal, tiada penghujung.Dibuat untuk mengingatiNya.Dicantum kerana cintaNya…
|
Along_Safa
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 180
Posting: 348
Dari: tilamhotel.com
|
Posting pada: 12-06-06 08:40
kes yang sama seperti kes jeslina ye? jeslina dulu dijemput oleh melodi juga dan kata2nya pun lebih kurang begitu juga...... boleh sesiapa bagitahu saya siapa artis ni? PM pun ok...... thank you
|
airah77
Warga 4 Bintang Menyertai: 08.12.2005 Ahli No: 20959
Posting: 158
Dari: perak
|
Posting pada: 12-06-06 11:48
"tujuan hiburan untuk berhibur, jangan sampai kabur hingga lupa jalan ke kubur".
|
SaLaFiaN
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 191
Posting: 719
Dari: • Tämäñ Mëläwätî, Küälä Lumpur
|
Posting pada: 12-06-06 11:51
Pada 11-06-06 23:52 , solskjaer posting:!!! QUOTE !!! dayang nurfaizah lagila,macam sakai...meluatla tengok cara dia..dahla hodoh.. Hehe...Budget macam Beyonce la ek? ----------------- Biarkanlah pena menari, lalu sejarah yang menghakimi. Bertintakan hikmah, tertamsil jiwa hamba yang bersujud di hadapan Ilahi.
|
fifi_183
Warga 2 Bintang Menyertai: 18.04.2006 Ahli No: 24264
Posting: 56
Dari: KL
|
Posting pada: 12-06-06 12:15
Pada 12-06-06 11:48 , airah77 posting:!!! QUOTE !!! "tujuan hiburan untuk berhibur, jangan sampai kabur hingga lupa jalan ke kubur". hehe..best jugak ayat ini.. ada sesiapa tau siapa yang dimaksudkan? bgtaula..
|
kumpulansenyum
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.05.2006 Ahli No: 24414
Posting: 305
Dari: UKM
|
Posting pada: 12-06-06 12:19
cadangan supaya para artis wajib ikuti kuliah agama setiap bulan... baru best.... baru tau hukum. taklah main cakap lepas saja.
|
fadzlyz
WARGA SETIA Menyertai: 19.05.2006 Ahli No: 24451
Posting: 639
Dari: cheras
|
Posting pada: 12-06-06 14:00
memang biol sapa yang jemput artis tu!tak paham2.......
|
sufti_ilham
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2003 Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL
|
Posting pada: 12-06-06 14:37
assalamualaikum nauzubillah..moga kita dijauhakan,insyaAllah..tapi kekadang kasihan jugak dengan mereka ni..Allah menguji mereka dengan cara itu..moga-moga dapatlah mereka hidayah dan petunjuk,insyaAllah.. ----------------- "Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" : At-Thalaq : 3 -( PUAN SUFTI )- [ Telah diedit oleh: sufti_ilham pada 12-06-06 14:37 ]
|
hudahasnan
WARGA SETIA Menyertai: 10.01.2005 Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman
|
Posting pada: 12-06-06 16:21
Pada 12-06-06 11:51 , SaLaFiaN posting:!!! QUOTE !!! Pada 11-06-06 23:52 , solskjaer posting:!!! QUOTE !!! dayang nurfaizah lagila,macam sakai...meluatla tengok cara dia..dahla hodoh..
Hehe...Budget macam Beyonce la ek?
a'ah...dia lagi suka adalah bila orang cakap begitu...ish! begitu hasilnya lepas sekolah agama...na'uzubillah... ----------------- Ukhwah yang terbina persis untaian tasbih.Ada awal, tiada penghujung.Dibuat untuk mengingatiNya.Dicantum kerana cintaNya…
|
hudahasnan
WARGA SETIA Menyertai: 10.01.2005 Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman
|
Posting pada: 12-06-06 16:22
Pada 12-06-06 12:19 , kumpulansenyum posting:!!! QUOTE !!! cadangan supaya para artis wajib ikuti kuliah agama setiap bulan... baru best.... baru tau hukum. taklah main cakap lepas saja. em...susah tu...dah namanya artis... ----------------- Ukhwah yang terbina persis untaian tasbih.Ada awal, tiada penghujung.Dibuat untuk mengingatiNya.Dicantum kerana cintaNya…
|
tiqa
Warga 1 Bintang Menyertai: 29.08.2004 Ahli No: 10800
Posting: 29
Dari: jb
|
Posting pada: 12-06-06 16:30
salam ukhwah......................... kalau dah namanya artis,semuanya same.bertudg ke tak ke,same saja. yang masuk AF lagila.....malu ana.harap saja duit banyak tapi tak mampu nak beli kain,JAKEL dah banyak buat sale!KAMDAR...MEMANG BERBALOI.....lupekan yang lain....kesimpulannya "minum milo anda jadi sihat dan kuat" !!!!!!!hehehehe....
|
Putra_Aiman
WARGA SETIA Menyertai: 13.11.2003 Ahli No: 5086
Posting: 995
Dari: 698,Ruby Avenue,08000 Sungai Petani
|
Posting pada: 13-06-06 04:05
tube??nampak seksa saja nak pakai....
|
qudwah_mardihah
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.03.2004 Ahli No: 8029
Posting: 263
Dari: Malaysia
|
Posting pada: 13-06-06 08:57
Semoga setiap kita menyedari apa yang terbuku di sanubari dan menyedari hakikat sebuah perjalanan duri....kisahnya..bermula dari kita sendiri....
|
ibn_wanza
Warga 4 Bintang Menyertai: 29.10.2005 Ahli No: 20172
Posting: 295
Dari: kelantan + terengganu
|
Posting pada: 13-06-06 10:37
manusia, makin jahil dalam hal agama makin berani berkata-kata dengan hukum yang Maha Esa..jangan sampai Allah Taala turunkan bala Tsunami-II...
