Oleh |
pasal akademi al-quran(AQ)... |
nuzra_awatif
Warga 3 Bintang Menyertai: 24.02.2005 Ahli No: 14676
Posting: 99
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 04-06-06 22:55
nak tanya sikit la kan...apa pendapat anda semua pasal AQ ni?banyak baik ke banyak yang buruknya?hanya bertanyakan pendapat...
|
annynatasha88
Warga 4 Bintang Menyertai: 05.08.2005 Ahli No: 17875
Posting: 177
Dari: johor bahru
|
Posting pada: 05-06-06 01:02
assalamualaikum... pada saya la...baiknya juga...untuk mencari bakat2 qari dan qariah di malaysia...menambahkan lagi....selain itu,orang yang menonton dirumah pun mendapat ilmu daripada AQ ni juga....tapi,biarla ia nya selaras dengan tuntutan agama... tapi...baik atau buruknya,biarla orang yang lebih arif tentang ni menilaikannya,kita hanya lihat pada mata kasar sahaja.... wallahualam.....
|
alan36963
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.03.2004 Ahli No: 7711
Posting: 71
Dari: TeMpAt mENcArI iLMu..
|
Posting pada: 05-06-06 01:41
Memang baik tapi bila fikir balik, apa jadik lepas mereka terkeluar? Adakah tetap akan baca Al-Quran sesedap macam dalam akedemi? Atau hanya dalam akedemi saja? Bukan saya nak berfikiran negatif, tapi cuma berfikiran jauh sedikit saja..
|
idie04
WARGA SETIA Menyertai: 05.12.2005 Ahli No: 20831
Posting: 413
Dari: Seremban
|
Posting pada: 05-06-06 02:04
sekurg-kurngye kita dah sediakan landasan yang betul untuk mereka,matlamat yang benar untuk diikuti selain akademi fantasia..mungkin mereka akan lebih bersemgt lagi..sebab bakat mereka diiktiraf
|
Putra_Aiman
WARGA SETIA Menyertai: 13.11.2003 Ahli No: 5086
Posting: 995
Dari: 698,Ruby Avenue,08000 Sungai Petani
|
Posting pada: 05-06-06 02:05
hurmm..apa akan jadi?at least kalau depa menang itu dapat jadi satu batu loncatan dan semangat untuk depa kembangkan bacaan depa..myngkin boleh jadi sifu kaa...
|
kamalhisyam
WARGA SETIA Menyertai: 10.06.2003 Ahli No: 1259
Posting: 526
Dari: dari satu tempat ke satu tempat
|
Posting pada: 05-06-06 16:13
hm... tak dapat nak tengok lagii
|
al_khair
Warga 4 Bintang Menyertai: 22.07.2005 Ahli No: 17478
Posting: 247
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 05-06-06 17:49
Artikel dari Utusan Malaysia Online Ubah pendekatan belajar al-Quran Oleh: WAN MOHD HAFIZ WAN HAMZAH (Wartawan Utusan) MENGHANTAR anak ke kelas pengajian al-Quran sudah menjadi satu amalan turun-temurun di kalangan orang Melayu di negara ini. Sebaik saja umur anak mencecah usia tujuh tahun, maka dapat dilihat ibu bapa mula sibuk mencari guru al-Quran untuk menghantar anak-anak mereka belajar. Amalan ini bukanlah hanya berlaku di kalangan umat Islam di negara ini, tetapi ia menjadi kebiasaan pada setiap keluarga Muslim di serata dunia. Memberi pengetahuan al-Quran kepada anak-anak adalah kewajipan utama yang dituntut dalam Islam. Namun persoalannya, apakah pelajaran yang diberikan, hanya berkisar kepada tajwid, nahu dan gaya pembacaannya sahaja, seperti yang biasa diamalkan pada hari ini? Bagaimana pula dengan kefahaman terhadap mesej yang hendak disampaikan al-Quran yang menjadi asbab utama mengapa kitab tersebut diturunkan? Bukankah memahami apa maksud al-Quran itu juga dituntut oleh Islam? Dalam situasi hari ini, menghantar anak sekadar untuk tahu membaca al-Quran sahaja, barangkali satu pendekatan agak ketinggalan dan tidak lagi relevan dengan kesesuaian dan perubahan zaman. Generasi muda hari ini sebenarnya perlu didedahkan dengan terjemahan maknanya (al-Quran) agar mereka lebih memahami apa yang dibaca dan dipelajari. Apa gunanya mereka pandai membaca al-Quran dengan berlagu serta memenangi banyak