Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Makin lama kita fikirkan sesuatu, makin malas kita nak buat sesuatu

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 192
Ahli: 0
Jumlah: 192




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Jejak Mahasiswa
Topik: Nikah Khitbah


Carian Forum

Moderator: Administrator, istisafa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Mahasiswa
    »» Nikah Khitbah

Please Mendaftar To Post


Oleh Nikah Khitbah

Ibnu_muaz
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3883
Posting: 349

Terengganu  


posticon Posting pada: 18-05-06 14:57


Ustaz Maszlee cerita, konsep pertunangan/khitbah di Malaysia tak sama dengan di Arab.

Kalau di Malaysia, tunang tu setakat cop saja. Lebih sikit saja dari couple, sebab dengan persetujuan ibu bapa. Tak ada sebarang lesen untuk buat lebih daripada batasan yang telah ditetapkan antara bukan muhrim.

Di negara-negara Arab, konsep khitbah ialah NIKAH tanpa majlis dan tak duduk sama . Maknanya, secara rasminya mereka dah jadi suami isteri, tapi tak formalize. Tak diumumkan pada orang ramai, sebab tanpa kenduri. Kan hikmah kenduri itu untuk beritahu pada umum mengenai status satu-satu pasangan?

Walaupun tak formal, tapi hubungan mereka dah sah. Jadi, tak ada zina, tak ada gugur atau buang anak.

Malaysia, memang sepatutnya aplikasi konsep itu, dengan keadaan sekarang yang makin hari makin kronik. Walaupun KOSMO! dan cover cerita-cerita pelajar IPT dengan penemuan tapak kaki BigFoot .

Ia tetap tak merubah fakta.

Nanti akan ada yang berbunyi, "Kami tak sedia lagi. Tak ada duit nak sara kehidupan."

Ustaz jawab, "Sekarang ni anda tak cukup makan ke?"

"Tapi ustaz, nanti masa cuti nak balik rumah siapa?"

"anda ni..., ish! Kenapa fikir susah-susah? Buat macam sekarang la..."

Khitbah cara Arab ini cuma untuk menghalalkan hubungan yang haram. Tak perlu lagi fikir pasal rumah, kereta, kerja... Tak perlu tokok dosa lagi dengan 'aktiviti-aktiviti' semasa couple.



Sementara tengah belajar ni. Belajar, yang kebanyakan ibu bapa jadikan alasan untuk anak-anak mereka tak boleh fikir pasal benda-benda ni. Sebab fitrah itu tak dapat nak dikekang pada usia 'remaja' universiti, maka, diam-diamlah mereka buat projek, tak nak ibu bapa tahu.

Ibu bapa percaya. Anak-anak pula leka. Last-last masing-masing tak tau mana nak taruk muka.

Saya setuju dengan ustaz. Ibu bapa perlu lebih bersikap terbuka dalam hal ni. Jangan asyik dok fikir, nanti kalau anak aku ni tiba-tiba saja nak kawin, tak menyempat-nyempat, apa pula kata orang. Mesti orang akan kata, tak ada angin, tak bergoyang pokok...

Peduli apa kata orang. Mulut tempayan boleh tutup. Mulut manusia yang tak boleh.

Asal kita tahu apa yang kita buat tak salah. Cuma untuk harap redha TUHAN yang jauh lebih baik daripada segala-galanya. Yang penting, ibu bapa kenalah ambil tahu hal anak-anak remaja mereka dan sokong fizikal, mental dan material.

Jom buat petition. Minta sokongan orang ramai. Buat adat dan cara baru, jika adat yang sedia ada menyusahkan.

"Islam itu mudah, adat yang menyusahkan."



