Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Hasil besar tidak dapat dicapai dengan sekali gerakan. Kita harus terus bergerak ke depan, selangkah demi selangkah seperti ketika kita berjalan.
-- Samuel Smile

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 150
Ahli: 0
Jumlah: 150




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 23 hari yang lalu
Kang: 42 hari yang lalu
lidah-penghunus: 44 hari yang lalu
muslimin23: 52 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Kelakar
Topik: 30 sen


Carian Forum

Moderator: Administrator, halesolurun_84
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Kelakar
    »» 30 sen

Please Mendaftar To Post


Oleh 30 sen

syauqahaziqah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.08.2005
Ahli No: 18509
Posting: 259
Dari: darul iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 30-05-06 15:28


Cuba, mari kita renung2kan. Sekadar tiga keping syiling sepuluh sen. Kalau dicampakkan ke lantai, bukan saja Bill Gates taknak ambil, malah kanak-kanak pun tidak pandang kerana 30 sen itu tidak cukup untuk mereka membeli kad mainan Naruto atau Pokemon dan seumpamanya.
Kenapa kita yang perlu bising dengan kenaikan 30 sen itu sedangkan budak kecil pun tak pandang?
Setiap liter petrol menambahkan kos 30 sen. Untuk setiap tangki penuh 45 liter, kita telah berbelanja lebih RM13.50 . Jika sebulan kita isi tangki penuh 5 kali, ini bermakna kita telah membelanjakan RM67.50 lebih banyak dari kos biasa. (Boleh dapat setangki penuh lagi!)
Sudah pasti pesta kenaikan harga barang akan berlaku.
Katakan segelas minuman dinaikkan sebanyak 20 sen. Dan makanan dinaikkan 50 sen. Maknanya setiap kali makan kita akan membelanjakan 70sen lebih daripada biasa. Seminggu bekerja 5 hari, maka 70sen tak 5 hari = RM3.50. Maknanya sebulan sebanyak RM14 penambahan kos perlu ditanggung oleh seseorang. Anggaplah makan di luar sekali sahaja hanya pada waktu bekerja.
(RM67.50 + 14= RM81.50)
Harga barang pasti akan naik. Menteri nak bagi amaran tembak peniaga sampai mati pun, tak ke mana. Harga barang lambat laun perlu dinaikkan juga. Katakanlah satu kilo ikan naik RM1, dan kita membeli 10 kilo ikan sebulan, maka penambahan kos yang ditanggung ialah RM10. Beli ayam, katakan ayam naik RM1 jugak. Sebulan kita beli 10 ekor ayam, katakan 1 kilo seekor. Lagi RM10 perlu dibelanjakan untuk menanggung kos.
(RM67.50 + 14 + 20 = RM101.50)
Tu baru ikan dan ayam. Sayur, udang, sotong dan sewaktu dengannya belum masuk kira. Misalkan semua tu kita anggap naik 10%, jika sebelum ni kita belanjakan RM100 sebulan untuk itu semua, sekarang kena tambah RM10 lagi.
(RM67.50 + 14 + 20 + 10 = RM111.50)
Katakanlah harga barang runcit naik 10%. Jika sebelum ini kita membelanjakan RM300 untuk barangan runcit, sekarang kita perlu belanjakan RM 330. Lebih RM30 perlu ditanggung.
(RM67.50 + 14 + 20 + 10 + 30 = RM141.50)
Masak sendiri di rumah lebih jimat? Tapi jangan lupa, harga LPG pun naik 30 sen sekilogram. Satu silinder bersamaan 12 kg. 12 tak 30 sen = RM3.60. Anggap saja sebulan guna satu silinder.
(RM67.50 + 14 + 20 + 10 + 30 + 3.60 = RM145.10)
Sebulan paling tidak pun sesekali nak juga makan di luar bersama kawan-kawan atau keluarga kan. Ikut teori kenaikan 20 sen harga minuman dan 50sen makanan, sekali makan di luar kita terpaksa bayar lebih 70sen. Katakanlah kita makan di luar, sebulan 5 kali, maknanya kita telah belanjakan lebih RM3.50. Tu kira belanja diri sendiri. Kalau belanja kawan atau ahli keluarga, mestilah berganda tambahannya.
(RM67.50 + 14 + 20 + 10 + 30 + 3.60 + 3.50 = RM148.60)
Jadi? Simpanlah 30 sen tu untuk masa depan. Sekarang, boleh rasa kan..???? Ada apa dengan 30 sen?! Sesungguhnya.. aku tercari2 dimanakah 30sen aku
sekarang!..
uwaaa.........................

