Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 25-03-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Layang-layang naik ke udara kerana menentang angin bukan kerana mengikut arah angin

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 21
Ahli: 0
Jumlah: 21




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 15 hari yang lalu
al-biruni03: 44 hari yang lalu


Al-Quran dan Hadis
Topik: untuk golongan yang berfikir


Carian Forum

Moderator: Administrator, ABg_IMaM, ibnu_musa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» untuk golongan yang berfikir

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Oleh untuk golongan yang berfikir

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 13-04-06 01:03


Pengkajian hadith, antara teori dan praktikal

1-Cara sesuatu hadith itu dinilai untuk mengetahui kesahihannya
adalah dengan mengkaji sanad (silsilah periwayat) dan matan
(lafaz/teks hadith). Setelah didapati kedua-dua sanad dan matan itu tidak mempunyai kelemahan/kecacatan, maka sesuatu hadith itu dikira sebagai hadith sahih.

2-Terdapat pelbagai cabang ilmu yang berkaitan dengan kajian
kesahihan hadith ini dan tempatnya adalah dalam buku2 mustolah
hadith sama ada lama atau baru. Buku lama dan baru tidak banyak beza. Kalau ada pun, Cuma gaya susunan dan contoh2 yang diberikan.

3- Pengkaji hadith perlu menguasai asas2 dan teori2 mustolah hadith dengan baik agar semuanya itu dapat digunakan ketika pengkajian hadith.

4- Terdapat ramai yang mempelajari ilmu mustolah hadith semata-mata tanpa pernah mempraktikkannya atau sekurang2nya melihat kajian ulama hadith dan cuba memahaminya berdasarkan teori yang telah dipelajari. Lebih malang lagi ada yang menyangka bahawa dengan mengkhatam beberapa buku mustolah (tadriburrawi, alfiyah suyuthi, nuzhatunnazhor, al muqhizhoh dan lain2 lagi) sudah cukup untuk digelar sebagai `ahli hadith' atau `muhaddith'. Alangkah ruginya mereka yang bersangka begitu. Kelemahan mereka akan dapat dilihat ketika mereka mengkaji hadith sehingga mereka tersalah dalam menyebutkan maklumat atau takhrij hadith tersebut.

5- Satu golongan lagi pula menyangka bahawa pengkajian hadith hanya milik ulama terdahulu dan kita tak akan mampu mengkaji hadith (seperti imam2 al Bukhari, Muslim, Ibn Hibban, Ibn Hajar dll) walau sehebat mana ilmu dan pengalaman kita. Pendapat ini seperti katak di bawah tempurung. Sampai bila nak maju?

6- Sikap yang adil, wallahu a'lam ialah: Kita boleh menjadi pengkaji hadith yang cekap sekiranya kita mempunyai bekalan (ilmu mustolah hadith/ teori2), pengalaman (dalam mengkaji hadith2), pembacaan (menganalisis kajian ulama terdahulu) dan juga perbincangan (sesama rakan yang juga mengkaji hadith). Inilah kesimpulan yang saya dapat buat daripada kata-kata ulama hadith seperti Abd. Rahman Ibn Mahdi dan lain2 lagi sebagaimana dijelaskan oleh Ibn Rajab al Hanbali dalam Jami' al Ulum wa al Hikam. Abd. Rahman Ibn Mahdi ketika ditanya bagaimana dia dapat membezakan antara hadith sahih dan tidak, beliau menjawab bahawa sebabnya dan caranya ialah : Lama dalam menuntut ilmu,berbincang dan pengalaman. (Jami' Ulum wa al Hikam – huraian Ibn Rajab bagi hadith no.27)

7- Satu perkara yang membimbangkan ialah terdapat sebahagian kita yang ingin mengaplikasikan teori `naqd al matan' (kritikan matan) seperti yang ada dalam buku al Manar al Munif Ibn Qayyim, dll. Maka mereka tak lagi tengok kepada sanad, terus tengok kepada matan dan mana-mana hadith yang tidak menepati syarak (mengikut sangkaan masing2) ditolak kesahihannya. Ini amat membimbangkan kerana tidak semua yang menggunakan kaedah naqd matan ini selamat dari sebarang kesilapan. Mungkin sesuatu hadith itu kelihatan bercanggah atau tidak tepat dengan kaedah asas Islam atau Al Quran pada pandangan kita yang singkat sahaja. Satu cara untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan merujuk terlebih dahulu pendapat2 ulama tentang sesuatu hadith. Kumpulkan dan kaji terlebih dahulu. Jangan dahulukan pemikiran kita (yang masih belum banyak pengalaman) sebelum melihat pandangan mereka yang lebih berpengalaman dan lebih terdahulu.

8-Saya mencadangkan kita supaya membaca kajian para ulama hadith dengan meneliti bagaimana/sebab/Kenapa mereka mengatakan sesuatu hadith itu hasan/sahih/dhaif. Dengan itu kita akan dapat menimba pengalaman sedikit demi sedikit. jangan biasakan mengambil kesimpulan mereka sahaja. Itu untuk ringkaskan masa, tapi tak dapat ilmu yang banyak.

oleh - alitantawi

http://us.f369.mail.yahoo.com/ym/ShowLetter?Idx=3&Search=&YY=60166&order=down&sort=date&pos=0&view=a&head=b


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 13-04-06 01:14


syukran jazilan...


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 13-04-06 01:27


wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah. afwan ya bunayya.

Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - Penuntut ilmu tanpa isnad adalah seperti pencari kayu pada waktu malam.

"Maka ketahuilah sesungguhnya Al-Quran itu diturunkan dengan ilmu (mafhum AQ An-Nisaa: 166)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-04-06 04:48


alFikrah] sembang2 tentang manhaj #5 - antara al Adzkar dan Riyadhussolihin (al Nawawi)

Antara al Adzkaar dan Riyadhussolihin karya al Nawawi

1-Sebelum membaca sesuatu buku, kita digalakkan supaya membaca muqaddimah buku tersebut. Membaca muqaddimah adalah salah satu langkah untuk mendapatkan maklumat tentang cara dan gaya penulisan seseorang penulis. Kita dapat mengetahui secara umum tentang isi kandungan buku tersebut serta bagaimana buku itu disusun.

2-Sebagai contoh mudah, saya nak sembang-sembang tentang dua buah buku salah seorang ulama fiqh dan hadith terkenal iaitu al Nawawi (wafat pada 676 Hijrah) – al Adzkaar dan Riyadhussolihin. Dengan membaca muqaddimah kedua-dua buku dan membaca pula isi kandungannya, saya dapat membuat kesimpulan bahawa manhaj dan gaya penulisan al Nawawi dalam dua buah buku ini amat berbeza antara satu sama lain. Paling ketara ialah pemilihan hadith-hadith sahih dan tidak sahih.

3-Al Adzkaar adalah buku yang lebih tebal dan al Nawawi telah
menyebut dalam muqaddimahnya bahawa beliau ingin mengumpulkan doa-doa dan zikir Rasulullah SAW dalam pelbagai tempat, keadaan dan masa. Manakala di dalam buku Riyadhussolihin pula al Nawawi menyatakan bahawa beliau ingin mengumpulkan hadith2 yang boleh menjadi penggerak ke arah seorang muslim itu membanyakkan amalan soleh.

4-Dalam al Adzkaar, al Nawawi telah memberikan isyarat jelas bahawa beliau tidak menapis hadith2 yang disebutkan di dalamnya. Malah al Nawawi menyebut pula bahawa hadith2 yang dhaif boleh diamalkan selagi tidak palsu. Pendapat ini telah pun dijawab oleh ramai ulama dan jawapan yang bagus (mengikut pendapat saya) ialah huraian Prof. Dr. Yusof al Qaradawi dalam bukunya `bagaimana berinteraksi dengan sunnah nabawiyyah'. Nampak bahawa al Nawawi agak mudah dalam menyenaraikan hadith2 buku al Adzkaar ini. Bila kita membuka kandungan buku ini pula, kita akan mendapati bahawa ada hadith2 yang disebutkan sebagai hadith dhaif oleh al Nawawi sendiri. Tetapi ada juga hadith2 yang dhaif tetapi tidak diberikan apa-apa komen oleh beliau. Mungkin beliau tidak tahu bahawa ia dhaif atau beliau tahu tapi disebabkan apa yang telah disebutkan di dalam muqaddimahnya, beliau mengabaikannya. Antara ulama yang mengkaji hadith2 di
dalamnya adalah seperti Abd. Qadir al Arnaouth, Muhyiddin Misto,
Ishomuddin al Shobabiti dan lain2 lagi.

5-Tetapi di dalam Riyadhussolihin, beliau awal2 lagi telah
mengisytiharkan dalam muqaddimah bahawa beliau menapis dan memilih hadith2 yang diterima sahaja iaitu hasan dan sahih. Ulama2 yang mengkaji kembali Riyadhussolihin menemui bahawa kebanyakan hadith2 Riyadhussolihin ialah sahih atau hasan. Sedikit sahaja yang dhaif. Rujuk semakan yang telah dibuat oleh al Albani, Syuaib al Arnaouth,ulama-ulama Syria seperti Yusof Badiwi dan sebagainya.

6-Maka dapat dilihat dengan jelas perbezaan di antara dua buku – al Adzkaar dan Riyadhussolihin – walaupun keduanya ditulis oleh orang yang sama – al Nawawi. Jadi, saya nasihatkan pembaca menyelidik manhaj dan cara sesuatu buku itu ditulis sebelum membacanya. Bertanyalah kepada orang-orang yang lebih tahu atau bacalah muqaddimahnya – sekiranya ada – bagi kita mengelakkan diri kita daripada kesilapan dalam menggunakan fakta.

oleh - alitantawi

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-04-06 04:55


Re: bab hukum

alJawab:

hakcipta atau harta intelek adalah suatu hukum fiqih yang masih baru dan jarang-jarang disampaikan kepada orang awam. namun ia sudah digazzete oleh Majma' fiqih sedunia dan dianggap harta penulisnya Ia tidak boleh dicuri tanpa izinnya sama seperti harta-harta yang lain.

siti hajar mohsin wrote: Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah di bawah ada persoalan dari seorang
anak. Harap dapat pencerahan dari syeikh di sini. JKK
terlebih dulu.

1. apa hukum kedai kedai photostat buat mastercopy
dari sesebuah buku kemudian buat tempahan untuk
pelajar menggunakan mastercopy dan jualkkanya??

~~~~~~~~~~~~~~~reply

Pelajar bukanlah diberi lesen untuk melakukan apa saja. Ini kerana pelajar ada dari anak orang kaya dan ada yang miskin. Maka hukum asal pelajar sebenarnya sama saja dengan orang mukallaf yang lain.
Maka perbuatan empunya kedai membuat bisnes menjual fotostat edition untuk pelajar adalah satu kesalahan.
Pelajar hendaklah melihat keadaan dirinya dan status kewangannya.

2. apa hukum sekiranya pelajar membawa sendiri buku yang
dipinjam dari perpustakaan atau mana mana kemudian
buat photocopy dari buku tersebut. maksud saya hukum
orang yang tolong photostatkan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~reply

Ini berlainan dari hukum # 1 di atas. Pelajar yang dha'if atau buku tersebut terlalu mahal atau ia susah didapati dalam pasaran, maka penuntut ilmu boleh fotostat untuk kegunaan pembelajarannya dan ia hendaklah mengadu halnya kepada Allah akan kesulitan yang dihadapinya. Maka pekedai yang membantu urusan ini tidak berdosa. Dosa ialah ia mengaut untung dengan menyimpan mastercopy untuk tujuan komersil.

dalilnya:
AQ 2:173 (tapi b/siapa yang terpaksa sedang ia tidak ingin (niat berbuat dosa) dan tidak melampaui batas (menceroboh hak tuanpunya harta intelek), maka tidak ada dosa baginya). sekian

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-04-06 04:59


Bismillaahirrahmaanirraheem...

Tajuk : Kebangkitan Gerakan Islam: Dari Masa Transisi Menuju Kematangan.

Tajuk asal : Al-Shahwah al-Islamiyyah min al-Murahiqah ila al-Rusyd.

Penulis : Syaikh Yusuf al-Qaradhawi.

Setiap insan di dalam perjalanan mereka menuju kedewasaan pasti akan melalui beberapa peringkat hidup bermula daripada bayi kepada kanak-kanak, remaja sehinggalah dewasa. Setiap peringkat ini memiliki ciri-cirinya yang tersendiri. Bayi sentiasa perlukan penjagaan, kanak-kanak asyik bermain, remaja sentiasa bersemangat manakala dewasa bersifat matang lagi cermat.



Demikianlah juga dengan gerakan kebangkitan Islam mutakhir ini. Alhamdulillah, gerakan ini kini sudah mula kelihatan dan dirasai di seluruh pelusuk dunia, sama ada di negara yang majoritinya Islam atau bukan Islam. Akan tetapi jika dianalisa dengan mendalam, boleh dikatakan bahawa gerakan kebangkitan ini lebih memiliki ciri-ciri bersemangat daripada berilmu, bersifat terburu-buru daripada bertenang, bersifat cuai daripada cermat dan bersifat baru daripada matang. Dalam ertikata lain, gerakan kebangkitan Islam mutakhir ini lebih mirip kepada ciri-ciri remaja yang dalam perjalanan menuju kedewasaan.

Inilah analisa Syaikh Yusuf al-Qaradhawi dan di atas analisa inilah beliau menulis buku yang khas bertujuan membimbing gerakan kebangkitan yang bersifat remaja ini ke arah kedewasaan yang sepenuhnya. Dalam bimbingannya ini Syaikh al-Qaradhawi telah menggariskan sepuluh poin utama, iaitu:

Pertama: Beralih daripada format dan simbol kepada hakikat dan kandungan. Pada zahirnya kelihatan gerakan kebangkitan Islam hanya menumpukan perhatian kepada perkara-perkara yang mencorakkan simbol dan meninggalkan isi kandungannya yang jauh lebih penting. Umpama seseorang yang selalu membesar-besarkan kedudukan jari telunjuk di dalam bacaan tasyahud solat tetapi di waktu yang sama meninggalkan perbincangan tentang sebab, tujuan dan kepentingan tuntutan solat itu sendiri secara keseluruhannya.

Kedua: Beralih daripada perdebatan kepada perbuatan. Sebahagian gerakan Islam gemar membakar tenaga mengungkit kesalahan dan kelemahan gerakan yang lain. Di waktu yang sama gerakan itu sendiri tidak berbuat apa-apa yang bermanfaat secara menyeluruh kepada Islam dan umatnya. Sikap sebegini perlu berubah. Tenaga dan masa seharusnya dibakar demi manfaat Islam dan umatnya manakala apa-apa kelemahan atau kesalahan gerakan lain seharusnya dibetulkan secara positif.

Ketiga: Beralih daripada sikap emosional kepada sikap ilmiah. Kerana semangat yang berlandaskan emosi tanpa kematangan yang berlandaskan ilmu, didapati sebahagian gerakan Islam cenderungkan mengkritik, melabel dan menghukum sesama umat Islam tanpa berlandaskan ilmu yang sebenar. Bahkan di dalam tindakan itu sendiri jelas terserlah sifat-sifat kejahilan yang keamatan. Sikap sebegini perlu berubah, seharusnya semangat itu didirikan di atas ilmu atau sekurang-kurangnya selari dengan tahap ilmu.

Keempat: Beralih daripada sikap menumpukan perhatian dalam masalah cabang kepada masalah pokok. Seringkali gerakan Islam menumpukan perhatian hanya kepada masalah cabang, seperti membaca Basmalah dengan kuat atau perlahan di dalam solat berjamaah tetapi diwaktu yang sama meninggalkan masalah pokok, seperti orang yang yang tidak bersolat jamaah langsung. Seharusnya gerakan Islam memberi tumpuan yang mendalam kepada masalah pokok dan bersikap toleran dalam masalah cabang. Apa guna mengukuhkan cabang jika pokoknya sendiri amat lemah ?

Kelima: Beralih daripada sikap menyulitkan kepada sikap memudahkan. Islam adalah agama yang sentiasa

berciri-cirikan kemudahan. Akan tetapi sayang sekali sebahagian gerakan Islam memiliki ciri-ciri menyulitkan sehingga menyebabkan banyak orang menjauhi Islam, umpama mereka ada yang memaksa seseorang yang baru hendak memeluk Islam dengan amalan bersunat padahal amalan ini bukanlah sepatutnya menjadi agenda pertama di dalam dakwah kepada kaum bukan Islam.

Keenam: Beralih daripada sikap jumud dan taklid kepada sikap ijtihad dan pembaharuan. Di antara gerakan Islam masih ada yang berpendapat bahawa pintu-pintu ijtihad telah ditutup dan pembaharuan hukum Islam adalah tidak perlu. Mereka memaksa umat Islam untuk bertaklid kepada mazhab-mazhab tertentu sahaja dan apa-apa perkembangan terbaru dalam tamadun manusia adalah sesuatu yang harus ditinggalkan kerana ia, kononnya, tidak dirangkumi oleh syari‘at Islam. Sikap negatif seperti perlu diubah, pertama kerana para imam mazhab sendiri tidak memaksa umat Islam untuk bertaklid kepada mazhab mereka dan kedua, para imam mazhab sendiri berubah-ubah fatwa mereka selari dengan peredaran zaman dan tamadun semasa kehidupan mereka sendiri.

Ketujuh: Beralih daripada sikap Eksklusif kepada sikap Inklusif. Eksklusif ialah sikap mengunggulkan diri sendiri dan menyisihkan orang lain manakala Inklusif ialah sikap merendahkan diri sendiri agar sama rata mencakupi semua orang. Malang sekali sikap eksklusif, yang mirip kepada sifat Iblis yang enggan bersujud

kepada Adam alaihi salam, telah menjadi ciri-ciri sebahagian gerakan Islam. Masing-masing mengunggulkan gerakan sendiri sehingga akhirnya menjadilah gerakan Islam sesuatu yang berpisah-pisah. Sehurusnya sifat eksklusif ini dikikis dan diterapkan sikap inklusif yang berciri-cirikan jamaah dan kerjasama.

Kelapan: Beralih daripada sikap berlebih-lebihan kepada sikap bersederhana. Islam adalah agama pertengahan, apa yang berpisah daripada pertengahan ini disebut sebagai berlebih-lebihan (Ghuluw). Agama pertengahan ini tidak condong ke sikap remeh dan tidak juga condong kepada sikap fanatik. Sayang sekali ada di antara gerakan Islam yang condong ke arah meremehkan syari‘at Islam sepertimana aliran liberalisme. Ada juga yang condong ke arah berlebih-lebihan seperti aliran fanatisme. Yang benar gerakan Islam harus berada di antara kedua-duannya kerana ini jalan yang lurus yang akan menghasilkan kejayaan sebenar.

Kesembilan: Beralih daripada sikap berkeras kepada sikap berhikmah. Sebahagian gerakan Islam, kerana sikap putus asa telah beralih daripada manhaj dakwah dengan hikmah kepada manhaj kekerasan dengan senjata. Mereka membunuh jiwa dan melakukan kerosakan harta benda yang akhirnya hanya akan menggagalkan secara keseluruhan usaha kebangkitan Islam. Seharusnya gerakan Islam memiliki sifat sabar dan bertahap-tahap. Tidak boleh menanam benih di pagi hari dan mengharapkan buahnya di petang hari.

Kesepuluh: Beralih daripada pertelingkahan kepada persatuan. Antara faktor utama yang menghalang kejayaan gerakan Islam mutakhir ialah pertelingkahan sesama gerakan atas hal-hal khilaf dan dzanni (hukum yang samar-samar). Padahal syari‘at Islam mewajibkan umatnya sesuatu yang disebaliknya, iaitu bersatu dan jangan berpecah. Selagi gerakan Islam berpecah dan bertelingkah, selagi itulah kejayaan menjauhi tangan umat Islam.

Demikian sepuluh poin utama yang digariskan oleh Syaikh al-Qaradhawi kepada gerakan Islam mutakhir tanpa khusus kepada mana-mana aliran tertentu. Di dalam memberi poin-poin di atas, Syaikh al-Qaradhawi

telah menegur secara positif beberapa aliran Islam mutakhir yang masyhur seperti Jamaah Hizbut Tahrir, Jamaah Tabligh, Jamaah Jihadi, Jamaah Wahabiyyah, Jamaah al-Albaniyyun, Jamaah al-Jamiyyun (pengikut Syaikh Rabi’ al-Madkhali), Jamaah Syururiyyun, Jamaah Ikhwan al-Muslimun, Jamaah Sufisme dan tareqat-tereqat mereka dan pelbagai lagi.

Buku ini sangat dianjurkan kerana gerakan kebangkitan Islam di Malaysia juga tidak lagi daripada pelbagai

kelemahan dan kekurangan sepertimana yang digariskan oleh Syaikh al-Qaradhawi. Gerakan kebangkitan Islam di Malaysia masih berada di tahap remaja dan sangat-sangat memerlukan bimbingan untuk mencapai tahap dewasa secepat agar segala misi perjuangan mereka dapat membuahkan hasil sebaik mungkin.

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yang baik tu dari Allah dan yang buruk tu dari diriku)

Wallahu a'lam.Wassalam

http://muhannad.blogspot.com/2004_06_06_muhannad_archive.html

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-04-06 05:14


alFikrah] Re: pemimpin, guru dan perkataan 2/3 - hormati ulama'
    
>
> --- In [email protected], Mohd Firdaus Rasidi
> wrote:
> 2. Adakah wajib menghormati guru? Boleh tak saya dapatkan nas
dari
> Al-Quran, hadith atau pandangan ulama tentang wajib hormat guru?
> Bagaimana cara untuk menghormati guru yang mengajar kepada perkara
> yang memaksiati Allah dan berdusta atas nama Rasulullah?

~~~~~~~~~~~~~~reply

Bab hormat guru ini terdapat dalam kitab2 atau bab Fadhail ilmu
(kitabul Ilm), misalnya Jilid satu dan bab satu Ihyaa' Ulumiddin
(Imam alGhazzali). bab 1 dan jilid satu Minhaj alQasyidin (Ibn
Jauzi, mukhtashar oleh Ibn Qudamah alMaqdisi), kitab faqih
alMutafaqqih oleh alKhatib alBaghdadi, juga kitab koleksi hadith
mengenai ilmu dan ulama' oleh almarhum Ustaz Hj Ghani Idris)

dalil2 AQ:

1. "Ta'atilah Allah dan ta'atilah Rasul dan ulil amri di antara
kamu." AQT 4:59 ulil amri juga bermaksud ulama' /guru.

2. "Allah akan meninggikan orang2 beriman di antara kamu dan orang2
yang diberi ilmu beberapa derjat." AQT 58:11

3. "sesungguhnya yang takut kepada ALlah di antara hamba-hamba-Nya
hanyalah ulama'." AQT 35:28

dalil2 hadith:

1. " tidak termasuk umatku, orang yang tidak hormat orang tua, tidak
mengasihi orang muda dan tidak mengiktiraf orang alim di antara
kami." hari Imam Ahmad (#6702), dinilai sahih oleh ahmad syakir.

2. "Ulama itu pewaris Nabi. Sesungguhnya para nabi itu tidak
mewarisi dinar dan dirham, akan tetapi mereka mewariskan ilmu."

Dari sedikit dalil2 di atas dapat dirumuskan bahawa menghormati dan
memuliakan guru dan ulama' sebahagian dari adabul Islam.

2. Cara nak hormat guru yang mengajar kepada memaksiati ALlah dan
berdusta atas nama RasuluLlah saw?

aljawab:

pertama kita kena kenalpasti kesahihan ajarannya, apakah ia benar-benar
mengajar kepada maksiat. Kita kena ada bukti baik rakaman atau
tulisannya. serta disaksikan oleh ahli ilmu yang lain. begitu juga
jika ia berdusta atas nama RasuluLlah saw. kita kena ada bukti.

Selepas memang sahih dia menyeru kepada maksiat dan pendusta atas
nama Nabi saw, maka dia bukanlah guru dan ulama', maka tiadalah
penghormatan kita kepadanya. Ini bukan waris nabi tapi waris makhluk
lain!

sekian

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ibnuriz_faridz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 02.11.2005
Ahli No: 20211
Posting: 273
Dari: Egypt

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-04-06 11:51


syukran jazilan ummi..ya Allah bayak ilmu ana dapat dari ummi...boleh disebarkan insyAllah.doakan menjadi pendakwah islam ya ummie.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnuriz_faridzProfil   Hantar PM kepada ibnuriz_faridz   Pergi ke ibnuriz_faridz's Website   Quote dan BalasQuote

Al-Mustaqqim
WARGA SETIA
Menyertai: 22.07.2005
Ahli No: 17480
Posting: 486
Dari: malaysia

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 16-04-06 14:04


thank`s 4 dah info..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-MustaqqimProfil   Hantar PM kepada Al-Mustaqqim   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-04-06 16:38


sembang2 tentang manhaj #3 - terlalu mudah menghentam ulama
    
Dalam sembang2 tentang manhaj #2, saya ada sembang-sembang pasal kesilapan memuji ulama sehingga melampau. Kali ini kita nak tengok pula tentang menghentam ulama.

1-Ada satu trend di kalangan sesetengah penuntut ilmu Islam yang suka hentam ulama yang didapati tidak sebulu atau sependapat dengannya. Kadang-kadang dia dengar ulama ni dihentam oleh ulama yang dia minat, lalu dia taqlid sahaja apa yang gurunya kata. Putih kata gurunya, putihlah katanya. Hitam kata gurunya, hitamlah katanya. Cubalah selidik dahulu, cubalah fikir dalam-dalam. Kita sebagai muslim mestilah berhati-hati dalam mengkritik. Pastikan apa yang hendak dikritik itu benar.

2-Pastikan juga kita mengkritik dalam suasana yang baik dan bukan mengambil sikap hentam habis-habisan. Geng pondok hentam ustaz tertentu, geng ustaz tu hentam pulak tok2 guru pondok, contohnya lah. Bila nak selesai? Kita belajar agama, makin banyak ilmu tiba2 makin bergaduh. Pasti ada sesuatu yang tak kena.    

3-Kita boleh kritik, bukannya tak boleh. Cuba tengok apa kata al
Zahabi dalam Siyar A¡¯lam al Nubala¡¯ ketika mengkritik al Ghazali ¨C ¡®Al Ghazali imam yang besar. Dan bukanlah semestinya seorang yang alim itu tidak melakukan kesilapan¡¯. Cantik ayatnya. Al Zahabi juga mengkritik imam tafsir, Mujahid Ibn Jabr dengan katanya ¨C ¡®dan Mujahid mempunyai beberapa kata-kata dan pendapat-pendapat tersendiri tentang ilmu dan tafsir yang tidak diterima¡¯. Al Zahabi tak tolak semua dan tak hentam secara keseluruhan kerana al Ghazali dan Mujahid memang dua orang alim yang hebat. Dalam masa yang sama, mereka bukan juga malaikat yang terbang di langit serta tidak pernah melakukan kesilapan.

4-Satu lagi sikap ialah suka mencari kelemahan dan kekurangan ulama untuk dihebahkan atau dilabelkan ulama itu dengan pelbagai label. Silap sikit saja, habis. Contohnya nampak seorang ulama hadith tiba2 minum air tak baca Bismillah. Nah, habislah ulama tu kena hentam. Tengok pulak seorang lagi ulama baca Quran tak cukup dengungnya dan harakat dalam mad-madnya. Nah, kena hentam pulak seorang lagi. Telefon seorang ulama, tapi dilayannya secara kasar kerana dia sibuk. Nah, dituduh ulama ni tak berakhlak mulia. Nampak pulak seorang ulama ni makan KFC. Nah, dituduhnya pulak membantu Yahudi dan Amerika.
Macam-macam perangai orang yang suka mengkritik tanpa panduan dan menghentam tanpa batasan.

5-Sikap terbaik yang kena dengan manhaj ilmu ialah ¨C kita menerima hakikat bahawa semua ulama memiliki kelebihan masing-masing yang mesti dimanfaatkan oleh kita yang menuntut ilmu. Satu lagi hakikat ialah semua manusia lemah dan pasti akan melakukan kesilapan. Mungkin juga perkara tu hanya kita saja yang anggap silap. rupa-rupanya ada pendapat lain yang berlainan dengan pendapat kita. Siapa tahu? Terimalah dengan fikiran terbuka dan mohonlah kepada Allah SWT semoga kesilapan itu akan diampunkan oleh Allah SWT. Janganlah kerana satu kesilapan, semua kebaikan orang itu akan kita buang dan lupai.

oleh - alitantawi alfikrah

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-04-06 16:55


--- In [email protected], "MUHAMMAD ZAID BIN SABRI"
wrote:
>
> Apa yang dimaksudkan dengan jemaah centric dan ummah centric? dari
> mana asalnya perkara ini. Mohon sahabat-sahabat yang mengetahui
untuk
> menjelaskan perkara ini. terima kasih
>
~~~~~~~~~~~~~~~reply

ini adalah gagasan alQardhawi lanjutan dari gerakan alBanna untuk
menyatukan semula umat Islam yang berpecah bila lenyapnya khilafah. Qardhawi pula meneruskan untuk menyatukan semua gerakan Islam di dunia berpaksikan Fiqh Ikhtilaf. Slogan ummah centric albanna ialah bersatu dalam perkara2 yang disepakati dan berlapang dada dalam urusan yang diperselisihkan.

ustaz Maszlee Malik (UIAM) adalah peneraju ummah centric di Malaysia. Beliau sedang menggerakkan penubuhan Institut alQardhawi untuk Asean.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-04-06 17:00


--- In [email protected], azri amin che din
wrote:
>    
> sebab itulah saya tanyakan pasal saman. adakah ianya dikira
hutang atau tidak. memang betul dulu mana ada benda-benada macam ni. jadi
payah untuk kita terangkan. apa-apa pun, terima kasih pasal bagi pendapat.

~~~~~~~~~~~~~~~~~reply

mengenai isu saman. walaupun kesalahan trafik itu tidak ada dalam Qur:an, ia jatuh dalam hukumhakam takzir yang digubal oleh pemerintah untuk menjaga nyawa dan kemaslahatan rakyatnya. Misalnya speed limit 110KM dan tidak boleh buat U-turn. Maka bila kita memandu melebihi 110KM dan kena saman, maka kita hendaklah akur dengan peraturan tsb dan membayarnya. keengganan kita mematuhinya bermakna kita telah menentang pemerintah sedangkan perundangan itu bukanlah suatu
kezaliman. Masyarakat Barat misalnya jauh lebih disiplin dan
beretika dari masyarakat Islam dewasa ini dan bandar mereka jauh lebih bersih, tertib dan teratur. Ini kerana mereka mematuhi
perundangan untuk mendisiplinkan warganya. Jika anda enggan membayar saman, ia bukan sahaja di anggap hutang, malah anda menentang peraturan sosial yang digubal untuk menjaga keselamatan dan disiplin rakyat jelata. Ini kerana lalulintas adalah sangat kritikal memandangkan meningkatnya kadar kemalangan yang amat tinggi. Maka penguatkuasaan perundangan lalulintas amat perlu dan saman trafik adalah salah satu hukum takzir yang perlu dipatuhi.


>    
> pasal tak nak bayar tambang pula, saya tanya hal ini kerana
ianya menimpa para ustaz kita sendiri. para ustaz pun ada yang tak nak bayar tambang. saya pernah tanya seorang bakal ustaz tu, dia cakap lebih baik kita beli buku pelajaran daripada bayar tambang keretapi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~reply

kos menuntut ilmu bukan sahaja terhad kepada buku, malah kos
pengangkutan, kos penginapan (asrama), yuran dan kos sara hidup. kos-kos ini amat dikenali walaupun di zaman salaf assoleh, malah zaman sebelum itu. Ini kerana pengangkutan adalah servis dan servis seperti juga sektur lain kita perlu membayar upah. Pengangkutan awam seperti keretapi adalah milik kerajaan dan tidak ada mana-mana negara di dunia ini memberi pengangkutan awam secara percuma kepada rakyatnya hatta di Amerika dan Jepun yang kaya raya. Rakyat mesti membayar tambang pada kadar minima untuk menampung kos pengangkutan. Sesungguhnya pemikiran pengangkutan mesti percuma adalah suatu yang
anih sekali.

Maka perbetulkan persepsi kita kepada:

1. saman trafik. Jika saman itu zalim dan tidak menasabah, kita
hendaklah tampil di mahkamah membela diri. Jika kita melanggarnya dengan sengaja, maka kita hendaklah dipertanggungjawabkan

2. Tambang pengangkutan hendaklah dibayar sebab kita menggunakan perkhidmatannya. Dalam banyak servis Kenapa kita mempertikaikan rasional Kenapa perlu aku membayar kos pengangkutan?

>    
> jadi Kalau ustaz pun buat perangai macam ni, habis macam mana orang lain nak dengar cakap ustaz ni. atau orang lain pun akan tiru
perangai ustaz macam ni. lagi parah jadinya kalau orang alim sdiri
melakukan perkara yang salah di sisi undang2.

~~~~~~~~~~~~~~reply

Tidak semua yang bertitle ustaz itu malaikat. alGhazali hujjatul Islam
menyatakan ada ulama' yang suu' (jahat). ada ulama' yang mencipta hadith palsu (maudhu'), ada ulama' yang mencipta kerajaan langit, ada ulama' yang anti-hadith, maka sebab itu ada jarah wa ta'dil, kena lihat apa yang dicakapkan dan apa yang diamalkan...s2s
>    
> ok la...maaf la sebab timbulkan hal ini. tapi sama2lah kita bagi
peringatan untuk kebahagiaaan dunia dan akhirat.
>    
> sekian.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ubaidillah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 22.11.2004
Ahli No: 12489
Posting: 361
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 16-04-06 17:19


جزاك الله خيرا كثيرا
Inilah yang dikatakan UMMI..mendidik anak2

Bookmark and Share

    


  Member Information For ubaidillahProfil   Hantar PM kepada ubaidillah   Pergi ke ubaidillah's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 17-04-06 05:32


Kesimpulan dalil boleh mengkhususkan membaca Yasiin malam Jumaat;

1- Dibenarkan jika mengikut jadual yang ditetapkan bersesuaian dengan keadaan dan suasana.
Dalil: Nabi s.a.w. telah mengatur jadual majlis agama kaum wanita pada hari khamis.

2- Bukankah bagus membaca yasiin pada malam Jumaat kerana Jumaat adalah penghulu segala hari.

3- Mengatur jadual untuk baca yasiin adalah adat yang baik dan tidak dilarang.
Dalil: Abdullah ibnu Masu'di ada berkata: “Apa yang dilihat oleh umat Islam itu baik maka ia di sisi Allah juga baik.” Dan Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Orang Islam itu berpegang dengan syarat dan peraturan mereka – (maksud hadis)

4- Dibolehkan mengamalkan baca yasiin malam jumaat kerana hanya pada masa itulah sahaja kita boleh baca al-Quran. Kalau dilarang maka kita tidak akan baca al-Quran langsung.

Komen kita:
Saya sebenarnya berharap kalaulah ustaz ini tidak mengemukakan jawapan di atas dalam membantah pendapat golongan yang mengatakan bid'ah mengamalkan rutin membaca yasin pada malam Jumaat (menetapkan hari), bukan jawapan di atas. Jawapan yang lebih mantap dan meyakinkan. Kerana dari jawapan yang lain itu, nanti saya dapat belajar sesuatu. Dapat menambah ilmu.

Kita bukan tidak mahu menerima amalan berkenaan, namun bagaimana boleh kita terima jika 4 point bantahan yang dikemukakan di atas tidak kukuh.

Bantahan kita:
Hujah mereka: 1- Dibenarkan jika mengikut jadual yang ditetapkan bersesuaian dengan keadaan dan suasana.
Dalil: Nabi s.a.w. telah mengatur jadual majlis agama kaum wanita pada hari khamis.

Bantahan:
Tidakkah bertentangan dengan hadis berikut:
"Jangan kamu mengkhususkan malam Jumaat dengan Qiyam daripada malam-malam yang lain" (hari Muslim)

Dalam hal ibadah, dasarnya ialah tidak dibenarkan mengkhususkan waktu-waktu tertentu dan hari-hari tertentu. Yang berhak mengkhususkan hanyalah Allah dah RasulNya sahaja.

Hujah mereka: 2- Bukankah bagus membaca yasiin pada malam Jumaat kerana Jumaat adalah penghulu segala hari.

Bantahan:
Bagus macamanapun hari itu, namun jika ia bertentangan dengan hadis di atas, maka hujah no. 2 ini tidak boleh diterimapakai.


Hujah mereka: 3- Mengatur jadual untuk baca yasiin adalah adat yang baik dan tidak dilarang.
Dalil: Abdullah ibnu Masu'di ada berkata: “Apa yang dilihat oleh umat Islam itu baik maka ia di sisi Allah juga baik.”

Bantahan:
Hadis Ibnu Mas'ud adalah hadis Mauquf. Ada hukum khusus mengenai hadis ini.

Berikut ini adalah petikan penuh hadis di atas terdapat di dalam Musnad Ahmad:


حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرٍ حَدَّثَنَا عَاصِمٌ عَنْ زِرِّ بْنِ حُبَيْشٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ
إِنَّ اللَّهَ نَظَرَ فِي قُلُوبِ الْعِبَادِ فَوَجَدَ قَلْبَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَيْرَ قُلُوبِ الْعِبَادِ فَاصْطَفَاهُ لِنَفْسِهِ فَابْتَعَثَهُ بِرِسَالَتِهِ ثُمَّ نَظَرَ فِي قُلُوبِ الْعِبَادِ بَعْدَ قَلْبِ مُحَمَّدٍ فَوَجَدَ قُلُوبَ أَصْحَابِهِ خَيْرَ قُلُوبِ الْعِبَادِ فَجَعَلَهُمْ وُزَرَاءَ نَبِيِّهِ يُقَاتِلُونَ عَلَى دِينِهِ فَمَا رَأَى الْمُسْلِمُونَ حَسَنًا فَهُوَ عِنْدَ اللَّهِ حَسَنٌ وَمَا رَأَوْا سَيِّئًا فَهُوَ عِنْدَ اللَّهِ سَيِّئٌ



Cukuplah dengan jawapan dari ustaz-ustaz di al-wahidah.com:
Quote:

Kekeliruan
Apakah sesuatu yang tidak dilakukan nabi itu tidak boleh dilakukan umat Islam? Padahal menurut kaedah fikah, apa yang disepakati baik oleh umat Islam maka ianya baik dan boleh dilakuakn. Contohnya Yasin pada malam Jumaat dan sambutan Maulidurrasul yang telah diterima sebagai sesuatu yang baik oleh umat Islam. Jadi, kalau ia tidak dilakukan, ia menjadi tidak elok pula.


Jawapan Dan Bantahan Penulis

Pertama sekali, kata Imam as-Syafie di dalam kitabnya ar-Risalah, "Ibadah adalah amrun tauqifi (arahan yang terhenti). Segala jenis ibadah pada asalnya adalah dilarang, kecuali apa yang disuruh oleh nas yang sahih".

Oleh itu, berdasarkan kaedah di atas, memang tepat sekali jika dikatakan, di dalam perkara yang bersangkutan dengan ibadah, sesuatu yang tidak dilakukan oleh nabi s.a.w. tidak boleh (haram) dilakukan oleh umat Islam.

Kedua, terdapat pertikaian terhadap asal kaedah fikah yang digunakan di atas. Kaedah ini sebenarnya berasal dari sebuah hadis :

"Apa yang dipandang oleh al-Muslimun (umat Islam) baik, maka ia adalah di sisi Allah baik"

Menggunakan hadith ini sebagai dalil adalah lemah, kerana :

1) Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani telah membuktikan bahawa ia sebenarnya bukanlah kata-kata baginda yang sahih, sebaliknya hanya kata-kata sahabat baginda Abdullah Ibnu Mas'ud. Dengan sebab ianya hadis mauquf (perkataan sahabat), maka tidak boleh berhujah dengannya kerana ia berlawan dengan hadis nabi s.a.w. yang sahih dari perkataan baginda s.a.w., "kesemua bidaah adalah sesat".

2) Jika diteliti lafaz hadis dengan keratan yang lebih awal dari keratan di atas, ia menyebut "hati-hati para sahabat adalah sebaik-baik hati hamba abdi (kepada Allah) maka dijadikan mereka para menteri nabi-Nya….". Oleh itu, al-Muslimun yang dimaksudkan di sini adalah sebenarnya para sahabat.

3) Tidak adil diertikan al-Muslimun di atas dengan seluruh umat Islam, setiap individu muslim, kerana mereka yang nyata-nyata jahil tidak berhak untuk mengeluarkan pandangan dalam agama (ijtihad).

4) Terdapat banyak kenyataan dari Ibnu Mas'ud sendiri yang menyangkal hadis ini, contohnya perkataannya yang sahih yang diriwayatkan oleh Imam at-Thabrani :

"Ikutilah dan janganlah kamu mereka-rekakan bidaah (perkara baru) sesungguhnya telah mencukupi bagi kamu (al-Quran dan as-Sunnah)".

Tambahan pula, pendapat orang ramai tidak boleh dijadikan hujah dan dalil syarak. Firman Allah s.w.t. :

"Dan andaikata engkau mentaati kebanyakan manusia di muka bumi, mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah."

-Surah al-An'am ayat 116.

Dengan kata lain, menghukumkan setiap perkara yang dilakukan orang ramai adalah betul, maka itu adalah salah.
(Ruj: http://www.al-wahidah.com/artikel/yasin.html )


Hujah mereka: 4- Dibolehkan mengamalkan baca yasiin malam jumaat kerana hanya pada masa itulah sahaja kita boleh baca al-Quran. Kalau dilarang maka kita tidak akan baca al-Quran langsung.

Bantahan:
Bolehkah berhujah dngan hujah ini? Jika tidak ada majlis rutin bacaan yasin malam Jumaat maka umat Islam di Malaysia/nusantara tidak akan membaca al-Quran langsung?

Akal yang sihat tidak dapat menerima hujah ini. Padahal jika diikutkan tradisi membaca Yasiin malam Jumaat telah merampas hak muslim agar mengamalkan anjuran Rasulullah s.a.w. agar membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat (hadis sahih):


عن أبي سعيد الخدري قال : " من قرأ سورة الكهف ليلة الجمعة أضاء له من النور فيما بينه وبين البيت العتيق " . رواه الدارمي


Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat nescaya akan diterangi dengan cahaya antaranya dan antara Baitil Atiq.

Sekian...

_________________
zain yang.s
Allahu Akbar!

petikan dari Utusan Malaysia

Oleh Mohd. Yussof Abas


Soalan: Telah menjadi kebiasaan/kemestian kepada masyarakat Islam di Malaysia mengadakan majlis membaca surah Yasin dan tahlil pada setiap malam Jumaat. Menurut sesetengah golongan, membaca Yasin dan tahlil pada malam Jumaat dianggap bidaah?

– Zahidi Mohd, Kuala Selangor, Selangor.




Jawapan: Membaca surah Yasin dan tahlil pada setiap malam Jumaat telah menjadi kebiasaan umat Islam di Malaysia. Membaca Yasin dan tahlil juga disunatkan sepanjang masa. Amalan dan adat kebiasaan yang dilakukan hari ini sebenarnya ada fadilatnya. Ia tidak dikhususkan pada masa-masa tertentu seperti yang diamalkan sekarang, tetapi sesuatu perkara yang baik itu boleh dilakukan mengikut masa, penjadualan, dan kesesuaian suasana untuk kita aturkannya.

Penjadualan ini telah berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. yang telah mengatur jadual pembelajaran untuk kaum wanita di mana mereka telah menghadiri majlis agama yang ditetapkan oleh Rasulullah pada hari tertentu (Khamis). Ini untuk menyenangkan masyarakat pada zaman itu supaya kaum wanita tahu waktu-waktu untuk mereka mempelajari dan menghadiri kelas-kelas yang dipimpin Rasulullah. Demikian juga amalan bacaan Yasin yang memang disuruh dan digalakkan oleh agama apalagi pada malam atau hari Jumaat yang merupakan penghulu segala hari.

Perkara ini juga boleh dilakukan dan dijadualkan pada hari-hari lain dan tidak tertakluk pada hari Jumaat mengikut kemudahan dan suasana masyarakat di sesuatu tempat malah ia juga bukanlah sesuatu yang dilarang oleh agama. Sebab itu sahabat besar Rasulullah, Abdullah ibnu Masu'di ada berkata: “Apa yang dilihat oleh umat Islam itu baik maka ia di sisi Allah juga baik.” Dan Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Orang Islam itu berpegang dengan syarat dan peraturan mereka – (maksud hadis).

Daripada hadis inilah para ulama membuat kesimpulan beberapa kaedah dengan mengatakan adat (penjadualan sesuatu majlis yang baik itu) boleh diterima selagi ia tidak melanggari dan bertentangan dengan ajaran agama.

Ada pula sebahagian golongan yang mengatakan bahawa perkara ini merupakan bidaah kerana mengadakan majlis ini pada malam Jumaat sahaja. Sedangkan yang kita tahu, cuma itulah masa dan ruang yang ada, sudahlah masa-masa lain tak ada peluang untuk membaca al-Quran, jika malam Jumaat kita larang sebab dikatakan bidaah maka tiada sesiapa boleh membaca al-Quran lagi. Itukah yang kita mahu sedangkan Rasulullah menggalakkan kita berselawat, membaca al-Quran pada malam Jumaat kerana banyak fadilatnya berbanding dengan hari-hari yang lain sedangkan pada hari lain masyarakat kita mungkin banyak urusan dan sibuk dengan perkara yang lain.

Kalau kita mengatakan majlis yang diadakan pada malam Jumaat itu adalah bidaah dan mengadakan majlis ini pada hari lain tentulah ia lebih bidaah lagi oleh kerana Rasulullah tidak pernah menganjurkannya. Dan sudah tentunya al-Quran dilupakan dan ditinggalkan. Apakah itu yang kita mahu dan menurut kata mereka sahaja? Wallahualam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Abu_Ruqayyah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.03.2006
Ahli No: 23449
Posting: 590
Dari: Manchester

Selangor  


posticon Posting pada: 17-04-06 05:54


isu lama lagi!!!!! tak habis2 tahlil tu bid'ah ke tidak. agaknya berapa banyak lagi web yang membicarakan perkara seumpama begini akan wujud, masing2 nak tegakkan benang yang basah. Orang awam macamana ya? kasihan kita tengok, tak habis2 bergelumang dengan dunia 'confuse', mana yang betul ni? akhir sekali Islam liberal juga jadi pilihan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Abu_RuqayyahProfil   Hantar PM kepada Abu_Ruqayyah   Pergi ke Abu_Ruqayyah's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 17-04-06 15:05


LaTahdzan* # 47: Masih Banyak Nikmat yang ada Pada Dirimu!
    
Disamping nikmat Islam, anda diselubungi 1001 nikmat (antaranya nikmat kehidupan, nikmat kesihatan, dan nikmat pancaindera), maka bersyukurlah dan janganlah bersedih..

Firman-Nya:
" dan jika kamu menghitung nikmat Allah niscaya kamu tidak akan mampu menghitungnya." AQT 14: 34

{* petikan kitab bestseller Dr A'aidh alQarni)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 17-04-06 15:19


alFikrah] sembang-sembang tentang Manhaj #1-
    
ingin saya berkongsi sedikit pendapat bersama para sahabat sekelian.

dalam mendalami ilmu Islam, terkadang ada yang bersemangat sampai lupa langkah-langkah yang perlu dilakukannya dalam menuntut ilmu.

bagi saya, langkah pertama yang perlu ada ialah membina
manhaj.metodolgi yang selamat dalam berfikir. contoh yang ingin
disembang-sembangkan di sini ialah bagaimana kita nak bermanhaj dalam bermazhab?

tajuk ni mungkin dah tak digemari lagi oleh sesetengah kita, tapi
pasti ada yang akan mengambil manfaat, insya Allah.

kita kena fikirkan benda ni berdasarkan realiti. bukan berdasarkan
semangat semata-mata. ada orang semangat nak beramal dengan Al Quran dan sunnah sahaja dan nampak macam dia tak nak pula bermazhab. ada pula yang kata tak boleh tukar mazhab, kalau satu, satu tu saja la sampai bila2.

macam mana nak selesaikan masalah ni? ada 3 istilah yang perlu ana nak sembang2kan dan difahami di sini iaitu: 1-mujtahid 2-muqallid 3-muttabi'.

1-Mujtahid kita boleh katakan sebagai seseorang yang boleh mengkaji sesuatu hukum dengan dalil2nya daripada Al Quran, sunnah dan dalil2 dalam usul fiqh tu. dia juga boleh mengkaji pendapat yang terbaik di antara banyak pendapat atau banyak mazhab.

2-muqallid pula dia hanya ambil kata-kata orang yang dia percaya
(ustaz dan ustazah, ulama ).

3-istilah muttabi' (mengikut apa yang saya faham) ialah seseorang
yang mengikut sesuatu pendapat dengan mengkaji dalil2 yang digunakan oleh orang yang mengeluarkan pendapat/hukum tersebut.

so, dengan mudahnya saya nak persoalkan di sini, adakah kita mampu melakukan apa yang dilakukan oleh seorang mujtahid?
jawapannya tidak mampu kecuali pada beberapa masalah yang kita kaji secara mendalam (ada tapi tak banyak rasanya)
soalan lagi, adakah kita dibenarkan menjadi muqallid?
jawapannya ialah ya, dan memang selama ni banyak dan tersangat banyak hukum2 yang kita ambil daripada orang yang kita yakin ilmunya kerana kita tak mampu nak kaji/ijtihad.

soalan lagi, apa beza muqallid dengan muttabi'?
jawapannya, muttabi' lebih berilmu, lebih mengkaji, lebih terbuka
dalam mengikut pendapat orang lain. so, kalau ikut turutan, kita mula dengan muqallid, kemudian maju menjadi muttabi' dan dengan izin Allah, kita berusaha untuk menjadi mujtahid.

persoalan last, adakah mujtahid (orang-orang yang digelar mujtahid mutlak khususnya) tahu semua dalil dan berijtihad dalam semua perkara?

jawapan untuk soalan ini telah diberikan oleh Ibn Taimiyyah
sebagaimana saya nukilkan maksudnya daripada buku 'bagaimana berinteraksi dengan turath (khazanah buku2 Islam)' iaitu: mujtahid ada masanya dia juga perlu bertaqlid kerana dia tak mampu, tak sempat dan sebagainya.

fikirkan realiti kita, selama ni apa agaknya perkara/hukum2 yang kita ni boleh dikategorikan sebagai mujtahid? fikirkan juga bahawa banyak pendapat kita adalah termasuk dalam kategori muqallid. tetapi harapan saya agar semakin ramai di antara kita akan lahir sebagai seorang muttabi' yang mengikut pendapat berserta mengetahui dalilnya.

saya tujukan nasihat ini khusus kepada orang yang taksub mazhab (takkan nak jadi muqallid saja?) dan juga orang yang tak nak mazhab (dah sampai tahap mujtahid ke?) jom fikir!!


http://us.f369.mail.yahoo.com/ym/ShowLetter?Idx=22&Search=&YY=99224&order=down&sort=date&pos=0&view=a&head=b

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 17-04-06 20:53


Bagaimana Seorang Muslim Berfikir

(Yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia.
Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka."
(QST. Ali 'Imran, 3:191)

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka." (QST. Aali ‘Imraan, 3: 190-191).


Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu, penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan (merenungkan) ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai pikiran" (QST. Shaad, 38: 29).

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 17-04-06 20:54


Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah


Perbuatan memanggil roh atau menghadirkan roh juga berkaitan dengan perkara-perkara ghaib. Ia ditentukan oleh Allah Ta‘ala di dalam ilmuNya sebagaimana firmanNya:

Tafsirnya: “Katakanlah: “Tiada sesiapa di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah. Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati)”.

(Surah An-Naml: 65)

FirmanNya lagi yang tafsirnya: “Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: “Roh itu daripada perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja”.

(Surah Al-Isra’: 85)

Berdasarkan ayat ini, dapatlah difahami bahawa roh itu adalah urusan Allah, manusia tidak tahu menahu mengenainya kecuali sekadar apa yang diajarkan oleh Allah kepada mereka, kerana perkara roh adalah salah satu perkara yang dirahsiakan Allah dengan ilmuNya dan ianya tertutup dari pengetahuan makhluk.

Al-Qur‘an dan hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menunjukkan bahawa roh-roh orang yang mati akan terus berkekalan selepas matinya jasad. Perkara ini digambarkan oleh Allah dalam firmanNya :

Tafsirnya: “Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Dia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa daripada badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orangyang tidak mati; dalam masa tidurnya; kemudian Dia menahan jiwa orang yang Dia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir”.

(Surah Az-Zumar: 42)

Telah sabit dalam satu riwayat bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam ketika dalam peperangan Badar, Umar bertanya kepada Rasulullah Shallalahu ‘alaihi wasallam: “Wahai Rasulullah, adakah jasad-jasad yang tidak bernyawa boleh bercakap?” Rasulullah menjawab: “ Demi Tuhan yang diri Muhammad di TanganNya bukan kamu sahaja yang paling mendengar apa yang aku ucapkan, mereka (mayat orang Quraisy yang dicampakkan ke dalam salah satu lembah Badar) juga dapat mendengarnya, akan tetapi mereka tidak berupaya menjawabnya”. (Al-Bidayah Wa An-Nihayah: 3/292)

Oleh yang demikian dakwaan memanggil atau menghadirkan roh adalah dakwaan batil yang tidak mempunyai asas sama ada dari nas atau logik, bahkan Allah Ta‘ala sahaja yang mengetahui dan menguasai roh-roh itu dan Dia sahaja yang berupaya mengendalikannya sebagaimana yang dikehendakiNya.

Termasuk dalam ajaran sesat itu ialah ajaran-ajaran yang mendakwa bahwa Allah Ta‘ala telah menzahirkan zatNya dan menjelma masuk ke dalam jasad tubuh badan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Maka bersatulah dua jasad dengan roh yang satu.

Pendapat tentang penjelmaan zat Allah di dalam jasad Nabi Muhammad Shallalhu ‘alaihi wasallam dan bersatu menjadi satu roh adalah dakwaan golongan Zindiq mengenai penjelmaan Allah di dalam diri Al-Masih Isa ‘Alaihissalam. Pendapat ini ditolak oleh Al-Qur‘an di dalam firman Allah:

Tafsirnya: “Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawa Allah ialah salah satu dari tiga Tuhan, pada hal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa”

(Surah Al-Maidah: 73)

Pendapat ini juga menjadi pegangan segolongan pelampau Syi‘ah yang mendewa-dewakan Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah. Sementara itu Kaum Bahai pula mengiktiqadkan bahawa rasul-rasul Allah adalah penjelmaan dari Tuhan. Semua pendapat ini adalah kufur yang terang dan terkeluar daripada agama Islam.

Ahli Sunnah Wal Al-Jemaah telah sepakat mengatakan bahawa Allah Ta‘ala Maha Suci daripada menyerupai segala yang baharu, dan Allah tidak berjisim, bukannya bayang-bayang dan gambar, bukannya daging, bukannya darah dan tulang. Hal ini dijelaskan oleh Allah dalam firmanNya yang tafsirnya :

“Tidak ada sesuatu yang serupa dengan Dia dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat”.

(Surah As-Syura: 11)

Mereka (Ahli Sunnah Wa Al-Jemaah) juga sepakat bahawa Nabi Muhammad Shallalhu ‘alaihi wasallam diciptakan oleh Allah daripada air mani yang memancar, sebagaimana Allah menciptakan manusia yang lain. Firman Allah:

Tafsirnya: “Katakanlah (wahai Muhammad) Sesunguhnya aku hanyalah seorang manusia seeprti kamu”.

(Surah Al-Kahfi: 110)

FirmanNya lagi yang tafsirnya :

“Tiadalah Al-Masih Ibni Maryam itu melainkan seorang Rasul yang telah terdahulu sebelumnya beberapa orang Rasul, dan ibunya seorang perempuan yang amat benar, mereka berdua adalah memakan makanan (seperti kamu juga). Lihatlah bagaimana Kami jelaskan kepada mereka (Ahli Kitab itu) keterangan-keterangan (yang tegas yang menunjukkan kesesatan mereka), kemudian lihatlah bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsu mereka dari menerima kebenaran yang jelas nyata itu)”.

(Surah AL-Maidah: 75)

Oleh itu berdasarkan ayat di atas adalah mustahil zat Allah yang tiada bandingannya itu masuk ke dalam jasad tubuh badan rasulNya (manusia biasa), kerana dua zat yang berbeza tidak boleh menjadi satu. Pendapat sedemikian adalah menyalahi akidah Ahli Sunnah Wa Al-Jemaah, kerana kepercayaan tersebut adalah syirik yang terang-terangan. Kepercayaan penyatuan zat Allah dengan makhlukNya itu adalah merupakan kepercayaan satu kumpulan sesat yang telah lama wujud dikenali dengan nama Wahdatul Wujud.

http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/ic39_2000.htm

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

cheekmate
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.05.2005
Ahli No: 16664
Posting: 287
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 17-04-06 21:46


Quranic way of life!!!!!!!!!!!!!!!!

some of the lessons learnt from Quran that apply to our general living!!!!!!!!!!!!!!!    

respect and honour all human beings irrespective of their religion,
colour, race, sex, language, status, property, birth, profession/job
and so on...............assalammua'laikum...........

Bookmark and Share

    


  Member Information For cheekmateProfil   Hantar PM kepada cheekmate   Pergi ke cheekmate's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 17-04-06 22:20


Dan sememangnya tiadalah bagi Iblis sebarang kuasa
untuk menyesatkan mereka, melainkan untuk menjadi
ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang
siapakah yang benar-benar beriman kepada hari akhirat
dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya. Dan Tuhanmu
sentiasa mengawal serta mengawas tiap-tiap sesuatu.
(sabar': 21)
    
Jalan Syaitan Melolosi Dapat Anak Adam

Seorang Hakiem berkata; Ketika diperhatikan dari
manakah syaitan dapat menembus pada anak Adam,
mendadak terdapat sepuluh jalan.

1. Dari sifat rakus dan Su'udhdhan (jahat sangka),

*Maka ana lawan dengan kepercayaan pada janji Allah
dan Qanaah, dan untuk memperkuatkan perlawanan itu ana
berpedoman pada kitab Allah dalam ayat yang bermaksud;
"Tiada suatu pun melata di bumi ini melainkan dijamin
oleh Allah rezekinya". Maka dengan itu ana patahkan
ia.

2. Dari panjang angan-angan, lamunan,

*Maka ana hadapi dengan ingat pada datangnya maut
dengan tiba-tiba bersendikan ayat Allah yang
bermaksud; " Tiada satu jiwa pun yang mengetahui
dimana ia akan mati". Maka dengan itu ana dapat
mematahkan tipuannya.

3. Dari keinginan istirahat dan nikmat,

*Maka ana hadapi dengan mengingati hilangnya nikmat
dan beratnya hisab, bersandarkan ayat Allah yang
bermaksud ; "Biarkan mereka makan dan bersuka-suka dan
dilalaikan oleh angan-angan". dan ayat yang bermaksud;
"Tidakkah kamu lihat jika kami senangkan mereka
beberapa tahun, kemudian tiba apa yang telah
dijanjikan pada mereka, maka tidak berguna kemewahan
dan kesenangan mereka". Maka dengan itu ana tewaskan
ia.

4. Dari Ujub bangga diri.

*Maka ana hadapi dengan mengingati kurnia dan takut
pada akibat berdasarkan ayat yang bermaksud; "Maka di
antara mereka ada yang celaka dan ada yang untung".,
sedangkan ana tidak mengetahui yang ana termasuk ke
dalam golongan yang mana. Maka dengan itu ana patahkan
tipuan syaitan itu.

5. Dari meremehkan kawan dan tidak menghargai mereka.

Maka ana lawan dengan dengan menghormati mereka
bersendikan firman Allah yang bermaksud; "Kemulian itu
Haq Allah dan Rasulullah dan orang-orang mukmin". Maka
ana patahkan dengan itu.

6. Dari sifat hasud {dengki dan iri hati).

*Maka ana hadapi dengan keadilan Allah dalam membahagi
nikmat buat makhlukNya berpandukan firman Allah yang
bermaksud; "Kami yang membahagikan penghidupan mereka
di dunia". Maka dengan itu ana dapat mematahkannya.

7. Dari sifat Riya dan ingin pujian orang.

*Maka ana patahkan dengan dengan ikhlas berdasarkan
firman Allah yang bermaksud; "Maka siapa yang berharap
akan bertemu pada Tuhan hendaklah beramal dengan amal
yang sholeh dan tidak menyekutukan Tuhan dengan
sesuatu apapun". Maka dengan itu ana patahkan tipuan
syaitan itu.

8. Dari sifat kikir (bakhil).

*Maka ana hadapi dengan dengan mengingat rosaknya apa
yang ada di tangan orang-orang berdasarkan ayat Allah
yang bermaksud; "Apa yang ada padamu akan rosak binasa
dan yang di sisi Allah tetap kekal". Maka dengan itu
ana mengalahkannya.

9. Dari sifat sombong.

*Maka ana hadapi dengan sifat Tawadhu' berdasarkan
ayat yang bermaksud; "Sungguh kami jadikan kamu dari
lelaki dan perempuan dan kami jadikan kau bersuku-suku
dan berbangsa-bangsa supaya mudah kenal-mengenal,
bahawa orang yang termulia di antara kamu ialah
orang-orang yang bertaqwa". Maka dengan itu ana dapat
kalahkannya.

10. Dari sifat Tamak.

*Maka ana hadapinya dengan putus harapan dari apa yang
ada di tangan manusia, dan hanya berharap kepada Allah
bersendikan ayat yang bermaksud; "Sesiapa yang
bertaqwa kepada Allah, maka Allah memberinya jalan
keluar dari segala kesempitan dan memberinya rezeki
dari arah yang tidak disangka-sangka".

Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan
ikhlas), tiadalah engkau (iblis) mempunyai sebarang
kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah
Tuhanmu menjadi Pelindung. (Al-Isra' : 65)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-04-06 07:23


Post subject: Ahli Hadith Imam Syafie.

--------------------------------------------------------------------------------


Saya memohon agar dapat ustaz2 senaraikan apakah amalan2 yang tidak mengikut Mazhab Imam Syafie di Malaysia ini ?

1 - zakat ..
2 - ....


JazakalLah





zain-ys
Founder



Joined: July 19, 2001
Posts: 3945
Location: bm, penang, my
     Posted: July 02, 2003 - 05:15 AM    
Post subject: Re: Ahli Hadith Imam Syafie.

--------------------------------------------------------------------------------


Dalam bab ibadah individu agak kurang. Dan sukar disenaraikan kerana perlu penelitian mendalam. Barangkali syeikh thtl atau tok syeikh pendekar dapat menyenaraikannya secara detail.

Cuma, yang agak popular ialah:
1. Zakat dan segala cabang2nya. Contoh bayar zakat guna nilai matawang. Zakat pendapatan. Tafsiran fi sabilillah dsbnya.
2. Masalah sampai atau tidak amalan orang hidup kepada si mati. Mazhab Syafi'i berpendapat tidak sampai melainkan apa yang diusahakan oleh si mati semasa hidupnya.

Jadi bertitik tolak dari masalah ini, berantai2 masalah yang kita tidak ikut mazhab ini. seperti tahlil, zikir, baca quran dsbnya yang disedekahkan kepada si mati.

3. Masalah fidyah ganti solat si mati.

Namun selain itu memang banyak. Terutama yang menyangkut masalah feqh semasa.

Kalau masalah ini, memang jadi panjang senarainya. Senang cerita, apa sahaja fatwa dari darul Ifta' mesir, lujnah fatwa al-azhar dll, yang banyak diikuti oleh kita terutamanya dalam masalah semasa tidak dibahas berdasarkan satu2 mazhab sahaja. Sekalipun mungkin ada yang bertepatan dengan mazhab syafii namun bentuk penelitiannya tidaklah tertumpu kepada mazhab ini sahaja.

Contoh lain. apa-apa sahaja buku2, fatwa dan kenyataan yang berbau feqh dan hukum dari tokoh2 ulama semasa, sama ada yang masih hidup atau yang sudah mati, maka semuanya tidak bersandarkan kepada satu mazhab tertentu.

Seperti kitab al-halal wal haram fil Islam, syeikh yusof al-Qaradhawi. Fatwa2 kontemporarinya. dll.

Ini banyak dipegang oleh umat Islam di seluruh dunia termasuk di nusantara.

---------
Enakmen hudud Kelantan dan Terengganu. Saya berpandangan untuk menyusunnya agak sukar jika penyusunnya membelenggu dirinya hanya dalam mazhab syafii sahaja.

Lain2 hal, seperti sistem perbankan. Pajak gadai dsbnya. seperti saya kata, sekalipun ada yang bertepatan dengan mazhab syafii, namun cara mereka mengkaji dan menghasilkan hukum adalah melalui cara "mazhab rojak" :di

-----------
Dalam ibadah individu. sebagai contoh, sekarang ini ramai yang mengalami kemalangan jalan raya. Bila begitu ramai yang patah kaki atau tangan. Bersimin sana dan sini. Balut sana balut sini.

Macamana nak wudhuk untuk solat? Menurut mazhab syafii, perlulah digabungkan antara wuduk (membasuh dengan air pada bahagian yang sihat) dan tayammum untuk ganti anggota yang tidak dapat sampai air.

Menurut mazhab lain, tidak perlu gabungkan dengan tayammun. Memadai dengan menyapu air atas jabirah itu sahaja.

Saya biasa berhadapan dengan dua tiga masalah ini. Ada yang bersimin kakinya. yang seorang lagi, ialah mak cik yang terpotong jarinya semasa bekerja di kilang.

Dua kes ini, mereka tidak solat. Kenapa? Alasannya, macamana nak wuduk. Katanya, qadha' saja lah.

Mereka ini pula jenis kaki solat. Tak pernah tinggal.

Saya ajarkan bertayammum cara syafii. Mereka terpinga2. Dari riak mukanya memang sah mereka tak faham dan tak mahu amalkan. Mereka lebih selesa tak solat.

Saya beri satu alternatif lain. Guna mazhab lain.

Bila saya kata, ini cara syafii. Ini cara Maliki. Mak cik tu lagilah pening.

Jadi moral dari kisah saya ni:
1. Tak boleh taksub mazhab.
2. Ada orang awam tak tentu hala, mana syafii mana hanafi mana maliki..
3. Kena beri alternatif dari mazhab lain dalam keadaan tertentu.

Ada lagi contoh lain seperti solat jamak kerana hajat, dalam keadaan tertentu.




_________________
zain yang.s
Allahu Akbar!

    

MicroScript
Martabat 5



Joined: Aug 22, 2001
Posts: 119
Location: KL
     Posted: July 02, 2003 - 12:24 PM    
Post subject: Re: Ahli Hadith Imam Syafie.

--------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah

"Apa yang dipelopori oleh AlAhkam ialah membuka gerbang rujukan ilmu bukan terhad pada fuqaha' Syafi'iyah sahaja." - thtl

Allahu Akbar

Jazakallah.


http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=15322&sid=eb1a3de6f66ec2c5f7707f74c5a5176b

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-04-06 13:12


--- In [email protected], "Zuriene" wrote:
>
> Assalamualaikum,
>
> Saya pernah terbaca artikel dari alFikrah kalau tak silap berkaitan
> "Ikut apa saya kata, jangan ikut apa saya buat". Kalau tak silap saya, menurut artikel ini, beza pakar rujuk berkaitan ilmu agama dengan pakar rujuk berkaitan ilmu dunia adalah sifat keperibadian sama ada akhlak atau ibadahnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~salam

aljawab:

" ikut apa saya kata-dan jangan ikut apa yang saya buat" adalah slogan yang batil. slogan ini bercanggah dengan al-Qur:an, AQT 61:2-3

alFikrah pernah membahaskan slogan Hizb Tahrir:

"jangan lihat siapa yang berkata, tapi lihatlah apa yang dikatakan."
HT memperjuangkan kekuatan dalil. slogan ini dikatakan bersumber dari Ali bin Abi Thalib.

slogan salafiyah:

lihat siapa yang berkata (perawi) dan lihat juga apa yang diperkatakan (matannya).

ia bersumber dari Ibn Mubarak," perhatikan dari mana kamu ambil agama kamu"

>
> Justeru, adakah seseorang yang mungkin kurang keperibadian akhlak atau ibadah tidak seharusnya join berdiskusi isu agama? Adakah nasihat atau tunjuk ajarnya hanya menjurus kepada diri dan keluarganya sahaja? Seseorang yang bercakap tentang kebaikan tetapi tidak berbuat seperti apa yang dicakapkan adakah dianggap berpura-pura (munafik)? Sering kita temui apabila seseorang ditanya pendapat berkaitan ilmu agama sama ada tauhid, fiqh atau apa saja, mereka menjawap, "tanyalah orang lain, saya
> tiada ilmu berkaitan isu tersebut..".
>
>
>
> Minta penjelasan adakah sifat rendah diri sebegini kena pada tempatnya?

~~~~~~~~~~~~~~~~~reply

Pergerakan Ikhwan (melalui mursyidnya, almarhum Mustafa Masyhur) mencipta slogan,

" Islah nafsaka, wad'uu ghairaka"
(perbaikilah dirimu dan ajaklah orang lain)

jadi syaratnya, seseorang yang ingin menjadi dah'iy hendaklah berusaha memperbaiki dirinya dan di waktu yang sama boleh menyeru orang lain. tapi seorang yang tahu dirinya banyak masalah, tapi dia hanya nak seru orang lain sahaja, maka inilah munafik atau pura2.

adapun sikap " tanyalah orang lain" adalah sifat tawadhu' dan amalan salaf. mereka jarang berfatwa dan selalu menunjukkan orang lain yang lebih tinggi.

contoh: dalam masalah perempuan, selalunya sahabat akan menyuruh yang bertanya menemui ummum mukminin Aisyah. kerana dialah mufti unggul dalam isu2 wanita dan keluarga.

sekian


http://us.f369.mail.yahoo.com/ym/ShowLetter?Search=&Idx=1&YY=48121&order=down&sort=date&pos=0&view=a&head=b

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-04-06 18:49


Sifat Takbur mesti dijauhi.


Rasullah SAW bersabda : " Jauhilah kamu daripada sifat takbur. Sesungguhnya sifat takbur itu akan membawa keburukan dan keburukan itu akan membawa ke neraka" (hari Bukhari dan Muslim)

Takbur merupakan satu penyakit hati, oleh itu kita sebagai umat Islam hendaklah berusaha menghapuskan sifat ini.

Mari kita renungkan panduan yang diberikan oleh Hujahtul Islam Imam al-Ghazali dalam usaha kita mengikis sifat takabur dalam diri kita.

1. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia dari kita kerana kanak-kanak belum dibebani oleh dosa.

2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula anggaplah mereka juga lebih mulia dari kita kerana lama beribadah daripada kita.

