Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 04-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Ibnu al-Qayyim al-Jauziyah pernah berkata: Tidak dimungkiri bahawa hati itu dapat berkarat seperti berkaratnya besi dan perak. Alat yang dapat membersihkan hati berkarat adalah zikir. Zikir dapat membersihkan hati berkarat sehingga dapat berubah menjadi bening seperti cermin yang bersih. Apabila seseorang meninggalkan zikir, hatinya akan berkarat. Dan apabila ia berzikir, hatinya akan bersih.
--

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 62
Ahli: 0
Jumlah: 62




  Yang Masuk Ke Sini
Martyr: 1 hari, 1 jam 42 saat yang lalu
Muslim1987: 7 hari yang lalu


Petua Warisan
Topik: Petua nak hafal ayat Al-Quran


Carian Forum

Moderator: Administrator, anis_zulaikha
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Petua Warisan
    »» Petua nak hafal ayat Al-Quran

Please Mendaftar To Post


Oleh Petua nak hafal ayat Al-Quran

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 27-05-06 15:46


Beberapa petua menghafal ayat-ayat al-Quran

Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman di dalam kitab suci al-Quran
di dalam surah al-Fatir (35:29) yang membawa maksud ,"Those who
recite the Book of Allah, establish regular prayer, and spend (in
charity) out of what We have provided for them, secretly and openly,
hope for commerce that will never fail".

Abdullah Ibn Amr Ibn Al-As ra telah meriwayatkan:Rasullullah SAW
telah bersabda, "The one who was devoted to the Qur'an will be told
on the Day of Resurrection: `Recite and ascend (in ranks) as you
used to recite when you were in the world. Your rank will be at the
last Ayah you recite." .

Hadis ini telah menyebut tentang ganjaran yang diperolehi oleh orang-
orang yang menghafal sebahagian ataupun seluruh daripada al-
Quran.Sebahagian para ulama dalam mentafsirkan hadis ini telah
menyebut bahawa jumlah tingkatan di syurga adalah bersamaan dengan
jumlah ayat di dalam al-Quran dan seorang muslim akan menaiki satu
tingkatan syurga bagi setiap satu ayat yang beliau telah
menghafalnya.

Di dalam hadis yang lain, Othman bin Affan ra telah meriwayatkan
bahawa rasullullah SAW bersabda, "The best amongst you is the one
who learns the Qur'an and teaches it." .

Berikut disenaraikan beberapa petua untuk menghafal ayat-ayat al-
Quran.

a)     Pertama,mulakan dengan bertaubat dengan sebenar-benar
taubat kerana sesungguhnya dosa-dosa tidak akan memberi ruang untuk
ayat-ayat Quran bertapak di hati manusia.Imam Al-Shafie di dalam
satu petikan sajaknya yang terkenal mengadu kepada gurunya akan
dirinya yang agak sukar untuk menghafal dengan baik.Gurunya lalu
menasihatinya agar meninggalkan dan bertaubat akan segala dosa-
dosanya.

b)     Mempunyai niat yang benar dan percaya akan balasan baik yang
akan diperoleh seperti yang dinyatakan di dalam hadis di
atas.Mintalah bantuan Allah dengan seikhlas hati untuk sentiasa
memudahkan kita menghafal ayat-ayat suciNya.

c)     Peruntukkan sebahagian waktu setiap hari (atau selang
beberapa hari) untuk menghafal ayat-ayat Quran.Masa yang paling baik
adalah pada waktu yang kita tidak sibuk dengan hal-hal lain.

di)     Gunakan naskah Quran yang sama setiap kali kita
menghafal.Ini membantu minda kita menangkap dan mengingat apa yang
terdapat pada helaian muka surat ayat yang kita ingin hafal.(mind
snapshot)

e)     Mulakan dengan surah-surah yang paling mudah bagi kita.Ramai
yang menyarankan agar hafalan bermula dengan lima juzu' terakhir(
bermula dengan juzu' 30,juzu' 29 dan seterusnya)

f)     Hafalan juga boleh dimulakan dengan surah-surah yang paling
kita gemar membacanya atau yang selalu kita dengar ataupun yang
kita sudah biasa dan sudah pula ingat sebahagiannya.