Bookmark and Share

    


  Member Information For syauqahaziqahProfil   Hantar PM kepada syauqahaziqah   Quote dan BalasQuote

Al-Fadhil
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.09.2005
Ahli No: 19378
Posting: 119
Dari: JOHOR

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-06-06 00:53


sikit punya pusing cerita rupanya nak cari 3o sen yang hilang. nak ana transfer ke akaun syauqahaziqah ka?

Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-FadhilProfil   Hantar PM kepada Al-Fadhil   Quote dan BalasQuote

nabilpoyo
WARGA SETIA
Menyertai: 13.12.2005
Ahli No: 21141
Posting: 730
Dari: Kuantan + penang + KL + jakarta

blank   avatar


posticon Posting pada: 02-06-06 02:24


30 sen pya hal saja....hihihihi

Bookmark and Share

    


  Member Information For nabilpoyoProfil   Hantar PM kepada nabilpoyo   Quote dan BalasQuote

syauqahaziqah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.08.2005
Ahli No: 18509
Posting: 259
Dari: darul iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 03-06-06 15:14


Pada 02-06-06 00:53 , Al-Fadhil posting:

!!! QUOTE !!!

sikit punya pusing cerita rupanya nak cari 3o sen yang hilang. nak ana transfer ke akaun syauqahaziqah ka?
cerita ini hanya sekadar penghibur
tapi sedarilah walaupun hanya 30 ianya sebenarnya sangat bernilai

Bookmark and Share

    


  Member Information For syauqahaziqahProfil   Hantar PM kepada syauqahaziqah   Quote dan BalasQuote

Nil
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20136
Posting: 435
Dari: Temerloh

Pahang  


posticon Posting pada: 06-06-06 21:10


saya setuju sangatlah tu dengan syauqahaziqah,walaupun tak kelakar(mungkin silap posting agaknya) tapi memang bernilai walaupun kita ada 10sen. Tok wan saya ada bercerita,orang dulu-dulu kan,kalau sebutir beras tu amat bernilai pada mereka sebab payahnya nak dapatkan beras tu untuk dimakan.Kalau dia tengok ada beras yang terjatuh atau tertumpah,kutip satu2 sebab rasa berharganya walaupun sebutir.
Kita boleh bandingkan dengan orang sekarang ni kan,tambah2 lagi orang yang berada sikit,tak pandang pun kalau beras jatuh ke atau tak.Nasi pun,kalau tak habis,buang begitu sahaja.Iye la,kita dok kat Malaysia ni,mereka ingat rezeki tu murah sangat.Ingat sikit,Allah yang beri rezeki pada kita,Dia boleh tarik anytime.
Ingatlah,orang-orang yang membazir tu saudara syaitan.
Oleh itu,jangan membazir

Bookmark and Share

    


  Member Information For NilProfil   Hantar PM kepada Nil   Quote dan BalasQuote

irfanmh
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.06.2006
Ahli No: 24748
Posting: 127
Dari: Mersing ---> Kuantan

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-06-06 17:10


eleh, dulu-dulu hilang seringgit tak kecoh

Bookmark and Share

    


  Member Information For irfanmhProfil   Hantar PM kepada irfanmh   Quote dan BalasQuote

jejakaislam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.05.2004
Ahli No: 8875
Posting: 167
Dari: gombak

Selangor  


posticon Posting pada: 09-06-06 17:47


kalau cerita 30 sen kat individu yang kaya boleh la tak bising...

kalau yang dah berkahwin...
kalau yang kerja memang kena pergi sana pergi sini dengan kereta...tak 30sen tu jadi RM30 ke...
kena fikir juga..kalau orang beli ayam sehari 30 ekor...
(yang meniaga)
memang la kalau duduk sesorang beli ayam sebulan 10 ekor
tu duduk seorang....boleh laaa
kalau dah name nya beli borong...30sen jadi RM300 tau dak...

Bookmark and Share

    


  Member Information For jejakaislamProfil   Hantar PM kepada jejakaislam   Quote dan BalasQuote

azri86
Warga 2 Bintang
Menyertai: 30.07.2005
Ahli No: 17683
Posting: 50
Dari: Tumpat kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-06-06 15:17


ish..ish...

Bookmark and Share

    


  Member Information For azri86Profil   Hantar PM kepada azri86   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.249689 saat. Lajunya....