3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyak ilmunya.

4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa kerana kejahilan mereka sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan mengetahuinya.

5. Apabila berjumpa dengan orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi katakanlah mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu akhirnya.

6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.

http://akhifaizul.blogspot.com/2004_01_01_akhifaizul_archive.html

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-04-06 20:23


Assalamualaikum,

Saya minta maaf jika soalan saya ini tidak sesuai dalam bahagian Feqh ini. Saya ingin tahu hukum tawassul dengan orang soleh yang telah meninggal dunia. Apakah hukumnya dan boleh tak ahli-ahli panel memberi dalil-dalil yang menyokong pendapat itu. Terima Kasih.

Wassalam




kamin
Panel Feqh



Joined: Sep 10, 2001
Posts: 1732
Location: Subang Jaya, Selangor
     Posted: Apr 05, 2006 - 09:49 AM    


--------------------------------------------------------------------------------
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan client_x dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Tawassul didalam bahasa arab bermaksud memohon agar menjadi hampir. Bertawassul kepada Allah bermaksud ingin mendekatkan diri dengan Allah. Allah swt berfirman :

يَبْتَغُونَ إِلَى رَبِّهِمُ الْوَسِيلَةَ
"masing-masing mencari jalan mendampingkan diri kepada Tuhannya (dengan berbuat ibadat), " -

Diantara tawassul yang dibenarkan :-

a. Bertawassul kepada Allah dengan mentauhidkannya. Ini seperti tawassul Nabi Yunus as. Firman Allah swt :-

وَذَا النُّونِ إِذْ ذَهَبَ مُغَاضِباً فَظَنَّ أَنْ لَنْ نَقْدِرَ عَلَيْهِ فَنَادَى فِي الظُّلُمَاتِ أَنْ لا إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
"Dan (sebutkanlah peristiwa) Zunnun, ketika dia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan dia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka dia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri. " -

b. Bertawassul dengan cara beriman kepada Allah swt. Firman Allah swt :-

رَبَّنَا آمَنَّا بِمَا أَنْزَلْتَ وَاتَّبَعْنَا الرَّسُولَ فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ
"Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan, dan kami mengikut RasulMu; oleh itu suratkanlah kami berserta orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui keesaanMu dan kebenaran RasulMu). " -

رَبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِياً يُنَادِي لِلْإِيمَانِ أَنْ آمِنُوا بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الأَبْرَارِ
"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti (yang banyak berbuat kebajikan)". -

c. Bertawassul dengan Nama-nama dan Sifat Allah swt. Firman Allah swt :-

وَلِلَّهِ الأَسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
"Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan." -

قُلِ ادْعُوا اللَّهَ أَوِ ادْعُوا الرَّحْمَنَ أَيّاً مَا تَدْعُوا فَلَهُ الأَسْمَاءُ الْحُسْنَى
"Katakanlah (wahai Muhammad): Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia ..." -

di. Bertawassul kepada Allah swt dengan do'a lelaki yang soleh (orang yang masih hidup).

e. Bertawassul kepada Allah dengan cara melakukan amalan2 soleh.

Tawassul kepada Allah dengan menggunakan keistimewaan Nabi (setelah baginda wafat)di perselisihkan oleh ulama' kebenarannya. Bagi kebanyakkan fuqaha' dari mazhab Maliki, Syafie dan Hanbali mengatakan boleh melakukan demikian.

Menurut Dr Ahmad Al-Kurdi (anggota Mauso'ah Fiqh Kuwait dan anggota Majlis Fatwa Kuwait) mengatakan bahawa yang tidak dibenarkan adalah terus memohon kepada Nabi .

Menurut Dr Abdullah al-Faqih bahawa ulama'-ulama' yang menentangnya mengatakan bahawa hadith2 yang menjadi sandaran tersebut berkisar dari kategori Dha'if (lemah) dan Maudhu' (palsu), maka pegangan ini tidak sahih.

Bertawassul selain dari yang atas ini, misalnya kepada wali-wali dan sebagainya adalah tidak dibenarkan. Perbuatan ini boleh menjadikan seseorang itu syirik. Orang lain lebih2 lagi yang sudah mati, tidak memberi kesan kepada amalan seseorang itu, kerana firman Allah swt :-

وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
"Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;"

Pendapat yang paling selamat adalah bertawassul dengan Nama Allah dan Sifat2nya. Tawassul itu adalah didalam bab berdo'a. Do'a ialah ibadat, dan ibadat tidak boleh dilakukan melainkan didatang nas yang membolehkan. Secara logik akal pun, mana boleh orang yang sudah meninggal membantu mereka yang hidup! Pohon terus sahaja kepada Allah swt. WA.

sekian, wassalam


http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=29933&sid=3267792c0282a3877dd5b4bdb55baf28

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

fahim
WARGA SETIA
Menyertai: 08.05.2004
Ahli No: 8869
Posting: 613
Dari: Morioka, Jepun

japan  


posticon Posting pada: 19-04-06 02:21


Tahlil ni suatu bid'ah kerana tiada sahabat pernah melakukannya... Harap maklum. Kalau salah sila tegur~

Bookmark and Share

    


  Member Information For fahimProfil   Hantar PM kepada fahim   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-04-06 05:01


Feqh Muqaran

Oleh: zain yang.s

---------------------

Pendahuluan

Berikut ini adalah apa yang saya dapat tulis mengenai apa itu Feqhul Muqaran yang sering ditanyakan ramai orang. Saya himpunkan dari beberapa buah kitab, kemudian saya ringkaskannya.

Sebelum membicarakan tentang apa itu Feqhul Muqaran, adalah lebih baik jika kita lihat komen Syeikh Dr Yusof al-Qaradhawi mengenai Feqhul Muqaran dan Universiti al-Azhar:

...ثم في المدة الأخيرة في أيام الشيخ المراغي رحمه الله حصل تطوير في برامج الأزهر فبدأ يدخل الفقه المقارن أنه لابد على الطالب أن يقرأ فقه المذاهب المختلفة ويدرس المسائل على ضوء الأدلة وأي الأدلة أقوى، وكتب في ذلك الشيخ شلتوت رحمه الله والشيخ محمد علي السايس أول كتاب أُلِّف في المقارنة ثم بدأ الأزهر يحث الطلاب على قراءة الكتب التي تُعنى بالمقارنة بين المذاهب وتعرض الأقوال بأدلتها، مثل كتاب "المحلَّى" لابن حزم مثل كتاب "المغني" لابن قدامة، مثل كتاب "المجموع" للنووي، مثل كتاب "الاستذكار" لابن عبد البر هذه الكتب مهمة جداً لكي تكوِّن الطالب لأن الفقهاء قالوا: "من لم يعرف اختلاف الفقهاء لم تشم أنفه رائحة الفقه" لابد أن يعرف الفقهاء اختلفوا وفيم اختلفوا كما نجد ذلك في كتاب ابن رشد "بداية المجتهد ونهاية المقتصد" لأنه يذكر ما أجمع عليه الفقهاء وما اختلفوا فيه وما سبب اختلافهم بطريقة منهجية...

Terjemahan: Kemudian pada akhir hidup syeikh al-Maraghi rhm, beliau telah berjaya merangka program al-Azhar. Beliau mula memasukkan al-Feqh al-Muqaran, di mana setiap mahasiswa wajib membaca feqh pelbagai mazhab, mengkaji masalah-masalah di persekitaran dalil-dalil dan mana satukah dalil yang kuat.

Syeikh Mahmud Syaltut rhm dan syeikh Muhamad Ali Sayis telah menulis sebuah kitab, yang merupakan pertama di dalam bidang Feqh muqaran. Kemudian al-Azhar mula menggalakan mahasiswanya menelaah kitab-kitab yang berkaitan dengan perbandingan antara mazhab-mazhab, yang memaparkan pendapat-pendapat mazhab berserta dalil-dalilnya, seperti kitab al-Muhalla Ibnu Hazmin, al-Mughni Ibnu Qudamah, al-Majmu' al-Nawawi dan al-Istizkar Ibnu Abdil Barr. Kitab-kitab ini cukup penting dalam membentuk para mahasiswa. Kerana para fuqaha' telah menyatakan: "Barangsiapa yang tidak mengetahui perselisihan para fuqaha, maka dia tidak mencium bau feqh."

Mereka perlulah mengetahui perselisihan para fuqaha' dan apa yang mereka perselisihkan. Seperti yang kita boleh dapati di dalam kitab Bidayatul Mujathid Ibnu Rusyd yang menyebutkan apa yang di-ijma'kan oleh para fuqaha', apa yang mereka perselisihkan dan punca perselisihan mereka secara sistematik….

Rujuk: http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=51&version=1&template_id=105&parent_id=16

1. Pengertian Feqh Muqaran

- Feqh

Takrif Feqh:

1. Tajuddin al-Subki:

Ilmu tentang hukum-hakam yang bersifat amali yang diambil dari dalil-dalinya yang terperinci (tafsili).

- Muqaran

Makna muqaran:

Mengumpulkan, Membandingkan dan menghimpun.

- Feqh Muqaran

Pengertian Feqh Muqaran

Menurut Syeikh Mahmud Syaltut: Feqh muqaran ialah mengumpulkan pendapat para imam mujtahidin bersama dalil-dalilnya tentang suatu masalah yang diperselisihkan, dan kemudian membandingkan serta mendiskusikan dalil-dalil tersebut satu sama lainnya, untuk menemukan pendapat yang terkuat dalilnya.

Kesimpulannya, feqh muqaran ialah:

- Menghimpun pendapat imam mujtahidin

- Menghimpun dalil-dalil pendapat berkenaan.

- Melakukan perbandingan

- Mendiskusikan dalil-dalil setiap pendapat

- Menemui pendapat yang terkuat dalilnya.

2. Tanggungjawab Muqarin

Seorang muqarin (orang yang mahu melakukan kajian perbandingan) mempunyai tanggungjawab memenuhi syarat-syarat berikut:

i. Bersifat teliti dalam mengambil pendapat mazhab. Ia hendaklah:

- Dari kitab-kitab mereka yang muktabar.

- Pendapat berkenaan memang benar dari pendapat ashabul mazhab.

- Pendapat berkenaan merupakan pendapat mereka yang paling kuat dalilnya.

ii. Memilih dalil-dalil yang terkuat dari setiap mazhab.

iii. Mempunyai pengetahuan tentang usul dan kaedah yang menjadi dasar setiap mazhab dalam mengambil dan menentukan hukum.

iv. Mengetahui pendapat-pendapat ulama yang bertebaran di dalam kitab-kitab feqh dan dalil-dalinya. Di samping itu mestilah juga mengetahui cara mereka beristidlal dari dalil-dalil yang mereka jadikan pegangan.

v. Setelah muqarin mendiskusikan pendapat-pendapat mazhab dan dalil-dalilnya, hendaklah dia membuat keputusan dengan adil dengan mentarjih salah satu pendapat yang kuat dalilnya. Ia hendaklah dilakukan tanpa dipengaruhi oleh pegangan mazhabnya.

3. Faedah Muqaranatul Mazahib

Antaranya ialah:

i. Dapat mengamalkan satu-satu masalah dengan tenteram kerana apa yang diamalkan itu kuat dalilnya.

ii. Menjadi golongan yang benar-benar menghormati semua imam mazhab tanpa membeza-bezakan antara satu sama lain. Kerana dengan melakukan perbandingan, dapatlah dia melihat bahawa semua itu tidak terlepas dari lingkungan peraturan ijtihad.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-04-06 06:52


Menyerahkan diri kepada-Nya akan beroleh pahala
Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI


SYEIKH Sya'rawi berkata: Allah s.w.t. menjelaskan bagaimana cita-cita Ahli Kitab yang ingin memurtadkan orang beriman. Hal ini tidak lain tidak bukan semata-mata hasad daripada diri mereka. Seterusnya Allah s.w.t. mahu menjelaskan bagaimana sifat bencinya Ahli Kitab dan berkata: “Sesungguhnya mereka berdasarkan neraca keadilan dan kebenaran yang kami ikutinya iaitu manhaj Allah s.w.t..

Justeru, Allah s.w.t memerintahkan orang beriman supaya thabit dan tetap dengan iman di samping melaksanakan segala taklif syarak. Inilah sebaik-baik penolakan terhadap mereka. Antara taklif syarak itu yang didatangkan Islam mempunyai waktu, masa dan sedikit amalan seperti rukun Islam yang lima.

Justeru, disebut dalam ayat berikut:

Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan daripada kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan.

Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: “Tidak sekali-kali akan masuk syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi atau Nasrani.” Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (wahai Muhammad): “Bawalah ke mari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar.”

(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintah-Nya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (daripada berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (al-Baqarah: 110 hingga 112)

Firman Allah s.w.t: Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat. Peliharalah dua rukun dan tiang Islam iaitu solat dan zakat serta dekatilahmu kepada-Nya dengan beribadat sama ada bentuk ibadat badaniyah (nisbah kepada jasad) atau maliyah (nisbah kepada harta) dan apa jua yang kamu dahulukan daripada kebaikan untuk diri kamu. Al-Baghawi dalam tafsirnya Ma`alim al-Tanzil berkata: “Ketaatan dan amalan salih. Kamu tentu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah.”

Sesungguhnya Allah sentiasa melihat segala yang kamu kerjakan. Allah Maha Pemerhati atas segala amalanmu dan akan dibalas pada Hari Akhirat. Demikianlah al-Quran membangkitkan kesedaran kaum Muslimin dan memusatkan (perhatian mereka) kepada sumber bahaya dan komplot jahat (kaum Yahudi) serta menggemblengkan rasa kewaspadaan mereka terhadap niat-niat yang jahat, tipu daya yang licin dan hasad dengki yang keji itu.

Kemudian al-Quran membimbing mereka agar sentiasa bersiap sedia kepada Allah dan menunggu perintah-Nya serta meletakkan tindakan mereka di bawah keizinan-Nya. Sementara menunggu perintah itu, al-Quran menyeru mereka (mengambil sikap) memberi kemaafan dan keampunan untuk menyelamatkan hati mereka daripada hasad dengki dan dendam kesumat.

Kemudian ayat-ayat yang berikut terus mematahkan dakwaan-dakwaan kaum Ahli Kitab Yahudi dan Nasara terutama dakwaan mengatakan bahawa mereka sahaja (umat) yang mendapat hidayat dan syurga Tuhan, tiada orang lain yang akan memasukinya! Tetapi pada waktu yang sama setiap puak Ahli Kitab menentang satu sama lain dan menuduh lawannya sebagai puak yang tidak mempunyai apa-apa pegangan.

Ketika menghuraikan dakwaan-dakwaan kaum Yahudi yang panjang lebar itu, al-Quran menjelaskan hakikat yang sebenar dan memberi kata pemutusnya mengenai (dasar) amalan dan balasan. Kaum Ahli Kitab yang menentang kaum Muslimin di Madinah adalah kaum Yahudi. Ini kerana di sana tidak ada kumpulan kaum Nasara yang mengambil sikap kaum Yahudi. Tetapi nas di sini merupakan satu nas umum yang menghadapi dakwaan-dakwaan golongan itu.

Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: “Tidak sekali-kali akan masuk syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi atau Nasrani.” Yahudi telah mendakwa bahawa semua golongan tidak berhak masuk syurga kecuali menganut ajaran Yahudi. Begitu juga Kristian mendakwa semua golongan tidak akan masuk syurga kecuali menganut ajaran Kristian. Kaum Yahudi pula mendakwa: “Tidak akan masuk syurga melainkan hanya orang-orang Yahudi sahaja.” Sementara kaum Nasara pula mendakwa: “Tidak akan masuk syurga melainkan hanya orang-orang Nasara.”

Dakwaan ini tidak berlandaskan sebarang dalil selain daripada dakwaan kosong sahaja. Oleh itu, Allah s.w.t. mengajar Rasulullah s.a.w. mencabar mereka supaya mengemukakan dalil. Ibn Abbas berkata: “Orang Yahudi Madinah dan Kristian Najran bertelingkah di sisi Nabi s.a.w.. Golongan Yahudi mendakwa bahawa orang Kristian tiada apa-apa keistimewaan dan tidak layak masuk syurga kecuali yang menganut ajaran Yahudi dan mengkufurkan dengan Injil dan Isa. Sedangkan dakwaan Kristian pula tidak layak masuk syurga kecuali hanya golongan kristian.

Ini sebenarnya hanyalah angan-angan mereka. Mimpi-mimpi mereka dan khayalan sahaja. Katakanlah (wahai Muhammad): “Bawalah ke mari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, Al-Nasafi dalam Madarik al-Tanzil berkata: “Sila kemukakan hujah kamu atas keistimewaanmu dapat masuk syurga.”

Kepercayaan

“Wahai Muhammad, katakanlah kepada mereka: “Datangkan kepadaku segala bukti yang jelas atas dakwaanmu sekiranya benar.”

Itulah angan-angan mereka. Katakanlah: “Bawalah hujah-hujahmu jika kamu benar.” Di sini al-Quran menjelaskan satu dasar umum daripada dasar-dasar kepercayaan Islam iaitu balasan adalah mengikut amalan tanpa memilih kasih terhadap sesuatu umat, golongan atau individu. (Yang menjadi asas) balasan adalah Islam dan ihsan (menjunjung perintah dengan sebaik-baiknya) bukannya nama dan gelaran.

(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan Al-Alusi berkata dalam Ruh al-Ma’ani: “Ini merupakan penolakan atas dakwaan mereka di samping mengisbatkan daripada apa yang mengandungi penafian masuk syurga di kalangan yang lain.”

Sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintah-Nya), yang dimaksudkan dengan serah diri ialah dengan mengikhlaskan dan maksud wajah. Di sini terdapat dua pendapat:

* Bahawa itu adalah agama.

* Bahawa itu adalah amalan.

Bahkan yang berhak masuk syurga hanya daripada kalangan yang benar-benar menyerah diri, tunduk dan patuh serta mengikhlaskan bagi Allah s.w.t.. Di sini ditonjolkan ciri Islam yang pertama iaitu penyerahan muka (wajah) yang melambangkan penyerahan seluruh diri. Kata-kata aslam bererti penyerahan diri yang mencakupi kedua-dua segi kepercayaan batin dan amalan yang zahir sekali. Namun demikian ia memerlukan bukti yang jelas terhadap penyerahan itu iaitu:

Orang yang beriman membenarkan dan mengikut Rasulullah s.a.w.. Ia menumpukan seluruh dirinya kepada Allah s.w.t. dan memusatkan seluruh perasaannya kepada Allah s.w.t. berbanding dengan orang yang menumpukan dirinya kepada kejahatan dan dosa. Sifat Islam atau penyerahan diri merupakan kesatuan dan persamaan antara perasaan dan tingkah laku, akidah dan amalan, iman hati dan ihsan amali. Dengan kesatuan ini, akidah Islam dapat berubah menjadi satu sistem hidup yang lengkap, dan dengan kesatuan ini juga sahsiah manusia menjadi sepadu dengan segala kegiatan dan haluan hidupnya serta dengan kesatuan itu wajarlah seseorang Mukmin itu menerima seluruh pemberian ini.

Maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (daripada berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka. Al-Samarqandi dalam tafsirnya Bahr al-`Ulum berkata: “Daripada azab ketika takutnya ahli neraka.” Dikatakan juga takut digunakan untuk perkara akan datang. Sedangkan dukacita untuk perkara yang telah lalu.

Begitu juga disebut takut terbahagi kepada tiga:

1. Takut yang berkekalan. Maka sudah tentu menjadi kebaikan bagi orang Islam.

2. Takut azab atas terputusnya boleh membawa keamanan bagi orang yang bertaubat.

3. Takut hari himpunan dan perhitungan. Menjadi keamanan bagi orang yang berihsan. Dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Hanya bagi mereka pahala amalan dan tidak berasa takut pada hari akhirat. Begitu juga dukacita atau keluh kesah, sebaliknya mereka mendapat nikmat yang berkekalan. Sebelum ini al-Quran telah pun menjelaskan dasar ini dari segi hukuman sebagai menjawab dakwaan mereka (kaum Yahudi) yang mendakwa: “Kami tidak akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu sahaja.”

- DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI ialah pensyarah di Kolej Uniti, Pasir Panjang, port Dickson, Negeri Sembilan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 22-04-06 06:42


Petikan: "Abu A`la al-Mawdudi menulis komentar bagi ayat pertama surah al-Nisa’ ini: “Umumnya para pentafsir al-Quran menyebutkan Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam dan Bible juga menyebutkan perkara yang sama. Kitab Talmud pula menambah bahawa Hawa diciptakan daripada tulung rusuk Adam yang ketiga belas. Tetapi al-Quran tidak menyentuh langsung perkara ini dan hadis-hadis yang dipetik untuk menyokong pandangan ini mempunyai makna yang berbeza dari yang sering difahami. Oleh itu, perkara yang terbaik ialah membiarkan perkara yang tidak dijelaskan seperti yang terdapat dalam al-Quran dan tidak perlu membuang masa bagi menentukan perinciannya.” ( The Meaning of The Quran, jil. 2 hal. 94)"



--------------------------------------------------------------------------------





PEREMPUAN TIDAK BERASAL DARIPADA TULANG RUSUK


Muhammad Hanief bin Awang Yahaya

Kita sering mendengar cerita bahawa Hawa diciptakan daripada tulang rusuk Adam. Sehingga terdapat ungkapan yang mengatakan wanita dijadikan daripada tulang rusuk supaya yang dekat dengan hati dan supaya sering didampingi serta diingati dan bermacam-macam lagi. Begitu juga, hampir semua kitab-kitab tafsir menyebutkan kisah penciptaan Hawa dan menjadi asas kepada ulama tafsir ketika menjelaskan maksud ayat pertama surah al-Nisa’. (Sila lihat Tafsir at-Tabari, Tafsir al-Baidhawi, al-Kahzin dan lain-lain)


Kenyataannya ialah tidak ada satupun ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. yang jelas menyebutkan hakikat kejadian Hawa. Al-Quran tidak menyebutkan Hawa dicipta daripada Adam tetapi manusia itu dicipta daripada jiwa yang satu. Apa yang disebutkan di dalam al-Quran ialah manusia itu diciptakan daripada jenis yang sama dengannya juga. Seorang manusia tentunya ibu bapanya manusia juga bukan makhluk yang lain.


Abu A`la al-Mawdudi menulis komentar bagi ayat pertama surah al-Nisa’ ini: “Umumnya para pentafsir al-Quran menyebutkan Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam dan Bible juga menyebutkan perkara yang sama. Kitab Talmud pula menambah bahawa Hawa diciptakan daripada tulung rusuk Adam yang ketiga belas. Tetapi al-Quran tidak menyentuh langsung perkara ini dan hadis-hadis yang dipetik untuk menyokong pandangan ini mempunyai makna yang berbeza dari yang sering difahami. Oleh itu, perkara yang terbaik ialah membiarkan perkara yang tidak dijelaskan seperti yang terdapat dalam al-Quran dan tidak perlu membuang masa bagi menentukan perinciannya.” ( The Meaning of The Quran, jil. 2 hal. 94)


Menurut al-Mawdudi, hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tidak menyatakan perkara yang sebagaimana yang tersebar dalam masyarakat Islam iaitu sebenarnya tidak ada satupun hadis baginda s.a.w yang menerangkan asal- usul kejadian Hawa.


Kaedah yang sebenar ialah tidak perlu memberatkan diri dalam menentukan perkara yang Allah s.w.t. tidak menyatakan dengan terang dan jelas. Contohnya, apabila Allah s.w.t. menyebutkan cerita tentang bahtera Nabi Nuh tidak perlu bagi kita untuk menentukan apakah saiz dan kapasitinya atau bahan buatannya. Perincian itu bukan menjadi maksud penurunan al-Quran. Apa yang penting ialah menjadikan peristiwa tersebut sebagai iktibar dab pengajaran. Dengan kata lain, al-Quran bukan kitab sejarah atau sains tetapi kitab yang memberi panduan hidup kepada manusia supaya selamat di dunia dan akhirat.


Dalam hal ini Shah Waliyullah menyebutkan dengan jelasnya. Kata beliau ketika mengulas kisah-kisah yang diceritakan oleh al-Quran: “Bukanlah maksud cerita-cerita di dalam al-Quran untuk mengetahui cerita itu sendiri. Maksud sebenarnya ialah supaya pembaca memikirkan betapa bahayanya syirik dan kemaksiatan serta hukuman Allah hasil dari perbuatan syirik itu di samping menenangkan hati orang-orang yang ikhlas dengan tibanya pertolongan dan perhatian Allah kepada mereka” (al-`Fawz al-Kabir Fi Usul al-Tafsir, hal. 138)


Mengapa Berlaku Kekeliruan Tentang Kejadian Hawa Ini?


Ada beberapa faktor mengapa berlaku kekeliruan dalam memahami makna sebenar ayat ini:


1. Berpegang Dengan Riwayat Israiliyyat


Fasal yang kedua di dalam Sifr al-Takwin menyebutkan Hawa diciptakan daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam ketika baginda sedang tidur. (Tafsir al-Manar, jil. 4, hal. 268.) Disebabkan ada riwayat dalam kitab-kitab yang dahulu, ahli-ahli tafsir terus menganggap ia sebagai sokongan atau pentafsiran kepada al-Quran. Bagaimana mungkin ayat al-Quran ditafsirkan dengan riwayat Israiliyyat walhal penurunan kitab-kitab nabi terdahulu lebih awal lagi daripada al-Quran. Sepatutnya, kitab yang turun kemudianlah yang menjelaskan kitab-kitab yang terdahulu.


Hadis berkenaan perkara ini mempunyai beberapa versi. Antaranya ialah;


Perempuan itu diciptakan daripada tulang rusuk

Perempuan seperti tulang rusuk.

Perempuan adalah tulang rusuk.

2. Mengkhususkan Keumuman Hadis Tanpa Nas Yang Jelas


Antara kesilapan dan kekeliruan ialah mengkhususkan lafaz hadis yang menyebut perempuan kepada Hawa. Hadis-hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. semuanya dengan jelas menyatakan perempuan dalam bentuk tunggal atau jamak dan tidak ada yang menyebutkan Hawa secara khusus. Jelasnya, para pentafsir menyangka wanita dalam hadis tersebut adalah Hawa tanpa berdasarkan kepada nas yang lain yang menentukan makna yang dikehendaki oleh Rasulullah s.a.w. itu.


3. Kesilapan Memahami Kata Sendi Nama Min من


Walaupun perkataan min itu memberi erti “daripada”, “punca sesuatu perkara” atau “sebahagian”, kata sendi nama min juga mempunyai makna lain seperti “untuk menyatakan sebab” dan “menyatakan jenis sesuatu perkara”. Oleh itu, pemakaian huruf ini dalam bahasa Arab adalah luas dan tidak semestinya terikat dengan satu makna sahaja. (lihat, Ibn Hisyam, Mughni al-Labib, jil. 1, hal. 319)


Abu Muslim al-Asfahani mengatakan, maksud menciptakan daripadanya pasangannya ialah menciptakannya dari jenisnya. (lihat Hasyiah Zadah `Ala al-Baidhawi) Ini seperti ayat-ayat al-Quran berikut:


وَمِنْ آَيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Surah al-Rum: 21)

فَاطِرُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَمِنَ الْأَنْعَامِ أَزْوَاجًا يَذْرَؤُكُمْ فِيهِ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Dialah yang menciptakan langit dan bumi; Dia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya dan pentadbiranNya) dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (Surah al-Syura: 11)


وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَجَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ بَنِينَ وَحَفَدَةً وَرَزَقَكُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ

Dan Allah telah menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagi kamu daripada pasangan-pasangan kamu anak-anak dan cucu dan memberikan rezki kepada kamu daripada benda-benda yang baik. (Surah al-Nahl: 72)

Ayat-ayat ini tidak boleh difahami sebagai isteri-isteri kita itu diciptakan daripada diri atau jasad kita tetapi mestilah difahami sebagai “mereka itu dari jenis yang sama dengan kita”.





لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari jenis kamu, yang amat berat baginya kesusahan kamu, sangat berharap akan keimanan kamu dan sangat kasih serta menyayangi kepada orang-orang yang beriman. (Surah al-Taubah:128)

لَقَدْ مَنَّ اللَّهُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ إِذْ بَعَثَ فِيهِمْ رَسُولًا مِنْ أَنْفُسِهِمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آَيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ

Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memberikan kurniaan yang besar kepada orang-orang yang beriman ketika Dia mengutuskan seorang rasul kepada mereka dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, menyucikan mereka dan mengajarkan Kitab dan Hikmah. Sesungguhnya mereka sebelum itu berada di dalam kesesatan yang nyata. (Surah Ali Imran: 164.)

Kedua-dua ayat ini dengan jelasnya menyebutkan Rasulullah s.a.w. yang diutuskan kepada kita adalah dari kalangan manusia yang sama seperti kita bukan dari kalangan makhluk yang lain seperti malaikat.


Dengan itu, hadis ini ditafsirkan sebagai sifat dan perasaan perempuan itu daripada jenis yang mudah bengkok.


عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فلا يؤذي جاره واستوصوا بالنساء خيرا، فإنهن خلقن من ضلع، وإن أعوج شيء في الضلع أعلاه، فإن ذهبت تقيمه كسرته، وأن تركته لم يزل أعوج، فاستوصوا بالنساء خيرا;).



Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 4890)


عن أبي هريرة: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: (المرأة كالضلع، إن أقمتها كسرتها.

Perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan mematahkannya. (Hadis riwayat al-Bukhari4889).

Hadis ini telah dikemukakan oleh Imam al-Bukhari di dalam kitab al-Nikah bab berlembut dengan wanita. Tujuan al-Bukhari mengemukakan hadis ini ialah untuk menyatakan sifat fitrah wanita bukannya hakikat kejadian mereka. Apakah tubuh atau jasad wanita akan mudah patah apabila dikasari oleh orang lain? Tentu sekali tidak.



عن أبي هريرة. قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن المرأة كالضلع. إذا ذهبت تقيمها كسرتها.

Sesungguhnya perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan mematahkannya. (Hadis riwayat Muslim no: 1468.)

Hadis ini lebih jelas lagi menyatakan sifat perempuan itu seperti tulang rusuk bukan diciptakan daripada tulang rusuk. Penggunakan partikel kaf ك ini bagi menyatakan persamaan antara perempuan dan tulang rusuk. Sementara ayat yang kedua merupakan sudut persamaan antara kedua-duanya.

Kecenderungan Imam al-Bukhari ketika membuat Tarjamatul Bab di dalam Sahihnya, iaitu:



باب: المداراة مع النساء، وقول النبي صلى الله عليه وسلم: (إنما المرأة كالضلع;).

Bab berlembut dengan wanita dan Sabda Nabi s.a.w.: Sebenarnya perempuan itu seperti tulang rusuk.

Dengan membuat tajuk begini Imam al-Bukhari tidaklah berpendapat bahawa Hawa itu dijadikan daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam.

Begitu juga di dalam al-Adab al-Mufrad, Imam al-Bukhari mengemukakan riwayat:



إن المرأة ضلع , وإنك إن تريد أن تقيمها تكسرها

Sesungguhnya perempuan itu tulang rusuk. Jika kamu mahu untuk meluruskannya maka kamu akan mematahkannya. (al-Adab al-Mufrad, no: 747)

Apakah hadis ini menyatakan hakikat perempuan itu sebenarnya tulang rusuk? Tentu sekali tidak. Hadis ini merupakah satu bentuk tasybih atau perumpamaan yang mempunyai nilai balaghah atau retorik yang tinggi di mana perkataan yang menyatakan persamaan tidak digunakan begitu juga sudut keserupaan tidak disertakan. Ayat yang kedua boleh juga dikatakan sebagai bukti bahawa perkataan tulang rusuk tidak difahami secara harfiah.

Sokongan Kepada Penafsiran Ini

Penafsiran min bukan dengan makna punca atau asal-usul sesuatu adalah sesuai hadis berikut:



عن أبي قلابة، عن أنس رضي الله عنه: أن النبي صلى الله عليه وسلم كان في سفر، وكان غلام يحدو بهن يقال له أنجشة، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: (رويدك يا أنجشة سوقك بالقوارير;). قال أبو قلابة: يعني النساء.

Daripada Abu Qilabah daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah s.a.w. berada dalam satu perjalanan. Ada seorang budak yang dikenali dengan Anjisyah menarik unta yang ditunggangi oleh wanita-wanita. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: Wahai Anjisyah! Perlahankanlah kerana yang kamu tarik itu ialah botol-botol kaca. Perawi, Abu Qilabah, berkata: Maksudnya ialah wanita-wanita. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 5857.)

Rasulullah s.a.w. menggambarkan wanita sebagai golongan yang lembut dari segi perwatakan dan cukup sensitif. Baginda menyebutkan wanita seperti botol-botol kaca yang mudah pecah jika tidak dijaga dan diberi perhatian.

Kesimpulan

Hadis ini perlu difahami secara balaghah iaitu berdasarkan retorik bahasa Arab. Rasulullah s.a.w. menyampaikan pesanan ini dalam bentuk tasybih (perumpamaan) supaya maksud pesanan difahami dengan lebih mendalam. Tegasnya, supaya pendengar lebih peka dan prihatin bukan memberi perhatian kepada makna harfiah. Rasulullah s.a.w. membuat perumpamaan wanita seperti tulang rusuk bukan bermaksud untuk merendahkan kedudukan mereka tetapi sebagai peringatan kepada kaum lelaki supaya memberi perhatian kepada mereka, melayani mereka dengan baik, mendidik dan menjaga hati mereka. Sama seperti lelaki, wanita sama-sama berperanan untuk menegakkan agama dan menguruskan hal ehwal kehidupan.

Dengan pemahaman yang betul tentang hadis-hadis ini maka tertolaklah anggapan bahawa wanita adalah dari kelas kedua kerana kononnya dijadikan daripada orang lelaki iaitu Adam!

Sumber: http://darulkautsar.com/pemurniansejarah/teks/israiliyat/rusuk.htm
http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=14813

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

themartyr
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.12.2004
Ahli No: 13027
Posting: 179
Dari: Dataran Syam

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 22-04-06 15:21


Tak dinafikan bahawa penafsiran tentang masalah ini datangnya daripada cerita-cerita yang dibawa oleh Bani Israil, walau bagaimanapun, bukanlah bermakna sekiranya penafsiran itu datangnya daripada sumber Israiliyyat maka penafsiran itu batil atau salah sama sekali.

Kalaulah dengan penafsiran ini disimpulkan bahawa wanita itu kelas dua, maka kesimpulan itu salah sama sekali kerana ada ayat lain yang dengan terang dan jelas menafikan diskriminasi jantina walaupun Qur'an ada menyebut bahawa "lelaki itu berdiri di atas wanita." (Fahami ayat ini dengan maksudnya, bukan dengan perkataannya).

Dalam prinsip penafsiran ayat al-Quran, sumber Israiliyyat diterima sebagai salah satu sumber yang dipegang untuk mentafsirkan al-Quran, dan inilah manhaj yang digunakan oleh ulama-ulama tafsir terdahulu seperti at-Tabari, Ibn Kathir, al-Qurtubi, dan sebagainya. Tafsir al-Quran diiktiraf sebagai ma'thur dengan tafsiran yang dibuat berdasarkan lima sumber; pertama dengan al-Quran sendiri, kedua dengan hadis, ketiga penafsiran sahabat, keempat penafsiran tabi'in, dan kelima cerita Israiliyyat.

Nabi s.a.w pernah menyebut dalam hadis baginda, "janganlah kamu membenarkan ahli kitab, dan jangan kamu mendustakan mereka."

Hadis ini disebut sebagai hujah mengapa Israiliyyat digunakan dalam penafsiran.

Ada beberapa hujah logik yang dibuat dalam tulisan di atas, tetapi boleh dicabar pada pendapat saya. Penggunaan kata sendi من contohnya, kita perlu lihat perbahasannya di dalam kitab tafsir dengan lebih lanjut. Tidak salah sekiranya jika dikatakan min itu bermaksud DARI kerana makna dan uslubnya tidak bertentangan dengan kaedah umum bahasa Arab.

Dalam subjek Manahij Mufasireen, kami diterangkan dengan manhaj ulama-ulama tafsir dalam menulis kitab mereka. Kitab tafsir utama yang dipegang sebagai rujukan utama ialah Tafsir al-Tabari, tetapi kita orang Malaysia lebih kenal Ibn Kathir. Mukhtasar Ibn Kathir yang sampai kepada kita bukanlah hujah untuk mengatakan Ibn Kathir menolak Israiliyyat.

Untuk mengetahui kisah dan perbahasan ulama tentang perihal ini, perbandingan antara kisah Israiliyyat dan kisah yang dibawa al-Quran, sila rujuk kitab-kitab al-Qasas al-Quraniyy seperti Fadhl Hassan Abbas, Solah al-Khalidiyy dan sebagainya. Tidak dinafikan, al-Quran itu sumber rujukan kita yang utama, cumanya jangan dinafikan sumber Israiliyyat yang juga diterima dalam penafsiran ayat al-Quran. Kita menolak Israiliyyat dalam hukum, tetapi tidak dalam tafsir.

Rasulullah s.a.w tidak mentafsirkan al-Quran seluruhnya, jadi selepas itu ulama-ulama mencari pelbagai sumber untuk mentafsirkan al-Quran.

Wallahu ta'ala a'lam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For themartyrProfil   Hantar PM kepada themartyr   Pergi ke themartyr's Website   Quote dan BalasQuote

themartyr
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.12.2004
Ahli No: 13027
Posting: 179
Dari: Dataran Syam

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 22-04-06 15:34


Dr. Muhammad Nuh al-Qudhoh menyebut bahawa pembahagian martabat manusia dalam ilmu Feqh ini ada tiga, iaitu Usuliyyin (Mujtahid), Muftun (Mufti), dan 'Awam. Muftun dan 'Awam termasuk dalam golongan muqallid, dan mereka belum punya keahlian untuk memberi ijtihad dalam apa-apa masalah, tetapi perlu didasarkan kepada perbahasan ulama' yang ahli.

Dr. Muhammad Hamad Abdul Hamid, pensyarah Usul Fiqh menyebut, kalau nak mentarjihkan antara pendapat-pendapat ulama' pun kita perlukan beberapa tahun selepas dapat Ph.di untuk dapatkan keahlian itu sebab perlu sangat teliti. Kalau belajar masalah bahasa Arab dalam Usul Fiqh, kita akan faham Kenapa.

Saya tidak galakkan perbahasan ini di dalam kalangan orang yang bukan takhasus Syariah kerana rumit dan perlukan analisis yang mendalam, bukan sekadar baca satu dua buku, dah nak cakap macam-macam dan langsung mengetepikan ulama-ulama dan orang lain yang betul-betul belajar agama. Ada bezanya...

Wallahu a'lam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For themartyrProfil   Hantar PM kepada themartyr   Pergi ke themartyr's Website   Quote dan BalasQuote

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1308
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-04-06 19:07


Assalamualaikum.

    syukran ummi. ilmu Allah memang luas seluas2nya. tertarik dengan persoalan solat di angkasa lepas yang timbul ekoran misi ke angkasa lepas oleh orang islam. tapi kita percaya Allah telah kurniakan ilmuNya kepada para ulama' untuk mereka selesaikan pelbagai persoalan dalam masyarakat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 22-04-06 20:41


Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah syukran jazilan atas teguran anakanda thematyr. Sebab itulah umi letak di bawah thread 'untuk golongan yang berfikir'. Tidak semua yang masuk di ukhwah.com itu mampu memahami namun kita yang ingin memahami dan kehausan ilmu teruskanlah menyampaikan. umi petik dari lama web authentic seperti al-ahkam.net yang memang serius dalam bab ilmu dan penjelasannya yang berdalil dan berhujah kuat. Syukur Alhamdulillah Allah izin umi untuk mencedok sedikit ilmu dan kefahaman tentang Islam walau sudah berumur senja namun rasanya rugi kalau tidak memahami apa yang sepatut difahami selagi nyawa belum sampai kekerongkongan.

Semoga anak-anak terus menyokong thread ini demi kita mencari ilmu yang hak.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - Golongan yang berjaya ialah golongan yang tidak rugi. Ini bertepatan dengan maksud Surah Wal Asr yang mengatakan bahawa semua manusia dalam kerugian kecuali empat ini :-

1. orang beriman
2. orang yang beramal soleh
3. orang yang ingat mengingati pada kebenaran
4. orang yang ingat mengingati pada kesabaran

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

themartyr
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.12.2004
Ahli No: 13027
Posting: 179
Dari: Dataran Syam

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-04-06 12:21


Luahan hati seorang pelajar Syariah:

Semakin dalam kami belajar ilmu hukum-hakam, semakin takut untuk kami bercakap persoalan hukum. Hukum Allah bukan mainan, walaupun kita hanya membenarkan yang harus, ataupun mengakui sesuatu sunnah itu sunnah, biarpun semudah itu.

Orang yang berhukum tanpa ilmu, atau menggunakan hawa nafsu, biarpun dia benar dalam ijtihadnya, maka dia tetap berdosa. Satu hukum yang kita naqalkan sebenarnya seperti kita berkata: Inilah hukum yang Allah nak sebenar-benarnya. Seorang mujtahid itu ialah seorang wakil Allah untuk menyatakan halal dan haram, dan takutilah azab dan seksanya sekiranya kita bukan ahli tetapi hendak mengambil peranan seberat itu.

Semakin lama saya belajar dalam bidang ini, barulah saya tahu sejauh mana bidang ini pergi. Walaupun bidang ini bukanlah cita-cita saya sedari kecil, namun saya bangga dengan kesungguhan ayah saya yang tetap ingin menghantar saya ke sini kerana di sinilah saya bertemu dengan kebenaran yang dah lama saya cari-cari.

Benarlah, semakin tinggi ilmu kita, semakin tunduk kita pada Ilahi, semakin tinggi iman kita, semakin takut kita kepada Allah, dan semakin kita menjadi manusia yang benar-benar manusia.

Ulama-ulama mujtahidin dahulu tersangat-sangat takut untuk berkata sesuatu dalam kitab Allah, walaupun untuk mentafsirkan satu perkataan yang mereka teramat makruf dengan maknanya.

Wallahu a'lam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For themartyrProfil   Hantar PM kepada themartyr   Pergi ke themartyr's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-04-06 12:01


sesiapa yang berbuat sesuatu tanpa memiliki persiapan ilmu, maka ia akan lebih banyak menyebabkan kerosakan, daripada menimbulkan kebaikan. (Khalifah Umar Abdul Aziz ra)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 23-05-06 15:46


CEGAH MUNGKAR MENGIKUT KEMAMPUAN

1- Sabda Nabi SAW di dalam sebuah hadith (riwayat Muslim)
bermaksud: `Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya), sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah mengubahnya dengan lidahnya (teguran/nasihat) dan sekiranya tidak mampu maka hendaklah mengubahnya dengan hatinya (membenci kemungkaran dalam hati), itulah selemah-lemah iman'.

2- Setiap muslim/muslimah perlu menyakini tentang kewajipan
mencegah mungkar. Mungkar adalah setiap perkara yang berlawanan
dengan perintah Allah SWT sama ada meninggalkan kewajipan atau
melakukan larangan. Sekiranya semua muslim meninggalkan kewajipan ini, pastilah kemungkaran akan lebih banyak dan orang yang melakukannya akan lebih ramai.

3- Kata Ibn Mas'ud: `musnahlah orang yang hatinya tidak
mengenali perkara ma'ruf dan perkara mungkar'. Berhati-hatilah dalam hidup agar kita dapat menilai mana baik dan mana yang buruk. Ilmu merupakan alat untuk kita menilai.

4- Setelah yakin bahawa mungkar itu wajib dicegah, maka
perlulah pula kita menilai diri kita setiap kali bertemu dengan
kemungkaran (sama ada amalan atau pemikiran), adakah kita termasuk di kalangan orang yang berkuasa mencegah atau sekadar menegur atau sekadar membenci di dalam hati. Persoalan yang paling penting adakah kita mampu atau tidak.

5- Ukuran kemampuan ini adalah berkaitan dengan kedudukan kita pada mata mereka yang melakukan kemungkaran. Ini adalah pendapat saya, wallahu a'lam. Sudah pasti ayah dan ibu berkuasa di mata anak-anaknya (sepatutnya begitu). Begitu juga orang-orang yang berpangkat tinggi pasti berkuasa untuk mencegah kemungkaran di kalangan orang-orang yang berada di bawahnya, lebih-lebih lagi orang yang berkerja dengannya. Ini berlainan dengan situasi di mana orang yang melakukan kemungkaran itu melihat diri kita sama sahaja dengannya dan dia merasakan tidak ada apa-apa kelebihan pada diri kita mengatasi kelebihan yang ada padanya. Maka keadaan begini perlulah kita menggunakan dua lagi kaedah mencegah kemungkaran iaitu sama ada menasihatinya atau sekadar membencinya di dalam hati. Ditambah pula dengan doa kita agar dirinya berubah.

6- Ukuran seterusnya adakah kita sanggup menghadapi cabaran dan ujian yang akan menimpa diri kita disebabkan kita mencegah
kemungkaran dengan kuasa atau dengan teguran. Sekiranya kita tidak mampu menghadapi ujian, tidak salah untuk kita hanya sekadar mencegah kemungkaran dengan hati iaitu membenci perbuatan mungkar tersebut. Begitulah pendapat Ibn Rajab al Hanbali dalam Jami' al `Ulum wa al Hikam.

7- Apa pun, lihatlah pada realiti hidup kita masa kini.
Janganlah kita terlalu bersemangat untuk mencegah kemungkaran
sehingga menyebabkan kita tersalah memilih jalan atau teknik untuk
mencegahnya. Kalau keadaan mengizinkan kita menegur, tegurlah. Kita tidak akan dibebankan dengan perkara yang kita tidak mampu lakukan.

8- Contohnya ada orang yang menganggap bahawa semua orang yang melakukan kemungkaran itu mesti ditegur. Anggapan ini tidaklah tepat untuk semua keadaan. Mencegah kemungkaran dengan teguran juga mestilah dimulai dengan cara yang baik dan beradab. Dengan kata lain, kita mestilah tegas, tapi tidak kasar dalam percakapan. Mungkin sesuatu kemungkaran itu perlukan kajian dan perancangan dalam usaha kita untuk mencegahnya secara berperingkat.

9- Satu lagi hakikat yang terpaksa kita akui ialah, tidak semua orang yang ditegur dan dinasihati itu akan mengikut nasihat yang diberikan. Biasanya begitulah. Kalau kita terlalu berharap orang yang kita tegur dan nasihat itu akan berubah, mungkin nanti kita akan kecewa dan menganggap itu sebagai satu keburukan atau satu musibah bagi kita. Kita mesti sentiasa berharap tetapi jika tidak menjadi kenyataan, bersabarlah. Itulah lumrah manusia, susah untuk mengikut kebenaran.

10- untuk permulaan, cegahlah kemungkaran dalam diri kita dan
keluarga terlebih dahulu. Fikirlah cara yang paling kreatif untuk
mencegah kemungkaran yang masih ada dalam diri dan keluarga. Kenal pasti setiap perkara yang melanggar perintah Allah SWT yang dilakukan oleh diri kita atau ahli keluarga kita dan cegahlah ia sebelum terlambat. Kalaulah kita telah berusaha sedaya upaya tetapi sebahagian ahli keluarga kita masih tidak mentaati Allah, maka bersabarlah di atas ujian itu sebagaimana Nabi Nuh, Nabi Luth dan Nabi Muhammad SAW sendiri bersabar apabila saudara mereka dan keluarga mereka sendiri tidak mahu menerima dakwah yang dibawa. Wallahu a'lam.

11- Begitu juga kita mesti berhati-hati agar kita tidak pula menjadi pembantu atau penolong terhadap kemungkaran yang dilakukan oleh sesiapa. Firman Allah SWT bermaksud: `dan janganlah bantu-membantu dalam perkara dosa dan kezaliman'.

12- Ini pendapat saya berdasarkan apa yang saya fahami, wallahu a'lam. Asas perbincangan ini adalah diringkaskan daripada huraian Ibn Rajab al Hanbali dalam bukunya Jami' al `Ulum wa al Hikam, hadith no 34, jilid 2 , muka surat 243-256, cetakan Muassasah al Risalah, Beirut.

oleh Ustaz Adlan Abdul Aziz @ alitantawi

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-05-06 13:00


Kita semua telah tahu bagaimana kumpulan-kumpulan nasyid telah mewarnai dunia hiburan di negara kita. Saya mengakui bahawa kemunculan kumpulan-kumpulan tersebut membawa kesan baik sama ada sedikit atau banyak kepada masyarakat. Terdapat muda-mudi yang tersentuh hati mereka dan kembali ke pangkal jalan disebabkan mereka mendengar lirik-lirik nasyid yang menyentuh hati mereka dan menyamai pengalaman yang mereka lalui.




            Tapi perlu diingat bahawa penasyid tidak maksum (terpelihara daripada dosa dan kesilapan) dan lagu-lagu nasyid juga tidak maksum. Sesekali saya mendapati lirik-lirik nasyid yang tidak sesuai dan perlukan kepada teguran agar kita dapat memperbaiki satu cabang daripada cabang-cabang hiburan Islam.

            Sesetengah lirik lagu nasyid mengandungi kesalahan seperti berikut (saya tidak sebutkan contoh dengan tepat agar tidak menyentuh mana-mana penasyid) :

a)     Lirik yang mengandungi hadith dhaif atau palsu.

b)     Lirik yang mengandungi kisah-kisah israiliyyat (kisah-kisah umat terdahulu bersumberkan daripada Ahli Kitab) yang belum dipastikan kesahihannya.

c)     Lirik yang mengandungi maksud cinta muda-mudi yang boleh disalah anggap dan menyerupai cinta dalam lagu-lagu moden yang bukan nasyid.

di)     Lirik yang terlalu memuja dan mengagungkan tokoh-tokoh Islam sehingga membawa maksud mereka adalah insan yang sempurna.

e)     Lirik-lirik dalam bahasa arab yang dilagukan (sama ada ayat Al Quran, hadith atau kata-kata ulama) sehingga berubah barisnya dan panjang atau pendeknya. Ini sudah pasti mengubah maksud seperti yang telah sedia diketahui oleh mereka yang mempelajari Bahasa Arab.

f)        Lirik yang mengandungi maksud keinsafan tetapi tidak dipadankan dengan rentak yang sesuai seperti dilagukan dengan rentak rancak. Adakah lagu berbentuk memohon keampunan sesuai dilagukan dengan rentak rancak?

pergi)     Lirik yang terlalu puitis sehingga kita merasakan bahawa ia hanya difahami oleh penulis liriknya sahaja.

h)     Lirik yang membawa fahaman melampau seperti tidak mahu kepada dunia, mementingkan akhirat semata-mata, menolak cinta kepada manusia, membandingkan cinta manusia dengan cinta kepada Tuhan, mentafsirkan cinta kepada Tuhan dengan maksud rindu seperti kekasih rindukan kekasih dan sebagainya.

i)        Lirik selawat atau zikir yang dilagukan dengan cara yang tidak sepatutnya seperti salah barisnya atau panjang pada tempat yang sepatutnya pendek. Atau dilagukan dengan rentak yang rancak.

j)        Lirik yang mengandungi pengakuan yang dibimbangi menjadi pengakuan yang tidak jujur seperti mengaku bahawa di dalam hatinya hanya ada cinta pada Allah, mengaku bahawa dirinya telah bertaubat sebenar-benarnya atau mengakui bahawa dia menangis di tengah malam dan sebagainya.

k)     Lirik (dan juga lagu) yang tidak membangkitkan semangat ke arah mentaati Allah SWT. Sedangkan lagu-lagu yang dilagukan sepatutnya membangkitkan semangat, bukan sentiasa mendayu-dayu (sesekali tidak mengapa) sehingga hilang semangatnya.



Penasyid Perlu Tambahkan Ilmu

            Sekiranya para penasyid menganggap bahawa diri mereka mewakili golongan pendakwah, mereka perlu membanyakkan ilmu di dada dan melakukan banyak pembacaan dan kajian. Saya pernah hadir di beberapa konsert nasyid dan saya mendengar huraian atau ceramah yang dibuat oleh penasyid. Pernah ada penasyid yang menggunakan hadith palsu dan pernah juga penasyid menghuraikan maksud yang melampau seperti yang ada di dalam beberapa tarekat kesufian (sila lihat ruangan dalam al-ahkam.net : ‘Kekeliruan dalam Tasauf dan Sufi’). Penasyid perlu menambah ilmu tentang Islam sebelum membuat kenyataan atau dakwah kerana ramai peminat mereka yang menantikan kata-kata mereka untuk diikuti kerana orang yang mencintai akan mengikut kata sesiapa yang dicintainya.

            Saya sendiri meminati nasyid dan mempunyai kenalan yang terlibat dalam industri nasyid. Janganlah menganggap tulisan ini seperti pisau yang menghiris hati para penasyid. Anggaplah tulisan ini sebagai satu nasihat daripada seorang yang mengambil berat tentang perkembangan nasyid di Malaysia. Wallahu a’lam.

posted by: alitantawi

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 26-05-06 10:45


Nikah 'Misyar' Meningkat di Bagian Timur Saudi

SANA'A--MIOL: Nikah misyar alias nikah siri di wilayah bagian timur Arab
Saudi seperti dilaporkan situs Al-Watan, Jum`at (26/8), meningkat karena
sejumlah fatwa ulama membolehkan jenis pernikahan itu selama memenuhi syarat
sah.
Syarat sah pernikahan, menurut sebagai ulama, adalah ijab dan qabul
(persetujuan kedua mempelai) dan saksi. Sebagian lainnya adalah mewajibkan
wali sebagai syarat sah apalagi yang menikah adalah gadis. Sementara bagi
para janda tidak disyaratkan wali.

Kalau lewat pernikahan biasa, seorang pemuda selain harus membayar mas kawin
mahal, juga menyediakan rumah dan menanggung biaya pesta yang tergolong
besar untuk ukuran kebanyakan.
Karena itu, banyak pria lebih memilih menikah dengan cara diam-diam yang
penting halal alias ada saksi tanpa harus melakukan pesta dengan tamu
undangan seperti lumrahnya pernikahan biasa.
``Salah satu sebab utamanya adalah faktor ekonomi, sebab sebagian pemuda
tidak mampu menanggung biaya pesta, menyiapkan rumah milik dan harta gono
gini, maka mereka memilih menikah dengan cara misyar yang penting halal,``
ujar Ummu Adil, salah seorang Khatibah (semacam mak comblang).

Sebagain pemuda secara terus terang mengaku lebih memilih cara perkawinan
demikian karena alasan ekonomi. ``Nikah misyar adalah cara terbaik bagi saya
untuk menikah agar tidak terperosok dalam perbuatan haram (zina red.),``
ujar Khalid Ghanem, seorang pemuda yang sedang mencari jodoh lewat misyar.

``Meskipun tradisi tidak membenarkan cara pernikahan seperti ini, tapi
kondisi ekonomi sebagian pemuda mendorong untuk mengakhiri masa lajang
mereka dengan cara ini selama hal itu halal,`` ujar Ahmed Moussa, pemuda
lainnya.
Sebagian khatibah telah berhasil mengawinkan 40 pasangan dalam musim panas
tahun ini dengan cara misyar. Sebagaimana diketahui, musim panas merupakan
musim pernikahan bagi pasangan muda-mudi umumnya di Arab.

Di antara ulama terkemuka yang membolehkan pernikahan dengan cara siri itu
adalah Dr. Yusuf Qardawi, salah seorang pakar Muslim kontemporer terkemuka
di dunia Islam. Ia berpendapat bahwa nikah ini adalah nikah syar`i (sah)
selama ada ijab-qabul dan saksi.

Daripada `jatuh` dalam perbuatan haram, maka zawaj misyar, demikian nama
populernya, adalah pilihan sebagian pemuda salah satu negeri kaya minyak
itu. Yang penting bukan mut`ah alias kawin kontrak yang diharamkan oleh
ijma` (konsensus) ulama Islam Sunni. (Ant/OL-1)

http://www.mail-archive.com/

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-05-06 09:56


Keramat bukan matlamat ibadah


Saya pernah mendengar pengakuan seorang rakan guru yang telah menghampiri umur pencennya tentang penglibatannya dalam pelbagai ajaran termasuklah tarekat. Menurut beliau, di antara sebab utama beliau dan rakan-rakannya memasuki ajaran-ajaran kebatinan termasuk tarekat ialah kerana ingin mendapat sesuatu yang ‘supernatural’ atau apa yang lebih kita kenali dengan nama ‘karamah’ atau ‘keramat’. Beliau pernah menyangka bahawa keramat adalah matlamat atau kemuncak segala tujuan apabila memasuki sesuatu ajaran kebatinan.




Pernah juga seorang pegawai yang telah pencen mengaku di hadapan saya bahawa beliau pernah memasuki satu tarekat yang menyuruhnya supaya membaca zikir tertentu (tidak ada dalam Al Quran atau hadith) lalu beliau dijanjikan dengan keramat dan kelebihan tertentu.

Seorang kenalan (ijazah dalam syariah) pula pernah menjadikan kisah-kisah para wali yang pelik-pelik sebagai bacaan utama dalam biliknya dan buku itu sentiasa ada di meja bacaannya. Beliau kelihatan menyanjung para wali tersebut kerana mempunyai keramat dan kelebihan yang biasanya menjangkau kemampuan manusia biasa. Persoalannya sekarang, adakah keramat yang menjadi matlamat setiap muslim dan muslimah ketika beribadat?

Saya tidak menafikan bahawa ada tarekat yang mendidik pengikutnya dengan fahaman yang benar iaitu keramat bukanlah matlamat, dan keramat bukanlah bukti kita lebih baik daripada mereka yang tidak pernah dikurniakan keramat. Namun begitu terdapat tarekat-tarekat yang menggambarkan kepada pengikut-pengikutnya seolah-olah keramat itulah matlamat mereka berzikir dan matlamat mereka mengikuti ajaran guru mereka. Mereka juga diceritakan dengan cerita-cerita para wali zaman dahulu yang mampu melakukan perkara luar biasa hasil amalan zikir. Maka tulisan saya ini adalah untuk menolak fahaman yang salah ini iaitu ‘tarekat sebagai matlamat ibadat’.

Saya bukan menolak semua tarekat, saya hanya ingin membincangkan kesalahan yang berlaku dalam beberapa tarekat. Semoga tulisan ini menjadi panduan untuk kita semua insya Allah.

Keramat atau karamah adalah kemuliaan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada sesiapa yang dikehendakinya daripada kalangan hambaNya yang salih. Ia adalah perkara yang boleh dikategorikan sebagai luar biasa atau pelik. Ia tidak mustahil kerana Allah SWT berkuasa melakukan apa sahaja. Ahli Sunnah wal Jamaah menerima kemungkinan berlakunya perkara ini kerana ia sememangnya telah diceritakan berlaku kepada umat terdahulu oleh Al Quran dan hadith. Ia juga berlaku di zaman Rasulullah SAW dan berlaku di zaman awal Islam hingga ke hari ini. Berikut adalah beberapa perkara penting (setakat pencarian saya) yang perlu diberikan perhatian berkaitan keramat.

a) Keramat bukanlah satu bukti yang menjadikan seseorang yang memperolehinya dianggap lebih hebat atau lebih mulia daripada orang lain. Terdapat ramai sahabat yang tidak dikurniakan apa-apa keramat (sila lihat kisah para sahabat menerusi sumber yang sahih seperti dalam buku-buku hadith). Sedangkan kita tahu bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa mereka (para sahabat) adalah sebaik-baik generasi umat manusia. Begitu juga Allah SWT telah meredhai para sahabat seperti dalam ayat 18 surah al Fath dan ayat 100 surah al Taubah. Apa lagi kedudukan yang lebih mulia dalam kalangan manusia biasa daripada para sahabat? Adakah manusia yang hidup di zaman kita ini lebih mulia daripada para sahabat hanya kerana dia mendapat keramat melebihi apa yang diperolehi sahabat?

b) Tidak dinafikan terdapat beberapa orang sahabat yang dikurniakan keramat. Beberapa keadaan mereka yang dianggap luarbiasa telah direkodkan dalam buku-buku hadith. Untuk memudahkan, para pembaca boleh melihat buku Riyadhussolihin karya al Nawawi di mana ada satu bab khusus tentang keramat yang berlaku kepada para sahabat (hadith no. 1503 hingga 1510). Contohnya kisah makanan yang bertambah dengan luar biasa di rumah Abu Bakr ketika jamuan, kisah dua sahabat bernama Usaid Ibn Khudhair dan Abbad Ibn Bisyr yang berjalan dalam malam yang gelap tetapi mereka diiringi oleh dua cahaya ibarat lampu, kisah Umar Ibn al Khatthab yang dapat meneka beberapa perkara dengan tepat dan lain-lain lagi.

c) Keramat juga telah dikurniakan Allah SWT kepada umat terdahulu seperti Maryam ibu Nabi Isa, Ashabul Kahfi, tiga pemuda yang terperangkap di dalam gua dan sebagainya. Terdapat ramai lagi orang-orang soleh yang wujud selain mereka yang mendapat keramat. Maka ukuran yang sebenar ialah pada keimanan dan ketaqwaan, bukan pada keramat, siapa yang dapat dan siapa yang tak dapat.

di) Tujuan beribadat sama ada berzikir atau apa sahaja adalah untuk mendapat keredhaan Allah SWT dan dikurniakan ganjaran pahala. Tidak pernah kita temui dalam Al Quran atau hadith sahih (wallahu a’lam) bahawasanya di antara tujuan ibadat ialah untuk mendapat keramat. e) Kisah-kisah keramat para wali terdahulu yang banyak kita temui dalam buku-buku tidak semuanya benar kerana kisah-kisah yang sebegini memerlukan pengkajian terutama berkaitan sanad (rangkaian mereka yang meriwayatkan kisah tersebut) untuk memastikan adakah kisah itu benar-benar berlaku atau ditokok-tambah oleh periwayat dan tukang cerita. Bagaimana sebuah kisah itu benar jika tidak dikenali siapa yang meriwayatkannya? Ada juga kisah yang diriwayatkan dengan sanad yang tidak lengkap (periwayat kisah tersebut tidak hidup sezaman dengan wali yang mendapat keramat).

Dr. Yusuf al Qaradhawi pernah menyatakan di dalam salah satu ucapannya di bulan Ramadhan (tazkirah malam Ramadhan di www.qaradawi.net) bahawa sekiranya kita melihat maksud perkataan ‘wali’ di dalam sebilangan tarekat sufi, kita akan mendapati gambaran mereka tentang wali ialah gambaran yang pelik dan seolah-olah kita berada di dunia yang lain. Sedangkan jika kita melihat kepada maksud perkataan ‘wali’ di dalam Al Quran dan hadith, kita akan melihat wali sebagai seorang manusia yang beriman dan bertaqwa serta beramal salih (lihat maksud ayat 62 dan 63 surah Yunus).

Dr. Yusuf al Qaradhawi menambah, sekiranya kita membaca kisah hidup para sahabat dan kita bandingkan dengan kisah hidup para wali di sisi tarekat sufi, kisah para sahabat adalah kisah manusia biasa yang hidup dengan cara yang normal dan mereka beriman serta taat kepada Allah SWT. Tetapi kisah para wali tarekat sufi penuh dengan keramat dan keajaiban yang seringkali mengubah sunnatullah (hukum alam yang ditentukan Allah SWT). Marilah kita beribadah kepada Allah SWT dengan menginginkan keredhaanNya dan balasan pahala dariNya, bukan kerana inginkan keramat dan perkara luar biasa. Wallahu a’lam.


posted by : alitantawi

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-05-06 05:29


Golongan Muslimah masa kini sudah semakin hebat dan boleh dikatakan setaraf pencapaiannya (dari segi pekerjaan dan pendidikan) dengan kaum lelaki. Bilangan wanita yang bergelar ketua dalam jabatan-jabatan sama ada kerajaan mahupun swasta turut meningkat. Kemampuan mereka mengetuai sesuatu tugasan tidak harus dipertikaikan lagi. Justeru martabat Muslimah semakin diiktiraf oleh banyak pihak.

Walau pun mengenakan pakaian yang dituntut oleh agama, kredibiliti mereka sebagai wanita berkerjaya terus dihormati. Meskipun demikian sebagai wanita berkerjaya, tidak dinafikan kadangkala kita berhadapan dengan dilema semasa membuat urusan berkiatan tugas. Pergaulan dan percampuran antara lelaki dan wanita seolah-olah menjadi satu kebiasaan pada masa sekarang. Adakah demi wang dan kedudukan tinggi dalam membina kerjaya, wanita sanggup mengetepikan tuntutan agama?

Seorang Muslimah harus merenungi peringatan Rasulullah yang menyuruh wanita menilai lagi diri, memperhatikan tingkah laku dan perbuatan. Harus benar-benar yakin bahawa apa yang dilakukan adalah sesuatu yang diredai oleh Allah s.w.t.

Kadangkala ketika sedang berurusan mengenai kerja, contohnya bertemu dengan pelanggan dan sebagainya, perbuatan berjabat tangan dengan lelaki bukan mahram kerap berlaku. Jangan jadikan urusan tugas sebagai alasan membolehkan kita bersentuhan kulit dengan lelaki yang tidak dihalalkan. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud

"Lebih baik ditusukkan sebatang jarum dari besi ke kepala seorang laki-laki daripada ia menyentuh wanita yang tidak dihalalkan baginya." (Riwayat At-Tabrani dan Al-Baihaqi).

Dalam hadis ini terkandung ancaman yang sangat keras bagi laki-laki yang menyentuh seorang wanit yang tidak dihalalkan baginya. Memang di sana ada beberapa keadaan yang dibolehkan bagi seorang laki-laki untuk menyentuh wanita meskipun bukan mahramnya, seperti doktor yang harus mengubatinya kerana tidak ada seorang wanita yang dapat melaksanakan tugas doktor tersebut.

Berjabat tangan bagi mereka merupakan alat dan permulaan cubaan. Setiap orang yang berakal tentu akan menyedari kesan buruk yang diakibatkan oleh berjabat tangan antara laki-laki dan wanita serta pengaruhnya dikemudian hari.

Maka Islam hendaklah menutup jalan yang boleh menimbulkan akibat lebih parah lagi. Hukum ini hanya berlaku bagi orang yang bukan mahram. Sedangkan mahram seperti ayah, saudara atau lain-lain dibolehkan duduk bersama atau berjabat tangan bahkan kerana kecintaan Nabi s.a.w. terhadap Fatimah yang amat mendalam, beliau merangkulnya dan memeluk kepalanya setiap kali beliau tiba dari suatu perjalanan. Kisah serupa juga dilakukan oleh Abu Bakar terhadap puterinya, Aisyah.

Mungkin ada sesetengah Muslimah yang meremehkan perbuatan ini. Untuk itu, ingatlah selalu perkataan Rasulullah kepada Aisyah: "Wahai Aisyah, jauhilah perbuatan-perbuatan yang remeh, dalam suatu lafaz disebutkan:'Dosa-dosa, kerana ada yang dituntut terhadap hal itu daripada Allah."

Ingatlah perkataan seorang tabi'in, Bilal bin Sa'di: "Janganlah kamu memandang kecilnya kesalahan, tetapi pandanglah siapa yang kamu derhakai."

Semoga Allah memberikan jalan kemudahan untuk mencapai apa -apa yang Dia kehendaki dan hendaklah engkau berpegang teguh kepada ketakwaan. Maka bertawakallah kepada Allah dalam kaitannya dengan amal dan perkataanmu. Berpeganglah kepada ketaatan kepada-Nya agar engkau mendapat redha-Nya pada suatu hari yang harta dan anak-anak tidak meberi manfaat kepadamu.

sama-samalah kita menjadi muslimah yang berjaya di dunia dan akhirat...InsyaAllah

posted by : permysury

http://bicaramuslim.com/bicara6/viewtopic.php?p=177802#177802

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-05-06 13:37


Rangkuman akhbar dan Ulasan 17/tak kepercayaan masyarakat

PETALING JAYA : Who do Malaysians trust most? Politicians,
business leaders, teachers or doctors?

In a survey of 2,074 respondents conducted by the Business Ethics
Institute of Malaysia (BEIM), doctors came up first and teachers
second. Politicians were at the bottom of the 15-category list.

Sixty-two percent of the respondents felt that politicians did not
tell the truth, while believers numbered only 11%. The rest were
uncertain.

The reading for business leaders was not good either, as they were
just one rung above politicians.


~~~~~~~~~~~~~~ulasan

lapuran survey Institut Etika Perniagaan Malaysia semalam, melapurkan kepada golongan mana rakyat Malaysia meletakkan kepercayaan mereka. Ranking teratas ialah doktor dan yang paling tak dipercayai ialah ahli politik dan golongan korporat.

Tinjauan rambang insitut itu mendapati, antara lima golongan yang
paling dipercayai di Malaysia ialah:

1. doktor
2. guru
3. profesor (guru menara gading)
4. Priest (padri/sami/ mungkin ulama' masuk sama agaknya)
5. saintis

agaknya Kenapa golongan agamawan berada dikedudukan # 4 carta kepercayaan..?

rasanya banyak ustaz2 kat mesjid banyak dok cerita kisah2
dongeng,tahyul, khurafat, hadith fadhilat yang dha'if dan maudhu', air jampi, dsbnya...

s2s

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 31-05-06 11:09


Apabila hendak bertayamum seseorang itu perlu memastikan bahawa yang akan digunakan itu adalah debu tanah mukabumi dan bukannya debu-debu habuk partikel udara yang kebanyakkannya merupakan sisa kumuhan kimia yang terapung lalu melekat di dinding, perabut atau tingkap bangunan.

Sesetengah pendapat membolehkan bertayamum dengan menggunakan apa
sahaja yang berupa debu, tanpa mengira sama ada ia berasal dari bumi atau tidak. Pendapat ini membolehkan bertayamum dengan tepung gandum, bedak talkum, serbuk kayu, habuk-habuk yang berada di atas perkakas rumah dan sebagainya. Ada juga yang menambah, apa sahaja bentuk debu yang ditemui di mukabumi ini maka ia boleh digunakan sebagai agen untuk tayamum.

Pendapat ini menurut analisa penulis adalah tidak tepat kerana ia
jelas menyalahi ketentuan syara' yang menyatakan bahawa yang
dibolehkan untuk tayamum ialah debu-debu tanah mukabumi. Perkataan tanah debu di dalam al-Qur'an berasal dari kata bahasa. Arab yang asalnya bererti tanah

-------------------end quote.

s2s

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 31-05-06 11:13


--- In [email protected], "Abu Iman" wrote:
>
> Syukran Syeikh,
> Agaknya ustazah mereka qiyas pada pendapat tidak boleh memotong kuku dan rambut ketika haid kut, sebab adik-adik perempuan saya juga membawa pendapat yang sama iaitu kena basuh pad sebelum dibuang.