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7871
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 13-06-06 10:50
|
SHAMR
WARGA SETIA Menyertai: 05.10.2004 Ahli No: 11639
Posting: 777
Dari: Dari ALLAH kita datang, kepadaNya kita kembali...
|
Posting pada: 13-06-06 11:01
Pada 12-06-06 12:19 , kumpulansenyum posting:!!! QUOTE !!! cadangan supaya para artis wajib ikuti kuliah agama setiap bulan... baru best.... baru tau hukum. taklah main cakap lepas saja. Salam. Kalau betul ada kuliah macam ni diwajibkan untuk mereka dan berkesan pulak tu, sah-sah lepas tu dah tak jadi artis dah sebab dah tau hukum. Nak-nak pulak artis wanita. ----------------- "Jangan gugur sebelum syahid!"
|
SaLaFiaN
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 191
Posting: 719
Dari: • Tämäñ Mëläwätî, Küälä Lumpur
|
Posting pada: 13-06-06 11:07
Pada 13-06-06 10:50 , Rashdin posting:!!! QUOTE !!! bunuh terus lagi senang Hehe...Ganasnya... ----------------- Biarkanlah pena menari, lalu sejarah yang menghakimi. Bertintakan hikmah, tertamsil jiwa hamba yang bersujud di hadapan Ilahi.
|
setanggi_syurga83
WARGA SETIA Menyertai: 10.03.2006 Ahli No: 23348
Posting: 517
Dari: Negeri Sembilan-bumi Allah
|
Posting pada: 13-06-06 11:27
|
khalifah_85
WARGA SETIA Menyertai: 16.02.2006 Ahli No: 22747
Posting: 437
Dari: johor bahru
|
Posting pada: 13-06-06 12:00
assalamualaikum... erm.. rasanya bukan kali pertama kan ianya berlaku.. malahan telah banyak berulang peristiwa yang sama cuma tokoh dan figure sahaja yang berbeza... terkadang bila seseorang telah tersepit dengan keadaan.. ia sanggup keluar statement untuk melepas kan dirinya tanpa memikirkan sebab dan akibat dari tindakannya... yang penting mereka ini boleh lari dari kesilapan mereka dan seolah-olah menyalahkan pihak yang menjalankan tugas pula bersalah... terkadanag kasihan juga melihat badan2 berkanun dinegara kita yang seolah-olah "telan mati ayah diluah mati ibu"dalam pelaksanaan tugasan mereka.. mereka mahu cegah kemaksiatan sebab itu sebahagian dari bidang tugasan mereka.. namun apabila dilaksanakan... sekiranya terkena pada tokoh2 yang terkenal,maka impaknya terkena pada mereka pula... sokong sangat2cadangan agar mereka ini diwajibkan kelas2 agama,bagi sesi pentarbiyahan.. hehe sekurang2nya kalau dah tau hukum2 agama boleh juga berkurangan artis dimalaysia yang memakai pakian yang menyakitkan mate.. sakadar pandangan.. salam ukhwah dna perjuangan dari saya... wassalam..
|
syauqahaziqah
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.08.2005 Ahli No: 18509
Posting: 259
Dari: darul iman
|
Posting pada: 13-06-06 14:00
islam hanya pada nama tapi amalan tak ubah macam oramg yang bukan islam sedarlah sekarang dunia terlalu tua dan lemah untuk menampung maksiat diatas muka bumi ini
|
e-kin
Warga Rasmi Menyertai: 25.06.2004 Ahli No: 9651
Posting: 20
Dari: Jitra, Kedah
|
Posting pada: 13-06-06 17:02
Pada 12-06-06 16:21 , hudahasnan posting:!!! QUOTE !!! Pada 12-06-06 11:51 , SaLaFiaN posting:!!! QUOTE !!! Pada 11-06-06 23:52 , solskjaer posting:!!! QUOTE !!! dayang nurfaizah lagila,macam sakai...meluatla tengok cara dia..dahla hodoh..