pergi)     Sebenarnya, lebih muda umur kita, lebih mudah untuk kita
menghafalnya.Semakin kita berumur, kita akan lebih sibuk dengan
pelbagai urusan dan kemampuan untuk mengingat juga semakin
berkurangan. Walaubagaimanapun, walau berapa pun umur kita, kita
masih belum terlambat sebenarnya,insya Allah. Walaupun kita tidak
pernah menghafal ayat-ayat Quran pada usia kecil atau pada masa
usia remaja, namun kita masih lagi berpeluang menghafalnya jika kita
mahu.

h)     Setelah menghafal beberapa ayat, cubalah membacanya di dalam
solat-solat sunat yang biasa kita lakukan.Selain itu,mintalah
bantuan rakan-rakan ataupun pasangan kita untuk mendengar bacaan
hafalan ayat-ayat itu .

i)     Menghafal secara berkumpulan juga merupakan satu cara yang
baik apatah lagi dengan sentiasa bersama-sama memberi galakan di
antara satu sama lain.Sebagai ibu bapa pula,apa salahnya mewujudkan
pertandingan di antara anak-anak dan memberi hadiah pada siapa yang
berjaya menghafal dengan baik.

Semoga Allah sentiasa menunjukkan kita jalan-jalan yang
diredhainya..Ameen.Wallahu'alam

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

telekung
Warga 5 Bintang
Menyertai: 28.07.2003
Ahli No: 2666
Posting: 386
Dari: pusat bandaraya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 14-08-06 14:11


terima kasih...mudah2an apa yang diingat kekal di minda

Bookmark and Share

    


  Member Information For telekungProfil   Hantar PM kepada telekung   Quote dan BalasQuote

Nuralisa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 25.10.2005
Ahli No: 20057
Posting: 196
Dari: UPSI

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 14-08-06 15:12


Jadikan Al-Qur'an temanmu kerana Ia akan membantumu di akhirat kelak...kemahuan yang ada kita jadikan platform untuk kita hafal sedikit demi sedikit...mungkin ada yang risau tentang tajwid, belajar tajwid sekaligus menghafal ayat yang telah dipelajari tajwidnya akan membantu kita menyelesaikan dua perkara sekaligus malahan ganjarannya juga tak mampu kita hitung bilangannya kerana Allah yang maha memberi ganjaran buat hamba-Nya yang beramal tanpa mengenal erti putus harap.


-----------------
"Membeli barangan Amerika dan Israel adalah HARAM..."

Shaykh Nasr Farid Wasel (Mufti besar Mesir)


Bookmark and Share

    


  Member Information For NuralisaProfil   Hantar PM kepada Nuralisa   Quote dan BalasQuote

syaakiroh
Warga 1 Bintang
Menyertai: 09.02.2005
Ahli No: 14254
Posting: 22
Dari: temerloh

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 14-08-06 15:20


Assalamuaaikum....

Terima kasih atas tunjuk ajar yang diberi. InsyaAllah ana akan buat yang terbaik untuk hafalan ana.

Wassalam,

Bookmark and Share

    


  Member Information For syaakirohProfil   Hantar PM kepada syaakiroh   Pergi ke syaakiroh's Website   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 14-08-06 19:28


terima kasih...Alhamdulillah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

qibtiyah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.07.2005
Ahli No: 17187
Posting: 721
Dari: qaryah_qish

seychelles   avatar


posticon Posting pada: 14-08-06 19:38


ana pernah dengar yang orang cakap
kalau kita terlupa apa yang kita hafal berdosa....
memang lah...yang tu ana tau...
tapi ada sapa-sapa boleh xplen lebih lanjut tak?


syukran jazilan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For qibtiyahProfil   Hantar PM kepada qibtiyah   Quote dan BalasQuote

zilzal
WARGA SETIA
Menyertai: 12.03.2006
Ahli No: 23382
Posting: 854
Dari: somewhere in jordan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-08-06 06:07


Pada 14-08-06 19:38 , qibtiyah posting:

!!! QUOTE !!!

ana pernah dengar yang orang cakap
kalau kita terlupa apa yang kita hafal berdosa....
memang lah...yang tu ana tau...
tapi ada sapa-sapa boleh xplen lebih lanjut tak?


syukran jazilan..


kalau terlupe tak dosa,yang berdosa tu sengaja melupakan apa yang telah dihafaz..contoh tak ngulang ke apa ke...

p/s:ngulang selagi boleh!

