Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 15-11-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Fungsi jangkaan bukanlah meramalkan masa depan, sebaliknya jangkaan mencipta masa depan itu sendiri
-- W W Wagar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 74
Ahli: 0
Jumlah: 74




  Yang Masuk Ke Sini
nur_takwa88: 3 hari yang lalu
kismis: 3 hari yang lalu
qaulah_atrah: 14 hari yang lalu
muaz9768: 18 hari yang lalu
Rashdin: 24 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Adalah bodoh untuk Nazri berkata pembantah IFC bodoh


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Adalah bodoh untuk Nazri berkata pembantah IFC bodoh

Please Mendaftar To Post


Oleh Adalah bodoh untuk Nazri berkata pembantah IFC bodoh

sastera_ikhtisas
Warga 1 Bintang
Menyertai: 23.10.2003
Ahli No: 4608
Posting: 37
Dari: Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 16-05-06 18:10


Adalah bodoh untuk Nazri berkata pembantah IFC bodoh    
itu | May 16, 06 | 05:38:17 PM

Oleh Nyza Ayob KUALA LUMPUR, 16 Mei (Hrkh) - "Jika Nazri mengatakan pembantah sebuah forum anjuran IFC (Suruhanjaya Antara Kepercayaan/Agama) sebagai bodoh, adalah terlalu bodoh bagi Nazri untuk menuduh demikian kerana masakan dia tidak tahu motif perjuangan IFC selama ini," kata Naib Ketua Pemuda PAS, Mazlan Aliman.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keceluparan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohammad Nazri Aziz yang menyifatkan kumpulan pembantah forum anjuran IFC di Pulau Pinang Ahad lalu sebagai bodoh.

Beliau berkata Nazri sebenarnya sudah mengetahui dan banyak menerima laporan mengenai kumpulan ini (IFC) dan seharusnya menunjukkan pendiriannya yang sebenar tanpa berselindung di sebalik kumpulan yang mengaku mempertahankan hak asasi itu.

"Nazri sekarang ini kena tunjukkan pendiriannya, jangan berselindung di sebalik kumpulan tersebut (IFC). Beliau kena isytiharkan bahawa sebenarnya beliau turut bersama dalam kumpulan ini. Ini merupa provokasi dan propaganda Nazri.

"Ini bukan soal yang remeh. Ini merupakan soal yang melibatkan orang Islam. Kumpulan ini memang cuba mengancam akidah orang Islam," katanya.

Nazri dalam kenyataannya yang disiarkan akhbar tempatan hari ini mengatakan tindakan kumpulan yang membantah dan menggagalkan forum tersebut sebagai tindakan bodoh.

Beliau juga menganggap tidak menjadi satu kesalahan bagi IFC dalam mengadakan forum tersebut.

Kelmarin lebih 1,000 orang membantah forum anjuran IFC itu di pekarangan sebuah hotel di Pulau Pinang.

Bantahan aman selama dua jam bermula 8.45 pagi itu diketuai bersama Pengerusi Badan Anti-IFC (Badai) Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Hafiz Nordin dan Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Haji Azmi Abdul Hamid.

Mereka akhirnya berjaya membatalkan majlis mendapatkan tandatangan menyokong IFC oleh NGO dan Aliran Kesedaran Negara (Aliran).

Antara ahli panel forum terbuka bertajuk 'Federal Constitutions Protection For All' itu ialah Pengarah Eksekutif Awam, Honey Tan Lay Ban; Presiden Aliran, P Ramakrishnan; Profesor Undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Shad Saleem Faruqi; Lawyer On Constitutional Matters, Malik Imtiaz dan Ahli Parlimen Kota Bharu, Zaid Ibrahim.

Sementara itu, Mazlan juga berkata, Pemuda PAS bersedia serta turut menyokong mana-mana pihak termasuk NGO yang mempertahankan Islam.

"Pemuda PAS akan menentang habis-habisan sebarang percubaan yang mewujudkan susasana tidak tenteram serta menimbulkan kesangsian pada Islam. Ini termasuklah penyebaran propaganda bagi mencabuli hak sultan sebagai ketua agama serta segala tuntutan oleh IFC ini," katanya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sastera_ikhtisasProfil   Hantar PM kepada sastera_ikhtisas   Quote dan BalasQuote

yanokage
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20839
Posting: 276
Dari: SMK (A) Al-Irshad

PulauPinang  


posticon Posting pada: 16-05-06 18:32


dia yang bodoh

Bookmark and Share

    


  Member Information For yanokageProfil   Hantar PM kepada yanokage   Pergi ke yanokage's Website   Quote dan BalasQuote

izad
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 66
Posting: 429
Dari: Wakaf Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-05-06 13:01


entah lah..........
kadang-kadang membuatkan kita bingung.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For izadProfil   Hantar PM kepada izad   Pergi ke izad's Website   Quote dan BalasQuote

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1308
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-05-06 13:32


Antara tindakan bodoh dan tindakan bacul.

Assalamualaikum.