Hehe...Budget macam Beyonce la ek?
a'ah...dia lagi suka adalah bila orang cakap begitu...ish! begitu hasilnya lepas sekolah agama...na'uzubillah...
dayang nurfaizah lepasan sekolah agama ke?...tak tahu la pulak...apapun jangan salahkan sekolah kalau pelajarnye rosak...bukan persoalan mereka bersekolah di mana tetapi apa yang perlu dipersoalkan sejauh mana ilmu yang diperoleh diamalkannya dan sejauh mana keberkesanan amalan ilmu itu dalam hidupnya.. ...sebenarnya ramai artis yang berpengetahuan agama tetapi sengaja 'membutakan' mata mengenai dosa kerana kemewahan dunia yang hanya sementara lebih nikmat dari syurga Allah yang belum 'dirasa' tanpa pernah berfikir bahawa ajal tidak mengenal usia dan azab Allah pasti akan tiba....wanauzubillahiminzalik ----------------- Berusaha memperoleh redha Illahi moga beroleh kejayaan hakiki...Allahuakbar!!!
|
hudahasnan
WARGA SETIA Menyertai: 10.01.2005 Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman
|
Posting pada: 13-06-06 17:23
Pada 13-06-06 17:02 , e-kin posting:!!! QUOTE !!! Pada 12-06-06 16:21 , hudahasnan posting:!!! QUOTE !!! Pada 12-06-06 11:51 , SaLaFiaN posting:!!! QUOTE !!! Pada 11-06-06 23:52 , solskjaer posting:!!! QUOTE !!! dayang nurfaizah lagila,macam sakai...meluatla tengok cara dia..dahla hodoh..
Hehe...Budget macam Beyonce la ek?
a'ah...dia lagi suka adalah bila orang cakap begitu...ish! begitu hasilnya lepas sekolah agama...na'uzubillah...
tak tahu la pulak...apapun jangan salahkan sekolah kalau pelajarnye rosak...bukan persoalan mereka bersekolah di mana tetapi apa yang perlu dipersoalkan sejauh mana ilmu yang diperoleh diamalkannya dan sejauh mana keberkesanan amalan ilmu itu dalam hidupnya.. ... ye...itulh maksud saya wahai shbtku e-kin...sayang sedih&pilu rasanya jika "hasil" didikan dr sekolah agama seperti itu... wallua'lam... ----------------- Ukhwah yang terbina persis untaian tasbih.Ada awal, tiada penghujung.Dibuat untuk mengingatiNya.Dicantum kerana cintaNya…
|
ibnu_musa
Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 13-06-06 17:26
jadi, istilah "Artis Jahil" ni merujuk kepada dayang nurfaizah lah ye... ooo baru tau ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
muslim_boy
Warga 3 Bintang Menyertai: 26.03.2006 Ahli No: 23728
Posting: 142
Dari: Kota Bharu Bandaraya Islam
|
Posting pada: 13-06-06 17:33
salaam.. entah la, Kenapa dengan manusia zaman sekarang. hanya islam pada keturunan, tapi di hati wallahualam. kita sebagai hamba Allah s.w.t. haruslah menasihati kawan2. InsyaAllah.
|
tasbih_30
WARGA SETIA Menyertai: 27.02.2006 Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK
|
Posting pada: 16-06-06 02:55
sapa artis tu yang sebenar... pm la kalau tak mo sebutan sini... nak juga tahu...
|
jahil_tukir
Warga Rasmi Menyertai: 10.03.2006 Ahli No: 23353
Posting: 17
Dari: hujung dunia
|
Posting pada: 16-06-06 07:10
salamzzzz.... hohohoooo.....haaaa..anda seme2 ini buat ketupat kat sini ek...dah masak belum ketupat tuuuu....nak join etek...huhuu. p/s: Kalau aku jadi pemerintah, akulah pemerintah yang paling zalim. Aku bunuh terus mana-mana orang yang berkata macam tu....sebab ini dah masuk kategori mana ini....tak ada kesian2 nya....wakakakaka thankzzzz....
|
Amrizal
WARGA SETIA Menyertai: 20.04.2004 Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah
|
Posting pada: 16-06-06 10:04
Hmm.. dahla berdosa sebab macam tu tapi bila mempersendakan hukum Allah tu dah cukup teruk dah. apa pandangan orang bukan Islam nanti. Ya Allah, hindari kami dan jadikan kami dikalangan orang yang bertaqwa.
|
rasha_aleeya
WARGA SETIA Menyertai: 27.09.2005 Ahli No: 19366
Posting: 641
Dari: kota bharu
|
Posting pada: 16-06-06 10:11
Pada 12-06-06 11:51 , SaLaFiaN posting:!!! QUOTE !!! Pada 11-06-06 23:52 , solskjaer posting:!!! QUOTE !!! dayang nurfaizah lagila,macam sakai...meluatla tengok cara dia..dahla hodoh..