pertandingan musabaqah, tetapi langsung tidak memahami dan menghayati apa yang dibaca atau dilagukan itu? Adalah lebih bermanfaat dan tepat dengan kehendak Islam, sekiranya anak-anak dihantar untuk belajar membaca al-Quran bukan sekadar mempelajari sebutan, nahu dan tajwidnya sahaja, tetapi sekali gus diajar untuk memahami terjemahan (bukan tafsir) dari awal ayat sehingga khatam. Ini memandangkan masalah ketidakfahaman mesej di dalam al-Quran amat jelas ketara di kalangan masyarakat Islam di negara ini. Kebanyakan umat Islam hari ini hanya mengambil berat dari segi qiraat, nahu, dan tajwidnya saja, tanpa menyedari bahawa memahami isi kandungan al-Quran itu adalah terpenting dan wajib hukumnya. Ada sesetengah golongan yang berpendapat, bahawa al-Quran tidak boleh dibaca sebarangan atau difahami secara sembarangan dan ia perlu berguru. Benarkah begitu susah untuk memahami al-Quran? Menurut pemikir Islam dan pensyarah di Fakulti Pengajian Islam,Universiti Malaya (UM), Prof. Datuk Dr. Mahmud Zuhdi Abdul Majid, sekiranya untuk memahami dasar konsep yang dibawakan oleh al-Quran, cukup hanya dengan membaca terjemahan atau alih bahasanya sahaja dan tidaklah perlu berguru. ‘‘Cuma sekiranya seseorang itu ingin mendalami ilmu tafsir atau untuk mengkaji ayat-ayat al-Quran dan sebagainya, maka perlulah seseorang individu itu mencari guru yang bertauliah dalam ilmu pentafsiran ayat-ayat al-Quran,” katanya. Beliau juga berpendapat, bahawa antara punca kelemahan umat Islam khususnya orang Melayu ialah tidak memahami dan menghayati al-Quran. Jika ada yang memahami pun, ia tidak akan bermanfaat sekiranya umat Islam tidak pula menghayati mesej serta melaksanakan apa yang terkandung di dalam al-Quran itu. Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti kebangsaan Malaysia (UKM), Sulaiman Ibrahim pula berkata, al-Quran boleh dibaca dan difahami oleh semua golongan manusia, tidak kira pangkat atau kedudukannya. Setiap bangsa, biarpun bukan golongan Arab dan tidak mempunyai pengetahuan bahasa Arab, berupaya memahami al-Quran dengan membaca terjemahannya yang dialih bahasa. Beliau menarik perhatian dengan membawa contoh peristiwa berlaku terhadap Yvonne Ridley, wartawan Britain yang diculik oleh kumpulan Taliban. Yvonne mendapat hidayah hanya dengan membaca terjemahan al-Quran tanpa berguru dengan mana-mana ulama atau ustaz. Begitu juga dengan penyanyi pop Britain yang terkenal satu masa dulu, Cat Steven atau kini lebih dikenali sebagai Yusuf Islam. Beliau juga mendapat hidayah dengan membaca dan memahami isi kandungan al-Quran melalui terjemahannya sahaja. Dan sehingga kini, terbukti beliau lebih menghayati Islam daripada mereka yang asal lahir dari keturunan Islam itu sendiri. Inilah katanya, yang dimaksudkan dengan kelebihan atau mukjizat dari al-Quran untuk semua manusia. Sementara itu, menurut Syeikh Muhammad al Ghazali dalam bukunya yang berjudul Warisan Pemikiran Islam Menurut Syarak dan Rasional, turut menyentuh tentang sikap umat Islam terhadap sumber wahyu iaitu al-Quran ini. Orang-orang Islam hari ini menurut beliau, melakukan pengkhianatan yang keji terhadap al-Quran. Umat Islam hari ini tanpa disedari telah menyisihkan al-Quran dalam hidup mereka, kata beliau dalam buku tersebut. Sedangkan dalam waktu yang sama, mereka berjinak dengan kata-kata yang batil serta tenggelam dalam perdebatan yang jijik. Lantaran itu, umat Islam tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya adalah golongan yang mempunyai tanggungjawab besar, untuk menyampaikan risalah yang begitu tinggi di daratan atau lautan, bagi kehidupan manusia mahupun jin, jelas beliau.