Berita hari ini menyiarkan tentang kenyataan Dato' Nazri Aziz bahawa demonstrasi membantah forum anjuran IFC oleh Badan Bantah IFC atau BADAI adalah tindakan bodoh atas alasan cuba menyekat apa yang dikatakan forum ilmiah. Mereka iaitu BADAI bertindak 'bodoh' kerana membantah usaha-usaha golongan IFC untuk campurtangan dalam urusan agama islam dan seterusnya mencemari kesucian islam di negara ini. Mereka bertindak 'bodoh' kerana niat mereka untuk mempertahan kesucian islam di negara ini. Mereka tiada kuasa perundangan untuk menghalang forum yang jelas bertujuan untuk membunuh ketuanan islam itu, mereka tiada tempat di media-media arus perdana dalam menjawab segala bentuk penghinaan terhadap islam oleh IFC, oleh sebab itulah mereka bertindak 'bodoh' dengan mengadakan demonstrasi iaitu salahsatu cara yang berkesan untuk menghalang forum tersebut.

Sebenarnya tindakan 'bodoh' mereka itu adalah lagi baik dari sikap bacul dan dayus oleh golongan yang seangkatan dengan Nazri sendiri yang mempunyai kuasa dalam kerajaan, diamanahkan untuk menjaga kesucian islam namun gagal untuk menyekat tindakan yang jelas biadab terhadap umat islam, tidak berani menggunakan kuasa yang ada untuk menyekat sikap melampau mereka malahan ada pula di kalangan menteri ini yang turut bersama dengan mereka. Kumpulan IFC ini juga diberikan tempat dalam media-media, bebas dalam memberikan pandangan yang menghina islam.

Sudah jelas bahawa IFC atau kumpulan yang seangkatan dengan IFC ini amat-amat merbahaya kepada umat islam di negara ini. individu-individu yang hadir dalam forum tersebut adalah terdiri daripada mereka yang pernah terlibat membela golongan-golongan yang telah murtad melalui saluran perundangan, mereka yang pernah mempertikaikan tuntutan pemakaian tudung untuk muslimat dan mereka yang pernah mempertikaikan usaha-usaha mencegah kemungkaran oleh pihak berkuasa agama dan mereka yang sering mengeluarkan pandangan yang mengelirukan tentang islam. Oleh itu jika suara mereka ini terus diberikan tempat, maka masa depan umat islam akan terancam.

Adalah satu yang menghairankan kerana Nazri mengeluarkan kenyataan ini selepas merasmikan Mesyuarat Pakar-pakar Antarabangsa Mengenai Hak Asasi Manusia di Sisi Islam. Jadi persoalannya di sini adakah Nazri hanya sekadar menjadi perasmi mesyuarat sahaja tanpa mengikutinya atau adakah beliau sendiri yang tertidur semasa mesyuarat berlangsung, atau pun definisi hak asasi di sisi islam itu sendiri telah diputar belit mengikut selera golongan orientalis. Kerana jika sebut tentang hak asasi dari kacamata islam sudah tentulah ianya sesuatu yang tidak terkeluar dari garis panduan telah ditetapkan oleh al quran dan sunah sedangkan hak asasi yang laungkan oleh kumpulan IFC ini jelas melampaui batas-batas syariat.

Di sini juga saya ingin ucapkan syabas kepada Polis Pulau pinang kerana bukan sahaja demonstasi itu tidak diganggu dengan FRU dan water canon, malahan forum IFC yang menjadi subjek bantahan itu juga telah diarahkan supaya dihentikan. Mungkin agak terubat sedikitlah kelukaan kita atas tindakan polis Kuala Lumpur terhadap penunjuk perasaan yang membantah kenaikan harga minyak beberapa bulan yang lepas di KLCC. Tambahan pula demonstrasi di Pulau Pinang ini adalah menyentuh tentang akidah dan sensitiviti umat islam, maka adalah wajar mereka tidak diganggu.


-----------------
Hunusan lidah itu lebih berbisa daripada hunusan keris sang pendekar


Bookmark and Share

    


  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

Tolhah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.10.2005
Ahli No: 19532
Posting: 104

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 17-05-06 15:34


Bodoh betul orang yang mengatakan bodoh tu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For TolhahProfil   Hantar PM kepada Tolhah   Pergi ke Tolhah's Website   Quote dan BalasQuote

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1308
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-05-06 15:59


COPYPASTE DARI EMEL

Assalamualaikum,

Semoga Allah terus berikan kita kekuatan untuk menegakkan agama-Nya di muka bumi Malaysia yang tercinta ini.

Sekadar ingin berkongsi pengalaman tentang kejadian yang berlaku di Hotel Cititel pada hari tersebut.
Saya sampai di perkarangan Hotel Cititel kira-kira jam 8.20 pagi. Sebelumnya dari seberang, saya menaiki feri dan dari terminal feri di sebelah Tanjung/Pulau ke hotel, jarak perjalanannya hanya lebih kurang 3 km, tetapi tidak kurang dari 4 roadbloacks yang terpaksa dilintasi.
Sewaktu saya sampai, pada waktu itu pasukan Polis sudah siap berkawal di hadapan hotel dan di setiap jalan yang menuju ke hotel tersebut. Pada waktu itu juga, pasukan pendemonstrasi sudah bersiap sedia berkampung di parking lot bertentangan dengan hotel tersebut. Saya anggarkan
lingkungan 100 orang bersama sepanduk, poster melaung-laungkan supaya IFC di batalkan.

