Oleh |
Salib Dan Patung Hindu Dalam Masjid Amalan Biasa? |
sasician
WARGA SETIA Menyertai: 04.05.2004 Ahli No: 8783
Posting: 453
Dari: Melaka
|
Posting pada: 05-06-06 13:19
Petikan dari BERNAMA.com 04 Jun, 2006 21:05 PM Daripada Mohd Razman Abdullah BANTUL (Yogyakarta), 4 Jun (Bernama) -- Pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) yang ke sini dalam misi membantu mangsa gempa bumi terkejut bila melihat kewujudan salib dan patung Hindu dalam sebuah masjid ketika hendak menunai solat zohor di sebuah perkampungan dekat sini hari ini. Seorang anggota pasukan PBSM, Jeffrey Hassan berkata setelah pasukannya memberi bantuan rawatan kepada mangsa-mangsa di perkampungan Gepoko, mereka bersiap-siap untuk melakukan solat zohor. "Saya bertanyakan orang kampung di mana letaknya masjid dan mereka menunjukkan arahnya. "Tapi, alangkah terkejutnya kami, sebaik masuk ke masjid kami lihat sebuah salib, lambang penganut Kristian, dan patung Hindu di dalamnya," kata Jeffrey. "Kami tak jadi solat, lalu bertanyakan orang kampung bagaimana perkara sedemikian boleh terjadi," katanya. "Itu biasa saja. Sememangnya telah lama kami lakukan begitu. Kami di sini berkongsi melakukan ibadat dalam satu masjid," kata seorang penduduk. "Pada hari Jumaat masjid itu digunakan oleh orang Islam, Ahad oleh orang Kristian dan Selasa untuk orang Hindu," katanya. -- BERNAMA ----------------- :.: Fastaqim Kama Umirta :.: http://tintapermata.blogspot.com
|
kamalhisyam
WARGA SETIA Menyertai: 10.06.2003 Ahli No: 1259
Posting: 526
Dari: dari satu tempat ke satu tempat
|
Posting pada: 05-06-06 13:46
hah!!!! macam ni pun ada... berkongsi rumah ibadat..
|
alexander
WARGA SETIA Menyertai: 24.12.2004 Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH
|
Posting pada: 05-06-06 13:49
 ........ BAgaimana ALLAH Taala tidak menurunkan balaNYA kerana umat manusia sekarang terlalu jahil..... ----------------- Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......
|
fadzlyz
WARGA SETIA Menyertai: 19.05.2006 Ahli No: 24451
Posting: 639
Dari: cheras
|
Posting pada: 05-06-06 13:58
memang patutlah kena bala!
|
qudwah
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2005 Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU
|
Posting pada: 05-06-06 15:57
Astagfirullah.....ada ke macam tu?? Jahil betul....
|
lara
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.02.2006 Ahli No: 22692
Posting: 277
Dari: uitm, seri iskandar
|
Posting pada: 05-06-06 16:35
aduss...pening aku baca..Kenapa pulak nak kongsi dengan orang kafir...Ya Allah.....
|
kamalhisyam
WARGA SETIA Menyertai: 10.06.2003 Ahli No: 1259
Posting: 526
Dari: dari satu tempat ke satu tempat
|
Posting pada: 05-06-06 16:47
ana termenung sekejap... apa pemikiran mereka sebenarnya... apa makna kehidupan bagi merkea... apa erti pengabdian kepada ALLAH?
|
muslimah83
WARGA SETIA Menyertai: 05.02.2004 Ahli No: 7015
Posting: 1001
Dari: Tawau
|
Posting pada: 05-06-06 17:29
saya pun terkejut juga....mungkin tu lah musibah tak henti-henti kat Indonesia...kalau mereka kata terpaksa tak pa....ini kalau dah darurat. Rupanya dah lama...mereka buat macam itu.sedih sangat..bagi mereka...agam islam ini perkara yang tak sensetif langsung....pelik...entah malapetaka apa agaknya kali ini.....