~~~~~~~~~~~~~~~~~reply

1. tidak boleh qias sebarangan melainkan betul-betul perlu menggunakan qias. adapun amalan potong kuku dan rambut semasa janabah itu tiada asalnya, cuma terdapat dalam kitab2 khalaf seperti al-Ihyaa' Ulumiddin yang merupakan pendapat peribadi Imam alGhazzali sahaja. maka ia bukan asas untuk Qias dalam taharah.

2. perbuatan membasuh najis darah haidh pada disposable pad adalah perbuatan mempersulit agama yang telah dimudahkan, yakni asal najis hendaklah dihilangkan atau dihapuskan, maka kenajisan darah hadih itu hendaklah dihapuskan dengan cara membuangnya sahaja.

3. sikap memberat-beratkan diri dalam memikirkan najis dan terlalu was-was adalah belitan iblis kepada orang awam. agama itu dengan belajar bukan ikutan dan waham.

4. apa yang tidak ada ketentuan dari AQ dan Sunnah hendaklah disoal, manakah dalil dan nasnya, adapun perbuatan membasuh darah haidh kepada sesuatu yang asalnya akan dibuang tidak ada dalil. yang ada dalil ialah mencuci darah haidh yang tumpah di atas pakaian. menjadi amalan kaum Yahudi, pakaian yang terkena darah haidh maka hendaklah dibuang, tapi Islam membolehkan pakaian itu dibasuh dan (pakaian itu) boleh digunapakai semula setelah dibasuh.

sekian

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 31-05-06 11:17


Siapakah Syuhada'?

24/100: Faedah Akidah Wasithiyah: Siapakah syuhadaa'?
    
Syuhada' ada dua maksud:

pertama: mereka yang gugur di jalan Allah

Dalil:
" dan sesungguhnya Allah membedakan orang-orang beriman dan supaya sebahagian kamu gugur sebagai syuhadaa'" AQT 3:140

kedua: ilmuan/ulama'

dalil:
" ALLah menyatakan bahawasanya tiada ilah melainkan Dia, Yang menegak Keadilan. Para Malaikat dan orang-orang berilmu." AQT 4: 18

para ulama' menjadi saksi kepada Nabi SAW dengan menyampaikan risalah kepada manusia.

* alFawaid almi'awiyah adalah karya fadhilah syaikh Saleh alUthaimin alsalafi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 31-05-06 11:24


WASIAT IMAM SYAFI'E    

Antara pesanan dan juga kata-kata yang akan menjadi pedoman kepada kita melalui petikan beberapa pesanan dan peringatan daripada imam muktabar iaitu imam As-Syafi'e rahimahullah

Ilmu adalah sesuatu yang bermanfaat dan bukannya ilmu apa yang hanya dihafaz semata-mata.

Kebaikan itu ada pada lima perkara iaitu mampu mengawal diri,
menjauhkan diri daripada menyakiti orang lain, menggunakan rezeki yang halal, berserah diri kepada Allah dan menyakini segala kekuasan Allah.

Imam Syafi'e telah ditanya tentang tabiatnya yang suka menggunakan tongkat sedangkan beliau bukanlah telah uzur, maka beliau menjawab :
Ini bertujuan agar aku sentiasa mengingati bahawa hidup di dunia
hanya sebagai musafir yang pasti akan kembali kepada Allah.

Perkara yang mesti ada pada pemimpin ada lima iaitu benar dalam percakapan, menjaga rahsia, menunaikan segala janji, sentiasa memberi nasihat dan menunaikan kewajipan yang diamanahkan.

Keredhaan manusia sukar untuk engkau capai dan bukanlah bermakna selamat daripada lidah manusia sudah boleh dianggap sudah mencapai jalan kepada mendapat keredhaan mereka. Oleh itu engkau hendaklah melakukan perkara yang bermanfaat kepadamu dan sentiasalah berbuat demikian.

Sesiapa yang merasa marah tetapi dia tidak meluahkannya maka dia seumpama keldai dan sesiapa yang merasa redha terhadap sesuatu tetapi dia tidak dapat menerimanya maka dia seperti syaitan yang mana redha dengan ketuhanan Allah tetapi tidak mahu tunduk pada perintahNya.

Capailah tujuan sesuatu percakapan itu dengan diam dan capailah
sesuatu keputusan itu dengan berfikir.

Orang yang menzalimi diri sendiri ialah mereka yang tunduk dan patuh pada mereka yang tidak menghormatinya, mengharapkan kemanisan pada sesuatu yang tidak memberi manfaat kepadanya dan menerima pujian daripada mereka yang tidak dikenalinya.

Sesiapa yang mahu dipandang baik dan mulia maka dia hendaklah berbaik sangka terhadap orang lain.

Sesiapa yang memberi peringatan dan nasihat kepada rakannya dalam keadaan sembunyi maka sesungguhnya dia telah menasihati dan memperelokkannya. Sesiapa yang menasihati secara terang maka dia telah menyakiti dan mengkhianatinya.

Tidak akan tercapai ilmu melainkan bersabar di atas segala kesusahan di dalam mencapainya.

Apabila telah tetap perkara asal di dalam hati maka lidah akan
berkata mengenai cabangnya ( hasil ).

Sesiapa yang mahu kebahagian di akhirat maka dia hendaklah ihklas dengan ilmu.

Sekiranya manusia berfikir mengenai kandungan surah al-Asr maka sudah mencukupi.

Orang berilmu bertanya mengenai perkara yang dia sudah tahu dan perkara yang belum diketahuinya. Maka dengan cara ini dia dapat memperkemaskan ilmu yang telah ada dan dapat menimba ilmu yang belum diketahui Orang jahil pula sentiasa menyisih diri daripada menerima pelajaran dan berhenti daripada belajar.

Perdalamkanlah ilmumu sebelum memimpin kerana apabila sudah menjadi pemimpin engkau tidak mempunyai jalan lagi untuk mendalami ilmu.

Perdalamkanlah segala masalah ilmu agar ia tidak akan menyempitkan masamu.

Keelokan oarng yang berilmu ialah mulia diri dan kecantikan ilmu pula ialah warak dan berlemah lembut.

Sesiapa yang mendakwa bahawa dia mencintai dunia dan dalam masa yang sama dia mencintai Penciptanya maka sebenarnya dia telah berbohong.

Sekalipun seseorang itu bersungguh-sungguh untuk mencapai keredhaan manusia maka tidak akan menemui jalan ke arah itu. Oleh itu dia hendaklah mengikhlaskan amalannya antara dia dan Allah Tidak mengetahui seseorang tentang riya' ( bermegah dengan amalan ) melainkan orang yang benar-benar ikhlas.

Sesorang itu tidak mampu untuk menghukum tentang sesuatu samaada halal atau haram melainkan dengan ilmu yang dimiliki.

Sesiapa yang tidak dimuliakan oleh taqwa maka tiada kemuliaan
baginya.

Terlalu mengharapkan kelebihan dunia merupakan azab Allah kepada ahli tauhid ( beragama ).

Sesiapa yang membenarkan sahabatnya maka diterima amalan, ditutup keburukan dan diampun kesalahannya.

Sesiapa yang engkau redha akan menyebut-nyebut (puji) pada sesuatu yang tiada pada dirimu begitulah juga mereka yang engkau marah akan menyebut-nyebut (keji) pada sesuatu yang tiada pada dirimu.

Politik pergaulan manusia berlainan dengan politik pergaulan
binatang.

Orang berakal ialah mereka yang mana akalnya mampu mengawasi dirinya daripada segala kejahatan.

Sekiranya manusia mengetahui keburukan percakapan dan hawa nafsu maka mereka akan melarikan diri daripada keduanya sebagaimana mereka melarikan diri dari harimau.

Bagi akal itu ada penghujungnya, begitulah juga dengan sabar yang mana ada penghujungnya.

Sesiapa yang menyimpan rahsianya maka kebaikan berada di tangannya.

Sekiranya ulama' yang beramal dengan ilmu mereka tidak boleh dianggap waliullah maka aku tidak tahu lagi adakah bagi Allah itu wali.

Jika aku tahu dengan meminum ais sejuk akan mengurangkan maruahku nescaya aku tidak akan minum melainkan air panas

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 01-06-06 00:50


Tulisan ini bukanlah bertujuan untuk menyebut keaiban sesiapa yang mempunyai penyakit ‘cepat melatah’. Saya menggunakan istilah melatah ini untuk menggambarkan sikap segelintir agamawan (ustaz/ustazah/protaz/protazah) yang cepat melatah apabila mendengar sesuatu pendapat yang ‘pelik’. Maksud melatah di sini ialah cepat menyalahkan sesuatu pendapat yang ‘pelik’. Pendapat yang ‘pelik’ di sini ialah pendapat yang tidak pernah mereka tahu atau tidak pernah mereka dengar. Maka mereka cepat menyalahkan pendapat tersebut dan menghukum orang yang berpendapat sedemikian (dengan pelbagai gelaran). Inilah ‘melatah’ yang saya maksudkan.



Kewujudan golongan ini bukanlah satu fantasi atau rekaan semata-mata. Saya sendiri pernah berinteraksi dengan mereka dan saya pasti anda yang membaca tulisan ini juga pernah bertemu mereka sekali-sekala atau selalu. Kadang-kadang terasa kasihan melihat gelagat mereka dan terkadang terasa marah. Namun mereka juga seperti kita yang tidak tahu segala-galanya tentang Islam. Tahun ini mungkin ilmu kita lebih bertambah berbanding tahun lalu. Tahun depan pula, mungkin kita akan mengubah pendapat kita yang kita pegang sejak bertahun yang lalu. Ilmu sentiasa bertambah dan pendapat kita sentiasa berubah. Itu tidak saya persoalkan di sini.
            Saya juga tidak mempersoalkan kesilapan yang memang berlaku daripada sesiapa sahaja sama ada golongan ‘cepat melatah’ atau kita sendiri yang tidak melatah, tetapi melakukan kesilapan yang lain. Sekali lagi saya tegaskan bahawa saya tidak mengkritik sikap mereka yang tersilap atau sikap mereka yang tidak tahu atau kurang ilmu.

            Apa yang ingin saya nyatakan di sini adalah panduan kepada golongan ini dan juga kepada kita semua tentang sikap yang sepatutnya kita ambil apabila bertemu pendapat yang ‘pelik’ atau ‘ganjil’. Berikut saya ringkaskan langkah-langkah yang perlu kita ambil:

1-     Apabila kita terdengar pendapat yang agak pelik, fikirkan bahawa kemungkinan pendapat itu benar. Ini disebabkan kita bukanlah manusia yang tahu segala-galanya. Ilmu kita terhad dan hanya bertambah jika kita mencarinya. Bukankah kita yakin bahawa ada yang lebih tahu daripada kita? Maka jika kita menyedari hakikat kelemahan diri, kita perlulah bersabar ketika mula-mula mendengar pendapat yang ‘pelik’.

2-     Pastikan bahawa pendapat itu benar-benar seperti yang kita dengar jika ada orang perantaraan yang membawa pendapat tersebut kepada kita. Sikap ketelitian yang diamalkan oleh ulama hadith perlu dipraktikkan di sini. Lihat terlebih dahulu akhlak dan daya ingatan orang yang menyampaikan berita itu kepada kita sebelum kita mempercayainya. Takut-takut nanti orang yang bercerita itu pulak yang menambah-nambah.

3-     Seeloknya kita cari orang lain yang menjadi penguat kepada penyampai maklumat pertama tadi. Mungkin jika kita mendengar daripada saksi yang ramai, kita akan lebih jelas tentang isi kandungan pendapat tersebut.

4-     Sekiranya kita telah pasti akan kebenaran kata-kata atau pendapat itu, atau memang kita sendiri yang mendengar pendapat tersebut dengan telinga kita sendiri, eloklah kita memulakan pengkajian tentang kebenaran atau kepalsuan pendapat tersebut.

5-     Pastikan adakah pendapat tersebut berkaitan perkara usul atau furu’. Pastikan juga adakah ia berkaitan perkara yang disepakati atau masih khilaf. Pastikan juga adakah pendapat itu mempunyai dalil tersendiri.

6-     Jika kita tidak mampu untuk menganalisis sendiri, berbincanglah dengan orang-orang yang kita yakin mempunyai ilmu dan pengalaman berkaitan ilmu-ilmu Islam. Lebih ramai lebih bagus. Perbanyakkan bacaan.

7-     Sekiranya kita dapati bahawa pendapat itu menyalahi asas-asas yang telah ditetapkan syariat, maka kita berkewajipan bersangka baik bahawa orang itu tidak tahu. Seterusnya, menjadi satu kewajipan ke atas kita untuk menegurnya dengan berhikmah. Jangan terus hentam atau kutuk. Cuba hubungi orang itu dan berbicara dengannya.

8-     Jika dia tidak mahu mengubah pendapatnya, maka kita berkewajipan memberitahu orang lain tentang pendapat yang salah itu. Cuba sedaya upaya untuk tidak menyebut nama orang itu, tetapi cukup sekadar menyebut kesalahan pada pendapatnya sahaja. Cuba juga untuk tidak menggunakan senjata ‘maki hamun’ atau ‘kritikan sinis’.

9-     Namun begitu, sekiranya pendapat yang ‘pelik’ tadi benar megikut syariat, maka kita wajib bersetuju dengan pendapat itu walaupun pendapat itu ‘pelik’ dan tidak disokong oleh majoriti dalam kalangan agamawan atau masyarakat. Ukuran kebenaran bukan pada ‘pelik’ atau ‘ganjil’ atau ‘popular’. Kebenaran diukur dengan dalil. Tidakkah kebenaran adalah satu perkara yang ganjil ketika dakwah bermula di Makkah?

10- Sekiranya pendapat itu hanya berkaitan perkara khilaf dan perkara teknikal dan masing-masing mempunyai hujah, kita perlu menerimanya dengan sikap berlapang dada yang memang wujud di kalangan para ulama sejak dahulu. Jangan bergaduh atau bermasam muka hanya kerana perkara kecil.



Begitulah sikap dan langkah yang saya cadangkan untuk anda semua sekiranya bertemu dengan perkara pelik atau ganjil berkaitan Islam. Kita yakin bahawa ilmu tentang Islam sentiasa berkembang dan sentiasa dibincangkan. Perkara-perkara asas tidak perlu kita perselisihkan, tapi perkara yang masih belum diputuskan dan masih berada dalam perkara-perkara khilaf, perlulah kita berlapang dada menerima kemungkinan….mungkin kita betul dan mungkin sebenarnya kita yang salah. Mungkin juga kita betul dan pendapat itu juga betul kerana dilihat daripada sudut berbeza. Inilah keluasan rahmat Allah SWT dalam ilmu-ilmu Islam. Hanya orang jahil sahaja tidak mahu menerima hakikat perbezaan pendapat sebegini. Wallahu a’lam.



Rujuk buku:

-Dr. Yusof al Qaradhawi ‘Kaifa Nata’amal Ma’a al Turath’ (Bagaimana Berinteraksi Dengan Khazanah Ilmu) cetakan Maktabah Wahbah.

posted by: alitantawi

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 01-06-06 01:09


Halaqah UK & Eire Suami Isteri: Tips Berdamai
    
Biasanya, setelah suami isteri bergaduh dan
bertengkar, mereka mahu berdamai. Kalau boleh, mereka
mahu supaya pergaduhan itu adalah yang berakhir. Jadi
mereka inginkan perdamaian yang kekal. Tetapi
biasanya, apa yang berlaku ialah sebaliknya.
Perdamaian itu bersifat sementara. Esok lusa mereka
bergaduh lagi.

Antara faktor yang menyebabkan suami isteri bergaduh
dari masa ke masa ialah kerena mereka tidak
menggunakan teknik-teknik yang betul untuk berdamai.
Pakar-pakar komunikasi interpersonal memberi panduan
bagaimana cara untuk mencapai perdamaian yang tahan
lama.

1. Jangan merajuk

Sejak masik kanak-kanak lagi, perempuan sudah pandai
menggunakan strategi merajuk untuk mendapat apa yang
mereka hendak. Perbuatan merajuk ialah sejenis
tingkah-laku manipulatif, atau putar-belit. Ramai
isteri menggunakan strategi merajuk untuk menang dan
untuk memaksa suami mengalah. Apabila bergaduh, jangan
suka merajuk.

Merajuk tidak berguna sama sekali untuk tujuan
menyelesaikan masalah. Malah ia boleh memburukkan lagi
masalah yang ada. Walaupun dengan cara merajuk isteri
boleh mendorong suami mengalah, namun strategi merajuk
tidak membawa kedamaian yang kekal. Malah perbuatan
merajuk sangat membahayakan kerana ia akan menyusahkan
usaha untuk berdamai semula.

Semakin kuat dan semakin lama rajuk seseorang isteri,
semakin susah bila mereka hendak berdamai. Ini
disebabkan si suami tahu bahawa dia sedang dihukum
oleh isterinya dengan cara merajuk. Orang yang
menganggap dirinya dihukum tidak mempunyai dorongan
untuk memulakan proses berdamai. Manakala orang yang
menghukum tidak mahu berdamai selagi dia belum menang.


Isteri-isteri berani merajuk kerana dia yakin suaminya
akan mengalah dan memenuhi kehendaknya. Dengan itu,
maka menanglah si isteri. Tetapi itu adalah
keyakinannya sahaja. Banyak perbuatan isteri adalah
berdasarkan keyakinan palsu. Lain kali, bila dia
merajuk lagi, helah itu mungkin memakan dirinya
sendiri kerana tidak ada lelaki yang suka dihukum oleh
isterinya sendiri.

2. Jangan menghukum

Pergaduhan, pertengkaran dan koflik antara suami
isteri meninggalkan kesan buruk kepada hati dan
perasaan kedua-dua belah pihak. Dalam keadaan begitu,
masing-masing cenderung mahu menghukum satu sama lain
kerana hendak memuaskan hati yang sakit atas kata-kata
berbisa dan perbuatan salah pihak yang satu lagi.

Lelaki dan wanita mempunyai cara-cara sendiri apabila
menghukum pasangan. Lelaki cenderung untuk "menarik
diri" di mana mereka tidak mahu lagi bercakap-cakap
dengan isteri, melainkan terpaksa.

Wanita pula cenderung untuk merajuk, menekan, menarik
muka masam, menyindir, tidak mahu senyum dan tidak
mahu melayan suami. Namun, hukuman tidakmungkin
menyelesaikan sebarang masalah.

Hukuman juga tidak menolong proses berdamai. Malah
hukuman akan hanya mempercepatkan proses kerosakan
hubungan. Walau apa bentuk hukuman sekalipun, sama ada
ia kecil ataupun besar, hukuman hanya menyukarkan
proses perdamaian. Jadi, kalau benar masih ada niat
mahu berdamai, jangan menghukum.

3. Jangan berdusta

Kalau pasangan kita menunjukkan sikap mahu berdamai,
dan kita sendiri pun mahu berdamai juga, jangan
berdusta. Jangan pura-pura tarik harga atau jual
mahal. Jangan pura-pura tidak sudi. Jangan pura-pura
sudah benci. Perbuatan seperti itu ada risikonya. Dia
mungkin menyangka kita betul-betul tak sudi dan tidak
mahu berdamai. Akibatnya, dia terdorong bersedia untuk
melupakan usaha berdamai.

4. Jangan mencari salah

Kalau mahu berdamai, berhentikan tabiat suka mencari
salah orang. Di sini, mencari salah termasuklah
perbuatan mencari kelemahan-kelemahan dan
kekurangan-kekurangan orang itu, dan menuduh orang itu
salah atau silap. Ia juga termasuk perbuatan berleter,
menegur, mengkritik dan menasihati orang itu. Mencari
salah tidak mungkin membawa penyelesaian.
Kajian-kajian mendapati, wanita cenderung menuduh
suami mereka bersalah apabila berlaku masalah dalam
hubungan perkahwinan.

5. Berhentikan bahasa negatif

Dua jenis bahasa negatif yang biasa digunakan apabila
bergaduh ialah: bahasa tuduhan dan bahasa celaan.
Kalau mahu berdamai, berhentilah daripada menggunakan
bahasa negatif.

"Ini semua kerana sikap awak yang tak betul tu."
(tuduhan)

"Kenapa abang tak mahu dengar nasihat saya?" (tuduhan)


"Ini salah awak juga." (tuduhan)

"Kalau awak baik dan sayang kepada anak isteri, kita
takkan selalu bergaduh." (tuduhan)

"Abang tak guna langsung." (celaan)

"Awak tak senonoh!" (celaan)

"Abang ni, sekolah saja tinggi, tapi otak bodoh juga."
(celaan)

"Awak tak sedar, diri awak tu siapa." (celaan)

Untuk tujuan berdamai, tukar bahasa negatif kepada
bahasa positif. Jenis-jenis bahasa positif yang sangat
baik kesannya kepada hubungan cinta suami isteri ialah
bahasa pengiktirafan, penghargaan, pujian dan
sanjungan. Gunakan bahasa inidengan murah dan lumayan.


6. Bercakaplah tentang hari ini dan esok

Setelah berdamai, jangan bercakap melainkan tentang
hari ini dan hari esok. Jangan pandang ke kelakang,
melainkan untuk tidak mengulang lagi kesilapan kita
sendiri pada masa lalu.

Jangan sekali-kali mengungkit perkara-perkara
yangmenyebabkan konflik itu. Jangan sentuh apa yang
sudah terjadi, sebaliknya bercakaplah tentang apa yang
hendak dibuat. Buangkan perkataan "dahulu" dan
"semalam" daripada kata-kata kita. Kedua-dua perkataan
itu sangat berbahaya.

Tidak ada siapa pun yang boleh menyelesaikan "dahulu"
dan "semalam".

7. Senyum semula

Di dalam sebuah kajian, antara perkara yang banyak
disebut oleh lelaki terhadap bekas-bekas isteri mereka
ialah bahawa isteri mereka tidak senyum lagi. Jadi,
senyumlah, walaupun susah, kerana senyuman ialah cara
yang mujarab untuk berdamai semula.

8. Mulakan berdamai

Biasa terjadi, konflik yang berlaku itu berlarutan
beberapa lama kerana masing-masing tidak mahu
memulakan proses berdamai. Walaupun masing-masing
mungkin mahu berdamai, tetapi masing-masing takut
risiko jika dia yang memulakannya. Mana tahu kalau
orang itu tidak mahu berdamai? Kalau benar kita
mahukan perdamaian, ambil langkahpertama untuk
berdamai. Jangan tunggu sampai orang itu yang mesti
memulakannya. Tunjukkan bukti bahawa kita
mahuberdamai. Gunakan kata-kata ataupun perbuatan.
Andai kata orang itu menolak usaha kita, kerana dia
memang tidak mahu berdamai, sekurang-kurangnya kita
telah berusaha untuk berdamai, jadi kita tidak berasa
bersalah lagi atas alasan kurang usaha.

9. Kenal pasti punca masalah

Masalah ialah punca konflik yang utama. Selagi punca
masalah itu tidak dikenal pasti dengan tepat dan
diatasi, selagi itu konflik yang sama akan
berulang-ulang kali tercetus lagi. Sebagai contoh,
perbuatan isteri yang suka mengugut suami mungkin
menjadi punca konflik.

Selagi tabiat buruk itu tidak diatasi, selagi itu si
isteri akan mengulang ugutan-ugutannya, dan konflik
demi konflik akan tercetus. Kenal pasti dengan tepat
punca masalah itu. Tujuannya bukanlah untuk
mengungkit-ungkit perkara yang sudah berlaku, tetapi
untuk mengelakkannya daripada berulang lagi pada masa
depan.

Apabila mengenal pasti punca masalah, jangan gunakan
perkataan-perkataan yang berfungsi sebagi label kepada
perbuatanorang itu. Gunakan perkataan-perkataan yang
menerangkan apa yang sebenarnya dia telah lakukan
sehingga tercetusnyakonflik.

a. "Awak tak bertanggungjawab." (tak)

"Saya mahu supaya saya diberi wang belanja dapur yang
cukup tiap-tiap bulan." (/)

b. "Awak degil." (tak)

"Saya mahu supaya cakap saya didengar dulu sebelum
awak bantah." (/)

c. "Awak sudah bosan dengan saya." (tak)

"Saya mahu supaya saya diberikan sedikit perhatian,
jadi saya tak berasa diri saya diabaikan." (tak)

10. Kenal pasti perubahan

Terangkan dengan bahasa yang tepat apakah perubahan
yang kita mahukan. Oleh kerana konflik biasanya
berpunca daripada tingkah-laku yang tidak disetujui,
maka cara berdamai ialah dengan mengubah tingkah-laku
itu.

Ramai orang, apabila mereka mahu supaya pasangannya
mengubah tingkah-lakunya, mereka bercakap secara am
dan kabur. Mereka menggunakan perkataan-perkataan yang
mempunyai banyak makna. Ini menyebabkan pasangannya
tidak faham dengan jelas tingkah-laku yang mana satu
yang mesti diubahnya.

Sebagai contoh, perkataan biadab di dalam ayat "Awak
biadab." mempunyai makna yang kabur, kerana perkataan
itu tidak memberitahu dengan tepat perbuatannya yang
mana satu yang dimaksudkan sebagai biadab. Jadi,
sukarlah bagi si isteri untuk mengenal pasti
perbuatannya itu dan bagaimana dia hendak mengubah
tingkah-lakunya kepada yang "tidak biadab".

a. "Jangan biadab pada saya." (tak)

"Jangan menengking saya." (/)

b. "Jangan suka tunjuk gaya." (tak)

"Tak payahlah awak belajar main golf." (/)

c. "Jangan pemalas." (tak)

"Jangan selalu tidur siang." (/)

di. "Layan saya dengan betul." (tak)

"Jangan paksa saya makan nasi bungkus selalu." (/)

e. "Jangan syirik." (tak)

"Jangan bomohkan saya." (/)

Kebolehan mencari gaduh dan berkonflik dengan pasangan
sendiri tidak perlu dipelajari. Semua orang memiliki
kebolehan itu sebagaimana semua manusia memiliki
kebolehan berlari. Tetapi kebolehan hidup dalam
perasaan seronok, gembira dan bahagia dengan pasangan
mesti dipelajari sebagaimana manusia perlu belajar
cara berlari menggunakan teknik-teknik yang betul.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-06-06 05:19


Assalamualaikum,

Lelaki Soleh dapat di definisikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman (mukmin), bersih dari segi zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal (bukan dari sumber yang haram) serta sentiasa berusaha menjauhkan dirinya dari perkara perkara yang akan mendorong kearah maksiat dan menariknya ke jurang NERAKA yang amat dalam.



Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah swt. dan RasulNya walau dimana sahaja mereka berada dan pada bila bila masa sahaja. Kesolehan dan keimanan seseorang tidak dapat dilihat dan diukur dari segi lahiriah semata mata kerana ianya adalah berkait rapat dengan masalah AKIDAH dan KEYAKINAN, kepada siapa dia menyerah keyakinan dan ketaatan dan sebaliknya.
TAUHID merupakan dasar tertinggi dalam kehidupan yang harus sentiasa dipelihara kerana apabila tauhid tidak betul dan sempurna, maka seluruh amalan yang dilakukan adalah sia-sia sahaja. Apabila telah jelas kepada siapa kita memberikan perwalian dan terhadap pihak mana kita menolak kepimpinan, barulah Tauhid akan menjadi kenyataan dan berdiri dengan tegaknya dalam jiwa seseorang. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa kesolehan seseorang lelaki itu tidak dapat dinilai dari segi lahiriah semata-mata. Ianya adalah lebih jauh dan mendalam dari itu senua. Antara hal-hal yang harus dilihat dan dikaji pada setiap individu muslim ialah perkara-perkara yang bersangkutan dengan keyakinan, tujuan dan pandangan hidup serta cita-cita dan jalan hidup seseorang itu.

KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN AL HADIS.....

1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.

2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hudupnya.

3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.

4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.

5. Ikhlas dalam beramal.

6. Kampung akhirat maejadi tujuan utama hidupnya.

7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.

8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.

9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.

10. Solat malam menjadi kebiasaannya.

11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt

12. Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.

13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.

14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.

15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.

16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia, sentiasa saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah swt.

17. kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga. Selain daripada ciri-ciri diatas, orang orang yang soleh juga merupakan insan insan yang senantiasa mendapat ujian dan cubaan daripada Allah swt. setelah para nabi nabi dan orang orang yang mulia. Mereka menghadapi segala ujian tersebut dengan hati yang tabah dan tetap teguh dalam keimanan serta pendirian. Mereka tidak mudah menyerah kalah dari keganasan dan tekanan musuh.

Tugas tugas dan kewajipan Lelaki Soleh........

1. Mencari nafkah ( belanja hidup)

2. Berjihad Fisabilillah.

3. Melindungi dan membela kaum yang lemah dan tertindas.

4. Memimpin, mendidik dan berlaku adil terhadap isteri.

MENCARI NAFKAH..........

Tugas mencari nafkah diberatkan kepada kaum Lelaki kerana kelebihan dalam penciptaannya yang berupa kekuatan fizikal dan akal fikirannya. Oleh itu Lelaki mampu untuk bekerja keras untuk mencari nafkah, memberi perlindungan dan pertahanan maruah kehidupannya terutama kepada keluarga, agama, bangsa dan agamanya. Inilah sebabnya lelaki diangkat menjadi pemimpin bagi kaum wanita. Oleh itu, seorang lelaki muslim, lelaki dan suami yang soleh, tidak akan melalaikan tugas ini. Ia wajib bekerja menurut apa sahaja kemampuannya. Dalam melaksanakan tugas ini, dia haruslah MEMBETULKAN NIATnya iaitu ikhlas untuk mencari keredhaan Allah swt. Dia tidak akan merasa MALU untuk melakukannya sebaliknya gembira dan berbangga terhadap pekerjaannya lebih lebih lagi perkara yang halal. Lelaki soleh tidak akan lupa untuk mengingati hari akhirat tetapi menjadikannya sebagai tujuan yang utama. dia bekerja didunia untuk mencari keuntungan di akhirat, bukannya mengejar keduniaan semata-mata. Dengan cara ini, usahanya akan sentiasa berhasil dan berjaya didunia dan akhirat. Seperti kata ulama Salaf yang bermaksud; Wahai anak Adam! Juallah duniamu dengan akhirat, maka engkau akan UNTUNG semuanya, tetapi jangan engkau jual akhirat dengan dunia, maka engkau akan RUGI semuanya. " Bagi orang orang yang telah mengerjakan kewajipan agamanya dengan baik, kemudian terasa penat dan letih pada malamnya, sehingga tidak dapat mengerjakan amalan amalan sunnah, maka Allah dan RasulNya memberikan jaminan dengan ampunan sepanjang malam yang dilaluinya dengan tidur yang nyenyak". Inilah antara ganjaran yang akan dikurniakan kepada lelaki soleh yang mencari nafkah dengan bersungguh sungguh. Terdapat dua cara orang berusaha mencari nafkah seperti yang dianjurkan oleh ISLAM. Pertama: Hendaklah ia tidak melalaikan tugasnya terhadap Allah swt. dan janganlah ia meninggalkan nilai nilai yang LUHUR. Kedua : Hendaklah dilakukan dengan cara yang halal, bersih dan tidak membawa apa apa kemudaratan kepada orang lain dan tidak pula bertentangan dengan peraturan-peraturan umum.

Antara cara cara pencarian harta yang diharamkan oleh Islam ialah:

1. Riba,

2. Penimbunan barang barang yang menjadi hajat orang ramai,

3. Perjudian dan perdagangan minuman keras,

4. Berlaku penipuan dalam penimbangan dan penukaran barang,

5. Mencuri

6. Memakan harta orang lain dengan cara yang bathil seperti yang diterangkan dalam surah An Nisa 4, ayat 29.

BERJIHAD FISABILILLAH

Jihad merupakan amal yang paling utama dan puncak ketinggian Islam. Tidak ada satu pun amalan soleh yang dapat menandingi Jihad. Orang soleh tidak sedikit pun merasa gentar dan takut apabila berjuang menegakkan agama Allah sebaliknya sentiasa tersenyum bangga menjadi seorang Pegawai Allah dengan gelaran paling indah iaitu MUJAHIDIN. Inilah yang dimaksudkan dengan lelaki soleh, yang mana pekerjaan utamanya membunuh atau terbunuh. Jika tidak terbunuh, maka ia mesti membunuh. Tidak terdapat alternatif lain kecuali satu antara dua 'YUQTAL AU YAGHLIB' yakni TERBUNUH atau MENANG.

MELINDUNGI DAN MEMBELA KAUM YANG LEMAH DAN TERTINDAS

Sememangnya sejak akhir-akhir ini golongan kafir senantiasa mencari peluang untuk menindas dan menakhluki negara-negara serta umat- umat Islam. Orang orang yang soleh haruslah peka dan bersedia untuk bertindak balas supaya umat-umat Islam tidak akan ditindas dengan sewenang-wenangnya oleh golongan tersebut. " Wahai lelaki soleh...! tugas dan tanggungjawabmu bukanlah ringan, bayangkan langit dan gunung tidak mampu membawanya. Kamu sajalah yang akan tampil dan mampu menyelesaikan persoalan besar ini. Orang orang yang lemah dan sedang tertindas sentiasa menanti kehadiranmu. Mereka berdoa agar kamu segera tiba untuk menjadi pembela dan penolong bagi mereka." Inilah laungan yang senantiasa terdengar daripada golongan golongan yang tertindas dan mengharapkan bantuan. Oleh itu lelaki yang soleh haruslah memainkan peranannya sebagai pembela agama sama ada secara langsung ataupun tidak langsung demi untuk mengekalkan kedaulatan agama Islam

MEMIMPIN DAN MENDIDIK ISTERI......

1. Mengajar dan membimbing dengan cara yang baik sehingga isteri isteri yang tidak solehah menyedari akan kesilapannya dan menukar cara hidupnya menjadi isteri solehah.

2. Menangani isteri yang bodoh dan keras kepala dengan bijaksana sehingga dia menyedari hakikat yang sebenarnya dan bersedia mengubahnya.

Demikianlah cara cara yang telah digariskan oleh Islam untuk mengatasi masaalah ketidaksesuaian suami isteri dalam kehidupan rumah tangga. Apabila menghadapi sebarang kesulitan, lelaki soleh tidak akan cepat melatah dan bertindak menurut nafsu dan perasaan semata-mata tanpa mengambil kira perasaan orang lain. Lelaki soleh akan bertindak dengan cara yang lebih effisien dan bijaksana dan senantiasa memohon petunjuk dari Allah swt. Dengan ini kebahagiaan rumahtangga akan dapat dikekalkan buat selama lamanya. Berlaku baik terhadap isteri Suami yang soleh akan sentiasa maenjaga kebajikan keluarganya terutama isterinya. Ia senantiasa menjaga hati dan perasaan pasangannya dan sentiasa menggembirakan isterinya. Mereka juga akan bertanggungjawab dalam menguruskan urusan rumahtangga, dan bekerjasama dengan isterinya. Sabda Rasulullah: Orang yang terbaik diantara kamu adalah orang yang terbaik terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang terbaik diantara kamu terhadap isteriku. ( hari Ibnu Majah ) Tauladan Rasulullah Dalam kehidupan berkeluarga.......

A: Keadaan beliau sebagai suami dan ayah

B: Kebiasaan beliau di tengah kehidupan bekeluarga

C: Cinta kasih beliau terhadap isteri dan anak.

Wallahualam.....Wassalam.

http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=14910

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-06-06 05:31


Berikut adalah beberapa fakta tentang zikir Allah..Allah, Hu…Hu dan Ah..Ah…:

Berdasarkan pembacaan, perbincangan dan sesi pembelajaran , saya cuba membuat beberapa kesimpulan seperti berikut:

1-     Ia tidak ada di dalam hadith-hadith sahih.

2-     Ia tidak pernah dibuat oleh para sahabat

3-     Ia tidak pernah dibuat oleh para imam mazhab yang empat (Abu Hanifah, Malik, al Syafie, Ahmad)




4-     Ia tidak ditemui dalam buku al Adzkaar karya al Nawawi yang mengumpulkan zikir-zikir yang ada dalam hadith. Di dalam al Adzkaar terdapat juga hadith yang tidak sahih tetapi masih tiada disebut tentang zikir seperti di atas.

5-     Ia tidak membawa maksud yang lengkap, tiada pujian dan sanjungan kepada Allah.

6-     Ia tidak mempunyai apa-apa kelebihan pahala kerana yang boleh menyatakan kelebihan pahala hanya Allah dan Rasulullah SAW.

7-     Sekiranya ia mempunyai kelebihan tertentu, ia masih tidak dapat menandingi kelebihan zikir-zikir yang pernah diajar oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat.

8-     Sekiranya ia dibolehkan, kita tidak boleh menyatakan ia sebagai sunat atau digalakkan atau wajib dan sebagainya kerana hukum memerlukan kepada dalil.

9-     Sekiranya kita melebihkan zikir seperti di atas melebihi zikir yang diajar oleh Rasulullah , ia merupakan satu kesalahan.

10- Sekiranya kita berzikir seperti di atas dan meninggalkan zikir-zikir Rasulullah, maka ia adalah satu perkara yang merugikan. Kalau nak buat dua-dua dan kalau sempat, terpulanglah.

11- Sekiranya kita ingin mengamalkan zikir di atas hanya kerana zikir itu pernah dibuat oleh guru kita, ia adalah satu perkara yang masih boleh dibincangkan kerana guru kita tidak maksum. Mungkin dia tersilap kerana dia bukan Nabi.

12- Semua fakta di atas adalah hasil daripada pembacaan saya yang serba kekurangan. Sekiranya ada dalil yang menyokong zikir Allah…Allah atau Hu..Hu…atau Ah…Ah…saya sedia menambah fakta seterusnya iaitu ‘kita digalakkan berzikir dengan cara menyebut Allah..Allah…Hu..Hu…dan Ah…Ah…'

posted by : alitantawi

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-06-06 05:32


Biasanya orang berzikir sebut "la ilaaha Illallah" atau sebagainya. Tetapi isunya di sini ada golongan yang berzikir dengan kalimah:
Ah! Ah! Atau Hu! Hu! Hu! Atau A! A!

Diharapkan ada mana-mana sufi di sini yang boleh menjelaskan mengapa mereka berzikir demikian.

Berikut ini petikan berita harian Berita Harian:

Berita Harian Online
Selasa 16 Jun 1998 21 Safar 1419


Ajaran sesat putar belit al-Quran

KUALA LUMPUR, Isnin - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendedahkan adanya guru ajaran sesat yang berselindung di sebalik ajaran tasawuf dengan memutar belit atau mentafsirkan huruf tertentu menggunakan fikiran sendiri.

Antaranya, guru terbabit mentafsirkan huruf 'alif' sebagai Allah, 'dal' dalam dan 'min' Muhammad atau 'Allah Dalam Muhammad'.

Ketua Penolong Pengarah Jabatan Penyelidikan Islam Jakim, Abdul Hamid Yunus, berkata pengamal ajaran sesat itu juga mentafsir secara batiniah atau tasawuf falsafah yang mengelirukan dengan mendakwa Adam itu tidak wujud, sebaliknya kerana ada Muhammad, maka wujud Allah.

"Pengamal ajaran sesat berkenaan juga mentafsirkan perkataan Muhammad (min, ha, min, dal) itu sebagai kepala, dada, pusat dan kaki. Maksudnya, mereka mendakwa kita (manusia) adalah Nabi Muhammad," katanya.

Menurutnya, ajaran seumpama itu amat mengelirukan sehingga pengikut yang tidak mempunyai kefahaman mengenai tasawuf akan mudah terpengaruh dan mempercayai secara membuta tuli.

Beliau berkata, ada dokumen ajaran sesat karangan Syeikh Hussein Abdullah al-Yamani yang pernah ditemui di Negeri Sembilan, dipercayai ditulis semula oleh pengamal ajaran sesat di negara ini.

"Pengamal ajaran sesat memutar belitkan ayat al-Quran dan menggunakan hadis palsu untuk memesong fikiran pengikut mereka supaya hanya mempercayai guru dan sanggup berkorban apa saja, termasuk nyawa mereka sendiri," katanya.

Pensyarah Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Abdul Fatah Haron Ibrahim, pula berkata kebanyakan pengamal ajaran sesat mempunyai motif seks, malah sanggup mengambil kesempatan daripada ketaksuban pengikut mereka.

Katanya, sebagai contoh, ajaran sesat Taslim mentafsirkan huruf 'Alif' sebagai zakar dan 'Ha' yang ditulis berlubang di tengah ialah faraj.

Haji Ahmad Laksamana yang dikatakan membawa ajaran sesat itu di Kelantan mentafsirkan apabila zakar (kemaluan lelaki) ingatkan faraj (kemaluan wanita), ia akan bangun. Ini turut dikiaskan apabila mengingati Allah.

"Ketika berzikir dibunyikan 'ah' (Alif dan Ha) yang dinamakan zikir makrifat. Apabila kumpulan Taslim berzikir 'Laa ilaa ha illallaah', ia akan bertukar menjadi 'huhu, Allah hu, hu Allah' dan kemudian 'aa aa ii uu dan aa ii uu, ah ah'.

"Ketika sudah asyik dengan zikir itulah, tok guru akan mengambil kesempatan terhadap pengikut perempuannya di majlis zikir berkenaan," kata Dr Abdul Fatah yang banyak membuat kajian mengenai ajaran sesat, terutama kumpulan Taslim.

Beliau berkata, dalam bab 17 buku Hakikat Insan oleh Haji Ahmad Laksamana, ia membahagikan nyawa kepada nafas (mulut), anfus (hidung), tanaffus (belakang kepala) dan nufus (jantung)

Ini menyebabkan apabila kumpulan itu berzikir, proses pernafasan nyawa akan turun dari mulut ke pusat dan naik ke ubun-ubun yang mana mereka namakan kaedah itu sebagai sembahyang sentiasa (shalat daim).

Dr Abdul Fatah berkata, kebanyakan ajaran sesat yang disebarkan di negara ini berpunca daripada fahaman Imam Tujuh atau Imam 12, selepas kewafatan Nabi Muhammad.

"Ajaran Imam 12 disampaikan secara terbuka seperti Syiah di Iran, tetapi fahaman Imam Tujuh disebar secara rahsia sehingga pihak berkuasa agama sukar mengesan kumpulan itu.

"Kumpulan fahaman Imam Tujuh bijak memutar belitkan al-Quran dan menggunakan hadis palsu, malah mereka turut mengatakan ajaran itu sebahagian daripada ilmu tasawuf bagi mengelirukan umat Islam," katanya.

Berdasarkan kajian terhadap 60 dokumentasi ajaran Taslim, didapati ia menyerupai organisasi Syiah Ismailiah Batiniah (Imam Tujuh), malah kepemimpinan Muhammad Matahari (pengganti Haji Ahmad Laksamana) yang berpusat di Pulau Pinang, mempunyai keistimewaan seperti Imam Islmailiah.

Dikatakan juga ajaran Taslim menggelarkan Imam mereka sebagai Ulul Albab, manakala itikad kumpulan itu diselubungi dengan sumpah dan rahsia yang mana menyerupai konsep taqiah (rahsia) dalam ajaran Syiah.
_________________
zain yang.s
Allahu Akbar!

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-06-06 05:33


Biasanya orang berzikir sebut "la ilaaha Illallah" atau sebagainya. Tetapi isunya di sini ada golongan yang berzikir dengan kalimah:
Ah! Ah! Atau Hu! Hu! Hu! Atau A! A!

Diharapkan ada mana-mana sufi di sini yang boleh menjelaskan mengapa mereka berzikir demikian.

Berikut ini petikan berita harian Berita Harian:

Berita Harian Online
Selasa 16 Jun 1998 21 Safar 1419


Ajaran sesat putar belit al-Quran

KUALA LUMPUR, Isnin - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendedahkan adanya guru ajaran sesat yang berselindung di sebalik ajaran tasawuf dengan memutar belit atau mentafsirkan huruf tertentu menggunakan fikiran sendiri.

Antaranya, guru terbabit mentafsirkan huruf 'alif' sebagai Allah, 'dal' dalam dan 'min' Muhammad atau 'Allah Dalam Muhammad'.

Ketua Penolong Pengarah Jabatan Penyelidikan Islam Jakim, Abdul Hamid Yunus, berkata pengamal ajaran sesat itu juga mentafsir secara batiniah atau tasawuf falsafah yang mengelirukan dengan mendakwa Adam itu tidak wujud, sebaliknya kerana ada Muhammad, maka wujud Allah.

"Pengamal ajaran sesat berkenaan juga mentafsirkan perkataan Muhammad (min, ha, min, dal) itu sebagai kepala, dada, pusat dan kaki. Maksudnya, mereka mendakwa kita (manusia) adalah Nabi Muhammad," katanya.

Menurutnya, ajaran seumpama itu amat mengelirukan sehingga pengikut yang tidak mempunyai kefahaman mengenai tasawuf akan mudah terpengaruh dan mempercayai secara membuta tuli.

Beliau berkata, ada dokumen ajaran sesat karangan Syeikh Hussein Abdullah al-Yamani yang pernah ditemui di Negeri Sembilan, dipercayai ditulis semula oleh pengamal ajaran sesat di negara ini.

"Pengamal ajaran sesat memutar belitkan ayat al-Quran dan menggunakan hadis palsu untuk memesong fikiran pengikut mereka supaya hanya mempercayai guru dan sanggup berkorban apa saja, termasuk nyawa mereka sendiri," katanya.

Pensyarah Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Abdul Fatah Haron Ibrahim, pula berkata kebanyakan pengamal ajaran sesat mempunyai motif seks, malah sanggup mengambil kesempatan daripada ketaksuban pengikut mereka.

Katanya, sebagai contoh, ajaran sesat Taslim mentafsirkan huruf 'Alif' sebagai zakar dan 'Ha' yang ditulis berlubang di tengah ialah faraj.

Haji Ahmad Laksamana yang dikatakan membawa ajaran sesat itu di Kelantan mentafsirkan apabila zakar (kemaluan lelaki) ingatkan faraj (kemaluan wanita), ia akan bangun. Ini turut dikiaskan apabila mengingati Allah.

"Ketika berzikir dibunyikan 'ah' (Alif dan Ha) yang dinamakan zikir makrifat. Apabila kumpulan Taslim berzikir 'Laa ilaa ha illallaah', ia akan bertukar menjadi 'huhu, Allah hu, hu Allah' dan kemudian 'aa aa ii uu dan aa ii uu, ah ah'.

"Ketika sudah asyik dengan zikir itulah, tok guru akan mengambil kesempatan terhadap pengikut perempuannya di majlis zikir berkenaan," kata Dr Abdul Fatah yang banyak membuat kajian mengenai ajaran sesat, terutama kumpulan Taslim.

Beliau berkata, dalam bab 17 buku Hakikat Insan oleh Haji Ahmad Laksamana, ia membahagikan nyawa kepada nafas (mulut), anfus (hidung), tanaffus (belakang kepala) dan nufus (jantung)

Ini menyebabkan apabila kumpulan itu berzikir, proses pernafasan nyawa akan turun dari mulut ke pusat dan naik ke ubun-ubun yang mana mereka namakan kaedah itu sebagai sembahyang sentiasa (shalat daim).

Dr Abdul Fatah berkata, kebanyakan ajaran sesat yang disebarkan di negara ini berpunca daripada fahaman Imam Tujuh atau Imam 12, selepas kewafatan Nabi Muhammad.

"Ajaran Imam 12 disampaikan secara terbuka seperti Syiah di Iran, tetapi fahaman Imam Tujuh disebar secara rahsia sehingga pihak berkuasa agama sukar mengesan kumpulan itu.

"Kumpulan fahaman Imam Tujuh bijak memutar belitkan al-Quran dan menggunakan hadis palsu, malah mereka turut mengatakan ajaran itu sebahagian daripada ilmu tasawuf bagi mengelirukan umat Islam," katanya.

Berdasarkan kajian terhadap 60 dokumentasi ajaran Taslim, didapati ia menyerupai organisasi Syiah Ismailiah Batiniah (Imam Tujuh), malah kepemimpinan Muhammad Matahari (pengganti Haji Ahmad Laksamana) yang berpusat di Pulau Pinang, mempunyai keistimewaan seperti Imam Islmailiah.

Dikatakan juga ajaran Taslim menggelarkan Imam mereka sebagai Ulul Albab, manakala itikad kumpulan itu diselubungi dengan sumpah dan rahsia yang mana menyerupai konsep taqiah (rahsia) dalam ajaran Syiah.
_________________
zain yang.s
Allahu Akbar!

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 04-06-06 05:43


Di bawah ini adalah ringkasan sejarah kelompok rofidhoh, kanker yang menggerogoti umat islam, akan kita bahas peristiwa penting dalam sejarah mereka dengan menyebutkan peristiwa yang secara langsung berkaitan dengan mereka.

14 H. peristiwa yang terjadi pada tahun 14 H inilah pokok dan asas dari kebencian kaum rofidhoh terhadap Islam dan kaum muslimin, karena pada tahun ini meletus perang Qodisiyyah yang berakibat takluknya kerajaan persia majusi,nenek moyang kaum rofidhoH. Pada saat itu kaum muslimin dibawah kepemimpinan Umar bin Khottob Radhiyallahu Anhu.




16 H. Kaum muslimin berhasil menaklukkan ibukota kekaisaran persia, Mada’in. dengan ini hancurlah kerajaan persia. Kejadiaan ini masih disesali oleh kamum rafidhoh hingga saat ini.

23 H. Abu Lu’lu’ah Al Majusi yang dijuluki Baba Alauddin oleh kaum rofidhoh membunuh Umar bin Khottob Radhiyalahu Anhu.

34 H. Munculnya Abdullah bin sabar’, si yahudi dari yaman yang dijuluki Ibnu sauda’ berpura2 masuk Islam, tapi menyembunyikan kekafiran dalam hatinya. Dia menggalang kekuatan dan melancarkan provokasi melawan khalifah ketiga Utsman bin Affan Radhiyalahu Anhu hingga dibunuh oleh para pemberontak karena fitnah yang dilancarkan oleh ibnu sauda’(abdullah bin sabar’) pada tahun 35 H. Keyakinan yang diserukan oleh abdullah bin sabar’ berasal dari akar yahudi nasrani dan majusi yaitu menuhankan Ali bin Abi Tolib Radhiyalahu Anhu, wasiat, roj’ah,wilayah, keimamahan , bada’ dan lain-lain.

36 H. Malam sebelum terjadinya perang jamal kedua belah pihak telah bersepakat untuk berdamai. Mereka bermalam dengan sebaik2 malam sementara Abdullah bin sabar’ dengan konco-konconya bermalam dengan penuh kedongkolan. Lalu dia membuat provokasi kepada kedua belah pihak hingga terjadilah fitnah seperti yang diinginkan oleh ibnu sabar’. Pada masa kelhilafahan Ali bin Abi Tolib kelompok abdullah bin sabar’ datang kepada Ali bin Abi Tolib Radhiyalahu Anhu seraya berkata “kamulah, kamulah !!” Ali bin Abi Tolib menjawab :”siapakah saya?” kata mereka “kamulah sang pencipta !!” lalu Ali bin Abi Tolib menyuruh mereka untuk bertobat tapi mereka menolak. Kemudian Ali bin Abi Tolib menyalakan api dan membakar mereka.

41 H. tahun ini adalah tahun yang dibenci oleh kaum rofidhoh karena tahun ini dinamakan tahun jama’ah atau tahun persatuan karena kaum muslimin bersatu dibawah pimpinan kholifah Mu’awiyah bin Abi Sufyan Radhiyalahu Anhu sang penulis wahyu karena Hasan bin Ali bin Abi Tolib menyerahkan kekhilafahan kepada mu’awiyah, dengan ini maka surutlah tipu daya kaum rofidhoH.

61 H. Pada tahun ini Husein bin Ali terbunuh di karbala setelah ditinggal oleh penolongnya dan diserahkan kepada pebunuhnya.

260 H. Hasan Al Askari meninggal dan kaum rofidhoh menyangka bahwa imam ke 12 yang ditunggu-tunggu telah bersembunyi di sebuah lobang di samurra’ dan akan kembali lagi ke dunia.

277 H. Munculnya gerakan rofidhoh qoromitoh yang didirikan oleh Hamdan bin Asy’atas yand dikenal dengan julukan qirmit di kufaH.

278 H. Munculnya gerakan qoromitoh di bahrain dan ahsa’ yang dipelopori oleh Abu Saad Al Janabi

280 H. Munculnya kerajaan rofidhoh zaidiyah di So’dah dan San’a di negeri Yaman yang didirikan oleh Husein bin Qosim Arrossi.

297 H. Munculnya kerajaan ubaidiyin di mesir dan maghrib(maroko) yang didirikan oleh Ubaidillah bin Muhammad Al Mahdi.

317 H. Abu Tohir Arrofidhi Al Qurmuti masuk ke kota mekah pada hari tarwiya (8 Dzulhijjah)dan membunuh jamaah haji di masjidil Haram serta mencongkel hajar aswad dan membawanya ke ahsa’ hingga kembali lagi pada tahun 355 H. Kerajaan mereka tetap eksis di ahsa’ hingga tahun 466 H. Pada tahun ini berdirilah kerajaan Hamdaniyah di mousul dan halab dan tumbang pada tahun 394 H.

329 H. Pada tahun ini Allah telah menghiakan kaum rofidhoh karena pada tahun ini dimulailah ghoibah al kubro atau menghilang selamanya. Karena menurut mereka imam rofidhoh ke 12 telah menulis surat dan sampai kepada mereka yang bunyinya : telah dimulailah masa menghilangku dan aku tidak akan kembali sampai masa diijinkan oleh Allah, barangsiapa yang berkata dia telah berjumpa denganku maka dia adalah pembohong. Semua ini supaya menghindar dari paertanyaan orang awam kepada ulama mereka tentang terlambatnya imam mahdi keluar dari persembunyiannya.

320-334 H. Munculnya kerajaan rofidhoh buwaihi di dailam yang didirikan oleh buwaih bin syuja’. Mereka membuat kerusakan di baghdad. Pada masa mereka orang2 bodoh mulai berani memaki2 sahabat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.

339 H. Hajar aswad dikembalikan ke mekkah atas rekomendasi dari pemerintahan ubaidiyah di mesir.

352 H. Pemerintahan buwaihi menutup pasar2 tanggal 10 muharrom serta meliburkan semua kegiatan jual beli, maka keluarlah wanita-wanita tanpa mengenakan jilbab dengan memukul diri mereka di pasar. Pada saat itu pertama kali dalam sejarah diadakan perayaan kesedihan atas meninggalnya husein bin Ali bin Abi Tolib.

358 H. Kaum rofidhoh Ubaydiy menguasai mesir. Salah satu pemimpinya yang terkenal adalah Al Hakim biamrillah yang mengatakan bahwa dirinya adalah tuhan dan menyeru kepada pendapat reinkarnasi. Dengan ambruknya kerajaan ini tahun 568 H muncullah gerakan Druz.

402 H. Keluarnya pernyataan kebatilan nasab fatimah yang digembar gemborkan oleh penguasa kerejaan ubaidiyah di mesir dan menjelaskan ajaran mereka yang sesat dan mereka adalah zindiq dan telah dihukumi kafir oleh seluru ulama’ kaum muslimin.

408 H. Penguasa kerajaan ubaidiyah di mesir yangb ernama Al Hakim biamrillah mengatakan bahwa dirinya adalah tuhan. Salah satu dari kehinaannya adalah dia berniat untuk memindahkan kubur Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dari kota medinah ke mesir sebanyak 2 kali. Yang pertama adalah ketika dia disuruh oleh beberapa orang zindik untuk memindahkan jasad Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam ke mesir. Lalu dia membangun bangunan yang megah dan menyruh Abul Fatuh untuk membongkar kubur Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam lalu masyarakat tidak rela dan memberontak membuat dia mengurungkan niatnya. Yang kedua ketika mengutus beberapa orang untuk membongkar kuburan Nabi. Utusan ini tinggal didekat mesjid dan membuat lobang menuju kubur Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Lalu makar mereka ketahuan dan utusan tersebut dibunuH.

483 H. Munculnya gerakan Assasin yang menyeru kepada kerajaan ubaidiyah di mesir didirikan oleh hasan Assobah yang memiliki asal usul darah persia. Dia memulai dakwahnya di wilayah persia tahun 473 H.

500 H. Penguasa ubaidiyun membangun sebuah bangunan yang megah diberi nama mahkota Husein. Mereka menyangka bahwa kepala husein bin ali bin abi tolib dikuburkan di sana. Hingga saat ini banyak kaum rofidhoh yan gberhaij ke tempat tersebut. Kita bersyukur kepada Allah atas nikmat akal yang diberikan kepada kita.

656 H. Penghianatan besar yang dilakukan oleh rofidhoh pimpinan Nasiruddin Al Thusi dan Ibnul Alqomi yang bersekongkol dengan kaum tartar mongolia agar masuk ke baghdad dan membunuh 2 juta muslim dan banyak dari bani hasyim yang seolah-olah dicinai oleh kaum rofidhoH. Pada tahun yang sama muncullah kelompok Nusairiyah yang didirikan oleh Muhammad bin Nusair.

907 H. Berdirinya kerajaan Safawiyah di iran yang didirikan oleh shah ismail bin haidar al safawi yang juga seorang rofidhoh. Dia telah membunuh hampir 2 juta muslim yag menolak memeluk mazhab rofidhoh. Pada saat masuk ke baghdad dia memaki khulafa’ rosyidin di depan umum dan membunuh mereka yang tidak mahu memeluk mazhab rofidhoh. Tak ketinggalan pula dia membongkar banyak kuburan orang sunni seperti Abu HanifaH. Termasuk peristiwa penting yang terjadi pada masa kerajaan sofawiyah adalah ketika shah abbas berhaji ke masyhad untuk menandingi haji di mekah. Pada tahun yang sama sodruddin al syirozi memulai dakwahnya kepada mazhab baha’iyah. Mirza ali muhammad al syirozi mengatakan bahwa Allah telah masuk ke dalam dirinya, setelah mati dia digantikan oleh muridnya Baha’ullah. Sementara itu di india muncul kelompok Qodiyaniyah pimpinan Mirza Ghulam Ahmad yang mengatakan bahwa dirinya dalah Nabi. Kerajaan safawiyah berakhir pada tahun 1149 H.

1218 H. Seorang rofidhoh dari irak daang ke dar’iyah di najd dan menampakkan kesalehan dan kezuhudan. Pada suatu hari dia solat di belakang imam muhammad bin su’ud dan membunuhnya ketika dia sedang sujud saat solat asar dengan belati. Semoga Allah memerangi kaum rofidhoh para pengkhianat.

1289 H. Pada tahun ini buku fashlul khitob fi tahrifi kitabi robbil arbab (penjelasan bahwa kitab Allah telah diselewengkan dan diubah) karangan Mirza Husain bin Muhammad Annuri Attobrosi . kitab ini memuat pendapat rofidhoh bahwasanya Al Qur’an yang ada saat ini telah diselewengkan, dikurangi dan ditambah.

1389 H. Khomeini menulis buku Wilayatul faqih dan AL Hukumah AL IslamiyaH. Sebagian kekafiran yang ada pada buku tersebut (Al Huykumah AL Islamiyah hal 35) : khomeini berkata bahwa termasuk hal pokok dalam mazhab kita adalah bawah para imam kita memiliki posisi yang tidak dapat dicapai oleh para malaikat dan para Nabi.

1399 H. Berdirinya pemerintahan rofidhoh di Iran yang didirikan oleh Khomeini setelah berhasil menumbangkan pemerintahan syah iran. Ciri khas negara ini adalah mengadakan demonstrasi dan tindakan anarkis atas nama revolsi Islam di tanah suci mekah pada hari mulia yaitu musim haji.

1400 H. Khomeini menyampaikan pidatonya pada peringatan lahirnya imam mahdi fiktif mereka pada tanggal 15 sya’ban. Sebagian pidatonya berbunyi demikian : para Nabi diutus Allah untuk menanamkan prinsip keadilan di muka bumi tapi mereka tidak berhasil, bahkan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam yang diutus untuk memperbaiki kemanusiaan dan menanamkan prinsip keadilan tidak berhasil.. yang akan berhasil dalam misi itu dan menegakkan keadilan di muka bumi dan meluruskan segala penyimpangan adalah imam mahdi yang ditunggu-tunggu.... begitulah menurut khomeini para Nabi telah gagal, termasuk Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ... sementara revolusi kafirnya telah berhasil.

1407 H. Jamaah haji iran mengaakan demonstari besar-besaran di kota mekah pada hari jum’at di musim haji tahun 1407. mereka melakukan tindakan perusakan di kota mekah seperti kakek mereka kaum qoromitoh, mereka membunuh beberapa orang aparat keamanan dan jamaah haji, merusak dan membakar toko, merusak dan membakar mobil beserta mereka yang berada di dalamnya. Jumah korban saat itu mencapai 402 orang tewas, 85 dari mereka adalah aparat keamanan dan penduduk saudi.

1408 H. Mu’tamar Islam yang diadakan oleh Liga Dunia Islam di mekah mengumumkan fatwa bahwa khomeini telah kafir.

1409 H. Pada musim haji tahun ini kaum rofidhoh meledakkan beberapa tempat sekitar masjidil haram di kota mekah. Mereka meledakkan bom itu tepat pada tanggal 7 Dzulhijjah dan mengakibatkan tewasnya seorang jamaah haji dari pakistan dan melukai 16 orang lainnya serta mengakibatkan kerusakan bangunan yang sangat besar. 16 pelaku insiden itu berhasil ditangkap dan dijatuhi hukuman mati pada tahun 1410 H.

1410 H. Khomeini meninggal dunia, semoga Allah memberinya balasan yang setimpal. Kaum Rofidhoh membangun sebuah bangunan yang menyerupai kakbah di mekah, semoga Allah memerangi mereka.

Sumber: http://www.hakekat.com/menu.php?op=dua

posted by: zain ys

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 05-06-06 11:36


Seorang Muslim mesti memelihara lidahnya daripada menuturkan kata-kata yang tidak berfaedah, percakapan kosong, mengumpat keji dan mengadu-domba.

Nabi Muhammad saw memberi banyak ingatan mengenai perkara itu. Antaranya sabda Baginda bermaksud: "Tidaklah dihumbankan muka manusia ke dalam neraka itu sebagai hasil tuaian (jelek) lidahnya." (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Rasulullah juga bersabda bermaksud: "Bukanlah dia seorang mukmin (jika) dia suka menuduh, suka melaknat, bercakap kotor dan keji." (Hadis riwayatat-Tirmizi).

Pesan Rasulullah lagi bermaksud: "Sesiapa yang banyak bercakap banyaklahkesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya dan siapa yang banyak dosanya, api nerakalah paling layak untuk dirinya."(Diriwayatkan oleh Baihaqi).

Imam Nawawi ketika membicarakan hal yang sama berkata:

"Ketahuilah, seseorang mukallaf itu sewajarnya menjaga lidahnya daripadasebarang percakapan kecuali percakapan yang menghasilkan kebaikan.

"Apabila bercakap dan berdiam diri adalah sama saja hasilnya, maka mengikut sunnahnya adalah lebih baik berdiam diri. H al ini kerana percakapan yang diharuskan mungkin membawa kepada yang haram atau makruh.

"Kejadian demikian telah banyak berlaku, tetapi kebaikan daripadanya adalah jarang."

Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau tidak, hendaklah diam." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Hadis di atas membawa maksud bahawa seseorang yang beriman itu perlu sentiasa mengawasi lidahnya dan apabila berkata hanya kepada perkara yang memberi kebaikan kepada dirinya dan orang lain. Kalau tidak dapat memberi sesuatu yang membawa kebaikan, maka adalah lebih baik berdiam diri saja.

Rasulullah ditanya mengenai kelakuan yang paling banyak memasukkanseseorang ke dalam syurga. Jawab baginda: "Takwa kepada Allah dan keindahan akhlak." Ketika Baginda ditanya apakah yang paling banyak memasukkan orang ke dalam neraka? Baginda menjawab: "Kejahatan mulut dan kemaluan."

Nabi Muhammad lagi bersabda lagi bermaksud: "Sesiapa mengawal lidahnya (daripada memperkatakan kehormatan orang), maka Allah akan menutup kecelaannya (hal yang memalukan). Sesiapa yang menahan kemarahannya, Allah akan melindunginya daripada seksa-Nya. Dan sesiapa yang meminta kelonggarannya kepada Allah, maka Allah akan menerima permintaan kelonggarannya." (Hadis riwayat Ibnu Abib-Duanya).

Hadis diriwayatkan oleh Ibnu Abid-Dunya, Rasulullah bermaksud : "Tidak akan lurus iman seseorang hamba, sehingga lurus pula hatinya, dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus pula lidahnya. Dan seorang hamba tidak akan masuk syurga selagi tetangganya belum aman daripada kejahatannya."

Begitulah pentingnya seseorang itu memelihara lidahnya daripada percakapan yang buruk, keji dan tidak mendatangkan faedah. Allah mengurniakan umatnya dengan sebaik-sebaiknya nikmat. Oleh itu, nikmat lidah yang diberikan, hendaklah digunakan ke jalan yang diredai-Nya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 05-06-06 11:37


Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah lah.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera.

Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya". Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan

Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran

Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat

Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-ma ta. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah

Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah

Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pel ajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-06-06 01:11


IV.24. TAQLID DAN IJTIHAD                             (4/4)
Beberapa Pengertian Dasar             Oleh KH. Ibrahim Hosen

HARAM IJTIHAD DAN WAJIB TAQLID

Bagi orang-orang yang tidak memenuhi persyaratan ijtihad
baik mereka ulama maupun awam, haram bagi mereka berijtihad.
Sebab ijtihad yang dilakukannya justru akan membawa pada
kesesatan. Dan Allah berfirman, yang artinya, "Allah tidak
menaklif/memberi pembenahan kewajiban kepada seseorang
kecuali sesuai dengan kemampuannya."

Orang-orang yang tidak memenuhi persyaratan ijtihad semacam
itu wajib mengikuti pendapat imam mujtahid yang mu'tabar
atau istifta'/meminta penjelasan hukum kepada ahl al-dzikr,
sejalan dengan firman-Nya, "Bertanyalah kepada ulama apabila
kamu tidak mengerti." (QS. al-Nahl: 43).

WAJIB IJTIHAD DAN HARAM TAQLID

Bagi orang-orang yang memenuhi persyaratan ijtihad maka
wajib bagi mereka berijtihad dan mengamalkan hasil
ijtihadnya. Tidak dibenarkan/haram baginya bertaqlid atau
mengikuti pendapat mujtahid yang lain. Kearah inilah harus
kita fahami ucapan imam-imam mujtahid kenamaan seperti
Hanafi, Syafi'i dan lain-lain yang melarang taqlid. Artinya,
bagi yang mampu berijtihad sendiri karena telah memenuhi
persyaratannya janganlah mengikuti atau bertaqlid kepada
mujtahid yang lain, tetapi wajib berijtihad sendiri.

Dengan demikian tidak benar jika kita mengatakan bahwa
ijtihad itu wajib dan taqlid itu haram secara mutlaq/tanpa
ada batasan. Sebab tidak realistis. Kenyataan menunjukkan
bahwa sejak dahulu sampai saat sekarang dan akan berlanjut
terus sampai akhir zaman nanti, mayoritas umat Islam dari
kalangan awam. Yang awam ini jelas tidak mungkin untuk
dipaksakan harus mengupayakan dirinya menjadi mujtahid.
Diantara ulama yang mengharamkan taqlid dan mewajibkan
ijtihad tanpa ada batasan-batasan tertentu ialah Ibnu Hazm
dan al-Syaukany.

Bagi kita yang harus kita tempuh ialah mengusahakan
bagaimana agar lahirnya ulama-ulama yang ahlu li 'l-ijtihad
dapat diperbanyak. Kalau sudah pada tempatnya untuk duduk di
kursi ijtihad, janganlah menduduki bangku taqlid. Sebab ada
beberapa ulama yang semestinya mereka mampu berijtihad,
tetapi nyatanya masih tetap menjadi muqallidin yang setia.
Demikian juga harus kita usahakan, jangan sampai terjadi
adanya "man laisa lahu ahlun li 'l-ijtihad" memberanikan
diri untuk berijtihad. Ini sangat berbahaya.

TINGKATAN TAQLID/MUQALLID

Sebagaimana halnya ijtihad/mujtahid yang bertingkat-tingkat,
demikian juga taqlid/muqallid yang terdiri dari beberapa
tingkatan, yaitu:

1. Taqlid secara total/murni (taqlid al-mahdli), seperti
taqlid yang dilakukan oleh kebanyakan orang awam, dimana
dalam keseluruhan hukum Islam, mereka mengikuti pendapat
imam mujtahid.

2. Taqlid dalam bidang-bidang hukum tertentu saja, seperti
yang dilakukan para ulama yang mampu berijtihad dalam bidang
madzhab, bidang tarjih, dan bidang fatwa. Dengan demikian
dilihat dari satu segi, mereka dianggap sebagai mujtahid,
tetapi dilihat dari sisi lain, mereka termasuk muqallid.

3. Taqlid dalam hal kaidah-kaidah istinbath, seperti yang
dilakukan oleh mujtahid muntasib.

MASALAH TALFIQ

Berbicara masalah taqlid, rasanya tidak lengkap kalau kita
tidak menyinggung masalah talfiq. Menurut definisinya,
talfiq ialah beramal dalam suatu masalah/qadliyah atas dasar
hukum yang terdiri dari kumpulan/gabungan dua mazhab atau
lebih.

Ushuliyyin berbeda pendapat mengenai boleh dan tidaknya
seseorang ber-talfiq. Perbedaan ini bersumber dari masalah
boleh dan tidaknya seseorang pindah mazhab. Artinya, apabila
seseorang telah mengikuti/bertaqlid dengan salah satu
mazhab, apakah ia harus terikat dengan madzhab tersebut yang
berarti ia tidak dibenarkan mengikuti atau pindah ke madzhab
lain, ataukah ia tidak terikat dengan arti boleh baginya
mengikuti atau pindah ke madzhab lain? Dalam hal ini ada
tiga pendapat:

1. Apabila seseorang telah mengikuti salah satu mazhab maka
ia harus terikat dengan madzhab tersebut. Baginya tidak
boleh pindah ke madzhab lain baik secara keseluruhan maupun
sebagian (talfiq).

Pendapat ini tidak membenarkan talfiq. Pendapat pertama ini
dipelopori oleh Imam Qaffal. Pendapat ini rupanya yang
banyak memasyarakat di Indonesia, yang di zaman
partai-partai Islam masih ada, sempat dipolitisir dan
eksploitir.

2. Seorang yang telah memilih salah satu madzhab boleh saja
pindah ke madzhab lain, walaupun dengan motivasi mencari
kemudahan, selama tidak terjadi dalam kasus hukum (dalam
kesatuan qadliyah) dimana imam yang pertama dan imam yang
kedua atau imam yang sekarang diikuti sama-sama menganggap
batal.