Hehe...Budget macam Beyonce la ek?
beyonce tu siapa....dayang tu kenal lah... artis tu dayang ke?? ----------------- Whatever Happen life still go on
|
hafizie
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.12.2004 Ahli No: 12783
Posting: 84
Dari: klang
|
Posting pada: 16-06-06 11:44
assalamualaikum syukur 'kita' tak tergolong dalam gol. tersebut (akan datang hanya Allah yang tahu) biarla sapa pun artis tu, kalau dah tau nanti makin teruk pula fitnah dan kejian yang aln dietrima,kita semua pun bukan layan pun 'melodi',betul tak? (dapat pula dia pahala. kita pula dapat dosa kering) so secara general memang artis wanita tertentu kebelakangan ini melampau, jadi hrpan disini agar kita tetapi nmenyokong badan2 yang cuba sedaya upaya mangadakn amar maaruf nahi mungkar di negara yang tercinta ini... 'amal tanpa ilmu perkara yang sia2' 'ilmu tanpa amal perkara yang gila' (anggapla 'mereka tu' tak ada ilmu, tapi kita kena usaha tolong 'mereka' untuk berilmu)....
|
lara
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.02.2006 Ahli No: 22692
Posting: 277
Dari: uitm, seri iskandar
|
Posting pada: 16-06-06 13:16
Pada 13-06-06 11:07 , SaLaFiaN posting:!!! QUOTE !!! Pada 13-06-06 10:50 , Rashdin posting:!!! QUOTE !!! bunuh terus lagi senang
Hehe...Ganasnya...
hehe..tu lah...ganas.... ----------------- dulu, kini, dan selamanya......
|
lara
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.02.2006 Ahli No: 22692
Posting: 277
Dari: uitm, seri iskandar
|
Posting pada: 16-06-06 13:18
Pada 13-06-06 11:27 , setanggi_syurga83 posting:!!! QUOTE !!! entah apa nak jadi entah..Memalukan kaum sendiri..malulah dengan Allah..
sebab diaorag tak malu,mereka buat.... aku pun pelik la...tak takut ke balsan Allah....hai.....dah tak ingat mati ke..... ----------------- dulu, kini, dan selamanya......
|
m_husna
Warga 3 Bintang Menyertai: 10.02.2006 Ahli No: 22606
Posting: 85
Dari: kepong
|
Posting pada: 16-06-06 16:34
memalukan kaum melayu saja. dan semestinya memalukan umat islam!
|
afiqah_afaf
Warga 4 Bintang Menyertai: 03.10.2004 Ahli No: 11586
Posting: 238
Dari: mansoura
|
Posting pada: 16-06-06 16:51
Pada 12-06-06 00:08 , hafeezzul posting:!!! QUOTE !!! Doakan la untuk mereka...semoga mereka diberikan hidayah oleh ALLAH SWT
insya Allah semoga mereka dapat hidayah.... -----------------
|
muslimin23
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~
|
Posting pada: 16-06-06 17:18
anak siapa la tu ek...kesiannye...
|
jejakaislam
Warga 4 Bintang Menyertai: 08.05.2004 Ahli No: 8875
Posting: 167
Dari: gombak
|
Posting pada: 16-06-06 20:53
dunia nak terbalik dah niii
|
jejakaislam
Warga 4 Bintang Menyertai: 08.05.2004 Ahli No: 8875
Posting: 167
Dari: gombak
|
Posting pada: 16-06-06 21:12
artis ni anggap mereka tu dah boleh tahan api...agaknya...
|
rabiah_al-adawiah
Warga 2 Bintang Menyertai: 31.03.2006 Ahli No: 23868
Posting: 56
|
Posting pada: 16-06-06 21:41
tulah sekarang artis dipuja..di ikut,idola,nauzubillah..patutnya rasulullah idola kita,islam jadi ikutan..siapa yang mencerminkan akhlak islamaiah jadi sahabat kita.ni tak..bahaya tau pengaruh artis ini.. sebenarnya ni termasuk dalam salah satu agenda orang-orang kafir nak lalaikan umat islam...jadi kita ni janganlah sampai berjaya dilalaikan oleh artis ini..
|
qudwah
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2005 Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU
|
Posting pada: 16-06-06 22:19
|
Niya_Shahana
Warga 2 Bintang Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12349
Posting: 65
Dari: Kelate
|
Posting pada: 20-06-06 15:03
Jadikan iktibar.. berani cakap gitu sebab hukuman azab tak nampak depan mata... yang betul usaha juga untuk disalahkan...
|
lara
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.02.2006 Ahli No: 22692
Posting: 277
Dari: uitm, seri iskandar
|
Posting pada: 20-06-06 21:22
Pada 20-06-06 15:03 , Niya_Shahana posting:!!! QUOTE !!! Jadikan iktibar.. berani cakap begitu sebab hukuman azab tak nampak depan mata... yang betul usaha juga untuk disalahkan... hmm itu memang biasa lah...bila tak kan btg hidung sendiri,tak rasa..bila dah kan baru nak terngadah... ----------------- dulu, kini, dan selamanya......
|
login
Warga 1 Bintang Menyertai: 19.06.2006 Ahli No: 24883
Posting: 23
Dari: Bumi yang ku cinta
|
Posting pada: 20-06-06 22:45
macam-macam dah jadi sekarang ni.. Doakan mereka yang terpesong kembali ke yang Benar...Sesungguh nya doa itu adalah senjata bagi orang mukmin. ----------------- و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى والسلا
|
dakwah_ilahi
WARGA SETIA Menyertai: 04.03.2004 Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah
|
Posting pada: 28-06-06 22:06
insyallah....sama-sama lah kita doakan...moga mereka menyedari kesilapan dan kembali kepada hukum allah....dan menjadi artis contoh kepada masyarakat.