|
sasician
WARGA SETIA Menyertai: 04.05.2004 Ahli No: 8783
Posting: 453
Dari: Melaka
|
Posting pada: 05-06-06 20:30
Pada 05-06-06 01:41 , alan36963 posting:!!! QUOTE !!! Memang baik tapi bila fikir balik, apa jadik lepas mereka terkeluar? Adakah tetap akan baca Al-Quran sesedap macam dalam akedemi? Atau hanya dalam akedemi saja? Bukan saya nak berfikiran negatif, tapi cuma berfikiran jauh sedikit saja.. adakah maksud alan36963 supaya dihenti kan saja Akademi al-Quran?.. jangan pdg pada negatif saja. sekurang2nya ada juga program yang bermanfaat. apa yang perlu kita beri cadangan untuk memantapkan lagi program ni dan dapat memastikan setiap peserta dapat meneruskan bacaan mereka. daripada pengamatan saya...banyak benda saya dapat belajar. antaranya jenis2 taranum, ilmu tajwid, bacaan mengikut tausyeikh dan macam-macam lagi.. ----------------- :.: Fastaqim Kama Umirta :.: http://tintapermata.blogspot.com
|
jejakaislam
Warga 4 Bintang Menyertai: 08.05.2004 Ahli No: 8875
Posting: 167
Dari: gombak
|
Posting pada: 05-06-06 21:37
betul-betul saya setuju...tapi kenapa buat pilihan...kan ramai yang berbakat...eh...mana hale tuju bila dah menang ye... ada macam standart mawi tak...kalau tak standart...pepaham saja la....
|
jannah_12
Warga 2 Bintang Menyertai: 13.08.2005 Ahli No: 18098
Posting: 52
Dari: Shah Alam
|
Posting pada: 05-06-06 22:05
Bagus...At least ada usaha untuk mendekatkan masyarakat dengan Al-quran... Takpela,mula-mula belajar membaca dengan betul,lepas tu,insya-Allah ada akademi pasal terjemahan pulak
|
niezam
Warga 3 Bintang Menyertai: 02.03.2005 Ahli No: 14909
Posting: 139
Dari: Atas Tanah
|
Posting pada: 05-06-06 22:26
Saya sokong akademi al-quran ni sebagai satu manhaj da'wah..walaupun melalui bacaan al-quran,sekurang-kurangnya mampu menginsafkan kita dan menyedarkan kita akan keagungan Allah..selebihnya terpulang kepada individu yang terbabit..kalau niatnya ikhlas itulah yang sebaiknya kalau sebaliknya maka Allah lah yang lebih mengetahui..
|
tengku_anis
Warga 4 Bintang Menyertai: 06.11.2005 Ahli No: 20231
Posting: 204
Dari: ..:Bumi BaitulMaqdis :..
|
Posting pada: 05-06-06 23:03
bukankah dah ada topik ni hari tu... carilah kat situ ada perbahasan yang lebih hebat dan mampu merasang minda... saya dah lupa apa topiknye... yang pasti adalah perkataan AKADEMI AL-QURAN.. hehe..
|
winder
Warga Rasmi Menyertai: 03.02.2006 Ahli No: 22417
Posting: 6
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 06-06-06 01:15
assalamualaikum, pada pendapat peribadi saya yang tak berapa banyak ilmu niii... adalah wajar mewujudkan ranc. seperti akademik alguran nii. tengok saja la hari ni saja berapa banyak rcngan yang berunsurkan hiburan. nak berhibur itu boleh tapi jangan sampai melalaikan kita. w/p pertama kali menonton akademik al-quran minggu ini, hati saya agak tersentuh dan bersyukur kerana dalam msykt kita nii masih ada golongan yang sedar untuk mendidik generasi tidak melupakan agama... alhamdulilah. sdkt sebanyak sejuk skt hati bila mendengar alunan bacaan peserta dan boleh belajar dari mereka...itu saja timasih!!
