Oleh |
wasiat buat isteri tersayang... |
muslimin2303
Warga 3 Bintang Menyertai: 25.02.2005 Ahli No: 14727
Posting: 83
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 07-06-06 13:59
fwrd dari seorang sahabat buat renungan.... KISAH BENAR - WASIAT BUAT ISTERI TERSAYANG..... Semoga cerita ini dapat kita ambil sebagai pengajaran. InsyaAllah.Buat semua,pada yang dah berkahwin,baru nak kawin ataupun akan kawin nanti,kisah ini biarlah tersemat didalam jiwa... Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A),telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut. Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun sampai. Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya. Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.Antara jawapannya ialah: Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya.Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang). Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini.Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putra Jaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil. Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun. Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% saya perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan,dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah. Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya. Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%. Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi. Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau,dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya. Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya). Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu. "Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan.Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga." "Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat." "Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga." "Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas seharianku,anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu)." Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada disisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama.Semoga dengan apa yang terjadi di atas,akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam -she should be thankful..... she got the forgiveness from her husband- Dari Abdullah bin 'Amr lah.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!
|
Linn
WARGA SETIA Menyertai: 14.04.2004 Ahli No: 8388
Posting: 447
Dari: Serdang
|
Posting pada: 07-06-06 14:12
isk..isk..isk... nauzubillah..
|
qudwah
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2005 Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU
|
Posting pada: 07-06-06 15:25
|
imthiyaz
WARGA SETIA Menyertai: 12.10.2004 Ahli No: 11772
Posting: 461
Dari: Selangor @ Shah Alam
|
Posting pada: 07-06-06 16:27
perempuan paling mudah masuk syurga.... tapi paling ramai di neraka.... insaf...........................
|
syauqahaziqah
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.08.2005 Ahli No: 18509
Posting: 259
Dari: darul iman
|
Posting pada: 07-06-06 18:21
syurga bagi seorang isteri adalah di bawah telapak kaki suami
|
m_husna
Warga 3 Bintang Menyertai: 10.02.2006 Ahli No: 22606
Posting: 85
Dari: kepong
|
Posting pada: 13-06-06 21:28
|
ana_anua
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.05.2005 Ahli No: 16461
Posting: 151
Dari: SARAWAK
|
Posting pada: 13-06-06 22:05
emmm sedih cerita ni.. saya cadangkan dibuat drama bersiri kat TV3 slot SAMARINDA
|
alexander
WARGA SETIA Menyertai: 24.12.2004 Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH
|
Posting pada: 13-06-06 22:41
... Ya ALLAH..jadikanlah kami sebagai penyejuk mata suami,penenang hati...serta jadikanlah kami isteri yang solehah dan ibu yang mithali...amin ya Rabb.. ----------------- Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......
|
ibn_wanza
Warga 4 Bintang Menyertai: 29.10.2005 Ahli No: 20172
Posting: 295
Dari: kelantan + terengganu
|
Posting pada: 14-06-06 01:42
sejuk hati kalau dapat seorang isteri seperti alaxender...solehah..amiinn...