-mirakimura-

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ibnu_muazProfil   Hantar PM kepada Ibnu_muaz   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 18-05-06 16:08


Assalamualaikum....

untuk makluman akhie ibnu_muaz, ana kenal benar ustaz maszlee tu...

suasana di tanah Arab berbeza dengan Malaysia, undang2 di sana pun berbeza dengan di sini.jadi kita tak boleh sama sekali mengambil atau mencedok bulat nikah khitbah di Arab tu.

bukan ke kita ada nikah gantung?...konsep nikah gantung tu lebih baik lagi...lagipun lepas nikah buatlah kenduri sikit...kata Nabi s.a.w 'Awlim walau bi syah'.bukanlah kenduri kawin macam yang kita lihat sekarang ini...maksudnya kenduri lepas majlis nikah. sekarang ni dah ramai yang buat.

senang cakap beginilah, ustaz maszlee sepatutnya berbincang dulu dengan imam2 dan jurunikah sebelum keluar sebarang kenyataan terutama ketika bersyarah di depan pelajar2.

bukan apa, alam kampus pada ana adalah alam ideal bukan alam realiti. ustaz maszlee tak nampak apa yang kami imam2 & jurunikah nampak.

senang-senang minta ustaz maszlee atau mana-mana rakan yang nak penjelasan tentang bab ni call ana di no 013-3031703 atau 017-3793731.insya-allah ana akan jelaskan Kenapa nikah khitbah sama sekali TAK BOLEH dilaksanakan di Malaysia ni.

wa allahu a'lam bis sawab.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

imtihan_insyirah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-05-06 16:11


salam alaik
boleh sdr abang_imam cerita kat sini tak mengapa tak boleh? ana yakin mesti ramai yang nak tau. ana pun nak tau juga..
jazakallahu khairan jaza'
wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For imtihan_insyirahProfil   Hantar PM kepada imtihan_insyirah   Pergi ke imtihan_insyirah's Website   Quote dan BalasQuote

triptofana
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-05-06 16:22


betul tu..
ana pun nak tahu juga.

Bookmark and Share

    


  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

Ibnu_muaz
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3883
Posting: 349

Terengganu  


posticon Posting pada: 18-05-06 16:26


Wallahua'lam.. cuma nak katakan.. abang Imam dah kahwin? kalau dah kahwin.. perhatikanlah betapa kuatnya ujian ang terpaksa dihadapi oleh muda-mudi sekarang.. muda-mudi sekrang bukanlah malaikat yang dapat menjauhi diri dari terpengaruh dengan suasana yang melingkungi remaja terutamanya siswa-siswi sekrang.. semalam baru dengar kes.. budak sekolah form3 dengan form 2 kena tangkap di cikgu sekolah.. setelah disoal siasat rupanya memang dah macam laki bini.. renunglah dengan mata hati..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ibnu_muazProfil   Hantar PM kepada Ibnu_muaz   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 18-05-06 16:40


sebab2 nikah khitbah tak boleh dilaksanakan di Malaysia ialah

1.halangan dari segi undang-undang - kita tertakluk pada Enakmen Undang-undang Keluarga Islam

2.masih ada jalan2 keluar yang lain seperti apa yang MAIWP buat pernikahan beramai2.

3.tak ada jaminan nikah khitbah adalah jalan terbaik untuk pasangan mengelak dari zina.

4.orang yang menganjurkan nikah khitbah bukan orang yang memahami realiti masyarakat Islam tempatan malah terangkap dalam dunia realitinya sendiri.

wa allahu a'lam bis sawab.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 18-05-06 16:41


tambahan satu lagi - ustaz maszlee nak berlagak jadi mufti sedangkan kuasa memberi fatwa hanya pada mufti.

jadi kita kena akur pada pihak berkuasa agama Islam di Malaysia.jangan pandai2 buat hukum sendiri.

wa allahu a'lam bis sawab.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 18-05-06 16:41


tambahan satu lagi - ustaz maszlee nak berlagak jadi mufti sedangkan kuasa memberi fatwa hanya pada mufti.

jadi kita kena akur pada pihak berkuasa agama Islam di Malaysia.jangan pandai2 buat hukum sendiri.

wa allahu a'lam bis sawab.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

msyahid
Warga 2 Bintang
Menyertai: 05.11.2004
Ahli No: 12302
Posting: 70
Dari: simpang renggam