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 06-06-06 11:04
saya tak sokong sangat-sangat AQ bukan nak smpitkn fikiran tapi bila dah dapat pnjlasan dr orang-orang yang ada pengetahuan tentang hukum2 ni.kenapa tak ikut cara para sahabat2 yang jugak 4 khalifah mengagungkan kalam Tuhan.DIA turunkan kalam DIA untuk panduan hdp bukan sebagai tempat mncngkil bakat.Dr objektf AQ tu sendiri pun saya memang tak sokong.
|
nimble_one
Warga Rasmi Menyertai: 24.03.2005 Ahli No: 15305
Posting: 14
|
Posting pada: 06-06-06 12:04
saya meyokong rancangan ni... lebih baik ada daripada AF.. bukan apa.. banyak program yang popular semuanya berkaitan dengan hiburan... memang tanda2 kiamat dah makin banyak...hmmm...
|
alexander
WARGA SETIA Menyertai: 24.12.2004 Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH
|
Posting pada: 06-06-06 13:23
 .... Pada saya ada baiknya dan ada buruknya....antara kelebihan yang saya boleh lihat ialah mungkin sebelum ini kita agak jahil dengan taranum,tajwid dan sebagainya..tetapi apabila diketengahkan oleh Akademi Quran,Alhamdulillah semakin celik dengan ilmu2 Quran... Keburukan dan kelemahan mungkinlah akan menimbulkan sifat riak di kalangan peserta....hanya untuk mencari nama contohnya.. Alangkah baiknya jika isi Al-QUran itu yang diutamakan.... ----------------- Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......
|
dhamiraqistina
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.12.2004 Ahli No: 13287
Posting: 271
|
Posting pada: 06-06-06 13:49
bagi saya...lebih baik diadakan AQ daripada AF...apa yang kita dapat kalau menonton AF??terloncat2..berpelukan tanpa kira halal haram..itu yang kita nak lihat..sekurg2nye....ramai yang dapat menambahkan pengetahuan tentang bacaan Al Quran walaupun kefahaman nya tu belum dapat difahami..perlahan-lahan la...anyway..tahniah tv9 kerana berjaya mewujudkan suatu progrm yang berguna & bermanfaat kepada rakyat Malaysia...
|
al_khair
Warga 4 Bintang Menyertai: 22.07.2005 Ahli No: 17478
Posting: 247
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 06-06-06 14:34
AL-QURAN: DAHULU DAN SEKARANG "Orang yang beriman tentu mengetahui hikmat diturunkan al-Quran, dan tentu sedar tentang keistimewaannya dari segala kitab. Huruf dan kalimahnya menimbulkan kelazatan pendengaran yang tidak jemu-jemu. Manakala maknanya membangkitkan hati, membukakan fikiran untuk berbakti serta mengubah pandangan hidup ke arah usaha melipatgandakan amal kebaikan yang lebih suci demi mencari keredhaan Ilahi di dalam dunia yang sementara ini. Demikianlah kitab Allah al-Quran, sebuah kitab petunjuk sepanjang zaman, perlembagaan hidup orang mukmin yang inginkan kemuliaan. Yang demikian hendaklah diamalkan pengajarannya dan janganlah diutamakan saja hurufnya, tetapi ditinggalkan hududnya (hukumnya) atau dipelajari tajwidnya, tidak dipedulikan pantang larangnya, sebagaimana yang pernah berlaku sepanjang zaman kemunduran umat Islam, sesuai dengan maksud hadith Ibn Mas’ud yang menyatakan sebagai berikut: “SESUNGGUHNYA ENGKAU BERADA PADA SATU ZAMAN YANG DIDAPATI BANYAK