Pendapat kedua ini membenarkan talfiq sekalipun dimaksudkan
untuk mencari kemudahan, dengan ketentuan tidak terjadi
dalam kesatuan qadliyah yang menurut imam pertama dan imam
kedua sama-sama dianggap batal. Golongan ini dipelopori olah
al-Qarafi.

3. Tidak ada larangan bagi seseorang untuk berpindah
madzhab, sekalipun dimaksudkan untuk mencari keringanan.

Pendapat ini memperbolehkan talfiq sekalipun dimaksudkan
untuk tujuan mencari keringanan tersebut. Pendapat ketiga
ini dipelopori oleh Al-Kamal Ibnu Hammam.

Dari segi dalil maupun kemaslahatan diantara ketiga pendapat
di atas menurut hemat saya yang paling kuat adalah pendapat
Al-Kamal Ibnu Hammam dengan alasan antara lain:

1. Tidak ada nash agama baik dari al-Qur'an maupun Sunnah
yang mewajibkan seseorang harus terikat dengan salah satu
mazhab saja. Yang ada adalah perintah untuk bertanya kepada
ulama tanpa ditentukan ulama yang mana dan siapa orangnya
(QS. al-Nahl: 43).

2. Hadits Nabi yang menyatakan bahwa Rasulullah tidak pernah
disuruh memilih sesuatu kecuali akan memilih yang paling
mudah, selama tidak membawa ke dosa.

3. Kaidah yang berbunyi, "al-ami la madzhaba lahu" -orang
awam tidak punya mazhab. Tidak punya mazhab artinya tidak
terikat.

Hanya saja dalam hal-hal yang menyangkut kemasyarakatan maka
yang berlaku adalah mazhab pemerintah atau pendapat yang
diundangkan pemerintah lewat perundang-undangan. Hal ini
dimaksudkan untuk keseragaman dan menghindarkan adanya
kesimpang-siuran. Hal ini sejalan dengan kaidah, "Keputusan
pemerintah mengikat atau wajib dipatuhi dan akan
menyelesaikan persengketaan."

Contoh Talfiq

a. Dalam Ibadat.

1. Seseorang berwudlu menurut madzhab Syafi'i yang menyapu
kurang dari seperempat kepala, kemudian ia bersentuhan kulit
dengan ajnabiyah; ia terus bershalat dengan mengikuti
madzhab Hanafi yang mengatakan bahwa sentuhan tersebut tidak
membatalkan wudlu.

2. Seseorang berwudlu mengikuti tata cara Syafi'i, kemudian
ia bershalat dengan menghadap kiblat dengan posisi
sebagaimana ditentukan oleh madzhab Hanafi.

b. Masalah Kemasyarakatan

1. Membuat undang-undang perkawinan dimana akad nikahnya
harus dengan wali dan saksi karena mengikuti madzhab
Syafi'i; mengenai sah jatuhnya thalaq raj'i mengikuti
madzhab Hanafi yang memandang sah ruju' bi 'l-fi'li
(langsung bersetubuh).

2. Terjadi ru'payah yang mu'tabarah pada suatu tempat,
kemudian Qadli Syafi'i menetapkan bahwa ru'payah tersebut
berlaku pada seluruh wilayah kekuasaannya, sebab Qadli tadi
berpegang dengan pendapat madzhab Maliki dan Hanafi yang
tidak memandang persoalan mathla'.

Kesimpulan

Dari beberapa uraian di atas ingin saya ambil beberapa
kesimpulan sebagai berikut:

1. Ijtihad merupakan sarana yang paling efektif untuk
mendukung tetap tegak dan eksisnya hukum Islam serta
menjadikannya sebagai tatanan hidup yang up to date yang
sanggup menjawab tantangan zaman (shalihun li kulli zaman wa
makan).

2. Ijtihad baru akan berfungsi dan berdayaguna sebagaimana
disebutkan pada Butir pertama jika ijtihad dilakukan para
ahlinya (mereka yang memenuhi persyaratan dan dilakukan pada
tempatnya sesuai dengan ketentuan yang telah diakui
kebenaran dan kesalahannya).

3. Ijtihad akan membawa kejayaan bagi Islam dan umatnya,
apabila hal itu dilakukan oleh yang memenuhi persyaratan dan
dilakukan di tempat-tempat yang diperbolehkan memainkan
peranan ijtihad.

4. Ijtihad yang dilakukan oleh yang bukan ahlinya/yang
tidak memenuhi persyaratan atau dilakukan tidak pada
tempatnya justru akan membawa kehancuran Islam dan bencana
serta malapetaka bagi umatnya. Na'udzu bi 'l-Lah.

5. Ijtihad yang saat ini benar-benar masih dapat kita
lakukan ialah ijtihad di bidang tarjih dan ijtihad dalam
kasus-kasus tertentu yang belum pernah diijtihadi dibahas
oleh imam-imam mujtahid terdahulu. Keduanya ini dapat kita
lakukan secara perorangan (ijtihad fardy) atau secara
kolektif (ijtihad jamma'iy).

6. Ijtihad sepanjang pengertian ushuliyyin hanyalah berlaku
di dunia hukum.

7. Perbedaan yang ditolerir oleh Islam yang dinyatakan akan
membawa rahmat/kelapangan adalah perbedaan di bidang hukum
furu'/fiqih sebagai akibat dari adanya perbedaan ijtihad.

8. Untuk menggalakkan ijtihad guna menjadikan hukum Islam
ini dinamis dan lincah perlu digalakkan studi fiqih
perbandingan dan ushul fiqih perbandingan di lembaga-lembaga
pendidikan Islam, khususnya perguruan tinggi.

9. Ijtihad dapat kita jadikan alat untuk menjawab perlu dan
tidaknya reaktualisasi hukum Islam dan hal itu hanya
memenuhi persyaratan ijtihad. Tanpa itu hanya omong kosong.

10.Marilah kita menjadi mujtahid yang benar atau muqallid
yang baik yang mempunyai komitmen yang utuh terhadap ajaran
agama Islam.

DAFTAR KEPUSTAKAAN

1. Al-Syafi'i, al-Risalah
2. Muhammad bin 'Ali al-Bashri, al-Mu'tamad
3. Al-Juwaini, al-Burhan
4. Al-Ghazali, al-Musthafa
5. Fakhruddin al-Razi, al-Mahshul
6. Al-Amidi, Inkamu 'l-Ihkam
7. Al-Baidlawi, Minhaju 'l-Ushul
8. Al-Asnawi, Nihayatu 'l-Sul
9. Al-Subki, Jam'ul Jawami'
10. Ushulus-Sarkhasi
11. Ushulul-Bazdawi
12. Al-Nasafi, al-Manar
13. Al-Baghdadi, Badi'un-Nidham
14. Shadrus-Syari'ah Al-Bukhari, Ranqikhu 'l-Ushul
15. Al-Kamal Ibnul-Hammam, al-Tahrõlah
16. Muhammad bin Amir al-Halabi, Taisirut-Tahrir
17. Al-Syaukani, Irsyadu 'l-Fukhul
18. Muhibbu 'l-Lah "Abdus-Syakur," Musallamu 'l-Tsubur
19. al-Syathibi, al-Muwafaqat
20. Ibnul Qayyim, A'lamu 'l-Muwaqq'in

--------------------------------------------
Kontekstualisasi Doktrin Islam Dalam Sejarah
Editor: Budhy Munawar-Rachman
Penerbit Yayasan Paramadina
jalan. Metro Pondok Indah
Pondok Indah Plaza I Kav. UA 20-21
Jakarta Selatan
Telp. (021) 7501969, 7501983, 7507173
Fax. (021) 7507174

http://media.isnet.orang/islam/Paramadina/Konteks/TaqlidIH4.html

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 07-06-06 00:51


Idea Wahdatul Wujud ini sudah ada terlebih dahulu selepas itu dipaksa ayat-ayat dan ungkapan tertentu yang didakwa hadis untuk menyokong idea mereka. Ajaran ini ada di Kuala Lumpur, Kelang dan Pulau Pinang. Mempunyai pergerakan yang sistematik dan licin. Saya kira ia didalangi oleh sindiket sebab itu ia tidak hilang. Prinsip ajarannya antara lain ialah menjadikan setiap kalimah dan huruf kalimah itu ada ertinya mengikut yang mereka rekakan. (petikan)

Penyelewengan Martabat Tujuh
sumber:- http://utusan.com.my/utusan/content.asp?
yang=2006&dt=0606&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pagi=ba_02.htm

temuramah bersama:-dilah. Abdulfatah Haron Ibrahim

Ramai anggota masyarakat Melayu di Malaysia yang mahu menuntut ilmu agama dan ia dilakukan melalui pelbagai cara. Golongan biasa lebih suka mengikuti pengajian berkitab yang diajar sama ada di masjid atau surau. Namun, ada sesetengah individu yang mahu mempelajari ilmu agama lebih mendalam dengan cara mengikuti tarekat tertentu.

Bagaimanapun, dalam diam-diam, akhirnya mereka ini bukan mendalami ilmu Islam sebenar sebaliknya dipesongkan oleh syeikh mursyid mereka sehingga mempelajari ajaran sesat. Ikuti interviu wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN bersama jurufoto NAZERI ABU BAKAR dengan Profesor Usuluddin dan Falsafah, Jabatan Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Abdulfatah Haron Ibrahim yang membuat kajian mengenai ajaran sesat di negara ini sejak 1980.

Bolehkah anda jelaskan sejarah ajaran sesat di Malaysia?

DR. ABDULFATAH: Saya lebih suka menamakan ajaran sesat ini sebagai Gerakan Sulit Pemusnah Islam Sepanjang Zaman yang digerakkan oleh musuh-musuh Islam. Ia mula dikesan di Timur Laut Strasboug di Perancis pada kurun ke-18. Ketika itu pada tahun 1439, alat percetakan pertama menggunakan cetakan kayu diperkenalkan.

Sasaran gerakan ini ialah memusnahkan tauhid uluhiah yang
berteraskan keEsaan Allah iaitu kalimah, La Ila Haillallah
Muhammadur Rasulullah.

Selain itu, kepercayaan orang Melayu yang mengambil bulat-bulat
kitab jawi lama atau lebih dikenali sebagai kitab kuning turut
mempengaruhi keadaan ini. Keadaan ini disebabkan, pada peringkat
awal penyebaran Islam yang melibatkan penterjemahan, mereka hanya menterjemah bulat-bulat apa yang terdapat di dalamnya dan tiada sebarang penapisan dibuat. Kesilapan ini pula berlaku berkurun-kurun lamanya disebabkan tidak ramai yang menyedarinya sehinggakan kini agar sukar untuk kita membetulkan keadaan.

Mengapa anda menggelarkan ia sebagai gerakan sedemikian?

Sebabnya, golongan ini kini menggunakan cara Batiniah melalui
Martabat Tujuh yang dicampur dengan Wahdatul Wujud yang bertujuan mahu memusnahkan Islam. Saya ingin menjelaskan, Malaysia mengamalkan pegangan Ahli Sunah wal Jamaah. Ertinya yang paling ringkas, sunah ialah tarekat (cara) Nabi dan Jamaah ialah tarekat para sahabat. Ahli sunah ialah pengikut aliran Asy'ariah, Maturidiah dan Salaf. Mereka berpegang dengan al-Quran dan sunah serta menolak falsafah.

Wahdatul Wujud pula dari segi hurufiahnya ialah `satu ada'. Dari
segi istilah, `Allah adalah segala-galanya'. Batiniah ini pula tidak perlu solat, puasa dan sebagainya. Cukup dengan niat sahaja. Sebabnya semua itu adalah kerja batin dan hanya diketahui oleh guru mursyid. Ajaran ini juga membuat takwilan dan tafsiran sendiri bertujuan merendah-rendahkan, menafikan, menghina serta menolak syariat. Idea Wahdatul Wujud ini sudah ada terlebih dahulu selepas itu dipaksa ayat-ayat dan ungkapan tertentu yang didakwa hadis untuk menyokong idea mereka. Ajaran ini ada di Kuala Lumpur, Kelang dan Pulau Pinang. Mempunyai pergerakan yang sistematik dan licin. Saya kira ia didalangi oleh sindiket sebab itu ia tidak hilang. Prinsip ajarannya antara lain ialah menjadikan setiap kalimah dan huruf kalimah itu ada ertinya mengikut yang mereka rekakan.

Bilakah ajaran Batiniah dan Wahdatul Wujud yang menekankan Martabat Tujuh ini mula diajar?

Batiniah bermula pada tahun 198 H bersamaan 833 M iaitu zaman
pemerintahan Al-Makmum. Ia menekankan setiap zahir ada batin, setiap ayat al-Quran ada takwil. Martabat Tujuh atau Al-tuhfat Almursalah pula dipopularkan di nusantara oleh Muhammad Fadlullah al-Burhanpuri (1029 H-1619 M). Batiniah ini cepat tersebar dalam masyarakat Melayu kerana hampir keseluruhan kitab jawi menyebarkan ajaran Wahdatul Wujud –Martabat Tujuh termasuklah kitab Siaru Salikin (Perjalanan Orang-orang Yang Berjalan).

Apa sebenarnya ajaran Martabat Tujuh itu?

Martabat Tujuh ialah perbincangan mengenai asal mula kejadian alam semesta. Ia bererti lapisan tujuh iaitu Ahadiah, Wahdah, Wahidiah, Alam Arwah, Alam Mithal, Alam Ajsam dan Alam Insan. Ilmu atau akidah martabat ini bercanggah dengan Ahli Sunah. Mereka mengatakan Allah mengadakan semesta ini bukan daripada tiada kepada ada sebagaimana iktikad Ahli Sunah wal Jamaah sebaliknya daripada ada kepada ada.

Sebagai kesimpulan, Martabat Tujuh ditegakkan atas dasar hakikat
Muhammad dan Nur Muhammad yang tidak ada asal dalam al-Quran dan
hadis sahih. Sebab itu, dari segi akidah Islam, martabat ini adalah batil.

Apakah sebenarnya yang mahu dicapai oleh golongan yang mengepalai ajaran sesat ini?

Berdasarkan pemerhatian saya, orang yang bawa ajaran ini selalunya hidup senang seperti Jaringan Islam Liberal di Jawa, Indonesia yang mendapat pembiayaan dari negara Barat. Yang terlibat pula kebanyakannya ialah orang intelek tetapi bukan dalam disiplin agama sebaliknya dalam kejuruteraan, kesusasteraan Inggeris dan sebagainya.

Ada juga sebab seks. Sebab itu ada di antara adab-adab murid
terhadap guru atau syeikh mereka seperti yang dijelaskan oleh Dr. Abd. Al-Fattah Ahmad al-fawi ialah jangan mengahwini wanita yang diminati oleh syeikh atau wanita yang diceraikannya sama ada perceraian hidup atau mati. Bab ini seolah-olah menjadikan martabat syeikh setaraf Nabi Muhammad kerana isteri Baginda tidak boleh dikahwini selepas kewafatannya.

Bagaimanakah cara mengelak daripada terjebak dalam ajaran sesat?

Apabila kita hendak menuntut ilmu agama atau dihampiri oleh golongan tertentu kita hendaklah bertanya beberapa soalan untuk memastikan kesahihan ilmu yang diajar. Pertamanya, ilmu ini diambil dari kitab mana. Ia perlulah dari kitab yang muktabar dan kalau tidak ada kitab atau ilmu laduni sesiapapun boleh merekanya. Kedua, siapa yang memakai ilmu ini kerana Ahli Sunah mempelajari tiga ilmu iaitu fekah, tauhid dan tasauf.

Apakah yang perlu dilakukan untuk menangani isu ini?

Orang yang mengatur gerakan ini adalah golongan terpelajar dan
pandai dalam strategi. Kita tidak boleh underestimate mereka kerana jika tidak, ajaran ini tidak boleh kekal dan hidup lebih 1,200 tahun.

Perkara utama yang perlu dilakukan ialah tekankan kepada solat
melalui penghayatan al-Fatihah secara sebenar-benarnya. Contohnya apabila membaca ihdinas siratal mustaqim hendaklah kita meminta dalam hati agar kita sentiasa mendapat hidayat Allah berada di jalan yang lurus dan benar. Begitu juga apabila membaca ayat seterusnya hendaklah kita memohon kepada Allah agar dipelihara daripada kesesatan dan menjadi golongan yang sentiasa mendapat nikmat.

Selain itu, kurikulum fardu ain di sekolah-sekolah terutama menengah perlu diperbaiki. Ia perlu mendidik pelajar sehingga boleh membezakan antara zat dengan sifat. Guru-gurunya juga perlukan latihan agar mampu menjalankan tugas dengan lebih berkesan.

Perlu diadakan juga perbincangan pakar-pakar akidah dengan golongan yang sesat ini untuk mengetahui di mana silap mereka kemudiannya membuat keputusan berdasarkan al-Quran dan sunah yang sahih.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 07-06-06 01:31


http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=29412&postdays=0&postorder=asc&start=0&sid=3791731af2a1f1c57682e0ff4913afd7

Rasulullah SAW pernah mengajukan pertanyaan kepada seorang budak perempuan milik Mua'wiyah bin Al-Hakam As-Sulamy sebagai ujian keimanan sebelum ia dimerdekakan oleh tuannya iaitu Mu'awiyah :

Artinya :

Beliau (nabi SAW) bertanya kepadanya : "Di manakah Allah?"

Jawab budak perempuan : "Di atas langit."

Beliau bertanya (lagi) : "Siapakah Aku ..?".

Jawab budak itu : "Engkau adalah Rasulullah."

Beliau bersabda : "Merdekakan ia ! .. karena sesungguhnya ia mu'minah (seorang perempuan yang beriman)".

Hadits soheh. Dikeluarkan oleh Jama'ah ahli hadits.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Quote:

Hadis ni kesimpulannya apa?Jangan kata Allah betul-betul berada di langit secara hakikat dah la.Maha SUci Allah daripada bertempat dan mempunyai arah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Imam abu Hanifah kata siapa yang jawab dia tak tahu sama ada Allah di langit atau di bumi..sesungguhnya dia kafir..

Allah dilangit termaktub dalam hadithnya..golongan takwil sahaja menolaknya..

para sahabat tak pernah menolak maksud hadith ni, rasulullah saw pun tak..imam2 4 mazhab pun tak..semua beriman Allah dilangit..bgmana keadaan Allah dilangit xsiapa yang tahu...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

kita beriman dengan apa yang Allah sifatkan.

mendgr sifat makhluk, melihat sifat makhluk, sebelum dicipta pendnegaran macam mana Allah.

tulah sibuk sangat takyif bgmana Allah. para sahabat Rhm dan ulama salaf beriman tanpa takyif.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

baca kat sini..apa kata imam 4 mazhab
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=29736&highlight=&sid=8a36b4cc9ba562a56b0b5833c10b03f8

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dalam kitab Tuhfatul Murid ada dinyatakan:Sekiranya terdapat di dalam ayat al-Quran atau hadis Nabi SAW sesuatu yang seolah-olah menyatakan bahawa Tuhan berada di atas sesuatu tempat atau bertubuh atau berupa atau beranggota telah sepakat ahli al-Haqq(ahli sunnah wal jamaah) dan lain2 selain daripada Mujassimah dan Musyabbihah mentakwilkan yang demikian itu, kerana wajib menyucikan Allah yang Maha Suci daripada bersifat dengan sifat yang ditunjukkan mengikut makna zahir ayat2 atau hadis tersebut.

rujuk Tuhfatul Murid 'ala Jauharah al Tauhid, H:156, Ibrahim al-Baijuri.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

BERKENAAN ISU ALLAH DI ATAS LANGIT, ULAMA SALAF MENGAKUINYA. INI BERDASARKAN FATWA MELALUI LAMAN ISLAM Q&A.

BERSEMAYAM DI ATAS ARASY
Soalan:
Adakah ALLAH mentadbir semua perkara duniawi ketika DIA bersemayam di atas Arasy? Bagaimanakah kita memahami ayat yang menyebut bahawa ALLAH lebih dekat dengan kita berbanding urat nadi kita sendiri?

Jawapan:
Al-Quran, sunnah dan ijmak (kesepakatan) salafussoleh menyatakan bahawa ALLAH berada di langit, iaitu Arasy. DIA Maha Mulia dan Maha Tinggi. DIA berada di atas semua benda dan tidak ada sesuatu pun yang lebih tinggi daripada-NYA.

Firman ALLAH S.W.T:
“ALLAHlah yang Mencipta langit dan bumi serta segala yang ada di antara kedua-duanya dalam masa enam hari. Kemudian DIA Bersemayam di atas Arasy. Kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain daripada ALLAH. Oleh itu, tidakkah kamu sedar dan mengambil iktibar?” -Surah al-Sajdah: 4.
Sabda Rasulullah s.a.w:
وَأَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ
Maksudnya:
“ENGKAUlah Yang Maha Zahir dan tiada sesuatu pun di atas-MU."
Di samping itu, ALLAH memberitahu bahawa DIA bersama hamba-NYA di mana jua mereka berada.

Firman ALLAH S.W.T:
“Tidakkah engkau memikirkan sesungguhnya ALLAH mengetahui segala yang ada di langit dan bumi? Tidak berlaku bisikan antara tiga orang melainkan DIAlah yang keempat. Tidak berlaku sesuatu antara lima orang, melainkan DIA adalah yang keenam. Tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai melainkan DIA ada bersama mereka di mana sahaja mereka berada.” -Surah al-Mujadalah: 7.
ALLAH pernah menyebut bahawa DIA berada di atas Arasy dan dalam masa yang sama, DIA juga bersama hamba-hamba-NYA.

Firman ALLAH S.W.T:
“DIAlah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam masa enam hari. Kemudian DIA bersemayam di atas Arasy. DIA mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya, apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik kepadanya. DIA tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada.” -Surah al-Hadid: 4.
Tetapi, ini bukanlah bererti DIA bercampur-gaul dengan makhluk. Ia bermaksud, DIA mengetahui apa sahaja yang dilakukan oleh hamba-hamba-NYA. DIA berada di atas Arasy dan tidak ada satu amalan pun tersembunyi daripada-NYA.
Firman ALLAH S.W.T:
"Sedang pengetahuan KAMI lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.” -Surah Qaf: 16.

Kebanyakan ulama tafsir menyatakan bahawa maksud ALLAH dekat dengan hamba-NYA ialah melalui para malaikat yang menjaga amalan mereka. Menurut pendapat yang dipegang oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah, perkara itu disebabkan ALLAH mengetahui setiap gerak-geri hamba-NYA.

Sebahagian golongan sesat seperti al-Jahmiyah menafikan kemuliaan zat ALLAH yang bersemayam di atas Arasy dan mengatakan, ALLAH berada di merata tempat. Semoga ALLAH memberi petunjuk kepada mereka dan seluruh kaum Muslimin kepada akidah yang sahih. (Fatwa Abdul Rahman al-Barrak).
wasalaamun 'ala manittaba'alhuda.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 08-06-06 04:17


:Muhammad Sabri
To:
Subject: Hikmah berdiam diri
Date: Fri, 30 Dec 2005 09:17:10 +0800



ssssyyyhhhhhh!!!!!!

warmest salaam,


    HIKMAH BERDIAM DIRI

    Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan
    membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia.
    Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana
    di dunia dan di akhirat. Didunia akan dibenci oleh manusia
    lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang
    lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam
    neraka Allah SWT.
    Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh
    Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan
    sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan
    mutiara-mutiara yang berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah
    benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan
    perkataan yang sia-sia.
    HIKMAH DIAM
    1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
    2. Perhiasan tanpa berhias.
    3. Kehebatan tanpa kerajaan.
    4. Benteng tanpa pagar.
    5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
    6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
    7. Menutupi segala aib.
    Hadis-hadis Rasullulah mengenai kelebihan diam yang
    bermaksud:
    "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya
    banyaklah silapnya.
    Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah
    dosanya. Dan
    Barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya Neraka lebih
    utama baginya".
    ( Riwayat ABU NAIM )
    "Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari
    Akhirat, maka hendaklah ia
    berkata yang baik atau diam". ( Riwayat BUKHARI &
    MUSLIM )
    "Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya".
     Riwayat AT-TARMIZI )
    Madah Dari Hukama:
    BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH,
    BANYAK CAKAP TIDAK
    SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKAN ITU
    BUAH FIKIRAN, ORANG
    CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI
    ORANG BODOH YANG BANYAK
    CAKAP.
    MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH , TIDAK
    SALAH. YANG SALAH
    MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..
    KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA
    TERHINA, YANG SEBENARNYA
    ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.
    Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali
    dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita
    tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik.
    Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih
    yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 08-06-06 04:31


DI ANTARA DUA JALAN

Apabila engkau mengembara seorang diri lalu engkau berada di antara dua jalan. Salah satunya sukar dilalui, mendaki gunung yang tinggi. Manakala jalan yang lain pula mudah dan menuju ke lembah.

Jalan yang pertama penuh dengan halangan, batu yang merintang, duri dan lubang. Agak susah menempuhnya dan perjalanan melaluinya amat payah. Tetapi di hadapannya ada papan tanda yang dibina, padanya tertulis bahawa jalan ini walaupun susah di awalnya dan payah melaluinya, ia adalah jalan yang benar. Jalan yang akan menuju ke bandar impian dan tujuan yang dicitakan.
Jalan kedua pula mudah dilalui, dinaungi pohon-pohon rendang yang penuh dengan buah dan bunga indah berseri. Di kiri dan kanan jalan terdapat pula tempat menjamu selera dan tempat bersuka r.a. Semuanya dipenuhi perkara yang melazatkan hati, menggembirakan mata dan menghiasi telinga.

Namun di hadapannya ada papan tanda, padanya tertulis bahawa ia adalah jalan yang merbahaya dan membinasa, di akhirnya ada jurang yang padanya ada kematian yang pasti, dan kebinasaan yang terbukti. Maka jalan manakah yang akan engkau ikut?

Tidak syak lagi bahawa jiwa manusia cenderung ke arah yang mudah, bukan yang payah. Cenderung ke arah yang lazat dan bukannya yang menyakitkan. Jiwa manusia cintakan kebebasan dan bencikan ikatan. Sekiranya dibiarkan insan itu bersama kehendak jiwanya dan dia mengikutnya, pastilah dia akan memilih jalan yang kedua. Tetapi akal manusia mula campur tangan. Ia membandingkan antara kelazatan sementara yang ada di hadapan tetapi di hujungnya pula sengsara yang berpanjangan. Akal akan membandingkannya dengan kesakitan sementara yang ada tetapi di hujunganya kelazatan selama-lamanya. Maka akal pasti akan memilih jalan pertama.

Inilah perbandingan jalan syurga dan jalan neraka. Jalan neraka
penuh dengan segala yang lazat dan memberi nikmat. Jiwa manusia
cenderung ke arahnya dan ia disokong oleh nafsu. Pada jalan ini
adanya pemandangan terhadap kecantikan yang haram. Pada jalan ini ada perkara yang membangkitkan nafsu syahwat. Padanya dibolehkan mengambil harta daripada setiap jalan dan harta itu sememangnya dicintai dan diingini. Pada jalan ini ada kebebasan dan tiada ikatan. Sememangnya jiwa manusia sukakan kebebasan dan membenci ikatan.

Jalan syurga penuh dengan kepayahan dan kesusahan. Padanya ada
ikatan dan sempadan. Padanya perkara yang menyalahi kehendak jiwa. Tetapi penghujung kesusahan yang sementara ini ialah kelazatan abadi di akhirat nanti. Manakala hasil kelazatan yang ada pada jalan neraka ialah kesakitan yang berpanjangan di neraka jahannam. Hal ini seumpama seorang pelajar pada waktu peperiksaan. Dia merasa payah ketika semua ahli keluarganya meninggalkannya untuk menonton televisyen. Mereka menonton rancangan yang menarik dan menggembirakan, sedangkan dirinya bersendirian dengan buku-buku nota dan latihan. Kelak, pelajar ini akan menemui kejayaan setelah melalui kepayahan dan kesusahan.

Hal ini juga seperti seorang yang demam terpaksa bersabar berhari-hari dari makanan yang lazat. Kelak, dia akan menikmati kebahagiaan kerana dirinya kembali sihat………Dan Allah telah menetapkan di atas jalan syurga ini orang-orang yang mengajak orang lain kepada jalan itu iaitu para nabi. Begitu juga wujud pada jalan neraka itu orang-orang yang mengajak orang lain menuju kepadanya iaitu para syaitan.

Dan dakwah ini penuh kepayahan, kerana jiwa manusia telah dicipta sukakan kebebasan sedangkan agama mengikatnya, ia sukakan kebebasan dan kelazatan sedangkan agama menahannya. Sesiapa yang menyeru ke arah dosa maka dia telah menepati kecenderungan jiwa manusia dan dia akan berjalan bersama-sama dengan mudahnya semudah air yang mengalir menuju ke lembah di bawahnya. Pergilah kepada tangki air yang berada di atas bukit lalu pukullah ia dengan pemukul, maka turunlah air sedangkan engkau hanya berdiri sehingga penuh lembah di bawah.

Apabila engkau ingin mengembalikan air itu semula ke tangki di atas bukit, usaha itu akan penuh dengan kesusahan, kepayahan dan
memerlukan kos yang banyak. Begitu juga dengan batu besar di atas puncak, engkau hanya perlu menggoyangkannya dan menolaknya sehingga apabila ia bergolek ke bawah, tidak perlu lagi bersusah payah.Tetapi apabila engkau ingin menaikkannya kembali ke atas, di situ engkau akan dihalangi penat dan susah.


(Tulisan ini diterjemahkan dengan sedikit pengubahsuaian daripada buku `Ta'rif `Am Bi Din al Islam' (Pengenalan Am Tentang Agama Islam) karya Syeikh Ali al Tantawi / m.surat 15-17 / cetakan 1989 / Dar al Wafa', Mesir.
Semoga Allah memberikan kekuatan dan keteguhan kepada semua pejuang kebenaran dan kita semua. Jadikan dirimu sebagai penyeru kepada jalan syurga.

posted by: alitantawi

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 08-06-06 04:50


HUBUNGAN MESRA ANTARA MUAWIYAH DENGAN AHLUL BAIT

            Di antara tuduhan yang dilontarkan kepada Sayyidina Muawiyah lah.a ialah kononnya beliau telah melayani Bani Hasyim terutamanya di kalangan Ahlul Bait dengan buruk dan telah bertindak kejam terhadap mereka, selain daripada tidak pernah terjalinnya perhubungan yang baik di antara mereka dengan Muawiyah dan seterusnya khulafa’ daripada kalangan Bani Umaiyyah.



Alasan yang selalu dikemukakan ialah berpunca daripada gambar sejarah yang sememangnya bercampur baur di antara kebenaran dan kebatilan. Sebenarnya kita tidak hairan dengan riwayat sejarah yang memuatkan cerita-cerita seumpama itu apabila kita memeriksa perawi-perawi (pewarta-pewarta) yang merupakan sumber cerita-cerita itu.



            Begitupun jika kita meneliti dengan cermat dan saksama terhadap fakta-fakta yang terdapat di dalam kitab-kitab sejarah sama ada ditinjau dari sudut riwayat mahupun dirayah dengan cepat akan teserlah di hadapan kita kepalsuan tuduhan-tuduhan itu. Kenyataan yang dapat disimpulkan daripada fakta-fakta sejarah itu amat bertentangan sekali dengan tuduhan yang terdapat di dalamnya. Ini ialah kerana tak mungkin boleh terjalinnya hubungan persemendaan sebagai menantu, besan, biras dan lain-lain di antara dua keluarga yang bermusuhan begitu sekali seperti yang tersebut di dalam kitab-kitab sejarah. Tidak mungkin juga orang-orang yang bermaruah seperti individu-individu daripada kalangan Ahlul Bait terutama Hasan dan Husain lah.a boleh menerima hadiah-hadiah saguhati, cenderamata atau habuan daripada orang yang zalim dan kejam yang sentiasa merendahkan kehormatan mereka.



            Begitu juga tidak masuk akal jika orang-orang yang terhormat dan mulia seperti Sayyyidina Hasan dan Husain lah.a boleh berulang alik ke istana Muawiyah yang dikatakan sebagai penipu dan jahat itu kemudian pulang dengan membawa hadiah-hadiah yang nilainya beratus-ratus ribu dirham, kecuali jika diterima bahawa Sayyidina Hasan dan Husin dan juga Ahlul Bait yang lain sebagai orang-orang yang gila dunia atau mata duitan.



            Bagaimana mungkin kejam dan zalimnya orang yang Sayyidina Hasan dan Husain turut serta di dalam jihad yang dilancarkannya di samping menyandang pula jawatan-jawatan istimewa dalam kerajaan pimpinannya.



            Di sini akan dikemukakan beberapa contoh dari fakta sejarah untuk menghapuskan segala tuduhan-tuduhan palsu itu:



1)     Hubungan baik di antara Sayyidina Muawiyah dan Ahlul Bait terutama Sayyidina Hasan dan Husain lah.a.



Ibnu Katsir menulis, “Pada zaman pemerintahannya, Sayyidina Muawiyah

melayan Sayyidina Hasan dan Husin dengan penuh mesra dan menghadiahkan kepada mereka hadiah-hadiah yang berharga. Pernah pada suatu hari beliau menghadiahkan wang sebanyak dua ratus ribu dirham kepada mereka berdua” (Al Bidayah wa An-Nihayah, jilid 8 m.s. 50).



Ibnu Abil Hadid menulis, “Muawiyah memberikan habuan terutama kepada

Hasan dan Husain sebanyak seratus ribu dirham. Anaknya Yazid pula memberikan habuan tahunan kepada merka berdua sebanyak dua ratus ribu dirham. Sebanyak itu juga diberinya kepada Abdullah bin Abbas dan Abdullah bin saja’afar (ipar Sayyidina Husain iaitu suami kepada Zainab, adiknya)” (Syarah Nahjul Balaghah).



            Selain daripada habuan tahunan sebanyak seratus ribu dirham itu, Sayyidina Husain dikirimkan bermacam-macam cenderamata dan hadiah-hadiah berharga oleh Muawiyah dan Sayyidina Husain menerimanya dengan gembira sekali.



            Sayyidina Husain berkunjung ke kediaman Muawiyah seorang diri dan kadang-kadang bersama abangnya Hasan pada tiap-tiap tahun dan Sayyidina Muawiyah melayani mereka dengan baik dan penuh penghormatan. Beliau memberikan kepada mereka bermacam-macam hadiah. Selepas kewafatan Hasan, Sayyidina Husain tetap berkunjung ke kediaman Muawiyah pada tiap-tiap tahun. Beliau dilayani dengan baik dan penuh penghormatan oleh Muawiyah. (Al Bidayah wa An-Nihayah, jilid 8, m.s. 150-151)



            Pernah pada sutu ketika Sayyidina Hasan telah dihadiahkan oleh Muawiyah wang sebanyak empat juta dan pada ketika yang lain pula Sayyidina Hasan dan Husain telah dihadiahkan dua juta dirham. (Al Bidayah wa An-Nihayah, jilid 8, m.s. 137).



Pernah Sayyidina ‘Aqil (abang Sayyidina Ali lah.a) memerlukan empat puluh ribu dirham maka beliau pergi menemui Muawiyah dan menyatakan keperluan itu kepadanya. Muawiyah bermurah hati kepadanya dan terus memberikan wang sebanyak lima puluh ribu dirham. (Usdul Ghabah, jilid 3, m.s. 223).



            Sayyidatina Aisyah lah.a pernah dikirimkan oleh Muaiwiyah wang sebanyak seratus ribu dirham dan sebaik sahaja Aisyah menerimanya dia terus membahagi-bahagikannya kepada orang-orang lain (yang memerlukannya) pada hari itu juga.



             Pada suatu ketika pernah Sayyidatina Aisyah berhutang sebanyak 18 ribu dinar (Muawiyah mendapat tahu tentang itu ) maka beliau pun menjelaskan kesemua hutang Aisyah itu.



            Pernah juga Muawiyah mengirimkan seutas kalung yang berharga seratus ribu dirham kepada Aisyah. Kiriman itu diterima oleh Aisyah dengan gembira sekali.



            Pernah Sayyidina Hussain dan Abdullah Bin saja’far At Thayyar menghantar utusannya kepada Muawiyah untuk meminta bantuan kewangan daripada beliau, maka wang sebanyak sejuta dirham dikirimkan kepada mereka. Pada ketika yang lain pula Muawiyah mengirimkan wang kepada Sayyidina Hassan, Abdullah Bin saja’far At Thayyar, Abdullah Bin Umar dan Abdullah Bin Zubair sebanyak seratus ribu dirham.



            Setelah mendapat tahu tentang kewafatan Sayyidina Hassan, Muawiyah pergi menemui Abdullah bin Abbas untuk mengucapkan takziah kepadanya. Muawiyah berkata kepada Abdullah Bin Abbas, “Semoga Allah tidak menyedihkan dan menyusahkann hatimu atas kematian Hassan ini”. Ibnu Abbas lantas menyahut, “Semoga Allah tidak menyedihkan dan menyusahkan hatimu selama Allah memanjangkan umurmu”. (Al Bidayah Wa An Nihayah,jilid 8 m.s. 136 – 138.)



2)     Menyandang jawatan istimewa di dalam kerajaan Muawiyah.

        

            Di antara individu dari Bani Hasyim ada yang menyandang jawatan istimewa (seperti qadhi dan lain-lain) didalam pemerintahan Muawiyah.



            Di Madinah, Marwan Bin Al Hakam adalah gabenor yang dilantik oleh Muawiyah. Ketika itu perlu adanya seorang qadhi (hakim) di Madinah. Oleh itu, Marwan telah melantik Abdullah Bin Al Harith Bin Naufal Bin Al Harith Bin Abdul Muttalib sebagai qadhi di Madinah. Lantaran itu sesetengah golongan mengatakan itulah qadhi yang mula-mula dilantik di Madinah.



            Ibnu Sa’ad menulis di dalam Thobaqatnya: daripada Abi Al Ghaits, katanya: “Aku mendengar Abu Hurairah berkata”, “Setelah Marwan Al Hakam dilantik sebagai gabenor bagi pihak Muawiyah di Madinah iaitu pada tahun 42 Hijrah, beliau telah melantik Abdullah bin Al Harith sebagai qadhi di Madinah. Abu Hurairah berkata, “Itulah qadhi yang mula-mula aku lihat dalam Islam (di Madinah)”. Thobaqat Ibnu Sa’ad jilid 5 m.s. 13). Kenyatan yang sama di dalam Tarikh At Thobari, jilid 6 m.s. 12 di bawah tajuk peristiwa yang berlaku pada tahun 42 Hijrah.



3)     Qustam Bin Abbas lah.a dan Sayyidina Hassan lah.a ikut serta di dalam jihad yang dilancarkan oleh Muwiyah di zaman pemerintahannya.



            Qustam Bin Abbas terbilang di antara sahabat kecil Rasullullah SAW. Beliau adalah saudara sesusu dengan Sayyidina Husin Bin Ali. Beliau telah pergi ke Khurasan di zaman pemerintahan Muawiyah untuk tujuan jihad. Kemudian beliau pergi pula ke Samarkand. Panglima perang yang beliau ikuti di dalam peperangan itu ialah Said Bin Uthman Bin Affan. Akhirnya beliau telah mendapat syuhada (syahid) dalam peperangan di Samarkand.



            Demikian tersebut didalam Thobaqot Ibnu Sa’ad, jilid 7, m.s. 101, Nasabu quraisyin, m.s. 27, Tahtazikri Auladi Abbas, Siaru ‘Alami An Nubala’, jilid 3 m.s. 292, Syarah Nahjul Balaghah Ibnu Abil Hadid, jilid 5, m.s. 72.



            Ahli-ahli sejarah menyebutkan dengan jelas bahawa Sayyidina Hussin juga turut serta di dalam jihad yang dilancarkan di zaman pemerintahan Muawiyah. Beliau menyertai jihad itu dengan suka cita dan relahati, bukan dengan paksaan malah telah memberikan pertolongan yang sepenuhnya dalam jihad itu.



            Ibn Katsir menulis, “Setelah Sayyidina Hassan wafat, Sayyidina Husain pada tiap-tiap tahun tetap mengunjungi Muawiyah. Beliau dikurniakan dengan hadiah-hadiah dan dimuliakan oleh Muawiyah. Beliau pernah menyertai angkatan tentera yang menyerang Constantinople di bawah pimpinan anak Muawiyah iaitu Yazid pada tahun 51 H”. (Al Bidayah Wa An Nihayah, jilid 8, m.s. 151). Perkara yang sama termaktub di dalam Tahzibu Tarikhi Ibni Asakir, jilid 4, m.s. 311, Tazkirah Husain bin Ali.



4)     Hubungan persemendaan di antara Bani Umaiyyah dan Bani

     Hasyim



Hubungan persemendaan di antara Bani Hasyim dan Bani Ummaiyah terjalin

semenjak sebelum Islam lagi dan berterusan hingga ke zaman-zaman pemerintahan Bani Umayyah. Daripada kenyataan-kenyataan sejarah dapat dilihat betapa mesra dan eratnya hubungan di antara mereka.



            Permusuhan dan perseteruan di antara mereka tidak lebih daripada cerita-cerita rekaan yang dicipta oleh golongan musuh-musuh Islam dengan tujuan membuktikan kepada dunia bahawa semangat perkauman jahiliyah masih lagi menguasai mereka dan begitu tebal sehingga kedatangan Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW sendiri masih gagal mencabut sampai ke akar umbinya.



            Sebaliknya daripada fakta-fakta sejarah yang masih lagi boleh dirujuk dan dianggap muktabar sama ada daripada kalangan Ahli Sunnah mahupun musuh mereka Syiah, dapat kita temui kenyataan-kenyataan yang menyangkal dan mendustakan cerita-cerita rekaan itu.



             Tidak mungkin terjadi hubungan persemendaan di antara dua golongan yang bermusuhan dengan begitu banyak sekali dalam keadaan perseteruan di antara mereka sampai menumpahkan darah dan memaki hamun di antara satu sama lain di dalam khutbah-khutbah Jumaat .



            Rasulullah SAW sendiri sebagai orang yang paling terkemuka daripada Bani Hasyim telah mengahwinkan tiga orang daripada empat orang anak perempuannya dengan Abul ‘Ash bin Ar-Rabii dan Uthman bin Affan, iaitu dua orang yang ternama dari kalangan Bani Umayyah. (lihat Ansabul Asraaf-Balezuri,jilid 5, masa 1,Thobaqotul Ibn Sa’ad, jilid 8, masa 166, Usdul Al-Ghabah, jilid 5, masa 191, Al-Mustadrak, jilid 3, masa 96, Mumtahar Al Amal, jilid 1 m.s. 9).



            Aban, anak Sayyidina Uthman kemudiannya berkahwin dengan Ummi Kulthum buat Abdullah bin saja’far, cucu saudara Sayyidina Ali sendiri. (Al-Ma’arif Ad-Dinawari, m.s. 86).



            Sakinah, anak perempuan Sayyidina Husain dan cucu kepada Sayyidina Ali adalah isteri kepada cucu Uthman iaitu Zaid bin Amar bin Uthman. Bahkan beliau telah mewarisi Zaid selepas kematiannya. (Nasabu Quraisyin Mus’ab Az- Zubairi, jilid 4, masa 120, Al-Ma’arif-Ibn Qutaibah, m.s. 94, Jamharatu Ansabil Arab,jilid 1, m.s. 86, Thobaqat Ibn Sa’ad, jilid 6, m.s. 349).



            Cucu Sayyidina Ali iaitu Fatimah anak perempuan Sayyidina Husain merupakan isteri kepada cucu Sayyidina Uthman yang lain bernama Abdullah dan mereka mendapat cahaya mata bernama Muhammad hasil dari perkahwinan itu. Perkahwinan di antara mereka berdua berlangsung setelah Fatimah menjadi janda kepada Hassan bin Hassan bin Ali. (Lihat Thobaqat Ibn Sa’ad, jilid 8, masa 348, Al-Ma’arif, masa 93, Nasabu Quraisyin, jilid 4, masa 114, Maqaatilu At-Tholibiyyin Al-Isfahani, m.s. 203, Nasikuh At Tawarikh, jilid 6, m.s. 534).



            Kemudian cucu Sayyidina Hassan iaitu anak Sayyidina Hassan Al-Mutsanna berkahwin pula dengan cucu Marwan bin Aban bin Uthman. Bahkan ahli-ahli sejarah menyebutkan bahawa anak Hassan Al-Mutsanna yang dikenali dengan Ummul Qasim ini telah mendapat cahaya mata hasil perkahwinannya dengan Marwan tersebut, iaitu Muhammad. (Nasabu Quraisyin, jilid 2, m.s. 53, Jamharatu Ansabil Arab, jilid 1, m.s. 85, Al-Muhabbar Al-Baghdadi, m.s. 438).



            Cucu saudara Sayyidina Ali iaitu Ramlah buat Muhammad bin saja’far At-Thoyyar bin Abi Thalib mula-mula menjadi isteri kepada Sulaiman bin Hisyam bin Abdul Malik bin Marwan. Kemudian menjadi pula isteri kepada Abul Qasim bin Wahid bin Uthbah bin Abi Sufian (Kitabu Al-Muhabbar, masa 449).



            Ramlah anak perempuan Sayyidina Ali sendiri telah berkahwin dengan anak Marwan bin Al-Hakam yang bernama Muawiyah. Sebelum itu Ramlah adalah isteri kepada Abi Al-Hayyaj (Nasabu Quraisyin, masa 45, Jamharatu Ansabil Arab, m.s. 87).



            Sementara Zainab anak perempuan Hasan Al-Mutsanna pula menjadi isteri kepada Walid bin Abdul Malik bin Marwan Al-Umawi. (Nasabu Quraisyin, masa 52, Jamharatu Ansabil Arab, m.s. 228.



            Selain daripada cicit kepada Sayyidina Ali, Hafisah buat Zaid bin Al-Hasan bin Ali adalah isteri kepada cucu Marwan iaitu Al-Walid bin Abdul Malik bin Marwan dan wafat sebagai isterinya. Ibunya ialah Lubabah buat Abdullah bin Abbas. (Thobaqat Ibn Sa’ad, jilid 5, masa 234, ‘ Umdatu At-Thalib fi ansabi’ah Abi Thalib, m.s. 70).



            Hasil perkahwinan Sayyidina Husain dengan Laila buat Abi Muruah bin ‘Urwah bin Mas’ud At-Tsaqafi telah melahirkan Ali yang dikenali dengan Al-Ahbar yang kemudiannya terbunuh syahid bersama beliau di Karbala. Ibu kepada Laila ini ialah Maimunah buat Abu Sufian bin Harb bin Umayyah. Ini bererti Sayyidina Muawiyah adalah bapa saudara kepada Laila, iaitu isteri kepada Sayyidina Husain itu. (Nasabu Quraisyin, masa 57, Tarikh Khalifah bin Khayyat, jilid 1, m.s. 255).

            Apa yang disebut ini adalah sebahagian daripada hubungan persemendaan di antara Bani Umaiyyah dan Bani Hasyim. Itu pun sudah mencukupi untuk menolak kekeliruan yang telah ditimbulkan. Cerita-cerita yang direka oleh musuh-musuh Islam ini mengatakan bahawa di antara dua keluarga ini telah tertanam permusuhan dan dendam kesumat yang amat mendalam sehingga akhirnya mencetuskan peperangan di antara Ali dan Muawiyah, Husain, Yazid dan seterusnya. Tetapi apabila kita melihat kepada hubungan persemendaan di antara mereka seperti yang tersebut tadi, jelaslah bahawa cerita-cerita yang memburukkan perhubungan mereka itu tidak berasas sama sekali.



5)                 Ahlil Bait berimamkan pemimipin-pemimpin dari kalangan Bani Umayyah di dalam sembahyang mereka    



Semasa Marwan bin Al-Hakam menjadi gabenor bagi pihak Muawiyah, beliau mengimamkan sembahyang lima waktu di masjid. Di antara ahli jamaah yang berimamkan beliau ialah Sayyidina Hasan dan Sayyidina Husain.



Fakta ini dapat dilihat dengan jelas di dalam riwayat seperti di bawah ini bahkan daripada riwayat ini dapat difahami bahawa Sayyidina Hasan dan Husain tidak mengulangi sembahyang yang telah ditunaikan secara berjamaah di masjid dengan berimamkan Marwan bin Al-Hakam. Muhammad Al-Baqir juga telah bersumpah bahawa mereka berdua tidak mengulangi sembahyang yang ditunaikan secara berjamaah itu sebagai menyangkal dakwaan setengah-setengah kalangan Syiah yang mengatakan mereka berjamaah dengan Marwan secara taqiyyah, kemudian mengulangi sembahyang yang telah dikerjakan itu di rumah pula.



Perhatikan riwayat ini :



Diriwayatkan daripada saja’far As-Syadiq daripada ayahnya, katanya, “Hasan bin Ali dan Husain selalu bersembahyang di belakang Marwan.”. saja’far berkata, “Kerana itu ayahnya ditanya: “Tidakkah mereka bersembahyang semula setelah pulang ke rumah?”. Beliau menjawab, “Tidak! Demi Allah mereka tidak melebihkan sembahyang daripada sembahyang yang telah dilakukan dengan berimamkan para pemimpin itu”. (Al-Musannaf Ibn Abi Syaibah, jilid 2, m.s. 378, Al-Bidayah Wa An-Nihayah, jilid 8, m.s .258).



            Imam Bukhari di dalam Tarikh Soghirnya mengemukakan riwayat tentang selalunya Sayyidina Hasan dan Husain bersembahyang di belakang Marwan dengan berimamkannya. (At-Tarikh As-Soghir, m.s. 57).



            Ibn Sa’ad pula mengemukakan pengakuan Imam Muhammad Al-Baqir tentang beliau dan ayahnya, Ali Zainal Abidin sentiasa bersembahyang dengan

berimamkan pemimpin-pemimpin daripada kalangan Bani Umaiyyah. Beliau berkata, “Sesungguhnya kami bersembahyang dengan berimamkan mereka tanpa taqiyyah dan aku bersaksi bahawa Ali bin Husain (ayahnya) selalu bersembahyang berimamkan mereka tanpa taqiyyah’. (Thabaqat Ibn Sa’ad, jilid 5, m.s. 158).



            Kitab-kitab Syi’ah pula menjadi saksi di dalam perkara ini. Di antaranya

ialah kitab Biharu Al-Anwar apabila ia mengemukakan riwayat-riwayat yang seerti dengan yang dikemukakan oleh kitab-kitab Ahli Sunnah Wal Jamaah. Antara lain riwayat itu bermaksud : Daripada Musa bin Jaafar daripada ayahnya, katanya : “Hasan dan Husain selalu bersembahyang di belakang dengan berimamkan Marwan bin Al Hakam. Maka mereka (Syiah) bertanya beliau, “Adakah datuk dan nenek tuan bersembahyang semula apabila pulang ke rumah?” Beliau menjawab, “Tidak! Demi Allah mereka tidak menambah lagi sembahyang yang telah dikerjakan”. (Biharu Al Anwar, Al Majlisi, jilid 10, m.s .139-141).



            Selain daripada sembahyang fardhu yang lima itu, pemimpin-pemimpin

daripada kalangan Bani Umaiyyah juga mengimamkan sembahyang jenazah daripada kalangan Ahlul Bait yang telah meninggal dunia. Perkara ini tersebut dengan jelas di dalam kitab-kitab sejarah, antaranya ialah Al-Bidayah Wa An Nihayah, Al Isti’aab, Al Isabah dan Thabaqat Ibn Sa’ad.



                        Sejarah membuktikan bahawa Aban bin Uthman ketika menjadi gabenor di Madinah bagi pihak Abdul Malik bin Marwan pernah diminta menyembahyangkan jenazah Muhammad bin Ali yang terkenal dengan Muhammad bin Al Hanafiah oleh anaknya sendiri iaitu Abu Hasyim Ali. (Thabaqat Ibn Sa’ad, jilid 5, m.s. 86). Selain itu beliau juga pernah menyembahyangkan jenazah anak saudara Sayyidina Ali, iaitu Abdullah bin Jaafar At Thoyar. (Al Isobah, jilid 2, m.s. 281, Al Isti’aab, jilid 2, m.s. 287 dan Usdu Al Ghobah, jilid 3, m.s. 135)



            Penerimaan baik pemimpin-pemimpin daripada kalangan Bani Umaiyyah oleh pihak Bani Hasyim bukanlah suatu yang baru ketika itu kerana sebelum itu pun ayahanda kepada Aban iaitu Sayyidina Uthman bin Affan telah mengimamkan sembahyang jenazah bapa saudara Rasulullah SAW dan juga bapa saudara kepada Sayyidina Ali iaitu Abbas bin Abdul Mutalib. (Al Bidayah Wa An Nihayah, jilid 2, masa 162, Al Isti’aab, jilid 3, masa 100).



            Itulah sedikit daripada gambaran hubungan baik di antara Bani Umaiyyah dan Bani Hasyim. Mereka sebenarnya merupakan dahan-dahan dan ranting-ranting daripada pohon yang sama. Mereka telah bekerjasama dan berganding bahu dalam menegakkan dan menyebarkan Islam. Jikalau ada pun permusuhan di antara mereka , itu adalah permusuhan di zaman jahiliyyah tetapi setelah kedatangan Islam, api permusuhan yang bernyala-nyala di zaman jahiliyyah itu terpadam oleh limpahan cahaya Islam yang mencurah-curah yang turun dari Tuhan Semesta Alam

http://www.darulkautsar.com/pemurniansejarah/teks/mesra.htm

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 08-06-06 04:55


Riwayat-Riwayat Syi`Ah Rafidhah Tentang Peperangan Jamal.



Apabila kita cuba melihat peperangan Jamal, kita dapati Syi`ah Rafidhah telah menutup sepenuhnya hakikat suasana peperangan tersebut kerana dilindungi oleh tutupan yang dibuat oleh mereka. Oleh itu apabila anda memeriksa halaman kitab-kitab sejarah anda hanya mendapati makian, cemuhan, celaan dan fitrah yang suci akan merasa kesal untuk mendengarnya. Namun di sini, penulis akan menyebutkan fakta-fakta yang disebutkan oleh sejarah melalui riwayat-riwayat yang sahih walaupun tidak disukai oleh Syi`ah dan penulis-penulis sejarah yang terpengaruh dengan barat.



Hakikat Pertama



Riwayat-riwayat yang sahih menyebutkan bahawa tujuan sebenar Talhah, al-Zubair dan orang-orang yang bersama mereka keluar ialah untuk membaiki keadaan dan menghapuskan orang-orang yang melakukan kerosakan dengan membunuh Uthman. Mereka tidak keluar untuk kepentingan kuasa atau mana-mana tujuan duniawi bahkan mereka sekali-kali tidak bermaksud untuk memerangi Ali dan orang-orang Islam bersamanya. Hakikat ini telah dikemukakan oleh Ibn Kathir. Beliau menulis: “Sesungguhnya Ali telah mengutuskan al-Qa`qa` sebagi utusan untuk menemui Talhah dan al-Zubair mengajak mereka kepada kesatuan dan jamaah dan menyatakan kepada mereka berdua betapa besarnya perpecahan dan perselisihan. Lalu al-Qa`qa` menuju ke Basrah dan orang yang pertama ditemuinya ialah `Aishah. Beliau berkata: “Wahai Ummu Mukminin, apakah yang mendorong ibu menjejakkan kaki di bumi ini?”. `Aishah menjawab: “Wahai anakku, untuk mendamaikan antara manusia.” Kemudian al-Qa`qa` meminta supaya `Aishah menjemput Talhah dan al-Zubair datang menemui `Aishah lalu mereka berdua tiba. Al-Qa`qa` berkata: “Saya telah bertanya kepada Ummu Mukminin sebab mengapa beliau menjejakkan kaki ke sini dan beliau menjawab untuk mendamaikan antara manusia.” Lalu mereka berdua menyatakan: “Kamipun dengan tujuan yang sama.”



Jelas dari riwayat di atas Aishah, Talhah dan al-Zubair mengatakan bahawa mereka datang hanya untuk mendamaikan antara manusia. Sesungguhnya mereka telah bercakap benar dan Syi`ah telah berdusta. Ini dibuktikan dengan mereka telah berdamai dan Ibn Kathir telah menyebutkan daripada Ali ketika beliau ditanya oleh Abu Salam al-Dala’i: “Adakah mereka itu (Mu`awiyah dan orang-orang bersamanya) mempunyai hujah berkenaan tuntutan mereka terhadap darah ini (darah Uthman) jika mereka benar-benar ikhlas kerana Allah dalam perkara ini? Ali menjawab: “Ya.” Abu Salam bertanya lagi: “Adakah tuan mempunyai hujah mengapa tuan menangguhkannya?” Ali menjawab: “Ya.” Apa yang dikatakan oleh Ali ini merupakan pegangan Ahli Sunnah berkenaan peristiwa yang berlaku sesama sahabat. Ahli sunnah beriktiqad bahawa masing-masing mereka itu mujtahid, jika benar mereka mendapat dua pahala tetapi jika tersilap mereka mendapat satu sahaja.



Hakikat Kedua



Para sahabat telah bersetuju untuk tidak meneruskan perselisihan tersebut dan tidak terlintas kepada mereka kecuali segala-galanya telah berakhir dan tidak ada sebarang peperangan. Namun golongan sabar’iyyah yang melakukan pembunuhan khalifah Uthman tidak berpuas hati lalu mereka mengatur satu pakatan untuk mencetuskan peperangan maka berlakulah peperangan Jamal.



Ini telah dinyatakan oleh Ibn Kathir dan lain-lain bahawa al-Qa`qa` tatkala dihantar oleh Ali untuk menemui Talhah, al-Zubair dan `Aishah dan menawarkan kepada mereka perdamaian. Mereka menjawab: “Anda memang benar dan melakukan yang terbaik. Oleh itu, pulanglah, jika Ali datang dan dia berpandangan seperti anda, keadaan akan menjadi baik.” Lalu al-Qa`qa` pulang menemui Ali dan mencerita apa yang berlaku dan itu benar-benar mengkagumkan Ali. Kemudian Ali menemui orang-orangnya supaya mereka sama-sama berdamai. Lalu mereka yang benci, tetap membenci dan orang yang reda, tetap reda. `Aishah kemudiannya menulis surat kepada kepada Ali menyatakan beliau datang untuk tujuan perdamaian, lalu pihak masing-masing gembira. Kemudian Ali menulis kepada Talhah dan al-Zubair: “Jika pendirian kamu berdua masih seperti ketika al-Qa`qa` meninggalkan kamu berdua, maka tunggulah sehingga kami datang dan membincangkan perkara ini. Lalu mereka berdua menjawab: “Sesungguhnya kami masih lagi berpendirian seperti ketika al-Qa`qa` meninggalkan kami iaitu untuk berdamai.” Hati dan jiwa kedua-dua belah pihak menjadi tenang dan reda lalu mereka berkumpul. Pada waktu petang Ali menghantar Abdullah bin Abbas sebagai wakil dan pihak Talhah menghantar Tulaihah al-Sajjad. Pada malam itu, mereka melalui malam yang paling baik dan indah tetapi pembunuh-pembunuh Uthman melalui malam yang paling buruk bagi mereka dan mereka merancang dan berpakat untuk mencetuskan peperangan pada waktu malam yang akhir. Lalu mereka keluar sebelum fajar menyinsing. Bilangan mereka itu hampir 2,000 orang. Masing-masing menuju kepada yang berdekatan mereka dan melancarkan serangan dengan pedang-pedang. Maka setiap kumpulan bangkit menuju ke pasukan masing-masing untuk menghalang mereka. Orang ramai terjaga dari tidur dan mendapatkan senjata. Mereka berteriak: Ahli Kufah telah mendatangi dan menyerang kami pada waktu malam. Mereka telah menipu kita. Mereka menyangka ini adalah perbuatan orang-orang Ali. Lalu hal ini sampai kepengetahuan Ali dan beliau bertanya: Apa yang telah terjadi kepada orang ramai? Mereka menjawab: Ahli Basrah telah menyerang kami pada waktu malam. Lalu semua kumpulan mendapatkan senjata, memakai baju besi dan menaiki kuda. Tidak siapapun di kalangan mereka yang menyedari perkara sebenar yang terjadi. Dan ketetapan Allah itu suatu ketetapan yang pasti berlaku.



--------------------------------------------------------------------------------
Tarikh al-Tabari, jil. 1, hal. 8

Sahih al-Bukhari, hal. 707 no: 3700

Tarikh al-Tabari, jil 2 hal. 632

Mizan al-I`tidal, jil. 6, hal. 632

Taqrib al-Tahzib, jil. 6 hal. 150

http://www.darulkautsar.com/pemurniansejarah/teks/umum/idkhalsyiah.htm

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

pulu
WARGA SETIA
Menyertai: 27.01.2005
Ahli No: 13934
Posting: 697
Dari: Gorontalo

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 09-06-06 22:14


terima kasih Ummi, saya jadi malu. Ilmu saya baru sikit sekalli.

Kata Pujangga :
"Tuntutlah ilmu dari buaian sampai ke liang lahat (kubur)"

Bookmark and Share

    


  Member Information For puluProfil   Hantar PM kepada pulu   Pergi ke pulu's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 12-06-06 19:06


Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah apa khabar anakanda :). Ilmu umi pun sikit sebab itu umi usaha untuk copy paste di sini agar dapat menyampaikan walau satu ayat sambil dapat ilmu juga.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - sesiapa yang berbuat sesuatu tanpa memiliki persiapan ilmu, maka ia akan lebih banyak menyebabkan kerosakan, daripada menimbulkan kebaikan. (Khalifah Umar Abdul Aziz ra)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 13-06-06 20:22


Tidak pernah terlintas di hati mereka bahawa adunan cerita yang cukup menyelerakan itu sebenarnya himpunan racun atau longgokan najis yang telah disaluti kertas emas yang bersinar-sinar. Lantaran kenaifan pemikiran dan modal ilmu yang tidak mencukupi, umat Islam berterkaman kepada cerita-cerita seumpama ini. Usahkan mata orang-orang awam, mata orang-orang alim di kalangan mereka pun tidak dapat menembusi kertas emas yang disalutkan pada longgokan najis itu. Maka mereka tidak jemu-jemu dengan sepenuh-penuh mulut menjadikannya sebagai modal ceramah. Aduh malangnya masyarakat Islam! (petikan)


Motif Tabarra Disebalik Hukuman Hudud

Ke Atas Anak Khalifah Umar lah.a.

Kisah Abu Syahmah, anak Sayyidina Umar lah.a. menerima hukuman had (hudud) daripada ayahnya khalifah Umar lah.a. kerana telah berzina adalah satu kisah yang tersebar dengan meluas sekali dalam masyarakat Islam di mana-mana jua. Ia bukan sahaja disampaikan oleh tuan guru-tuan guru, ustaz-ustaz dan pensyarah-pensyarah di dalam ceramah-ceramah atau kuliah-kuliah mereka yang tertutup malah kerapkali juga dikumandangkan oleh khatib-khatib menerusi khutbah-khutbah Jumaat.




Pada anggapan mereka, inilah salah satu contoh keadilan Sayyidina Umar lah.a. yang tiada tolok bandingnya di zaman khilafah beliau.



Tidak pernah terlintas di hati mereka bahawa adunan cerita yang cukup menyelerakan itu sebenarnya himpunan racun atau longgokan najis yang telah disaluti kertas emas yang bersinar-sinar. Lantaran kenaifan pemikiran dan modal ilmu yang tidak mencukupi, umat Islam berterkaman kepada cerita-cerita seumpama ini. Usahkan mata orang-orang awam, mata orang-orang alim di kalangan mereka pun tidak dapat menembusi kertas emas yang disalutkan pada longgokan najis itu. Maka mereka tidak jemu-jemu dengan sepenuh-penuh mulut menjadikannya sebagai modal ceramah. Aduh malangnya masyarakat Islam! Ke manakah hilangnya daya pemikiran mereka yang terkenal kritis di suatu ketika dahulu?! Agaknya ia telah lenyap bersama-sama dengan lenyapnya dan tersisihnya ilmu-ilmu yang dijadikan nilai dan pengukur oleh generasi Islam di zaman lampau.



Kerana terlalu ketinggalan di belakang , mereka tidak lagi mengetahui istilah ‘tabarra’ umpamanya yang merupakan motif utama di dalam banyak kisah-kisah dan cerita-cerita yang terdapat di dalam sirah dan sejarah awal Islam.



Sebelum pergi lebih jauh elok sekali kita menjelaskan terlebih dahulu istilah ‘tabarra’ itu. Pengetahuan tentang ‘tabarra’ akan berguna kepada kita sebagai mikroskop. Kita dapat melihat dengannya sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar kerana tersangat halusnya.



‘Tabarra’ adalah satu konsep yang telah menjadi prinsip dalam gerak kerja musuh-musuh Islam terutama Syi’ah untuk memadamkan cahaya kegemilangan sejarah awal Islam iaitu dengan menyatakan sikap permusuhan dan perasaan dendam kesumat terhadap tokoh-tokoh utama Islam di zaman permulaan sama ada dengan melaknat atau mengutuk mereka dalam majlis-majlis khusus atau seandainya keadaan tidak mengizinkan mereka berbuat demikian secara terbuka, mereka akan meluahkan perasaan jahat itu melalui cereka-cereka atau hikayat-hikayat yang pada lahirnya (menurut apa yang tersirat) adalah satu penghinaan dan cemuhan terhadap mereka.



Sebenarnya musuh-musuh Islam itu telah menggunakan satu method ilmu balaghah dengan mewah sekali dalam cerita-cerita mereka. Method itu dikenali dengan ‘ta’kidu adz-zammi bima yusybihu al-madha (cela dalam bentuk puji)’.



Sesungguhnya di sebalik tirai keadilan Sayyidina Umar yang dihulurkan dalam rupa kisah ini, mereka mahu membuktikan betapa jahat dan fasiqnya anak khalifah umat Islam Sayyidina Umar lah.a. yang dikatakan ‘agung’ itu, di samping mempamerkan juga kejahilan khalifah tentang hukum-hakam agama dan seterusnya menyatakan betapa kejam dan zalimnya beliau. Namun mujur tetap ada di pihak kita, justeru sesuatu yang palsu itu sifatnya ialah saling bertentangan dan bercanggahan. Maka demikian pula dengan cerita ini. Percanggahan dan pertentangan yang terdapat dalam cerita ini amat ketara sekali sehingga kita berani mengatakan ia tidak mungkin dapat dihilangkan sampai kiamat oleh sesiapa pun.



Pereka-perekanya telah mengemukakannya dalam tiga bentuk. Pertama secara ringkas, kedua dan ketiga secara terperinci.



Dalam bentuk pertama kisah ini dihubungkan riwayatnya dengan Sa’id bin Masruq. Beliau menerangkan bahawa ada seorang perempuan (imraah) selalu berulang-alik ke rumah Sayyidina Umar lah.a. Bersamanya ada seorang kanak-kanak. Pada suatu hari Sayyidina Umar bertanya dia, “Anak siapakah bersamamu ini?” Perempuan itu menjawab, “Inilah anak kepada anak tuan, Abu Syahmah. Dia telah menyetubuhi saya sehingga melahirkan anak ini.” Sayyidina Umar terus memanggil anaknya Abu Syahmah dan bertanya beliau tentang perkara itu. Abu Syahmah mengaku. Lantas Sayyidina Umar memerintahkan Sayyidina Ali supaya menyebat anaknya itu. Maka Sayyidina Ali menyebatnya sebanyak 50 sebatan, 50 sebatan lagi dilaksanakan oleh Sayyidina Umar sendiri. Kemudian anak itu dibawa ke hadapan Sayyidina Umar dalam keadaan tercungap-cungap seperti akan mati. Anak itu berkata, “Ayah! Ayah telah membunuh saya.” Mendengar kata-kata anaknya itu Sayyidina Umar berkata, “Bila engkau bertemu Tuhan, ceritakanlah kepadaNYA bahawa ayahmu telah melaksanakan hudud Allah.”



Sebenarnya kisah ini telah diriwayatkan dalam berbagai-bagai bentuk. Masing-masing ahli cerita mewarnainya dengan khayalannya sendiri sehingga sukar untuk dikompromikan di antara satu dengan yang lain.

Walaubagaimanapun sebelum kita mengemukakan cerita ini dalam bentuknya yang lain, terlebih dahulu elok kiranya kita menganalisa dan mengomentari riwayat Sa’id bin Masruq di atas agar dapat dikesan di mana letaknya motif tabarra itu di dalamnya.



Di sana ada beberapa perkara yang dapat ditarik sebagai intisarinya. Antara lain ialah:



(1) Ada seorang perempuan (imraah) yang tidak diketahui apa namanya selalu berulang-alik bersama anak kecilnya ke rumah Umar lah.a. Sebelum ditanya oleh Sayyidina Umar perempuan itu tidak pernah menyatakan kepada sesiapa pun tentang anak kecil yang selalu dibawanya itu, anak siapakah dia?



Tentu sekali perempuan itu perempuan yang sudah berkahwin (muhsonah), kerana kalau perempuan itu masih anak dara, tentu masyarakat saling bertanya-tanya tentang anaknya itu sebaik sahaja ia dilahirkan. Akan tetapi apa yang berlaku tidak begitu.



Keadaan perempuan dalam cerita ini yang membisu seribu bahasa dan membawa ke sana ke mari anaknya itu membuktikan dia juga terlibat dalam maksiat zina, sekiranya perzinaan telah benar-benar berlaku. Ini bermakna kalau dia seorang anak dara, maka dia perlu disebat sebanyak 100 rotan dan kalau dia sudah berkahwin maka dia perlu direjam sampai mati. Tetapi kedua-dua bentuk hukuman perzinaan tidak dilaksanakan keatasnya hanya dilaksanakan ke atas Abu Syahmah sahaja. Seolah-olahnya perawi kisah ini mahu menampilkan kepada manusia kejahilan Sayyidina Umar lah.a. dan para sahabat Rasulullah (s.a.w) pada masa itu apabila permasalahan agama yang sekecil itu pun tidak diketahui mereka. Kejahilan itulah kononnya yang membuatkan mereka terus berdiam diri.



(2) Jika diandaikan perempuan itu telah dirogol oleh Abu Syahmah, maka Kenapa dia tidak mengadukan halnya kepada Sayyidina Umar lah.a. sejak awal-awal lagi? Apakah perkara yang mendorongnya menyembunyikan anak luar nikahnya itu di dalam perutnya selama 9 bulan? Kemudian setelah melahirkannya dibawanya pula anak haram itu ke sana ke mari?

Siapa sebenarnya perempuan itu? Apa namanya? Dari qabilah atau keluarga manakah dia? Di mana tempat tinggal atau negerinya? Berbangsa apa? Semua perkara ini tidak dinyatakan oleh seorang pun perawi kisah ini. Agaknya dia dari keturunan Yahudi atau Majusi yang menjelma ke alam nyata untuk menyeret Sayyidina Umar lah.a. melaksanakan had zina ke atas anaknya!