Johor  


posticon Posting pada: 18-05-06 18:52


assalamualaikum...
ana dah baca artikel ni kat majalah i islamik terbitan karangkraf.....
secara peribadi ana tak berapa setuju jugak...sebab setiap insan perlu bertanggungjawab atas apa sahaja yang mereka lakukan..so kalau dah kahwin...tanggugjawab suami perlu memberi nafkah...kahwin khitbah ni macam tak menitik beratkan pasal nafkah,hidup sendiri2, cuma bersama apabila ingin memuaskan syahwat..
kalau tak silap ada hadis yang mengatakan "berpuasa lah kamu jika tidak mampu untuk berkahwin.." (maaf sebab ana bukan dr sek aliran agama,so tak berapa hafal sangat hadis)
ana rasa semua siswa dan siswi banyak2 kanlah berpuasa sunat...
supaya dapat mengawal nafsu syahwat...disamping menjaga kesihatan, rakyat malaysia sekarang ni pun ramai yang obes..hee
sekadar pandangan...
wassalm

Bookmark and Share

    


  Member Information For msyahidProfil   Hantar PM kepada msyahid   Quote dan BalasQuote

fathurrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2006
Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 18-05-06 19:31


abumuaz boleh terangkan, nikah khitbah tu macam mana?

jika cukup rukun & syarat nikah, dah ada saksi & wali, Kenapa pula tak boleh?

waktu nikah tu daftar la sekali.. bukan jadi masalah pun


-----------------
"Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein


Bookmark and Share

    


  Member Information For fathurrahmanProfil   Hantar PM kepada fathurrahman   Pergi ke fathurrahman's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 18-05-06 22:21


!!! QUOTE !!!

untuk makluman akhie ibnu_muaz, ana kenal benar ustaz maszlee tu...

suasana di tanah Arab berbeza dengan Malaysia, undang2 di sana pun berbeza dengan di sini.jadi kita tak boleh sama sekali mengambil atau mencedok bulat nikah khitbah di Arab tu.

bukan ke kita ada nikah gantung?...konsep nikah gantung tu lebih baik lagi...lagipun lepas nikah buatlah kenduri sikit...kata Nabi s.a.w 'Awlim walau bi syah'.bukanlah kenduri kawin macam yang kita lihat sekarang ini...maksudnya kenduri lepas majlis nikah. sekarang ni dah ramai yang buat.



Portal Persatuan Ulama' Malaysia

Nikah Gantung Tarikh: 1/6/2003

assalamualaikum,
saya ingin bertanya, apakah maksud nikah gantung.
Jika boleh terangkan hukumnya ataupupun hadis yang berkaitan tentang nikah gantung.
Sekian terima kasih



Jawapan:
Pada kebiasaan orang melayu (dulu-dulu) nikah gantung bermaksud sesuatu pernikahan yang dijalankan oleh pasangan pengantin tetapi tidak boleh disentuh (disetubuhi/ tinggal bersama)sehingga kenduri kahwin (walimatul 'urus) di adakan.

Dalam Islam tiada istilah nikah gantung, malah aqad pernikahan itulah titik mula membezakan seseorang berada dalam alam bujang atau berkahwin. sebaik sahaja pernikahan yang sah terjadi semua tanggungjawab dan hak-hak suami isteri terpakai ke atas pasangan yang bernikah. oleh itu nikah gantung bukan berasal dari amalan agama Islam.

sekian.

Oleh: Abu Bakar Daud
Tarikh Dijawab: 1/19/2003 8:02:21 AM

Portal Persatuan Ulama' Malaysia

KERTAS KERJA KURSUS PRA PERKAHWINAN JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR DARUL EHSAN


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 18-05-06 22:26 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 18-05-06 22:54


HIMPUNAN HADITH HARIAN JAKIM

Kategori : IBADAH Akidah    
Tajuk :
Adab Dalam Meminang
Hadith :
Dari Ibnu Umar lah.a katanya, Nabi SAW bersabda:ā€¯Jangan kamu beli barang yang sedang ditawar oleh saudaramu; jangan kamu pinang wanita yang sedang dipinang saudaramu, melainkan apabila telah diizinkannya.ā€¯

(Muslim)



Huraian
1. Khitbah" (Bahasa Arab) / "bertunang" (Bahasa melayu) adalah muqaddimah atau permulaan kepada az-zawaj (Bahasa Arab) / nikah atau kahwin (Bahasa Melayu).

2. Allah menjadikan khitbah sebagai salah satu dari syariat-syariat / perundangan-perundangan dalam Islam. Hikmahnya adalah untuk memberi peluang untuk berkenalan dengan pasangan masing-masing sebelum bernikah atau berkahwin.

