Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kalau Hidup Tidak Boleh Menyenangkan Orang, Jangan Menyusahkan Orang

-- Meow (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 183
Ahli: 0
Jumlah: 183




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Petua Warisan
Topik: Panduan Kesihatan Secara Islam


Carian Forum

Moderator: Administrator, anis_zulaikha
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Petua Warisan
    »» Panduan Kesihatan Secara Islam

Please Mendaftar To Post


Oleh Panduan Kesihatan Secara Islam

dauspd
Warga 1 Bintang
Menyertai: 23.02.2006
Ahli No: 22929
Posting: 40
Dari: Port Dickson / USJ

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 16-04-06 21:56


PANDUAN KESIHATAN SECARA ISLAM
*******************************************************

LARANGAN-LARANGAN TERRHADAP AMALAN
PERBUATAN DAN
KEBIASAAN YANG BOLEH MEROSAKKAN
KESIHATAN TUBUH BADAN

1) Tidak boleh sama sekali berjimak ketika berada
di
dalam terlalu kenyang atau terlalu lapar.
2) Mandi setelah makan.
3) Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah
dan
berdukacita.
4) Berada dalam keadaan terlalu lapar.
5) Berjaga malam selain dari qiamullail.
6) Memakan daging yang tidak disembelih
mengikut hukum
Islam.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGUATKAN
TENAGA TUBUH BADAN
1) Memakan daging.
2) Selalu menghidu bau-bauan yang sedap.
3) Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana
jimak.
4) Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari
kapas.
5) Mandi dalam keadaan perut yang sederhana,
tidak terlalu lapar atau
terlalu kenyang.
6) Memakan makanan yang agak manis.

FAKTOR YANG BOLEH MENDATANGKAN
PENYAKIT
1) Bercakap banyak.
2) Tidur banyak.
3) Makan banyak.
4) Banyak jimak.

4 FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN
BADAN
1) Banyak jimak.
2) Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh
kesah.
3) Banyak minum air yang bercampur dengan air
liur kita sendiri.
4) Banyak memakan makanan yang serba
masam.

SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT
1) Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan ke
dalam air sejuk(masak).
2) Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari
wuduk.

BAGI MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL
1) Tinggalkan dari bercakap kosong.
2) Sentiasa bersugi.
3) Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.

MAKANAN ATAU MINUMAN YANG TERJATUH
LALAT KE DALAMNYA,
MAKANLAH, JANGAN DIBUANG

Jika terjatuh lalat ke dalam makanan atau
minuman, hendaklah anda
tenggelamkan keseluruhan badannya ke dalam
makanan atau minuman itu,
kemudian ambil dan buangkan lalat
itu. Ia tidak beracun lagi/sudah selamat digunakan.
Ingat jangan membazir,
orang yang membazir itu adalah saudara atau
sahabat syaitan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA
MENJADI PELUPA/MELEMAHKAN DAYA
INGATAN DAN
KEFAHAMAN
1) Melihat pekara-pekara yang haram.
2) Melancap.
3) Membuang air kecil semasa sedang
menggosok gigi.
4) Meminum minuman atau memakan makanan
yang bercampur semut.
5) Tidak membaca Al-Quran.
6) Meminum atau memakan yang haram atau
yang diperolehi dengan cara yang
haram.
7) Mengumpat dan mengata.
8) terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.
9) Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).
10) Terlalu memikirkan yang bukan-bukan.
11) Sentiasa berada dalam keluh kesah atau
dukacita.

LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS
MAKAN
1) Di larang keras tidur selepas makan kerana
mendatangkan keras hati
2) Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-
kurangnya 40 langkah.
3) Sebaik-baik hendaklah bersembahyang
selepasnya supaya makanan mudah
hadam.

SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN
KESIHATAN UNTUK BADAN
SEBOLEH-BOLEHNYA JANGAN MEMINUM AIR
DI WAKTU-WAKTU BERIKUT :
1) Selepas bersenam, bersukan atau melakukan
kerja-kerja berat.
2) Selepas berjimak.
3) selepas makan atau sebelumnya.
4) Ketika sedang makan.
5) Selepas memakan buah-buahan.
6) Selepas keluar dari bilik mandi.
7) Ketika terjaga dari tidur.

CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA
DIAMALKAN OLEH
RASULULLAH S.A.W.
1) Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan
sembahyang Isyak jam 10.00 atau
11.00 dengan keadaan berwuduk.
2) Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam
1.00 atau 2.00, kemudian
bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.
3) Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah
sebelum terbit fajar.
4) Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah
rusuk kanan, rusuk kiri di
bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan
di dalam usus, cepat hadam
makanan.
Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.

WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN
TIDUR
1) Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
2) Selepas masuk waktu Asar.
3) Tidur di bawah cahaya matahari waaupun
terkena separuh dari badan.

BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI
Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan
cuaca yang panas kerana:
1) Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
2) Merosakkan warna kulit.
3) Melemahkan jantung.
4) Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
5) Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga
syahwat.
6) Melemahkan kecerdasaan akal.

CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS
BANGKIT DARI TIDUR
1) Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka,
tangan dan kaki sebelum masuk
tidur.
2) Hindarkan dari tidur lewat malam.
3) Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil
setelah jaga dari tidur
sebelum turun dari katil.
4) Minumlah segelas air masak setiap pagi
sebelum bersarapan tetapi jangan
selepas saja bangun dari tidur.
5) Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata
dengan air suam.
6) Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.

PEKARA-PEKARA YANG BOLEH
MELEMAHKAN TENAGA DAN
MEMPERCEPATKAN TUA
1) Banyak melakukan jimak.
2) Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-
angan.
3) Banyak minum air di waktu pagi.
4) Banyak memakan atau meminum yang serba
masam.

SEBAB-SEBAB UTAMA DITIMPA PENYAKIT
JANTUNG
1) Merokok yang berterusan.
2) Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama).
3) Kurang tidur.
4) Sentiasa mandi di tengah malam.
5) Berjimak di dalam air atau ketika udara terlalu
sejuk.
6) Melakukan kerja secara berterusan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA
LEMAH DAYA PENGLIHATAN
1) Melihat kepada benda-benda kotor.
2) Melihat kepada palang +/salib.
3) melihat kepada alat kelamin perempuan atau
bayangan luar.
4) Duduk dengan membelakangkan kiblat.
5) Berpagi dan berpetang dengan muka yang
muram.
6) Banyak menangis

Bookmark and Share

    


  Member Information For dauspdProfil   Hantar PM kepada dauspd   Quote dan BalasQuote

fizanaiy
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.01.2005
Ahli No: 13439
Posting: 160
Dari: Damansara Damainya....

Johor   avatar


posticon Posting pada: 04-06-06 10:49


Info yang menarik untuk di ikuti....:_)

Bookmark and Share

    


  Member Information For fizanaiyProfil   Hantar PM kepada fizanaiy   Quote dan BalasQuote

nurlynn
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 04-06-06 11:23


ana selalu minum air jika terjaga dr tidur..
hurmm...syukran dauspd..
lepas ni ana kena ubahla tabiat ana..hehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlynnProfil   Hantar PM kepada nurlynn   Quote dan BalasQuote

muslimah83
WARGA SETIA
Menyertai: 05.02.2004
Ahli No: 7015
Posting: 1001
Dari: Tawau

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 04-06-06 15:01


tanks!!!!!....petua yang best.........

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah83Profil   Hantar PM kepada muslimah83   Quote dan BalasQuote

anmahar
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14615
Posting: 703
Dari: Kedah Darul Aman

Kedah  


posticon Posting pada: 04-06-06 15:08


syukran.... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For anmaharProfil   Hantar PM kepada anmahar   Quote dan BalasQuote

msyahid
Warga 2 Bintang
Menyertai: 05.11.2004
Ahli No: 12302
Posting: 70
Dari: simpang renggam

Johor  


posticon Posting pada: 05-06-06 13:14


syukur..alhamdulillah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For msyahidProfil   Hantar PM kepada msyahid   Quote dan BalasQuote

aina_2410
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.09.2003
Ahli No: 3350
Posting: 45
Dari: j-town

malaysia  


posticon Posting pada: 22-08-06 23:01



    


  Member Information For aina_2410Profil   Hantar PM kepada aina_2410   Quote dan BalasQuote

nabilpoyo
WARGA SETIA
Menyertai: 13.12.2005
Ahli No: 21141
Posting: 730
Dari: Kuantan + penang + KL + jakarta

blank   avatar


posticon Posting pada: 23-08-06 00:31


bagus betulllll..........

Bookmark and Share

    


  Member Information For nabilpoyoProfil   Hantar PM kepada nabilpoyo   Quote dan BalasQuote

azzahrawi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 33
Posting: 307
Dari: pulau mutiara

PulauPinang  


posticon Posting pada: 24-08-06 22:02


jazakallahu khairan kathira....

ada tak apa petua ketika tangan patah.. macam mana nak jaga agar cepat sembuh? :berfikir:

Bookmark and Share

    


  Member Information For azzahrawiProfil   Hantar PM kepada azzahrawi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.090027 saat. Lajunya....