Pernah seorang sahabat Rasulullah (s.a.w) iaitu Maa’iz al-Aslami lah.a. tersasul melakukan perzinaan, kemudian menyesal di atas perbuatannya lalu mengaku di hadapan Rasulullah (s.a.w). Baginda memalingkan muka. Sampai tiga kali dia mengaku, Rasulullah (s.a.w) tetap memalingkan muka. Akhirnya Rasulullah (s.a.w) menyatakan kepadanya., “Engkau ini gilakah?” Beliau menjawab, “Tidak.” Maka Rasulullah (s.a.w) berkata, “Mungkin engkau mendakapnya sahaja.” Pendek kata Rasulullah (s.a.w) terus berusaha agar Maa’iz menarik balik pengakuannya.



Dari tindakan Rasulullah (s.a.w) itu dapat diketahui bahawa seboleh-bolehnya usaha supaya tidak terlaksananya had ke atas seseorang perlu dicari. Justeru itu Rasulullah (s.a.w) pernah bersabda (bermaksud), “Elakkan dari menjatuhkan hukuman hudud semampu-mampu kamu.”

Apa yang kelihatan kepada kita dalam kisah ini ialah paksaan dari pihak Sayyidina Umar lah.a. supaya anaknya mengaku. Dan ini jelas bertentangan dengan syariat Islam, selain daripada menunjukkan jahilnya Sayyidina Umar tentang sunnah Rasulullah (s.a.w).



Ringkasnya motif tabarra dalam cerita ini dapat dikesan dengan mudah sekali walaupun ia disembunyikan di balik tabir keadilan Khalifah Agung Rasulullah (s.a.w), Umar bin al-Khattab lah.a. Kerana itulah ulama’-ulama’ yang pakar dalam bidang hadits menghukum riwayat ini sebagai maudhu’ (palsu). Imam Ibn al-Jauzi berkata, “Hadits ini maudhu.” Ia telah direka oleh ahli-ahli cerita. Banyak kekarutan dimasukkan ke dalamnya. Mereka mengulang-ulanginya dengan panjang lebar.” (Al-Maudhu’aat, jilid 3 masa. 279).



Hafidz Jalaluddin as-Suyuthi pula berkata, “Riwayat ini maudhu’. Ia telah direka oleh ahli-ahli cerita. Dalam sanadnya terdapat seorang majhul, sementara Said bin Masruq pula adalah salah seorang murid A’masy. Bagaimana ia bertemu dengan Hamzah?” (Al laali’u al-Masnu’ah jilid 2, masa 194).



Allamah Muhammad Thahir bin Ali al-Hindi berkata, “Kisah Abu Syahmah anak Sayyidina Umar berzina kemudian Umar menjalankan hukuman had ke atasnya dan kematiannya dengan panjang lebar itu tidak benar malah ia telah direka oleh ahli-ahli cerita.” (Tazkiratul al-Maudhu’aat masa. 180)



Kecacatan yang terdapat pada sanad riwayat ini sahaja pun sudah begitu banyak selain daripada yang terdapat pada isi ceritanya. Di antara yang dapat dikemukakan di sini ialah:



Ada beberapa orang perawinya majhul seperti Muhammad bin ’Ubaid al-Asadi dan Abu Abdillah Hasan bin Ali. Perawinya yang paling atas sekali ialah Said bin Masruq. Beliau wafat pada tahun 126H, merupakan seorang tabi’i-tabi’in, murid kepada Imam A’masy. Beliau adalah ayah kepada Imam Sufyan atas-Tsauri. Semasa hayatnya beliau tidak sempat melihat seorang pun sahabat Rasulullah (s.a.w). Dengan itu dapat diputuskan bahawa perawi di atas dighaibkan. Riwayat seperti ini dalam istilah ulama’ hadits dikenali dengan munqati’. Jika riwayat ini ditimbang dengan neraca dirayah maka kita dapati Sufyan atas-Tsauri adalah seorang tokoh Ahlus Sunnah yang sentiasa mentajrihkan (mendiskreditkan) perawi-perawi yang tidak muktabar. Jadi dengan menghubungkan cerita palsu seperti ini kepada ayahnya, sebenarnya golongan Sabaiyyah (pengikut-pengikut Abdulllah bin sabar’) mahu menyejukkan sedikit bahang kepanasan yang membakar hati mereka.



Sekarang marilah pula kita lihat riwayat ini dalam bentuknya yang terperinci. Riwayat terperinci ini telah dihubungkan kepada Abdullah bin Abbas dan tentu sekali lebih menarik daripada riwayat sebelumnya. Marilah sama-sama kita membaca dan menikmatinya.



Imam Mujahid menerangkan bahawa pernah pada suatu hari orang ramai berbual-bual dalam majlis Ibnu Abbas. Secara kebetulan mereka membicarakan tentang keutamaan Sayyidina Abu Bakar lah.a. kemudian menyebutkan keutamaan Sayyidina Umar lah.a. Apabila sahaja Ibnu Abbas mendengar nama Umar disebut, terus beliau menangis sampai pengsan. Beliau lantas berkata, “Semoga Allah mencucuri rahmatNya kepada orang yang tidak takut kepada celaan sesiapa pun dalam urusan agama. Semoga Allah mencucuri rahmatNya kepada orang yang mengamalkan apa yang dibacanya daripada al-Quran dan melaksanakan hudud Allah (s.w.t) sebagaimana yang diperintahNya. Dalam hal ini beliau tidak menghiraukan sesiapa pun baik dari kalangan keluarga atau musuhnya. Demi Allah! Umar telah melaksanakan hukum had ke atas anaknya sampai anaknya mati.”



Kemudian Ibnu Abbas menangis, melihatnya menangis orang-orang lain juga turut menangis. Kami pun berkata, “Wahai sepupu Rasulullah! Ceritakanlah kepada kami peristiwa Sayyidina Umar melaksanakan had ke atas anaknya itu bagaimana beliau melaksanakannya?” Maka berkatalah Ibnu Abbas, “Oh! Kamu telah mengingatkan aku perkara yang telah pun aku lupa.” Mujahid berkata, “Kerana al-Mustafa, kami meminta engkau dengan bersumpah supaya engkau menceritakan kepada kami peristiwa itu.”



Ibnu Abbas mula menceritakan dengan berkata, “Tuan-tuan! Pernah pada suatu hari kami berada di masjid Nabi (s.a.w). Pada ketika itu Umar juga ada bersama kami. Di sekeliling beliau orang ramai bersesak-sesak. Beliau memberikan nasihat kepada mereka selain memutuskan perkara-perkara yang berlaku di antara mereka. Sekonyong-konyong datang seorang perempuan (jariah) melalui pintu masjid dengan melangkah belakang-belakang tengkuk para Muhajirin dan Ansar sampai ia tercegat di hadapan Umar, lalu memberi salam kepada Umar, “Assalamualaika ya Amiral Mukminin wm wb.” Umar menjawab, “Waalaikissalam ya Amatallah. Adakah engkau mempunyai apa-apa hajat?” Perempuan itu berkata, “Hajat saya yang paling besar ialah dengan tuan sendiri. Nah! Ambillah anakmu ini daripada saya kerana tuanlah yang lebih berhak terhadapnya daripada saya.” Terus perempuan (jariah) itu membuka tudungnya maka kelihatanlah di tangannya seorang bayi yang baru berusia beberapa hari. Sayyidina Umar melihat perempuan (jariah) itu lalu berkata kepadanya, “Tutuplah tudungmu,” seraya mengucapkan, “Lahaula wala quwwata illa billah. Awak pun saya tak kenal, bagaimana pula anak ini menjadi anak saya?” Mendengar kata-kata Sayyidina Umar itu perempuan itu menangis sampai basah kain tudungnya dengan air mata, kemudian barulah dia bersuara, “Wahai Amiral Mukminin! Kalaupun bayi ini bukan anakmu, tidakkah ia tentu anak kepada anakmu?” Sayyidina Umar bertanya, “Anak kepada anakku yang mana satu?” Perempuan itu berkata, “Abu Syahmah.” Sayyidina Umar bertanya lagi, “Anak melalui jalan halalkah atau jalan haram?” Kata perempuan itu, “Dari pihak saya halal dan dari pihaknya haram.” Sayyidina Umar bertanya “Bagaimana ini boleh berlaku?” Maka berceritalah perempuan itu, “Wahai Amiral Mukminin! Dengarlah baik-baik cerita saya ini. Demi Allah! Saya tidak akan menokok tambahnya sedikit pun.” Sayyidina Umar pun berkata, “Takutlah kepada Allah dan ceritakanlah.” Perempuan itu pun meneruskan ceritanya, “Sebetulnya pada suatu hari saya lalu dekat sebuah kebun Abu an-Najjar. Tiba-tiba saya terdengar satu tempikan dari belakang. Apabila saya menoleh ke belakang, saya dapati anak tuan, Abu Syahmah sedang terhoyong-hayang kemabukan. Dia telah meminum arak di sebuah kedai arak kepunyaan seorang Yahudi. Dia menghampiri saya lalu mengugut dan mengancam saya kemudian menarik saya ke dalam kebun. Saya terjatuh dan pengsan. Demi Allah! Saya tidak sedar kecuali setelah dia melakukan terhadap saya apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap isterinya. Saya menyembunyikan perkara ini daripada bapa, saudara dan jiran taulan sehingga cukup bulan kandungan saya. Apabila sudah terasa sakit perut saya kerana akan melahirkan anak, saya pun pergi ke tempat anu dan melahirkan anak ini. Pada mulanya mahu saya bunuh saja anak ini tetapi kemudian saya menyesal. Jadi tuan putuskanlah hukum tentang saya dan dia menurut hukum Tuhan.”



Abdullah bin Abbas terus bercerita, katanya, “Sayyidina Umar pun memerintahkan juruhebah menyeru orang ramai supaya berhimpun. Maka datanglah orang ramai berbondong-bondong ke masjid. Setelah mereka semua berhimpun, Sayyidina Umar bangun dari tempat duduknya seraya berkata, “Wahai golongan Muhajirin dan Ansar, tuan-tuan jangan meninggalkan tempat ini sehinggalah saya datang membawa berita.” Langsung beliau keluar dari masjid. Ketika itu saya (Ibnu Abbas) ada bersamanya, sambil melihat kepada saya beliau berkata, “Marilah pergi bersamaku dengan segera.” Dengan pantas Sayyidina Umar meluru ke pintu rumahnya dan mengetuknya. Seorang sahaya perempuan keluar membuka pintu, melihat muka beliau yang menitis kemarahan, dia pun berkata, “Wahai Amiril Mukminin, apahal ini?” Amiril Mukminin terus bertanya, “Anakku Abu Syahmah ada di dalam?” Sahaya itu menjawab, “Ada, dia sedang makan.” Sayyidina Umar masuk ke dalam dan terus berkata kepada anaknya, “Wahai anakku, makanlah! Mungkin ini adalah bekalmu yang terakhir dari dunia ini.”



Ibnu Abbas berkata, “Saya lihat muka budak (ghulam) itu pucat lesi. Dia gementar dan makanan terjatuh dari tangannya.” Lepas itu Sayyidina Umar pun bertanya, “Wahai anakku, siapakah saya ini?” Abu Syahmah menjawab, “Tuan adalah ayah saya dan Amiril Mukminin.”



Sayyidina Umar: “Apakah engkau tidak bertanggungjawab mentaati saya?” Abu Syahmah: “Bahkan dua ketaatan perlu saya berikan kepadamu. Pertama kerana seorang bapa dan kedua kerana seorang Amiril Mukminin.” Sayyidina Umar: “Demi kerana Nabimu dan kerana ayahmu sesungguhnya aku mahu bertanya engkau satu soalan. Jawablah dengan betul.” Abu Syahmah: “Tentu saya akan menjawab dengan betul.” Sayyidina Umar: “Adakah engkau telah pergi ke kedai arak Yahudi itu sebagai tetamu dan minum arak di sana lalu mabuk.” Abu Syahmah: “Ya, memang begitu telah berlaku tetapi saya sudah bertaubat.” Sayyidina Umar: “Memang taubatlah modal paling besar bagi orang-orang yang berdosa, tetapi aku mahu bertanya engkau dengan bersumpah atas nama Allah, adakah pada hari itu engkau telah pergi ke kebun Banu an-Najjar kemudian engkau ternampak seorang perempuan dan terus memperkosanya?” Budak (ghulam) itu diam, tidak berkata apa-apa. Dia terus menangis dan menampar-nampar mukanya. Sayyidina Umar: “Cakaplah dengan betul, Allah suka kepada orang-orang yang bercakap benar.” Abu Syahmah: “Ya, ayah. Memang saya telah melakukan perbuatan keji itu. Syaitan telah menggoda saya. Tetapi sekarang saya sudah bertaubat dan menyesal.”            Mendengar jawapan Abu Syahmah itu Sayyidina Umar terus memegang tangannya dan dengan menyentap kolar bajunya, Sayyidina Umar menyeretnya ke masjid. Maka berkatalah Abu Syahmah: “Ayah! Janganlah ayah permalukan saya di hadapan orang ramai. Ambillah pedang ini dan keratlah tubuh saya sepotong-sepotong.” Sayyidina Umar: “Tidakkah pernah engkau mendengar firman Allah ini bermaksud: “ Dan hendaklah hukuman ke atas mereka berdua (penzina lelaki dan penzina perempuan) disaksikan oleh segolongan orang-orang mukmin?” Setelah itu dibawanya Abu Syahmah ke hadapan para sahabat dan beliau berkata, “Memang benar kata perempuan ini, Abu Syahmah sudah mengaku.” Di situ ada seorang hamba Sayyidina Umar bernama Aflah. Sayyidina Umar berkata kepadanya: “Aku ada satu hajat denganmu. Kalau engkau dapat menyempurnakan hajatku itu maka engkau kumerdekakan kerana Allah.” Aflah: “Amiril Mukminin, perintahkanlah saya.” Sayyidina Umar: “Pukullah dia dengan 100 sebatan. Janganlah ada apa-apa pun kekurangan pada pukulanmu itu.” Aflah: “Saya tidak dapat melakukannya.” Aflah terus menangis sambil berkata, “Aduhai kiranya ibuku tidak melahirkan aku untuk menghadapi hari ini di mana aku dibebankan untuk memukul tuanku sendiri.” Sayyidina Umar: “Taat kepadaku merupakan taat kepada Rasul. Bukalah bajunya dan laksanakanlah perintahku.”



Ibnu Abbas berkata, “Ketika itu orang ramai pun mula berteriak dan menangis, sedang budak (ghulam) itu menunjuk-nunjukkan jarinya kepada ayahnya sambil berkata, “Ayah, kasihanilah saya.” Sayyidina Umar: “Semoga Allah mengasihani engkau.” Ketika itu Sayyidina Umar sendiri pun menangis. Kemudian beliau berkata pula kepada Aflah, “Sebatlah dia.” Aflah pun melepaskan sebatan pertamanya. Abu Syahmah: “Bismillahirrahmaanirrahim.” Sayyidina Umar: “Alangkah baiknya nama yang engkau sebutkan itu anakku.” Bila pukulan kedua mengenainya, Abu Syahmah berkata, “Aduh! Ayah , maafkanlah saya!” Sayyidina Umar: “Sabarlah, seperti engkau melakukan dosa.” Bila pukulan ketiga mengenai Abu Syahmah, terkeluarlah dari mulutnya perkataan “Al-Aman.” Sayyidina Umar: “Tuhanmu akan memberikan aman kepadamu.” Bila pukulan keempat mengenainya, Abu Syahmah meraung, “Tolonglah!” Sayyidina Umar: “Pertolongan diberi ketika kesusahan.” Bila pukulan kelima mengenainya, Abu Syahmah memuji Tuhan. Sayyidina Umar: “Ya! Allah jua yang layak dengan segala puji.” Bila pukulan kesepuluh mengenainya, dia pun berkata, “Ayah! Ayah telah membunuh saya!” Sayyidina Umar: “Dosamulah yang telah membunuhmu.” Bila pukulan ketiga puluh mengenainya, maka Abu Syahmah pun berkata , “Demi Allah! Ayah telah membakar hati saya.” Sayyidina Umar: “Kepanasan api neraka lebih lagi daripada ini.” Bila pukulan yang keempat puluh mengenainya maka Abu Syahmah berkata, “Ayah! Benarkan saya balik ke rumah dengan berjalan di atas muka saya.” Sayyidina Umar: Bila selesai nanti hukuman ini ke atasmu, maka pergilah ke mana yang engkau suka.” Bila pukulan kelima puluh mengenainya, Abu Syamah berkata, “Demi Quran! Lepaskanlah saya.” Sayyidina Umar: “Kenapa Quran tidak dapat menasihatimu sebelum ini dan Kenapa ia tidak dapat mencegahmu?” Sayyidina Umar berkata kepada Aflah, “Wahai hambaku! Pukullah dia.” Bila Aflah memukulnya buat kali keenam puluh, Abu Syahmah pun berkata, “Wahai ayahku! Tolonglah aku.” Sayyidina Umar: Anakku! Apabila ahli neraka meminta pertolongan, mereka tidak diberi pertolongan.” Bila pukulan ketujuh puluh mengenainya Abu Syahmah berkata, “Ayah! Berilah saya minum seteguk air.” Sayyidina Umar: “Nanti setelah Allah mensucikan engkau, Muhammad (s.a.w) akan memberi minum kepadamu air yang kamu tidak akan dahaga selepas meminumnya buat selama-lamanya. Wahai hambaku (ghulamku) pukullah terus.” Bila pukulan kelapan puluh mengenainya, Abu Syahmah mengucapkan, “Ayah! Assalamu’alaikum.” Sayyidina Umar: “Wa’alaikum salam. Bila engkau bertemu Muhammad (s.a.w) maka sampaikanlah salamku kepadanya dan katakanlah kepadanya bahawa aku meninggalkan Umar dalam keadaan membaca al-Quran dan melaksanakan hudud Tuhan. Wahai hambaku (ghulamku) pukullah lagi.” Lidah Abu Syahmah terkeluar setelah menerima 90 pukulan, maka berkejaranlah para sahabat kepada Amiril Mukminin sambil mereka berkata: “Tundakanlah sebatan yang baki lagi itu.” Sayyidina Umar: “Sebagaimana perlakuan dosa tidak ditunda, begitulah juga hukumannya tidak boleh ditunda.”



Raungan dan teriakannya yang bergema itu sampai juga ke telinga ibu Abu Syahmah. Ia datang sambil berteriak dan menangis lalu merayu, “Wahai Umar! Sebagai ganti kepada tiap-tiap pukulan yang baki lagi itu, akan aku mengerjakan haji dengan berjalan kaki dan akan bersedekah sekian banyak.” Sayyidina Umar: “Haji dan sedekah tidak boleh menjadi kaffarah kepada hukuman had. Wahai hambaku (ghulamku), sempurnakanlah pukulan.”



Bila pukulan terakhir mengenai tubuhnya, maka jatuhlah anak itu dalam keadaan telah mati. Pada ketika itu , Sayyidina Umar kedengaran berkata, “Wahai anakku! Semoga Allah menghapuskan dosamu.” Lalu diletakkan kepala Abu Syahmah diribaan ibunya dan beliau menangis tersedu-sedu sambil berkata, “Kutebus ayahku untuk orang yang mati ketika selesai menjalani hukuman had. Kutebus ayahku untuk orang yang ayahnya dan keluarganya tidak mengasihaninya.”



Pada ketika itu orang ramai pun melihat kepada Abu Syahmah. Didapati mereka dia telah pun mati. Tidak ada hari yang lebih menyedihkan mereka daripada hari itu. Teriakan dan tangisan mereka bergema memenuhi angkasa.



Setelah 40 hari berlalu peristiwa itu, maka pada suatu pagi hari Jumaat datang Huzaifah bin al-Yaman lah.a. Beliau menceritakan kepada Amiril Mukminin dengan berkata, “Wahai Amiril Mukminin! Malam tadi setelah selesai saya membaca semua wirid-wirid, saya tertidur dan bermimpi bertemu dengan Rasulullah (s.a.w). Bersama Baginda ada seorang anak muda yang memakai sepasang pakaian hijau. Rasulullah pun berkata kepada saya, “Sampaikan salamku kepada Umar. Katakan kepadanya, begitulah Allah menyuruh kamu membaca al-Quran dan melaksanakan hukum had.” Kemudian budak itu pun berkata, “Sampaikan juga salamku kepada ayahku dan katakan juga kepadanya semoga Allah membersihkanmu sebagaimana engkau telah membersihkan saya.” (Al-Maudhu’aat jilid 3 masa. 269, Al laali’u al-Masnu’ah, jilid 2, masa. 194-198).



Selepas mengemukakan riwayat ini, Imam Ibnu al-Jauzi memutuskan dengan katanya, “Riwayat ini maudhu’ (palsu) biar melalui sanad dan jalan manapun ia diriwayatkan. Kisah ini telah direka oleh ahli-ahli cerita dengan tujuan membuatkan orang-orang awam dan orang-orang perempuan menangis. Beberapa perkara daripada hasil rekaan fikiran mereka telah dihubungkan kepada Sayyidina Umar dan para sahabat lah.a. Perkataan-perkataan dan ayat-ayat yang digunakan di dalam cerita ini begitu lemah dan rapuh sehingga dengan terang menunjukkan kepalsuannya selain daripada menunjukkan juga betapa jahilnya pereka cerita ini kerana tidak mengetahui masalah-masalah fiqh yang biasa.”



Perawi kisah ini mengatakan bahawa Sayyidina Umar meminta anaknya bersumpah supaya mengakui dosa yang dilakukannya. Ini adalah satu perkara biasa yang agak sukar untuk diterima berlakunya daripada seorang seperti Sayyidina Umar, kerana meskipun Maaiz al-Aslami lah.a mengakui telah berzina di hadapan Nabi (s.a.w) namun baginda berpaling daripadanya. Berkali-kali dia mengakui berkali-kali pula baginda berpaling sehingga akhirnya baginda berkata kepadanya, “Engkau ini sudah gilakah?” Rasulullah (s.a.w) juga pernah bersabda, “Elakkan daripada melaksanakan hudud seboleh-bolehnya.” Sayyidina Umar lah.a. sendiri pernah berkata kepada seorang yang mengakui dosanya di hadapan Nabi (s.a.w) bahawa, “Kalau Allah telah menutup keaibanmu Kenapa pula kamu tidak menutupnya?” Dalam keadaan ini mana mungkin Sayyidina Umar meminta anaknya bersumpah supaya mengakui telah berzina?



Dialog di antara Sayyidina Umar dan anaknya Abu Syahmah pada setiap kali dia dipukul juga merupakan bukti bahawa cerita ini telah diada-adakan oleh orang pasar yang jahil. Perawi-perawi jahil itu juga menyatakan bahawa sahabat-sahabat Rasulullah (s.a.w) telah menasihati Sayyidina Umar supaya menghentikan hukuman had, begitu juga dengan kata-kata ibu Abu Syahmah bahawa dia akan naik haji dengan berjalan kaki sebagai ganti kepada setiap sebatan ke atas anaknya. Perkara-perkara yang karut seumpama ini adalah tersangat jauh akan berlakunya daripada sahabat-sahabat Rasulullah (s.a.w). Mimpi Huzaifah juga tidak kurang karutnya. (Al-Maudhu’aat, jilid 3 masa. 274)



Imam as-Suyuthi mengomentari kisah ini dengan mengatakan riwayat ini maudhu’. Beberapa orang perawinya majhul. Daraquthi berkata, “Riwayat Mujahid ini tidak sahih.” (Al laali’u al-Masnu’ah, jilid 2 masa. 198).



Sebahagian daripada kecacatan yang terdapat dalam riwayat ini telah diisyaratkan oleh Imam Ibnu al-Jauzi dan as-Suyuthi seperti yang telah dikemukakan di atas. Tetapi di sana masih terdapat banyak lagi kecacatan yang meyakinkan kita tentang kepalsuan cerita ini. Di antara yang dapat disebutkan di sini ialah:



(1) Perawi kisah ini menggunakan perkataan ‘ghulam’ pada beberapa tempat dalam makna-maknanya yang berlainan. Pada beberapa tempat perkataan ‘ghulam’ dipakai dengan makna ‘hamba’ dan pada beberapa tempat yang lain pula dengan makna ‘budak lelaki’. Ini menunjukkan dengan jelas bahawa pereka cerita ini adalah orang Persia, yang mana bahasa Arab bukan bahasa ibundanya. Kerana itulah kadang-kadang ia memakai perkataan ini dengan makna Arab dan kadang-kadang dengan makna Farsi. Dalam bahasa Farsi perkataan ‘ghulam’ bermakna ‘hamba’ dan ‘khadam’. Untuk Aflah, perawi menggunakan makna ini di setiap tempat. Dalam bahasa Arab pula ‘ghulam’ bermakna budak lelaki yang belum baligh (cukup umur). Tentu sekali dengan perkataan ghulam dengan makna hamba tidak boleh digunakan untuk Abu Syahmah. Jadi bila perkataan ini digunakan untuk Abu Syahmah maka penggunaannya itu mestilah dengan makna Arab yakni ‘budak lelaki’. Tetapi perkataan ghulam pula tidak digunakan untuk menunjukkan semua peringkat budak lelaki, ia menunjukkan hanya kepada budak lelaki yang belum baligh. Kesimpulannya, cerita ini selain daripada menunjukkan perekanya orang Persia, ia juga menunjukkan kedangkalannya dalam bahasa Arab. Kalau Abu Syahmah seorang budak lelaki yang belum baligh sebagaimana yang nyata pada penggunaan perkataan ghulam, maka ini bermakna cerita ini telah merobohkan dirinya sendiri.



(2) Tidak ada seorang pun hamba Sayyidina Umar bernama Aflah. Yang ada hanya Aslam. Aflah itu nama seorang muadzin di masjid Nabi (s.a.w). Sayyidina Umar telah memerintahkannya supaya menjadi muadzin di masjid Nabawi.



(3) Riwayat pertama yang dikemukakan terdahulu menyatakan perempuan itu selalu berulang-alik ke rumah Sayyidina Umar dengan membawa anaknya dan ini menunjukkan ia seorang perempuan yang sudah berkahwin, bukan gadis sedangkan riwayat ini pula menunjukkan bahawa ia masih gadis. Sayyidina Umar lah.a. tidak mengenalinya. Barulah di masjid itu kali pertama Sayyidina Umar melihat perempuan itu. Bagaimanapun kedua-dua riwayat sepakat sama ada kita mengatakan perempuan itu sudah berkahwin atau masih gadis - bahawa kedua-duanya tidak bersungut apa-apa tentang anaknya itu sampai sekian lama. Ini menunjukkan perbuatan keji itu berlaku dengan kerelaan dirinya. Oleh itu sepatutnya kedua duanya menerima hukuman had kecuali kalau ia dirogol maka barulah lelaki sahaja yang dihukum.



(4) Abu Syahmah itu adalah kuniah (nama samaran), bukannya nama sebenar. Kedua-dua riwayat tidak menjelaskan apakah nama orang yang dikuniahkan dengan Abu Syahmah itu.



(5) Riwayat pertama menyebutkan bahawa hukuman had telah dijalankan oleh Sayyidina Ali lah.a. dan Sayyidina Umar lah.a. sedangkan dalam riwayat ini pula yang menjalankannya ialah Aflah, seorang hamba Sayyidina Umar yang tak pernah wujud itu.



(6) Dalam riwayat pertama tidak disebut langsung tentang arak sedangkan dalam riwayat ini disebutkan arak sebagai punca perbuatan keji itu berlaku.



(7) Riwayat pertama juga langsung tidak menyebutkan mimpi dan dialog di antara Sayyidina Umar dan anaknya Abu Syahmah begitu juga di sana tidak disebut tentang nazar ibu Abu Syahmah.



Ini bermakna telah berlaku beberapa penambahan dalam riwayat kedua ini daripada riwayat pertama. Ia juga menunjukkan bahawa asalnya cerita ini tidaklah sedetail yang tersebut dalam riwayat yang kedua. Perincian yang terdapat di dalam riwayat kedua, dan begitu juga dalam riwayat-riwayat lain adalah daripada tokok tambah ahli-ahli cerita yang datang kemudian. Bagaikan mereka mengadu nasib pada cerita ini untuk dihiaskan dengan perhiasan-perhiasan yang dirasakan elok oleh khayalan masing-masing. Kerana itulah ada di antara mereka mengatakan bahawa Abu Syahmah mati apabila dikenakan ke atasnya sebatan yang ke- 80, bererti 20 sebatan yang terkemudian itu telah dilakukan ke atas mayat Abu Syahmah.

(8) Sesiapa yang membaca kisah ini akan terasa kepadanya bahawa di zaman pemerintahan Sayyidina Umar, Madinah Rasulullah (s.a.w) adalah sebuah bandar yang tidak asing daripada arak. Kedai-kedai arak ada di mana-mana sahaja. Anak-anak sahabat-sahabat agung Rasulullah sendiri pun tidak terpelihara daripada arak yang merupakan punca kepada segala kekejian. Sesungguhnya ini adalah satu gambaran Khalifah Sayyidina Umar yang sungguh mengecewakan. Tidakkah saksi-saksi sejarah telah mengakui bahawa Khalifah Umar lah.a. telah menghalau keluar orang-orang Yahudi daripada Tanah Arab di zaman pemerintahnya? Atau cerita ini juga merupakan salah satu mata rantai usaha-usaha orang-orang Yahudi yang bermaksud menonjol-nonjolkan kekurangan atau keburukan Khalifah Umar yang diadaka-adakan mereka sendiri?



(9) Perbuatan keji yang dikatakan telah dilakukan oleh Abu Syahmah itu berlaku di dalam sebuah kebun Banu an-Najjar. Besar sekali kemungkinan bahawa arak itu diminumnya di kawasan yang berhampiran dengannya. Tetapi tahukah anda di mana terletaknya kawasan Banu an-Najjar itu? Sesungguhnya kawasan itu adalah kawasan Masjid Nabi (s.a.w) di mana ia merupakan tempat kediaman Banu an-Najjar sebelum mereka menganut Islam. Kediaman Abu Ayyub al-Ansari juga terletak di kawasan ini. Di kawasan itu dibangunkan Masjid Nabi bilamana baginda datang ke Madinah. Kisah ini semacam mahu membuktikan bahawa perbuatan terkutuk itu dilakukan oleh Abu Syahmah di kawasan yang berhampiran dengan Masjid Nabi. Perkara seumpama ini hanya boleh dikatakan oleh musuh-musuh ketat Islam dan hanya boleh diterima oleh orang-orang Islam yang buta sejarah atau telah kebas akalnya kerana telah begitu banyak menerima suntikan-suntikan narkotik daripada musuh-musuh Islam.

(10) Di permulaan riwayat ini dikatakan bahawa Sayyidina Umar mengajak Ibnu Abbas ke rumahnya kemudian Sayyidina Umar masuk ke dalam rumah. Di sini timbul satu pertanyaan sama ada Ibnu Abbas turut masuk ke dalam bersama Sayyidina Umar atau tidak. Kalau dikatakan masuk, tidak mungkin sebab beliau bukan mahram. Bagaimana Sayyidina Umar menerima kemasukannya. Kalau dikatakan pula bahawa beliau tidak masuk, maka siapa pula yang menceritakan kepadanya segala apa yang berlaku berupa dialog dan sebagainya di antara Sayyidina Umar dengan anaknya Abu Syahmah? Dari siapa Ibnu Abbas menerima semua cerita itu? Adakah sesiapa yang berani tampil ke hadapan untuk menjelaskan perkara ini?



(11) Seperkara lagi yang terlalu aneh dalam kisah ini iaitu Sayyidina Umar telah menghimpunkan penduduk Madinah di Masjid Nabi (s.a.w) sebelum lagi beliau bertanya anaknya Abu Syahmah. Seolah-olahnya sudah lama benar beliau mengintai-intai peluang untuk membunuh anaknya.





RIWAYAT VERSI ABDUL QUDDUS



Sebetulnya banyak lagi keaiban dan kecacatan yang terdapat dalam cerita ini selain daripada yang dikemukakan tadi. Tetapi ada lagi seorang manusia yang membawa cerita ini dengan warnanya yang tersendiri iaitu Abdul Quddus. Dia menukilkan riwayat ini daripada Safwan. Ada baiknya kita melihat dahulu ceritanya sebelum kita mengomentarinya dengan lebih lanjut. Ceritanya berbunyi begini:

Bahawasanya Sayyidina Umar mempunyai dua orang anak lelaki. Seorang bernama Abdullah dan seorang lagi bernama Ubaidullah. Ubaidullah inilah yang dipanggil Abu Syahmah. Perawi menceritakan bahawa Abu Syahmah ini mirip rupanya dengan Rasulullah (s.a.w). Dia sentiasa asyik membaca al-Quran. Pernah dia sakit teruk, ketika itu Ummahatul Mukminin selalu datang menziarahinya. Pada suatu hari mereka datang melawatnya lalu mereka berkata kepada Sayyidina Umar, “Wahai Umar! Bernazarlah untuk anakmu ini sepertimana pernah Ali lah.a. bernazar untuk anak-anaknya Hasan dan Husain. Allah (s.w.t) telah menyembuhkan mereka berdua.” Maka bernazarlah Sayyidina Umar bahawa “Kalau anakku Ubaidullah (Abu Syahmah) ini sembuh daripada penyakitnya. Aku akan berpuasa selama 3 hari.” Ibu Abu Syahmah juga bernazar seperti ayahnya Khalifah Umar lah.a. Hasilnya anak itu sembuh. Selepas sembuh dia pergi ke kedai arak seorang Yahudi dan mabuk setelah meminum nabiz di situ. Kemudian dia masuk ke kebun Banu an-Najjar. Di situ didapatinya ada seorang perempuan sedang tidur. Dia terus mendakapnya dan memadamkan api nafsu buasnya yang bernyala-nyala dengan hebatnya. Apabila dia selesai melakukan perbuatan terkutuk itu, perempuan itu menyumpah-nyumpahnya dan mengoyak-rabakkan pakaiannya. Kemudian perawi terus menceritakan lebih kurang seperti yang telah dikemukakan sebelum ini.



Imam Ibnu al-Jauzi mengomentari cerita ini dengan berkata, “Mula-mula mereka (pereka cerita) mengatakan Abu Syahmah itu rupanya mirip deng

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 14-06-06 11:49


--- In [email protected], "knowledge_seeker_2006"
wrote:
>
> Assalamualaikum.
>
> Saya dengar ada dua pendapat berkenaan persoalan bolehkah minyak wangi mengandungi alkohol dipakai di badan atau pakaian lalu dibawa sembahyang.
>
> Ada mengatakan tidak boleh kerana alkohol najis. Ada pula mengatakan boleh sebab alkohol diharamkan meminumnya kerana memabukkan dan bukan diharamkan memakainya. Itulah sebabnya "spirit"/antiseptik (yang mengandungi alkohol)boleh digunakan untuk mengubati luka.
>
> Mana satu pendapat yang lebih kuat? Sila berikan hujah-hujah para ulamak yang mengatakan boleh dibawa sembahyang dan yang mengatakan tidak boleh dibawa sembahyang.
>
> Benarkah Majlis Fatwa Malaysia telah mengeluarkan fatwa mengatakan bahawa boleh memakai minyak wangi mengandungi alkohol dibawa sembahyang?
>
> Terima kasih.
>

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~reply

Mengenai penggunaan alkohol didalam minyak wangi dan ubat-ubatan,
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali ke 7 yang diadakan pada 11-12 April 1984 telah memutuskan bahawa :

a) setiap minuman arak mengandungi alkohol. Bukan semua alkohol itu dari arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram
diminum.

b) minuman ringan yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau
minuman yang memabukkan dan tidak sama caranya dengan proses arak
adalah halal

c) alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan
makanan tidak najis dan boleh dimakan. di) ubatan-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan.

Seterusnya merujuk kepada Musakarah Jawatankuasa Fatwa kali ke 22 bertarikh pada 24 Nov 1988 telah mengambil ingatan dengan merujuk kepada kitab "Al Fiqh Ala Mazahibil Arba'ah" dalam bab "An Najasat" Juzu' 1, alkohol yang dimasukkan ke dalam minyak wangi untuk menahan minyak wangi supaya tahan lebih lama dan juga untuk menaikkan roti adalah harus.

Berdasarkan kepada kenyataan ini ia boleh diqiaskan kepada penggunaan alkohol dalam minuman ringan. Jawatankuasa ini juga merujuk kepada keputusan Lembaga Fatwa Al Azhar yang berpendapat bahawa alkohol itu tidak najis manakala arak tetap najis.
~~~~~~~~~~~~~

ini juga fatwa alQardhawi, syaltut dan lujnah fatwa al-Azhar
(pengerusi, syaikh athiyah saqr)

ini pendapat pilihan kami.

s2s

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

fadzlyz
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2006
Ahli No: 24451
Posting: 639
Dari: cheras

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 14-06-06 12:16


thanks!

Bookmark and Share

    


  Member Information For fadzlyzProfil   Hantar PM kepada fadzlyz   Quote dan BalasQuote

triptofana
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-06-06 12:42


merujuk kepada alkohol...
disini saya ingin menerangkan kepada sahabat sekalian mengenai alkohol dari segi kimia....

Dalam kimia, alkohol ialah istilah umum bagi organik compound yang mempunyai kumpulan hidroksi (OH) yang terikat pada atom karbon yang juga terikat dengan hidrogen.

Contoh alkohol ialah, metanol, etanol,propanol, butanol dan semua yang ada -ol pada hujungnya. (isopropanol, 2-metyl-2-propanol)
atau nama lainnya seperti ethyl alcohol, methyl alcohol dan yang ada perkataan alcohol hujungnya.

Semua jenis alkohol adalah beracun ataupun toksik kecuali etanol yang tidak terlalu beracun sebab badan manusia dapat menguraikannya dengan cepat. Biasanya etanol dihasilkan daripada proses penapaian buah anggur atau gandum + ragi. Etanol inilah yang digelar sebagai arak, minuman yang memabukkan. Cuba try minum butanol, sure mati....

alkohol sifatnya mudah terbakar dan mudah meruap.

alkohol ni banyak digunakan dalam industri dan sains sebagai pelarut, bahan bakar, kosmetik dan etc.

kepada sahabat-sahabat sekalian, jangan cepat melatah bila dengar perkataan alkohol...yang haram adalah arak (etanol) bukan alkohol secara keseluruhannya....


-----------------
Tengoklah dengan mata,
Lihatlah dengan hati,
Renunglah dengan akal,
Fikirlah dengan iman.


Bookmark and Share

    


  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 15-06-06 06:13


Sebaik-baik penghibur bagi manusia adalah buku..

terjemahan oleh:-

AisyahHumaira(al-ahkam.net)

Soal:
Adakah benar apa yang kami dengar bahawa tidak boleh menggunakan minyak wangi yang mengandungi alkohol? Adakah benar jika ia digunakan maka ia akan menajisi pakaian dan badan serta terbatalnya solat?

Jawab:
Minyak wangi yang bercampur dengan alkohol adalah tidak najis menurut
qaul yang rajih di sisi para fuqaha'. Ini kerana tidak wujudnya
sebarang dalil yang yang menyatakan kenajisannya. Pengharamannya tidak menghukumkan kenajisannya. Antara ulama' masa kini yang
mentarjihkannya adalah Dr. Yusuf al-Qaradawi, Syeikh Nasir al-Din al-Albani, Syeikh Faisal Mawlawi pula berpendapat alkohol tidak boleh diqiaskan kenajisannya dengan kenajisan arak. Hukum ini diambil kerana meminum arak itu boleh memabukkan, alkohol pula tidak mempengaruhi taharah atau solat seseorang. Apa yang lebih utama pada seorang Muslim itu adalah untuk menggunakan minyak wangi yang bebas dari alkohol, walau bagaimanapun jika menggunakannya juga adalah tidak mengapa.

Syeikh Faisal Mawlawi, naib pengerus Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah berkata:
Minyak wangi yang mengandungi alkohol boleh membatalkan solat bagi mereka yang berpendapat bahawa arak adalah najis dari sudut ainnya, dan kadar yang tidak sedikit yang tidak dimaafkan, dengan itu solat seseorang terbatal dengan adanya najis pada badan seseorang.

Tetapi saya berkata:
- Kenajisan arak dari segi ainnya (zahirnya) diperselisihkan, jika mazhab yang empat berkata begitu sekalipun, tetapi ramai ulama' telah bersepakat dengan menganggap bahawa ia adalah najis ma'nawi (hukmiy). Dalil menunjukkan bahawa tidak ada dalil qat'ie yang menyatakan kenajisan arak dari segi ainnya.

- Arak yang dimaksudkan dengan najis ini adalah yang diperah dari anggur, jika didapati dengan cara yang lain atau dari proses2 kimia, maka ia dihukumkan sebagai suatu yang memabukkan tetapi bukan najis. Sabda Nabi : ßá ãÓßÑ ÍÑÇã "Setiap yang memabukkan itu adalah haram." Baginda tidak berkata setiap yang memabukkan itu adalah najis.

- Manusia selalunya menggunakan minyak wangi yang bercampur sedikit bahan kimia, jika terdapat di dalamnya alkohol yang diyakini lebih sedikit dari itu, maka ia dikira kadar yang dimaafkan.

- Tambahan itu, alkohol yang wujud di dalam minyak wangi tersejat dengan cepat, ia tidak akan meninggalkan kesan ke atas tubuh manusia, maka ia akan hilang dan tubuh manusia kembali suci.

Oleh itu, saya cenderung untuk mengatakan solat seseorang sah jika dia memakai minyak wangi yang mengandungi alkohol. Tetapi adalah lebih afdhal jika dia keluar dari khilaf dengan memakai minyak wangi yang bebas dari alkohol ketika hendak solat, dan ini adalah lebih berhati-hati insyaAllah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 17-06-06 00:17


Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Di antara “ Gejala Kegelinciran Lisan “ menurut Etika / Akhlak yang disentuh oleh ajaran Islam melalui ajaran Tasawwuf ialah ; ( 1 ) – Menipu , ( 2 ) – Mengengkari Janji , ( 3 ) – Mengumpat , ( 4 ) – Memuji diri sendiri , ( 5 ) – Berdebat , ( 6 ) – Memaki-hamun dan mencela , ( 7 ) – Mendoakan kecelakaan , ( 8 ) – Berlebih-lebihan bergurau , mempersenda-sendakan dan memperolok-olokkan , ( 9 ) – Memalukan seseorang , ( 10 ) – Mencari-cari rahsia dan ( 11 ) – Gossip liar . Semuanya itu HARAM dilakukan oleh seseorang muslim KECUALI di dalam keadaan dan batas-ketentuan yang dinyatakan olah agama Islam itu sendiri .

Memalukan dan mengaibkan seseorang itu , sama ada ianya orang bukan Islam , dan lebih-lebih lagi ianya seorang Islam , adalah satu perkara yang haram di dalam Islam . Baginda Rasulullah s.a.w telah mengajar kita agar menjaga lidah daripada jenayah seperti itu dengan sabdanya s.a.w :

الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يُسْلِمُهُ وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Ertinya : “ Seseorang muslim itu adalah saudara bagi muslim yang lain , tidak boleh dia menzaliminya dan tidak boleh dia mengecewakannya . Barangsiapa yang menunaikan keperluan seorang muslim , maka Allah akan menunaikan hajatnya . Dan barangsiapa yang menghilangkan kesusahan seseorang muslim , maka Allah akan menghilangkan kesukarannya daripada berbagai kesukaran di hari kiamat kelak . Dan barangsiapa yang menjaga kehormatan seseorang muslim , Allah akan menjaga kehormatannya di hari kiamat kelak “ . ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari ( rh ) di dalam sahihnya , Kitab Al-Madzolim Wal Ghadab .

Namun perlu difahami juga , mendedahkan penyelewengan dan pengkhianatan seseorang , khasnya seorang pemimpin yang diberikan amanah untuk mentadbir dengan bersih , cekap dan amanah , BUKANLAH merupakan satu dosa , bahkan ianya merupakan satu PERKARA YANG WAJIB . Kerana , jika tidak didedahkan penyelewengan , keburukan sikapnya dan pengkhianatannya , akan terus bermaharaja-lela dan akan ramai lagi manusia yang menjadi mangsa kezalimannya .

Permasalahan memalukan seseorang itu , samalah juga dengan permasalahan mengumpat . Asal-usul kedua-duanya ini adalah HARAM kecuali di dalam beberapa keadaan yang dibenarkan syariat – sebagai mana dinyatakan oleh Al-Imam Al-Ghazali ( rh ) di dalam “ Ihya’ Ulumiddin “ dan Al-Imam An-Nawawi ( rh ) di dalam “ Riyadhus Solihin “ - iaitu :

1 – Mengadu mengenai kezaliman seseorang .
2 – Sebagai cara untuk mengubah kemungkaran dan menasihati seseorang yang berbuat dosa .
3 – Untuk memohon fatwa mengenai sesuatu hukum dan permasalahan .
4 – Menyelamatkan orang-orang Islam daripada kejahatan seseorang dan menasihati mereka .
5 – Membongkar penyelewengan seseorang yang melakukan kefasiqkan dan bid’ah secara terang-terangan .
6 – Untuk lebih memudahkan pengenalan .

Maka di dalam keenam-enam situasi di atas , MENGUMPAT DAN MEMALUKAN seseorang itu dibenarkan , dengan syarat niat utama hendaklah kerana Allah Ta’ala dan menjaga batasan-batasannya , agaryang diharuskan itu tidak pula bertukar menjadi haram !.

Hukuman Ta’azir ( Denda ) yang dilakukan oleh seseorang hakim @ pemerintah yang berkuasa menjalankannya , TIDAKLAH DIANGGAP SEBAGAI memalukan seseorang itu dengan cara yang tidak dibenarkan oleh syariat . Seseorang hakim itu , hendaklah memilih apakah hukuman ta’azir terbaik untuk seseorang pesalah itu . Contohnya : Jika ditetapkan seseorang yang mencuri ( yang tidak memenuhi sebab untuk dijalankan hukum hudud ke atasnya ) dihukum agar diarak di atas sebuah lori , dan dipertontonkan kepada khalayak umum , maka hukuman seperti ini tidaklah bercanggah dengan Islam . Ini disebabkan dengan cara ini , masyarakat akan menjadi lebih takut untuk melakukannya ataupun cuba-cuba melakukannya dan penjenayah itu akan menjadi seorang yang insaf ! .

Maka selagi memalukan ataupun mengumpat seseorang di dalam batas-batasan yang dibenarkan syariat , maka selagi itulah ianya boleh dilakukan. Akan tetapi jika tidak , maka hukumnya kepada kepada asal iaitu HARAM .

Seseorang muslim itu juga mestilah ingat akan amaran-amaran daripada Allah Ta’ala dan Baginda Rasulullah s.a.w mengenai bahayanya gelaja kegelinciran lisan ini . Firman Allah Ta’ala di dalam ayat ke-6 , Surah Al-Hujurat :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Ertinya : “ Wahai orang-orang yang beriman ! , Jika datang kepada kamu seorang yang fasiq dengan membawa satu berita , maka hendaklah kami menyelidikinya terlebih dahulu , ( agar tidak ) kamu menganiyai sesuatu kaum disebabkan kejahilan kamu , lalu jadilah kamu nanti orang-orang yang menyesal di atas apa yang telah kamu kerjakan “ .


Baginda Rasulullah s.a.w juga telah menegaskan :

كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ

Ertinya : “ Cukuplah seseorang itu sudah boleh dianggap telah melakukan satu penipuan , apabila dia menceritakan apa sahaja yang didengarnya ( tanpa meneliti apakah benar ataupun tidak cerita itu ) “ . ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim ( rh ) dan Imam Abu Daud ( rh ) .

Mudah-mudahan Allah Ta’ala sentiasa menyelamatkan kita semua daripada sebarang akibat buruk yang berlaku disebabkan oleh gejala kegelinciran lisan . Amin Ya Rabbal ‘Alamin ! .



Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

**************************************

RUJUKAN

1 – BIDAYATUL HIDAYAH ~ Al-Imam Al-Ghazali ( rh ) - Darul Sodir , Beirut .

2 – AL – ISYA’AH ~ Abdullah Bin Abdul Hamid Al-Atsari – Dar Ibnu Khuzaimah ( rh ) , Riyadh .

3 – BUHUTS FI ‘ULUMIL HADIST ~ Dr. Ismail Abdul Wahid Makhuf – Teks pengajian Al-Azhar Asy-Syarif.

4 – KULIAH mahu’IDZOH AL-MUKMININ I ~ Tuan Guru Datuk MB Kelantan di.dan – Pondok Online .


و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

9 / Syawal / 1423 H
14 / Disember / 2002 M

Sabtu – Bandaraya Kaherah

Pendekar
http://al-ahkam.com.my/forum

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

amira_aqilah
WARGA SETIA
Menyertai: 28.11.2005
Ahli No: 20523
Posting: 900
Dari: planet bumi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-06-06 09:18


alhamdulillah..banyak info yang bermanfaat...syukran semua... ;-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For amira_aqilahProfil   Hantar PM kepada amira_aqilah   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 17-06-06 10:30


Re: Re: Umat Islam Malaysia makin ditekan - Mufti Perak
    
To quote Engsian:
"....sedangkan di negara kita yang agama rasmi Islam, ada mufti, raja Islam, parti politik Islam...."

Salam wrt,
Kenyataan diatas mengingatkan ana tentang perbualan ana dengan seorang sister (pelancung) dari Riyadh, Sabtu lepas. Ana menegurnya ketika menunggu anak2 selepas solat Maghrib di surau KLCC. Dia bertanya (she speaks fluent English, tak kasi chance ana practise Arabic ana !!) macam-macam soalan tentang Malaysia, antaranya:

- Malaysia proudly tells the world that it is an Islamic country, led by a Muslim leader and majority Muslim politicians. But why aren't azan cannot be heard? She had been to Penang and Langkawi but never ever heard azan. She then asked where are the masjids? Like in Saudi, she expects azan to be broadcasted even in shopping malls. She notices that surau in the shopping complexes, located either at remote ends of of the buildings, and many are in sorry state, as compared to the grandeur of the shopping malls. Doesn't the Islamic Govt of Malaysia care to put emphasis on these matters??

Terkedu jugak ana dibuatnya!! Tapi itulah hakikatnya .... hinggakan orang yang baru menjejakkan kaki dinegara ini perasan!

Salam

engsian wrote:
Walaikummussalam,

Dalam isu ni, seperti yang akhi jamal kata, sudah terang lagi
bersuluh. Dalam kita membangkitkan satu-satu isu dan permasalahan, dan mencari ubat untuk mengatasinya kadang-kadang kita sendiri lupa akan punca yang menyebabkan berlakunya masalah tersebut.

Misalnya dalam permasalahan murtad yang memang hebat
digembar-gemburkan selama ni. Kita mudah salahkan IFC, mubaligh
kristian, holy water dan lain-lain, tapi tidakkah kita fikir Kenapa di negara-negara barat, Islam merupakan agama yang paling cepat berkembang dan orang berduyun-duyun masuk Islam, sedangkan di negara kita yang agama rasmi Islam, ada mufti, raja Islam, parti politik Islam, univeristi Islam, Islam di ajar di sekolah, tapi orangnya lemah iman dan banyak yang keluar dari Islam.

Sudah pasti ada yang tak kena dengan cara kita selama ini, tapi bila ada pihak yang pin point kesalahan kita, kita kata ini isu kecil, isu khilafiah, etc.

Dalam kita mahu menyelesaikan satu masalah, bila kita tidak tahu punca kepada masalah tersebut, maka akibatnya ialah kita bagi ubat yang salah.

At the end, kita hanya boleh mengeluh dengan kerosakan yang berlaku dalam umat, tapi kita tidak menyelesaikan apa-apa.

Wallahualam.

--- In [email protected], "jamaludin28" wrote:
>
> Soalan: SIAPAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN GOLONGAN YANG MEMBANGKITKAN
> SOAL KHILAFIAH?
>
> Asm,
>
> Tak perlulah minta maaf, sebab azri bukan ada buat apa salah pun terhadap saya.
>
> Berbalik kepada soalan asal akhi azri seperti yang tertera di atas, ingin saya menjawabnya dengan dua peribahasa tradisonal seperti di bawah: -
>
> 1. Kura-kura dalam perahu...
>
> 2. Sudah terang lagi bersuluh...
>
> Saya bawa bab isteri Raja tu untuk menunjukan betapa DSHZ ini tidak komited dalam melaksanakan apa yang beliau ungkapkan dalam article yang akhi azri bawakan sebelum ini.
>
> Namun saya tidak mengatakan DSHZ tidak pernah langsung menyuarakan hal ini tapi mungkin masih belum berkesan agaknya. Sebab itu saya kata Mufti Brunei punya nasihat lagi power.
>
> Wassalam.
>
> --- In [email protected], azri amin che din
> wrote:
> >
> > maaf la tanya sekali lagi. kenapa lain yang ditanya, lain yang dijawab? Kenapa saudara jamaluddin jawab berkaitan dengan raja pula? pusing kepala saya...bagi saya, maksud mufti perak tu takut pada raja ialah taat pada pemerintah. pasal raja punya bini tu, biarlah raja selesaikan. ya agaknya? maaf la, bukan reti sangat. sebab tu saya tanya. dan kembalilah kepada soalan asal...hihiihi...
> >

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-06-06 02:03


tuan,

usrah ini sunnah nabi ke atau sunnah as- syahid hasan al-banna?

ramai juga tanya soalan ni terutama ye jemaah tabligh. diaorang sentiasa

pandang lekeh dengan usaha usrah yang dilajukan oleh jim,abim,parti warna

hijau dll.

hadis marfuk tu hadis apa??




dakwahniaga.com
Martabat 4



Joined: Aug 24, 2005
Posts: 91

Posted: Apr 03, 2006 - 05:01 AM
Post subject: REPLY: USRAH NI SUNNAH NABI KE?

--------------------------------------------------------------------------------
ISLAMUTKSEMUA bertanya,
tuan,

usrah ini sunnah nabi ke atau sunnah as- syahid hasan al-banna?

ramai juga tanya soalan ni terutama ye jemaah tabligh. diaorang sentiasa

pandang lekeh dengan usaha usrah yang dilajukan oleh jim,abim,parti warna

hijau dll.

hadis marfuk tu hadis apa??

Soalan ni terdapat pada part lain...nak reply tak boleh , jadi saya bawa ke mari.

Pertama: Usrah ni memang dari Sunnah Nabi dan Hasan Al-Banna banyak praktik SIASAH di diambil dari SUNNAH NABI. Usrah yang pertama di zaman Rasulullah saw diadakan di rumah al-Arqam bin Abi Al-Arqam dari Kabilah Bani Makhzum (Lihat "Manhaj Haraki dalam Sirah Nabi saw". oleh Muhammad Munir al-Ghadban.

Kedua: Takrif Hadis Marfu' , Hadis Marfu' ialah Hadis yang disandarkan kepada Rasulullah saw, sama ada kata-kata, perbuatan, pengakuan atau sifat-sifatnya atau pun sama ada sanadnya bersambung-sambung (muttasil al-Isnad) terus kepada Nabi atau sebaliknya, sama ada yang menyandarkannya itu seorang sahabat atau seorang tabi'in.

Ia juga bermaksud hadis yang disandarkan kepada Nabi. Seperti: Nabi bersabda.......

Hadis ini boleh dijadikan Hujahsekiranya ia disepakati dan sampai kepada martabat Sahih dan Hasan.

_________________
[email protected]



thtl
Panel Feqh



Joined: Aug 21, 2001
Posts: 4464
Location: KL/WP/Mal
Posted: Apr 07, 2006 - 03:01 AM


--------------------------------------------------------------------------------
alJawab:

apa yang syaikh dakwahniaga.com jawab tu dah molek benar dah. cuma saya jawab cara lain sikit.

Nizam Usrah

Usrah ni dalam bahasa arab bermaksud 'keluarga'. Jadi keluarga atau usrah ni bukan sunnah sapa-sapa tapi sunnatuLlah. yakni lelaki dan perempuan kesudahannya akan berkahwin dan terbentuklah usrah atau keluarga. Usrah-usrah ni menjadi asas kepada masyarakat. Usrah terdiri dari suami sebagai kepala usrah, isteri dan anak-anaknya.

Ketika ustaz alBanna mendirikan jama'ah Ikhwannya pada tahun 1928, beliau mengambil konsep usrah ini dan menamakan Nizam Usar (sistem usrah) dalam sistem perkaderannya (pembentukan keahlian). Nisam usrah ni sama dengan konsep keluarga (suami-isteri), cuma kader-kader Ikhwan ini akan disusun dalam usrah atau sel yang dipimpin oleh seorang ketua atau mas-ul/naqiib. Produk dari usrah-usrah ini akhirnya akan dicantumkan dengan usrah akhowat dan maka terbentuklah keluarga (usrah) yang diidamkan) yakni angguta usrah (suami-isteri) yang terdidik dengan fikrah keIslaman yang sahih.
Adapun majlis ilmu yang diadakan di zaman nabawi seperti di rumah alArqam bin Abi Arqam itu bukanlah konsep usrah yang dijalankan oleh al-Ikhwan. Ini kerana usrah dalam konteks alBanna ialah sistem sel atau jaringan yang tersusun. Manakala program di rumah alArqam itu lebih kepada kelas-kelas pengajian atau halaqah. Maka boleh dikatakan nizam usar yang dilaksanakan oleh Ikhwan al-Banna adalah agak unik dan trademark kepada pergerakan itu. Sebab itu pihak berkuasa Mesir bila mereka mengharamkan Ikhwan, mereka tahu nizam usrah ini adalah satu rangkaian ikhwan yang amat menakjubkan kerana ia sama seperti konsep pyramiding dalam MLM dan boleh berkembang dengan pantas.

Jika karkun JT merasa hairan dengan nizam usrah ni, sebenarnya karkun JT pun beroperasi secara nizam usrah juga, di mana mereka keluar (jaulah) untuk kerja2 gash baik 3 hari, 7 atau 40 hari secara usrah, ada amirnya dan seorang yang agak alim untuk memberi petunjuk dan pelajaran2 agama kepada kumpulan itu. Secara tidak sedar ini juga usrah.
ahli-ahli baru JT bila mereka sering keluar secara berkumpulan ini, maka itulah sistem perkaderan mereka yang agak sama dengan pergerakan lain yang menggunakan sistem usrah untuk pembinaan iman dan amal jama'ai.

sekian

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-06-06 09:33


Re. Aku Salafi, anak muridku bagaimana?
    
Assalamualaikum,

Artikel ni ada menariknya dan ada point-point yang perlu di beri
perhatian, namun begitu, saya rasa ada semacam punya kekosongan dalam tulisan ni. Saya jarang baca artikel panjang-panjang kat komputer, tapi bila saya baca yang ni, I got attached to it dan membaca sampai habis. I believe masheikh ni is a very good writer.

Artikel ni membangkitkan isu 3 golongan manusia seperti berikut:
1. Orang yang berqunut subuh (OYBQ)
2. Orang yang tidak berqunut subuh (OYTQ)
3. Orang yang bertelanjang (meninggalkan agama) (OYBT).

Kata beliau, golongan OYBT ni muncul kerana mereka merasa agama ni satu yang mengelirukan yang berpunca dari pertelagahan antara OYBQ dan OYTQ. Ini menyebabkan OYBT menjauhi agama yang dikatakan jumlahnya 80%.

Beberapa persoalan harus kita perhatikan.
1. Sebelum munculnya OYTQ, adakah ini bermakna OYBT ni sikit
jumlahnya? Saya rasa OYTQ ni hanya muncul dengan banyak selepas tahun 2000. Walaupun golongan ni wujud sebelum ni, tapi kewujudan mereka adalah secara kecil-kecilan. Jadi apakah asas kepada konklusi yang mengatakan bahawa pertelagahan antara OYTQ dan OYBQ ni menyebabkan orang awam memilih untuk bertelanjang?

2. Ok sekarang ni katakan kita lupakan isu antara OYBQ dan OYTQ dan tumpukan usaha kita pada OYBT. Masalahnya ialah bila kita nak mengajar agama/berdakwah kepada mereka, apa yang kita nak dakwahkan pada mereka? Akidah? Tapi akidah apa? Sifat 20 atau Akidah salaf? Fiqh? Fiqh apa? Adakah kita nak ajar mereka fiqh yang mengatakan menelan air liur membatalkan puasa, ataupun kanak-kanak belum bersunat kalau sentuh saf, batal satu saf?

Oleh itu, saya rasa artikel ini sebenarnya mengelirukan. Ia
mengelirukan kerana ia menjadikan golongan yang selama ni
mempertahankan dan mendakwahkan sunnah menjadi keliru dan ragu-ragu dalam usaha mereka. Mereka akan persoalkan, apakah selama ni apa yang aku pertahankan suatu perkara yang salah?

Ia menjadi keliru kerana ia menyebabkan kita hilang hala tuju dalam dakwah. Kita mahu membawa orang untuk kembali kepada Islam, tapi apakah Islam yang hendak kita bawa?

Kita tidak nafikan akan pentingnya mempunyai akhlak yang baik dan perlunya kita menghayati sunnah ni secara kafah, yakni meliputi akidah, ibadah, akhlak dan muamalat. Kita juga akui bahawa masih ramai pendokong-pendokong sunnah yang lemah dalam hal-hal yang melibatkan akhlak dan muamalat, tapi cukuplah teguran ditumpukan pada bahagian yang mana kita masih lemah.

p.s. Saya rasa OYBT ni adalah jauh lebih banyak sebelum munculnya OYTQ.

Wallahualam

--- In [email protected], marcelo yokohama fidoyoko
wrote:
>
> Salam wbt.
>
> Menarik juga artikel tersebut. Jika memakai seluar dikaitkan dengan beramal dengan agama, maka telanjang dikaitkan dengan meninggalkan agama. Justeru, sudah pasti perlu adanya standard akan seluar yang perlu dipakai. Bukannya main redah pakai sahaja tanpa meneliti saiz yang releven, ketat atau longgar, jarang atau tutup penuh dan sebagainya. Pendek kata, ada kaedah dan standard sebagai garis panduan. Jika seluar yang dipakai tidak mengikut standard atau spesifikasi, apatah lagi berbogel, maka teguran perlu dilakukan. Bukankah ia juga merupakan kesalahan? Apatah lagi jika membicarakan persoalan agama ALLAH. Persoalannya, ialah kaedah dan keutamaan teguran, mana lebih utama antara berbogel atau yang salah pakai seluar? Yang mana perlu didahulukan? Jika orang itu berbogel, maka kita berikan seluar dan jika orang itu tersalah pakai seluar, kita betulkan. Pendek kata, seruan kita tetap sama dan standard iaitu menyeru kepada memakai seluar menurut spesifikasi dan standard yang telah ditetapkan. Garis panduan itu ialah kebenaran. Kebenaran
yang dimaksudkan ialah adalah yang datang dari ALLAH dan Rasul SAW. Justeru, memandangkan agama ini adalah hujah dan alasan, maka ia perlu ada dalil. Dalil inilah yang dijadikan sebagai standard dan piawai dalam menentukan garis panduan seluar yang mesti dan perlu dipakai.
>
> Sekadar pendapat dari cernaan minda diri ini yang terdedah kepada salah dan silap. Mohon pencerahan...
>
>
>
> hilyah mohd khalid
wrote:
>
> To:
nahwanz@..., "nuradilah77@..." ,
> "daus01@..." , [email protected],
> aisyah23@..., geniushottie_84@..., emass816@...
> From: siti hajar
> Date: Wed, 14 Jun 2006 19:11:37 -0700 (PDT)
> Subject: Aku Salafi, anak muridku bagaimana?
>
>
> AKU SALAFI, ANAK MURIDKU BAGAIMANA?
> agama sehari dua ini amat mengelirukan
> www.saifulislam.com
>
>
> KISAH SELUAR
>
> "Eh, Mid. Seluar engkau tu tak sesuai. Warnanya tak masuk dengan warna baju engkau. Tukarlah seluar lain. Pakai yang gelap sedikit", Edi menunding jari ke arah Hamid yang wajahnya masam mencuka.
>
> "Mid, engkau nak keluar macam tu? Tak malu ke? Orang zaman
sekarang ni sudah tidak pakai seluar begitu. Carilah yang up-to-
date sikit", Zamri pula mencelah, turut sama memberi komen kepada Hamid yang baru sahaja menukar seluarnya.
>
> "La Ilaha Illallah. Itukah seluar terbaik engkau? Malu aku nak
berjalan dengan kamu, Mid. Seluar macam itu, orang sekarang buat
kain pengelap lantai sahaja, kau tahu tak?", kata Azlan yang tidak berpuas hati dengan penampilan rakan serumahnya, Hamid.
>
> Pipi Hamid sudah merah. Wajahnya sudah masam mencuka. Rupanya
seperti bom yang mahu meletup. Pakai yang ini salah, pakai yang itu salah, habis yang mana satu?
>
> "Yelah yelah, susah sangat. Aku keluar rumah bertelanjang lagi
senang", akhirnya Hamid keluar dari biliknya bertelanjang. Ia
menjadi insiden yang amat mengaibkan. Tidak tergamak untuk ditulis di sini.
>
> Ya, akibat keliru dan diasak dengan pelbagai pendapat, akhirnya Hamid mengambil keputusan paling drastik iaitu bertelanjang.
>
> Kisah di atas mungkin sekadar bayangan saya. Namun saya
menulisnya sebagai gambaran tentang kekeliruan yang berlaku di
kalangan masyarakat kita dengan kepelbagaian pendapat yang
menyerang. Bila dibuat begini, dikatakan Bid'ah. Bila dibuat begitu, diserang pula dengan tohmahan sebagai Wahabi. Akhirnya golongan ini terkeliru dan mereka membuat keputusan yang paling popular masa kini, iaitu bertelanjang. Mereka menelanjangkan diri dari agama, kerana agama itu sungguh mengelirukan.
>
> Siapakah yang mengelirukan masyarakat tentang agama? Tidak lain dan tidak bukan, iaitulah golongan agama sendiri. Sama ada yang berkelulusan agama dari Alif sampai Ya, mahu pun yang Alifnya rumi, dan di tengah-tengah jalan, Lamnya menjadi jawi dan Arabi.
>
> REALITI YANG DILUPAKAN
>
> Ya, dalam keasyikan melayan pelbagai pandangan dan aliran, kita sering terlupa bahawa majoriti telah memilih untuk bertelanjang. Mereka menanggalkan agama dari diri kerana agama sungguh menyerabutkan. Pandangan ini saya kutip daripada pelbagai siri pertemuan, terutamanya apabila mengendalikan kursus wajib yang disediakan oleh pihak Universiti dan Kolej. Saya bertemu dengan ramai pelajar yang pelbagai dan nyata sekali di hari pertama kursus, kebanyakannya hadir dengan paksa rela.
>
> Ia berbeza dengan kuliah di masjid. Masjid hanya dihadiri oleh
mereka yang berjiwa masjid. Maka kita bertemu dengan insan yang
hampir sama corak fikir dan gelombang frekuensinya. Ia juga tidak sama dengan program terbuka yang iklan di papan kenyataan hanya dipedulikan oleh mereka yang peduli. Akan tetapi, ketika saya berprogram melalui Fitrah Perkasa, saya bertemu dengan manusia yang sungguh pelbagai. Saya tidak berhasrat untuk mengulas dalam skala yang terlalu besar, maka untuk kali ini saya hanya ingin mengajak pembaca menumpukan perhatian kepada kekeliruan yang menimpa golongan muda, khususnya pelajar sekolah, kolej dan universiti.
>
> Saya masih ingat, semasa di Belfast, saya menghadapi masalah yang sama. Soalan saya semasa itu mudah sahaja. Aku SALAFI, ANAK (MURID)KU BAGAIMANA?
>
> Bagaimanakah sepatutnya saya mengajar anak-anak murid yang
pelbagai itu? Jika saya mengajar solat Fajar tanpa qunut, ia
menghairankan anak murid saya yang beribu bapakan seorang Melayu
yang tidak pernah meninggalkan qunut, bahkan menggantikan qunut yang tertinggal dengan sujud sahwi. Seandainya saya mengajar solat Fajar dengan qunut, ia membingungkan anak murid saya yang berketurunan Pakistan dan Turki yang hairan mengapa mereka diajar qunut sedangkan ibu bapa mereka terus sujud selepas bangun dari rukuk di rakaat kedua.
>
> Saya harus akur bahawa pelajar di sekolah saya terdiri daripada anak-anak yang datang dari lebih 25 negara. Pakistan, India, Bangladesh, Kashmir, Turki, Bosnia, Adzerbaijan, Mesir, Jordan, Syria, Arab Saudi, Maghribi, Algeria, Libya, Tunisia, Lubnan, Iraq, malah Iran dan tidak lupa Malaysia, serta yang sudah pastinya British, English, Irish, dan Scottish. Semua itu terhimpun dalam sebuah sekolah kecil bernama Belfast Islamic School yang berpengetuakan saya, seorang budak Melayu yang baru berusia 26 tahun ketika itu.
>
> Itu baru satu isu.
>
> KEBENARAN ISLAM VS KRISTIAN
>
> Masalah seperti ini juga membabitkan isu kebenaran Islam dan
Kristian. Saya tidak boleh secara mudah menyebut, "agama yang benar adalah Islam, manakala Kristian itu batil dan sesat, tempatnya di neraka!". Mengapa tidak? Sebabnya mudah. Hampir 20 orang daripada anak murid saya yang ibu mereka Kristian manakala bapa mereka Muslim. Dengan menggunakan peruntukan perkahwinan bersama ahli Kitab, jumlah penduduk di Belfast yang mengahwini perempuan Kristian tempatan agak signifikan.
>
> "Imam, saya rasa emak saya yang Kristian lebih baik akhlaknya
berbanding ayah saya yang Muslim. Takkanlah mak saya masuk neraka!", kata salah seorang anak murid saya.
>
> Habis, apakah jawapan yang dapat saya berikan? Hakikatnya memang begitu.
>
> Saya pernah dihubungi oleh pihak polis yang meminta agar saya
hadir ke sebuah funeral house. Saya dijemput dengan sebuah limosin hitam, bagi menghadiri upacara menyembahyangkan jenazah seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun yang meninggal dunia semasa tidur. Ibunya Kristian bermazhab Katolik dan ayahnya seorang Muslim Arab dari Algeria.
>
> Semasa tiba di majlis tersebut, saya bertemu dengan si ayah.
Bertindik, rambut kerinting cantik berdandan. Si ayah bersalam acuh tidak acuh dengan saya. Tiada sepatah pun kalimah dari mulutnya, salam saya juga tidak berjawab.
>
> Saya dibawa bertemu dengan si ibu, wanita Irish dalam usia akhir 20'an. Wajahnya sugul sekali dan ketika melihat saya, dia datang sambil melemparkan senyuman yang dipaksa.
>
> "Terima kasih, Imam. Saya amat menghargai kedatangan Imam.
Maafkan saya kerana meminta bantuan polis untuk mencari Imam sebab saya tidak tahu lokasi masjid di Belfast.", katanya.
>
> "Tak apa, puan. Malah saya amat berterima kasih di atas
kesungguhan puan menghubungi kami. Apa yang terjadi puan? Bagaimana puteri puan meninggal dunia?", saya bertanya.
>
> "Tuan Imam, anak saya tuan Imam. Itulah satu-satunya anak kami. Kami amat sayangkan dia. Tetapi pagi Isnin baru-baru ini, kami bangun pagi dan dapati Mary sudah tidak bernyawa. Wajahnya biru dan tubuhnya sejuk membeku.", jawab wanita tersebut dengan tangisan air mata.
>
> "Inna Lillah wa Inna Ilayhi Rajioon. Takziah dari saya, semoga
Allah memberi kekuatan kepada puan dan suami", saya cuba
mententeramkannya.
>
> "Maafkan suami saya Imam, dia memang begitu. Agak kurang
peramah.", kata perempuan tersebut sambil merenung suaminya yang
sedang menghembuskan asap rokok ke tingkap koridor.
>
> Saya dan rombongan masjid dibawa ke dewan. Kami meminta supaya
di arah kiblat, tiada sebarang tanda salib atau patung. Semasa
menjenguk ke keranda, berderai air mata saya melihat si anak kecil yang dihias cantik, dengan gaun putih dan rambut yang disikat kemas.
>
> "Allah telah menyelamatkan dirimu wahai anakku, Maryam.
Pulanglah engkau ke syurga-Nya.", saya berbisik sendirian ke arah sekujur jenazah yang mati penuh misteri.
>
> Saya susunkan saf menjadi tiga. Seterusnya saya imamkan solat
jenazah di pagi yang hening itu, sambil diperhatikan oleh puluhan anggota keluarga ibu si Mary. Ayahnya enggan bersolat bersama kami.
>
> Selesai mengerjakan solat, saya diminta berucap di hadapan orang ramai, sebagaimana adat yang diamalkan oleh penganut Kristian Katholik.
>
> SAYA BERTALQIN?
>
> "Tuan-tuan dan puan-puan, khususnya Puan Catriona sekeluarga.
Sesungguhnya kematian ini adalah sesuatu yang pasti. Kita merancang pelbagai perkara yang entahkan sempat atau tidak kita melakukannya. Tetapi janganlah kita lupa merancang untuk hidup selepas mati.
>
> Ajaran agama kami iaitu Islam, menyatakan bahawa setiap bayi
yang lahir, adalah suci dan bersih. Suci dan bersihnya mereka
menyebabkan setiap mata yang melihat wajah kanak-kanak akan
terhibur, kerana pada diri mereka tiada dosa. Di antara kanak-kanak yang suci itu adalah Mary Daly yang akan berpisah dengan kita buat selama-lamanya hari ini. Mary lahir dengan penuh kesucian, seperti kanak-kanak yang lain, seperti Mary ibu kepada Isa. Dan apabila dia pulang kepada Tuhan seawal usia ini, dia pulang dengan suci, dan pastinya Tuhan menyambut kepulangan Mary dengan penuh restu.
>
> Walaupun sedih, namun bergembiralah Puan Catriona dan suami,
serta sekalian yang mengasihinya kerana Mary pulang ke syurga.
Tempat yang selayaknya untuk insan-insan yang suci sepertinya.
Semoga Allah menerima Mary dengan sebaiknya, dan memberikan kekuatan kepada ibu dan ayahnya, Amen.", saya mengakhiri ucapan pagi itu dengan sekalung doa.
>
> Entahlah, apakah perbuatan saya itu menjadi talqin yang
dibid'ahkan oleh sesetengah orang? Namun ia adalah peluang dakwah yang amat besar kerana hanya dengan Islam sahaja, kematian Mary boleh dilihat positif, sedangkan ramai yang hadir gusar kerana Mary belum disucikan daripada original sin sebab belum sempat dibaptiskan paderi.
>
> PENTINGKAH ILMU PEDAGOGI?
>
> Pengalaman di atas sungguh unik, namun saya tetap melihatkan
sebagai suatu cabaran yang mengelirukan, apabila ia dibawa ke
institusi pendidikan. Di Belfast Islamic School, saya harus serius memikirkan kaedah pendidikan yang tersendiri lantaran keadaan anak-anak murid saya yang sungguh unik lagi tersendiri.
>
> Pada masa itu ilmu dan pengalaman saya amat cetek. Saya
terpanggil untuk berusaha meningkatkan diri dengan memohon menyertai program Master di bidang Sosiologi Agama di The Queen's University of Belfast. Tetapi semasa hari pendaftaran saya membatalkan hasrat itu kerana tidak mempunyai bekalan wang yang mencukupi.
>
> Pada tahun yang berikutnya saya telah mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di bidang Pendidikan (Curriculum Studies) bersama The Open University, UK. Tujuan saya memilih bidang ini adalah kerana cabaran saya di Belfast Islamic School. Saya harus serius membangunkan kurikulum yang tepat bagi sekolah itu bahkan sekolah-sekolah lain di UK dan Ireland.
>
> Tidak mungkin generasi anak-anak ini dididik dengan sistem
pendidikan yang dilalui oleh ibu bapa mereka. Anak-anak ini menerima pendedahan terhadap Islam dalam bentuk yang berbeza. Soal mazhab, perkahwinan campur dan banyak lagi isu, harus ditangani dengan teliti.
>
> Saya tidak boleh mengambil pendekatan bebal. Ahh, manhaj aku
adalah yang paling tepat dengan al-Quran dan al-Sunnah. Maka dunia harus berputar mengikut putaranku. Soal mereka ikut atau tidak, itu tidak penting. Yang mengikut tandanya dapat hidayah. Manakala yang menolak, terserahlah nasib mereka untuk ditentukan Allah! Wah, mampukah saya berkata demikian? Jika anak orang lain mungkin sedap mulut kita menyebutnya. Tetapi apabila terkena anak sendiri, mahu dibiarkan sahajakah dia terhumban ke lembah yang terpesong dari jalan ke syurga itu?
>
> Guru-guru yang mengajar anak murid tanpa mengambil kira kesan
pengajarannya, adalah sungguh tidak mempedulikan Sunnah. Kita
mengajar untuk express atau impress? Kita berceramah untuk
memandaikan orang atau untuk tunjuk pandai di hadapan orang?
>
> Kerana itu, saya tenggelamkan diri saya dalam himpunan buku
pedagogi. Alhamdulillah, rakan-rakan sekuliah amat pelbagai. Ada
cikgu sekolah di Jepun, ada guru penjara di Hawaii, dan ramai lagi rakan forum saya dalam subjek semester pertama kami. The Open University of UK mempunyai Fakulti Pendidikan yang terbesar di Eropah, dengan jumlah pelajar yang mencecah 16 ribu orang semuanya.
>
> Malang sekali, di tahun pertama pengajian, saya ditimpa penyakit dan terlantar selama berbulan-bulan di rumah. Saya tidak boleh keluar rumah kerana kulit saya menjadi foto sensitif. Berbahang apabila terkena matahari. Saya mengundurkan diri dari pengajian di tahun itu.
>
> Manakala di tahun berikutnya, saya menyambung kembali pengajian, tetapi malang sekali lagi, kami terpaksa pulang ke Malaysia kerana isteri saya dipanggil pulang berkhidmat di tanah air.
>
> Walaupun MEd. saya terbengkalai, namun saya masih sensitif dengan metodologi pengajaran. Pada saya, ilmu mengajar adalah sama pentingnya dengan ilmu yang hendak diajar.
>
> DAKWAH ANTARA MASJID DAN KLCC
>
> Kerana itu, pada bulan Mac 2005, semasa pulang dari pejabat,
saya telah singgah di Suria KLCC selama setengah jam, semata-mata untuk bermuhasabah. Saya pulang selepas lebih 10 tahun saya tenang beribadah menurut pendirian saya, ketika di luar negara. Tetapi apabila saya pulang ke Malaysia, saya tercabar oleh pelbagai fenomena. Usahkan hendak mempertahankan al-Fatihah tanpa Basmalah yang jahriah, atau Solat Fajar berqunut atau tidak, nak mengajak kepada kewajipan solat pun saya rasa kaget, ketika merenung orang ramai dari tingkat tiga Suria KLCC petang itu. Berapakah jarak manusia di situ dari Kuliah Maghrib kita di masjid. Usahlah masjid yang jauh-jauh. Cukup sekadar Surau KLCC di tingkat 4 atau Masjid al-Syakirin itu, apakah relevan dakwah dan pendekatan kita selama ini dengan manusia yang berpusu-pusu ke kiri dan kanan Suria KLCC berkenaan? Saya memikirkannya dengan serius, dan fikiran yang tercabar.
>
> Saya berasa keliru di antara gembira dan kecewa. Saya gembira
kerana kesedaran masyarakat untuk kembali meneliti usul pegangan
agama mereka sudah bangkit. Hadith-hadith diteliti kesahihannya,
pendakwah-pendakwah yang bercakap sedap mulut semakin tersisih dari pentas ceramah. Tetapi dalam masa yang sama, saya berasa sedih dengan gejala yang menimpa kesedaran ini, dan gejala itu banyak berkait dengan SIKAP.
>
> PERANG DI KOLEJ
>
> Banyak kolej yang saya hadir, pelajar yang mahu kepada Islam
asyik berbalah tentang baca Yasin tu syar'ie atau tidak, tetapi
mereka `syok sendiri'. Mereka terlupa bahawa pelajar yang Khamis
malam Jumaatnya penuh dengan clubbing adalah lebih ramai dari yang mempertahankan Yasin Khamis malam Jumaat tersebut.
>
> Apabila timbul di internet, atau majalah, isu-isu yang berkaitan dengan MANHAJ, maka kita selalu menemui ulasan bahawa isu ini semakin hangat dibicarakan di kampus! Walhal yang membincangkannya hanya 20% sahaja, sedangkan yang 80% langsung tidak ambil tahu dan lebih berminat untuk bertelanjang. Maksud saya, menelanjangkan diri dari agama, kerana agama amat mengelirukan dalam sehari dua ini.
>
> Kita bincang secara terbuka isu-isu khusus yang hanya layak
disertai oleh mereka yang sudah ada asas usrah, kuliah, dan tamrin. Kita sangkakan isu itu besar dan bertaraf nasional. Antaranya adalah isu UMMAH CENTRIC dan JAMAAH CENTRIC. Sedangkan 80% pembaca, pemerhati, dan mereka yang berada di sekitar kampus, tidak tahu hujung dan pangkal perbincangan.
>
> Di manakah relevannya masyarakat pelajar seperti ini diajak
kepada perbincangan tentang mazhab, salaf dan khalaf, ketika mana mereka sendiri tidak pasti sejauh manakah mereka perlukan Tuhan dalam hidup ini?
>
> Sukar untuk saya mengungkaikan soalan tersebut, tetapi saya cuba menyuluhnya dari sudut yang biasa saya gunakan iaitu isu SIKAP.
>
> Ya, guru-guru sama ada yang bermanhaj salaf atau khalaf ramai
yang ghairah mengajar fakta tetapi lupa mengajar SIKAP. Akhirnya
pendirian salaf dan khalaf tercemar oleh SIKAP yang menjelekkan sama ada oleh guru mahu pun anak muridnya.
>
> Ramai yang bermati-matian mempertahankan hukum Isbal, memakai
pakaian di atas buku lali dengan penuh kekasaran dan kesombongan. Mereka terlupa yang kesombongan mereka itu sama seperti golongan bangsawan Arab yang melabuhkan pakaian untuk menonjolkan kekasaran dan kesombongan yang sama. Manhaj bertukar, sikap masih sama.
>
> Manakala di satu sudut yang lain, golongan yang bertentangan
pula bermati-matian mempertahankan CARA BELAJAR tetapi tidak
mempedulikan HASIL BELAJAR. Kitabnya kena begini, duduknya kena
begini, tradisinya kena begini, hasilnya mereka tidak peduli. Malah ada yang belajar zikir khas untuk mempertahankan diri dari Wahabi! Aduh, apakah Wahabi ini sihir dan santau? Saya mengeleng sampai terpeleng.
>
> WARGA SURAU MEMERANGAI USTAZ `LAN'
>
> Saya berasa simpati dengan ustaz-ustaz muda yang membimbing Mata Pelajaran LAN di kolej-kolej, khususnya kolej swasta, yang disanggah oleh anak-anak muridnya yang memandang rendah kepada ustaz berkenaan kerana solat Subuhnya berqunut. Saya tidak menokok tambah komentar saya terhadap isu ini tetapi ia adalah hasil pertemuan saya dengan ramai tenaga pengajar kolej yang memohon perkongsian idea bagi menyelesaikan masalah pelajar mereka.
>
> Ketika ustaz-ustaz ini berpenat lelah mencari formula
menjinakkan anak murid mereka yang jauh dari agama, mereka terpaksa pula bertempur dengan warga surau yang sangat keras mempertahankan kaedah-kaedah solat yang baru mereka pelajari. Mereka sekali lagi terlupa bahawa 80% pelajar memilih untuk bertelanjang. Menelanjangkan diri mereka dari agama, kerana agama dalam sehari dua ini amat mengelirukan. Siapakah yang mengelirukan 80% pelajar ini? Tidak lain dan tidak bukan, kita sendiri. Orang yang belajar agama tetapi tidak belajar cara beragama.
>
> Suatu ketika, saya amat skeptik dengan istilah "BELAJAR KENA
BERGURU" sebab pada masa itu, pelajar yang belajar di universiti
disanggah oleh pejuang aliran tradisional bahawa kononnya mereka ini banyak baca sendiri dan tidak berguru. Tetapi saya mahu meminjam kembali istilah berkenaan untuk ditujukan kepada anak-anak muda di kolej dan universiti hari ini yang gurunya adalah buku, internet, majalah dan vcd. Belajar biarlah berguru!
>
> Buku mengajar kita ilmu, tetapi buku tidak mengajar kita cara
membawa ilmu. Kita berilmu, tetapi horizon kita di dalam membudayakan ilmu itu ke persekitaran, amat sempit.
>
> TEMPIAS AKHLAK GURU
>
> Saya masih ingat, semasa Sheikh Solah Abd al-Fattah al-Khalidi, seorang tokoh tafsir, ditanya oleh anak muridnya tentang satu masalah di dalam Hadith, beliau menerangkannya dengan panjang lebar, tetapi kemudiannya mencadangkan agar soalan itu diajukan kepada rakannya, Sheikh Hammam Saeed yang lebih pakar tentang Hadith. Apabila soalan tentang Tafsir ditanya kepada Sheikh Hammam Saeed oleh anak muridnya, beliau menjawab dengan jawapan yang seluas-luasnya tetapi kemudiannya mencadangkan kepada anak muridnya supaya bertanya kepada Sheikh Solah al-Khalidi yang lebih pakar di dalam Tafsir. Ya, sikap saling hormat menghormati sesama Tuan Guru ini tersimbah kepada saya yang menumpang belajar sedikit sebanyak.
>
> Sheikh Solah juga pernah menegur golongan yang berkeras untuk
membanteras `solat Qabliah Jumaat'. Antara yang saya masih ingat, beliau bertanya, apakah pada hari Jumaat kita digalakkan
membanyakkan solat Sunat? Jika ya, maka ketika `orang lain' itu
bersolat Qabliah Jumaat, dirikan sahaja solat Sunat secara mutlak, demi dakwah. Tidak perlu menonjolkan `kelainan kita' jika hanya mengundang kemudaratan kepada dakwah.
>
> Semasa saya bertugas di Belfast, jemaah di masjid saya berbalah tentang penyelesaian solat Isyak di musim panas. Pada musim panas, kami menghadapi masalah kerana Isyak yang masuk terlalu lewat, sekitar jam 11:50 malam, manakala solat Fajar pula masuk jam 2:15 pagi. Dalam masa yang sama ada pula beberapa ketika solat Isyak langsung tidak wujud kerana kemerahan cahaya matahari tidak hilang sampai pagi. Saya mengikut fatwa Majlis Fatwa Eropah yang dipimpin oleh Sheikh Yusof al-Qaradawi agar masjid menjamakkan Solat Maghrib dan Isyak. Tetapi ada sekumpulan jemaah di masjid yang menentangnya.
>
> Ketika itu saya berpeluang untuk ke Jordan dan saya mengambil
kesempatan untuk mengajukan soalan ini kepada beberapa orang pakar rujuk Fiqh di University of Jordan. Jawapan mereka sungguh
mengagumkan saya.
>
> Mereka berkata bahawa setelah Sheikh Yusof al-Qaradawi
memberikan fatwa tentang hal ini, maka mereka tidak mempunyai
sebarang hak untuk memberikan pandangan. Apatah lagi Sheikh Yusof al-Qaradawi berada di Eropah dan mengetahui suasana sebenar di sana. Mereka mengingatkan saya supaya menasihati ahli jemaah di masjid saya agar menghormati fatwa Sheikh Yusof al-Qaradawi dan memelihara kesatuan umat Islam di sana.
>
> Ya, akhlak ini tidak mungkin tersentuh dan terserap ke jiwa saya jika saya membina manhaj hanya dengan membaca buku, majalah dan vcd. Keberkatan terhadap proses menuntut ilmu, tersimbah pada yang hadir di majlis ilmu, maka kalau mahu menjadi mukmin profesional, protaz, uspro, ustat (ustaz photostat), tazpro atau apa sahaja, maka biarlah melalui susur proses yang sejahtera.
>
> Dan guru-guru pula jangan sibuk melambakkan fakta semata-mata.
Sebaliknya didiklah dan bentuklah sikap anak murid agar bijak `membawa agama'. Ketika mengajar, pandaikan orang, jangan
hanya tunjuk pandai depan orang.
>
> Jangan lupa, 80% remaja kita mengambil keputusan untuk
bertelanjang. Mereka menelanjangkan diri dari agama, kerana agama dalam sehari dua ini sungguh mengelirukan.
>
> Moga Allah mengurniakan tsabat kepada kita di jalan Ghurabaa'!
>
> ABU SAIF @ www.saifulislam.com
> 56000 Cheras 14 Jun 2006

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-06-06 13:49


Are we concerned about the singer or the song? I don’t care who the singer is as long as the song is music to my ears. Most times I do not even know who the singer is though the song that singer sings is one of my favourites.

But I will never listen to Anwar because I like him or close my ears to Dr Mahathir because I dislike him. It is the song, not the singer, that counts.



To know you is to love you
    
Raja Petra Kamarudin

The Malays say, if you love your wife then leave her, and if you love your children then beat them. In Bahasa Malaysia this would be: kalau saying isteri ditinggal-tinggalkan dan kalau saya anak dipukul-pukulkan. Not sure whether my Malay grammar is correct or not but I am sure you catch my drift nevertheless. I suppose the English concept to this would be ‘absence makes the heart grow fonder’ and ‘spare the rod, spoil the child’. Yes, sometimes familiarisation does breed contempt and the occasional ‘space’ would certainly make you miss the one you love. After all, love can be suffocating at times, if you know what I mean. But make sure the ‘absence’ is not a case of ‘out of sight, out of mind’.

Since we are reminiscing about old sayings, we might as well go all the way. They also say: to know you is to love you. Malays would say: tak kenal maka tak cinta.

Kind of contradictory isn’t it? You need to know someone to love that person. But then, if you crowd each other too much, then you get on each other’s nerves and climb the wall. So, to strengthen that love, you must endure a period of separation once in awhile. And you need to beat, chide or take to task that person you love as a sign of love.

Never mind though. These are all old sayings anyway and old in Malaysia is not relevant. Today, cars become ‘old models’ even before the warranty period expires, and it reaches ‘no value’ before you can finish paying off the monthly instalments on it. Cell phones or hand phones become obsolete as soon as you walk out from the shop and are still in your car driving home. Such is the ‘throw away’ society that we have become.

And when do politicians become old, obsolete or expired? When they touch 80? When they celebrate their 70th birthday? By the time they no longer know how to spell their own name? Well, none of the above actually. Politicians become old, obsolete or expired when they no longer hold office. When you are in office it does not matter what age you are. You can be 39 (the age when Khairy Jamaluddin ‘got into office’) or 79 (roughly the age when Tun Dr Mahathir Mohamad left office). As long as you hold office you are very much relevant. People bow when you walk pass. They kiss your hand. And if they are Malay, they will clasp their hands over their testicles when they address or talk to those in power. (I think it is called pegang peler in Bahasa Malaysia, the act of putting your hands over your family jewels when you are talking to someone important).

The Chinese say it is like riding a tiger. When you are astride a tiger you are very powerful and very few people dare face you unless in an act of respect. But once you get tired and decide to get off the tiger, then you are eaten alive in an instant. The bottom line is, once you are astride a tiger, you must never get off. You need to remain riding that tiger until you dia. In short, you must dia standing, not dia sleeping. If you decide to dia sleeping, then you will dia with your eyes wide open. And Malays believe that those who dia with their eyes open are those who have left this world with an unaccomplished mission.

Tunku Abdul Rahman, the First Prime Minister and Father of Independence (Bapa Merdeka), learnt this the hard way. So did Hussein Onn, the Third Prime Minister. Ghafar Baba too suffered this, twice in his career. Abdullah Ahmad Badawi was not spared this either back in 1987. In fact, many Malaysian politicians would qualify for membership to this Hall of Un-fame. The list would certainly be endless and is not exclusive to only Prime Ministers and Deputy Prime Ministers.

Well, today, Dr Mahathir is rapidly discovering what it is like to be a political ‘has been’. Would you want to visit Dr Mahathir today and kiss his hand like you did when he was the Prime Minister? Would you declare Dr Mahathir the Father of Modern Malaysia like Mustafa Kemal Ataturk was the Father of Modern Turkey? The Islamic Party of Malaysia (PAS) has in fact labelled Dr Mahathir as Malaysia’s Kemal Ataturk. But this was done not as a sign of respect but to suggest that Dr Mahathir has ‘destroyed’ Islam like what Ataturk did in Turkey more than 80 years ago.

Malaysians in general and Malays in particular flock to those in power and sing their praises, when they are still in power. This, as what Dr Mahathir once said about a decade ago, is the ‘herd mentality’. Cattle, or lembu in Bahasa Malaysia, do this. That is why ten cowboys can control thousands of lembu. They only need to control the head of the lembu and guide it where they want it to go and the thousands of other lembu would just follow the leader of the lembu. Tunku Abdul Rahman also said this. Just pegang kepala (control the head), said the Tunku, and the ekor (tail) would follow.

I suppose this is how the Malays became Muslims. Once the Ruler converted to Islam, the entire population followed suit, though they did not fully understand what Islam was all about; and until today many still do not. It is therefore very easy to control the herd or lembu. Just make sure the head follows you and the thousands of others would be with you.

Okay, who is the ‘head’ we are talking about here? Of course this would be the President of Umno, a.k.a the Prime Minister of Malaysia. If he is with you, then the other 190 of the 191 Ketua Bahagian (division heads) would also be with you. And if the 191 Ketua Bahagian are with you, then the Ahli Jawatankuasa Bahagian (division committee members) would be with you as well. And if all the Ahli Jawatankuasa Bahagian stand by your side, then the 3.5 million Umno members would throw their lot behind you. And if the entire Umno is solidly behind you, then the whole of Barisan Nasional would sing your praises.

Sigh.....that is how the herd mentality works. Dr Mahathir himself has told us about how it works. And today Dr Mahathir is learning how accurate he was ten years ago in describing the scenario.

Recently, in a dialogue in Penang, Anwar Ibrahim was asked why Raja Petra and Malaysia Today are so critical of him. Anwar replied, “He criticises me 1%, so that means he still supports me 99%.” So there is no harm in Malaysia Today criticising him, argued Anwar. After all, Malaysia Today is independent and we should respect the independence of the media and the right to free speech. This also demonstrates what would happen if the opposition were to come to power, explained Anwar. The opposition would allow space for criticism and dissent and would respect the right to free speech and opposing views.

I suppose if Dr Mahathir was asked that same question he would reply, “Raja Petra criticises me 99%, so that means he still supports me 1%.” And Dr Mahathir, at least today, would agree with Anwar on the right to free speech, independence of the media, etc. like what was argued by Anwar in Penang.

Yes, Anwar and Dr Mahathir must both learn that there is no such thing as 100% support. Neither will we oppose them 100%. We will disagree with them even if we support them. And we will agree with them even if we do not support them. But we will agree or disagree with them based on issues, not on personalities or for the fact that we support or do not support them.

I disagreed with Anwar when he was in government. I was one of his strongest critics and he knows this. But I supported him in 1998 when I felt an injustice had been done to him. I was one of Dr Mahathir’s opponents back in the late 1980s, ten years before Anwar was sacked and while Anwar was still ‘carrying Mahathir’s balls’. Today, Dr Mahathir is no longer Prime Minister and I do not wish to kick a deflated ball like those very brave Umno souls who will kick a person only when he is down and never while he is on top.

Do I like Dr Mahathir? Why not I put it another way? Do I need to like Dr Mahathir? Are we concerned about the singer or the song? I don’t care who the singer is as long as the song is music to my ears. Most times I do not even know who the singer is though the song that singer sings is one of my favourites.

In that same context, if Anwar sings a song I like, I will listen. But if the song is poopie, then I tune off. And if Dr Mahathir sings a song I like, I will also listen. And the same goes if I don’t like what comes out of his mouth; I will close my ears. Whether I like Anwar and dislike Dr Mahathir, or vice versa, is of no consequence to me.

Well, lately, Dr Mahathir has been singing many right tunes. I really don’t want to repeat all that I have written in The Corridors of Power, The Khairy Chronicles, Loony Malaysia, and Monday Morning Blues. I am sure you know what I am talking about. What Dr Mahathir says makes sense and is music to my ears. So I listen. And if Anwar sings equally beautiful tunes, I will listen as well. But I will never listen to Anwar because I like him or close my ears to Dr Mahathir because I dislike him. It is the song, not the singer, that counts.

--
Posted by Raja Petra Kamarudin to MT-MMBlues at 6/19/2006 07:06:00 AM __._,_.___

Malaysia Today
http://www.malaysia-today.net/index.html

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-06-06 18:46


Re: Umat Islam Malaysia makin ditekan - Mufti Perak
    
Waalaikumussalam,

Hari ini dalam akhbar Mufti Perak dibidas oleh seorang menteri
kerana fatwa 'Kongsi-Raya jejas akidah'. Ana pelik juga ada yang beria-ia nak pertahankan kongsi raya, padahal banyak lagi benda yang boleh dikongsi. Tuan Menteri yang membidas nampaknya keliru sikit kerana kenyataan Tuan Menteri itu menggambarkan kalau kongsi raya diharamkan maka majlis rumah terbuka pun akan diharamkan. Tuan Menteri nampakya tidak faham yang Eid-ul-Fitr itu ibadat dan sunnah, rumah terbuka itu pula adat setempat. Mengharamkan konsep kongsi raya itu betul. Budaya rumah terbuka itu masih boleh diteruskan selagi mana tidak bercanggah dengan syariat.

"Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
"Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
"Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
"Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku". (al-Kafirun : 3-6)

Bukankah besar perbezaaan antara Eid-ul-Fitr dan 'GongXi Raya'.
Menteri oh menteri...

wassalam.
abuadam



Re: Umat Islam Malaysia makin ditekan - Mufti Perak
    
Walaikummussalam,

Dalam isu ni, seperti yang akhi jamal kata, sudah terang lagi
bersuluh. Dalam kita membangkitkan satu-satu isu dan permasalahan, dan mencari ubat untuk mengatasinya kadang-kadang kita sendiri lupa akan punca yang menyebabkan berlakunya masalah tersebut.

Misalnya dalam permasalahan murtad yang memang hebat
digembar-gemburkan selama ni. Kita mudah salahkan IFC, mubaligh kristian, holy water dan lain-lain, tapi tidakkah kita fikir Kenapa di negara-negara barat, Islam merupakan agama yang paling cepat berkembang dan orang berduyun-duyun masuk Islam, sedangkan di negara kita yang agama rasmi Islam, ada mufti, raja Islam, parti politik Islam, univeristi Islam, Islam di ajar di sekolah, tapi orangnya lemah iman dan banyak yang keluar dari Islam.

Sudah pasti ada yang tak kena dengan cara kita selama ini, tapi bila ada pihak yang pin point kesalahan kita, kita kata ini isu kecil, isu khilafiah, etc.

Dalam kita mahu menyelesaikan satu masalah, bila kita tidak tahu punca kepada masalah tersebut, maka akibatnya ialah kita bagi ubat yang salah.

At the end, kita hanya boleh mengeluh dengan kerosakan yang berlaku dalam umat, tapi kita tidak menyelesaikan apa-apa.

Wallahualam.
engsian

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 20-06-06 08:00


Post subject: hukum insurans nyawa yang diperkenalkan oleh syrkt Takaful

--------------------------------------------------------------------------------


1. Apakah hukumnya skim takaful yang berkaitan dengan insuran nyawa? adkah sistem ini dibenarkan oleh syara kerana sistem ini diperkenalkan oleh barat?

2. benarkah terdapat fatwa dari kerajaan arab saudi yang mengharamkan sebarang bentuk perniagaan yang berteraskan MLM?




thtl
Panel Feqh



Joined: Aug 21, 2001
Posts: 4481
Location: KL/WP/Mal
Posted: June 19, 2006 - 03:36 PM


--------------------------------------------------------------------------------


ÇáÌæÇÈ
alJawab:

1. Takaful Life assurance

Ini merupakan soalan ulangan. Industri takaful di Malaysia telah berubah wajah bila akta insuran 1963 (konvensional) menyaksikan akta baru, akta insuran, takaful Act 1984 diluluskan, hasil usaha almarhum Prof Ahmad Ibrahim, UIAM yang mempengerusikan badan Perunding Islam bagi menggubal akta Insuran Islam Malaysia. Bila akta takaful 1984 diluluskan, maka tertubuhlah syarikat Takaful Malaysia pada Nov. 1984 dan ia berkembang pesat hingga disenaraikan di BSKL pada tahun 1996.
memang benar seperti kata anda, bahawa asalnya insuran ini ialah dari Barat, tapi selepas menerapkan falsafah syari'ah, maka insuran Islam akhirnya ujud dalam dua bentuk: Takaful keluarga dan takaful 'Am. Dalam takaful keluarga itulah sebenarnya dimasukan pakej insuran nyawa.
Jadi isu halal dan haram insuran ini memang kontroversi (khilafiah), namun hasil dari muktamar dan persidangan fiqih, maka industri insuran Islam telahpun muncul dan membersihkan sedaya mungkin unsur-unsur yang insuran Barat yang anda maksudkan itu. Antara ulama besar yang merintis jalan kepada keujudan industri insuran Islam ialah Dr alQardhawi dalam kitabnya al-Halal & Haram. Jika anda mahukan pendapat al-Qardhawi mengenai insuran, sila baca kitab beliau tsb.

2. Fatwa yang mengharamkan MLM khususnya pyramiding dari kerajaan arab saudi memang ada yakni pada websites tidak resminya, Islam Q&A , antaranya dari fatwa Syaikh Saudi, syaikh Sami alSuwailim. Terdapat juga Fatwa dari Sudan, Prof Dr Ahmad Khalid Ba Bakar, majma' Fiqh Sudan. Juga fatwa dari Markaz Imam al-Albani Jordan yang ditandatangani oleh ditandatangani oleh Syaikh Muhammad Musa Alu Nashr, Syaikh Salim Ied alHilali, Syaikh Ali bin Hasan alHalabi alAtsari dan Syaikh Mansur bin Hasan Alu Salman yang dikeluarkan di Jordan pada tanggan 26 Sya'ban 1424H.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-06-06 04:38


> --- In [email protected], "Mohd Masri Mohd
> Ramli"
> wrote:
> >
> > di ambil dr forum lain----
> >
> > Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua
> warga VF.
> >
> > Apa pendapat anda apabila si suami menyatakan
> dalam
> >
> > perkataan "ESOK AKU TAK NAK TENGOK MUKA KAU DALAM
> RUMAH
> >
> > INI LAGI" adakah itu sama dengan lafaz cerai.
> >
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~reply
> Wasalam
>
> tak jatuh, sebab ia lafaz samar-samar (kinayah)
>
> isteri hendaklah menghilangkan diri (balik rumah
> emak) dan bila suami
> dah tanang, hendaklah bertanya kembali,
> " apakah abang mahu menceraikan saya?"
>
> jika dia jawab ya. maka jatuhlah talak.
>
> sekian
>
> s2s



--- In [email protected], siti hajar mohsin wrote:

> Wassalamu'alaikum wrt wbt
> Assalamu'alaikum wrt wbt
>
> Alhamdulillah. Bolehkah syeikh gariskan sedikit apakah
> yang membolehkan seseorang isteri itu meminta cerai
> dari segi syara'?
>
> JKK terlebih dulu.
>
> Wassalamu'alaikum wrt wbt
> ummimq