Dalam perjalanan saya untuk menuju ke khalayak yang berdemonstrasi itu, saya melintasi 2,3 orang anggota polis dan saya
menegur dan bertanya kepada salah seorang dari anggota polis (1 calit) tentang perihal yang berlaku di hadapan hotel tersebut dan apa
yang menyebabkannya. Secara agak tersorok-sorok, anggota polis 1 calit itu menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan risalah tentang
IFC yang saya kira beliau dapat dari salah seorang khalayak yang menyertai demo tersebut. Sambil beliau memegang dan menunjukkan 15 tuntutan
oleh IFC kepada saya, beliau berkata” Depa ni (merujuk kepada puak IFC) memang kita kena ajaq sikit..Ini bukan pasal politik, tetapi ini pasal
akidah kita..Depa ni memang kurang ajaq”…Saya agak tergamam apabila mendengar ayat yang keluar dari mulut anggota polis 1 calit tersebut…Ini
sudah bagus…Saya pun meminta kebenaran daripada beliau untuk masuk ke dalam hotel untuk melihat-lihat apa yang terjadi di dalam. Sementara itu,
khalayak yang berdemonstrasi semakin ramai dan suara mereka semakin kuat menguasai perkarangan hotel tersebut. Anggota polis 1 calit itu agak
keberatan untuk melepaskan saya kerana dia khuatir keadaan semakin tidak terkawal. Saya bilang padanya, takpelah encik, Insyallah tak ada apa-apa…
Saya terus melintasi khalayak yang berdemonstrasi dan terus masuk ke dalam hotel setelah menyusup di celah-celah puluhan anggota polis (beruniform dan tidak beruniform).Tiba di dalam lobi, ada kira-kira 4,5 orang anggota polis yang beruniform sedang berkawal dan puluhan tetamu dan pekerja hotel yang kelihatan terpinga-pinga mendengar laungan takbir dari khalayak di hadapan hotel tersebut.

Saya terus duduk di salah sebuah sofa yang disediakan sambil memerhatikan keadaan sekeliling dan tidak lama selepas itu, secara tiba-tiba saya dengar laungan takbir yang semakin kuat dilaungkan oleh khalayak di luar sana...Rupa-rupanya, pekikan yang kuat dari khalayak secara tiba-tiba itu adalah untuk menyambut kehadiran Zaid Ibrahim dan beberapa pengiringnya yang masuk ke lobi hotel.
Beliau bersama beberapa pengiringnya lantas duduk bersebelahan sofa yang sedang saya duduki itu sambil terus mengeluarkan pemetik api, kotak rokok dan handphone jenama Samsung di-500 dari sakunya..Seingat saya dalam masa 5 minit beliau dan rakan-rakan duduk disitu, sudah cukup untuk memenuhkan ashray yang disediakan oleh pihak hotel. Entah berapa puntung rokok yang dihisapnya...tak tahulah sama ada beliau memang kuat merokok ataupun beliau gugup dengan sambutan luar biasa yang diberikan kepadanya...

Sebaik sahaja beliau duduk, datang seorang wanita cina (yang kemudiannya saya ketahui dia adalah pengerusi badan NGO AWAM yang memperjuangkan hak asasi wanita di Malaysia) menyapa beliau “Hi, welcome to Penang..what can I say...” mungkin dia merujuk kepada
khalayak yang berdemo di hadapan hotel...
Selepas itu mereka terus berbual dan antara butir perbualan (yang dibualkan dalam loghat kelantan) bersama 3,4 orang pengiringnya
yang dapat saya dengar keluar dari mulut Zaid Ibrahim ialah “Kalau Malaysia lagu ni juga, hancur kito..Kawe/ambo ingak oghe penang ni
Isle Liberal...ambo ingak di kelate saja lagu ni”... Mungkin dia berasa terkejut dengan sambutan yang tak di sangka-sangka dari orang Islam di Penang
kerana menurut beliau, biasanya kawasan MALAY BELT (kltn, trnganu,kedah,perlis) sahaja yang mungkin ada demonstrasi seperti diluar sana dan tentulah Penang tidak termasuk dalam senarai beliau...Sambil itu, di luar sana, laungan dan pekikan dari khalayak semakin kuat kedengaran menyambut ahli-ahli panel yang datang memasuki lobi hotel.. Antaranya Prof Shad Faruqi, Malik Imtiaz dan yang lain-lain...

Zaid Ibrahim dan rakan-rakan terus berbual yang tidak dapat saya tangkap butirannya dan kemudian datang seorang yang tidak saya kenali (saya rasa beliau adalah negotiator antara IFC dan pihak Polis) memaklumkan kepada Zaid Ibrahim dan rakan-rakan yang mereka tidak mendapat kebenaran dari
Pihak polis untuk meneruskan forum sekiranya demonstrasi masih ada di luar hotel. Beliau agak resah dan sambil menghisap rokok beliau berkata “takpo, kito tunggu sekejap lagi, nanti panas, balik la puak-puak tu”, merujuk kepada pendemonstrasi di luar. Terus saya menghantar SMS kepada sahabat yang sedang berdemonstrasi supaya mereka meneruskan demo supaya majlis forum IFC tidak dapat di teruskan..Zaid Ibrahim terus menyatakan kebimbangannya bahawa orang ramai (merujuk kepada mereka yang datang untuk mengikuti majlis forum) tidak akan datang kerana takut dengan suasana tegang di hadapan pintu utama ke lobi hotel..