3. Hukum khitbah adalah "harus" tetapi mengikut Imam As-Syafie (sila rujuk buku Mughni Almuhtaj) mengatakan hukumnya adalah "al-istihbab / sunat". Dan Dr. Abd. Karim Zaidan (sila rujuk buku Almufassal fi Ahkam Al Mar'ah mengatakan bahawa hukumnya adalah sunat iaitu lebih aula utama dari hukum harus tadi.

4. Khitbah adalah dilarang bagi seseorang wanita yang telah dipinang oleh orang lain. Begitu juga dilarang membeli barang yang sedang dalam urusan jual beli orang lain. Hal ini adalah untuk menjaga kehormatan dan mengelak daripada berlaku perebutan dan pergaduhan selain daripada menjaga keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat.

HIMPUNAN HADITH HARIAN JAKIM


ERTI KHITBAH / TUNANG


"Khitbah" (Bahasa Arab) / "bertunang" (Bahasa melayu) adalah muqaddimah
atau permulaan kepada az-zawaj(Bahasa Arab) / nikah atau kahwin (Bahasa
Melayu). Sesungguhnya Allah menjadikan khitbah sebagai salah satu dari
syariat-syariat / perundangan-perundangan Agama Islam. Apa hikmat, faedah
atau kelebihannya??? Kerana khitbah memberi peluang kepada kita semua
untuk at-ta'arruf / berkenalan dengan pasangan masing-masing dari segi
zahir dan batin sebelum kita bernikah atau berkahwin.


"Khitbah" (bahasa Arab) bererti "bertunang"(bahasa Melayu). "Tafsiran"
lafaz atau perkataan "bertunang" ini berbeza mengikut tempat, kawasan, adat
dan suasana masyarakat masing-masing. Berbeza di antara negara Malaysia,
Singapura, Thailand dan Indonesia. Dan kemungkinan berbeza juga di antara
beberapa tempat, adat, suasana serta kawasan-kawasan di dalam negara
masing-masing. Contohnya di dalam Indonesia, tafsiran "bertunang" di Medan
dan Jakarta berbeza. Di dalam Thailand, tafsiran "bertunang" di Bangkok dan
Pattani berbeza. Begitulah seterusnya di tempat-tempat lain.


"Khitbah" di dalam bahasa Arab apabila diterjemah maknanya ke dalam Bahasa
Melayu bermakna 'melamar' wanita untuk dijadikan bakal isteri. "Melamar"
ini juga bermakna meminta persetujuan pihak wanita untuk menjadi isteri
kepada pihak lelaki. Khitbah ini memakan 'masa' berdasarkan kebiasaan atau
adat yang masyhur dipegang kawasan, tempat, adat dan suasana masyarakat.


"Khitbah" juga bermakna proses lelaki meminta dari pihak perempuan untuk
berkahwin dengan cara-cara atau jalan-jalan yang diketahui masyhur di
tempat masing-masing.(Fiqh Assunnah oleh Syed sabiq).


"Khitbah" juga membawa makna menzahir dan mengiklankan kehendak / kemahuan
seseorang untuk berkahwin dengan seseorang wanita.(Fatawa Muasoroh oleh
Dr.Yusof Al Qardawi). Dr. Yusof Al- Qardawi juga berkata (buku yang sama)
bahawa di dalam khitbah / bertunang ini tidak ada "hak" bagi khatib(tunang
lelaki) kecuali hak untuk melamar ( to reserve or booking) makhtubah
(tunang wanita) semoga pihak lelaki selain darinya tidak datang untuk
meminang wanita itu.

Bismillah hidayahnet jawab tentang hukum Pertunangan...