FUQAHA’NYA (ORANG-ORANG YANG FAHAM AYAT AL-QURAN) DAN SEDIKIT PULA QARA’NYA (ORANG-ORANG YANG PANDAI MEMBACA AYAT-AYATNYA) TETAPI HUDUD AL-QURAN (LARANGAN-LARANGANNYA) TETAP DIPELIHARANYA SEDANGKAN HURUFNYA TIDAK PULA SANGAT DIWAJIBKANNYA. SEDIKIT ORANG MEMINTA, BANYAK ORANG MEMBERI. MEREKA MEMANJANGKAN SEMBAHYANG DAN MEMENDEKKAN KHUTBAH. MEREKA MULAKAN SAJA AMAL-AMAL MEREKA SEBELUM PERCAKAPAN MEREKA. DAN AKAN DATANG SATU ZAMAN KEPADA MANUSIA YANG DIDAPATI SEDIKIT SEKALI FUQAHA’NYA, BANYAK PULA QARA’NYA (QARI-QARINYA), DIPELIHARA BENAR HURUFNYA TETAPI DISIA-SIAKAN HUDUDNYA (LARANGANNYA). BANYAK ORANG MEMINTA, SEDIKIT ORANG YANG MEMBERI. MEREKA MEMANJANGKAN KHUTBAH, MEMENDEKKAN SEMBAHYANG. MEREKA MULAI MENURUTI KEMAHUAN-KEMAHUAN MEREKA SEBELUM MELAKUKAN AMAL-AMAL MEREKA” *hadith ini di dalam kitab al-Muwatta’ dan Imam Shatabi menerangkannya dalam al-Muwafaqat. Demikianlah maksud hadith tersebut yang menggambarkan kepada kita bahwa zaman pertama, iaitu zaman sahabat dan kemudiannya zaman yang cukup terpelihara kehormatan isi al-Quran kerana fiqh al-Quran (pengertian al-Quran) dan fahamnya serta memelihara hudud atau larangannya dan mengambil hukumnya adalah didahulukan dan diutamakan daripada semata-mata bacaan kosong pengertiannya. Pada zaman itu, pengajaran al-Quran mempengaruhi jiwa, rasa kasih sayang meresap ke lubuk hati, hingga sedikit orang yang meminta, tetapi banyak orang yang memberi. Mereka di kala itu memanjangkan solatnya kerana solat adalah munajat dan bisikan kepada Ilahi yang perlu dilambatkan masa mengerjakannya. Sedangkan khutbah mereka diringkaskan kerana khutbah semata-mata percakapan gerak lidah pertuturan huruf yang habis begitu sahaja. Dan mereka mengutamakan amal dan memulakannya sebelum mereka bercakap, berbual dan bertukar fikiran. Zaman tersebut telah berubah…sekarang tibalah pula zaman baru di mana keadaan telah berubah sama sekali. Kini, telah banyak orang yang membaca al-Quran tetapi bacaannya tidak sampai ke hati. Banyak orang mengutamakan dan menghafaz al-Quran tetapi disia-siakan terus hududnya,hukumnya,nasihatnya,pelajarannya. Sebab itulah al-Quran tidak dapat menginsafi mereka dan mereka pula tidak insaf sesame mereka. Hingga banyak orang yang meminta tetapi sedikit orang yang memberi di antara mereka. Mereka memanjangkan khutbah kerana khutbah tidak menyusahkan mereka. Dan mereka memendekkan solat kerana solat menggelisahkan jiwa mereka disebabkan tidak ada hubungan langsung dengan Allah yang Maha Kuasa. Akhirnya mereka suka bercakap mengikut kemahuan mereka sendiri sebelum mereka melakukan amal yang sepatutnya mereka mulai. Maka dengan keterangan ini jelaslah al-Quran tidaklah dapat dipatuhi maksud utama dari turunnya dengan membaca ayat demi ayat selagi belum diperhatikan pengertiannya dan tujuannya menurut cara yang sepatutnya. Firman Allah: “(INI) IALAH KITAB YANG KAMI TURUNKAN DIA KEPADA ENGKAU YANG DIBERKATI, SUPAYA MEREKA PERHATIKAN AYAT-AYATNYA DAN SUPAYA MENGAMBIL PERINGATAN ORANG-ORANG YANG MEMPUNYAI FIKIRAN” (Sad:29) Dengan ini teranglah lagi bahawa