|
anmahar
WARGA SETIA Menyertai: 22.02.2005 Ahli No: 14615
Posting: 703
Dari: Kedah Darul Aman
|
Posting pada: 14-06-06 18:28
Allahuakbar..... isteri yang solehah.... Seri Seorang Isteri Inilah isteri yang cintakan Allah yang rela bersabar hadapi kesusahan yang minta ditegur jika ia bersalah yang mampu tersenyum bila saja bertemu yang masih malu menghias seri diri Tak mengapa seorang isteri itu Hanya mempunyai wajah yang sederhana Asalkan akhlak dan juga budi Jadi perhiasan dalam hidup Kalau kita nak tahu isteri yang sejati Bila dan berusia pun masih disayangi Oleh anak dan juga suami Biasanya isteri yang solehah itu Ia terkendali Ada kawalannya di hati Ada tarikan semulajadi Teguran berhias Keras tidak terasa Bukti keikhlasannya
|
junaidi
Warga 3 Bintang Menyertai: 29.04.2005 Ahli No: 16182
Posting: 111
Dari: kedah
|
Posting pada: 14-06-06 18:45
Para isteri harus bersyukur jika dikurniakan seorang suami yang beriman. ----------------- "kelahiran manusia disambut dengan laungan AZAN dan pemergian manusia diiringi dengan SOLAT....cuba renungkan antara AZAN dengan SOLAT, alangkah singkatnya hidu
|
falah_nurani
Warga 3 Bintang Menyertai: 23.09.2005 Ahli No: 19262
Posting: 83
Dari: madrasah
|
Posting pada: 14-06-06 21:06
nauzubillah..syukur yang tidak terhingga kerana dosanya diampunkan suaminya, itu lebih berharga dan sangat berharga berbanding harta-harta yang dibahgi-bahgikan..
|
ilahnurani
Warga 4 Bintang Menyertai: 25.12.2005 Ahli No: 21425
Posting: 164
Dari: Kuantan,Pahang Darul Makmur
|
Posting pada: 19-06-06 10:31
nauzubillah...minta di jauhkan daripada menjadi isteri seperti tu. alhamdulillah........untung kalau dapat suami macam tu. ISTERI SOLEHAH Isteri cerdik yang solehah Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran Di rumah dia isteri, di jalanan kawan Di waktu kita buntu dia penunjuk jalan Pandangan kita diperteguhkan Menjadikan kita tetap pendirian Ilmu yang di beri dapat di simpan Kita lupa dia mengingatkan Nasihat kita di jadikan pakaian Silap kita dia betulkan Penghibur di waktu kesunyian Terasa ramai bila bersamanya Dia umpama tongkat sibuta Bila tiada satu kehilangan Dia ibarat simpanan ilmu Semoga kekal untuk di wariskan...
|
bintul_farhanah
Warga 4 Bintang Menyertai: 18.03.2005 Ahli No: 15217
Posting: 177
Dari: mana ek?
|
Posting pada: 19-06-06 12:31
huh! nauzubillah.. semoga Allah tak jdkan ana isteri yang macam itu
|
haiza
Warga 3 Bintang Menyertai: 21.01.2004 Ahli No: 6626
Posting: 79
Dari: malaysia
|
Posting pada: 19-06-06 13:02
ALHAMDULILLAH....BERINGATLAH SEMUA BAHAWA SEGALA HARTA BENDA DAN SEISI DUNIA INI HANYALAH PINJAMAN SAHAJA. TAATLAH PADA SUAMI YANG SATU SELAGI DIA TIDAK MENYURUH KITA MEMBUAT PERKARA YANG DIMURKAI ALLAH DAN SYIRIK PADA-NYA. WALLAHU'ALAM.
|
PuteriDesa
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.12.2004 Ahli No: 13061
Posting: 287
Dari: Tanjung Pengelih
|
Posting pada: 19-06-06 13:12
m...sedihnya...betul ke kisah ini berlaku?bagus sangat pengajaran tu..
|
fadzlyz
WARGA SETIA Menyertai: 19.05.2006 Ahli No: 24451
Posting: 639
Dari: cheras
|
Posting pada: 19-06-06 14:26
innalillahiwainnailaihiroojiun..........
|
setanggi_syurga83
WARGA SETIA Menyertai: 10.03.2006 Ahli No: 23348
Posting: 517
Dari: Negeri Sembilan-bumi Allah
|
Posting pada: 19-06-06 14:44
Kalau dalam kes ini tiadalah yang lebih berharga dan bernilai melainkan secebis kemaafan... ----------------- -StaIrWays To HeaVen- http://nurfazilah.hadithuna.com/
|
qhal
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.09.2004 Ahli No: 11344
Posting: 385
Dari: (((Selangor)))
|
Posting pada: 19-06-06 15:04
|
rasha_aleeya
WARGA SETIA Menyertai: 27.09.2005 Ahli No: 19366
Posting: 641
Dari: kota bharu
|
Posting pada: 19-06-06 15:10
Pada 13-06-06 22:41 , alexander posting:!!! QUOTE !!! ...