~~~~~~~~~~~~~~reply

apa jua sebab yang bertujuan menolak mudharat dan menarik manfaat.
maksudnya cerai itu lebih baik dari meneruskan perkahwinan. contohnya:
nafkah batin (suaminya lemah syahwat), nafkah zahir (tak bagi belanja
sara hidup), kejam dan suka memukul, menghilangkan diri tanpa khabar
berita atau suami nusyuz (curang)..sekian

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-06-06 05:09


Imam Shafie: Penentang Ajaran Sesat

Antara hujah dan 'kubu terakhir' pengamal Aurad Muhammadiah (Rufaqa) ialah mereka mendakwa yang mereka adalah bermazhab Shafie. Mereka menisbahkan bahawa amalan, akidah dan keyakinan mereka itu bersesuaian dengan mazhab Shafie. Mereka berhujah sedemikian untuk mengatakan bahawa akidah dan tindakan mereka itu benar dan tindakan ulama-ulama menghukum mereka sebagai sesat adalah salah.

Kebiasaannya, pengikut Rufaqa akan berhujah bahawa mereka masih Islam dan mereka masih bersolat lima waktu. Sehubungan itu, mereka berhujah adalah tidak wajar untuk menghukum mereka sesat atau mendekati kekufuran. Kenyataan ini dapat dilihat dalam buku Asaari yang bertajuk Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam.

Asaari telah menukilkan pandangan Imam Shafie yang mengatakan bahawa seorang Islam yang meninggalkan solat perlu diperincikan dahulu keadaannya sebelum diberi hukum ke atasnya. Asaari menukilkan bahawa Imam Shafie berpandangan sekiranya orang itu meninggalkan secara tidak sengaja dan tidak menolak kewajipan solat tersebut, maka orang itu masih kekal Islam. Sekiranya, seseorang itu meninggalkan solatnya secara sengaja dengan menyatakan solat itu tidak wajib, maka dia telah terkeluar dari Islam.

Sehubungan itu, Asaari berhujah bahawa para ulama yang menghukum dirinya sesat perlulah berhati-hati sebagaimana Imam Shafie melakukannya. Hujah keduanya ialah pengamal Aurad Muhammadiah masih bersembahyang maka mereka tidak boleh dihukum sesat atau kafir.

Inilah gambaran betapa cetek dan dangkalnya pemikiran Asaari. Artikel ini akan membidas hujah tersebut dalam dua aspek sebagaimana berikut:

a. Apakah yang menjadi dasar para ulama menghukum pengamal Aurad Muhammadiah (Rufaqa) sebagai sesat lagi menyesatkan?
b. Apakah sikap Imam Shafie terhadap pengikut dan pengamal ajaran sesat di zamannya?

Jawapan Soalan A.

Para ulama Ahli Sunnah sepakat menghukum pengamal Aurad Muhammadiah sebagai sesat lagi menyesatkan atas perkara akidah yang menyimpang yang wujud dalam ajaran tersebut. Mereka menghukum bukan kerana Asaari atau pengikutnya tidak sembahyang. Perlu ditegaskan, hukum yang dikeluarkan oleh Imam Shafie itu khusus untuk pesalah yang mencuaikan sembahyang. Imam Shafie membincangkannya dalam bab hukuman untuk pesalah dosa-dosa besar yang tidak termasuk syirik atau tidak berkaitan dengan akidah. Sebaliknya, para ulama telah menghukum Asaari berdasarkan isu akidah dan bukannya kesalahan ibadah mahupun syariat. Inilah dua perbezaan yang perlu diperhatikan.

Asaari telah tersalah dalam berhujah dan menyelewengkan fakta tersebut untuk membuktikan dirinya benar dan para ulama tersalah. Asaari tidak boleh menyamakan illat dalam kes tersebut untuk kes jemaahnya. Ini kerana kesalahan Asaari dan Aurad Muhammadiah adalah kesalahan Aqidah bukannya kesalahan syariat dan ibadah.

Jawapan Soalan Kedua:

Imam Shafie sangat keras dalam menentang ajaran sesat yang ada pada zamannya. Beliau adalah seorang ansar al-Sunnah (pembela sunnah) yang sangat tegas dalam perkara akidah.

Al-Buwaithi berkata: "Aku bertanya kepada Imam Shafie; “Bolehkah aku solat di belakang penganut ajaran Rafidhah (Syiah)?” jawabnya: "Jangan kamu solat di belakang seorang yang berpegang dengan ajaran Rafidhah, atau di belakang Qadariah ataupun di belakang seorang Murji`ah.(Manaqib al-Baihaqi (1/413).

Ini bermakna, tindakan para ulama menghukum haram dan melarang seseorang dari solat berimamkan pengikut Aurad Muhammadiah adalah bersesuaian dengan tindakan Imam Shafie.

Al-Rabi’ berkata: Imam al-Syafie telah turun dari tangga (rumahnya) ke arah kami, sedang beberapa orang sedang berdebat tentang masalah taqdir. Tiba-tiba dia berkata; "Kalian boleh pergi dari sisi kami atau kalian ingin berdampingan dengan kami secara baik-baik. Seorang hamba menemui Allah S.W.T dengan segenap dosanya selain syirik lebih baik daripada dia menemui-Nya dengan membawa sesuatu dari sikap yang mengikuti hawa nafsu." (Manaqib al-Baihaqi (1/407, 456).

Sewaktu beliau hampir wafat, Imam Shafie sesekali jatuh pengsan. Kemudian ketika sedar, seorang demi seorang telah datang bertanya kepadanya: Siapa saya? Dia pun menjawab dengan lancar, "Anda ialah fulan bin fulan.” Tiba-tiba Hafs al-Fard (seorang Muktazilah) berkata kepadanya, "Siapa saya?” "Kamu ialah Hafh al-Fard, semoga dirimu tidak dijaga oleh Allah S.W.T kecuali jika engkau bertaubat.” (Manaqib al-Baihaqi (1/470).

Sebelum dari itu, Hafs pernah berbicara dengan Imam Shafie dengan berkata; "al-Quran itu makhluk." Imam Shafie menegaskan, "Engkau telah menjadi kafir terhadap Allah S.W.T yang Maha Agung.”

Ini bermakna Imam Shafie akan menghukum kafir kepada sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan jenayah akidah. Dia menzahirkan kenyataan tersebut dalam banyak keadaan yang lain. Sekiranya Imam Shafie mendengar kata-kata dan keyakinan pengamal Aurad Muhammadiah (Rufaqa) masakini yang mengatakan al-Quran hanya tinggal nashkah dan tidak ada ’roh’ lagi atau mendengar mereka berkata tidak perlu merujuk al-Quran untuk mencari nas kerana Minda Abuya adalah intisari al-Quran, sudah pasti Imam Shafie akan memberi hukum yang sama seperti para ulama pada zaman ini menghukum mereka.

Sikap keras Imam Shafie ini menjelaskan kepada kita bahawa perlunya ulama menzahirkan penentangan terhadap pesalah jenayah Akidah. Imam Shafie bukan sekadar memarahi mereka, malah mencela dan menentang mereka secara terang-terangan.

Imam Shafie juga menegaskan perkara berikut sebagai tanda sikap kerasnya terhadap Syiah:
"Aku tidak pernah melihat seorang pun yang aku akui pendustaannya selain daripada golongan Rafidhah (Syiah).” (Adab al-Shafie, hlm. 187)

Malah, dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa Imam shafie cenderung kepada Syiah Rafidhah adalah satu fitnah yang besar. Ibn Kathir menegaskan; Imam Shafie terlalu mulia kedudukannya dan terlalu tinggi kehormatannya untuk sependapat dengan kaum Syiah, suatu kelompok kecil dan golongan terpinggir. Ini kerana beliau memiliki pemahaman yang sempurna, hafalan yang luar biasa, pemikiran yang cemerlang dan daya teliti yang cermat.

Imam al-Zahabi menambah, "Sesiapa yang mengatakan bahawa Imam Shafie cenderung kepada mazhab Syiah, bererti dia telah berdusta dan tidak mengerti apa yang dikatakannya. ... kalaulah Imam Shafie seorang Shiah, pasti dia tidak mengatakan Khulafa’ Rashidin itu lima yang dimulai dengan Abu Bakar dan ditutup dengan Umar Abdul Aziz. (Siyar Alaam Nubala, hlm. 58-59)

Selain itu, al-Baihaqi meriwayatkan dengan sanadnya dari Yunus bin Abdul A’la, dia berkata: "Aku mendengar Imam Shafie mengatakan: "Seandainya seseorang menjadi sufi sejak permulaan siang, pasti tidak sampai tengahari melainkan aku mendapatinya sebagai seorang yang bodoh." (Manaqib Baihaqi 2/207)

Imam Shafie juga menegaskan; "Tidak menjadi sufi seseorang sufi sebelum dirinya mempunyai empat sifat; pemalas, banyak makan, mudah putus asa dan berlebihan di luar keperluan." (Manaqib Baihaqi 2/207)

Imam Shafie juga menyatakan; "Aku tinggalkan di Iraq sesuatu yang dibuat oleh kaum zindiq, yang mereka namakan taghbir (lagu puisi diiringi dengan alat percussion), yang mereka kira itu dapat melunakkan hati, padahal ia menjauhkan orang dari al-Quran.” (Manaqib Baihaqi 2/173)

Kata-kata Imam Shafie ini sangat bertepatan dengan keadaan Mawaddah (Artis Rufaqa) yang menyanyikan lagu puisi ciptaan Asaari dan dinyanyikan dengan iringan percusion. Tambahan lagi, pengikut Rufaqa sememangnya lebih banyak mendengar lagu Mawaddah berbanding mendengar dan mentadabur al-Quran dalam sehari.

Imam Shafie berkata: "Nyanyian adalah hiburan yang makruh dan menyerupai kebatilan. Sesiapa yang terlalu banyak melantunkannya, dia adalah seorang yang bodoh dan tidak diterima kesaksiannya.”

Ketegasan Imam Shafie membuktikan kepada kita bahawa para ulama sangat bersungguh-sungguh dalam memelihara kejernihan akidah ummah. Kekerasan mereka dalam menghukum bertujuan untuk mengelakkan orang awam terus terpedaya daripada menyertai golongan yang mengamalkan ajaran sesat.

Sehubungan itu, hujah Jemaah Aurad Muhammadiah adalah tertolak dan tidak diterima kerana sangat bercanggah dengan nas yang sahih dan disiplin ilmu Islam.

http://rufaqa-sesat.blogspot.com/2006_06_01_rufaqa-sesat_archive.html

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 26-06-06 16:37


Saya memilih manhaj ahli Salaf di samping menghargai manhaj Khalaf Asha'irah mahu pun Maturidiah


AKU SALAFI, ANAKKU BAGAIMANA?
> (SAYA BUKAN MUSUH SALAFI)
>
>
> Assalamualaikum wa Rahmatullah wa Barakatuh.
> Artikel yang saya tulis di bawah tajuk "AKU SALAFI, ANAK MURIDKU
BAGAIMANA" menjadi bahan muhasabah diri saya dalam seminggu
kebelakangan ini. Saya tidak pasti apakah artikel itu berjaya
mengungkapkan dengan tepat apa sebenarnya yang terbuku di hati saya,
atau ia telah tersasar lantas menimbulkan salaf faham yang
mengundang penyesalan.
> Banyak artikel yang saya tulis kebelakangan ini, menyentuh soal
yang sama. Soal SIKAP. Tetapi mungkin artikel saya tidak seimbang di
dalam membayangkan dilema yang menimpa kedua-dua pihak, sama ada
komuniti bermanhaj Salafi, mahu pun yang berpegang kepada aliran
golongan Khalaf. Banyak contoh yang saya berikan, merujuk kepada
telatah dan karenah komuniti Salaf hingga menyinggung perasaan ramai
pihak. Pastinya sukar untuk saya memperbetulkan kesan yang berlaku
ini, namun yang mampu saya fokuskan di sini adalah soal diri saya
sendiri.
> Persoalkan diri, apakah motif semua artikel yang pernah saya
tulis sebelum ini? Adakah ia terbit dari rasa mahu mendidik, atau
kerana kemarahan dan kekeliruan diri sendiri? Saya mengambil masa
yang panjang untuk menganalisa dan seperti biasa, perasaan tertekan
hanya dapat diredakan apabila saya luahkan ia dalam bentuk tulisan.
> Ada sahabat yang begitu tersinggung dengan artikel saya hingga
menganggap bahawa saya telah meng'kambing hitam'kan aliran Salafi
sebagai punca masyarakat meninggalkan agama! Ini bid'ah, itu bid'ah,
akhirnya masyarakat mengambil tindakan menelanjangkan diri mereka
dari isu ini lantas pergi kepada Jahiliah. Akibat analogi saya itu,
akhirnya saya menjadi Salafi yang dianggap memusuhi Salafi.
> Saya tidak mempunyai sebarang hujah untuk mempertahankan diri
dari persepsi sedemikian rupa. Ia berpunca daripada kelemahan saya
mengungkapkan ibarat dan dha'ifnya saya dalam mengemukakan contoh.
Kebanyakan contoh saya seperti leteran yang tidak berkesudahan
terhadap pendukung aliran Salafi terutamanya di kalangan adik-adik
yang berada di kampus.
> Malam tadi saya tanyakan soalan ini kepada diri saya, "mengapa
kamu tidak putus-putus meleteri golongan Salafi?"
> Dan saya termenung hingga ke hening pagi, mencari kesimpulan.
Akhirnya saya berkata, "ya, saya sudah tersilap cara menunjukkan
KASIH dan SAYANG."
> Seorang emak atau ayah, tentunya tidak berleter memarahi anak
orang lain. Sesekali jika anak orang lain bermain di depan rumah
kita hingga naik pasir dan debu ke pintu rumah, mahu juga kita
menegur sekali-sekala. Tetapi anak sendirilah yang selalunya
ditegur, dileter dan dipulas telinga. Ya kebanyakan emak dan ayah
kita begitu, mereka menjadi masalah terbesar kita kerana mereka
TERLALU KUAT MELETERI KITA, sebab mereka TERLALU KUAT MENGASIHI
KITA. Saya terlalu kasih kepada kesedaran masyarakat untuk kembali
kepada al-Quran dan al-Sunah, kerana itu saya cemas dan takut
kesedaran itu sekali lagi dipadamkan oleh mereka yang menolaknya,
lantaran SIKAP yang sama kita ulang-ulangkan sepanjang zaman.
>
>
> SEJARAH HIDUP MEMBINA MANHAJ ILMU
> Tahun 1993, saya bersyukur kerana menerima nasihat senior yang
menegah saya dari ke Mesir. Mereka yang sudah berada di Mesir,
menasihatkan saya supaya ke Jordan agar saya dapat mengoptimumkan
penguasaan Bahasa Arab kerana pada tahun itu, jumlah pelajar
Malaysia masih terlalu kecil berbanding di Mesir. Ia peluang yang
baik untuk saya berdikari.
> Ya, sedikit sebanyak, kekurangan pelajar Malaysia di Jordan
telah membantu saya menguasai Bahasa Arab pada kadar yang lebih
baik. Namun, penghargaan terbesar saya kepada Jordan adalah kerana
keterbukaan manhaj pengajian yang membolehkan saya menganalisa
setiap apa yang saya pegang selama ini, sama ada ia sesuai, betul,
atau sebaliknya. Tiada sebarang halangan bagi kami untuk membaca
sebarang buku, bahkan hanya dengan mempelbagaikan bacaan sahajalah
kami boleh cemerlang di dalam pengajian.
> Semasa di Jordan jugalah saya berkenalan dengan Ustaz Asri (Dr.
Mohd Asri Zainul Abidin) dan jasanya kepada pembentukan pemikiran
saya, amat besar dan penting. Beliau telah menyuluh jalan keluar
kepada dilema saya terhadap fahaman Syiah ketika itu. Di era itu,
ramai rakyat Malaysia yang terkesan dengan seminar Taqrib antara
golongan Sunnah dan Syiah yang dianjurkan oleh Persatuan Ulama
Malaysia pada sekitar awal 90'an. Saya mengagumi Khomeini dan
peranannya di dalam penggulingan Shah Iran, itu tidak dapat
dinafikan.
> Namun, kekaguman saya terhadap Syiah dan Iran ditempelak oleh
satu seminar yang diadakan di KUSZA. 3 slot ceramah yang disampaikan
oleh Maulana Asri Yusof menggoyahkan pegangan saya yang cuba
mempositifkan sokongan saya kepada Revolusi Iran. Pada masa itu,
rakan diskusi saya adalah Ustaz Maszlee Malik. Kami sama-sama
menganalisa sejauh mana kewajaran sokongan terhadap Khomeinisma
selepas pendedahan yang dilakukan oleh Maulana Asri dan Sheikh al-
Khatib (saya kurang ingat nama penuhnya. Beliau adalah tenaga
pengajar di Nilam Puri). Kebetulan kami sama-sama berkursus di KUSZA
ketika itu. 3 bulan yang penting dalam hidup saya; dan Ustaz Maszlee
Malik barangkali.
> Akan tetapi, kekusutan saya terhadap Syiah, Revolusi Iran dan
Khomeinisma selesai selepas menerima sentuhan Dr. Mohd Asri semasa
kami di Jordan. Beliau memandu saya dan rakan-rakan agar membaca
dengan betul. Walaupun penubuhan Institut Pengajian Ilmu-ilmu Islam
(INPIS) yang saya dan rakan-rakan usahakan bersama Dr. Asri tidak
mampu mencecah ulangtahunnya yang pertama, kesan daripada program
itu amat besar kepada diri saya. Kecenderungan saya dan rakan-rakan
dibongkar melalui brainstorming yang dikendalikan oleh Dr. Asri.
Akhirnya saya terpilih untuk memimpin study circle unit Siasah
Syariyyah yang diselia oleh Sheikh Muhammad Abdul Qadir Abu Faris.
Sesungguhnya momentum tahun kedua saya di Jordan masih terasa hingga
ke hari ini.
> Hasil pendedahan diskusi saya dan rakan-rakan bersama Dr. Asri,
kami dilatih agar menjaga AMANAH ILMU. Ilmiah dalam berpendirian.
> MEMPERKUKUHKAN ALIRAN KHALAFI AGAR BERDALIL
> Semasa di Jordan, saya cuba untuk mengukuhkan pegangan Khalafi
saya melalui talaqqi saya dan rakan-rakan bersama Ustaz Ahmad al-
Kaff yang mengajar kitab Kubra Yaqiniyyat al-Kauniyyah karangan Dr.
Al-Buti. Saya berasa lega kerana apa yang saya pegang hasil silibus
Malaysia, kini lebih kemas, berdalil dan tersusun.
> Walaupun begitu, pengajian di Jordan menuntut kami untuk
memperkembangkan bacaan ke pelbagai bahan, dan fikiran saya
bergoncang selepas berbalas-balas diskusi dengan rakan dan guru-guru
terhadap tulisan-tulisan Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah seperti al-
Ubudiyyah dan Fatawa Humawiyyah al-Kubra. Apa yang menjadi penyuntik
kekuatan diri saya ialah apabila Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah
menegaskan bahawa seandainya jalan Khalaf itu bijaksana dan
mendalam, sedang jalan Salaf pula hanya mampu mengambil status
SELAMAT, maka apakah pilihan saya? Berilmu dan bijaksana tetapi
terdedah kepada bencana keliru dan menjadi pengeliru, atau jalan
selamat di hari yang tiada keselamatan melainkan keselamatan
pemberian Allah? Maka semasa di tahun 3 pengajian di Jordan, saya
selesai membuat perbandingan. Saya memilih manhaj ahli Salaf di
samping menghargai manhaj Khalaf Asha'irah mahu pun Maturidiah yang
manhajnya sudah cukup tua dan matang, serta tidak perlu digoncang-
goncang semula oleh
> tangan kanak-kanak yang kepanasan mendapat kejutan ilmu.
> Saya tidak menghadapi sebarang masalah walaupun saya tinggal
serumah dengan rakan-rakan Turki yang rata-rata mereka beraliran
Maturidiyyah. Ada rakan serumah saya yang membuat PhD di dalam topik
yang berkaitan dengan isu Maturidiyyah, dan kami tinggal sebumbung
dengan penuh harmoni. Saya tidak ada masalah untuk mengkaji dan
mendalami sejarah Othmaniyyah, tanpa perlu membenci dan mentohmah
Muhammad bin Abdul Wahhab yang sinonim dengan penentangannya
terhadap kerajaan Othmaniyyah.
> PENDEDAHAN AMALI DI UK DAN IRELAND
> Di minggu pertama saya di London, saya mengambil upah membasuh
pinggan di kantin MSD. Pegangan saya diuji oleh seorang pelajar A-
Level. Semasa saya khusyuk membasuh pinggan di dapur, saya disergah
dengan soalan, "Ustaz, Allah di mana?"
> Saya tergamam dan saya merasakan bahawa soalan itu bukan
bertujuan mencari jawapan, tetapi untuk memeriksa 'pegangan Aqidah'
saya. Pada masa itu saya tersedar bahawa pembelajaran di Jordan
masih belum cukup untuk saya berhenti belajar serta berpuas hati.
Dengan sumber yang begitu terhad, saya berusaha membeli kitab-kitab
di kedai buku sekitar London seperti House of Knowledge dan Dar al-
Taqwa di Westbound Grove, Dar al-Salaam di Regent Mosque London, dan
sebagainya.
> Pada masa itu pelajar-pelajar A-Level berkucar kacir sesama
mereka tentang debat antara manhaj Salafi dan Khalafi, namun ada
beberapa isu yang tercicir dari perhatian. Pelajar yang tidak tahu
menahu, menjadi keliru dan memohon penjelasan dari saya. Manakala
isu kedua ialah tersebarnya fahaman Syiah di kalangan pelajar
Malaysia. Penyebaran secara pos ke rumah pelajar-pelajar Malaysia,
risalah Cahaya Kebenaran yang tidak diketahui penulisnya,
menimbulkan kebimbangan di kalangan kami. Akhirnya ada juga pelajar
Malaysia yang rebah dek sentuhan Tijani di dalam kitabnya Akhirnya
Kutemui Kebenaran. Kitab ini telah berjaya meng'syiah'kan ramai
orang.
> Alhamdulillah, disiplin menapis sumber maklumat beragama kita
dari sentuhan pengajian, memudahkan saya membantu adik-adik ini
merasionalkan kembali pegangan mereka terhadap Aqidah Ahl al-Sunnah
wa al-Jamaah. "Tidak kisahlah, sama ada manhaj Salafi atau Khalafi,
mana yang membawa kamu kepada maksud bertauhid dan Uluhiyyah Allah
SWT, pegang sahaja. Asalkan kamu tidak melampau. Melampau dalam
mentakwilkan semua kes, atau melampau bermati-matian menolak
sepenuhnya takwil", itu pesan guru-guru di Jordan yang saya masih
ingat.
> Ketika saya bertugas sebagai Imam di Belfast Islamic Centre,
sekali lagi yang mengucapkan puji kepada Allah atas manhaj yang saya
pegang. Tidak ada Imam dan Ulama yang boleh menjinakkan komuniti
saya yang kebanyakannya bermazhab Ananiyyah (mazhab keakuan – AKU),
melainkan dengan menonjolkan kembali otoriti al-Quran dan al-Sunnah.
Hanya Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya sahaja yang ada upaya
mendamaikan pertelingkahan. Namun sayalah yang terpaksa berpenat
lelah. Untuk mengajar fardhu ain pun, saya harus segera menyemak
hujah-hujah Syafie, Hanafi, Maliki dan Hanbali. Tidak lupa kepada
mazhab Jaa'fari. Seek first to understand, then to be understood.
Maka latar belakang pegangan jemaah yang pelbagai di masjid itu,
mesti digarap sebaiknya, khususnya untuk berhadapan dengan soalan
mereka yang bertujuan menguji saya.
> Ia bukan perkara yang mudah. Kekadang saya terasa semacam hasil
pengajian di Jordan hanya mampu membekalkan 10% sahaja ilmu yang
saya perlukan ketika terjun ke masyarakat. 90% adalah belajar semasa
mengajar.
> Pendirian Salafi saya memudahkan saya berinteraksi dengan tetamu
non-Muslim yang saban hari datang ke masjid untuk berdialog. Soalan-
soalan mereka mudah sahaja, namun apa yang mereka cari adalah AGAMA
YANG BERPRINSIP serta AGAMA YANG DIMILIKI OLEH TUHAN DAN UTUSANNYA.
Pendirian Salafi mudah menonjolkan ciri berkenaan.
> Tentu sekali semasa itu, saya berdepan dengan pelbagai halangan.
Antaranya, saya perlu berdepan dengan adik-adik yang kesukaan mereka
adalah berzanji dan bermaulid dalam keraian. Selepas dihalau ahli
jemaah Arab di masjid, pelajar Malaysia mencari tempat lain untuk
berkumpul. Akhirnya pelajar Malaysia suka berkumpul di tempat mereka
sendiri, yang bebas untuk melakukan semua kebiasaan di Malaysia.
Namun masjid terbiar dan ditinggalkan.
> Merasionalkan para pelajar ini agar dapat memahami mengapa Arab
tidak suka kepada Berzanji dan Maulid yang mereka baca, tidak
semudah yang disangka. Saya mengambil masa hampir setahun, berbual,
berdialog, bercekang mata di tengah malam menyambung perbincangan di
hujung minggu, untuk mengungkai satu persatu isu yang timbul.
Bermula dari isu perbezaan hukum tersentuh lelaki dan perempuan,
hinggalah kepada soal takwil mentakwil dalam ayat Mutasyabihat,
serta tariqat, tasauf, falsafah al-Hallaj dan sebagainya. Sedikit
sebanyak, al-ahkam.net banyak memainkan peranan membantu kami yang
ketandusan bahan di hujung benua. Alhamdulillah akhirnya kebanyakan
pelajar di Belfast terbuka untuk meninggalkan apa yang patut
ditinggalkan. Dan mereka juga semakin dinamik dalam urusan peribadi
dan kemasyarakatan di sana. Bagi yang mahu terus berada di dalam
kerangka Syafi'e, saya mengajak mereka naik setingkat, iaitu
mempelajari dalil-dalil dan perbahasan Mazhab Syafi'e. Apa yang
penting
> ialah, agama jangan ikut-ikut.
> Apabila balik ke Malaysia, saya tahu yang kehidupan serta
pegangan saya mesti seimbang di antara tuntutan idealistik serta
nilai realistik. Pendirian saya masih sama, dan ia terungkap di
dalam tulisan saya "Paksi Islam: Syakhsiah Atau Hujah".
> SETELAH PULANG KE MALAYSIA
> Saya juga bersyukur, keberadaan saya di dalam Fitrah Perkasa
amat memerlukan kepada sentuhan manhaj Salafi agar saringan dapat
dibuat. Kesan-kesan literature al-Arqam dibersihkan bersama-sama.
Modul-modul yang sedia ada diperkukuhkan lagi dan semua bahan
disemak semula. Fitrah Perkasa menempuh gegaran yang besar di dalam
pemurnian modul, namun saya bersyukur kepada Allah kerana di era
Sinun Khadda'ah (tahun-tahun yang menipu di akhir zaman), tiada
keselamatan dari kekeliruan, kecelaruan dan penipuan, melainkan
dengan bersungguh-sungguh berpegang kepada sumber yang benar, jelas
dan tepat.
> "Sesungguhnya ilmu itu adalah agama, maka lihatlah dari siapa
kamu mengambil agamamu" - Ibn Sirin
> GURU NANAK DAN KUCING ASHRAM
> Pernah suatu ketika Guru Nanak dan pengikut-pengikutnya mahu
mengerjakan sembahyang cara mereka. Tetapi mereka diganggu oleh
kucing ashram yang menyelit-nyelit di celah kaki mereka. Lantas Guru
Nanak mengarahkan supaya kucing ashram itu diikat di tiang setiap
kali mereka mahu bersembahyang.
> Selepas beberapa ketika, Guru Nanak telah meninggal dunia.
Pengikutnya masih mengamalkan ajaran Guru Nanak seperti biasa dan
setiap kali mereka mahu bersembahyang, mereka akan menambat kucing
ashram tersebut di tiang. Akan tetapi selepas kucing ashram itu
mati, pengikut-pengikut Guru Nanak mencari pula kucing lain untuk
diikat setiap kali mereka mahu mengerjakan sembahyang!
> Berkurun selepas itu, barulah ahli teologi membongkarkan hal
ini, betapa kesilapan telah berlaku apabila pengikut ajaran Guru
Nanak menyangkakan bahawa sembahyang mereka tidak sah tanpa kucing
yang ditambat di tiang! Mengapa semua ini terjadi? Jawapannya mudah,
bertaqlid buta dan agama menjadi ritual. (--"The Guru's Cat" from
The Song of the Bird by Anthony ada Mello)
> Saya kisahkan cerita di atas kepada pelajar-pelajar sebuah kolej
semasa mereka mengikuti sebuah kursus yang saya kendalikan bersama
Fitrah Perkasa. Para pelajar dibawa ke tepi pantai dan kami belajar
zikir dan fikir terhadap kebesaran Allah berpandukan ayat 190 serta
191 surah Aali Imran. Kemudian kami bersolat dua rakaat. Selepas
solat di atas pasir, saya kisahkan cerita kucing ashram tersebut dan
saya tanya kepada pelajar, mengapa kalian menyapu muka selepas
memberi salam tadi? Soalan itu saya biarkan tergantung supaya
pelajar kaitkan ia dengan kisah Guru Nanak dan kucing ashram itu
tadi.
> MANHAJ SALAFI DI KOTA DAN DESA
> Manhaj Salafi mudah diterima di kawasan bandar, universiti dan
tempat-tempat yang orangnya dinamik serta tidak begitu tertakluk
kepada kebiasaan, atas resam dan budaya setempat. Manakala di
kampung-kampung atau kawasan perumahan yang penduduknya suka
bersandar di tiang setiap kali datang ke masjid, cabaran pertamanya
adalah proses untuk activate pemikiran agar rajin sedikit. Jika ini
berjaya, satu perdua masalah sudah selesai.
> Akan tetapi, bagi warga kota yang beroleh kesedaran untuk
mengikut manhaj Salafi, cabaran seterusnya yang perlu mereka hadapi
ialah anak-anak. Bagaimanakah caranya kesedaran untuk berpegang
kepada al-Quran dan Sunnah yang sahih itu boleh dipindahkan kepada
anak-anak? Ia soalan yang besar. Tajuk asal artikel saya sebelum ini
adalah AKU SALAFI, ANAKKU BAGAIMANA. Saya mengubahnya di saat akhir
kerana isu ibu bapa dan anak memerlukan kepada perbahasan yang
berasingan. Saya amat berharap agar ada warga komuniti Salafi yang
boleh memperkembangkan tajuk ini kerana dilema yang dihadapi oleh
anak-anak yang beribu bapakan Salafi, kekadang tidak disedari oleh
ibu bapa mereka.
> Ibu bapa sudah selesai, kerana zaman belajar ala sekolah sudah
tamat. Mereka mendapat kesedaran untuk berpegang kepada manhaj
Salafi kerana mahu mencari prinsip dan pegangan hidup.Tetapi
bolehkah kesedaran itu dengan mudah dipindahkan kepada anak-anak.
Tidak sedikit anak warga kota yang saya temui melalui kursus-kursus,
mengalami kekeliruan.
> Golongan yang pertama adalah golongan yang tidak menjadi (saya
positifkan sebagai BELUM menjadi). Ibu bapa bermanhaj Salafi tetapi
anak-anak menjadi sebahagian dari warga KL yang manhajnya mengikut
trend fesyen, pemikiran dan hiburan masa kini. Berbekalkan
kemewahan, sebahagiannya boleh memperolehi apa sahaja dalam hidup
ini, kecuali ERTI dan TUJUAN HIDUP. Ibu bapa bermanhaj Salafi ketika
anak-anaknya sudah tercicir dari kesedaran itu dan completely
BRITISH MINDED.
> Ini adalah jumlah terbesar pelajar yang saya temui di dalam
pelbagai siri kursus. Sama ada ibu bapa mereka Salafi atau tidak,
mereka adalah generasi yang kesunyian. Antara jawapan yang saya dan
rakan-rakan terima daripada mereka ialah:
>
> 1. Masalah terbesar hidup saya ialah LIFE IS BORING.
> 2. Namun saya tidak bersedia untuk MATI
> 3. Ibu bapa sibuk bekerja, hanya tahu melahirkan saya.
> 4. Saya sudah dengar ceramah ustaz. Insya Allah saya faham
besarnya erti ketaatan anak-anak kepada ibu bapa. Tetapi adik-adik
saya sukar difahamkan. Kami sukar untuk melihat rasional Kenapa kami
kena hormat ibu bapa kami sebab mereka tidak layak dihormati.
> 5. Mak kuat berleter.
> 6. Ayah membosankan.
> 7. Kalau ibu bapa saya mati pun, nak buat macam mana. Saya
tak kisah
> Jawapan ketujuh itu adalah kemuncak krisis anak-anak ini. Saya
berpandangan, adalah sukar untuk seorang anak menghayati keperluan
dirinya berpegang kepada Sunnah yang Sahih, ketika dia tidak kenal
siapa mengajar Sunnah itu iaitu Rasulullah SAW. Mencontohi Baginda
SAW mesti bermula dengan mengenali dan mencintai Baginda SAW. Dan
bagaimanakah mereka boleh mengasihi Rasulullah SAW ketika kasih ibu
bapa sendiri pun sukar dikecapi? 'Guru'nya di rumah sudah ponteng
kelas, tidak mengajar malah kurang kasih sayang!
> Inilah yang cuba saya kongsi bersama rakan-rakan semanhaj. Jika
yang sudah senior, mungkin tiada keperluan untuk mendengar apa yang
ingin saya sebutkan ini. Tetapi bagi adik-adik, khususnya mereka
yang berada di kolej, penegasan saya adalah: MENGUSAHAKAN PERUBAHAN
TIDAKLAH SEMUDAH YANG DISANGKA.
> SUSAHNYA JALAN INI
> Ada di kalangan pemilih Manhaj Salafi terpaksa dipenjarakan di
dalam ISA dan menempuh krisis pemikiran bertahun-tahun lamanya,
sebelum dapat melihat dan menerima manhaj yang mulia ini. Masyarakat
kita masih ramai yang terbelenggu oleh pemikiran ajaran sesat yang
tidak senonoh seperti yang boleh dibaca di http://rufaqa-
sesat.blogspot.com. Ia mewakili pemikiran rakyat yang masih sukakan
keajaiban, jalan pintas, beridentitikan lain dari yang lain, dan
yang paling menakutkan saya adalah lafaz seorang pengikut ajaran
sesat yang disiarkan di televisyen tahun lepas, "kami ada Nabi. Nabi
kami masih hidup. Nabi kamu mana? Mana Nabi kamu?". Sungguh Misteri
Nusantara!
> Usaha saya untuk mengimplimentasikan manhaj Salafi di sekolah
saya di Belfast juga tidak mudah. Banyak perkara yang perlu saya
pertimbangkan sebab yang berada di hadapan saya adalah anak-anak
yang berusia antara 5 ke 16 tahun. Pembetulan mesti berlaku seperti
menarik rambut dari tepung. Rambut tak putus, tepung tak tumpah.
Jika silap pendekatan, maka ibu bapa akan dengan mudah membatalkan
persekolahan anak mereka di sekolah saya. Kes ini telah berlaku
kepada anak-anak orang Syiah di Belfast yang menarik keluar semua
anak mereka selepas mereka mendapat tahu tentang pendirian saya
terhadap Khomeini.
> Manakala pengalaman yang paling mengejutkan saya ialah semasa
saya ke rumah dua remaja seperti yang saya ceritakan di dalam
artikel lepas bertajuk JIWA DAI'E OTAK FAQIH. Kedua ibu bapa remaja
tersebut menghabiskan usia muda mereka dengan cara hidup yang
western oriented. Lantas anak-anak mereka juga dibesarkan secara
barat. Tiba-tiba di akhir usia 40'an, mereka mendapat kesedaran
Islam. Namun, ayah kepada dua remaja ini mendapat kesedaran Islam
versi Salafi yang keras, membid'ahkan perkara-perkara yang
sememangnya berleluasa di sekitarnya.
> Kesan daripada itu, si ayah dan mungkin juga si ibu, tidak dapat
memindahkan kesedaran Islam mereka kepada anak-anak. Ketegasan
mempertahankan manhaj Salafi amat jauh jaraknya dengan pemikiran
British Minded anak mereka. Soalan "Perlukan mereka kepada Tuhan?"
itu pun tidak terjawab, apatah lagi untuk membetulkan soal Basmalah
secara jahriyyah atau senyap!
> Inilah yang membimbangkan saya. Ikhwah kita yang mendapat
kesedaran Islam di pertengahan usia, berhadapan dengan dilema.
Mereka boleh berubah dan mengubah serba-serbi pegangan dan cara
beribadat mereka selama ini. Tetapi apakah mereka ada mekanisma yang
jelas, bagaimanakah kesedaran itu boleh dipindahkan kepada anak-anak.
> Saya senaraikan 6 siri kursus terakhir yang saya kendalikan,
saya bertemu dengan remaja yang ibu bapa mereka bermanhaj Salafi.
Namun, anak-anak sebahagian mereka tidak menjadi. Sama ada mereka
sendiri yang berasa janggal kerana 'lain dari yang lain', atau pun
terus menolak dakwah ibu bapa mereka. Salafi tidak, Khalafi pun
tidak. Yang ada, adalah generasi remaja yang keliru.
> Inilah yang cuba saya ketengahkan di dalam artikel "AKU SALAFI,
ANAK MURIDKU BAGAIMANA". Saya mahu mengingatkan diri saya dan rakan-
rakan, khususnya generasi muda agar tidak memandangkan mudah soal
mencetuskan perubahan ini. Ahh, apa yang susahnya, ikut sahajalah
cara Nabi, habis cerita. Ya, jika mentaliti seperti ini ada di
pemikiran kita, maka lebih baiklah kita berkawan sahaja dengan tikus
yang sedang sibuk membaiki labu. Namun, untuk terjun ke medan dakwah
tanpa mempedulikan kaedah dan ilmu dakwah, takut binasa lebih banyak
dari berjasa.
> Jangan ulang kesilapan Mehmet of Birgi di era Othmaniyyah,
jangan ulang kegagalan yang berlaku di tahun 60 an ketika manhaj
Ansar Sunnah dibuang daerah dan dihukum semahu-mahunya. Untuk
pusingan kali ini, pelajarilah betul-betul dan berbincanglah sebaik
mungkin, bagaimanakah kesedaran ini dapat dipupuk secara yang
cemerlang, agar kita sebagai mukmin, tidak disengat di lubang yang
sama, buat kali entah ke berapa.
> Maafkan saya wahai ikhwah Salafi, kerana tersilap menunjukkan
kasih dan sayang.
> Thooba lil Ghurabaa'...
> ABU SAIF @ www.saifulislam.com
> 56000 Cheras, 22 Jun 2006
> (Hari pertama kembali menjadi pelajar di UIAM. Moga
dipermudahkan Allah)
>
>

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-06-06 00:08


Sejak saya mula mengenali hadith (SPM ada subjek Al Quran Sunnah) sampailah ke peringkat belajar hadith di universiti secara formal atau tidak, saya sering tertanya, siapakah yang benar-benar layak digelar ahli hadith/pakar hadith/muhaddith? Orang yang banyak hafal hadith? Orang yang hafal matan mustolah hadith (kaedah-kaedah kajian hadith)? Orang yang banyak beli buku hadith? Orang yang banyak tulis buku hadith? Orang yang boleh check setiap hadith sahih atau tidak? Orang yang banyak beramal dengan hadith? Orang yang mampu membaca kitab-kitab hadith dalam Bahasa Arab? Orang yang hafal nama buku-buku hadith? Dan sebagainya…

            Bila melihat ulama-ulama silam, boleh dikatakan semuanya pakar hadith. Tapi siapa lebih hebat? Al Bukhari? Ibn Hajar?