al-Quran diturunkan untuk diperhatikan maksudnya di samping membaca huruf-hurufnya. Kerana di antara maksudnya ialah memberi penyampaian ke arah jalan yang lebih lurus dalam kehidupan dan menjamin kurniaan kepada orang-orang yang berusaha mewujudkan amal soleh atau kebaikan. Juga, al-Quran itu bukan sahaja memperkatakan perkara atau soal kerohanian. Tetapi ada pula antara ayatnya yang menyatakan asal kejadian langit dan bumi, dan alam yang besar ini adalah terdiri dari keduanya. Sedang manusia adalah sebahagian kecil dari alam yang besar itu. Firman Allah: “SESUNGGUHNYA AL-QURAN INI MEMIMPIN KEPADA (JALAN) YANG LEBIH LURUS DAN MENGGEMBIRAKAN KEPADA ORANG –ORANG YANG BERIMAN YANG BERAMAL SOLEH BAHAWA BAGI MEREKA ADA GANJARAN YANG BESAR” (Al-Isra’: 9) “DAN TIDAKLAH ORANG KAFIR ITU MELIHAT BAHAWA SESUNGGUHNYA LANGIT-LANGIT DAN BUMI ITU (DAHULUNYA) ADALAH SEKETUL, LALU KAMI PISAHKAN KEDUANYA” (Al-Anbiya’:30) Ayat ini menerangkan bahawa langit-langit (tiap-tiap sesuatu di atas kita dinamakan langit) dan bumi asalnya adalah satu bahagian atau satu ketul kemudiannya dipisahkan di antara keduanya dengan cara yang beransur-ansur. Maka, terjadilah daripadanya langit dan bumi yang mengelilingi matahari. Sesungguhnya, banyaklah ayat-ayat ilmiah (pengetahuan) yang menjadi mukjizat al-Quran sejak 13 abad yang lalu ada terbukti kejadiannya di dunia pada hari ini. Bahkan, makin bertambah ilmu pengetahuan manusia, makin teranglah kebenaran al-Quran. Dan sememangnya begitulah al-Quran itu tidak dapat difahami ayatnya berhubungan dengan kejadian alam dan ilmu pengetahuan melainkan dengan dasar-dasar ilmu. Alangkah mulianya al-Quran, sebuah kitab Allah berisi segala hikmat. Tetapi malangnya, walaupun al-Quran itu masih ada, rohnya, ajarannya, falsafahnya telah kehilangan belaka. Sumber: Kitab Hadith 40 (Terjemahan dan Syarahnya) Dewan Pustaka Fajar Al-Ustaz Mustafa 'Abdul Rahman "DAN DEMI SESUNGGUHNYA! KAMI TELAH MUDAHKAN AL-QURAN UNTUK MENJADI PERINGATAN DAN PENGAJARAN, MAKA ADAKAH SESIAPA YANG MAHU MENGAMBIL PERINGATAN DAN PELAJARAN (DARIPADANYA)?" (Al-Qamar:17)(Al-Qamar:22)(Al-Qamar:32)(Al-Qamar:40)
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 07-06-06 10:43
dan secara tak langsung kita menjatuhkan sendiri martabat KALAMULLAH itu sdiri.
|
fadzlyz
WARGA SETIA Menyertai: 19.05.2006 Ahli No: 24451
Posting: 639
Dari: cheras
|
Posting pada: 07-06-06 12:17
|
honnney_mk
Warga 2 Bintang Menyertai: 03.12.2003 Ahli No: 5444
Posting: 60
Dari: perak
|
Posting pada: 07-06-06 12:43
mungkin.. boleh ditambah lagi dalam AQ... sudut 'penghayatan Al-Quran".. peserta bukan sahaja perlu menguasai Al-Quran dr sudut tajwid dan taranumnya.. bahkan.. isi kandungannya... rasanya.. lebih baik ada AQ ni... sekurang2... nak mengingatkan kembali kita pada kalamullah.. yang bagi sebahagian dr kita.. lama ditinggalkan... samaada dr sudut pengamalan .. atau pembacaan.. "lebih baik sedikit.. daripada tak ada langsung.." mudah2an.. penyertaan dr peserta.. bukan hanya untuk dari sendiri.. tapi untuk orang lain... doakan mereka... wallahua'lam...