Saya terus duduk dengan harapan dapat mendengar butir perbualan mereka sambil menunggu-nunggu kalau-kalau ada muka yang saya kenali di dalam lobi tersebut. Dalam pada saya memerhati mereka yang berada di dalam lobi, saya ternampak sekumpulan 7,8 orang yang memakai kopiah diketuai
oleh seorang yang memakai baju melayu putih, berkain pelikat, memakai sandal dan bersongkok. Emm, mungkin ini agaknya mereka yang boleh dibuat rakan memandangkan di dalam lobi itu hanya di penuhi oleh pekerja hotel yang tidak tahu apa-apa dan ramai manusia dari bangsa Cina, India, Singh dan orang putih...Terus saya menuju ke lelaki bersongkok yang kelihatan sedang sibuk mengarahkan anak-anak buahnya untuk berbuat sesuatu..Rupa-rupanya beliau adalah Cikgu Azmi, Pengerusi TERAS..saya tidak dapat macam kerana tidak pernah melihat beliau dari dekat...

Cikgu Azmi dan rombongannya terus menuju ke lif untuk ke tingkat 3, dewan di mana forum tersebut akan diadakan. Saya terus mengikuti kumpulan yang di ketuai oleh Cikgu Azmi dan keluar sahaja dari lif, ada 2,3 orang polis beruniform sudah berkawal di hadapan lif, jalan menuju ke dewan dan di pintu masuk ke dalam dewan.. Sebelum masuk, kami di kehendaki mendaftar di 2 kaunter yang di jaga oleh AJK forum tersebut yang di antaranya ada 2,3 muka melayu...Setiap dari kami di berikan 1 majalah terbitan ALIRAN (muka depannya di siarkan gambar Allahyarham Moorthy dan Isterinya dengan tajuk
“NO JUSTICE & NO COMPASSION”;), sekeping surat untuk ditandatangani yang bakal diserahkan kepada PM, sejarah dan motif penubuhan IFC serta
sekeping aturcara majlis beserta nama speaker yang akan berucap. Baju kami juga di tampal dengan sekeping sticker berwarna hijau florescent..

Kami melangkah masuk ke dewan itu dan tidak banyak kerusi yang masih kosong. Rata-ratanya sudah dipenuhi oleh audien dari bangsa lain; ada cina, india, singh, orang putih...hanya ada 2,3 baris sahaja di bahagian belakang dewan yang masih kosong untuk di isi..Di pentas hadapan, segala persiapan sudah di atur...background pentas, 5 kerusi untuk speaker, screen besar dan sebagainya..Saya memerhati sekeliling dan ada beberapa orang yang saya kenali turut bersama-sama di dalam dewan tersebut. Kami menunggu-nunggu dan tidak lama kemudian Zaid Ibrahim pun masuk. Laungan Takbir berkumandang menyambut kedatangan beliau dan disusuli secara serentak tolehan oleh para hadirin yang duduk di hadapan terhadap kami. Mungkin
laungan takbir tersebut asing bagi mereka (kaum cina, hindu dsb) tapi tidak bagi Zaid Ibrahim kerana beliau dengan selamba mengangkat tangan sambil tersenyum melambai ke arah kami yang bertakbir...ciss!

Zaid Ibrahim kemudiannya disusuli oleh speaker-speaker yang lain mengambil tempat..Ada 5 orang semuanya...Perempuan cina pengerusi AWAM,
Prof Shad, Malik Imtiaz, Zaid, Pengerusi ALIRAN (Ramakrishnan kalau tak silap) dan seorang pengerusi majlis...Pengerusi majlis terus mengumumkan
yang majlis akan berlansung juga tetapi hanya untuk 30 minit dan MC hanya berikan 5 minit sahaja untuk setiap speaker berucap...Laungan takbir bergema dari pihak yang ingin forum itu di batalkan dan keluhan dari pihak penganjur dan audien yang ingin mendengar taklimat tersebut secara serentak memenuhi dewan tersebut...Suasan hingar seketika sebelum di redakan oleh MC yang terus menyerahkan microphone kepada Perempuan Cina pengerusi AWAM...

Berikut merupakan ucapan dari setiap speaker yang sempit berucap; 3 orang sempit berucap selama lebih kurang 5 minit, Zaid Ibrahim hanya sempat memegang microphone sebelum di minta untuk tidak berucap oleh SB dan Pengerusi ALIRAN lansung tidak sempat memegang microphone...

Perempuan Cina pengerusi AWAM -Ć orang pertama yang berucap

# sebab mereka menamakan kumpulan mereka as “ARTIKEL 11” Ć  dalam perlembagaan, artikel 11 mengatakan setiap individu berhak menganut agama pilihannya..
# bercerita tentang kes-kes yang pada pandangan beliau telah melanggar hak asasi kaum wanita seperti
a.     kes kaliammal dan suaminya Allahyarham Moorthy
b.     kes nyonya tahir yang disifatkannya unik disebabkan kaum keluarga nyonya tahir yang bukan islam meminta mahkamah syariah membuat
keputusan sama ada nyonya tahir islam atau bukan..
c.     kes lina teoh
di.     kes (tak ingat nama) seorang wanita hindu dan juga berkhwin dengan lelaki hindu.mereka mempunyai 2 anak dan kemudian, si suami memeluk islam, dan bertindak mengislamkan kedua-dua anak mereka...
# ini adalah 4 kes besar yang di bawa...