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 18-05-06 22:56 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

Ibnu_muaz
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3883
Posting: 349

Terengganu  


posticon Posting pada: 19-05-06 00:52


jadi mari fikirkan bersama.. akibat terlalu mengikut biar mati anak jangan mati adat.. lihatlah pemuda-pemudi sekarang.. akibat tekanan nafsu yang teramat hebat dengan pendedahan bahan-bahan lucah yang bersepah2 ditambah pemakaian wanita kini yang makin miskin.. akibatnya lelaki banyak kecundang awal di masa bujang... kerana kehilangan fokus akibat emosi terganggu.. di universiti pulak.. ujian makin getir dan getir.. dengan aksi wanita yang menggoda akibat kekurangan lelaki.. akibatnya.. bukan nikah khitbah sahaja yang berlaku.. bahkan "kahwin tanpa nikah" yang berleluasa sekarang berlaku dikalangan golongan terpelajar.. apatah lagi dikalangan golongan kurang terpelajar... sudahlah begitu.. bila keluar universiti kes pengangguran pulak berlambak-lambak... so apa lagi.. banyaklah kes pengguguran dan buang anak di akhbar2... dimana lelaki nak buang atau salurkan nafsu mereka... manakah mudharat yang lebih besar??? membiarkan umat terus leka dengan penzinaan atau mengikatnya dengan pernikahan secara khitbah? kasihan... ramai sahabat taulan saya gagal dalam mengharungi arus dan suasana kehidupan yang begitu mencengkam sekarang... tak kurang ramai daripada mereka yang bukan calang2 pengetahuan agama dan pengamalan agama sebelumnya berubah 360 darjah... bermula daripada cinta sms yang hebat dikalangan remaja2 sekarang, tak kurang dikalangan pelajar sekolah.. kemudian diikuti dating... dan akhirnya kecundang.. kerana couple akan menjadi hijab antara dia dengan Allah.. akibatnya hidup tiada berkat.. syaitan pun masuk... ya.. memang benar kahwin bukan sekadar untuk melepaskan syahwat.. tapi itulah priority utama kehendak dan emosi di umur muda-mudi yang tidak dapat disangkal lagi.. Agama Islam yang begitu mudah dipayah2kan dengan adat dan kehendak keluarga yang kononya ingin menjaga standard.. akibatnya muda-mudi yang merupakan pewaris masa akan datang telah kecundang di suku kehidupan.. manakah lagi cara yang terbaik?? sebarang pendapat.. lihatlah.. akan datang... pergaulan dan seks bebas akan menjadi lumrah muda-mudi di Malaysia... fikirkanlah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ibnu_muazProfil   Hantar PM kepada Ibnu_muaz   Quote dan BalasQuote

msyahid
Warga 2 Bintang
Menyertai: 05.11.2004
Ahli No: 12302
Posting: 70
Dari: simpang renggam

Johor  


posticon Posting pada: 19-05-06 14:46


laaaa khitbah bertunag rupanye...
tapi kenapa depannya ada perkataan kahwin????
konpius...

Bookmark and Share

    


  Member Information For msyahidProfil   Hantar PM kepada msyahid   Quote dan BalasQuote

salleh_y
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.06.2003
Ahli No: 1068
Posting: 215
Dari: :: Tanah ++ ::

china  


posticon Posting pada: 19-05-06 17:14


huhuhu..masalah istilah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For salleh_yProfil   Hantar PM kepada salleh_y   Pergi ke salleh_y's Website   Quote dan BalasQuote

alexander
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 19-05-06 17:38


:-) Assalamualaikum.....



    Khitbah maksudnya bertunang....tetapi di negara arab..contohnya di mesir ...mereka namakan khitbah untuk pasangan yang sudah berkahwin tetapi tidak tinggal bersama kerana halangan2 tertentu seperti masih belajar atau tidak menpunyai rumah untuk diduduki(kerana syarat berkahwin di mesir pihak lelaki kena sediakan rumah yang lengkap dengan perabot)....
    Itulah yang dinamakan nikah khitbah....kahwin..tetapi tidak tinggal bersama....


-----------------
Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......


Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderProfil   Hantar PM kepada alexander   Pergi ke alexander's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 19-05-06 18:36


Portal Persatuan Ulama' Malaysia

Nikah Gantung Tarikh: 1/6/2003

assalamualaikum,
saya ingin bertanya, apakah maksud nikah gantung.
Jika boleh terangkan hukumnya ataupupun hadis yang berkaitan tentang nikah gantung.
Sekian terima kasih



Jawapan:
Pada kebiasaan orang melayu (dulu-dulu) nikah gantung bermaksud sesuatu pernikahan yang dijalankan oleh pasangan pengantin tetapi tidak boleh disentuh (disetubuhi/ tinggal bersama)sehingga kenduri kahwin (walimatul 'urus) di adakan.

