Satu hari didalam kelas programming, Guru tercinta berkata.
Guru "Saya ingin mengambil masa 20 minit sebelum kita bersurai untuk bercerita kepada kamu satu kisah"
Murid-murid (menganguk2 tanda bersetuju)
Guru " Pada zaman dahulu dizaman nabi Musa a.s, terdapat 2 orang hamba Allah. Satu pemuda yang miskin yg hanya mempunyai sehelai baju dan seluar. Satu lagi pemuda yang kaya raya yg kekayaannya sentiasa bertambah dari sehari kesehari. Nabi Musa a.s yang terkenal dengan kelebihan beliau untuk berbicara dengan Allah swt secara langsung dalam perjalan menuju sebuah bukit untuk bermunajat kepada Allah. Didalam perjalan, nabi Musa a.s bertemu dengan si pemuda yang kaya raya. Ditanya oleh sipemuda, akan tujuan nabi Musa berpejalanan. Jawab nabi Musa bahawa beliau ingin pergi bermunajat. Sebaik sahaja pemuda yang kaya itu mendengar begitu, lantas dimintanya memohon sesuatu bagi pihak dia kepada Allah swt. Si pemuda itu meminta supaya dihentikan pemberian rezeki yang melimpah ruah dari Allah swt kepada dia. Alasannya rezeki yang sedia ada sudah mencukupi. Nabi Musa a.s pun memberi persetujuan untuk berbuat demikian kelak.
Setelah menyambung perjalanan kembali, nabi Musa a.s terjumpa pula dengan pemuda yang miskin. Seperti pemuda yang kaya itu, pemuda yang miskin pun meminta nabi Musa memohon sesuatu daripada Allah swt. Kata si pemuda "Tolong mohon supaya Allah swt menjadikan saya kaya raya". Nabi Musa pun menganguk tanda setuju.
Setelah tiba di tempat tujuan, Nabi Musa pun bermunajat sehingga selesai. Dalam perjalan balik, Nabi Musa bertemu kembali pemuda yang miskin itu. Kata Nabi Musa a.s kepada pemuda tersebut. Allah swt menyuruh dia banyakkan bersyukur untuk tujuan memurahkan rezeki pemuda tersebut. Jawab pemuda miskin " Mengapa aku ingin bersyukur kepada Allah swt sedangkan sekarang nie pun aku telah dijadikanNya miskin. Aku tidak mahu." Sebaik sahaja pemuda itu habis berkata, datang satu angin yang kencang lalu meniupkan segala pakaian yang dipakainya dan menjadikan keadaan dia tidak berpakaian langsung dan lebih miskin dari sebelum ini.
Nabi Musa a.s pun meneruskan perjalanan. Berjumpa beliau dengan si pemuda yang kaya. Kata Nabi Musa a.s, Allah swt telah menyuruh kamu berhenti bersyukur jika kamu ingin supaya rezeki kamu yang melimpah ruah tidak semakin bertambah. Jawab si pemuda yang kaya " Tidak, aku tidak akan lakukan. Masakan aku tidak bersyukur kepada Allah swt sedangkan selama ini Dia yang memberi rezeki kepada diriku." Pemuda itu pun meninggalkan nabi Musa dan menguruskan perniagaannya yang rezeki masih tidak henti2 datang kepadanya.
Pengajaran : Sentiasalah bersyukur dng apa yang ada pada kita nescaya Allah swt akan memurahkan rezeki kita. Pandanglah orang yang lebih bawah daripada kita supaya kita dapat bersyukur dengan apa yang kita ada lebih elok daripada mereka. Elakkan memandang mereka yang lebih atas daripada kita kerana ianya akan mengakibatkan kita tidak bersyukur.
[ Posting ini telah di edit oleh: truebyte pada 2003-08-10 23:58 ]