            Bila melihat ulama-ulama moden, siapa pula yang boleh digelar pakar? Al Albani? Abu Ghuddah? Al Ghumari?




            Ciri-ciri yang saya persoalkan di atas sebenarnya bercampur-aduk dan kadangkala memeningkan kepala. Persoalan yang saya utarakan di awal tulisan ini adalah di antara ukuran atau neraca timbangan yang digunakan oleh sebahagian kita untuk menilai sama ada seseorang itu pakar dalam bidang hadith atau alim dalam hadith.

            Perlu kita sedari….bahawasanya ulama-ulama hadith terdahulu amat mendalam pengetahuan mereka tentang hadith terutama ulama-ulama yang kita kenali mereka sebagai pakar dalam bidang hadith seperti para periwayat hadith daripada golongan tabi’in dan selepas mereka sehinggalah kepada imam-imam pengumpul hadith terkemuka: al Bukhari, Muslim dan murid-murid mereka seterusnya pewaris mereka hingga ke zaman ini. Tetapi…tetapi….mereka juga tidak terlepas daripada melakukan beberapa kesilapan dalam bidang ini. Mereka juga tidak tahu semua perkara dalam bidang mereka sendiri. Mereka ibarat batu-bata yang saling melengkapi untuk satu binaan berdiri kukuh. Masing-masing menjalankan tugas sekadar termampu dan diteruskan pula oleh ulama-ulama yang muncul selepas mereka. Inilah hakikatnya. Inilah satu fakta yang perlu kita sedari sebelum kita membuat penilaian tentang siapa muhaddith paling ulung atau siapa pakar hadith sama ada di zaman silam atau pada zaman ini.

            Kita lihat para ulama yang terlibat dalam bidang hadith terlalu ramai di zaman silam. Mereka yang digelar al Hafiz atau al Muhaddith juga ramai. Gelaran sebegini bukanlah bermaksud mereka tidak boleh lagi ditandingi oleh ulama lain. Ia juga bukanlah bermaksud mereka telah mencapai kemuncak dan segala kata-kata mereka atau ijtihad mereka adalah benar 100%. Bagi saya, siapa pun anda, kalau anda mempunyai hujah atau dalil, anda boleh mengkritik mereka (bukan menghina) dan boleh membincangkan semula pendapat atau ijtihad mereka…asalkan anda mempunyai hujah yang kukuh. Kerana mereka juga manusia, mereka bukan malaikat atau nabi yang maksum.

            Sekiranya kita menggelar seseorang alim atau sebahagian ulama sebagai pakar hadith pun tidak mengapa bagi saya. Cuma kita perlu menyedari tentang maksud sebenar kata-kata kita. Janganlah gelaran itu mengkaburkan pandangan kita sehingga kita jadi taksub dan taat sepenuhnya kepada setiap gerak-geri dan ucapan ulama yang kita gelar sebagai muhaddith atau pakar hadith.

            Sehebat Ibn al Jauzi yang mengarang buku al Maudhu’at (himpunan hadith-hadith palsu berserta sebab ia dinilai palsu) pun masih tersilap menggunakan hadith-hadith yang tidak sahih dalam buku-bukunya yang lain. Sehebat Ibn Hajar juga tersilap dalam bukunya Taqrib al Tahdzib (penilaian kedudukan periwayat). Sehebat al Suyuthi pun masih ada banyak kesilapannya dalam buku al Jami’ al Shoghir. Biasalah, manusia itu lemah!

            Ada orang yang kagum dengan kehebatan sebahagian ustaz menghafal matan/lafaz hadith di dalam Bahasa Arab lantas menggelarkannya sebagai muhaddith ulung yang tiada tandingan. Setakat menghafal hadith belum cukup untuk kita mengangkatnya kepada kedudukan yang terlalu tinggi. Mungkin dia menghafal tapi kurang arif tentang fiqh hadith? Mungkin dia tak dapat membezakan di antara hadith sahih, dhaif atau palsu?

            Tengok pula pada ustaz yang lain, dia memang hebat. Semua hadith kalau ditanyakan kepadanya dia akan berjaya menceritakan di mana hadith itu berada (takhrij). Tapi rupanya dia tak tahu macam mana caranya untuk menapis hadith-hadith yang dhaif atau palsu.

            Ada pula ustaz ketiga, amat faham tentang teori kajian (mustolah hadith) sehingga dia hafal syarat-syarat itu dan syarat-syarat ini, tapi kalau dilontarkan padanya satu hadith, berpeluh juga dia hendak mencari di mana wujudnya hadith itu dan siapa yang meriwayatkannya.

            Ada ustaz lain pula, amat hebat dalam menapis hadith. Tapi rupa-rupanya dia amat kurang membaca hadith dan mengingatinya. Kalau ingin mengkaji, perlu buka buku terlebih dahulu barulah boleh mengkaji. Hadith-hadith yang penting tidak diingatinya melainkan jika bukunya dibuka.

            Cari lagi ustaz lain, amat mendalam ilmunya tentang hadith dan fiqh hadith (huraian maksud dan hukum yang terkandung dalam hadith). Tapi sayangnya, sekali lagi ustaz sebegini tidak tahu bagaimana ingin membezakan antara hadith sahih dan hadith yang tidak sahih.

            Tidak kurang juga yang kuat beramal dengan sunnah, tapi dia sendiri tidak tahu asal usul atau hadith yang diamalkannya. Apa yang ada pada dirinya ialah keinginan yang tinggi untuk mencontohi Rasulullah SAW dalam segala gerak-geri dan tutur kata.

            Lebih malang lagi, ada orang yang mendakwa ‘syeikh’nya sahajalah yang alim hadith, orang lain tidak. Hebat kerana syeikhnya tahu satu dua perkara dalam hadith. Itu sahaja. Taksubnya sehingga menafikan kehebatan syeikh orang lain. Bila agaknya sikap taksub ini akan hilang? Taksub bukan sahaja menjangkiti sebahagian (bukan semua) ahli tarekat, ahli pondok, bahkan menjangkiti juga sebahagian yang menggelar diri mereka salafi atau pengikut sunnah!

            Berbalik kepada topik artikel…siapa ulama atau pakar hadith? Bagi saya,..wallahu a’lam…akan ada ulama yang arif dalam satu cabang daripada bidang hadith, tetapi sudah pasti dia tidak tahu cabang-cabang yang lain. Ada yang tahu satu sudut dengan mendalam, namun sudut-sudut lain hanya diketahui secara umum. Ada yang masih dalam proses menuntut dan mencari pengalaman, mungkin ketika umur mencapai 70 tahun, barulah boleh dipanggil muhaddith! Kalau nak dipanggil semua ulama dengan gelaran muhaddith atau pakar hadith, atau alim hadith…bagi saya tidak ada masalah …tapi dengan syarat: kita sedar bahawa setiap ulama itu mempunyai kelebihan dan kekurangan dan pastikan diri kita tidak taksub sehingga menghalang kita untuk mengkritik atau mengambil pendapat lain selain pendapat orang yang kita sanjung dan gelar sebagai muhaddith tadi.

            Dan apa pula tindakan kita? Teruskan usaha untuk menambah ilmu kerana ilmu sama ada bidang hadith atau bidang lain, ia perlu dicari dan dituntut, ia tidak datang bergolek, ia tidak mencari kita. Kitalah yang akan berusaha menambah ilmu di dada. Sekiranya kita ingin sama menyertai golongan yang digelar sebagai pengkaji atau alim hadith, mulakan usaha dengan belajar dan membaca dan mengkaji. Kalau setakat kita membaca satu dua buku daripada seorang dua penulis, kemudian berangan-angan untuk jadi alim hadith, lupakan saja impian itu! Impian menjadi muhaddith tidak mustahil, tapi ia perlukan usaha dan pengorbanan.

alitantawi (al-ahkam.net0

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 12-07-06 06:48


Mari kita berhijrah bersama mereka ke mazhab salaf: Syeikh Rasyid Redha


Mari kita berhijrah bersama mereka ke mazhab salaf: Syeikh Rasyid Redha

Marilah kita berhijrah bersama mereka. Bersama kafilah al-Ghazali, Rasyid Redha, Abul Hasan al-Asy'hari dan selain mereka. Kembali berhijrah kepada ajaran murni Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Dari pelbagai aliran akhirnya mereka berhijrah kepada salafiyah. Mazhab salafus soleh.

Syeikh Saiyid Rasyid Redha. Siapa tidak mengenalinya? Memperkenalkannya samalah seperti menunjukkan sang mentari di tengahari. Seorang muslih abad ini. Yang dari tangannya diceduk pelbagai kebaikan oleh muslih-muslih lainnya hinggalah kehari ini.

Beliau asal sufi. Pengamal tarekat sufi. Mulanya Syazaliyah, kemudian Naqsyabandiyah. Nama penuhnya Muhamad
Rasyid bin Ali Ridha bin Syamsudin bin Baha'uddin al-Husaini. Nasabnya sampai kepada ahlul bait Rasululllah s.a.w. Lahir pada 27/5/1282 Hijrah di Selatan Tarablus, Syam.

Banyak pengalaman yang dilaluinya ketika bersama tarekat-tarekat ini. Dirasakannya, terdapat banyak perkara bid'ah di dalamnya yang menyalahi al-Quran dan al-Sunnah. Antaranya, beliau pernah memperolehi ijazah kitab Dala'ilul Khairaat dari syeikh Syazalinya. Lalu beliau mendapati di dalamnya terdapat banyak pendustaan ke atas Rasulullah s.a.w. Lalu beliau meninggalkannya dan berpaling kepada wirid-wirid yang sahih dan sabit dari Rasulullah s.a.w.

Semasa di dalam Naqsyabandiah, beliau melakukan zikir harian Ismul Jalalah (Allah) sebanyak lima ribu kali. Dengan memejamkan mata, menahan pernafasan sekadar termampu dan melakukan rabitah antara hatinya dan hati gurunya. Kemudian setelah itu jelaslah kepadanya bahawa zikir begini adalah bid'ah. Malah boleh berlaku syirik khafi. Kerana apa yang
Tauhid kehendaki ialah dalam setiap peribadatan seorang hamba, hatinya hendaklah ditawajjuhkan sepenuhnya kepada Allah Taala, bukan kepada guru.
Setelah itu, beliau terkesan dengan pemikiran al-Afghani dan Muhamad Abduh. Dan akhirnya, beliau telah benar-benar terpengaruh dengan kitab-kitab Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah dan Syeikh Muhamad bin Abdul Wahab. Dan banyak pemikirannya tertuang di dalam majalahnya yang terkenal, majalah al-Manar.
(Ruj: http://www.alwahabih.com/121.htm)

Tentang salafiyahnya Syeikh Rasyid Redha ini, jelas dapat dilihat melalui perkataan syeikh Yusof al-Qaradhawi yang secara terang-terangan menyatakan bahawa beliau sendiri antara salah seorang pengkagumnya. Di dalam Fatawa Mua'sharah vol 2:

"Saya juga bersyukur kepada Allah terhadap mereka yang menaruh hormat dan penghargaan kepada orang2 yang memainkan peranan jelas dalam menghidupkan umat ini,
memperbaharui agamanya, dan membangkitkan kesedaran mereka. Tentu saja, hal ini merupakan kelebihan yang baik yang wajib ditetapkan dan dipegang teguh, kerana saya melihat ramai orang -sangat disesalkan- yang tidak mempunyai keinginan kecuali menghancurkan dan meruntuhkan sesuatu yang tinggi dan
memburuk-burukkan pahlawan dan pembesar yang telah mewariskan peradaban. Maka tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.

Saya juga bersyukur kepada Allah atas prasangka baik saudara penyoal kepada saya, dan saya berharap bahawa saya layak menyandang apa yang sdra sebutkan, serta layak memberikan penjelasan tentang keadaan Syeikh Rasyid Redha. Semoga Allah memberi rahmat kepada beliau dan membalas kebaikan beliau terhadap agama dan umatnya.

Saya tidak mengingkari bahawa saya termasuk salah seorang pengkagum Syeikh Rasyid Redha, dan saya menganggapnya sebagai salah seorang mujaddid Islam, sebagai salah seorang ulamak yang
mendalam ilmunya, yang berfikiran merdeka, dan mujtahid dalam agama. Majalahnya, al-Manar, dan tafsirnya, alManar, berserta kitab2 dan fatwa2nya memiliki pengaruh yang tidak dapat disangkal oleh seorangpun dalam menyedarkan umat Islam dari kelalaiannya dan membebaskan mereka dari rantai taklid yang membelenggu leher mereka. Beliau juga berusaha keras untuk mengembalikan mereka kepada sumber2 agama yang jernih, iaitu kitab Allah dan sunnah nabiNya serta petunjuk dan bimbingan salaf yang saleh, genarasi terbaik...."

Pengakuan al-Qaradhawi bahawa Syeikh Rasyid Redha sebagai pembawa panji-panji salaf, memerangi taqlid dan bid'ah ada di sebutkan di dalam kitabnya yang lain.(Ruj: Ummatina Baina Qarnain, hal: 105).

Syeikh Rasyid Redha juga antara orang yang bertanggungjawab menyebarkan kitab-kitab karya Syeikh Muhamad bin Abdul Wahab:

ãÍãÏ ÑÔíÏ ÑÖÇ ÕÇÍÈ ÇáãäÇÑ¡ ٿí ãÕÑ¡ æåæ ÇáÐí ÓÇåã ٿí äÔÑ ßÊÈ ÇáÔíÎ
(Ruj: http://www.alsaha.com/sahat/Forum2/HTML/005404.html)

Di samping itu, beliau juga adalah antara orang yang mempertahankannya dan mengeji mereka yang mengeji dan menfitnahnya. ٿAntaranya ialah tulisannya dalam mukadimah kitab Siyanatul Insan An Waswasatil Dahlan. Iaitu kitab yang menolak fitnah dan pembohongan Zaini Dahlan ke atas Syeikh Muhamad bin Abdul Wahab:

Þæá ÇáÔíÎ ÑÔíÏ ÑÖÇ - ÑÍãå Çááå - ٿí ÊÞÏíãå áßÊÇÈ (ÕíÇäÉ ÇáÅäÓÇä Úä æÓæÓÉ ÏÍáÇä): "ßäÇ äÓãÚ ٿí ÕÛÑäÇ ÃÎÈÇÑ ÇáæåÇÈíÉ ÇáãÓÊãÏÉ ãä ÑÓÇáÉ ÏÍáÇä åÐÇ æÃãËÇáå ٿäÕÏÞåÇ ÈÇáÊÈÚ áãÔÇíÎäÇ æÂÈÇÆäÇ¡ æäÕÏÞ Ãä ÇáÏæáÉ ÇáÚËãÇäíÉ åí ÍÇãíÉ ÇáÏíä æáÃÌáå ÍÇÑÈÊåã æÎÖÏÊ ÔæßÊåã¡ æÃäÇ áã ÃÚáã ÈÍÞíÞÉ åÐå ÇáØÇÆٿÉ ÅáÇ ÈÚÏ ÇáåÌÑÉ Åáì ãÕÑ æÇáÇØáÇÚ Úáì ÊÇÑíÎ ÇáÌÈÑÊí¡ æÊÇÑíÎ ÇáÇÓÊÞÕÇÁ ٿí ÃÎÈÇÑ ÇáãÛÑÈ ÇáÃÞÕì ٿÚáãÊ ãäåãÇ Ãäåã åã ÇáÐíä ßÇäæÇ Úáì åÏÇíÉ ÇáÅÓáÇã Ïæä ãÞÇÊáíåã¡ æÃßÏå ÇáÇÌÊãÇÚ ÈÇáãØáÚíä Úáì ÇáÊÇÑíÎ ãä ÃåáåÇ¡ æáÇ ÓíãÇ ÊæÇÑíÎ ÇáÅٿÑäÌ
ÇáÐíä ÈÍËæÇ Úä ÍÞíÞÉ ÇáÃãÑ ٿÚáãæåÇ æÕÑÍæÇ Ãä åÄáÇÁ ÇáäÇÓ ÃÑÇÏæÇ ÊÌÏíÏ ÇáÅÓáÇã æÅÚÇÏÊå Åáì ãÇ ßÇä Úáíå ٿí ÇáÕÏÑ ÇáÃæá¡ æÅÐÇ ÊÌÏÏ ãÌÏå æÚÇÏÊ Åáíå ÞæÊå æÍÖÇÑÊå¡ æÃä ÇáÏæáÉ ÇáÚËãÇäíÉ ãÇ ÍÇÑÈÊåã ÅáÇ ÎæٿÇð ãä ÊÌÏíÏ ãáß ÇáÚÑÈ æÅÚÇÏÉ ÇáÎáÇٿÉ ÇáÅÓáÇãíÉ ÓíÑÊåÇ ÇáÃæáì..." Åáì Ãä ÞÇá: "Ëã ÇØáÚÊ Úáì ÃßËÑ ßÊÈ ÇáÔíÎ ãÍãÏ Èä ÚÈÏ ÇáæåÇÈ æÑÓÇÆáå æٿÊÇæíå¡ æßÊÈ ÃæáÇÏå æÃÍٿÇÏå¡ æÑÓÇÆáåã æÑÓÇÆá ÛíÑåã ãä ÚáãÇÁ äÌÏ ٿí ÚåÏ åÐå ÇáäåÖÉ ÇáÊÌÏíÏíÉ ٿÑÃíÊ Ãäå áã íÕá Åáíåã ÇÚÊÑÇÖ æáÇØÚä ٿíåã ÅáÇ æÃÌÇÈæÇ Úäå¡ ٿãÇ ßÇä ßÐÈÇ Úáíåã ÞÇáæÇ: ÓÈÍÇäß åÐÇ ÈåÊÇä ÚÙíã¡ æãÇßÇä ÕÍíÍÇð Ãæ áå ÃÕá ÈíäæÇ ÍÞíÞÊå æÑÏæÇ Úáíå.


æÞÏ ØÈÚÊ ßÊÈåã¡ æÚÑٿ ÇáÃáæٿ ãä ÇáäÇÓ ÃÕá Êáß ÇáãٿÊÑíÇÊ Úäåã¡ æãä ÇáãÓÊÈÚÏ ÌÏÇð Ãä íßæä ÇáÔíÎ ÃÍãÏ ÏÍáÇä áã íØáÚ Úáì ÔíÁ ãä Êáß ÇáßÊÈ æÇáÑÓÇÆá¡ æåæ ٿí ãÑßÒå ÈãßÉ ÇáãßÑãÉ Úáì ãÞÑÈÉ ãäåã ٿÅä ßÇä ÞÏ ÇØáÚ ÚáíåÇ Ëã ÃÕÑ Úáì ãÇ ÚÒÇå Åáíåã ãä
ÇáßÐÈ æÇáÈåÊÇä Ü áÇÓíãÇ ãÇ äٿæå ÕÑíÍÇð æÊÈÑÄæÇ ãäå Ü ٿÃí ÞíãÉ áäÞáå æáÏíäå æáÃãÇäÊå¡ æåá åæ ÅáÇ ããä ÈÇÚæÇ Ïíäåã ÈÏäíÇåã... æÅÐÇ ٿÑÖäÇ Ãä ÇáÔíÎ ÃÍãÏ ÏÍáÇä áã íÑ ÔíÆÇð ãä Êáß ÇáßÊÈ æÇáÑÓÇÆá¡ æáã íÓãÚ ÈÎÈÑ Úä Êáß ÇáãäÇÙÑÇÊ æÇáÏáÇÆá¡ æÃä ßá ãÇ ßÊÈå ٿí ÑÓÇáÊå ÞÏ ÓãÚå ãä ÇáäÇÓ æÕÏÞå Ãٿáã íßä ãä ÇáæÇÌÈ Úáíå Ãä íÊËÈÊ ٿíå æíÈÍË æíÓÃá Úä ßÊÈ ÇáÔíÎ ãÍãÏ Èä ÚÈÏ ÇáæåÇÈ æÑÓÇÆáå æíÌÚá ÑÏå ÚáíåÇ... Åä ÚáãÇÁ ÇáÓäÉ ٿí ÇáåäÏ æÇáíãä ÞÏ ÈáÛåã ßá ãÇ Þíá ٿí åÐÇ ÇáÑÌá ٿÈÍËæÇ æÊËÈÊæÇ æÊÈíäæÇ ßãÇ ÃãÑ Çááå - ÊÚÇáì - ٿÙåÑ áåã Ãä ÇáØÇÚäíä ٿíå ãٿÊÑæä áÇ ÃãÇäÉ áåã¡ æÃËäì Úáíå ٿÍæáåã ٿí ÚÕÑå æÈÚÏ ÚÕÑå æÚÏøæå ãä ÃÆãÉ ÇáãÕáÍíä ÇáãÌÏÏíä ááÅÓáÇã¡ æãä ٿÞåÇÁ Ãåá ÇáÍÏíË ßãÇ äÑÇå ٿí ßÊÈåã æáÇ ÊÓÚ åÐå ÇáãÞÏãÉ áäÞá ÔíÁ ãä Ðáß" Ç.åÜ.

(Ruj: http://www.almoslim.net/Moslim_Files/dawah/show_article_main.cfm?id=370)

Antara isinya, beliau menceritakan bagaimana beliau tertipu sejak kecil lagi dengan
pembohongan-pembohongan dan fitnah-fitnah yang terdapat di dalam kitab Zaini Dahlan. Beliau menyedari semuanya itu hanyalah fitnah dan dusta selepas beliau berhijrah ke Mesir. Di mana di sini beliau telah mengkaji mengenai gerakan Syeikh Muhamad bin Abdul Wahab. Juga banyak membaca kitab-kitab, risalah-risalah dan fatwa-fatwanya, anaknya, cucunya dan ulama-ulama Najd.

Dengan pengetahuan tentang hakikat dakwah syeikh Muhamad bin Abdul Wahab, beliau membuat kesimpulan:
1. Tidak ada satupun tuduhan-tuduhan yang dilemparkan ke atas syeikh melainkan dusta dan fitnah.
2. Zaini Dahlan dan musuh-musuh syeikh merupakan orang yang tidak bertanggujawab dan tidak amanah. sama ada kerana tidak tahu tentang hakikat dakwah syeikh ataupun sebab-sebab lainnya.

Syeikh al-Albani sendiri mula meminati bidang hadis kesan dari membaca majalah al-Manar terbitan beliau:

ٿÊÚáã ÇáÍÏíË ٿí äÍæ ÇáÚÔÑíä ãä ÚãÑå ãÊÃËÑÇð ÈÃÈÍÇË ãÌáÉ
ÇáãäÇÑ ÇáÊí ßÇä íÕÏÑåÇ ÇáÔíÎ ãÍãÏ ÑÔíÏ ÑÖÇ (ÑÍãå Çááå) æ ßÇä Ãæá Úãá ÍÏíËí ÞÇã Èå åæ äÓÎ ßÊÇÈ " ÇáãÛäí Úä Íãá ÇáÃÓٿÇÑ ٿí ÊÎÑíÌ ãÇ ٿí ÇáÅÍíÇÁ ãä ÇáÃÎÈÇÑ" ááÍÇٿÙ ÇáÚÑÇÞí (ÑÍãå Çááå) ãÚ ÇáÊÚáíÞ Úáíå


quickly sauce wrote:            penulisan ini disokong penuh dan semua fakta rujukan adalah benar...

Tahir Ali wrote: WaAlaikum salam,

Tulisan menarik. Boleh tanya fenomena ini baru menyular dikalangan students atau orang ramai baik di Malaysia atau di UK? Atau adakah aliran salafi ini dah mula menimbulkan masalah sehingga ke tahap membimbangkan?

akhmal ali wrote: Assalamualaikum

Kali ini, mari kita berbincang mengenai peribadi seorang yang dikatakan muhaddith yang muncul pada akhir kurun ke-20...tak lain dan tak bukan iaitu Sheikh Muhammad Nasiruddin Al-albani. Ada ulama yang mengiktirafnya, tak kurang juga ada yang menolak dan mempertikaikannya sebagai seorang muhaddith. Skop perbincngan bukan untuk mentajrih peribadi, tetapi sekadar mengkaji dan meneliti manhaj, pandangan dan uslub beliau dalam bidang ilmu hadith.

Sebagaimana diketahui semua, sejak munculnya Imam2 muhaddithin yang mengumpul dan membukukan hadith2 Rasulullah SAW, umat Islam telah berpegang dan bersandrkan kitab2 mereka. Umat Islam merujuk dan menggunakan hadith2 yang wujud dalam kitab mereka untuk diterima pakai dan dijadikan hujah dalam beramal. Antara kitab2 tersebut sprt Hadith Bukhori, Muslim,Tirmizi, Abu Daud, Nasai, Ibnu Majah dll.

Perkara ini berterusan dan beralih dari generasi terdahulu hingga ke hari ini. Tetapi, dengan munculnya Sheikh Al-albani, beliau telah mematikan sama sekali sandaran ummat Islam terhadap kitab2 tadi. Beliau telah membahagikan hadith2 yang terkandung dalam Kitab2 sunan kepada Sohih dan Dhoif. Lalu menyeru semua umat Islam untuk beramal dengan hadith2 yang sohih sahaja dan meninggalkan sama sekali hadith2 yang dhoif.

Kerja ini seolah menggambarkan, ulama2 terdahulu berada dalam zaman kegelapan dan tidak mampu menjernihkan feqh mereka dari kekeruhan dalil2 yang boleh dipertikai. Lalu, kemunculan beliau selaku muhaddith pada akhir kurun ke 20 ini, menerangi kegelapan tersebut dan menyelamatkan ummah seluruhnya. Ulama yang telah bersusah payah mengumpul dan membukukan hadith2 tersebut dituduh dengan pelbagai tuduhan seumpama tasahul, tanaqudh dan lain2 lagi.

MANHAJ ASHABUS SUNAN DALAM MENGUMPULKAN HADITH

Manhaj mereka adalah, mengumpulkan hadith2 Nabi SAW yang telah diamalkan oleh orang2 tedahulu yang boleh dijadikan hujah sama ada yang muttafiqin ataupun munfaridin. Umat Islam pada zaman sahabat ra dan sebahagian besar zaman Tabi'in, mereka menaqalkan hukum2 syara' dan mewarisinya dari satu generasi ke satu generasi tanpa dibukukan dan dikumpulkan dalil2nya.

Setelah masuk pertengahan kurun ke 3 hijrah, barulah muncul ashab as-sunan yang mengumpulkan hadith2 yang telah dijadikan hujah oleh Imam2 mujtahid dari kalangan sahabat dan tabi'in dan orang-orang selepas mereka. Kitab2 mereka ini telah menerima pujian yang baik dan diterima oleh imam2 feqh dan hadith sejak dahulu hingga ke hari ini. Hadith2 yang mereka kumpul dan bukukan, adalah hadith2 yang telah tersebar amalannya dan telah digunakan oleh Imam2 mujtahid dari kalangan sahabat dan tabi'in dalam mencari hukum. Akan tetapi, oleh kerana pembukuan dan pengumpulan hadith2 tersebut mula dilakukan pada pertengahan kurun ke 3, terdapat hadith2 tersebut yang terputus sanadnya dan sesetengah perawinya pula majhul/mastur. Lalu Imam2 muhaddithin telah mengkaji2 dan meneliti hadith yang telah menjadi amalan tersebut dan mereka mencari jalan untuk menguatkannya.

Berkata al-hafiz al-faqih Ibnu Hajar al-'asqalani (ta'jilul manfa'ah m/s 2,3) :"Sesungguhnya manusia sangat berpegang dengan apa-apa yang telah dikeluarkan oleh al-aimmah as-sittah berbanding yang lainnya dengan sebab kemuliaan pada diri dan kemasyhuran mereka, dan kerana asal penulisan hadith2 oleh mereka adalah untuk merangkumkan apa-apa yang baik dan boleh dijadikan hujah dan bukti." Ringkasnya, apa yang mereka kumpulkan itu adalah hadith2 yang telah diamalkan oleh orang-orang terdahulu dan diterima untuk dijadikan hujah bagi hukum2 feqh.

oleh kerana itu, wujud dalam hadith2 mereka sohih dan dhoif. Kedua jenis hadith ini, adalah yang boleh diterima dan dijadikan hujah. Ianya telah diamalkan dan diwarisi oleh Imam2 mujtahid dari kalangan sahabat dan tabi'in sebelum munculnya ashab as-sunan ini. Adapun hadith2 yang sohih, tidak ada pertikaian tentangnya. yang, menjadi pertikaian adalah hadith2 dhoif. Hakikatnya, hadith2 dhoif yang dikumpulkan oleh Imam Sunan ini adalah yang boleh dijadikan hujah dan diterima. Penghujahannya adalah dalam dua bentuk :

1-Sama ada secara munfarid

2-Atau adanya hadith2 dari jalan lain yang menguatkan antara satu sama lain yang diketahui oleh para fuqaha. Sesuatu hadith walaupun dhoif sanadnya, tetapi apabila meluas amalannya pada zaman itu, ia menjadi dalil yang boleh beramal dengannya. Berapa banyak hadith yang maqbul, tetapi dipertikai pada sanadnya dan matannya.

Perkara ini menjadi kebiasaan kebanyakan para Imam2 mujtahid dari kalangan salafus soleh sendiri seperti Az-zuhri dan Imam Malik.

1-Berkata ad-daruqutni dalam kitab al-'ilal (6/63): "Antara kebiasaan Imam Malik, beliau mengirsalkan hadith dan menggugurkan rijalnya"

2- Kitab nasobur rayah (2/444) : "Ibnul mubarak meriwayatkan banyak hadith2 yang ia tawaqquf padaNya"

3-Berkata Imam Ibnu taimiyah (raf'ul malam 'anil aimmatil a'lam masa 22/23) : "Janganlah seseorang berkata, sesungguhnya hadith2 telah ditulis dan dikumpulkan, maka tiada yang tersembunyi lagi. Sebenarnya (kata-kata sebegini)tidak benar, kerana penulisan sunan2 yang masyhur ini berlaku selepas pupusnya Imam2 yang menjadi ikutan ummah" Kemudian beliau berkata lagi : "Bahkan orang-orang sebelum dikumpulkan hadith2 ini, mereka lebih mengetahui dan arif tentang hadith2 berbanding golongan mutaakhirin. Sebab, kebanyakan hadith2 yang mereka perolehi dan sohih disisi mereka, ianya tidak sampai kepada kita melainkan daripada perawi yang majhul, atau dengan sanad yang terputus, atau tidak sampai kepada kita secara keseluruhannya " Secara dasarnya, pengumpulan hadith2 tersebut dilakukan bukan untuk mencari dan membukukan hadith yang sohih sahaja. Ia juga untuk mengumpulkan hadith2 yang boleh menjadi hujah untuk beramal sekalipun hadith itu dhoif. Inilah manhaj para Ashabus sunan.

MANHAJ SHEIKH AL-ALBANI

Penulisan beliau dalam bidang hadith adalah untuk mengasingkan anatara hadith2 sohih dengan hadith2 yang dhoif. Akan tetapi, beliau menegah daripada beramal dengan Hadith dhoif secara mutlak. Bahkan, wajib dibezakan antara sohih dan dhoif -pada pandangannya- untuk menyatakan kepada orang ramai apa yang dinamaknnya sebagai feqhul musoffa. (muqaddimah kitab sohih al-adabil mufrad m/s 32) oleh kerana itu, beliau telah membahagikan hadith2 dalam sunan arba'ah kepada dua:

1-Sohih dan hasan. Dibolehkan beramal dengannya.

2-Dhoif. Tidak boleh beramal dengannya langsung. Bahkan beliau menyamakan hadith2 dhoif ini dengan hadith al-wahiyah (sangat lemah) dan maudhu'ah (palsu) dalam tingkat yang sama. Kerja beliau ini amat bertentangan dengan manhaj para fuqaha dan muhaddithin sebagaimana yang telah dihuraikan tadi. Apa yang beliau lakukan sebenarnya adalah mencipta kecacatan yang besar dan jelas pada dalil2 feqh sama ada yang ijmaliyyah ataupun far'iyyah. Seterusnya, beliau telah meruntuhkan thiqqah ummah kepada imam2 hadith dan feqh, juga menghancurkan khazanah feqh dan hadith yang telah diwarisi dan dibanggai oleh ummah sejak dahulu. Sesungguhnya beliau telah cuba untuk mukholafah dengan manhaj sebahagian muhaddithin dalam mentashihkan dan mentadh'ifkan dan menghukum seseorang perawi. Bahkan ia menuduh mereka dengan tanaqudh pada satu masa, dan tasahhul pada masa yang lain. dalam masa yang sama, datanglah orang-orang yang menyangka, bahawa sheikh al-albani ini bilamana ia mukholafah dengan manhaj para fuqaha dan muhaddithin, seolah-olah ia telah melakukan suatu perkara yang sukar untuk dilakukan dan diketahui oleh orang-orang terdahulu dan hari ini. orang-orang yang menyangka dan jahil tadipun terus bertaqlid kepadanya dan meninggalkan terus Imam2 al-huffaz dan mujtahid dan menolak untuk beramal dengan apa yang telah diwarisi dari imam2 tadi sejak zaman berzaman. Sheikh al-albani telah diangkat ke darjat yang cukup tinggi oleh mereka-mereka ini. Sehingga mengenepikan langsung Imam2 muhaddithin dan fuqaha yang mu'tabar. Tulisan2 beliau mengenai hadith telah dijadikan rujukan utama, sehingga tak perlu lagi merujuk kepada kitab2 bukhori, muslim, abu daud, tirmizi, nasai, ibnu majah dan imam2 muhaddith yang lain. Betapa hebatnya beliau sehingga mampu mengenepikan ulama2 terdahulu. Peliknya, sebahagian mereka yang mengaku mengikut manhaj salafi secara total ini meletakkan sheikh al-albani sebagai ikutan utama dan meletakkannya pada kedudukan yang cukup tinggi dan mulia , sedangkan beliau hidup pada kurun yang terputus jauh dari kurun terbaik yang disabdakan Nabi SAW. Sepatutnya, ulama muhaddithin yang hidup dizaman salafussoleh itulah yang menjadi ikutan bagi mereka yang nak mengikut manhaj salafi hari ini. Adakah orang hari ini lebih salafi dari gol salafus soleh ??    

BEBERAPA KESILAPAN DAN KEKELIRUAN SHEIKH AL-ALBANI dalam BIDANG HADITH

PERTAMA :

Beliau tanaqudh (bercanggah) pada perkara Usul dan Furu'. Hal ini dapat kita lihat dalam 3 perkara usul yang -sheikh al-albani taraja'(patah semula). Antaranya :

1-Beliau secara jelas mengatakan berkali-kali dalam tulisannnya, bahawa tauthiq Ibnu Hibban adalah mardud (tertolak) langsung, dan menuduhnya mutasahil dan tak boleh merujuk pada tauthiqnya. Kemudian, beliau taraja' daripada kata2nya itu dan akhirnya menyatakan tauthiq ibnu hibban boleh diterima dengan tiga keadaan.

2-Beliau dengan jelas mengatakan dalam kitab2nya, bahawa rawi yang majhul hadithnya adalah tertolak (mardud). Akhirnya, beliau berpendapat bahawa majhulul hal (mastur) apabila diriwayatkan hadithnya oleh ramai, maka hadithnya hasan. Lebih2 lagi sekiranya dari kalangan tabi'in. Apabila terkadung dalam tauthiq Ibnu Hibban maka ia lebih baik. Dan jika tidak , maka ia hanyalah hasan.

3-Beliau telah mengkritik dalam banyak perkara terhadap imam2 muhaddithin seperti At-tirmizi, Ibnu Khuzaimah, ibnu Hibban dllnya kerana mereka mentashihkan dan mentahsinkan hadith2 yang majhul. Beliau menuduh mereka dengan tasahul dan sbgnya. Sedangkan antara beliau dan Imam2 tadi ada perbezaan yang amat besar dalam manhaj menerima pentashihan hadith2. Kemudian, beliau telah taraja' dan menyatakan, bahawa sesuatu pentashihan itu sekaligus membawa kepada tauthiq. Maka,perawi2 yang tidak dinaskan oleh Imam2 akan pentauthiqannya, tetapi disahihkan hadit2nya oleh mereka, perawi2 tersebut dianggap thiqqah. Sebenarnya,Hadith2 ahkam yang dikumpulkan oleh Imam2 Sunan, ia mempunyai kedudukan khusus pada Imam2 Feqh dan hadith. Mereka mengikut pelbagai thuruq (jalan) untuk menguatkannya. Sebahagian thuruq itu pula tidak masyhur dikalangan mutaakhirin. Imam Syafie dan at-tirmizi pernah menjelaskan perkara ini. Dan imam syafie lebih a'maq dan asymal dalam hal ini dalam kitabnya ar-risalah. Kedua imam ini telah bersepakat mengatakan, athar2 yang mauqufah menguatkan yang marfu'ah. Tapi bagi sheikh al-albani, beliau tidak mengikuti manhaj sebegini, yang menyebabkan akhirnya beliau terjebak untuk menolak segala hadith2 yang dianggapnya dhoif. dalam perkara furu' pula, kita dapat lihat bagaimana beliau taraja' dalam banyak perkara. contohnya : Beliau telah mendhoifkan hadith Ibnu lahi'ah secara total melainkan riwayat al-'ubadalah daripadaNya. Kemudian ia taraja' dan akhirnya secara jelas mengatakan, hadith qutaibah b. sa'id dari ibnu lahi'ah thabitun maqbulun. (Sahih al-albani 6/55,825) Banyak lagi contoh2 kesilapan beliau dalam hal ini

KEDUA :
Beliau berselisih dalam ilmu hadith, dan bercanggah dengan qaedah istilah2 hadith, serta ilmu al-jarhu buat ta'dil, begitu juga dalam memahami thuruq2 dan wujuh al-hadith dan banyak lagi. Banyak istilah2 hadith yang masih tidak difahami oleh beliau yang sebenarnya memberi keaiban dalam bidang hadith. Terutamanya istilah2 yang digunakan oleh Imam at-tirmizi terhadap darjat sesuatu hadith. Begitu juga kesilapan beliau dalam menyamakan hadith2 dhoif dalam satu darjatn dan juga menyamaknnya dengan hadith2 naudhu. Manhaj yang beliau bawa ini tidak pernah diguna oleh mana-mana ulama muhaddithin.

BAHAYA BERPEGANG DENGAN PEMIKIRAN SHEIKH AL-ALBANI dalam BIDANG HADITH

1-Memutuskan hubungan antara generasi terdahulu dengan generasi akan datang dalam Usulus Sunnah. Dimana, umat akan datang akan memada dengan berpegang pada hadith2 sohih yang ditakhrij sahaja, dan menolak hadith2 lain yang wujud dalam kitab2 sunan dan sohih. Tidak perlu lagi merujuk kepada Sohih bukhori, sohih Muslim, Sunan at-tirmizi, abi daud, nasai,ibnu majah dan lainnya. Sedangkan inilah sumber asal dalam pentakhrijan hadith2 tadi. Realiti ini dahpun berlaku, di mana bermulanya projek pengkategorian hadith2 kepada 'Sohihus Sunan' dan menjadikannya sumber rujukan asasi. Begitu juga 'Dho'ifus Sunan'. contohnya : Kitab 'Mukhtasor Al-majmu' syarah Muhazzab' sebanyak 4 jilid telah dicetak pada tahun 1415H di makatabah as-sawadi di Jeddah. Begitu juga kitab 'sohih al-jami' as-shoghir' dan 'dho'if al-jami' as-shoghir'. Akibatnya, Umat selepas ini tidak akan merujuk kepada sesuatu manuskrip asal, tetapi menggunakan kitab yang telah ditakhrij dan diringkaskan sahaja. Mereka tidak akan lagi merujuk kepada kitab2 Sunan, tetapi terus bersandar kepada kitab yang mentashihkan dan mentad'ifkan kitab sunan tersebut. Ingatlah, bahawa penyelewengan akan bermula dari perkara kecil dan sedikit, kemuadian ia akan meluasa dan merebak hingga ke perkara yang lebih besar. Perkara ini telah merebak lagi bukan sahaja kepada kitab2 sunan, bahkan kitab yang lain juga. telah berlaku pentashihan kitab2 seumpama 'Sohih al-adabul mufrad' 'sohih al-wabilus shoib' 'sohih riadhus solihin' dan banyak lagi. Dari segi logiknya, kita terfikir adakah Imam2 Sunan ini lemah dan tak mampu untuk mengasingkan antara hadith2 yang sohih dengan hadith2 yang dhoif.? Adakah Imam Bukhori dan Muslim lemah dan tak mampu untuk mengasingkan antara hadith2 sohih dengan hadith2 dhoif dalam kitab mereka? Mereka bukan lemah sebenarnya, tetapi oleh keran manhaj mereka adalah untuk mengumpulkan hadith2 yang boleh dijadikan sebagai hujah untuk beramal, maka kerana itulah dalam kitab2 hadith mereka wujud hadith2 yang bercampur antara sahih dan dhoif. Ini disebabkan, Hadith2 yang mereka kumpul itu telah menjadi amalan dan hujah yang telah diguna pakai oleh Imam mujtahid terdahulu dari kalangan sahabat dan tabi'in. Lalu mereka kumpulkan hadith2 tersebut, ada sebahagian hadith yang bersambung dan sempurna sanadnya. Ada juga yang terputus ,atau perawinya tidak dikenali. Lalu, mereka mengkaji hadith2 seperti ini sama ada dengan menguatkannya melalui hadith itu sendiri, atau dengan hadith dari thuruq yang lain yang boleh menguatkan hadith tadi. Patutkah kita menuduh, bahawa ulama hadith2 dahulu jahil untuk asingkan hadith2 sohih dengan hadith2 dhoif ? Patutkah kita tuduh mereka tasahhul dalam pengumpulan hadith2 tersebut. Inilah satu tuduhan biadap yang sepatutnya kita tentang.    

MAZHAB ULAMA BERKAITAN HADITH DHOIF

Sebagaimana diketahui, hadith terbahagi kepada tiga darjat.
1- Sohih
2- Hasan
3- Dho'if Menurut ulama muhaddithin, Hadith dhoif terbahagi kepada tiga kategori dari segi penghujahannya pada hukum :

1-Ad-dho'if ,atau al-mudho'af atau al-layyin.

2-Mutawassit ad-dho'fi iaitu yang perawinya su ul hifzi,atau mudthorib atau yang seerti dengannya seperti munkirul hadith.

3-At-talif atau al-wahi yang mana perawinya muttahimum bil kazibi, juga hadith al-maudhu'. Para ulama secara ittifaq menerima beramal dengan hadith Sohih dan Hasan sama ada lizatihi atau lighairihi. oleh itu, al-maqbul dan as-solih merangkumi kedua jenis hadith ini. Adapaun hadith dhoif, dalam darjat yang pertama, ia diterima oleh kebanyakan para ulama. Dan mereka yang menolaknya, pendapat mereka telah dipertikai. As-solih dan al-maqbul lil-ihtijaj juga termasuk dalam hadith jenis ini. Manakala hadith dhoif pada darjat yang kedua, ianya boleh diamalkan pada perkara at-targhib buat tarhib, al-manaqib dan fadhailul a'mal. Hadith dhoif pada darjat yang ketiga pula, inilah yang tertolak pada sisi ulama muhaddithin dan fuqaha. Bahkan ada yang mengatakan ianya tidak boleh dikategorikan langsung sebagai hadith. Kesimpulannya, hadith2 dhoif yang disepakati ulama untuk berhujah adalah pada darjat yang pertama, walaupun ada sebahagiannya yang menggunakan darjat yang kedua. Jenis hadith inilah yang wujud dalam kitab2 sunan dan hadith2 ahkam bagi mereka yang mengkajinya dengan mendalam.

NAS2 YANG MEMBOLEHKAN BERAMAL dengan HADITH2 DHOIF dalam PERKARA HUKUM

1-Berkata al-hafiz ibnu hajar dalam kitab al-fathu (5/90): "Sesungguhnya ulama telah berhujjah dalam berhukum dengan hadith yang lebih rendah daripada sahih (dhoif)."

2-Imam al-harowi meriwayatkan dalam kitab Zammil kalam (2/179,180): "daripada abdullah bin ahmad bin hanbal berkata : aku berkata kepada bapaku, seorang lelaki menghadapi masalah, dan dalam negeri itu ada seorang ahli hadith yang dhoif dan seorang faqih dari kalangan ahlul ra'yu, siapakah yang patut ditanya? Imam ahmad berkata : Jangan bertanya kepada ahlul ra'yu. Dhoifnya hadith itu lebih baik daripada kuatnya ar-ra'yu"

3-Berkata imam ibnul qayyim dalam 'i'lamul mauqi'in' ketika menyebutkan usul Imam Ahmad b. Hanbal (1/25) : "Usul yang keempat, mengambil hadith mursal, dan hadith dhoif, jika tidak terdapat pada bab itu apa-apa yang boleh mempertahankannya, inilah yang lebih dirajihkannya daripada qias." Kemudian beliau menyambung kata2nya : "Dan tiada seorangpun dari kalangan aimmah (Imam2) melainkan mereka bersependapat dalam usul ini dari segi keseluruhannya. Tidak ada seorangpun dari kalangan mereka melainkan mendahulukan hadith dhoif daripada qias."

4-Berkata Imam abu muhammad ibnu hazmin dalam kitabnya 'al-ihkam fi usulil ahkam (7/54)' : Berkata abu hanifah : "Khobar yang dhoif daripada Rasulullah SAW lebih aula daripada qias, tidak halal qias sedangkan ada hadith dhoif."

5-Berkata al-Faqeh Ibnu Qudamah dalam kitabnya al-mughni (1/773): "An-nawafil dan al-fadhail tidak disyaratkan sihhatul hadith padanya" 6-Berkata Imam an-nawawi (al-majmu 3/348 ): "Ittifaq ulama untuk beramal dengan hadith dhoif pada fadhoilul a'mal dan dan tidak pada perkara halal dan haram " Inilah thuruq dan manhaj yang telah digunakan oleh para muhaddithin dan fuqaha dalam beramal dengan hadith2 dhoif. Mereka tidak menolak periwayatan hadith2 dengan sewenang2nya. Mereka mengkajinya dan menyelidikinya untuk beramal. Jika ada hadith dari thuruq lain yang boleh menguatkan hadith tadi, mereka akan mengambilnya. Begitu juga jika hadith tersebut tidak mencapai darjat yang terlalu dhoif, atau perawinya bukan muttahim bil kazib, atau bukan dari title hadith maudhu', maka mereka akan menerima hadith2 tersebut, lebih2 lagi jika ianya telah meluas amalannya dari kalangan tabi'in dan para sahabat Radhiallahu 'anhum ajma'in.

HADITH DHOIF pada PANDANGAN SHEIKH AL-ALBANI

Beliau menganggap, semua hadith dhoif dalam apa jua martabat hendaklah ditinggalkan dan tidak boleh beramal dengannya. Bahkan beliau menyamakannya dengan hadith2 maudhu'. oleh itu, kitab2 takhrij beliau, dho'ifus sunan, dho'iful adabil mufrad, dhoiful jami'us shoghir wa ziyadatih, dhoif at-targhib buat tarhib ia mengangapnya tak lebih sekadar2 hadith2 dhoif yang sama taraf dengan maudhu'ah yang mesti ditinggalkan. Sedangkan thoriq para ulama muhaddithin, mereka memebezakan jenis2 dhoif ini. mereka mengasingkan pentakhrijan hadith dhoif daripada yang maudhu. Seumpama 2 kitab yang dikarang oleh Al-hafiz abi al-faraj abdurrahman bin al-jauzi al-hanbali iaitu (al-'ilalul mutanahiyah) dan (al-maudhu'ah). Mari kita lihat pandangan beliau (sheikh al-albani) terhadap hadith2 dhoif. 1-kata-kata beliau dalam muqaddimah sohihul jami' (m/s 45) "Inilah yang aku berpegang dengannya, dan aku menyeru manusia kepadanya, bahawasanya hadith dhoif tidak boleh beramal dengannya secara mutlak, tidak pada fadhoilul a'mal tidak juga pada al-mustahibbat dan tidak juga pada selain keduanya. 2-Beliau berkata dalam muqaddimah sohihul jami' wa dho'ifihi (m/s 32) "Inilah, niatku adalah untuk mencetak kitab al-fathul kabir yang bercampur padanya antara hadith2 yang sohih dan dho'if, beserta tahqikan aku dan membezakan sohihnya daripada dhoifnya sebagaimana yang telah aku terangkan dalam muka surat 9-10. Kemudian jelaslah bagiku apa yang baik dr perkara tersebut Insya Allah. Iaitu aku ingin mencetaknya dalam dua cetakan, setiap cetakan adalah bahagian hadith yang berasingan. Iaitu : Pertama : Khusus untuk hadith2 yang thabit dan boleh berhujah dengannya pada sisi ulama. Ia merangkumi hadith sohih dan hasan. Kedua : Khusus untuk apa yang tidak boleh berhujah dengannya. Ia merangkumi ad-dho'if, ad-dho'if jiddan dan al-maudhu'" KESILAPAN YANG JELAS Kemudian beliau berkata lagi dalam m/s 24 : Dan ikutan aku dalam hal ini adalah al-aimmah as-sabiqun yang mengarang kitab2 as-sohih sprt bukhori, muslim ,ibnu khuzaimah, ibnu hibban dan lain2 nya. Begitu juga yang menulis ad-dho'ifah dan al-maudhu'ah seperti ibnu al-jauzi, ibnu tohir al-muqaddisi, asy-syaukani, al-fatni dan lain2 nya. Inilah kesilapan yang besar dalam pandangan sheikh al-albani,sesungguhnya al-aimmah as-sabiqah yang mengasingkan as-sohih, tidak menegah beramal dengan hadith yang dhoif dan tidak pula mengajak manusia ukt jadikan dhoif, matruk dan maudhu'dalam satu martabat yang sama. Bagi mereka, dho'if boleh beramal dengan nya. Buktinya, lihat sendiri kitab Imam bukhori al-adabul mufrad yang bercampur anatara hadith sohih dan dhoif. Begitu juga kitab raudhotul uqola' karangan Ibnu Hibban. Juga kitab Ibnul jauzi al-wa'zu. Begitu juga shofwat at-tasawwuf karangan ibnu tohir. Imam as-syaukani juga banyak berhujah menggunakan hadith2 dhoif dalam kitabnya Nailul author dan tuhfatuz zakirin. Disamping itu, ulama2 yang mengasingkan al-maudhuat, mereka tidak mencampurkannya sekali dengan hadith2 yang dhoif, dan tidak pernah menyeru orang ramai supaya meninggalkan beramal dengan hadith2 dhoif. mereka hanya menjelaskan dan membahagikan jenis2 kedhoifan hadith2 tersebut.

LAYAKKAH BELIAU DIGELAR SEBAGAI MUHADDITH??

Sebelum menjawabnya, mari kita lihat apa takrif ulama pada kalimah muhaddith.
1-Imam As-Suyuti : al-musnid itu adalah orang yang meriwayatkan hadith beserta sanadnya, sama ada ia mengetahui tentangnya ataupun semata2 meriwayat sahaja. Adapun Muhaddith lebih tinggi daripada itu.

2-Imam Ar-Rafie' : Iaitu orang yang mendengar hadith (meriwayat) dan tahu akan thuruqnya dan asma' rijalnya dan matannya.

3-Imam at-taj bin Yunus dalam syarah at-ta'jiz : Orang yang mendengar hadith (meriwayatkan) dan tahu akan thuruq ithbatul hadith dan mengetahui 'adalatul rijal hadith.

4-Adapun para fuqaha, mereka mentakrifkan muhaddith itu adalah : orang yang menghafal sanad hadith dan mengetahui jarh dan ta'dil rijal tersebut.

Daripada pentakrifan para ulama tadi, kita dapat menilai bahawa antara syarat utama untuk digelar sebagai meuhaddith, mestilah seseorang itu mendengar atau menerima hadith2 secara riwayat. Tidak cukup hanya tahu jarh dan ta'dil tanpa pernah meriwayatkan hadith. Dan tak cukup juga hanya mendengar hadith tetapi tidak tahu jarh dan ta'dil. Ini satu hakikat yang wujud pada Sheikh al-albani, apabila beliau diminta untuk menperdengarkan satu hadith yang pernah diriwayatkan atau didengar oleh nya, beliau mengatakan. "Aku tidak tahu". Jelas sekali beliau tidak pernah mendengar dan meriwayatkan hadith daripada sesiapapun yang menyebabkan beliau sebenarnya tidak layak untuk digelar sebagai muhaddith pada kurun ini. Beliau mengkaji hadith hanyalah melalui pembacaan kitab2 hadith di Maktabah Damsyik. Pengkajian tersebut belum mampu melayakkannya untuk digelar sebagai muhaddith, walaupun beliau sangat 'alim dalam bab al-jarh buat ta'dil pada asma ar-rijal. oleh itu, mereka yang ingin merujuk kepada hadith2 Nabi SAW, tidak sepatutnya mengambil kitab2 hadith karangan beliau sebagai rujukan. Sebab itulah di Universiti Al-Azhar, pandangan beliau dalam bidang hadith tidak diambil kira. Bahkan ramai ulama2 Al-azhar yang menolak pandangannya. Begitu juga ulama2 di Tanah Arab yang lain umpama Syria, Emirates, Lebanon dan lain2 lagi yang menolak pandangan beliau. Hanya beberapa ulama sahaja yang menerimanya seperti ulama di Arab Saudi yang beraliran Wahabi. Penulisan beliau dalam mentashihkan dan mentadh'ifkan hadith2 Sunan Sittah telah dirad oleh ramai ulama. Antara kitab2 yang menentangnya adalah :

1-Kitab "auqifu hazal 'abthu bit turath". Tulisan al-ustaz Muhammad Abdullah Aali Syakir.

2-Kitab "At-ta'rif biauhami man qassamas sunan ila sohihin wadho'ifin" sebanyak 6 jilid. (Darul buhuth liddirasah al-islamiyyah wa ihyait turath ) oleh Al-ustaz Mahmud Sa'id Mamduh. dan banyak lagi kitab2 di makatabah di Mesir ni yang bertebaran.

Semoga artikel yang ditulis ini mendapat respon yang positif daripada sahabat2 sekalian. Sekiranya ada kesilapan dan kesalahan di dlmnya,memohon berbanyak kemaafan. Kami mengharapkan teguran yang baik dari sahabat2 semua. Buat akhirnya, sudahi dengan wallahu waliyyut taufiq walhidayah wassalamu'alaikum wrt wbt.

http://us.f369.mail.yahoo.com/ym/ShowLetter?MsgId=8545_20425709_602008_3480_35567_0_174174_83161_1608707392&Idx=4&YY=56939&inc=25&order=down&sort=date&pos=0&view=a&head=b&box=Inbox

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 12-07-06 07:57


Kita melihat dari sudut realiti yang berlaku sekarang, bukan dari sudut sepatutnya yang berlaku. (petikan)

Oleh: zain yang.s

Sebelum ini, saya pernah mengatakan, bila ditanya apa mazhab saya, saya akan jawab: Mazhab Syafi'i.

Namun ada yang mempersoalkan, mengapa? Mengapa tidak jawab: Tidak bermazhab? Atau mazhab tarjih atau sebagainya..

Apa lagi yang boleh saya jawab selain dari itu. Saya menjawab berdasarkan pengajian saya. Pengajian saya memang secara khususnya bermazhab Syafi'i. Saya tidak belajar secara khusus mazhab2 lain, sama ada Hanafi, Maliki atau Hanbali. Feqh Sunnah? Ada sikit-sikit; Subulus Salam dan Nailul Authar.




Ada satu faktor lain. Agar saya lebih dekat dengan teman-teman saya. Dengan orang di sekeliling saya. Mereka lebih mengenali syafi'i saya dari salafi saya.

Orang bertanya, bagaimana dengan orang lain apabila mengikut aliran salafi, mereka sudah tidak bermazhab lagi..?

Saya jawab: Biarkanlah mereka... Ia tidak salah.

Selama ini mereka yang bermazhab Syafi'i sinonim dengan aliran Asya'irah di dalam hal-hal aqidah. Selama ini mereka yang bermazhab Syafi'i sinonim dengan tegarnya mereka untuk tidak mengamalkan pendapat dari mazhab lain.

Bagi saya, apakah orang yang bermazhab Syafi'i seperti saya tidak ada hak untuk beraqidahkan aqidah salaf? Apakah saya dimestikan untuk berpegang dengan aliran sifat 20?

Apakah orang bermazhab Syafi'i seperti saya tidak ada hak untuk meneliti dalil dari mazhab lain, kemudian mengamalkan pendapat yang kuat sekalipun ia bukan pendapat dari mazhab saya.

Apakah saya tidak ada hak untuk menelaah kitab Feqhus Sunnah Syed Sabiq, karya-karya Syeikh Muhamad bin Abdul Wahab dan syeikhul Islam Ibnu Taimiyah?

----------------

Apa yang cuba dibuktikan?

Saya mahu membuktikan bahawa, bermazhab Syafi'i tidak semestinya bermazhab Asya'irah dalam hal Aqidah. Bermazhab Syafi'i tidak menghalang saya untuk meneliti dalil dari mazhab lain. Dan juga tidak menghalang saya untuk mengamalkan pendapat dari dalil yang kuat walaupun bukan dari mazhab saya.

Saya juga mahu membuktikan bahawa bermazhab Syafi'i tidak menghalang saya untuk mempertahankan Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah dan Syeikh Muhamad bin Abdul Wahab. Di mana selama ini sifir yang dihafaz oleh semua orang adalah: Bermazhab Syafi'i=Anti Syeikhul Islam & Syeikh Muhamad bin Abdul Wahab.

Teori bermazhab Syafi'i = bermazhab Asya'irah adalah dongengan sahaja.

-----------------------

Apakah itu bersifat terbuka? Ramai yang mencanangkan slogan ini.

Bersifat terbuka ialah apabila saya yang bermazhab Syafi'i bertemu dengan dalil yang lebih kuat dari mazhab lain dalam satu-satu masalah, lalu saya tinggalkan mazhab saya dalam masalah berkenaan dan mengamalkan pendapat yang kuat itu.

Pengikut mazhab Syafi'i yang melaung-laungkan sifat terbuka beranggapan, ia bermaksud mengakui apa sahaja pendapat dan perbedaan sekalipun pendapat berkenaan berasaskan kepada dalil dan hujah yang cukup jelek.

Dalam satu-satu masalah, apabila mereka bertemu dengan pendapat yang dalilnya cukup kuat dan dapat membuktikan bahawa dalil dari mazhabnya cukup lemah dan jelek, mereka akan tetap berpegang dengan pendapat mazhabnya. Di samping itu mereka berteriak: "Bersikap terbukalah...!" Itu mereka bermaksud, mereka tetap mahu agar kita mengakui dan mengiktiraf pendapat pegangan mereka lemah dan jelek itu.

Apabila dikatakan kepada mereka bahawa zikir berjamaah dengan suara yang kuat selepas solat dilarang, mereka akan mengatakan bahawa itu adalah pendapat Wahabi.

Apabila diajukan bahawa ini bukan pendapat Wahabi, tetapi ini adalah pendapat al-Syafi'i. Kitab-kitab al-Syafi'payah ada menyebutkan hal ini. Mereka mengatakan, bahawa ada penafsiran lain dari pendapat al-Syafi'i itu. Dan mereka menyatakan seribu satu macam alasan.. Bla.. Bla..

Apabila mereka dalam keadaan tersepit dan mati hujah, mereka akan laungkan: "Bersifat terbukalah sedikit..!" Maksudnya mereka mahu kita mengakui juga amalan mereka sekalipun imam mazhab mereka yang juga imam mazhab saya tidak bersetuju dengannya. Itulah makna terbuka bagi mereka.

Terhadap pendapat imam mazhab mereka sendiri pun mereka tidak terbuka apatah lagi jika pendapat itu dari imam mazhab lain. Yang penting jangan ganggu amalan mereka turun menurun..

Dalam masalah lain, mereka akan lakukan hal yang sama. Jika mati hujah, mereka akan tercari-cari hujah, penafsiran dan pendapat dari pelbagai sumber. Bila dibantah lagi, mereka akan berkata: "Ini masalah khilafiyah.. Bersikap terbukalah sedikit!"

Bagi mereka asalkan ada pendapat dari ulama sekalipun lemah ataupun ganjil, itu sudah dikira masalah khilafiyah, Berlapang dada-lah.. Kata mereka.

Sampai-sampai, kita dapat membuat kesimpulan, jika mereka berteriak: "Berlapang dada-lah.. Atau bersifat terbuka-lah..!" Itu bermakna mereka sudah mati hujah. Senjata terakhir setelah mereka tidak dapat berbuat apa-apa.

Kadangkala saya terfikir apakah mereka ini bermazhab Syafi'i atau bermazhab amalan turun-menurun?

------------------

Pada masa mendatang tidak mustahil akan muncul genarasi baru yang berkata: "Aku bermazhab Syafi'i tetapi aku beraqidah salaf. Dan dalam satu-satu masalah jika ada pendapat dari mazhab lain yang lebih kuat dalilnya. Aku akan tinggalkan mazhabku untuk berpegang kepada pendapat yang kuat itu."




http://www.al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=14743&mode=thread&order=0&thold=0

bagus artikel ini tapi saya ada pandangan yang lain, bukankah imam syafii juga beraqidah salaf jadi tidak timbul persoalan aku bermazhab syafii dan beraqidah salaf. jadi apabila mengikut Assyafii maka ikutlah semuanya bukan sekadar fiqhnya bahkan aqidahnya juga. golongan yang merasakan perlu beraqidah assyairah dan bermazhab syafii kena tahu bagaimana aqidah imam syafii.

Itu yang sebenarnya dan yang sepatutnya berlaku.. Namun realiti yang umum berlaku tidak seperti yang sepatutnya berlaku.

Dan itu yang kita fikir.. Namun bukan begitu yang mereka fikir.

Kita melihat dari sudut realiti yang berlaku sekarang, bukan dari sudut sepatutnya yang berlaku.

memang sifir mereka adalah mazhab Syafi'i=Asya'irah.

Selepas itu, kita perlu melihat satu lagi realiti yang berlaku. Kita perlu bezakan antara al-Syafi'i dan al-Syafi'iyah.. Pengikut mazhab syafi'i sekarang mengikut mazhab Syafi'i atau mazhab al-syafi'payah?

Panjang lebar pembahasannya..

yang penting, apa yang tercatat itulah realiti yang berlaku yang tak boleh kita ketepikan. Dengan memahami realiti masyarakat, maka mudahlah kerja-kerja dakwah dapat dijalankan.

Sekian


_________________
zain yang.s

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 12-07-06 15:49


Silap Memberi bimbingan Dan Kaunseling

Abu Said al-Khudri meriwayatkan satu kisah yang
diberitahu oleh Rasulullah s.a.w. kepadanya.
Diriwayatkan pada zaman dahulu kala terdapat seorang
yang paling banyak dosanya kerana telah membunuh
seramai 99 orang. Dia mahu bertaubat dan mencari
seseorang yang boleh menerangkan hukum bolehkah dia
bertaubat. Dia telah menemui seorang pendeta dan
bertanya bahawa dia sudah membunuh manusia seramai 99
orang, bolehkah ia bertaubat?. Pendeta itu lantas
menjawab ‘tidak boleh’. Maka pendeta itu dibunuhnya
menjadikan mangsanya seramai 100 orang. Kemudian dia
mencari lagi orang yang paling alim dan ditunjukkan
orang alim itu ia sudah membunuh 100 orang, maka masih
bolehkah ia bertaubat. Orang alim itu menasihatinya
“pindahlah kamu ke kampong Anu kerana penduduknya
menyembah Allah dan kamu sembahlah Allah bersama
mereka dan jangan kamu kembali lagi ke kampong kamu
kerana penduduknya jahat.”

Maka berangkatlah orang itu ke kampong Anu.
Dipertengahan jalan dia meninggal dunia. Maka
bertengkarlah dua Malaikat iaitu Malaikat Rahman dam
Malaikat Azab sama ada untuk dikategorikan orang baik
atau jahat. Malaikat Rahman menyatakan si mati sudah
bertaubat, manakala Malaikat Azab pula berkata si mati
tidak ada amal kebajikan. Kemudian turun malaikat lain
untuk menjadi orang tengah dengan cara mengukur jarak
jauh kampung asalnya dengan kampung Anu. Keputusanya
didapati orang itu mati berhampiran dengan kampung
Anu. Maka ia dimasukkan sebagai seorang ahli Syurga.

Isu penting dalam kisah ini ialah:

a. Kesilapan memberi bimbingan akan mempengaruhi
perasaan seseorang sehingga pendeta dibunuh kerana
gagal menghilangkan gelojak emosinya atau perasaan
marahnya;

b. Bergaul atau tinggal di kawasan orang-orang beriman
cara berkesan memulihkan akhlak; dan

c. Taubat orang tersebut diterima Allah.

http://www.bicaramuslim.com/bicara6/viewtopic.php?t=8967

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 14-07-06 16:19


--- In [email protected], siti hajar mohsin
wrote:
>
> Assalamu'alaikum wrt wbt
>
> Alhamdulillah. Umi ingin bertanya kepada para masyeikh
> di sini adakah jatuh talak bila berlaku sebegini -
>
> "Setelah kepulangannya, dia telah putuskan bahawa dia
> tidak boleh lagi tinggal sebumbung dengan saya, kerana
> memang tidak dapat menerima keluarga saya."
>
> dan juga -
>
> "Dia rasakan elok bagi kami untuk meneruskan hidup
> dengan haluan masing-masing."
>
> Harap penjelasan dan diucapkan Jazakumullahu khairon
> katsiro terlebih dulu.
>
> Wallahuta'ala a'lam bissawab
> Wassalamu'alaikum wrt wbt
> ummimq
~~~~~~~~~~~~~~~~~~reply//Wasalam

nak senang cerita ummi, kita terus guna prosedur nikah-cerai-rujuk
yang digunapakai oleh undang2 kekeluargaan negeri2 Malaysia sekarang.

Perceraian di Malaysia dianggap sah bila ia dilafadzkan dihadapan
pendaftar nikah-cerai dalam kamarnya. ini kerana pasangan yang ingin
membubarkan perceraian mereka hendaklah melakukannya di pejabat
pendaftar. maka segala isu kinayah dan samar2 ini akan dihapuskan
bila qadhi akan berdepan dengan pasangan tsb dan menyuruh suami
melafazkan lafaz talaq di hadapan qadhi.

kalau ia dilafadzkan di luar pejabat, ia tidak sah dan boleh
dikenakan denda.

sekian

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 14-07-06 16:47


Bolehkah buat pameran hantu???
    
Assalamu'alaikum wrt wbt

Laahaulawalaa quuwwata illabillahil 'aliiyuul 'azeem.
Umi ingin bertanya para syeikh di sini apa hukumnya
pameran hantu di muzium Shah Alam tu? Umi ada bertanya
beberapa orang Ustaz akan hukumnya.

Seorang ustaz menjawab bahawa hukumnya haram.
Hujjahnya ialah bila sudah lihat tak sikit banyak akan
menimbulkan rasa takut dan teringat-ingat hingga
membawa ke tidur dan ditakuti menjadi 'sewel' pula.
Selain itu ibadah akan terganggu juga. Dah tentu
pameran itu ada kaitan dengan musuh nombor satu kita -
syaiton.

Seorang ustaz lain pula kata pelik Kenapa JAIS izinkan
pameran hantu tetapi mengharamkan penceramah dari
menyampaikan ilmu Islam? Ustaz ni tak komen apa lagi.

Jadi apa pendapat syeikh di sini? JKK terlebih dulu
atas pencerahan.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - " dan barangsiapa yang mencipta atau menghidupkan
suatu sunnah yang buruk dalam Islam, ia akan mendapat
dosa atas perbuatannya itu dan dosa dari perbuatan
orang yang melakukan keburukan yang sama..." sahih
Muslim no 1691 dari Ibn Jarir.

~~~~~~~~~~~~~reply

Wasalam

memang betul, sepatutnya JAIS tidak meluluskan pameran sebegini kerana mana boleh kita pamerkan makhluk alam ghaib. kita hanya beriman akan keujudannya tapi tidak mampu menggambarkannya. maka ia terdedah kepada penipuan dan dongeng.

s2s

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 22-07-06 01:15


Petikan - "Jika seseorang itu baru belajar solat, barangkali kita boleh terima. Namun, jika sudah berpuluh2 tahun mengerjakan solat, namun masih tidak ada peningkatang dalam masalah niat, masih terus membaca lafaz niat di dalam hati, ini agak melucukan.."



oleh zain ys

Ada seorang kawan bertanya, "bagaimana dengan permasalahan niat. Ada qasad. Ta'arud dan ta'yin." Kawan ini mempraktikkan apa yang dia maksudkan dengan niat. "Betulkah begini sudah lengkap qasad, ta'arud dan ta'yin? Katanya; sahaja aku sembahyang fardhu zohor 4 rakaat kerana Allah Taala."

Seorang ustaz menyampuk; "niat kamu betul. Lengkap sebagaimana yang dikehendaki."

Giliran saya pula menyampuk; kamu baca niat itu ketika mahu solat? Kawan tadi menjawab: "Ya!




Saya membalas, "kalau itulah yang kamu buat ketika solat, kamu bukannya berniat tetapi membaca lafaz niat ketika mahu solat.."