Dalam Islam tiada istilah nikah gantung, malah aqad pernikahan itulah titik mula membezakan seseorang berada dalam alam bujang atau berkahwin. sebaik sahaja pernikahan yang sah terjadi semua tanggungjawab dan hak-hak suami isteri terpakai ke atas pasangan yang bernikah. oleh itu nikah gantung bukan berasal dari amalan agama Islam.

sekian.

Oleh: Abu Bakar Daud
Tarikh Dijawab: 1/19/2003 8:02:21 AM

Portal Persatuan Ulama' Malaysia

KERTAS KERJA KURSUS PRA PERKAHWINAN JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR DARUL EHSAN


!!! QUOTE !!!

Di negara-negara Arab, konsep khitbah ialah NIKAH tanpa majlis dan tak duduk sama . Maknanya, secara rasminya mereka dah jadi suami isteri, tapi tak formalize. Tak diumumkan pada orang ramai, sebab tanpa kenduri. Kan hikmah kenduri itu untuk beritahu pada umum mengenai status satu-satu pasangan? (ustaz Mazlee)

!!! QUOTE !!!

Pada kebiasaan orang melayu (dulu-dulu) nikah gantung bermaksud sesuatu pernikahan yang dijalankan oleh pasangan pengantin tetapi tidak boleh disentuh (disetubuhi/ tinggal bersama)sehingga kenduri kahwin (walimatul 'urus) di adakan. (Persatuan Ulama')

!!! QUOTE !!!

bukan ke kita ada nikah gantung?...konsep nikah gantung tu lebih baik lagi...lagipun lepas nikah buatlah kenduri sikit...kata Nabi s.a.w 'Awlim walau bi syah'.bukanlah kenduri kawin macam yang kita lihat sekarang ini...maksudnya kenduri lepas majlis nikah. sekarang ni dah ramai yang buat. (abg_imam)


apa bezanya nikah gantung dengan nikah khitbah? dari segi konsepnya sebagaimana di atas, bagi saya kedua2nya adalah sama, mungkin nikah gantung yang kita sebut di Malaysia diistilahkan sebagai nikah khitbah di negara Arab...

"Dalam Islam tiada istilah nikah gantung, malah aqad pernikahan itulah titik mula membezakan seseorang berada dalam alam bujang atau berkahwin. sebaik sahaja pernikahan yang sah terjadi semua tanggungjawab dan hak-hak suami isteri terpakai ke atas pasangan yang bernikah. oleh itu nikah gantung bukan berasal dari amalan agama Islam."

sebaik sahaja termetrainya akad antara kedua2 pasangan, maka terpakailah semua hak2 dan tanggungjawab yang wajib ditunaikan oleh kedua2 pasangan...

WaLlahu A`lamu bil-Sowab


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 19-05-06 18:42 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

fathurrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2006
Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 19-05-06 19:31


ada sedikit perbezaan jika rujuk pada istilah yang diberikan oleh PUM tu :

!!! QUOTE !!!

Pada kebiasaan orang melayu (dulu-dulu) nikah gantung bermaksud sesuatu pernikahan yang dijalankan oleh pasangan pengantin tetapi tidak boleh disentuh (disetubuhi/ tinggal bersama)sehingga kenduri kahwin (walimatul 'urus) di adakan


sedangkan nikah khitbah yang ana faham memang tujuannya untuk mengelakkan pasangan daripada terjebak dengan perzinaan

mungkin istilah nikah gantung yang abg_imam faham sama dengan istilah nikah khitbah yang ustaz. mazlee gunakan..

tapi jika yang abg_imam maksudkan nikah gantung ikut definisi PUM, maka ana tak nampak mana yang lebih baiknya kaedah nikah gantung tu sebab hakikatnya sama jugalah macam tak bernikah..

banyak sangat istilah, kan senang sebut nikah saja.. :-?