Bookmark and Share

    


  Member Information For zilzalProfil   Hantar PM kepada zilzal   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-08-06 12:57


:-) saya dapat hafal ayat2 yang pendek2 sahaja.......nanti nak cuba hafal surah2 yang panjang2 pula......


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

starfish
Warga 3 Bintang
Menyertai: 31.01.2005
Ahli No: 14030
Posting: 76
Dari: Seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 18-08-06 10:39


alhamdulillah syulran jazilan

Bookmark and Share

    


  Member Information For starfishProfil   Hantar PM kepada starfish   Quote dan BalasQuote

lukmanulhakim
Warga 2 Bintang
Menyertai: 17.12.2005
Ahli No: 21214
Posting: 62
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 18-08-06 11:52


Syukran jazilan atas ilmu yang diberi...
Moga-moga semua orang mendapat manfaatnya... Insya-Allah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For lukmanulhakimProfil   Hantar PM kepada lukmanulhakim   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 19-08-06 08:05


jazakallah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

putra_adi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.10.2005
Ahli No: 20183
Posting: 79
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 19-08-06 08:14


seorang hafis Al-quran dapat memberi syafaat kepada 7 ahli keluarganya,moga kita diantara mareka.

Bookmark and Share

    


  Member Information For putra_adiProfil   Hantar PM kepada putra_adi   Quote dan BalasQuote

putra_adi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.10.2005
Ahli No: 20183
Posting: 79
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 19-08-06 08:16


jadilah kita hafiz yang bukan sahaja menghafal Al-Quran semata,
malah jadilah kita hafiz yang memahami dan mengamalkan apa yang terkandung didalam kitab suci tersebut. amin...

Bookmark and Share

    


  Member Information For putra_adiProfil   Hantar PM kepada putra_adi   Quote dan BalasQuote

dziaulhaq
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2004
Ahli No: 12403
Posting: 563
Dari: perut IBU

singapore   avatar


posticon Posting pada: 24-12-07 03:34


Pada 19-08-06 08:16 , putra_adi posting:

!!! QUOTE !!!

jadilah kita hafiz yang bukan sahaja menghafal Al-Quran semata,
malah jadilah kita hafiz yang memahami dan mengamalkan apa yang terkandung didalam kitab suci tersebut. amin...


::ameen :welcome:


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For dziaulhaqProfil   Hantar PM kepada dziaulhaq   Quote dan BalasQuote

ahda
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.04.2004
Ahli No: 8665
Posting: 73
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 30-06-08 16:14


Pada 24-12-07 03:34 , dziaulhaq posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 19-08-06 08:16 , putra_adi posting:

!!! QUOTE !!!

jadilah kita hafiz yang bukan sahaja menghafal Al-Quran semata,
malah jadilah kita hafiz yang memahami dan mengamalkan apa yang terkandung didalam kitab suci tersebut. amin...


::ameen :welcome:



amin...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ahdaProfil   Hantar PM kepada ahda   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 30-06-08 17:50


kalau banyak nengok benda maksiat dalam tv memang susah nak ngafal...malah ayat yang sudah dihafal pun kita akan lupa....so kalau nak jaga hafalan, jaga juga pandangan yang boleh menumpulkan fikiran...dan membuat kita mudah lupa....sekian terima kasih

Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 03-07-08 09:31


mehla pakat-pakat ngafal al-quran..
paling kurang, juzuk amma dah ada dalam ingatan..

hafal Al-Quran lebih mulia dr hafal lagu-lagu yang entah apa-apa..yang tak boleh bagi motivasi kat kita

tadabbur lah Al-Quran, dan untunglah mereka yang hamlatul Quran..

teringat satu nasyid dari kumpulan Al-Anwar/ Harakat Madani:

tingginya insan, kerana Al-Quran
pengasuh ummah asas kemajuan
tetapi sayang, ia ditinggalkan
hanya menjadi lukisan zaman..