Ustaz tadi mula naik angin. Katanya, " apa masalah dengan niat dia tadi? Bukankah sudah cukup lengkap?"

Saya menjawab: "Bukankah jauh perbezaannya antara berniat dengan membaca lafaz niat di dalam hati.?"

Kemudian saya menjelaskan bahawa apabila saya mahu mengambil pen di hadapan saya ini, apakah perlu saya membaca hasrat hati saya di dalam hati: "Sahaja aku mengambil pen ini untuk bla.. bla.. bla..."

Niat adalah Qasdus Syai' Muqtarinan Bi Fi'lihi. Iaitu mahu atau berazam melakukan sesuatu kemudian diikuti dengan perbuatan. Seseorang yang berazam mahu mengambil pen di hadapannya kemudian diikuti dengan perbuatan mengambil pen berkenaan, maka itulah niat. Jika dia hanya berniat tanpa disertai dengan perbuatan, itulah namanya azam, bukan niat.

Kita berdiri mahu mengerjakan solat zohor dalam keadaan sedar bahawa kita memang mahu mengerjakannya, kemudian ketika takbir kita masih sedar dan berkeazaman memang mahu mendirikan solat berkenaan, apakah ini tidak dinamakan sudah berniat dengan sempurna? Kita tahu kita berdiri bukan untuk memancing atau dalam keadaan tidak sedar, tahu-tahu sudah berada di rakaat ketiga...

Ustaz tadi membantah, "lafaz niat itu dapat membantu kita menumpukan perhatian untuk berniat dengan sempurna."

Saya berhujah balas: "Bukan membantu, malah memporak perandakan. Lihat berapa ramai manusia yang telah menjadi was-was akibat 'tidak dapat' niat ketika mahu solat.."

"Alllllaaaaaaahu...." "Allaaaahu Akbaa.." "Sampai 10 kali, malah sampai imam sudah sujud dia ini masih 'tak dapat' lagi membaca lafaz niat di dalam hatinya.."

"Jadi kamu menolak pendapat ulama berkaitan dengan lafaz niat?" Ucap ustaz tadi.

Saya menjawab: "Saya tidak membangkang mereka apatah lagi memperlekeh mereka.. Kerana apa yang mereka tulis itu wajar. Mereka hanya mahu memberi gambaran secara bertulis bentuk niat ketika mahu solat. Kita pula ambil lafaz berkenaan untuk dibaca di dalam hati ketika mahu solat. Ulama2 itu hanya mahu menggambarkan bentuk niat begini, bukan mereka suruh baca lafaz itu di dalam hati.."

"Jika seseorang itu baru belajar solat, barangkali kita boleh terima. Namun, jika sudah berpuluh2 tahun mengerjakan solat, namun masih tidak ada peningkatang dalam masalah niat, masih terus membaca lafaz niat di dalam hati, ini agak melucukan.."

Belum sempat ustaz tadi membidas, saya sudah bangkit mahu pulang ke rumah.

Semasa mahu pulang itu, saya sempat bergurau dengan ustaz tadi: "Sahaja aku balik ke rumah, kerana ada hal.."
Semasa berjabat tangan dengannya, saya sekali lagi bergurau: "Sahaja aku bersalam dengan ustaz kerana silatur rahim.."

Merah juga muka ustaz itu..



zain yang.s


http://www.al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=6&mode=thread&order=0&thold=0

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 22-07-06 01:16


Bukan apa... saya kan selalu menulis dengan method begini.. nak tengok ..sahabat semua paham ke..tak..sebab tu saya tak nak terangkan apa maksudnya.

Saya saja nak menyakat..

Pertama: Lafaz niat adalah bahasa Arab.
Kedua: Niat pula diterjemahkan di dalam hati dengan bahasa Melayu.
Selebihnya.. Entah.. Khai sahaja yang boleh jawab :)

------------
Niat lebih mudah dari 3 + 5. Seperti mudahnya kita mengambil pen di hadapan kita dengan sengaja..

Saya semasa menaip ini, saya lakukan dengan sengaja. Memang saya berniat untuk menaip apa yang saya mahu taip. Saya tidak mengada2 dengan melafazkan niat: "Sahaja aku menaip bla.. bla.. bla.."

Saya tidak menyesatkan ulama yang berijtihad bahawa talaffuz niat itu digalakkan sebagai sesat dan wajib ditolak secara total. Cuma saya kata saya tidak ikut ijtihad berkenaan. Saya ikut ijtihad ulama lain yang mengatakan talaffuz niat tidak perlu dan tidak boleh. Saya akan mempertahankan keyakinan saya ini.

Siapa yang mahu terus melafazkan niat, dan menterjemahkan lafaz berkenaan di dalam hati, itu juga terserah.

Tidak melafazkan niat itu sudah pasti benar kerana tidak ditunjukkan oleh Rasul s.a.w. Manakala melafazkan niat, ada yang mempertikaikannya. Tidak ada siapa yang mempertikaikan mereka yang tidak talaffuz niat. Namun sebaliknya ada yang mempertikaikan mereka yang talaffuz niat.

Saya pilih pendapat yang tidak dipertikaikan. Itu lebih selamat.

Tentu kawan-kawan setujukan?


_________________
zain yang.s
Allahu Akbar!

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

abuyahya
Warga 2 Bintang
Menyertai: 09.07.2006
Ahli No: 25126
Posting: 57

blank   avatar


posticon Posting pada: 23-07-06 18:23


Pada 22-07-06 01:16 , ummimq posting:

!!! QUOTE !!!


Saya pilih pendapat yang tidak dipertikaikan. Itu lebih selamat.

Tentu kawan-kawan setujukan?


_________________
zain yang.s
Allahu Akbar!



Belum tentulah mak cik!!

Bagaimanakah sholat tarawih yang dicontoh Rasulullah..hanya 11 rakaat..adapun banyak manusia mempertentangkan tindakan sholat tarawih Sayidina Umar yang berjumlah 23 raka'at
tetapi sejak dahulu kala di mekkah al-mukarramah,biarpun sebelum berjaya puak wahabi yang sesat tu...orang telah ramai shalat tarawih 23 raka'at.....apakah mereka ni tak selamat....tentu tidak,ni adalah masalah khilafiyah..melafad niyat sebelum takbirpun Boleh...berpahala, meninggalkannya pun tak berdosa....

mahu sholat tarawih 11 rakaat dng witir pun boleh...berpahala...sholat tarawih 23 rakaat dng witirpun juga boleh,,bahkan lebih berpahala.....tidak ada yang berdosa..yang tersalah adalah yang mengatakan mengucap niyat adalah berdosa.....inilah paham yang sesat lagi menyesatkan

wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For abuyahyaProfil   Hantar PM kepada abuyahya   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 25-07-06 23:49


Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah syukran jazilan wahai anakanda abuyahya atas respons. Tetapi siapa yang kata mengucap niat adalah berdosa? Cuma yang dipaparkan adalah Rasulullah saw tidak lakukan talaffuz niat sebelum mengangkat takbiratul ihram. Bacalah balik artikel Ustaz Zain tu.

Masalahnya hari ini ramai yang bertalaffuz niat sebelum takbiratul ihram menganggap ia adalah ibadah sedangkan Rasulullah saw tak pernah buat pun.

Sedangkan kalau saja untuk mendidik tak apalah tapi kalau dah sampai umur 40 .... 50 tahun pun nak talaffuz niat dan kemudian kena penyakit was was hinggakan beberapa kali ulang baca talaffuz niat bagaimana pula jadinya nanti?

Terpulanglah apa saja persepsi anakanda dan juga mereka yang berfikiran seperti anakanda. Tugas kami menyampaikan walau satu ayat dan sekiranya tidak dapat terima itu hak antum. Cuma janganlah tuduh sembarangan ya.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - Kata pemikir Islam- "Antara sifat munafik itu ialah menganggap nasihat orang sebagai sindiran padanya ..sebab itu tidak diterimanya".

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

abuyahya
Warga 2 Bintang
Menyertai: 09.07.2006
Ahli No: 25126
Posting: 57

blank   avatar


posticon Posting pada: 26-07-06 10:30


Pada 25-07-06 23:49 , ummimq posting:

!!! QUOTE !!!

Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt


Masalahnya hari ini ramai yang bertalaffuz niat sebelum takbiratul ihram menganggap ia adalah ibadah sedangkan Rasulullah saw tak pernah buat pun.


Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
.



Duhai Mak cik yang telah berpengalaman...
Adakah rasulullah melarang melafazkan niyat sebelum takbiratul ihraaam...?
mak cik kan lebih tua dari saya,selayaknyalah lebih bijak saat berkate...adakah mak cik tahu tatacara ibadah sholat tu?
shalat tu diawali dng takbiratul ihram.....dan diakhiri dengan salam,maka tatacara didalam sholat tu tak boleh dirubah, adapun sebelum tatacara tu,maka bukan bagian dari sholat tu..

malah bolehlah sebelum takbiratul ihram tu dilafazkan kalimat ta'awuzz dan diikuti dng ucapan niyat...ni semua dalam rangka ibadah lah,,,bukankah kita disuruh banyak beribadah? fastabikhul khairat,,,,tiadelah sie sie segala ucapan yang baik dimata Allah....

ohh tentulah naby tidak memberi contoh...dalam beribadah kita bukan hanya mencontoh nabiy,juga mengikuti dan menuruti ucapan nabiy, khalifah,tabi'tabiin dan para ijma ulam sekalian ...

janganlah dipersempit makna ibadah tu....
cobelah mak cik pahami kenapa di mekkah ramai orang tarawih 23 raka'at..padahal nabiy hanya menconto 11 rakaat....??

mudah mudahan mak cik mengerti makna orang ramai melafazkan niyat...bukannya mereka tu munafiq..tak mahu dengar kata mak cik..tetapi cobalah mak cik mengerti tentang perbandingan ni..

adakah imam mazhab arba'ah saling menyesatkan dan berkate munafiq antara salah satunya?....meskipun ijtihad mereka saling berbeda tetap mereka tetap kompak...

make berhati hatilah mak cik terhadap paham penyelisih akhir zaman ni,,,,suka menyelisih ummat banyak.....itu tidak pernah diajarkan oleh Imam Mazhab arba'ah......

Bookmark and Share

    


  Member Information For abuyahyaProfil   Hantar PM kepada abuyahya   Quote dan BalasQuote

Ibn_hafidz
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.03.2006
Ahli No: 23801
Posting: 31
Dari: Jordan

czechrepublic  


posticon Posting pada: 26-07-06 11:43


Niat dalam solat adalah rukun dalam solat jika ditinggalkan maka solat itu akan batal.tidak kira lah ianya diniatkan dalam bahasa apa sekalipun tapi jangan sesekali ditinggalkan.Cumanya apa yang dikhilafkan oleh golongan salafi dan khalafi adalah lafaz niat itu sendiri.Apa yang dipegang oleh golongan salafi adalah sekadar berniat untuk mengerjakan satu2 solat sebelum mengangkat takbirratuihram.Dan bagi golongan khalafi yang saya pegangi pula berdasarkan rujukan kepada kitab2 mazahib arba'ah terutamanya mazhab syafiee yang menyatakan bahawa niat itu salah satu rukun yang perlu dilakukan sebelum atau semasa takbir berdasarkan perkara2 berikut:
1)qasad(niat) perbuatan solat itu bagi membezakan dengan perbuatan selainnya.
2)Ta'yin(menentukan) jenis solat seperti asar atau zohor kerana tidak sah orang yang berniat asar pada waktu zohor.
3)Berniat Fardhu untuk sembahyang fardhu dan sebaliknya untuk solat sunat.
4)Membezakan antara solat ada' dan qadha' kerana mengikut pendapat imam Nawawi sekiranya berniat adaan pada waktu qadha dan begitulah sebaliknya.

Dan ingatlah bahawa niat pada keseluruhan ibadah adalah didalam hati ,tidak sekadar pada sebutan lisan tetapi lalainya hati.

Rujukan Kitab KifayatulAhyar-Imam Husni AdDamsyiqi AsSyafiee

-berilmulah dalam beribadah dan jangan mengikut nafsu serta bertaklid buta semata2 kerana kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amalan kita di akhirat esok.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ibn_hafidzProfil   Hantar PM kepada Ibn_hafidz   Quote dan BalasQuote

abuyahya
Warga 2 Bintang
Menyertai: 09.07.2006
Ahli No: 25126
Posting: 57

blank   avatar


posticon Posting pada: 26-07-06 14:31


Pada 26-07-06 11:43 , Ibn_hafidz posting:

!!! QUOTE !!!



Apa yang dipegang oleh golongan salafi adalah sekadar berniat untuk mengerjakan satu2 solat sebelum mengangkat takbirratuihram.


Dan ingatlah bahawa niat pada keseluruhan ibadah adalah didalam hati ,tidak sekadar pada sebutan lisan tetapi lalainya hati.

Rujukan Kitab KifayatulAhyar-Imam Husni AdDamsyiqi AsSyafiee

-berilmulah dalam beribadah dan jangan mengikut nafsu serta bertaklid buta semata2 kerana kita akan dipertanggungjawabkan
atas setiap amalan kita di akhirat esok.


kalau niyat dilakukan sebelum takbiratul ihram, berarti kita telah menambahi sholat yang diperintahkan nabiyy...

Sholat diawali dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam

Niyat terletak saat bersamaan kita mengucap takbiratul ihram..maka hati pun berujar dng niyat sholat yang sesungguhnya jadi serempaklah adanya....

sedangkan lafaz Ushalli bukanlah niyat yang sesungguhnya..itu hanyalah peneguh dalam hati dan dilafazkan dalam mulut sebelum takbiratul ihram...sama seperti ta'awuz diucapkan sebelum takbiratul ihram..ini adalah sunnah adanya, ditinggalkanpun tak berdosa tetap sah sembahyangnya....

hanya aliran abad sempalan saja yang menyanggahnya, bahwa itu adalah bid'ah....sungguh picik dan dangkal pemahaman mereka

Bookmark and Share

    


  Member Information For abuyahyaProfil   Hantar PM kepada abuyahya   Quote dan BalasQuote

Ibn_hafidz
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.03.2006
Ahli No: 23801
Posting: 31
Dari: Jordan

czechrepublic  


posticon Posting pada: 27-07-06 17:16


Imam Nawawi pada mulahazah berkaitan bab niat dalam kitab kafayatuahyar menyebut bahawsannya dibolehkan untuk kita mempelajari lafaz niat tertentu asal terkandung didalamnya syarat2 niat seperti qasad,ta'yin&ta'arud dan datangkannya didalam hati ketika takbiratulihram.Hati yang khusyuk merupakan syarat terpenting untuk solat diterima oleh Allah s.w.t.Cuma apa yang membimbangkan daripada golongan salafi adalah fahaman mereka seolah-olah niat itu tidak termasuk didalam rukun solat cuma sekadar berniat sebelum berbuat sesuatu.Ini sesuatu yang merusakkan kerana seolah-olah ibadah2 khos tidak perlu dibezakan dengan perbuatan2 selainnya.Contoh terbaik seperti seseorang yang duduk didalam sebuah masjid tidak akan mendapat pahala iktikaf sekiranya dia tidak berniat didalam hati ketika berada didalam masjid tersebut dan ini menyebabkan dia hanya dikira duduk biasa sahaja.Waullahualam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ibn_hafidzProfil   Hantar PM kepada Ibn_hafidz   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-07-06 02:17


Wassalamu'alaikum wrt wbt

Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah artikel di bawah menarik minat umi kerana seringkali orang silap faham bila disebut perkataan bid'ah. Sedangkan ia adalah perkataan dari Hadis Soheh. Agaknya begitulah sikap insan sekiranya sudah wujud prejudis ataupun ada andaian sebelum memahami akan perkataan tersebut. Kalau ya pun lebih baiklah meneliti tentang bid'ah dan pentingnya untuk difahami agar tidak melakukan sesuatu yang bukan datangnya dari Rasulullah saw.

Wallahuta'ala a'lam bissawab

Wassalamu'alaikum wrt wbt

ummimq

ps - “Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana. Sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu semuanya akan ditanya dan dipersoalkan." (Surah Al-Isra : 36).

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Petikan: "Bila di sebut sahaja 'Bid'ah', maka timbullah kata-kata seperti : "Ini mesti Mazhab Wahabi ni....!", "Dalam betul Wahabi ustaz itu....?", "Ulama Saudi.... semuanya tak betul, semuanya bid'ah". Macam-macamlah perkataan yang kita dengar. Sikap keterbukaan menerima sesuatu ilmu yang dibawa tadi sudah lenyap. Begitu juga dengan golongan-golongan yang dikatakan kaum salaf, tugasnya asyik nak membid'ahkan sahaja golongan-golongan lain tanpa menggunakan uslub da'wah yang betul. Ada juga yang mengambil ringan mengenai istilah bid'ah. Pada mereka bid'ah ini hanya menyentuh perkara-perkara yang makruh sahaja. Ia cuma khilaf ulama'. Ada juga yang menjadikan bid'ah sebagai alasan mengelak ibadat-ibadat sunat. Ada juga kedapatan para ustaz-ustaz yang akan bersuara, "Kalau nak cepat popular, boleh kata perkara ini dan itu bid'ah". Maknanya pengumuman bid'ah merupakan deklarasi populariti! Rata-rata bermacam-macam reaksi yang boleh kita jumpa apabila membicarakan istilah bid'ah."



--------------------------------------------------------------------------------





Bid'ah : satu tinjauan

Oleh: Kamin

Assalamu'alaikum

Rasulullah saw ketika berkhutbah pernah bersabda sebagaimana yang diriwayatkan oleh An-Nasaai:

þ þãä íåÏå Çááå ÝáÇ ãÖá áå æãä íÖááå ÝáÇ åÇÏí áå Åä ÃÕÏÞ ÇáÍÏíË ßÊÇÈ Çááå æÃÍÓä ÇáåÏí åÏí þ þãÍãÏ þ þæÔÑ ÇáÃãæÑ þ þãÍÏËÇÊåÇ þ þæßá ãÍÏËÉ ÈÏÚÉ æßá ÈÏÚÉ ÖáÇáÉ æßá ÖáÇáÉ Ýí ÇáäÇÑ
".....Sesiapa yang diberi oleh Allah petunjuk maka tidak ada sesiapa yang dapat menyesatkannya dan barang siapa yang telah disesatkan oleh Allah maka tidak ada sesiapa yang dapat memberi pentunjuk kepadanya. Dan sesungguhnya sebenar-benar perkataan adalah dari Kitab Allah dan sebaik-baik petunjuk ialah Nabi Muhammad saw. Dan seburuk-buruk kejahatan adalah mereka-reka (pembaharuan didalam agama) dan setiap rekaan adalah bid'ah dan setiap bid'ah adalah sesat dan setiap kesesatan adalah tempatnya didalam neraka...." - An-Nasaai.

Perkataan Bid'ah merupakan suatu istilah sensitif dikalangan orang-orang Islam khususnya di Malaysia. Dalam istilah Inggeris ia di panggil 'Innovation' atau jika diMelayukan menjadi inovasi. Dengan kata lain ia membawa maksud - inovasi, rekaan atau ciptaan baru. Menurut Sheikh Ali Mahfudz didalam kitabnya Al Ibda' fi Madharil Ibtida' berkata bahawa bid'ah boleh dilihat dari segi bahasa dan istilah. Dari segi bahasa ia bermakna:

ãÇÎáÞ ãä ÛíÑ ãËÇá ÓÇÈÞ
"Segala sesuatu yang diciptakan dengan tidak didahului contoh-contoh"

Manakala dari segi istilah pula ia bermaksud :

ÇáÈÏÚÉ åí ÚÈÇÑÉ Úä ØÑíÞÉ Ýí ÇáÏíä ÊÖÇåí ÇáÔÑÚíÉ íÞÕÏ ÈáÓáæß ÚáíåÇ ÇáãÈÇáÛÉ Ýí ÇáíÊÚÈÏ Çááå ÓÈÍÇäå æÊÚÇáì
"Bid'ah ialah suatu ibarat yang berkisar pada masalah-masalah agama. Dilakukannya menyerupai syariat dengan cara yang berlebihan dalam mengabdikan kepada Allah swt."

Keterangan diatas amat terang dan jelas menceritakan bid'ah secara ringkasnya. Sepertimana yang dinyatakan didalam hadis diatas tadi dimana 'seburuk-buruk kejahatan ialah mereka-reka' (þæÔÑ ÇáÃãæÑ þ þãÍÏËÇÊåÇ ) telah membangkit beberapa perkumpulan ulama' mencari skop dan had-had istilah 'mereka-reka' itu sendiri. Didalam mendefinasikan ruang lingkup bid'ah atau rekaan-rekaan didalam agama Islam telah mengakibatkan tercetusnya pelbagai-bagai pegangan, baik yang menolak 'semua bid'ah dan mengatakan semuanya sesat' atau kumpulan-kumpulan yang membuat pembahagian terhadap bid'ah (kelasifikasi bid'ah) itu sendiri, malah ada juga yang mengamalkan sesuatu bid'ah tanpa berdasarkan kepada dalil-dalil yang kuat.

Bila di sebut sahaja 'Bid'ah', maka timbullah kata-kata seperti : "Ini mesti Mazhab Wahabi ni....!", "Dalam betul Wahabi ustaz itu....?", "Ulama Saudi.... semuanya tak betul, semuanya bid'ah". Macam-macamlah perkataan yang kita dengar. Sikap keterbukaan menerima sesuatu ilmu yang dibawa tadi sudah lenyap. Begitu juga dengan golongan-golongan yang dikatakan kaum salaf, tugasnya asyik nak membid'ahkan sahaja golongan-golongan lain tanpa menggunakan uslub da'wah yang betul. Ada juga yang mengambil ringan mengenai istilah bid'ah. Pada mereka bid'ah ini hanya menyentuh perkara-perkara yang makruh sahaja. Ia cuma khilaf ulama'. Ada juga yang menjadikan bid'ah sebagai alasan mengelak ibadat-ibadat sunat. Ada juga kedapatan para ustaz-ustaz yang akan bersuara, "Kalau nak cepat popular, boleh kata perkara ini dan itu bid'ah". Maknanya pengumuman bid'ah merupakan deklarasi populariti! Rata-rata bermacam-macam reaksi yang boleh kita jumpa apabila membicarakan istilah bid'ah.

Malah bab inilah yang merupakan satu perkara yang tidak ada titik pertemuan diantara pengikut mazhab dan kumpulan-kumpulan salaf sehingga kini. Persoalan Tahlil, membaca Yasin malam Jumaat, Malam Nisfu Sya'ban, Malam Isra' dan Mi'raj, fadilat puasa Rejab, fadilat penggunaan biji tasbih dan sebagainya merupakan perkara-perkara yang akan disentuh setiap kali apabila bid'ah diperkatakan. Pertembungan ini juga dipanggil pertembungan kaum tua dan kaum muda. Kita tidak ingin membicarakan permasalahan bid'ah itu buat masa ini, cuma ingin menyentuh natijah-natijah yang timbul dan yang akan timbul hasil dari pertembungan dua budaya pemikiran ini. Kupasan mengenai bid'ah telah dibuat dengan panjang lebar oleh ulama'-ualma' muktabar seperti As-Syahid Hasan Al-Bana didalam Usul 12 nya dengan merangkumi skop-skop bid'ah itu sendiri . Kita harus akur bahawa mereka-mereka yang menyokong bid'ah hasanah atau yang mengganggap semua bid'ah adalah sesat terdiri dari mereka yang bergelar ulama'. Mereka ini bukan calang-calang orang. Siapalah kita untuk mempersoalkan keupayaan mereka itu!

Memang tidak boleh dinafikan terdapatnya pelbagai unsur-unsur negatif yang timbul dari pertembungan ini. Perkara-perkara ini lah yang harus kita elakkan agar ia tidak menjadikan kesesatan yang amat nyata. Contoh-contoh budaya negatif adalah seperti :

1. Cemuhan-cemuhan tanpa segan silu dilakukan terhadap ulama'-ulama' tersebut. Fitnah menfitnah ulama'. Ulama sudah tidak dihormati lagi. Akhlak perbincangan seakan-akan sudah tiada lagi.

2. Cemuhan terhadap orang-orang Islam sendiri dan berakhir dengan perkelahian. Perdebatan yang membakar semangat perkelahian yang didorong oleh kemarahan yang tidak dapat dikawal. Perdebatan yang diasaskan dengan nafsu, ingin menegakkan benang basah. Jauh sekali dari keikhlas didalam agama!

3. Mendakwa seseorang ulama' ini berkata demikan tetapi sebenar ulama tidak pernah berkata begitu. Ini juga termasuk didalam memalsukan kenyataan ulama. Contohnya, Imam Syafie kan berkata perkara ini sunat, wal hal tak pula kedapatan didalam kitab Imam Syafie. Tak tahulah Syafie mana yang dirujukkannya?

4. Lebih bahaya lagi memalsukan hadis Rasulullah saw. Contohnya, kalau orang awam akan berkata :"Inikan sunnah Nabi", tetapi Rasulullah saw tidak pernah berkata demikan (pandai-pandai nak melibatkan nama Rasulullah saw tanpa usul periksa!), dan golongan-golongan oportunis pula akan memalsukan hadis-hadis nabi, dengan lahirnya hadis-hadis mawdhu'. Ini semua suatu penipuan terhadap Rasulullah saw!

5. Semua orang jadi ulama'. Masing-masing dah pandai mengeluarkan fatwa-fatwa tanpa ilmu dan tanpa sedikit pun perasaan takut akan azab Allah swt.

Pergeseran dan pertembungan dua budaya ini sebenar merupakan pergesaran ilmu dan hujah yang amat hebat sekali. Terdapat ilmu perbandingan yang amat berharga dilahirkan. Ulama' mana yang nak menyesat manusia? Hanya ulama'-ulama' yang mempunyai kepentingan dunia sahaja yang melakukannya. Ada juga yang disebabkan oleh faktor-faktor tekanan, asasnya 'cinta pada dunia dan benci kepada maut'. Apabila dilihat konflik ini secara positif, maka dapatlah kita senarai beberapa pengajaran yang boleh kita ambil seperti:

1) Meninggalkan budaya Pak Turut - Budaya ini memang tak dapat dipisahkan kepada mereka yang begitu 'sensitif tak menentu' mengenai isu bid'ah ini. Mereka tak boleh terima perkara baru didalam hidup mereka. Sekurang-kurangnya konflik ini dapat memecahkan sikap pak turut seperti "Guru saya kata atau Ustaz itu kata perkara ini sunat!" kepada sikap keterbukaan. Tepuk dada, tanya ilmu. Kita wujudkan budaya Pak Siasat, Pak Ingin Tahu dan sebagainya.

2) Peningkatan didalam budaya merujuk. Mempelajari konflik ini membuat seseorang Islam ini banyak melakukan rujukan. Contohnya, Sembahyang tasbih; kita akan ketemu pelbagai-bagai pendapat yang membolehkan dan menolak sembahyang tasbih. Ini menjadikan kita lebih peka dan 'original' didalam ibadat yang kita lakukan.Ia menggalakkan masyarakat Islam mewujudkan budaya 'penyelidikkan' disamping meningkat ilmu pengetahuan. Didalam melakukan rujukan, maka timbullah teknik-teknik seperti 'citation indexing', siapa yang merujuk siapa?; proses atau langkah yang diambil apabila melakukan pencarian 'rujukan keatas rujukan'. Maka timbullah minat mengetahui dan membaca kitab-kitab asal sesuatu persoalan itu. Kalau dilihat dari segi subjek, bidang 'citation indexing' terhadap bahan-bahan bacaan Islam belum ada lagi. Maka usaha-usaha perlu digembelingkan kearah mewujudkan alat-alat rujukan tersebut.

3) Ulama' pewaris Nabi - Ia mewujudkan budaya merujuk kepada rujukan ulama. Ulama tempat merujuk. Timbul budaya ulama' mana yang berkata begitu. Bagaimana mana cara 'argument' atau hujah mereka. Bagaimana ulama itu boleh berijtihad dengan hukum itu? Budaya ini membuatkan nama-nama ulama'-ulama' silam seperti Imam Malik, Imam Syafie, Ibnu Taimiyah dan sebagainya dirujuk dan disebut sehingga kini. Tanpa sumbangan ulama'-ulama' ini, tak kemana keislaman kita. Maka timbullah kecintaan kepada para ulama'-ulama'.

4) Memperbaiki qualiti ibadah. - Konflik ini membuat seseorang Islam itu mendalami ilmu ibadah mereka. Rujukan-rujukan ulama' seperti buku yang menyentuh 'Bagaimana Rasulullah sembahyang?', 'Ibadah Haji seperti Rasulullah' dan sebagainnya memberi ilmu yang 'genuine' atau asli kepada si pembaca tadi. Kita dapat ketahui melalui nas-nas dan perbincangan ulama' asal-usul, kaifiyat-kaifiyat, fadilat-fadilat sesuatu ibadah itu secara betul dan bukannya 'membuta tuli' sahaja. Dapatlah kita mengetahui dengan secara detail sesuatu ibadat itu dilaksanakan.

5) Kembali kepada Al-Quran dan Sunnah Nabi saw - Konflik ini akan menggembalikan kita kepada rujukan utama kita, iaitu Al-Quran sunnah Rasulullah saw. Rujukan kepada ayat-ayat Al-Quran dan hadis Rasulullah akan dilakukan apabila timbulnya sesuatu konflik ini. Dalam mempelajari ilmu hadis ini, maka tahulah kita darjat-darjat sesuatu hadis itu dan sebagainya.Tahulah kita mana hadis-hadis yang dipalsukan atau yang tersangat daif.

Sebagai kesimpulan kepada faktor-faktor diatas boleh kita simpulkan bahawa kalau bid'ah ini diperbincangkan berdasarkan ilmu dan akhlak, maka natijah-natijah negatif tidak akan timbul.Sebaliknya, ia menimbulkan budaya ilmu bagi mereka yang mengkaji polemik bid'ah membid'ah itu. Kajian secara terperinci telah dilakukan di Malaysia oleh Mohd Radzi Othman dan O.K. Rahmat dari Universiti Sains Malaysia mengenai applikasi pembaharuan di Malaysia khususnya dinegeri Perlis .

Disini, sebagai permulaan, kita ingin memperkenalkan istilah bid'ah dari seorang ulama' hadis yang begitu popular dan juga kontroversi didalam persoalan bid'ah. Beliau ada Sheikh Nasyiruddin Al-Albani. Beliau merupakan ulama kelahiran Ashkodera, ibu negara Albania pada tahun 1914.Seorang yang amat mencintai ilmu hadis dan mendapat gelaran Professor hadis dari Universiti Madinah. Dibawah ini adalah terjemahan syarahan mengenai definasi bid'ah yang beliau lampirkan didalam buku 'Haji Nabi saw sebagaimana diriwayatkan oleh Jabir lah.a.' dibawah bab 'Bid'ah mengenai Ibadah Haji dan ziarah ke Madinatul Munawwara, dan Baitul Maqdis.Kita tidak membincangkan mengenai perkara yang beliau sentuh mengenai ibadat Haji dan Ziarah, tetapi cuma menyentuh definasi bid'ah yang mengambarkan minda beliau dan sekurang-kurangnya dapat memberi sedikit gambaran mengenai mengapa sesuatu perkara itu dikatakan bid'ah menurut ulama' ini. Kita percaya bahawa sekurang-kurangnya terjemahan ini dapat membuka minda-minda kita agar dapat meningkatkan lagi qualiti ibadah dan mempraktik sunnah didalam penghidupan seharian. Sebagaimana firman Allah swt didalam surah Al-Mulk ayat 2 -

ÇáøóÐöí ÎóáóÞó ÇáúãóæúÊó æóÇáúÍóíóÇÉó áöíóÈúáõæóßõãú Ãóíøõßõãú ÃóÍúÓóäõ ÚóãóáðÇ æóåõæó ÇáúÚóÒöíÒõ ÇáúÛóÝõæÑõ
"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);"

Perkataan "Ahsanu 'amalan (ÃóÍúÓóäõ ÚóãóáðÇ )" - dengan kata lain boleh didefinasikan sebagai amalan-amalan yang berqualiti; iaitu amalan-amalan yang menepati kehendak Allah dan yang dilakukan oleh Rasulullah saw. Qualilti sesuatu amalan tidak boleh dinilai dengan aqal semata-mata tetapi nilai ukurannya mesti berdasarkan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw, kerana Rasulullah itu adalah sebaik-baik ikutan, sebagaimana firmannya:

áóÞóÏú ßóÇäó áóßõãú Ýöí ÑóÓõæáö Çááøóåö ÃõÓúæóÉñ ÍóÓóäóÉñ áöãóäú ßóÇäó íóÑúÌõæ Çááøóåó æóÇáúíóæúãó ÇáúÂÎöÑó æóÐóßóÑó Çááøóåó ßóËöíÑðÇ
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" .

Marilah kita kembali kepada Al-Quran Dan Sunnah Nabi saw didalam apa jua perkara sekalipun, khususnya persoalan bid'ah membi'dah ini.Siapalah kita hendak mempersoalkan isu-isu Bid'ah ini? Kita hilangkan budaya menolak atau menerima sesuatu itu tanpa menyelidikinya. Kita wujudkan budaya ilmu didalam masyarakat kita, terutamanya umat Islam di Malaysia. Insyaallah.

-------------

Petikan dari bab terakhir dari buku (ÍÌÉ ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æ Óáã ßãÇ ÑæÇåÇ ÌÇÈÑ ÑÖí Çááå Úäå )Haji Nabi saw sebagaimana diriwayatkan oleh Jabir lah.a. didalam Bab - 'Bid'ah mengenai Ibadah Haji dan ziarah ke Madinatul Munawwara, dan Baitul Maqdis, mukasurat 100-105.

Saya (Al-Albaani)telah menambah didalam penghujung buku, perkara mengenai bidaah berhubung dengan ibadat Haji dan lawatan ke Madinatul Munawarah dan Baitul Maqdis, dimana tidak ramai orang-orang mengetahui mengenai perkara ini dan telah jatuh kedalamnya - maka saya ingin menasihatkan mereka dengan menerangkan dan memberi peringatan terhadap perkara ini - sebagaimana Allah tidak menerima apa-apa amalan melainkan dipenuhi 2 syarat :

Pertama : Ia dilakukan dengan penuh ikhlas kerana Allah Azza wa Jalla.

Kedua : Ia mestilah betul - dan ia tidak akan betul (sahih) sehingga ia bertepatan dengan Sunnah, tidak bertentangan dengannya - dan sebagaimana dipersetujui oleh ulama'-ulama'- apa-apa yang didakwa oleh seseorang mengenai perbuatan yang Rasullulah tidak menjelaskan melalui Hadisnya, (yang tidak membawa dekat kepadanya) -- membawa kepada dekat dengan Allah apabila melakukan - maka ia bertentangan dengan Sunnah sebagaimana Sunnahnya terdiri dari dua jenis :

(a) Sunnah perbuatan (Sunnah Fi'liyyah - ÓäÉ ÝÚáíÉ perbuatan yang dilakukan) dan

(b) Sunnah ditinggallkan (Sunnah Tarkiyyah) - ÓäÉ ÊÑßíÉ perbuatan yang dia tidak lakukan)

Perkara yang berkisar mengenai ibadat, yang ditinggalkan oleh Rasullulah - maka menjadi sunnah untuk meninggalkan nya - misalnya - Azan pada sembahyang dua hari raya dan semasa mengkebumikan mayat, walaupun ia memulia dan menyebut nama Allah, ia tidak dibenarkan walaupun ia bermakna mendekati diri dengan Allah Azza wa Jalla, dan bahawasanya ia disebabkan sesuatu yang Rasullulah saw meninggalkannya - dan telah faham pada peringkat ini oleh sahabat-sahabatnya - dan Huzaufah Ibnu
Al-Yamaan ra berkata :

ßá ÚÈÇÏÉ áã íÊÚÈÏåÇ ÃÕÍÇÈ ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáí æÓáã ÝáÇ ÊÚÈÏæåÇ
"Setiap ibadah yang tidak dilakukan oleh sahabat Rasulullah saw, maka janganlah melakukannya"

Dan berkata Ibnu Mas'ud :

ÇÊÈÚæÇ æáÇ ÊÈÏÚæÇ¡ ÝÞÏ ßÝíÊã Úáíßã ÈÇáÃãÑ ÇáÚÊíÞ
"Ikutlah (sunnah) dan jangan menambah, dan telah cukup bagi kamu - perbuatan yang lama (kekal dengan cara lama)"

Maka beruntunglah mereka yang Allah beri peluang untuk melakukan ibadah dengan mengikuti Sunnah Nabi saw dan tidak mencampurkannya dengan bid'ah - untuk mereka itu khabaran penerimaan Allah ketas ketaatannya - dan keizinannya ke Syurga. Allah menjadikan dari mereka yang mendengar perkataan-perkataan dan mengikuti yang terbaik.

Dan ketahuilah bahawa bid'ah 2 jenis bidaah akan melalui kamu :

(1) Bid'ah yang didapati dari teks (nas) rekaan para ahli ilmu didalam buku mereka, maka alamat ini di kaitkan kepada mereka. Dan ini merupakan jenis yang paling banyak.
(2) Akhir sekali ialah : bid'ah yang tidak saya dapati dari teks (nas) tetapi melalui tahun atau kaedah kawalan saintifik keatas perkara yang dibid'ahkan (ciptakan).

Dan ketahuilah bahawa bidaah ini boleh didapati dari faktor-faktor berikut :

(i)Hadis Da'if (lemah) - dimana tidak benarkan penggunaannya sebagai dalil, atau ianya, menurut kata-kata anda, dibenarkan mengamalkannya , sebagaimana yang telah saya jelaskan didalam Muqadimah buku 'Sifat Solat Un-Nabi' (sifat-sifat sembahyang nabi) - dan ini mazhab (pegangan) jemaah dari ahli ilmu - dari mereka Ibnu Taimiyyah.

(ii) Hadis Palsu (Mawdhu') - atau tidak ada apa-apa asasnya - beberapa fuqaha' masih tidak mengetahui mengenai keadaan kebenarannya - dan maka berdasarkan hukum agama terhadapnya - ia telah menjadi punca utama bidaah dan perbuatan baru!

(iii) Ijtihad beberapa fuqaha' atau sesesuatu perkara yang dicadangkan - khusus dikalangan muthakhir - tidak berasaskan apa-apa bukti (dari Al-Quran & Hadis), dari menggangapnya sebagai perkara yang bercanggah - sehingga ia menjadi Sunnah yang di ikuti! Dan ini tidak mungkin tersembunyi dari seorang yang mendalami agamanya, sesungguhnya tidak betul mengikut perkata tersebut, tidak ada perkara yang sebahagian dari Shariah melainkan dari Allah, dan tidak mencukupi untuk seseorang itu membuat sesuatu yang diingini, dan bahawa Allah tidak akan mengazabnya kerana perkata itu, Tetapi bagi mereka yang mengambil sesuatu yang dianggap sebagai sunnah, maka pasti tidak! Dan bagaimana ia boleh terjadi apabila ada beberapa perkara mencanggah dengan sunnah, sebagaimana akan dinyatakan kemudiannya - dengan izin Allah.

(iv) Adat dan kepercayaan kurafat yang mana tiada dalil dalam Shariah, dan tidak disokong oleh aqal, sehingga jika ada dikalangan mereka yang jahil mengambilnya sebagai sebahagian dari shariah, kadangkala menjari sokongan dari yang lain, kadang kala ada yang mengakui dari mereka yang 'alim yang sebenarnya mempunyai penampilannya.

Maka kamu seharusnya tahu betapa bahaya bid'ah ini bukanlah satu tahap sahaja, bahkan ia mempunyai peringkat-peringkat. Ada diantaranya syirik dan kufur yang jelas (sarih), sebagaimana yang kamu akan lihat, dan sebahagiannya kurang dari itu, walau bagaimana pun, kamu mesti berjaga sekecil-kecil bid'ah yang seseorang itu bawa kedalam agama adalah haram setelah ia didedahkan sebagai bid'ah, sebagaimana tidak ada bid'ah yang makruh sahaja, sebagaimana beberapa orang yang berfikir, dan bagaimana ini boleh terjadi sedangkan Rasulullah saw bersabda:

ßá ÈÏÚÉ ÖáÇáÉ¡ æßá ÖáÇáÉ Ýí ÇáäÇÑ
"Setiap bid'ah itu sesat. Dan setiap yang sesat akan ke neraka".

Itu kepada mereka yang melakukan. Dan Imam As-Syatibee telah menjelaskan dengan sepenuhnya perkara ini didalam buku pentingnya 'Al-I'tisaam', dan kerana bid'ah ini sesuatu yang merbahaya, dan kebanyakkan orang masih lalai dengannya, melainkan kebanyakkan kecil mereka yang ahli ilmu, dan cukup untuk membuktikan betapa serius bid'ah tersebut sebagaimana didalam sabda Nabi saw :

Åä Çááå ÍÌÈ ÇáÊæÈÉ Úä ßá ÕÇÍÈ ÈÏÚÉ¡ ÍÊì íÏÚ ÈÏÚÊå Ü ÑæÇå ÇáØÈÑÇäí æÇáÖíÇÁ ÇáãÞÏÓí Ýí ÇáÃÍÇÏË ÇáãÎÊÇÑÉ
"Sesungguhnya Allah tidak menerima Taubat kepada sesiapa yang melakukan bid'ah, sehingga ia meninggalkan bid'ah". Diriwayatkan oleh Tabrani dan Ad-Diyaa Al-Maqdisi didalam 'Al-Hadith Al-Mukhtaarah' dan lain-lain , dengan Shahih Isnad, dan dijelaskan oleh Al-Munzari sebagai Hasan.

Dan saya mengakhiri dengan beberapa patah nasihat yang ingin saya sampaikan kepada pembaca dari Imam Besar dan Ulama' Islam terawal, Sheikh Hasan bin Ali Al-Barbaharee, salah seorang dari pengikut Imam Ahmad, yang meninggal pada tahun 329 hijrah, berkata Rahimullahu ta'ala:

"Dan awas dengan sekecil-kecil perkara yang diadakan, sebagaimana bid'ah kecil hasil dari dilakukan berulang kali sehingga menjadi bid'ah yang besar, dan didalam perjalanan itu setiap bid'ah diperkenalkan kepada Ummah bermula dengan bid'ah kecil - berupa seperti sesuatu perkara yang benar dan ianya jatuh kedalamnya, sehingga ia tidak mampu meninggalkannya, ada diantaranya membesar dan menjadi sebahagian dari agama, diamalkan sedemikian. Maka lihatlah dengan rahmat Allah, setiap apa yang orang dizaman kamu berkata dan jangan menerimanya sehingga kamu bertanya dan menyelidikinya: Apakah terdapatnya sahabat atau ulama' bercakap mengenainya, maka jika kamu jumpa riwayat dari mereka, maka terimalah dan jangan tinggal ia untuk sesuatu, dan jangan mendahulukan apa-apa, dan jangan dahulukan apa-apa keatasnya dan sehingga jatuh kepada api neraka."

Dan kamu harus tahu, moga-moga Rahmat Alah terhadapmu, bahawa tidak sempurna islam hambanya sehingga mengikut (dengan dalil), membenarkan dan menyerah (kepada kebenaran). Maka barang siapa yang mendakwa bahawa apa-apa yang tinggal dalam Islam yang mana sahabat Rasulullah tidak menerangkan sepenuhnya kepada kami, maka dia telah mencipta satu penipuan terhadap mereka, sesat dan menyesatkan, mengadakan sesuatu didalam Islam apa yang bukan miliknya.
Semoga Rahmat Allah keatas Imam Malik yang berkata :

áÇ íÕáÍ ÂÎÑ åÐå ÇáÃãÉ ÅáÇ ÈãÇ ÕáÍ Èå ÇæáåÇ¡ ÝãÇ áã íßä íæãÆÐ ÏíäÇ¡ áÇíßæä Çáíæã ÏíäÇ
"Tidak akan betul ini umat melainkan dibetulkan pada permulaannya, maka tidak ia sebahagian dari agama, tidak ia didalam agama hari ini"

Dan Nabi saw berkata:

ãÇ ÊÑßÊ ÔíÆÇ íÞÑÈßã Åáì Çááå ÅáÇ æÞÏ ÃãÑÊßã Èå¡ æãÇ ÊÑßÊ ÔíÆÇ íÈÚÏßã Úä Çááå æíÞÑÈßã Åáì ÇáäÇÑ¡ ÅáÇ äåíÊßã Úäå
"Saya tidak meninggalkan apa-apa yang boleh membawa kamu hampir kepada Allah, melainkan saya telah perintahkan kamu dengannya. Dan saya tidak meninggalkan apa-apa yang boleh menjauhkan kamu dari Allah dan membawa kamu ke Api neraka melainkan apa yang dilarangkan keatas kamu"

Semua pujian kepada Allah yang mana ni'matnya kebaikannya telah sempurna.

---------------
Rujukan:

1. Sheikh Ali Mahfuz. Al Ibda fi Madharil Ibtida'. Kaherah : Darul I'tisham Al-Azhar.
(cetakan ke 3).

2. Usul ke 11 - Syahid Hasan Al-Bana. http://www.geocities.com/Athens/Delphi/6035/bidaah1.html

3. Mohd Radzi Othman dan O.K. Rahmat. Gerakan Pembaharuan Islam.
http://www.lib.usm.my/press/Moro/MORO1h.html
Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia.

4. Sheikh Nasyiruddin Al-Albani. Hujatun Nabi saw kama rawaaha Jaabir lah.a.
Beirut : Maktab Al-Islami, 1985. (cetakan ke 7)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Ibn_hafidz
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.03.2006
Ahli No: 23801
Posting: 31
Dari: Jordan

czechrepublic  


posticon Posting pada: 28-07-06 06:45


Perkara baru yang mempunyai asas dalam syariat tidak layak untuk dibidaahkan seperti pendapat sesetengah ulama' (terdahulu) yang membidaahkan maulidurrasul yang disambut setiap tahun oleh umat islam seluruh dunia hari ini.Mereka berhujah bahawa perkara ini tidak ada asal dari nabi ataupun para sahabat
kerana kullu bidatin dolalah wa kullu dolalatin fin nar.Sungguh menyedihkan pandangan ini kerana jika kita hendak membandingkan kasih sayang sahabat2 terhadap nabi dengan umat islam masa ini memang begitu jauh sekali.Sahabt2 sanggup bergadai nyawa untuk menyelamatkan nabi dari ancaman musuh,mereka sanggup mengorbankan harta dan keluarga demi bersama nabi dalam memperjuangkan syiar islam hatta darah nabi sanggup diminum untuk mendapat keberkatannya dan ianya tidak ditegah oleh Rasulullah.Dan Rasulullah sendiri pernah ditanya sahabat mengenai fadhilat berpuasa hari isnin dan beliau menjawab yang itu adalah hari lahir beliau.Cuma yang menyedihkan dizaman ini perasaan cinta & kasih Rasul itu sudah mula lenyap dari hati muslim sehinggakan ada sebilangannya sudah tidak mengetahui tarikh kelahiran nabi junjungan kita apatah lagi sirah kehidupan beliau untuk dicontohi.Jadi adakah dengan mengadakan perkara yang boleh mengingatkan dan menhidupkan rasa cinta terhadap nabi pun boleh termasuk didalam perkara yang boleh menyesatkan dan membawa kita kepada api neraka??fikir-fikirkan Lah orang-orang yang Berakal

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ibn_hafidzProfil   Hantar PM kepada Ibn_hafidz   Quote dan BalasQuote

KIKO
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.02.2005
Ahli No: 14072
Posting: 251
Dari: Kota Kinabalu Sabah...

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 28-07-06 09:27


Ini yang Saya Cari...Terima kasih UMMI Kerana buka topik ni dan juga banyak membantu menyelasaikan maslah setiap topik yang ada dalam forum ni....

Bookmark and Share

    


  Member Information For KIKOProfil   Hantar PM kepada KIKO   Quote dan BalasQuote

abuyahya
Warga 2 Bintang
Menyertai: 09.07.2006
Ahli No: 25126
Posting: 57

blank   avatar


posticon Posting pada: 28-07-06 12:27


Pada 28-07-06 02:17 , ummimq posting:

!!! QUOTE !!!

Wassalamu'alaikum wrt wbt

Assalamu'alaikum wrt wbt


Dan kamu harus tahu, moga-moga Rahmat Alah terhadapmu, bahawa tidak sempurna islam hambanya sehingga mengikut (dengan dalil), membenarkan dan menyerah (kepada kebenaran). Maka barang siapa yang mendakwa bahawa apa-apa yang tinggal dalam Islam yang mana sahabat Rasulullah tidak menerangkan sepenuhnya kepada kami, maka dia telah mencipta satu penipuan terhadap mereka, sesat dan menyesatkan, mengadakan sesuatu didalam Islam apa yang bukan miliknya.
Semoga Rahmat Allah keatas Imam Malik yang berkata :

áÇ íÕáÍ ÂÎÑ åÐå ÇáÃãÉ ÅáÇ ÈãÇ ÕáÍ Èå ÇæáåÇ¡ ÝãÇ áã íßä íæãÆÐ ÏíäÇ¡ áÇíßæä Çáíæã ÏíäÇ
"Tidak akan betul ini umat melainkan dibetulkan pada permulaannya, maka tidak ia sebahagian dari agama, tidak ia didalam agama hari ini"

Dan Nabi saw berkata:

ãÇ ÊÑßÊ ÔíÆÇ íÞÑÈßã Åáì Çááå ÅáÇ æÞÏ ÃãÑÊßã Èå¡ æãÇ ÊÑßÊ ÔíÆÇ íÈÚÏßã Úä Çááå æíÞÑÈßã Åáì ÇáäÇÑ¡ ÅáÇ äåíÊßã Úäå
"Saya tidak meninggalkan apa-apa yang boleh membawa kamu hampir kepada Allah, melainkan saya telah perintahkan kamu dengannya. Dan saya tidak meninggalkan apa-apa yang boleh menjauhkan kamu dari Allah dan membawa kamu ke Api neraka melainkan apa yang dilarangkan keatas kamu"

Semua pujian kepada Allah yang mana ni'matnya kebaikannya telah sempurna.

---------------
Rujukan:

1. Sheikh Ali Mahfuz. Al Ibda fi Madharil Ibtida'. Kaherah : Darul I'tisham Al-Azhar.
(cetakan ke 3).

2. Usul ke 11 - Syahid Hasan Al-Bana. http://www.geocities.com/Athens/Delphi/6035/bidaah1.html

3. Mohd Radzi Othman dan O.K. Rahmat. Gerakan Pembaharuan Islam.
http://www.lib.usm.my/press/Moro/MORO1h.html
Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia.

4. Sheikh Nasyiruddin Al-Albani. Hujatun Nabi saw kama rawaaha Jaabir lah.a.
Beirut : Maktab Al-Islami, 1985. (cetakan ke 7)






Itulah dia sungguh mengecewakan paham orang orang akhir zaman ni, adakah nabi mengatakan bahwa zaman keemasan islam terletak pada ahir zaman..hingg orang orang yang tak sampai derajad hafidz pun berani berfatwa layaknya para muhadits salaf..seperti Bukahri.Muslim, daruquthni...padahal mereka hanya membaca dari kitab kitab yang hanya diketahui dari sisa sia hadits saja...Mudah mudahan llah mengampuni segala kedangkalan mereka dalam beragama dan berfatwa

Adapun masalah bid'ah telah sepakat tentang adaya bid'ah hasanah..hanya paham goongan sempalan saja yang menolaknya.mereka hanya mbermodalkan tulisan tulisan syaikhnya yang tidak sampai mencapai derajat hafidz apalagi ulam mujtahid...jauh...jauh...

seorang ulama terkenal Syaikh Izzudin bin abdus Salam dalam lingkup mazhab syafi'i berkata "bid'ah itu adalah suatu pekerjaan keagamaan yang tidak dikenal pada masa rasulullah" (qowaidul Ahkam)

Maka bayaklah pekerjaan agama pada masa ni yang tidak ada dicontoh oleh rasulullah seperti membukukan alqur'an, mebuat kitab ilmu nahwu,syaraf,fikih dan sebagainya..itu adalah semua pekerjaan keagamaan....maka hanya orang yang picik saja yang menafikan masalah ni

Imam Syafi'i pun berkate dalam Fathul Bari hanya XVII
Pekerjaan baru tu ada dua macam
1. Pekerjaan Keagamaan yang berlawanan dengan Qur'an dan Sunnah,atsar dan Ijma ni adalah bid'ah dholalah
2. Pekerjaan keagamaan yang baik yang tidak menentang salah satu dari syarat diatas adalah bid'ah juga ialah bid'ah hasanah

duhai mak cik maka banyaklah orang ramai masa kini mengatakan semua adalah bid'ah.....lihatlah dulu apakah pekerjaan tsb berlawanan dng sendi agama atau tidak...tidak bisa kita katakan semua bid'ah adalah dhalalah....seperti kita pun tidak bisa menafikan ucapan sahabat yang sudah pasti ada di Syurga Sayyidina Ummar ibnu khatab "bahwa ini adalah bid'ah yang baik"
Ucapan itu tidak bisa kita nafikan bahwa beliau mengertilah akan arti bid'ah...secara harfiahpun hal ini tidak bisa kita nafikan.....
Sungguh orang orang akhir zaman ni banyak berfatwa tanpa ilmu....sebagaimana ucapan rasulullah masa terbaik adalah masaku...dan makin kesana makin buruk ...dan makin buruk"....tampaknya akhir zaman semakin dekat adanya...

Adapun kalimat Kullu bid'atin dholalah adalah kalimat umum
sekalian bid'ah adalah dholalah..silahkan makcik lihat di Alqur'an
banyaknya kalimat yang berlaku secara umum

"Diharamkan atas kamu memakan bangkai" (al-Maidah ayat:3)
Ni adalah ayat umum berlaku atas segala bangkai....tetapi Kenapa mak cik masih memakan bangkai ikan...adakah mak cik sering lihat orang dipasar menjual bangkai ikan ni...tentu banyak

maka begitulah kita tidak bisa menelan bulat bulat saja kalimat qur'an tsb bahwa semua bangkai haram,Kenapa karena sudah ditahkiskan oleh ucapan nabiy
"ada seorang lelaki bertanya pada rasulullah "Ya rasulullah kami sedng memakai kendaraan laut sedang kami membawa air sikit,jika kami pakai untuk wudhu tentu kami akan kekurangan air minum, apakah boleh kami pakai air laut untuk berwudhu?
Nabiy menjawab Air laut tu boleh untuk wudhu dan mayat laut tu halal"
(Shahih Tirmizi hanya I )

maka ayat qur'an yang bermakna umum tu setelah ditakhkiskan(dikecualikan) akan bermakna "diharamkan atas kamu memakan bangkai kecuali bangkai ikan"
Inilah pemahaman yang benar....sungguh dangkal dan picik pemahaman orang yang mengatakan semua bid'ah adalah haram...
Ya Allah maafkanlah mereka mereka yang mempunyai paham jelek pada masa akhir zaman ni


ataupun surah Al-A'raf ayat 32

"katakanlah wahai Muhammad Siapakah yang berani mengharamkan hiasan tuhan yang telah dikeluarkannNya untuk hambaNYa dan rezeki yang baik"

ayat ini sifatnya umum sekalian perhiasan adalah halal bagi kita
maka ayat ini dikecualikan oleh nabiy
"Bahwasanya Nabiy melihat sebuah cincin mas pada jari seorang laki-laki ,maka beliau buka cincin itu dan beliau buang seraya berkata"Mengambil sesorang darimu sepotong api neraka dan ia letakkan ditangannya"
(Syarah Muslim hanya XIV)

maka surah al-araf tu pun bermakna
"semua perhiasan tu halal kecuali emas bagi laki-laki"


Sungguh bagaimankah ulama sekarang bisa mengatakan semua bid'ah haram....melainkan hanya orang orang yang picik dan dangkal saja pemahamannya akan agam ni..
saya pun mendengar al-albay mendhoifkan hadits tentang perhiasan bagi wanita...sungguh jika ini benar adanya beliau telah menafikkan Surah Al-a'raf ayat 32....Duh Allah sungguhkah manusia akhir zaman ni seperti ini ...berani menentang kalamMu yang agung ....Ya ALLAH selamatkan kami dari paham paham yang jelek ni....


maka kembali dng kalimah bid'ah dholalah akan bermakana seperti ni..

"sekalian bid'ah ni sesat dan sekaliannya akan masuk neraka, kecuali bid'ah yang diadakan khulafaur rasyiddin, kecuali bid'ah hasil ijtihad Imam Mujtahid, kecuali sunnah sunnah yang baik yang dilakukan ummat muslim,kecuali hal hal yang sangat mendesak yang dibutuhkan dalam urusan agama...


Maka Islam ni rahmat lil alamiien....kaya akan khasanah tidak picik, jumud dan kaku....banyaklah berbuat kebajikan, tidak ada satupun amal kita yang sia sia dimata allah...dan tinggalkan paham paham jelek yang hanya membawa perseisihan yang berdiri atas dasar kebodohan dan kedangkalan pemahaman saja...tetapi berteriak inilah yang benar......


wallahu'alam
al-faqir abuyahya

Bookmark and Share

    


  Member Information For abuyahyaProfil   Hantar PM kepada abuyahya   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-07-06 12:45


Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah syukran jazilan anakanda kiko dan semoga artikel di bawah topik ini memberi manfaat kepada anakanda.

Bagi anakanda Ibn_hafidz rasa cinta kepada Rasulullah saw ialah dengan menurut apa saja yang diajarnya dan tinggalkan apa yang tidak diajarnya. Sekiranya anakanda sebut tentang sambutan maulud tu atas dasar kecintaan kepada Rasululullah saw tafadhal ya bunayya. Tetapi duit untuk sambutan itu kalau digunakan untuk yang lebih afdhal terutama membantu yang 8 asnaf tu rasanya itulah kehendak Rasulullah saw.

Walau apapun janganlah pertikai hadis soheh ya. Dan usahlah anggap nasihat para ulama' salaf sebagai menyanggah ulama' khalaf tetapi sebenarnya mereka ingin memurnikan kembali agama Islam yang sememangnya suci tetapi tercemar dengan pelbagai 'pembawaan' sehinggalah memerlukan peringatan demi peringatan agar kita semua tidak tertipu dengan musuh nombor satu umat iaitu syaitan. Syaitan akan terus membisik dan mengelirukan namun hanya yang dapat bertahan ialah mereka yang mempertingkatkan iman ke arah taqwa kepada Allah dengan keikhlasan untuk kembali kepada Al Quran dan menurut As Sunnah yang dilakukan oleh para salafussoleh.

Bagi anakanada abuyahya umi mampu untuk katakan kita terus jaga silaturrahim kerana kita sama-sama mengucap dua kalimah syahadat cuma ada yang anakanda tak berkenan di hati apa yang umi paparkan maka anggaplah itu sebagai peringatan. Terpulanglah ya ....

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - "Sesungguhnya Allah tidak menerima Taubat kepada sesiapa yang melakukan bid'ah, sehingga ia meninggalkan bid'ah". Diriwayatkan oleh Tabrani dan Ad-Diyaa Al-Maqdisi didalam 'Al-Hadith Al-Mukhtaarah' dan lain-lain , dengan Shahih Isnad, dan dijelaskan oleh Al-Munzari sebagai Hasan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-07-06 10:51


IMAN disebut lebih dari 660 kali dalam Al-Quran. Ayat-ayat ini menyentuh permasalahan iman dari sudut-sudut; kedudukan iman, tabiat iman, hakikat iman, darjat-darjat iman, kesan iman dalam kesemua aspek kegiatan hidup manusia, seruan kepada iman, perdebatan dan perbincangan berkenaan iman, perjuangan kerana iman, kesan-kesan iman dalam kehidupan dan perjuangan, contoh-contoh manusia mukmin yang agung, mithalan dan perumpamaan tentang Iman, perbezaan dan perbandingan antara iman dan kufur, syirik, munafiq, fasik dan seumpamanya dan juga perbandingan antara jiwa mukmin dan jiwa kafir dan syirik. Lihat Dr. Muhammad Sulaiman Yasin, Pengantar Aqidah, hal 256-257.

KAFIR membawa erti di segi bahasa sebagai menutup. Di segi perbuatan pula ia bererti menutup kebenaran dan kemudian menolaknya. Kufur adalah lawan kepada erti iman. Oleh itu kufur membawa erti tidak beriman, menolak, mengingkari dan rnenentang kebenaran. Lihat Sayyid Abul A’lah Al-Maududi, The Meaning of The Quran, Jil 1, hal 27.

JAHIL adalah istilah yang digunakan bagi menunjukkan keadaan terkeluar daripada tuntutan-tuntutan Islam. Ia meliputi keadaan yang disebabkan sama ada oleh kerana tidak berpengetahuan ataupun keingkaran. Sekiranya disebabkan oleh tiada pengetahuan, maka diwajibkan bagi seseorang itu belajar dan mempelajari daripada orang-orang yang berilmu. Berterusan dan berdegil untuk tidak mempelajari Islam boleh menjadikan seseorang itu berada dalam keadaan jahil yang berdasarkan kepada iktiqad. Adapun jahil yang disebabkan oieh iktiqad pula boleh membawa seseorang kepada kufur. Oleh itu pada umumnya perkataan jahiliyyah membawa maksud segala sesuatu yang tidak Islam dalam pengertiannya yang sebenar. Penggunaan istilah jahiliyyah tidak terhad kepada sesuatu zaman tetapi ia adalah istilah umum yang digunakan bagi sesuatu keadaan yang tidak Islam dalam mana-mana zaman sekalipun.

ZALIM itu ialah meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Dalam bahasa Arab dikatakan: Sesiapa yang memelihara dosa sesungguhnya dia zalim. Lihat lbn Manzur, Lisanul Arab, dipetik daripada Al-Ustaz Haji Ismail bin Awang, Mengenal Iman, Murtad, Kufur, Syirik, Munafiq, Zalim, Fasiq, hal 79.

SYIRIK ialah menyamakan Allah dengan sesuatu atau menyamakan sesuatu dengan Allah baik pada sifat, perbuatan atau perkataan. Syirik terbahagi kepada dua, pertama, syirik akbar atau syirik besar, iaitu mempersekutukan sesuatu dengan Allah. Jika mati dalam keadaan tidak bertaubat, maka ia mati dalam keadaan kufur. Kedua, syirik asghar atau syirik kecil, iaitu riya’ dalam ibadah. Ini bermaksud seseorang itu menunjuk-nunjuk kepada orang lain amalannya dengan harapan dipuji, disanjung atau dihormati oleh manusia. OIeh itu dia melakukan amal bukan kerana Allah tetapi kerana manusia. Syirik begini walaupun tidak menjadikan seseorang itu kafir, tetapi sangat merbahaya kerana ia merosakkan amal seseorang serta dimurkai oleh Allah.

MUNIAFIQ iaiah melahirkan iman dengan lidah dan menyembunyikan kufur dalam hati ataupun merahsiakan kufur dan melahirkan iman. Pendeknya munafiq adalah orang yang mengaku beriman dan tinggal dan bergaul dalam kumpulan orang-orang yang beriman, tetapi pada hakikatnya kufur, berusaha untuk merosakkan umat Islam dan sentiasa benganding bahu dengan musuh-musuh Islam.

FASIQ pada umumnya ialah maksiat, meninggalkan perintah Allah dan keluar dari jalan yang benar. Dalam Al-Quran istilah fasiq digunakan bagi menerangkan perbuatan-perbuatan benikut; pertama, maksiat kepada Allah dalam meninggalkan tauhid, maka ini adalah syirik (Surah As-Sajdah: 18). Kedua, maksiat kepada apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w, maka ini adalah kufur (Surah At-Taubah: 67 dan 80). Ketiga, maksiat kepada Ad-Din tanpa syirik dan kufur (Surah Al-Ma’idah: 25). Keempat, dusta tanpa kufur (Surah An-Nur: 4 dan Surah Al-Hujurat: 6). Kelima, dosa tanpa kufur (Surah Al-Baqarah: 282) dan keenam, kerana kejahatan (Surah Al-Baqarah: 197) Al-Asfahani berkata bahawa fasiq itu lebih umum daripada kafir dan zalim itu lebih umum daripada fasiq. Lihat Al-Ustaz Haji Ismail bin Awang, op. cit, hal 87-90.

http://tarbiyah.selangorbaru.orang/Portals/0/4%20HAKIKAT%20SEBENAR%20IMAN%20KEPADA%20ALLAH%20DAN%20RASUL.doc

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-07-06 10:52


Dipetik dari makalah yang telah ditulis oleh Sheikh Abdul Aziz bin Baaz yang bertajuk : "Al-Duruus Al-Muhimmatu li'aammati al-Ummati" (الدروس المهمة لعامة الأمة ) atau "Pelajaran penting bagi orang awam" didalam bahagian 3 bab (masa 3): Pembahagian tauhid dan syirik. Kata Bin Baaz :

"Tauhid Rububiyah ialah mengimani bahwa Allah swt adalah pencipta segala sesuatu dan mentadbir kesemuanya dan tidak ada sekutu bagiNya dalam perkara tersebut.


Tauhid Uluhiyah ialah mengimani bahwa Allah swt lah yang berhak untuk disembah, tidak ada sekutu bagiNya dalam hal tersebut. Inilah makna, tidak ada yang berhak disembah dengan haq kecuali Allah swt. Maka, segala bentuk ibadah seperti solat, puasa dan yang lainnya, wajib dilaksanakan hanya untuk Allah swt. Tidak boleh ada satu bentuk ibadah pun yang ditujukan kepada selain Allah swt.

Tauhid Asma' wa Sifat ialah mengimani semua apa yang disebutkan dalam Al-Quran dan Hadith-hadith sahih tentang nama-nama Allah swt dan sifat-sifatNya. Maka menetapkan itu semua untuk Allah swt 'tahrif' (mengubah), tanpa ta'thil (menidakkan), takyif (menanyakan bagaimana caranya), dan tanpa tamstil (penyerupaan), sesuai dengan firman Allah swt:


قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ اللَّهُ الصَّمَدُ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ

"Katakan, Dialah Allah Yang Maha Esa. Allah tempat bergantung. Tidak melahirkan dan tidak dilahirkan. Dan tidak ada yang setanding denganNya akan sesuatu pun." (Al-Ikhlas: 1-4).

Dan firman Allah swt :


لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ


"Tidak ada yang seperti Dia sesuatu pun dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Asy-Syura: 11).


Tapi ada sebagian ulama yang membahagikan tauhid menjadi dua bahagian sahaja dengan menggabungkan Tauhid Asma' wa Sifat pada Tauhid Rububiyah. Dan tidak ada masalah dalam hal ini, karena yang dimaksud oleh dua jenis pembahagian ini sudah jelas. "

Wallahu 'alam

-wassalam-
--------------------------
Rujukan :

1. Sheikh Abdul Aziz bin Baaz. Al-Duruus Al-Muhimmatu li'aammati al-Ummati. Riyad : Dar Adhwa', 2002.

2. Sheikh Abdul Aziz bin Baaz. Al-Duruus Al-Muhimmatu li'aammati al-Ummati url :

_________________
خيرالأمين


Namun, perlu diingat bila adanya kalimah tauhid pastinya ada pula kalimah syirik yang membatalkan iman tersebut..

Syirik pula kita boleh bahagikan kepada 3 bahagian juga sebagaima tauhid itu dibahagikan.

1)Syirik dalam Rububiyyah
2)Syirik dalam uluhiyyah
3)Syirik dalam asma wa sifat

Syirik dalam Rububiyyah

"Tauhid Rububiyah ialah mengimani bahwa Allah swt adalah pencipta segala sesuatu dan mentadbir kesemuanya dan tidak ada sekutu bagiNya dalam perkara tersebut. "

syirik ini berlaku apabila kita berkeyakinan bahwa ada tuhan lain selain Allah swt yang mencipta dan mentadbir alam ini..ataupun ia berlaku juga bila seseorang menolak terus kewujudan tuhan di alam ini seperti kaum aties,dan buddha.
contoh lainnya adalah kaum kristian yang mentigakan Allah swt,syirik dalam perundangan bila seseorang menolak hukum dan undang2 Allah swt tetapi mengambil hukuman dan undang2 manusia sebagai gantinya.

kaum kafir,mereka mempunyai tauhid rububiyyat ini namun mereka menolak keesaan dan asma wassifat Allah swt..kerna dalam al-quran telah menjelaskna bahawa jika ditanya sipakah pencipta alam in kepada kaum kafir,nescaya mereka akan menjawab Allah swt.

dalam islam sifir yang menentukan batas islam dan kafirnya seseorang adalah lain dengan sifir matematik.jika tak sempurna satu maka semua tertolak.
1-1=0,dalam islam3-1=0

Syirik dalam uluhiyyah


Tauhid Uluhiyah ialah mengimani bahwa Allah swt lah yang berhak untuk disembah, tidak ada sekutu bagiNya dalam hal tersebut. Inilah makna, tidak ada yang berhak disembah dengan haq kecuali Allah swt. Maka, segala bentuk ibadah seperti solat, puasa dan yang lainnya, wajib dilaksanakan hanya untuk Allah swt. Tidak boleh ada satu bentuk ibadah pun yang ditujukan kepada selain Allah swt.

syirik ini boleh dibahagikan kepada 2,syirk Jali(nyata),dan Khafi(tersembunyi).Ianya juga dikenali sebagai syirik fil ibadah.

Syirik Jali berlaku apabila kita menyembah selain dari Allah swt secara terang-terangan seperti menyembah berhala,mengambil tuhan selain dariNya untuk diibadati,dipinta pertolongan,ditakuti dan sebagainya.

Syirik khafi pula adalah syirik yang tersembunyi seperti sifat riak.Contohnya bila kita nak bersolat untuk menunjuk2 atau merasakan kita lebih dari orang lain,secara tidak langsung solat kita tersebut adalah untuk makhluk bukannya untuk Allah swt..

Syirik dalam asma wa sifat

Tauhid Asma' wa Sifat ialah mengimani semua apa yang disebutkan dalam Al-Quran dan Hadith-hadith sahih tentang nama-nama Allah swt dan sifat-sifatNya. Maka menetapkan itu semua untuk Allah swt 'tahrif' (mengubah), tanpa ta'thil (menidakkan), takyif (menanyakan bagaimana caranya), dan tanpa tamstil (penyerupaan),

syirik ini berlaku apabila kita menyifatkan nama dan sifat Allah swt kepada makhluk atau apa-apa benda sekalipun.contonya kita mensifatkan sifat2 manusia/makhluk kepada Allah swt,seperti Allah itu tidur,makan,minum,beranak dan etc.
satu lagi kita mensifatkan sifat Allah kepada makhluk,seperti kaum jahiliyyah dahulu mereka menamakan nama manusia seperti uzair sebagai tuhan...

sekian, secara ringkas dariku.
jika tersalah harap dibetulkan.

posted by hakim-eze

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Moderator: Administrator, ABg_IMaM, ibnu_musa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» untuk golongan yang berfikir

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.211377 saat. Lajunya....