Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 01-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Burung yang akan mati hanya berjalan, tidak lagi terbang
-- Peribahasa Red Indian

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 50
Ahli: 0
Jumlah: 50




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 4 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: Persepsi versus Realiti


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» Persepsi versus Realiti

Please Mendaftar To Post


Oleh Persepsi versus Realiti

majidah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.08.2004
Ahli No: 10691
Posting: 492
Dari: Macquarie University Village

Kedah  


posticon Posting pada: 20-04-06 19:08


Assalamualaikum
Saya kat sini tak berniat nak buat generalisation, sekadar nak berkongsi pengalaman dan perasaan :-P

Saya selalu memandang tinggi dan menyanjungi kelompok2 'siqoh' (meminjam istilah budak2 SMKA) yang wujud di sekeliling saya. Bagi saya, mereka ini sangat layak dibuat kawan.

Saya yang berasal dari kelompok 'pertengahan' ni selalu juga tergeleng2 dan :-( melihat kelompok2 kawan2 yang tega memakai short dan tube tanpa segan silu. seolah-olah tak pernah belajar agama layaknya.

Tapi hari ini, saya dapat pelajaran yang sangat bermakna. Pelajaran yang saya sudah sedia maklum dan hari ini pelajaran itu telah diconsolidatekan lagi dalam skema otak saya. Jangan menilai manusia dari luaran.

Tenggelam dalam sedikit hal/masalah, saya meminta pertolongan dari seseorang yang nampaknya 'siqoh'. Yela...orang 'siqoh' ...pastilah dia paham istilah ukhwah Islamiah ni. Tambah2 lagi saya ni perantau kat sini. Rupa-rupanya, saya meminta pertolongan dari orang yang salah. Dalih dan excuses yang saya terima.

Dan Allah datangkan seorang hambaNya yang pernah saya 'tergeleng2' melihat cara pemakaiannya menolong saya menyelesaikan masalah tersebut. Masya Allah, terkedu saya. Tanpa sebarang dalih, dengan hati terbuka dia menyatakan 'no worries, I can help you'.

Terfikir2 saya, kata-kata 'berkawanlah dengan kawan2 yang dapat mendekatkan diri kita dengan Allah' itu kadang-kadang membuatkan kita memandang sinis kelompok yang 'teruk', sedangkan mereka inilah yang membantu kita di kala kita memerlukan bantuan.

Persepsi 'kurang baik' yang mereka tampilkan terhapus dengan realiti 'baik' yang telah mereka buktikan. Sebaliknya.....
Wallahualam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For majidahProfil   Hantar PM kepada majidah   Pergi ke majidah's Website   Quote dan BalasQuote

setanggi_syurga83
WARGA SETIA
Menyertai: 10.03.2006
Ahli No: 23348
Posting: 517
Dari: Negeri Sembilan-bumi Allah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 02-07-06 12:29


Mungkin ada hikmahnya kejadian yang tak berapa pelik tapi benar ni..dan benda ni pernah juga terjadi pada saya..Mungkin andalah yang dapat membimbing mereka yang sedikit tersasar ni..??


-----------------
-StaIrWays To HeaVen-http://nurfazilah.hadithuna.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For setanggi_syurga83Profil   Hantar PM kepada setanggi_syurga83   Pergi ke setanggi_syurga83's Website   Quote dan BalasQuote

nur_2110
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.09.2005
Ahli No: 18853
Posting: 187
Dari: infront of my 2313NLCi

Melaka  


posticon Posting pada: 02-07-06 14:02


hmm..saya pun ada juga pengalaman macam majidah...its sad to think things like this could/would/ever happen....

rasa saya things like this lah yang menyebabkan ada peribahasa omputih "don't judge a book by its cover"...

tapi jangan sebab nila setitik habis susu sebelanga...ye tak?

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_2110Profil   Hantar PM kepada nur_2110   Quote dan BalasQuote

ana_anua
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.05.2005
Ahli No: 16461
Posting: 151
Dari: SARAWAK

Perak  


posticon Posting pada: 02-07-06 21:57


!!! QUOTE !!!

Persepsi 'kurang baik' yang mereka tampilkan terhapus dengan realiti 'baik' yang telah mereka buktikan. Sebaliknya.....

mereka telah membantu anda..sekarang tibalah masa anda untuk 'membantu' mereka agar penmpilan 'kurang baik' mereka terhapus berganti 'baik'.....

dan bagi golongan 'thiqoh' ini..mereka juga manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.maafkan mereka kerana itu sifat terbaik manusia yang beriman

Bookmark and Share

    


  Member Information For ana_anuaProfil   Hantar PM kepada ana_anua   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 02-07-06 22:35


Hal seperti itu minoriti kalau nak berlaku...mungkin juga sentimen syaitan suruh kita terus berkawan dengan orang yang teruk perangainya..tidak dinafikan sesetengah orang berpakaian seolah-olah macam ustaz atau ustazah tapi teruk perangai nya..Pendapat saya janganlah membenci terus golongan macam ini...sebab mereka kadang-kadang 'confius' dengan diri mereka juga..Dan ada juga orang yang pemakaian sangat teruk tapi still menjaga akhlak ketimuran..lain orang lain perangai...yang penting kita ikut nasihat nabi..kawan lah dengan orang yang baik perangai nya...insyaALLAH kita selamat...minta doa pada ALLAH supaya jaga kita dan biar kita berkawan dengan orang baik2...mudah-mudahan dengan berkawan dengan orang baik makin dapat meningkatkan iman kita pada ALLAH...jangan lupa kalau kita kwan dengan orang yang teruk perangai nya..kita juga akan disoal Kenapa biarkan mereka dalam kegelapan sedangkan kita baik??Besar tggjawap kita sebagai kawan...Doa lah selalu mudah-mudahan ALLAH sentiasa menjaga kita.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

jAiLuL_mAnsHuDaH
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 170
Posting: 310
Dari: Di sana sini...

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 03-07-06 00:06


Assalamualaikum...

lain orang lain perangai, lain orang lain juga pengalaman dan pandangan...mungkin situasi yang saudari alami mempunyai makna dan hikmah yang tersendiri yakni membuka laluan kepada saudari untuk cuba mempengaruhi dan mengubah 'golongan kurang baik' yang telah menzahirkan realiti baik kepada saudari ke arah kebaikan walaupun tidak mencapai tahap kesempurnaan sepenuhnya...

sebenarnya segelintir mereka daripada 'golongan kurang baik' ni bukannya tidak langsung boleh dibuat kawan, mereka ni juga boleh berkawan, berkongsi masalah dan sebagainya lagi cuma mungkin memerlukan kawan yang betul-betul kawan untuk membantu mereka mencapai tahap lebih baik...

di sini saya nak tekankan bahawa persepsi saudari terhadap golongan siqoh mungkin menyebabkan saudari seakan2 terlupa bahawa mereka ini juga manusia yang serba kekurangan...dan janganlah disebabkan perkara seumpama ini mengubah persepsi positif menjadi negatif...berlapang dadalah dalam segala hal dan redha dalam setiap natijah...sentiasalah memandang sesuatu itu dengan pandangan yang baik kerana ia adalah wasilah berbaik sangka sesama manusia...

sekadar peringatan untuk diri sendiri...

Wallahu A'lam...


-----------------
.::Ketenangan lahir dari hati yang bersih::.


Bookmark and Share

    


  Member Information For jAiLuL_mAnsHuDaHProfil   Hantar PM kepada jAiLuL_mAnsHuDaH   Pergi ke jAiLuL_mAnsHuDaH's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.106584 saat. Lajunya....