Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-11-2023  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Setiap awal tahun Allah SWT menghadiahkan 8760 hadiah amat berharga untuk setahun. Bagaimana anda menggunakan 8760 jam itulah yang menentukan kemajuan atau kemunduran hidup
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 54
Ahli: 0
Jumlah: 54




  Yang Masuk Ke Sini
nasrun_qalbi: 11 hari yang lalu
sadiqah: 14 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: COLGATE HARAM!!


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» COLGATE HARAM!!

Please Mendaftar To Post


Oleh COLGATE HARAM!!

virtualmovement
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7206
Posting: 141
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 24-04-06 18:28


NOTA

Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan MAPAN dengan ini merayu dan meminta kerjasama serta sokongan SEMUA RAKYAT MALAYSIA terutamanya umat Islam, ahli-ahli Kariah Masjid dan Surau, ahli dan kekanda PEKIDA, NGO, persatuan persatuan pengguna negeri, FOMCA, CAP, ACCIN, IIS, DPMM, JIM, CUEPACS, GPMS, keluarga FELCRA, FELDA dan RISDA, NUTE, PERKIM, KIMMA, PERMIM, PRESMA, UMNO, PAS, Barisan Nasional, PESAKA dan ahli-ahli Silat Gayung, Silat KALAM, Silat Cekak, persatuan-persatuan silat, para usahawan, ahli-ahli politik, para mahasiswa dan mahasiswi IPTA/IPTS, pelajar-pelajar sekolah, para pensyarah dan ahli akademik, kakitangan kerajaan, para pekerja, para persatuan sukarela dan para pejuang keadilan yang prihatin dengan perjuangan kemanusian dan keadilan sejagat agar tidak lagi membeli UBAT GIGI COLGATE sehingga COLGATE belajar menghormati pengguna.

Kita renung antara fakta-fakta berikut :- · COLGATE adalah sebuah syarikat yang TIDAK PRIHATIN kepada sensitiviti umat Islam. Sejak bertapak di Malaysia lebih 40 tahun lalu, ia tidak pernah mendapatkan atau berusaha untuk memperolehi sijil Halal JAKIM bagi menjaga hati para pengguna Islam atau menyatakan yang produk mereka HALAL; · Tanpa sijil halal ini sejak begitu lama dan tanpa sebarang tanda Halal di kotak ubat gigi tersebut, wajar dan patutkah kita menganggap Colgate sebagai Halal sedangkan Colgate sendiripun tidak mendakwa ianya halal atau ditanda sebagai HALAL; · COLGATE begitu angkuh sehingga tidak menghiraukan pertanyaan PPIM dan orang ramai atau mengambil langkah untuk memberi sebarang keyakinan secara pro aktif kepada masyarakat Islam terhadap status halal produk mereka hingga ke hari ini; · Ia dibuat di Thailand yang mana juga menyokong ekonomi Thailand yang terbukti melakukan penganiayaan kepada penduduk Selatan Thailand (PPIM telah melancarkan BOIKOT COLGATE sebagai bantahan kepada pembunuhan kejam rakyat Islam di Selatan Thailand); · Puluhan atau ratusan juta telah dibelanjakan oleh syarikat ini untuk pengiklanan tetapi Kenapa tidak ada peruntukan kewangan untuk menjaga hati masyarakat Islam, contohnya mendapatkan sijil halal daripada JAKIM. kos untuk mendapatkan sijil halal kurang RM 1,000 sahaja. Bukankah ini satu penghinaan besar di sebuah Negara yang agama rasminya Islam; · Sehingga kini Colgate enggan bekerjasama dengan PPIM untuk membuktikan sijil halal Thailand yang didakwanya ada serta membuktikan bahawa produk-produknya HALAL. · Apa pula status produk Colgate di pasaran yang datang daripada China, Vietnam dan Amerika? Siapakah yang memberi jaminan ini? Bush...? · Janganlah kita berurusan dan menyokong syarikat yang menghina dan tidak menghormati umat Islam. Kita sokonganlah produk-produk daripada syarikat yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap keperluan masyarakat Islam setiap kali kita membeli; · Kita bersatulah dalam memboikot Ubat Gigi Colgate serta menghantar isyarat jelas bahawa para pengguna Islam akan bersatu memulau produk yang tidak menghormati keperluan dan kepentingan umat Islam. BERSATU KITA SEHATI SEJIWA sebarkan nota ini kepada seramai mungkin rakan dan taulan sebagai satu perjuangan melawan keangkuhan serta menunjukkan bantahan kepada syarikat multi-nasional yang tidak menghormati serta mempermainkan para pengguna Islam sejak sekian lama. Cuba buat kali ini , kita buktikan bahawa kita pengguna juga MEMPUNYAI KEKUATAN JIKA BERSATU. Kita hantar isyarat jelas, para pengguna tidak mengira Islam atau bukan Islam tidak rela ditipu secara berterusan. Kita mahu mereka lebih prihatin dan bertanggungjawab. “BOIKOT PRODUK HINA PENGGUNA” PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA & MAPAN
posted by Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi @ 4:44:00 PM

Bookmark and Share

    


  Member Information For virtualmovementProfil   Hantar PM kepada virtualmovement   Pergi ke virtualmovement's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
� Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.100115 saat. Lajunya....