|
honnney_mk
Warga 2 Bintang Menyertai: 03.12.2003 Ahli No: 5444
Posting: 60
Dari: perak
|
Posting pada: 07-06-06 12:46
"Ya ALLAH.. janganlah KAU palingkan kami... setelah KAU berikan petunjuk dan hidayah-MU pada kami... "
|
hafeezzul
 Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 07-06-06 12:53
lain orang lain pandangan
|
alan36963
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.03.2004 Ahli No: 7711
Posting: 71
Dari: TeMpAt mENcArI iLMu..
|
Posting pada: 08-06-06 19:04
Pada 05-06-06 20:30 , sasician posting:!!! QUOTE !!! Pada 05-06-06 01:41 , alan36963 posting:!!! QUOTE !!! Memang baik tapi bila fikir balik, apa jadik lepas mereka terkeluar? Adakah tetap akan baca Al-Quran sesedap macam dalam akedemi? Atau hanya dalam akedemi saja? Bukan saya nak berfikiran negatif, tapi cuma berfikiran jauh sedikit saja..
adakah maksud alan36963 supaya dihenti kan saja Akademi al-Quran?.. jangan pdg pada negatif saja. sekurang2nya ada juga program yang bermanfaat. apa yang perlu kita beri cadangan untuk memantapkan lagi program ni dan dapat memastikan setiap peserta dapat meneruskan bacaan mereka.
daripada pengamatan saya...banyak benda saya dapat belajar. antaranya jenis2 taranum, ilmu tajwid, bacaan mengikut tausyeikh dan macam-macam lagi..
Maaf, sekadar bertanya pendapat saja.. Bukan lah tutup Akedemi Al-Quran.. Kan dah cakap, program ni sangat lah bagus.. Tapi cuma saya terfikir, takut lama2, nant orang masuk Akedemi ni sekadar untuk dapat wang atau nama.. Mungkin pendapat ini sempit, tapi kemungkinan terjadi ada.. Ampun dan maaf jika kata-kata ini menyinggung sesiapa.. ----------------- Jarang orang malas itu berjaya, Jarang orang rajin itu gagal...
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 12-06-06 09:56
tak rasa nak menyinggung sebab memang tak perlu pun.
|
wardah_qlate
Warga 3 Bintang Menyertai: 22.02.2004 Ahli No: 7473
Posting: 143
Dari: qlate
|
Posting pada: 12-06-06 10:11
assalamualaikum...sebenarnnya ana conpius...boleh ke orang perempuan perdengarkan quran memanglah belajar tapi kan ke seluruh malysia dengar...kan ke enak merdu suara kita...Kalau tak mengapa untuk kita perbetulkan bacaan ana pun nak cuba..heheh...cuma ana nak dapat kepastian boleh ke tak?
|
umeks17
Warga 1 Bintang Menyertai: 30.06.2005 Ahli No: 16966
Posting: 32
Dari: Gemencheh , NS
|
Posting pada: 12-06-06 10:53
ermm...pasal AQ ni ana memang sokong 100%...memang bagus.. pasal p'tanyaan enti wardah_qlate tu ana tak tahu nak cakap..sebab tunjang yang menubuhkan AQ ni orang yang berilmu dan arif tentang islam...takkan la mereka xkaji pasal hal ni.. terpulang kepada kita sebagai orang yang menonton nak nilai rancangan ni... tu pendapat ana la... :p
|
Kang
 Menyertai: 09.05.2003 Ahli No: 2
Posting: 1920
|
Posting pada: 12-06-06 11:11
Sudah ada topik seperti ini. Hanya perlu teruskan yang asal. Kepada pemula topik, tolonglah semak dulu sebelum memulakan topik baru.
|