|
dakwah_ilahi
WARGA SETIA Menyertai: 04.03.2004 Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah
|
Posting pada: 04-07-06 03:15
JAWI: KETEGASAN PAK LAH TIDAK KE MANA Ahmad Lutfi Othman Serbuan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ke atas sebuah pusat hiburan, The Zouk, di Jalan Ampang, 13 Januari lalu, mengingatkan saya kepada beberapa isu yang timbul daripada operasi mencegah kemungkaran beberapa tahun lalu, yang akhirnya mengakibatkan pihak berkuasa agama mengaku kalah. Yang paling diingati tentulah operasi Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), membabitkan penahanan tiga orang gadis Melayu, yang menyertai Miss Malaysia Petite 1997. Kesannya amat memilukan, Mufti Selangor, Dato’ Ishak Baharom, yang langsung tidak ada kena mengena dengan operasi malam 13 Jun Jun 1997 (di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa, Subang Jaya) itu dipecat, selepas "bertembung satu lawan satu" dengan bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad. Dato’ Ishak yang ketika itu telahpun dilanjutkan tempoh perkhidmatan, selama dua tahun lagi, berkuatkuasa 16 Ogos 1997 hingga 15 Ogos 1999, diminta meletakkan jawatan oleh bekas Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Abu Hassan Omar, pada awal Oktober 1997, dipercayai ekoran kecaman keras Dr Mahathir pada 19 Julai 1997. Ishak hanya dibayar satu bulan gaji sebagai ganti notis, selepas diberi masa sepuluh hari untuk mengosongkan pejabatnya. Seperti lazimnya, Mahathir menempelak Ishak, sebagaimana dilakukan ke atas sesiapa saja yang dilihat menggugatnya: "Kita hormati mufti pasal sesuatu peraturan yang dibuatnya tetapi kalau mufti mengambil tindakan tidak mengikut Islam, takkan kita tak boleh tegur. Ini pegawai yang dibayar gaji oleh kerajaan yang dengan mudah menuduh orang itu murtad, orang ini murtad." Kalimah "dibayar gaji oleh kerajaan" itu tentu memedihkan sekali. Saya sempat merakamkan peristiwa tersebut dalam dua buah buku, bertajuk "Mufti lawan Mahathir?" (September 1997) dan "Menyanggah Fatwa-Fatwa Mahathir" (Mac 199 . Sebelum dipecat, beliau bersama mufti-mufti lain mengadakan pertemuan dengan Mahathir, bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul. "Saya tidak anti-kerajaan, tetapi saya sememangnya anti-mungkar dan anti-maksiat," katanya di depan Mahathir. Tragedi kedua berlaku pada 10 Jun 2000, di sebuah pub The Ship, Damansara Utama, membabitkan lebih 30 penguatkuasa Jais Petaling, Rela, Badar dan polis. Seramai 53 orang ditahan termasuk di beberapa premis lain di Petaling Jaya, ekoran lebih daripada 12 aduan yang dibuat masyarakat sekitar. Seperti biasa, banyak kritikan dilemparkan, selain dakwaan pihak yang ditangkap yang mengatakan mereka hanya minum air suam dan "fresh orange". Ketua operasi, yang juga pengerusi Badar (Badan Amal Makruf Nahi Mungkar), Puchong, Mohd Sharif Iskandar, tampil membuat pendedahan kepada akhbar tidak berkala yang saya terbitkan, "Protes", sambil menyerahkan lebih sedozen gambar foto yang jelas menunjukkan gelas-gelas dan jag-jag arak, serta wanita-wanita dan pondan yang berpakaian tidak sopan. Tangkapan dibuat berdasarkan Enakmen Jenayah Syariah Selangor, antaranya di bawah Seksyen 10 (kesalahan menghina atau menyebabkan dipandang hina agama Islam), Seksyen 18 (kesalahan minum arak) dan Seksyen 21 (kesalahan melakukan perbuatan tidak sopan di tempat awam). Akhirnya, bekas Menteri Besar Selangor, juga atas tekanan pihak lebih atas, membatalkan tuduhan ke atas mereka yang terbabit. Sharif bertanya: "Apakah tindakan itu diambil kerana terdapat di antara mereka yang ditahan itu orang-orang yang mempunyai hubungan keluarga dengan pihak yang berkuasa?" Ada pihak yang berhujah bagi membela mereka yang ditahan di The Ship itu dengan daleh bahawa peruntukan "menghina atau menyebabkan dipandang hina agama Islam" tidak jelas dan mengelirukan kerana tidak ada "precedent" sebelumnya. Memang diakui tiada peruntukan khas mengenai kesalahan itu, sebagaimana peruntukan khas mengenai kesalahan berkaitan arak dalam Seksyen 18(1) dan 18(2), merujuk kesalahan menjual, membuat dan mengedar minuman memabukkan. Soalnya, kita terlepas peluang untuk membuat "precedent" terhadap kes yang boleh dikaitkan dengan penghinaan terhadap Islam. Sepatutnya, apabila kes "The Ship" itu dibiarkan berjalan menurut peraturan di mahkamah, barulah