Kandunganmu petunjuk Ummah
sahabat manusia paling setia
...

Ayatmu penghinda sifat mazmumah
nur melangit menerpa wajah
ketenangan di capai padanya
menjadikan diri terpelihara

Datangmu melalui sejarah
benar riwayat terang isinya
Antara Allah dan RasulNya
penuh nasihat dan pengajarannya

Al-Quran pembimbing Ummah
Firman dari Allah tercinta
Janganlah dipandang dengan bersahaja
itulah kunci menentang durjana..


begitulah lebih kurang liriknya..dah tak berapa ingat..
moral nya.. BACA, FAHAM, AMAL dengan firman Allah!
Bukan menunggu Ramadhan baru Quran perlu dikhatam atau dihafaz ayat-ayatnya.. :)

peringatan diriku jua.. ;)

Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 03-07-08 13:25


Salam...

Ini sekadar pengalaman ana mengafal ayat2 Quran.
Cara paling mudah untuk memastikan ayat tersebut melekat adalah dengan mengulangnya serta merta. Sebagai contoh, ada ayat Quran yang nak digunakan semasa menyampaikan ceramah pada waktu malam. Kebiasaannya jika dihafalkan pada waktu petang dan disampaikan pada waktu malam, insyaallah ayat tersebut akan terus melekat. Apatah lagi kalau diulang2 selepas itu sama ada dalam ceramah lain atau dalam bacaan solat.

Mungkin kawan-kawan ada cara lain...

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

lat-terang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.03.2008
Ahli No: 32894
Posting: 156
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 03-07-08 14:36


tambahan sikit...juga elakkan makan benda-benda yang shubhah..haram memang jauh sekali..yang ragu2 pun kalau boleh tinggalkan..takut ia akan effect pada ingatan..kurangkan makanan masa macam epal hijua mangga..ia boleh lemahkan ingatan..yang penting jangan dok tengok benda-benda yang tak senonoh..ia pernah berlaku seorang hamba Allah memang hafaz juga lah ayat quran...tapi dah jadi susah nak ingat lepas tertengok gambar yang kurang elok..kurangkan gelak ketawa jugak..dan selalulah baca setiap masa lapang...supaya ingat sentiasa...

Bookmark and Share

    


  Member Information For lat-terangProfil   Hantar PM kepada lat-terang   Quote dan BalasQuote

riz_eiza
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.09.2007
Ahli No: 30946
Posting: 78
Dari: selangor

malaysia  


posticon Posting pada: 06-07-08 23:44


.. cara saya hafal ayat2 Quran.. tak kira lah hanya amma or surah2 lain yang panjang2.. Cara saya senang saja.. macam ni.. anda pernah dengar tak "imanstar software"? google saja.. download kat pc.. boleh pilih mana-mana ayat yang nak hafal.. boleh loop surah or ayat.. sambil buat kerja pun boleh hafal.. manfaatkan waktu.. sambil2 baring nak hilangkan penat pun boleh hafal..

29.49
(Al-Quran tetap datangnya dari Allah dengan tidak syak lagi) bahkan ia ayat-ayat keterangan yang jelas nyata, yang terpelihara di dalam dada orang-orang yang berilmu dan tiadalah yang mengingkari ayat-ayat keterangan Kami melainkan orang-orang yang zalim.

Bookmark and Share

    


  Member Information For riz_eizaProfil   Hantar PM kepada riz_eiza   Quote dan BalasQuote

Aezza
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.09.2005
Ahli No: 18979
Posting: 264
Dari: Klang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-07-08 01:38


alhamdulillah..dapat juga info sebegini.. terdetik dalam hati untuk menghafaz ayat suci Al-Quran..kalamullah

Bookmark and Share

    


  Member Information For AezzaProfil   Hantar PM kepada Aezza   Pergi ke Aezza's Website   Quote dan BalasQuote

umar_khalil
WARGA SETIA
Menyertai: 14.01.2008
Ahli No: 32313
Posting: 1204

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 08-07-08 12:31


ana pernah minta nasihat kat ustaz ana...dia bagi tip paling mudah dan payah juga nak dilakukan..