Prof Zaad Saleem Faruqi

# menyatakan islam agama yang baik, toleran dan tiada unsur kekerasan dan islam memberi kebebasan atas tiap individu..hujahnya menurut beliau di dalam alquran ada 2 ayat dalam surah albaqarah dan yunus; tiada paksaan didalam agama (la iqra ha fiddin...surah baqarah) dan Allah ciptakan
semua manusia sama dan kita tidak boleh mengubahnya (surah yunus,tak tau betul ke tak?)...
# bercakap tentang konsep undang2 dalam dual system..system syariah dan common law/civil...
# secara terang-terangan mengatakan tiada nas/atau nas yang lemah dari quran dan hadis nabi yang membincangkan tentang apostate (murtad) dan hukuman bagi mereka yang murtad (potong kepala..setelah semua process gagal untuk mengislamkan semula)..
# tidak tahu menahu tentang dakwaan 250,000 orang telah murtad menurut dato’ harussani..dan dengan selambanya berkata “ saya dan isteri saya telah ke london, tetapi ternyata kami tidak pun murtad”..sungguh kurang ajar sekali jawapan beliau..

Malik imtias
# mengatakan malaysia mengikut perlembagaan adalah negara sekular tetapi hakikatnya adalah negara islam kerana masih amalkan undang-undng syariah
#mengatakn setiap kita mempunyai aspiration/cita-cita dan ianya hanya akan tinggal sebagai cita-cita sahaja. Hanya ada satu sahaja cara untuk kita jadikan cita-cita itu menjadi realiti iaitu POLITIK..
# kita mesti MENGUNDI mereka yang mempunyai cita-cita yang sama dengan kita untuk mencapai aspirasi tersebut....
# dari cara dia berucap, saya rasa, selepas ini gerakan IFC akan menggunakan figure-figure di kalangan politician untuk memastikan cita-cita mereka menjadi kenyataan...nauzubillah..


Zaid ibrahim
# tak sempit berucap kerana di arahkan berhenti oleh SB dan disambut dengan laungan takbir di dalam dewan tersebut...

Hariz Ibrahim
#dengan bangganya menyatakan jumlah tandatangan yang terkumpul adalah melebihi 18,000 dan beliau berkomitmen untuk menggandakan jumlah tersebut dan disambut dengan tepukan dari penyokong IFC dan boo dari kami...

Majlis telah ditamatkan...hanya brjln dalam keadaan yang tidak teratur..selama lebih kurang 30 minit sahaja...ALHAMDULILLAH...SYUKUR TERHADAP PERTOLONGAN ALLAH..SEMOGA CITA-CITA JAHAT MEREKA TERUS BERKUBUR...

Saya terus turun ke bawah dan lihat, Masyallah ramainya yang turun demo..mungkin sekitar 1000 orang...
Terima kasih pada yang turun berdemo pada hari itu..
Kepada Pemuda PAS, TERAS, mamu-mamu tanjung, mamak-mamak nasi kandar, mat-mat rempit dan seluruh umat Islam yang cintakan agamanya...moga Allah pelihara Islam, diri, keluarga, negara kita....
TAKBIR!

Wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

Tolhah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.10.2005
Ahli No: 19532
Posting: 104

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 17-05-06 18:29


Hidup Islam di Pulau Mutiara.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For TolhahProfil   Hantar PM kepada Tolhah   Pergi ke Tolhah's Website   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 17-05-06 18:38


Mari membangun bersama Islam, ya Allah mengapa orang Islam diperkotak katikkan dibumi Islam ni..

Dipetik dari forwarded email untuk renungan bersama :
    Umat Islam atau Nazri sendiri yang BODOH!

    ROSLAN SMS
    
    "Jika anda bantah dan adakan demonstrasi ketika orang berbincang, ia tindakan BODOH Saya tidak takut menggunakan ayat itu."

    Demikianlah petikan UTUSAN terhadap kenyataan Menteri di JPM Nazri Aziz apabila diminta reaksi beliau terhadap kejadian di Pulalu Pinang baru-baru ini apabila kumpulan BADAI (Badan Anti IFC) berjaya membatalkan sebuah forum anjuran kumpulan-kumpulan pro IFC di sebuah hotel di sana.



    Di dalam akhbar THE SUN Nazri dipetik sebagai berkata:

    "We strongly condemn those who come out in numbers to protest against the forum. It was a legitimate forum for people to discuss their rights in this country."

    Malah Nazri seterusnya berkata bahawa KERAJAAN TIDAK ADA APA-APA HALANGAN TERHADAP PENGANJURAN FORUM TERSEBUT.

    Apakah matlamat forum ini dan kumpulan yang menganjurkannya?

    Dalam satu ayat pada pandangan saya ianya bermatlamat mempertikai dan mencabar Islam.

    Pertama kumpulan ini mempertikaikan status Malaysia sebagai sebuah Negara Islam atas dasar ianya sebenarnya sebuah Negara SEKULAR dan oleh itu setiap undang-undang dan peraturan tidak sepatutnya terikat atau memihak pada mana-mana agama ataupun kepercayaan termasuklah Islam.

    Kedua kumpulan ini berterusan menyatakan ketidakpuasan hati terhadap penyelesaian kes Allahyarham Sarjan Moorthy tempuh hari, dimana peruntukkan Perkara 121 (1)(A) pada pandangan mereka meletakkan Mahkmaha Syariah mengatasi Mahkamah Sivil sedangkan Negara ini sebuah Negara SEKULAR.