kita tahu apakah benar-benar peruntukan itu kabur atau sebaliknya. Dan jika didapati peruntukan itu tidak jelas, maka pihak yang patut dipersalahkan ialah pihak yang menggubal dan meluluskannya, yakni kerajaan negeri Selangor yang diketuai Umno! Hairan sekali, kalau kes membabitkan "kesalahan agama", di mana operasi tangkapan dibuat ke atas kelab-kelab malam misalnya, ada-ada saja pihak atasan yang beria-ia mahu mempertahankan orang yang ditangkap itu, kononnya kerana anggota penguatkuasa berkelakuan tidak sopan, ataupun mereka yang ditangkap jahil tentang kesalahan itu. Misalnya dalam kes tangkapan peserta ratu cantik, mereka yang menyertainya memberi alasan tidak mengetahui bahawa menjadi satu kesalahan berbuat demikian, sedangkan fatwa pengharaman ratu cantik telah diwartakan 25 bulan sebelum tiga gadis itu ditangkap. Iaitu selepas melalui prosuder perundangan yang teliti, termasuk dibaca tiga kali di Dewan Undangan Negeri Selangor (ahli-ahlinya ketika itu mewakili Umno, Gerakan, MCA, MIC dan juga DAP), dan akhirnya diperkenan Sultan Selangor. Malah gadis-gadis yang disyakki itu akan dihadapkan di mahkamah dan dibicarakan menurut proses perundangan dan keadilan. Hanya apabila kesalahan disabitkan mengikut undang-undang, maka barulah hukuman dikenakan. Begitu juga dengan kes "The Ship", kalaupun ramai pemimpin Umno yang bersimpati, mereka boleh mengupah sehingga 20 orang peguam handalan di Kuala Lumpur untuk membela pihak yang disyakki, tapi bukan dengan menganggu proses mahkamah. Pensyarah undang-undang, Dr Abd Aziz Bari, ketika mengulas hal berkenaan berkata: "Kejahilan undang-undang bukan satu alasan. Ini bukan "excuse". Mungkin anda boleh mengatakan itu untuk meminta kurang hukuman. Tapi undang-undang tidak pernah mengatakan bahawa bila awak tidak tahu, awak tidak dikenakan hukuman. Kalau macam itu susah jadinya. Semua orang akan mengaku tidak tahu undang-undang." "Ini saya rasakan," tambahnya, "sesuatu yang "double standard". Mengapa dalam soal syariah, itu yang hendak disentuh, padahal dalam undang-undang lain tidak ada." Justeru, apabila Jawi menarik balik saman terhadap penyanyi dan pelakon, Jeslina Hashim, yang turut ditahan malam 13 Januari lalu, tanpa sebarang penjelasan, "lagu lama rupanya diputar kembali" walaupun pimpinan negara berubah kepada "cucu seorang tok guru", yang kini ghairah melobi projek Islam Hadhari. Dipercayai Jawi terpaksa tunduk dengan perintah elit politik selepas Jeslina membuat kenyataan terbuka di media berpengaruh, termasuk stesen tv. Dalam wawancara semuka penuh (dihiasi gambar warna-warni dalam pakaian menjolok mata) dengan Mingguan Malaysia, selepas ditanya "apa kata emak dan ayahnya" ekoran penahanan itu, Jeslina berkata, sambil membuat ugutan: "Mereka langsung tak marahkan saya. Dan banyak kawan saya yang kena tu kata emak dan bapa dia orang tidak akan diamkan hal ini macam itu sahaja. Mereka bukan anak orang biasa. Orang berpangkat juga. Mereka akan lakukan sesuatu. … kalau saya berdosa, saya berdosa dengan Tuhan. Bukan dengan orang Jawi itu." Ooop, rupanya ada anak-anak "orang besar" yang turut tertangkap. Patutlah ada seorang menteri berkata, "kita mungkin menjolok sarang tebuan". Dan apakah orang seperti Jeslina memerlukan "tsunami" untuk menghukumnya? Saya tertarik dengan surat pembaca yang dikirim kepada sebuah akhbar harian: "Apakah kalau seorang mat rempit yang ditahan dalam operasi lumba haram terkencing seluar di balai polis, maka segala operasi berkaitan akan digantung buat sementara, dan kesnya dibuang begitu sahaja?" Tentunya kita belum lupa bagaimana pihak polis dan FRU melakukan keganasan ketika menyuraikan tunjuk-tunjuk perasaan di Kuala Lumpur selepas Anwar Ibrahim dipecat. Cerita kekasaran polis disemarakkan lagi di Lebuhraya Kesas sehingga ada wanita yang ditarik tudung, disumbat ke dalam trak yang sesak selama beberapa jam, selain ada demonstran hampir buta selepas ditembak gas pemedih mata dalam jarak dekat. Jangan disebut lagi tentang pemimpin politik dan aktivis NGO yang ditahan borong di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) secara keras dan kasar, seterusnya memperlakukan mereka seperti haiwan. Anwar selepas dipukul separuh mati oleh bekas Ketua Polis Negara digari menaiki tangga di Bukit Aman untuk berjumpa seorang doktor wanita, dalam keadaan telanjang bulat! Saya