1)dia suruh juga pmakanan,,,,(dikaitkan dengan kisah imam assyafie)
2)solat mlm 2 penting....
-pas solat mlm 2,,,terus mbaca sampai ke subuh,,,,,

hindarkan dr mlakukkan maksiat mata,,mulut,,,yang paling utama maksiat hati....


ustaz ana adalah tahfiz......sekarang dia buka kedai buku kat pkns shah alam,,apa yang diajar tu,,adalah cara klasik,,,,,walaupun cara klasik,,,tapi hikmahnya,,ckup2 mngajar individu itu bdsiplin dengan qiamulail dan alquran...

tapi sekarang da banyak kaedah dan teknik phafalan Al quran..kaedah al hufaz ada dan kaedah jibril pun ada...

ada juga ana pernah dengar,,,baca sebanyak 60 kali....gerenti ingat...tapi ana lebih senang guna cara ustaz ana,,,tapi dulu lah...sekarang ni laghonye,huhuhuuhujuhuhuuhu....sedih dengan diri ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For umar_khalilProfil   Hantar PM kepada umar_khalil   Quote dan BalasQuote

riz_eiza
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.09.2007
Ahli No: 30946
Posting: 78
Dari: selangor

malaysia  


posticon Posting pada: 10-07-08 22:32


tapi kan daripada kita malas nak buat sebab2 teknik yang agak susah.. apa salahnya kita gunakan teknik2 mudah dengan teknologi yang ada sekarang.. walaupun tak dinafikan teknik2 yang lama tu memang bagus dan banyak manfaat.. tapi kita jangan sekat diri kita dari berbuat. kita buat dengan ikhlas dan gembira. :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For riz_eizaProfil   Hantar PM kepada riz_eiza   Quote dan BalasQuote

umar_khalil
WARGA SETIA
Menyertai: 14.01.2008
Ahli No: 32313
Posting: 1204

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 11-07-08 09:38


Pada 10-07-08 22:32 , riz_eiza posting:

!!! QUOTE !!!

tapi kan daripada kita malas nak buat sebab2 teknik yang agak susah.. apa salahnya kita gunakan teknik2 mudah dengan teknologi yang ada sekarang.. walaupun tak dinafikan teknik2 yang lama tu memang bagus dan banyak manfaat.. tapi kita jangan sekat diri kita dari berbuat. kita buat dengan ikhlas dan gembira. :)




ada juga dengar sesetengah pendapat....nak mulakan memang payah..tapi kalau istiqhamah selama 40 hari,,insyaAllah,,,pekara tu jadi amalan dan disiplin dalam dr,,,kalau tak buat sekali,,rasa lain macam....


paksa dr,,jangan manja dr...



Bookmark and Share

    


  Member Information For umar_khalilProfil   Hantar PM kepada umar_khalil   Quote dan BalasQuote

sitishairah
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2007
Ahli No: 29948
Posting: 513
Dari: Gombak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-07-08 11:14


Pada 08-07-08 12:31 , umar_khalil posting:

!!! QUOTE !!!



ada juga ana pernah dengar,,,baca sebanyak 60 kali....gerenti ingat...


Assalamualaikum wr wbt

kawan saya yang tahfiz pun cakap begitu juga..baca 60 kali..dia tak ada pun jaga pemakanan sangat..makan saja katanya..tapi yang penting kena selalu mengulang dan menghafal supaya tak lupa..sebab Al-Quran ni mukjizat..sesiapa pun boleh hafal..dan senang-senang juga boleh lupa..
Ustaz dia kata..ayat Al-Quran ni ibarat seekor unta liar yang diikat tali..kalau tak jaga tali tu..akan mudah terlepas..