    Ketiga kumpulan ini berterusan mencabar pertauran dan undang-undang Islam dengan menyatakan bahawa sesiapa sahaja yang memeluk Islam sepatutnya turut diberikan hak memilih untuk menukar agamanya. Mengapa yang bukan Islam dibenarkan memeluk Islam sedangkan yang Islam tidak pula dibenarkan untuk MURTAD!

    Keempat mereka juga berterusan menyerang undang-undanmg kekeluargaan Islam, mempersoalkan integriti Mahkamah Syariah dalam kes permohonan cerai dan hak penjagaan anak-anak.

    Dan saya boleh menyenaraikan banyak lagi matlamat kumpulan pelampau ini yang dah pun diketahui umum. Oleh itu padan dan layaklah umat Islam bangun menentang kumpulan ini.

    Lalu jika mereka yang bangun demi mempertahankan maruah dan nama baik Islam itu digelar BODOH oleh Nazri, saya kira umat Islam juga tidak takut menyatakan bahawa sesungguhnya yang LEBIH BODOH adalah Nazri sendiri.

    Nazri sendiri lebih BODOH kerana tidak sedar bahawa sebagai seorang Islam, sebagai pemimpin Umno yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan Negara (sila rujuk Fasal 3 Perlembagaan Umno) sepatutnya beliau wajib bangun sekali mempertahankan Islam apabila ianya dicabar oleh mana-mana pihak!

    Soal kedaulatan Islam bukanlah soal yang boleh dibincang-bincang atau dirundingkan.
    Saya yakin semua umat Islam termasuklah kawan-kawan dari Umno sendiri bersetuju akan hakikat ini.

    Kalau atas dasar kedaulatan Negara kita boleh membatalkan pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor inikan pula soal yang melibatkan kedaulatan Islam yang merupakan aqidah dan kepercayaan umat Islam.

    Apabila ada pemimpin seumpama Nazri yang BODOH yang melayan dan memberi ruang kepada puak-puak pelampau ini maka pasti mereka akan bertambah bersemangat dan naik tocang, akhirnya lebih berani dan vokal lagi.

    Benarkah kerajaan sebagaimana dakwaan Nazri yang BODOH itu tidak menganggap kumpulan pelampau pro IFC ini sebagai ancaman, sedangkan semasa Kes Allahyarham Moorthy dahulu PM Dollah Badawi telah memberi amaran agar jangan ada mana-mana pihak mempertikaikan staus quo yang ada.

    Apa sikap kerajaan, apa sikap Umno sebenarnya dalam isu ini?

    Jangan bermain api, takut nanti rentung tangan kita. Kalau Nazri yang BODOH itu mahu tangannya rentung maka biarkan dia rentung seorang, yang lain jangan!

    Kita sudah berada digarisan kritikal disaat ini, dan kerajaan perlu menyatakan sikap. Kalau sikap kerajaan pun sama dengan si Nazri yang BODOH ini maka tibalah masanya untuk rakyat jelata khasnya yang beragama Islam bertindak menukar mereka dengan kepimpinan yang baru yang lebih sensitif dan tidak bertolak-ansur dalam isu-isu yang membabitkan agama yang tercinta ini.
    
    SILA KE BLOG ROSLAN SMS
    http://n32.blogspot.com
    
    TONTONI WTV8 WEB TV ALTERNATIF
    http://wtv8.tv

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

imtihan_insyirah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-05-06 09:02


assalamualaikum
sedih, Islam dipijak-pijak. Kata Nazri tu seolah-olah kata " buatlah apa saja, nak pijak Islam ke, nak buat apa pun, tak kisah. nak reject islam pun tak apa"


setahu ana, puak2 kafir ni selagi mereka duduk dalam negara Islam, mereka kena patuh dan taat pada undang2. kafir zimmi walaupun diberikan layanan baik, diberikan hak2 mereka, namun mereka sekali2 tak boleh pertikaikan hal2 yang melibatkan Islam sebab Islam adalah agama rasmi negara. mereka tak boleh buka mulut pun pertikaikan itu dan ini.

melampau betul mereka ni. Bayangkan kalau Malaysia jadi macam Singapore. Islam asing di bumi muslim sendiri. macam mana kalau jadi seperti Turki yang disekularkan Mustafa Kamal Ataturk? bagaimana ya kalau jadi seperti Mesir yang mengamalkan pemerintahan sekular bermula seperti mana yang terjadi semasa pemerintahan Jamal Abdul Nasir

bukalah mata dan fikiran. nak bersekongkol lagi kah dengan pihak yang mengizinkankan puak2 ini bermaharajalela. boleh fikir sendirilah siapa pihak tu. tepuk hati tanyalah iman.

...kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan (ghurur)" Ali Imran:185

Islam datang dalam keadaan gharib dan akhirnya akan kembali gharib seperti mana pada permulaanya. Maka beruntunglah mereka yang al-ghuraba': Hadith Riwayat Muslim

moga-moga kita termasuk dalam golongan al-ghuraba' selamanya. ameen


-----------------
ALLAH IS ENOUGH FOR ME
[ Telah diedit oleh: imtihan_insyirah pada 18-05-06 09:03 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For imtihan_insyirahProfil   Hantar PM kepada imtihan_insyirah   Pergi ke imtihan_insyirah's Website   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 18-05-06 13:45


Pada 18-05-06 09:02 , imtihan_insyirah posting:

!!! QUOTE !!!


setahu ana, puak2 kafir ni selagi mereka duduk dalam negara Islam,

hmm.. negara kita ni negara islam ke?

ps: sedih.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 18-05-06 14:41


Negara Islam.
ps : negara Islam pada namanya, TIDAK pada pelaksanaannya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 18-05-06 16:06


kadang-kadang..orang bodoh akan mempamerkan kebodohan mereka depan orang ramai jugak..apa nak hairan dengan pemimpin bodoh macam ni.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 18-05-06 16:32


ALLAHU AKBAR!!!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

alexander
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 18-05-06 17:31


:-) Assalamualaikum..............