sendiri, dalam dua kes berasingan, pernah mempersoalkan tindakan polis merampas buku-buku dan akhbar politik saya di Medan Idaman, Gombak dan kilang percetakan di Shah Alam. Saya bertanya apa butiran kesalahan sehingga semua 43,000 naskah akhbar Memo 14 diangkut ke dalam trak sebelum dipasarkan, sambil mencabar pihak polis menunjukkan di bawah peruntukan mana operasi itu dijalankan. Menyedari dia bertindak tanpa didokong fakta kes, dan saya pula "tunjuk pandai", maka saya diarah tangkap dan dibawa ke balai polis Shah Alam! Manakala apabila saya mencabar pegawai polis yang merampas buku-buku saya di kedai Medan Idaman, saya dipaksa mengikutnya ke balai polis Jalan Ipoh! Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar menyifatkan tindakan Jawi menarik saman itu memberi kesan buruk terhadap kewibawaan jabatan berkenaan. "Apabila kita tarik balik kes," tambahnya, "orang akan pandang rendah. Jika kakitangan melakukan kesalahan, tindakan perlu diambil terhadap mereka, bukan menyalahkan Jawi. Jangan kerana tidak puas hati terhadap sikap pegawai, prosedur menguatkuasakan undang-undang atau tujuan serbuan dibuat juga turut dipertikai." Ramai pihak mengaitkan penarikan balik saman itu dengan menteri-menteri tertentu, seperti Najib Razak, Shahrizat Jalil, Azalina Othman, Isa Samad, namun saya tetap meletakkan segala-galanya kepada Perdana Menteri. Ketika Mahathir berundur, ramai mengharapkan agar tragedi yang menimpa Ishak Baharom, pegawai Badar dan penarikan balik kes "The Ship" tidak berulang. Rupanya, yang berbeza hanyalah Abdullah Badawi ini pandai menjaga bicaranya -- tidak seperti Mahathir yang tidak segan silu meluahkan kejengkelannya -- namun kesan akhirnya sama saja. PM sekadar tidak memberi komen, tetapi mampukah dia untuk terus berdaleh "saya belum mendapat maklumat mengenainya" bagi mengelak namanya dilumuri imej negatif seperti Mahathir?
|
persinggahan_terakhir
Warga 3 Bintang Menyertai: 21.06.2003 Ahli No: 1584
Posting: 89
Dari: selangor
|
Posting pada: 07-09-06 06:14
nxihjhdnaoihanfadohcnjhdash
|
ulfah_widad
Warga 4 Bintang Menyertai: 20.07.2006 Ahli No: 25325
Posting: 301
Dari: Kedah - Perak - Johor
|
Posting pada: 07-09-06 08:44
Penyakit cintakan dunia, takutkan manusia dari azab Allah, inilah yang terjadi. Arits2 diangkat menjadi idola, dan ulama' didiamkan. ------------------------------------- "tanda-tanda akhir zaman dah semakin ketara..."
|
Ustadz
WARGA SETIA Menyertai: 30.06.2006 Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing
|
Posting pada: 07-09-06 09:12
Pada 12-06-06 00:08 , hafeezzul posting:!!! QUOTE !!! Doakan lah untuk mereka...semoga mereka diberikan hidayah oleh ALLAH SWT
benar..kita kena doa untuk mereka,minta pada Allah nangis2..kerana yang berhak beri hidayah hanya Allah...jangan kita benci saudara2 seagama kita,kita kena benci dengan sifat buruknya..kita azam tasykil mereka....inilah tanda akhir zaman...apabila Allah nak rosakkan satu2 kaum tu,akan diperbanyakkan orang bodoh dan disedikitkan orang pandai,dan apabila orang bodoh berkata2 ramai penyokongnya dan apabila orang pandai (ulama) berkata2 disuruh diam...insyaALLAH kita semua azam keluar untuk bantu saudara2 kita agar dapat maksud dan amal agama...mereka jahil sebab kita tak korban untuk ikram saudara2 kita... ----------------- *** YAQEN ALLAH 100%++ ***
|
Ustadz
WARGA SETIA Menyertai: 30.06.2006 Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing
|
Posting pada: 07-09-06 09:17
Pada 16-06-06 21:12 , jejakaislam posting:!!! QUOTE !!! artis ni anggap mereka tu dah boleh tahan api...agaknya... tuan yang mulia..kita tak boleh cakap macam ni,baik buruknya mereka tetap saudara...kita doa untuk mereka,biar Allah yang tarbiah mereka...jangan kita dok jatuhkan hukum sesuka hati..kita ni daei..lemah selemah lemahnya...tak ada kuasa langsung..tak ada hak langsung atas makhluk lain...hanya Allah yang berhak...istighfar banyak2... ----------------- *** YAQEN ALLAH 100%++ ***
|
kembara_girl
WARGA SETIA Menyertai: 09.08.2006 Ahli No: 25715
Posting: 408
Dari: jengka,Pahang
|
Posting pada: 07-09-06 09:19
Pada 11-06-06 23:17 , tasbih_30 posting:!!! QUOTE !!! ilmu tanpa iman dan amal ..sia² dia ni memang tak ada ilmu..sebab dia ni anak kacukan....kawin pun dengan orang putih.......mak ayah dia takkan ambil berat pasal agama kat dia..sebab mak ayah dia pun mcam dia jugak....