Semoga dipermudahkan kita dalam menghafaz ayat2 suci Allah ini..InsyaAllah.. :bunga:


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For sitishairahProfil   Hantar PM kepada sitishairah   Quote dan BalasQuote

Asward_hafiz
WARGA SETIA
Menyertai: 02.05.2004
Ahli No: 8743
Posting: 597
Dari: Kuantan pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 11-07-08 16:18


Assalamualaikum

wah...terima kasih keatas tunjuk ajar ini.. semoga semoga..hhehe :kelip:


-----------------
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Asward_hafizProfil   Hantar PM kepada Asward_hafiz   Pergi ke Asward_hafiz's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 16-07-08 16:13


salam..
notes ni ana copy dari blog sahabat
rasa macam dah posting..dan sudah ada topik ni..
tapi.. dek keterbatasan waktu untuk explore find topik-topik sebegini..
ana terusan titipkan notes yang ada dalam simpanan ana..

Menurut Ustaz Shafie, seseorang yang ingin menghafaz, memerlukan persediaan mental yang kuat selain skil2 menghafal yang baik. Untuk menghafaz al-Quran 75% adalah mental yang kuat manakal 25% ialah kemahiran menghafaz. Apakah tips menghafaz Quran?

1.    Niat kerana Allah
2.    Taqwa
3.    Maafkan orang lain
4.    Yakin Allah bersama kita
Bagi skil menghafaz pula:
1.    Baca ayat yang hendak dihafaz secara talaqi untuk memeriksa bacaan kita.
2.    Jika ayat yang hendak dihafaz itu panjang, 'potongkan' ayat itu supaya mempunyai 4-5 patah perkataan sahaja. {contoh : sekiranya satu ayat itu mempunyai 12 perkataan, ceraikan kepada 4-4-4 supaya mudah dihafaz. Bilangan perkataan maksimum yang boleh diingat dengan baik oleh otak manusia ialah sebanyak 5 perkataan.}
3.    Baca rangkap ayat yang hendak dihafaz sebanyak 10 kali sambil memandang ayat itu. Maklumat dimasukkan dalam ingatan jangka pendek.
4.    Ulang rangkap ayat sebanyak 60 kali. { 5 kali dengan memandang ayat, 5 kali pejam mata, 5 kali baca ayat, 5 kali pejam mata...dst.} Langkah pertama menanam maklumat dalam ingatan jangka panjang.
5.    Ulang rangkap tadi sebanyak 200 kali sebagai pengukuhan. Maklumat terus dimasukkan ke dalam ingatan jangka masa panjang.
6.    Ulang langkah 2-5 bagi rangkap yang seterusnya.


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 16-07-08 16:18


ok. tambahan lagi...
ana tak ingat blog sahabat yang mana..
yang di atas.. dari sahabat shye...kinobaik..

yang notes ni.. ada lupa untuk copy..
jadi.. kita sama-sama cuba untuk hafal dikit demi dikit ye..
yeah.. pesanan pada ss..

ya ALLAh kuatkan hafalanku..
bukakanlah pintu hatiku..
agar mudah untuk menghafal..amin...

** Sebelum menghafal

Mempunyai azam dan minat untuk menghafal
Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal.
Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal.
Berada dalam keadaan tenang.
Kosongkan fikiran sebelum menghafal.
Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf lain.
Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mula menghafal.
Membaca ayat 164 surah Al-Baqarah sebelum mula menghafal.

Teknik Menghafal

A. Teknik "Chunking"

Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa
bahagian yang sesuai mengikut arahan guru.
Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian
(2 atau 3 bahagian) yang sesuai.
Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian,
contohnya mengikut pertukaran cerita.
Memisah-misahkan hanya kepada beberapa bahagian mengikut surah,
hizib, rubu', cerita dan sebagainya. Memisah-misahkan Al-Qur'an kepada kelompok surah, setiap 10 hanya dan sebagainya.

B. Teknik Mengulang

Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mula menghafalnya. Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya.

Selepas menghafal setiap setengah mukasurat, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang kedua. Selepas menghafal satu mukasurat diulang beberapa kali sebelum diteruskan ke muka surat seterusnya. Sebelum menghafal bahagian Al-Qur'an seterusnya, harus diulang bahagian yang sebelumnya.

C. Teknik Tumpu dan Ingat

Menumpukan penglihatan kepada ayat, mukasurat dan lebaran.
Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda.
Sekiranya masih lagi kabur, buka mati dan tumpukan kembali kepada mashaf. Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau mukasurat tersebut dengan mata tertutup.

D. Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman

Pilih seorang teman yang sama minat.
Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua.
Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama.
Saling menebuk ayat antara satu sama lain.

E. Teknik Mendengar Kaset

Pilih seorang qari' yang baik bagi seluruh Al-Qur'an atau beberapa qari' bagi surah-surah tertentu. Sebelum mula menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali. Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari' tersebut sehingga terpahat di fikiran. Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari' tersebut. Sentiasa mendengar kaset bacaan Al-Qur'an dan kurangkan atau tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan mengganggu penghafalan.

F. Teknik Merakamkan Suara

Rakamkan bacaan kita di dalam kaset dan dengar semula untuk memastikan bacaan dan hafalan yang betul. Bagi kanak-kanak, rakamkan bacaan ibu-bapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut. Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga menghafalnya.

pergi. Teknik Menulis

Tulis kembali mukasurat yang telah dihafal.Kemudian semak semula dengan mashaf. Menulis setiap ayat pertama awal mukasurat, atau setiap rubu', atau setiap hanya, atau setiap surah dalam satu helai kertas.

H. Teknik "Pointers" dan "Keyword"

Buat beberapa kotak.
Setiap kotak merupakan satu mukasurat.
Catit dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi keyword bagi mukasurat tersebut. Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan.

I. Teknik Menghafal Sebelum Tidur

Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur.
Semasa melelapkan mata, dengar kaset bacaan ayat-ayat tersebut dan bayangkan posisi-nya di minda kita. Dengar kembali dari awal surah, hanya atau hizib, atau mana-mana yang sesuai sehingga ayat yang telah dihafal. Cuba bayangkan ayat-ayat yang didengar dari kaset di minda kita.

J. Teknik "Mindmaping"

Bagi setiap hanya, buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu'. Tulis ayat pertama rubu' tersebut dicabangnya. Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau rubu'.Bagi setiap 10 hanya, buat cabang bagi setiap hanya, dan cabang yang lebih kecil bagi rubu'

Mengekalkan Hafalan

Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati.
Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika belayar, selepas azan dan lain-lain lagi.
Kerjakan solat hajat kepada Allah.
Kerjakan solat Taqwiyatul hifz.
Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar,
setengah hanya, 1 hanya dan sebagainya.
Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam.
Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau ngantuk.
Menulis setiap ayat yang mutashabih


wallahu'alam...
sama-sama kita berAZam...yeah..
jangan azam saja.. tapi no action..huhuhu..
ya ALLAh kuatkan smgtku..amin.. ;)


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

achuyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14384
Posting: 138
Dari: qlate

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 22-07-08 10:54


assalamualaikum
syukran jazilan .....tips yang cukup berfaedah...onceagain.....syukran.

Bookmark and Share

    


  Member Information For achuyahProfil   Hantar PM kepada achuyah   Quote dan BalasQuote

izzahtulsakinah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.11.2006
Ahli No: 27515
Posting: 112
Dari: Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 22-07-08 12:57


baguslah info ini...memang tengah cari maklumat ini..:)..
moga boleh diamalkan bersama-sama

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzahtulsakinahProfil   Hantar PM kepada izzahtulsakinah   Pergi ke izzahtulsakinah's Website   Quote dan BalasQuote

Eisyaa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.02.2005
Ahli No: 14148
Posting: 144
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-07-08 14:43


thanks for the info.:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For EisyaaProfil   Hantar PM kepada Eisyaa   Pergi ke Eisyaa's Website   Quote dan BalasQuote

miss_nuyu
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.09.2008
Ahli No: 35045
Posting: 80
Dari: Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 06-10-08 12:05


best lah info ni....dapat mana ek???time kshh...moga dapat d amalkan sama-sama k...

Bookmark and Share

    


  Member Information For miss_nuyuProfil   Hantar PM kepada miss_nuyu   Quote dan BalasQuote

lailasuhaila
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.09.2008
Ahli No: 35134
Posting: 351
Dari: my heart...

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 02-11-08 17:49


thank you atas info ni.bolehlah diamalkan bagi yang tengah menghafaz al-quran..

Bookmark and Share

    


  Member Information For lailasuhailaProfil   Hantar PM kepada lailasuhaila   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.112798 saat. Lajunya....