Ya ALLAH..jadikanlah kami sebagai penyejuk mata suami,penenang hati...serta jadikanlah kami isteri yang solehah dan ibu yang mithali...amin ya Rabb..
Amin...... ----------------- Whatever Happen life still go on
|
nurhaida
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.04.2004 Ahli No: 8493
Posting: 173
Dari: Sungai Petani,KEDAH
|
Posting pada: 19-06-06 16:15
Nauzubillah...minta dijauhkan menjadi isteri yang tidak bertanggungjawab dan bersifat tamak isteri seperti tu... Alhamdulillah suaminya sempat mengampunkan dosa2nya itu. Mudah-mudahan si isteri mendapat pengajaran dari apa yang telah dia lakukan dan berubah ke arah kebaikan. ----------------- Tidak ada yang bermakna dalam hidup... selain kita berbuat baik sesama insan.(",)
|
siswa
Warga 4 Bintang Menyertai: 20.06.2006 Ahli No: 24900
Posting: 203
Dari: UTM skudai
|
Posting pada: 02-07-06 03:48
Mudah-mudahan Allah mmprmudahkn kita dapat istri yang soleha.
|
fi_shattir
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.06.2006 Ahli No: 24949
Posting: 163
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 02-07-06 06:57
Pada 02-07-06 03:48 , siswa posting:!!! QUOTE !!! Mudah-mudahan Allah mmprmudahkn kita dapat istri yang soleha. Mudah-mudahan..AMIN. ----------------- Impianku menjadi lelaki acuan Al-Quran.. Doa-doakanlah ek.. Hidup dan matiku kerana ilahi..
|
mmka_islamic
Warga Rasmi Menyertai: 28.06.2006 Ahli No: 24990
Posting: 20
Dari: ardhul kinanah
|
Posting pada: 02-07-06 07:19
... Erm sedih sungguh ana apabila membaca cerita ini..mg2 ia jadi ikhtibar bagi dr ana dan sahabat2 ukhwah yang lain..kalau ana ditempat arwah dalam cerita tu pun ana kan buat wasiat begitu..sepatutnya sebagai seorang isteri wajiblah bgnya untuk berbakti dan patuh kepada suami selagi mana ianya tidak bertentangan dengan syariat islam..redha dari suami adalah sangat penting bagi seorang isteri..dalam hadith Nabi Muhammad SAW ada menyebut...yang lebih kurang maksud berbunyi mcni.."apabila seorang isteri taat pada suaminya dan suaminya meredhainnya..maka akan tertutuplah pintu neraka dan terbuka luas pintu syurga,maka masuklah si isteri yang taat ini ke mana-mana syurga yang dia sukai tanpa sebarang dari Allah Taala...kesimpulannya..wajiblah keatas dr kita masing-masing baik lelaki mahupun perempuan untuk saling mengislahkan dr dari semasa ke semasa agar kita sentiasa di bawah lembayung rahmat,kasih sayang Allah Taal di dunia dan di akhirat kelak..insyaAllah..amin.. ----------------- "Qasadkan segala amalan kerana Allah Taala insyaAllah setiap apa yang kita hajati akan tercapai bersertakan amalan,usaha,doa,dan bertawakal kepada Allah Taala..
|
Putri_Cahaya
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.06.2006 Ahli No: 24825
Posting: 335
|
Posting pada: 02-07-06 14:35
Pada 19-06-06 14:44 , setanggi_syurga83 posting:!!! QUOTE !!! Kalau dalam kes ini tiadalah yang lebih berharga dan bernilai melainkan secebis kemaafan...
