Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 02-07-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika tiada kereta kuda, naiklah kuda; jika tiada kuda, lebih baik berjalan kaki

-- Peribahasa Tionghua

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 50
Ahli: 0
Jumlah: 50




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 19 hari yang lalu
Daeng_Jati: 40 hari yang lalu
Kang: 44 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Kriteria Membezakan ibadah antara Sunnah dan Bid’ah


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Kriteria Membezakan ibadah antara Sunnah dan Bid’ah

Please Mendaftar To Post


Oleh Kriteria Membezakan ibadah antara Sunnah dan Bid’ah

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-08-03 17:31


Assalamualaikum,

Satu artikel ringkas berkenaan ukuran yang digunakan
oleh Ibn Taimiyyah dalam menilai sesuatu amalan sunnah
atau bid’ah. Semoga dengan penjelasan ini seseorang
itu akan mengetahui bahawa Ibn Taimiyyah bukanlah
seorang pembid’ah yang sembrono. Lebih dari itu dengan
penjelasan ini diharapkan seseorang itu juga dapat
menilai sendiri sesuatu amalan itu, adakah ianya
sunnah atau bid’ah.

Setiap amal ibadah mahdhoh, juga disebut sebagai
al-Ibadah al-Badaniyah, seperti solat, puasa, zikir,
umrah, membaca qur’an dsbgnya, memiliki 3 unsur di
dalamnya:

[1] Masa
[2] Tempat
[3] Kaedah.

Setiap dari unsur ini telah ditetapkan oleh Allah dan
Rasul-Nya di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih.
Penetapan ini adalah perlu kerana kita sebagai hamba
hanyalah beribadah kepada Allah yang merupakan Tuhan
kita. Kita tidak tahu apa dan bagaimana cara ibadah
yang disukai oleh Allah, maka kita hanya buat apa dan
bagaimana yang ditetapkan oleh Allah.

Secara terperincinya:

Pertama: Masa.

Setiap ibadah ada masanya, sebahagian ditetapkan masa
yang khusus dan sebahagian ditetapkan masa yang umum.
Zikir “Subhanallah” umpamanya, tidak ditetapkan masa
yang khusus, bererti ianya dari sudut masa adalah
umum, maka boleh diamalkan pada bila-bila masa.

Apabila seseorang itu menetapkan masa tertentu sahaja
untuk zikir “Subhanallah”, contohnya setiap hari jam
10.00 pagi sahaja, bererti dia telah mengkhususkan
masa bagi suatu amalan yang pada asalnya bersifat umum
masanya. Ertinya, dia telah mensunnahkan sesuatu yang
bukan sunnah, membawa kepada bid’ah.

Demikianlah juga sebaliknya dengan sesuatu amalan yang
memiliki penentuan masa yang khusus lalu dibuka
kekhususan tersebut kepada masa yang umum.

Kedua: Tempat

Setiap ibadah ada tempatnya juga, sebahagian
ditetapkan tempat yang khusus dan sebahagian
ditetapkan tempat yang umum. Zikir “Subhanallah”
umpamanya, tidak ditetapkan tempat yang khusus,
bererti ianya dari sudut tempat adalah umum, maka
boleh diamalkan di mana-mana sahaja.

Apabila seseorang itu menetapkan tempat tertentu
sahaja untuk zikir “Subhanallah”, contohnya di satu
penjuru pokok umpamanya, bererti dia telah
mengkhususkan tempat bagi suatu amalan yang pada
asalnya bersifat umum tempatnya. Ertinya, dia telah
mensunnahkan sesuatu yang bukan sunnah, membawa kepada
bid’ah.

Demikianlah juga sebaliknya dengan sesuatu amalan yang
memiliki penentuan tempat yang khusus lalu dibuka
kekhususan tersebut kepada tempat yang umum.

Ketiga: Kaedah.