|
zulman
 Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara
|
Posting pada: 05-06-06 18:12
emmm.. Saidina Umar pun solat diluar gereja , walaupun pihak gereja mempelawa beliau untuk solat didalamnya...alasannya bimbang perbuatannya nanti akan diikuti oleh generasi akan datang... terjemahan fatwa Dr. Abdul Fattah Idris, Profesor di Jabatan Fiqh Perbandingan Universiti al-Azhar, katanya: ``Solat boleh dilakukan di mana-mana jua, kerana sabda Nabi s.a.w: Dijadikan bagiku bumi sebagai masjid, tanahnya suci, di mana jua umatku berada, harus baginya menunaikan sembahyang dipermukaannya.'' Bertolak daripada keterangan hadis ini, seseorang harus bersolat di dalam dan di luar gereja atau kuil, iaitu jika tiada masjid yang dikhususkan kepada penduduk sekitar sesuatu kawasan. Bagaimanapun, bersolat di luar gereja lebih baik, kerana di dalam gereja mungkin ada gangguan-gangguan seperti patung, ukiran dan lukisan-lukisan yang bertentangan dengan adab dan kehendak Islam ketika menunaikan ibadat. Ibn Umar lah.a pernah bersolat di luar gereja, walaupun pihak gereja membenarkannya bersolat di dalamnya. Beliau menolak tawaran itu kerana dibimbangi nanti akan dicontohi generasi akan datang. Jika sembahyang di dalam gereja diharuskan, maka seharusnya sembahyang dalam masjid yang dibina di atas tapak gereja tidak menimbulkan apa-apa kekeliruan dari segi hukum, asalkan cukup syarat-syarat yang dikehendaki bagi menunaikan sesuatu solat. Walaupun hukum membolehkan seseorang muslim menunaikan solat di dalam gereja dan rumah-rumah ibadat kepunyaan bukan Islam, namun buat masa ini, tidak seharusnya seseorang muslim memilih gereja untuk menunaikan solat. Dibimbangi jika solat ditunaikan dalam gereja, ada kemungkinan mereka akan meminta untuk menunaikan ibadat mereka di dalam masjid. Hal ini sama sekali tidak dibenarkan. Kalaupun mereka dibolehkan masuk, ia hanya untuk belajar atau menumpang teduh, bukan untuk beribadat dan mempersekutukan Allah. Wallahualam.
|
sasician
WARGA SETIA Menyertai: 04.05.2004 Ahli No: 8783
Posting: 453
Dari: Melaka
|
Posting pada: 05-06-06 20:22
Pada 05-06-06 16:47 , kamalhisyam posting:!!! QUOTE !!! ana termenung sekejap... apa pemikiran mereka sebenarnya... apa makna kehidupan bagi merkea... apa erti pengabdian kepada ALLAH? mereka mengamalkan ajaran panca sila....lebih kurang maksudnya di dalam satu keluarga itu boleh terdiri dari pelbagai agama..contohnya jika si suami ingin berkahwin dengan isteri yang bukan Islam maka si isteri tersebut tidak wajib memeluk agama Islam dan begitulah seterusnya... Inilah juga yang cuba dibawa oleh IFC di Malaysia ini... sama-samalah kita menentangnya ----------------- :.: Fastaqim Kama Umirta :.: http://tintapermata.blogspot.com[ Telah diedit oleh: sasician pada 06-06-06 22:04 ]
|
idie04
WARGA SETIA Menyertai: 05.12.2005 Ahli No: 20831
Posting: 413
Dari: Seremban
|
Posting pada: 05-06-06 21:33
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 21-11-09 11:10
betul ke ini.. kisah serupa dengan campur kubur.. ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
Hanan
 Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 4
Posting: 3991
|
Posting pada: 21-11-09 11:15
Dah 3 tahun berita ni keluar, sampai sekarang ada penyelesaian atau pun diteruskan sebegitu? ----------------- 
Hargai semasa ada....
|
wafie
WARGA SETIA Menyertai: 28.03.2005 Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor
|
Posting pada: 21-11-09 16:02
dah lama dah ana dengar cerita ini dari seorang sahabat........kalau kenduri kahwin hidangan arak,,,,,pun ada....ada juga ibu hindu anak islam auah kristian....entahlah apa nak jadi....... moga-allah melindungi kita semua ......dan di tetapkan keimanan -----------------
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 21-11-09 16:39
kalau ibu dan bapa bukan Islam, anak Islam taklah jadi masalah tapi bukan ke tak boleh dah bersama kalau isteri Islam tapi suami bukan dan sebaliknya.. ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
lailasuhaila
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.09.2008 Ahli No: 35134
Posting: 351
Dari: my heart...
|
Posting pada: 06-12-09 17:28
|