    Hmmmm....Apa tujuannya IFC ni,hanya yang dilihat adalah untuk memusnahkan agama ISLAM secara perlahan2,jika begitu,apa gunanya ISLAM HADHARI yang didamba2kan selama ini???
Orang2 kafir laknatullah pula bersorak sorai dengan kehancuran agama kita...sedangkan kita???Orang yang mengaku ISLAM sendiri turut menyokong.....


-----------------
Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......


Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderProfil   Hantar PM kepada alexander   Pergi ke alexander's Website   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 19-05-06 10:03


Bila pemimpin mata duitan...inilah jadinya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

musaffir
Warga Rasmi
Menyertai: 01.12.2003
Ahli No: 5412
Posting: 8
Dari: Manchester University

uk   avatar


posticon Posting pada: 19-05-06 20:20


Salam..
ALLAHU AKBAR!!!!!!!
tapi sedih sebab tempat ana belajar sekarang (yang dikatakan tempat paling ramai melayu di UK) langsung tidak terasa bahang tentangan ifc ini...
nazri pun dah datang untuk melawat students bbrp bulan yang lepas..
tapi most students yang datang ke majlis dinner tersebut tak tau Apa pasal masalah percabulan maruah dan harga diri umat islam ini...not even any issue in malaysia...
yang terdengar hanya lah "menteri datang boleh makan free" sambil disambut gelak ketawa...
alhamdulillah dah bbrp ukhwah yang tampil dengan bbrp isu...tapi semua tanya pun berlapik saja...maybe 'amaran' sponsor' yang terlalu mencengkam..huh...
alahai negaraku...

Bookmark and Share

    


  Member Information For musaffirProfil   Hantar PM kepada musaffir   Quote dan BalasQuote

taufiq111
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.09.2004
Ahli No: 11035
Posting: 270
Dari: UKM

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 22-05-06 14:23


Bila kita dah terlalu terikat dengan seseorang, kadang-kadang kita tidak berani untuk ambil tindakan... fikir2 kan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For taufiq111Profil   Hantar PM kepada taufiq111   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 22-05-06 23:17


stress aku baca... mereka semakin melampaui batasan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 23-05-06 02:50


nazri2...kalau tak hendak Islam pun..tolong la cakap berlapik sikit...ini yang nak marah ini...kerajaan Arab Saudi telah menggulingkan Denmark sebab kutuk Nabi...kerajaan Denmark menanggung rugi berbilion dolar akibat dari kerajaan Arab Saudi memulaukan dan menggulingkan kerajaan itu kerana mengutuk Nabi...berani betul dia nak tentang Islam??jangan cetuskan kemarahan umat Islam di negara ini pula dahla nazri.....dia tak tahu ke darah kita ini mengalir untuk fisabililah???silap2 dia kena pancung dulu

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

qardhawi_jr
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.07.2005
Ahli No: 17517
Posting: 365

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-05-06 10:22


nazri aziz...zaid ibrahim dan nama2 yang terlibat dalam forum itu memng kontroversi @prkataan yang paling lembut bagi mereka ialah Celaka.....

isu ifc,murtad.....dll....muka2 yang sama...ada agenda tersirat....islam pada nama tapi boleh dipertikaikan sebenarnya keislaman mereka....

harap warga ukhwah boleh jalankan siasatan...edisi siasat....dan kita,,...Bongkar......siapa mereka sebenarnya.......

umat Islam di malaysia semakin diancam cuma kita masih mampu tersenyum bergelak ketawa ...tak buat apa-apa pun untuk kemajuan islam......

Bookmark and Share

    


  Member Information For qardhawi_jrProfil   Hantar PM kepada qardhawi_jr   Quote dan BalasQuote

fadzlyz
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2006
Ahli No: 24451
Posting: 639
Dari: cheras

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 23-05-06 10:31


bagus!mari kita lawan depa!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For fadzlyzProfil   Hantar PM kepada fadzlyz   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7872
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 30-05-06 11:05


pancung saja semua orang-orang IFC tu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

great_teacher
WARGA SETIA
Menyertai: 03.01.2004
Ahli No: 6195
Posting: 739
Dari: ...:::BANDAR DI RAJA MENUJU KE SERAMBI MAKKAH:::...

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 30-05-06 12:07


ana sempat join demo kat cititel penang, syabas dan tahniah kepada semua umat islam yang berkumpul untuk menentang IFC...tapi sekarang kumpulan ALIRAN dan ARTIKEL 11 tidak berpuas hati sebab forum mereka terpaksa berhenti sekerat jalan...mereka nak buat balik kat penang....sekarang semua NGO Muslim penang sedang plan nak ambik tindakan yang sesuai untuk lawan IFC.....tak boleh nak harapkan kerajaan yang hanya pandai kata orang bodoh...tak sedar diri yang dia sebenarnya bukan sekadar BODOH...tapi SOMBONG dan BONGKAK.....cakap saja negara ISLAM...habuk pun tak boleh nak pakai....