sangat bertuah dapat suami yang macam tu...
|
izzahtulsakinah
Warga 3 Bintang Menyertai: 28.11.2006 Ahli No: 27515
Posting: 112
Dari: Selangor
|
Posting pada: 12-12-06 16:10
SEMOGA DIJAUHKAN SIFAT YANG SEDIMIKIAN...PENGAMPUNAN DAN REDHA SUAMILAH YANG PALING PENTING untuk MENDAPAT SYURGA..DUNIA HANYA SEMENTARA,AKHIRAT KEKAL ABADI
|
nurwahida
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.12.2003 Ahli No: 5946
Posting: 338
Dari: USM
|
Posting pada: 12-12-06 16:33
salam.. Ya Allah.. nauzubillah...
|
khalifah_85
WARGA SETIA Menyertai: 16.02.2006 Ahli No: 22747
Posting: 437
Dari: johor bahru
|
Posting pada: 13-12-06 02:48
assalamualaikum.... alhamdulillah... satu kisah yang mampu kita jadikan tauladan bagi kita dan merupakan satu ilmu yang patut kita ambil sebagai bekalan dalam perjalanan hidup kita terutama dalam menempuhi alam berumahtangga... andai si isteri membuat silap.. maka kewajipan suami untuk menegur dengan baik serta memperbaiki kesilapan tersebut.. agar isteri tidka terus melakukan kesalahan tersebut.. begitu juga sebaliknya.. sekiranya suami alpa dan leka.. maka menjadi tangungjawab isteri untuk memperingatinya dari terus alpa dan leka.. agar suami tidak terus berada dalam kelekaan... semoga kita mampu membina sebuah bait muslim yang bertaqwa kepada ALLAH.. amin.. salam ukhwah dan perjuangan... wassalam...
|
sujana
Warga 1 Bintang Menyertai: 11.12.2006 Ahli No: 27710
Posting: 32
Dari: bumi darul iman
|
Posting pada: 13-12-06 07:49
Pada 07-06-06 13:59 , muslimin2303 posting:!!! QUOTE !!! fwrd dari seorang sahabat buat renungan....
KISAH BENAR - WASIAT BUAT ISTERI TERSAYANG.....
Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% saya perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan,dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.
Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.
Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.
Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.
Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau,dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.
ana musykil lah pulak. betul ke ni kisah benar sebab seingat ana wasiat tu tak sah sebab ad wasiat untuk ahli waris(ashabul 'asobaat) - anak perempuan - anak lelaki "ssghnya Allah telah menentukan setiap yang m'punyai hak(ahli waris) m'dapat haknya. dengan itu, tak ada hak wasiat bagi ahli waris." ruwaahul khomsah ila an-nasa'i so, ahli2 waris ada hak atas hrta arwah melalui pusaka. Pada 13-12-06 02:48 , khalifah_85 posting:!!! QUOTE !!! alhamdulillah... satu kisah yang mampu kita jadikan tauladan bagi kita dan merupakan satu ilmu yang patut kita ambil sebagai bekalan dalam perjalanan hidup kita terutama dalam menempuhi alam berumahtangga...
semoga kita mampu membina sebuah bait muslim yang bertaqwa kepada ALLAH.. amin.
insyaAllah... amin ya rabb [ Telah diedit oleh: sujana pada 13-12-06 07:54 ]
|
ainaa
Warga 4 Bintang Menyertai: 06.06.2003 Ahli No: 1106
Posting: 152
Dari: depan pc
|
Posting pada: 13-12-06 11:10
semoga ana dijauhkan dari buat perkara2 begitu.. di sinilah pentingnya ilmu agama bagi seorang isteri macamana nak bahagiakan suami dan anak2 bila isteri sendiri tak dapat jadi contoh untuk anak2nye?
|
sss_89
Warga 3 Bintang Menyertai: 11.12.2006 Ahli No: 27711
Posting: 82
Dari: mana-mana saja
|
Posting pada: 13-12-06 13:02
Pada 13-06-06 22:41 , alexander posting:!!! QUOTE !!! ...