-----------------
"Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein
[ Telah diedit oleh: fathurrahman pada 19-05-06 19:33 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For fathurrahmanProfil   Hantar PM kepada fathurrahman   Pergi ke fathurrahman's Website   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 19-05-06 22:51


!!! QUOTE !!!

assalamualaikum...
ana dah baca artikel ni kat majalah i islamik terbitan karangkraf.....
secara peribadi ana tak berapa setuju jugak...sebab setiap insan perlu bertanggungjawab atas apa sahaja yang mereka lakukan..so kalau dah kahwin...tanggugjawab suami perlu memberi nafkah...kahwin khitbah ni macam tak menitik beratkan pasal nafkah,hidup sendiri2, cuma bersama apabila ingin memuaskan syahwat..
kalau tak silap ada hadis yang mengatakan "berpuasa lah kamu jika tidak mampu untuk berkahwin.." (maaf sebab ana bukan dr sek aliran agama,so tak berapa hafal sangat hadis)
ana rasa semua siswa dan siswi banyak2 kanlah berpuasa sunat...
supaya dapat mengawal nafsu syahwat...disamping menjaga kesihatan, rakyat malaysia sekarang ni pun ramai yang obes..hee
sekadar pandangan...
wassalm

Assalamualaikum...

ana nak bagitahu sini ustaz maszlee dapat ruang menulis dalam majalah i islamik tu kerana majalah ni menabur racun wahabi dalam masyarakat. tengok saja majalah karangkraf yang kebanyakannya menabur racun dalam masyarakat.

kesimpulannya nikah khitbah TAK BOLEH dilaksanakan di Malaysia kerana ia bertentangan dengan Ahli Sunnah wal Jama'ah malah ia adalah seumpama nikah mut'ah bawaan Syi'ah cuma nikah khitbah adalah bawa'an Wahabi.

wa allahu a'lam bis sawab.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 20-05-06 01:17


bagi saya nikah khitbah itu sendiri adalah nikah gantung dari segi konsep, pelaksanaan dan juga matlamat, kalau nikah gantung bukan dari ajaran Islam begitu juga nikah khitbah, ini adalah pendapat ulama' kita...

takrif al-nikah itu sendiri adalah: akad yang membolehkan pasangan suami isteri melakukan hubungan/persetubuhan sesama mereka secara yang dibenarkan oleh syarak (Kitab al-Fiqh al-Manhaji, Bab al-Nikah)

agama Islam itu mudah, bukankah Rasulullah s.a.w. telah mengajar kita bagaimana untuk selesaikan masalah ini:

1- sebaik2 wanita/pernikahan adalah yang lebih rendah maharnya
2- berilah mahar walaupun dengan sebentuk cincin besi
3- buatlah walimah (kenduri kahwin) walaupun dengan seekor biri2

kita kena ingat, termetrainya akad nikah menandakan bermulanya segala tanggungjawab yang mesti dipenuhi oleh kedua2 pasangan yang terlibat dari segi zahir dan batin...

nikah adalah akad yang membolehkan persetubuhan dan hidup bersama antara lelaki dan perempuan secara sah di sisi syarak, kalau tidak boleh adakah itu nikah?

ibu bapa sepatutnya lebih sayangkan anak mereka melebihi harta dan wang ringgit, kalau anak2 masih belajar berilah kelonggaran untuk mereka berkahwin (sekiranya perlu) dengan meringankan maskahwin dan bersederhana dalam melakukan kenduri kahwin...

para pelajar pula kalau belum mampu berkahwin hendaklah dia menahan diri dan berpuasa, lagipun kita disuruh berkahwin apabila sudah berkemampuan...

selagi belum mampu tak payahlah nak fikir sangat tentang kahwin tapi fikirlah untuk menyediakan persiapan untuk melangsungkannya terlebih dahulu dari segi ilmu dan juga kebendaan...


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

badshah78
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.12.2005
Ahli No: 20980
Posting: 80
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 23-05-06 21:28


rasa elok juga diamalkan..sekurang-kurang dapat elakkan zina..
apa salah tiru budaya orang kalau budaya itu baik...
cuba bandingkan antra mesir dengan malaysia mana banyak maksiat....tepuk dada tanya iman.

Bookmark and Share

    


  Member Information For badshah78Profil   Hantar PM kepada badshah78   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.121951 saat. Lajunya....