Bookmark and Share

    


  Member Information For great_teacherProfil   Hantar PM kepada great_teacher   Pergi ke great_teacher's Website   Quote dan BalasQuote

great_teacher
WARGA SETIA
Menyertai: 03.01.2004
Ahli No: 6195
Posting: 739
Dari: ...:::BANDAR DI RAJA MENUJU KE SERAMBI MAKKAH:::...

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 30-05-06 13:03


http://www.geocities.com/bantah_ifc/

ini laman untuk mendapatkan maklumat bagi kita membantah IFC...

Bookmark and Share

    


  Member Information For great_teacherProfil   Hantar PM kepada great_teacher   Pergi ke great_teacher's Website   Quote dan BalasQuote

pengembara707
Warga 2 Bintang
Menyertai: 21.12.2005
Ahli No: 21299
Posting: 70
Dari: di planet yang ketiga

blank   avatar


posticon Posting pada: 30-05-06 13:13


Amat tidak wajar jika kita membuat kesimpulan
bahawa demonstrasi yang telah dilakukan ini
suatu tindakan bodoh. Adakah pemimpin-
pemimpin (khasnya UMNO) dan rakyat yang telah
berjuang dengan melakukan demonstrasi untuk
mendapatkan kemerdekaan dari British ini telah
melakukan suatu kebodohan? Walaupun
demonstrasi itu telah dilakukan 'secara haram'
(kerana British pada waktu itu tidak memberi
permit untuk rakyat mengadakan demonstrasi),
tetapi pemimpin dan rakyat pada waktu itu tidak
pernah beranggapan ia adalah suatu kebodohan,
malah sebaliknya. Walaupun perhimpunan
adalah 'haram', rakyat tetap bangkit dan
berdemonstrasi tanpa
memperdulikan 'keharamannya'. Inilah sejarah
yang tidak dapat kita nafikan.

Definisi Demonstrasi

Demonstrasi sebagaimana yang disebutkan dalam
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
mengandungi dua makna. Pertama: penerangan,
peragaan, penunjukan tentang cara kerja sesuatu
mesin, keluaran dan lain-lain; Kedua: tunjuk
perasaan dengan cara berkumpul beramai-ramai,
berarak dan lain-lain. Inilah definisi yang menjadi
topik perbincangan kita...

Bookmark and Share

    


  Member Information For pengembara707Profil   Hantar PM kepada pengembara707   Pergi ke pengembara707's Website   Quote dan BalasQuote

pengembara707
Warga 2 Bintang
Menyertai: 21.12.2005
Ahli No: 21299
Posting: 70
Dari: di planet yang ketiga

blank   avatar


posticon Posting pada: 30-05-06 13:26


Pada 23-05-06 02:50 , hafeezzul posting:

!!! QUOTE !!!

nazri2...kalau tak hendak Islam pun..tolong la cakap berlapik sikit...ini yang nak marah ini... kerajaan Arab Saudi telah menggulingkan Denmark sebab kutuk Nabi...kerajaan Denmark menanggung rugi berbilion dolar akibat dari kerajaan Arab Saudi memulaukan dan menggulingkan kerajaan itu kerana mengutuk Nabi...berani betul dia nak tentang Islam??jangan cetuskan kemarahan umat Islam di negara ini pula dahla nazri.....dia tak tahu ke darah kita ini mengalir untuk fisabililah???silap2 dia kena pancung dulu



rasanya arab saudi telah menarik balik pengharaman barang-barang tenusu denmark oleh salah sebuat syarikat Arab Saudi.
Jadi istilah ā€œMelayu mudah lupaā€ bukan sahaja hanya merujuk kepada kaum melayu sahaja, nampaknya ia telah berjangkit kepada orang-orang berbangsa Arab. .


Pengerusi Kumpulan Al-Othaim, Abdullah Al-Othaim dan pengurus besar syarikat A.A. Almunajem Sons Co., Abdulaziz Al-Munajem membuat pengumuman bahawa mereka akan mula menjual semula produk tenusu daripada Demark di dalam pada sidang akhbar baru-baru ini(5/4/2006 Utusan Malaysia).


``Proses pemulauan terhadap barangan keluaran Denmark telah ditarik balik dan ini melibatkan barangan keluaran Arla Foods sahaja,'' katanya.


Arla Foods sudah pun mengemukakan permohonan maaf kepada penduduk Islam di seluruh dunia dan berjanji akan memberikan sumbangan kepada badan-badan kebajikan serta menyebarkan kesedaran orang awam terhadap Islam( Agensi)

Tidakkah Abdullah Al Otham dan rakan-rakannya menyedari bahawa maruah Rasulullah saw itu adalah lebih penting daripada segala-galanya? Justeru, penarikan semula pengharaman tersebut sebenarnya menampakkan kelemahan orang-orang Arab untuk mempertahankan maruah Islam.


-----------------


Catatan Saya


Bookmark and Share

    


  Member Information For pengembara707Profil   Hantar PM kepada pengembara707   Pergi ke pengembara707's Website   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 30-05-06 13:41


depa tu melayu saja agaknya.... status islamnya aku tak berani nak kata...

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.136412 saat. Lajunya....