Setiap ibadah ada kaedahnya, iaitu sebagaimana yang
dilaksanakan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam. Apabila seseorang itu menetapkan kaedah yang
berlainan, umpamanya berzikir “Subhanallah” dengan
rentak dan gerak sekian-sekian, bererti dia telah
mensunnahkan sesuatu yang bukan sunnah, membawa kepada
bid’ah.

Demikian penjelasan ringkas dengan contoh mudah iaitu
berzikir kalimah “Subhanallah.” 3 unsur di atas boleh
dijadikan ukuran untuk lain-lain ibadah juga.

Selain al-Ibadah al-Badaniyah, terdapat juga lain-lain
tindakan umat Islam yang dikira sebagai ibadah juga,
tetapi dalam konteks yang umum. Seperti menghimpunkan
al-Qur’an dalam satu mushaf, azan Jumaat dua kali di
zaman pemerintahan Utsman radhiallahu 'anh, membina
sekolah, menggunakan pembesar suara di masjid,
menggunakan komputer sebagai medium dakwah dan
sebagainya.

Semua ini adalah sesuatu yang baru yang tidak wujud di
zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Ia
dikenali sebagai bid’ah hasanah. Lalu bagaimana kita
hendak mengukur sama ada “hasanah” tersebut
benar-benar hasanah di sisi Islam ?

Terdapat dua langkah bagi ukuran ini:

Langkah Pertama:

Memerhatikan sama ada faktor yang menarik kepada
penciptaan baru tersebut, adakah ianya wujud di zaman
Rasulullah atau tidak. Jika ianya sudah wujud tetapi
Allah dan Rasul-Nya tidak mensyariatkannya, bererti ia
memang tidak dimaksudkan sebagai sebahagian daripada
syariat. Mengijtihadkannya di kemudian hari tidak
dapat dipandang sebagai sebahagian daripada syariat,
maka masuklah ia ke dalam kategori bid’ah dhalalah.

Berbeza dengan sesuatu yang faktor penariknya tidak
wujud di zaman Rasulullah, maka boleh diijtihadkan
berdasarkan langkah kedua seterusnya.

Langkah Kedua:

Hendaklah perkara baru yang diijtihadkan itu memiliki
petunjuk daripada al-Qur’an dan al-Sunnah, sama ada
dari sudut zahir nas atau maqasid nas, sama ada dari
satu petunjuk yang qathi’e atau himpunan dari beberapa
petunjuk yang dzanni tetapi mengarah kepada satu
petunjuk yang qathi’e.

Satu contoh bagi langkah pertama dan kedua di atas
ialah azan Jumaat 2 kali di zaman Utsman radhiallahu
'anh. Di zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam, suasana bandar Madinah belum penuh sesak
dengan urusniaga jual beli sehingga umat Islam di saat
itu tidak leka daripada waktu Solat Jumaat. Berbeza di
zaman Utsman, dengan berkembangnya wilayah negara
Islam ke pelbagai pelusuk dengan Madinah menjadi pusat
urusniaga, umat Islam menjadi leka drpd waktu Solat
Jumaat.
Maka Utsman mengijtihadkan satu azan tambahan beberapa
ketika sebelum masuknya waktu Solat Jumaat. Azan
tambahan ini dikira sebagai bid’ah hasanah kerana:

Pertama: Faktor penariknya baru timbul di zaman
Utsman, tidak di zaman Rasulullah.

Kedua: Mengijtihadkan azan tambahan agar orang ramai
segera ingat kepada Solat Jumaat adalah benar demi
mencapai tujuan firman Allah yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan
(bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat,
maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati
Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan
tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang
demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui
(hakikat yang sebenarnya). [al-Jumaah 62:09]

Demikian 2 langkah sebagai ukuran bagi menentukan
sesuatu bid’ah “hasanah” itu benar-benar hasanah atau
sebaliknya. Dari sudut istilah, bid’ah hasanah juga
dikenali sebagai “al-Maslahah al-Mursalah” ;
istilahnya berbeza tetapi konsepnya tetap sama.

-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.095515 saat. Lajunya....