|
telekung
Warga 5 Bintang Menyertai: 28.07.2003 Ahli No: 2666
Posting: 386
Dari: pusat bandaraya
|
Posting pada: 07-09-06 17:26
ni yang susah nak bezakan muslim dan tak...orang mngaku Muslim tapi macam tak di iman...nauzubillah...moga mereka dilindungi& diberi hidayah...mudah2an mereka segera bertaubat
|
nuraisha
WARGA SETIA Menyertai: 13.08.2005 Ahli No: 18099
Posting: 659
Dari: kuching
|
Posting pada: 07-09-06 17:39
bagai tegakkan benang yang basah p/s: tak tahulah sama ada dia tahu benang yang dia cuba tegakkan tu basah ke tak....jahil
|
qibtiyah
WARGA SETIA Menyertai: 10.07.2005 Ahli No: 17187
Posting: 721
Dari: qaryah_qish
|
Posting pada: 07-09-06 18:44
dah makin teruk sekarang... astaghfirullah... moga-moga kita sentiasa mendapat keampunan dariNya amin.
|
jubah_hijau
WARGA SETIA Menyertai: 30.06.2006 Ahli No: 25035
Posting: 514
Dari: UTM SKUDAI
|
Posting pada: 07-09-06 21:49
Alhamdulilah....dulu Ali setan, sekarang Ali Islam.... Sekurang-kurangnya boleh satu contoh kepada masyarakat bahawa tidak terlambat untuk bertaubat....patut dicontohi digenarasi muda pada zaman sekarang
|
hyunckel_asyraf
WARGA SETIA Menyertai: 12.01.2005 Ahli No: 13668
Posting: 414
Dari: United Kingdom
|
Posting pada: 07-09-06 23:00
hmm itula..nak kutuk dia habis habisan pun tak boleh jugak sebab kita kena tanya diri kita apa peranan yang kita dah mainkan untuk tarbiyyah masyarakat sekeliling kita termasuk artis tu.yang penting kita move on 'baiki diri,serulah orang lain' .tang hidayah tu kita serahkan pada Allah 28:56 "Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk"
|
daei_fi_islam
Warga 3 Bintang Menyertai: 17.04.2006 Ahli No: 24248
Posting: 98
Dari: johor
|
Posting pada: 08-09-06 08:31
inilah yang berlaku apabila orang yang JAHIL bercakap..... merapu saja...
|
alhijaz
Warga 1 Bintang Menyertai: 24.08.2006 Ahli No: 26034
Posting: 32
|
Posting pada: 08-09-06 10:19
tu lah kadang-kadang tu sedih jugak lah..tengok artis2 kita cakap pasal agama macam tau tapi....emmmm.ada yang tau tapi............
|
hazrul_hakimin
Warga Rasmi Menyertai: 20.08.2006 Ahli No: 25935
Posting: 17
Dari: kuktem
|
Posting pada: 08-09-06 13:08
inilah simbol pemikiran liberalisme yang dah lama dibiarkan bertapak dalam sebuah negara islam......
|
insyirah_hr
WARGA SETIA Menyertai: 08.08.2006 Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah
|
Posting pada: 08-09-06 13:52
semoga artis2 ni di beri hidayah.....
|
RuMaishaaa
Menyertai: 22.05.2003 Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL
|
Posting pada: 08-09-06 14:19
erm..macam-macam keluhan yang diberikan..betapa jahat kan mereka ni?sampai nak bunuh!sampai dikatakan hodoh!sampai dikatakan jahil!and so on... anyway,perkara tu tak dinafikan..cuma tak best sebab kita mengecam orang lain..tapi, jangan lupa koreksi ahli keluarga kita:adakah sempurna rukun ibadahnya?adalah halus pekertinya?kerana contoh ikutan yang baik mampu merubah kehidupan orang lain.. dalam masa yang sama, sebaran ilmu kepada mereka yang kita anggapkan jahil jua perlu.. ok..lets do it.. kepada mana-mana artis yang anda tak suka..anda rasakan mereka jahil..ambil email dia..atau ambil no phone dia..atau cari website dia..forward mesej atau sebarang kata-kata nasihat..ajaklah mereka kembali kepada jalan kebenaran.. jika ada tindakan susulan dr bicara anda di forum ini, bermakna anda menyayangi insan sekeliling..dan tidak hanya memburukkan keadaan dan mencari kesalahan semata-mata.. selamat berdakwah
|
nurhaziqah
WARGA SETIA Menyertai: 09.04.2005 Ahli No: 15680
Posting: 565
Dari: uiam-ipgm kpm
|
Posting pada: 08-09-06 15:42
|
Minur
Warga 3 Bintang Menyertai: 17.04.2006 Ahli No: 24249
Posting: 100
Dari: Kuching
|
Posting pada: 08-09-06 22:16
nak mampus awal agaknya....
|