Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 02-07-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Men are born to succeed, not fail.
-- Henry David

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 62
Ahli: 0
Jumlah: 62




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 19 hari yang lalu
Daeng_Jati: 40 hari yang lalu
Kang: 44 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Renungan Bersama..


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Renungan Bersama..

Please Mendaftar To Post


Oleh Renungan Bersama..

pejuang_islam
Warga Rasmi
Menyertai: 17.07.2003
Ahli No: 2409
Posting: 11
Dari: KMPP

yemen  


posticon Posting pada: 06-08-03 18:33


Assalamualaikum
Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh
Allah?

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan....
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan...
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan....
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan...

Dengan kain kafan yang serba putih...
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih...
Walaupun orang yang hadir itu merintih....
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....

Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah...
Dengan empat kali takbir dan satu salam...
Berserta Fatihah, Selawat dan doa...
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah....

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus...
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?...
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah
luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan
demikian....
Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad...
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat...

Iringilah dirimu ke masjid...
Sebelum kamu diiringi ke Pusara...
Tangisilah dosa-dosamu di dunia...
Kerana tangisan tidak berguna di alam baQa'...

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan...
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan...
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan...
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan...
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....

Bukan yang pergi....
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan....
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan....
Ingatlah di mana saja kamu berada...
Kamu tetap memijak bumi Tuhan....
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan...
Serta menikmati rezeki Tuhan...

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-nya....
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang
terakhirnya....
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak
bererti...
Lalu menjadi segumpal darah...
Lalu menjadi seketul daging....
Lalu daging itu membaluti tulang....
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai ti....
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah...

Ayam tak petok itik tak sudu...
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu...
Yang lebih agung dari malaikat....
Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat....

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia....
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'....
Jalan kemenangan akhirat dan dunia...

Ingatlah yang kekal ialah amal...
Menjadi bekal sepanjang jalan...
Menjadi teman di perjalanan...
Guna kembali ke pangkuan Tuhan...

Pada hari itu tiada berguna....
Harta, tahta dan putera...
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia...

Wallahu A'lam...



Bookmark and Share

    


  Member Information For pejuang_islamProfil   Hantar PM kepada pejuang_islam   Quote dan BalasQuote

farisHaq
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 07.06.2003
Ahli No: 1169
Posting: 212
Dari: s. alam

kuwait   avatar


posticon Posting pada: 06-08-03 19:24


alhamdulillah.....

hanya itu yg saya dpt ucapkan bila membaca peringatan..
puisi/sajak/karya kreatif (whatever) ni buat saya terfikir sejenak...

terima kasih pejuang_islam diatas karya yg menyentuh jiwa... teruskan menyentuh jiwa2 manusia yg sudah kering dan ketandusan siraman iman... barakallahu fiika

-----------------
sudahkah anda melayari ?

Bookmark and Share

    


  Member Information For farisHaqProfil   Hantar PM kepada farisHaq   Quote dan BalasQuote

nur_indah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 7
Posting: 393
Dari: N9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 07-08-03 16:25


syukran jazilan pejuang Islam... tapi.... macam pernah kudengar puisi ni... di mana yaaa??? hh, di ikim.fm ekkk????

sudah bersediakah kita????

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_indahProfil   Hantar PM kepada nur_indah   Quote dan BalasQuote

hanzaalah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.07.2003
Ahli No: 2622
Posting: 85
Dari: Darr Al-Aman

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 18-08-03 16:09


Assalamualaikum. Kita perlulah mengingati mati sekurang-kurangnya lima kali sehari selepas solat fardhu.Kalau lebih lagi bagus. Penghayatan solat adalah yang terbaik untuk kita mengingati kematian.



-----------------
" Islam Is The Way Of Life "

[ Posting ini telah di edit oleh: hanzaalah pada 2003-08-18 16:11 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanzaalahProfil   Hantar PM kepada hanzaalah   Pergi ke hanzaalah's Website   Quote dan BalasQuote

khaulah_alazwar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 03.06.2003
Ahli No: 927
Posting: 638
Dari: ::The Garden of Knowledge and Virtue::

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 18-08-03 17:49


Syukran jazilan pejuang_islam...orang yang paling cerdik adalah orang yang selalu mengingati mati..maut akan datang bila-bila masa sahaja...samada kita nak atau tak nak..ia pasti akan hadir..

-----------------
"Tidak ada apa yang lebih manis dalam kehidupan ini melainkan apabila kita berjaya memperolehi kemanisan IMAN dan CINTA ILAHI"

Bookmark and Share

    


  Member Information For khaulah_alazwarProfil   Hantar PM kepada khaulah_alazwar   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.098596 saat. Lajunya....