Ya ALLAH..jadikanlah kami sebagai penyejuk mata suami,penenang hati...serta jadikanlah kami isteri yang solehah dan ibu yang mithali...amin ya Rabb..
amin...... ----------------- ~sAlAm UkHwAh~ [email protected]
|
sufti_ilham
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2003 Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL
|
Posting pada: 13-03-08 15:21
Bismillahhirrahmanirrahim.. erm..ya Allah..jadikan aku sayap kiri perjuangan abang menegakkan agamaMu..izinkan aku sebagai seorang hambaMu,anak,isteri dan menantu yang solehah..insyaAllah..amin.. ana : -untuk suamiku- sayang tak nak harta atau duit abang..cukuplah kasih sayang,ilmu dan keredhaan abang untuk sayang............. ----------------- "Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" : At-Thalaq : 3 -( PUAN SUFTI )-
|
broshahir
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 16.02.2006 Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal
|
Posting pada: 13-03-08 15:34
Pada 13-12-06 07:49 , sujana posting:!!! QUOTE !!! Pada 07-06-06 13:59 , muslimin2303 posting:!!! QUOTE !!! fwrd dari seorang sahabat buat renungan....
KISAH BENAR - WASIAT BUAT ISTERI TERSAYANG.....
Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% saya perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan,dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.
Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.
Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.
Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.
Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau,dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.
ana musykil lah pulak. betul ke ni kisah benar sebab seingat ana wasiat tu tak sah sebab ad wasiat untuk ahli waris(ashabul 'asobaat) - anak perempuan - anak lelaki
"sesungguhnya Allah telah menentukan setiap yang mempunyai hak(ahli waris) mendapat haknya. dengan itu, tak ada hak wasiat bagi ahli waris." ruwaahul khomsah ila an-nasa'i
so, ahli2 waris ada hak atas hrta arwah melalui pusaka.
Pada 13-12-06 02:48 , khalifah_85 posting:!!! QUOTE !!! alhamdulillah... satu kisah yang mampu kita jadikan tauladan bagi kita dan merupakan satu ilmu yang patut kita ambil sebagai bekalan dalam perjalanan hidup kita terutama dalam menempuhi alam berumahtangga...
semoga kita mampu membina sebuah bait muslim yang bertaqwa kepada ALLAH.. amin.
insyaAllah... amin ya rabb erm..maaf lari topik sikit.. berkenaan wasiat, yang saya faham...wasiat, kita boleh nak wasiatkan apa pun...dan kepada siapa pun....cuma kita akan lihat nanti sama ada, wasiat tu boleh terlaksana atau tidak. Sekiranya waris2 si mati yang berhak ke atas harta tersebut bersetuju dengan wasiat tersebut, maka tidak ada masalah. Wasiat itu boleh dilaksanakan. Tetapi, apabila ada di kalangan waris2 si mati yang tidak bersetuju dengan wasiat tersebut, waris2 tadi boleh mendapatkan hak mereka mengikut pembahagian secara faraid. Mungkin ada setengah waris yang bersetuju, dan setengah waris lagi tidak bersetuju. Setelah dibahagikan, bahagian yang tinggal boleh dilaksanakan mengikut wasiat. Erm..nampak rumit sikit. Tapi itulah yang saya faham dalam perlaksanaan wasiat. Jika ada salah, boleh betulkan. Wallahu'alam. ----------------- Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.
|
mas_ayu
WARGA SETIA Menyertai: 30.01.2007 Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:
|
Posting pada: 13-03-08 15:51
kisah benar ke? semoga Allah tetapkan imanku... semoga aku jadi wanita solehah... amiieennnn.....
|