Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kami disuruh oleh Rasulullah agar menaburkan debu tanah ke muka orang yang memuji-muji dan mengampu-ngampu.
-- -- Hadis riwayat Imam Ibnu Majah

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 60
Ahli: 0
Jumlah: 60




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 1 hari, 7 jam, 14 minit yang lalu


Cerpen
Topik: maafkan sayang....(baca tau ni citer sedih)


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» maafkan sayang....(baca tau ni citer sedih)

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Oleh maafkan sayang....(baca tau ni citer sedih)

manis_pemanis
Warga 2 Bintang
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2252
Posting: 48
Dari: alam maya

Kelantan  


posticon Posting pada: 05-08-03 13:20


Something to read:

"Maafkan abang, sayang." Remuk hati seorang isteri dikala suami yang
selama
10 tahun menjadi cinta agung dalam hidupnya akhirnya mengakui akan hubungan
terlarang yang kini menjadi alunan hidupnya. Sungguh tidak kuduga...
inikah balasan yang kuterima atas setiap bibit cintaku padamu suami?
Perlahan-lahan kuusap airmata yang mengalir. Kehangatan air mataku meneyelinap kedalam
diri. Sayang kasihmu abang sudah tidak sehangat ini. Perlahan suamiku
melangkah keluar dari kamar yang menjadi saksi cinta kami selama
sepuluh tahun ini. Kurenung langkahnya yang perlahan. Tidak sedikit pun abang
menoleh kembali. Seolah-olah di dalam hati cinta kita sudah tidak bersisa lagi.

Malam yang sunyi ini menjadi saksi akan hancurnya hati seorang wanita
yang bergelar isteri. Kadangkala aku sendiri tidak yakin dengan dirimu abang.
Hanya kerana asmara yang singkat, abang lupa akan cinta yang sedekad waktu ini. Abang lupa di gerbang perkahwinan, susah senang kita bersama. Di
saat adik-adik abang memerlukan wang untuk perbelanjaan sekolah, kita suami isteri menguis saki baki simpanan yang ada untuk membantu adik abang.
Di saat-saat abang kemalangan yang nyaris meragut nyawa , siapa yang setia
menemanimu siang dan malam? Ingatkah abang akan janjimu ketika abang
terselamat dari maut? Ketika Abang mengenggam jari Sayang dan Abang
bisikan
betapa abang bersyukur kerana diberi peluang kedua untuk bersama
sayang.
Betapa abang rasa hidup abang lebih lengkap kini kerana baru ketika ini
abang tahu nilai kasih sayang yang abang takut abang sudah tidak mampu
kecapi lagi. Selama 2 bulan, abang berulang-alik ke hospital untuk
rawatan
lanjutan. Selama itu , Sayang rasa bertuah kerana dapat berbakti
padamu,
Abang. Namun semuanya sudah tidak bermakna lagi buatmu.

Sayang ikhlas membantu mu, Abang. Selama ini sayang ikhlas menjaga
makan
minummu. Sayang jujur dalam membina jambatan kasih kita. Mungkin ada
waktunya, sayang terleka dalam melaksana tanggungjawab isteri. Sayang
sedar
ada masanya sayang sendiri melukai hatimu. Dan Sayang hargai
toleransimu.
Sesunguhnya toleransi dan kasih sayang abang adalah 2 perkaran yang
sentiasa
membuatkan hidup Sayang seunik-unik kehiudpan. Sayang bahagia. Dan
kerana
itu sayang tak meragui Abang. Tidak dalam secubit waktu pun. Tapi
Sayang
silap abang. Rupanya kasihmu layu juga.

Sekali lagi air mataku gugur. Kurenung surat permohonan abang untuk
menikah
lagi. Kutatap perlahan-lahan permohonan yang masih kemas kugengam.
Memang
dalam hidup seorang isteri seperti Sayang, poligami adalah seperkara
sayang
takuti. Sayang takut bila isteri abang dua ..kasih abang satu. Dan
Sayang
takut jika kasih yang satu itu bukan milik Sayang lagi. Abang malam ini
abang mengaku akan hubungan yang selama ini tidak sayang ragui. Sayang
ikhlas dengan bantuan abang. Sayang bangga kerana punya suami sepertimu
abang. Suami yang bukan sahaja penyayang malah seoarng lelaki yang
mudah
simpati pada orang yang memerlukan. Dan dikala Farah yang waktu itu
datang
menangis-nangis kerana sudah tidak betah hidup terseksa bersama
suaminya,
kita bantu Farah dan anak-anaknya.

Selama 3 bulan, kita suami isteri membantu Farah kenalan Sayang di
Universiti dulu. Kita sediakan keselesaan untuk Farah anak-beranak di
rumah
sewa kita. Kita bantu Farah dengan menempatkan Farah di tempat Abang
makan
gaji. Dan Anak-anak Farah Sayang jaga di waktu siang. Mungkin kerana
ketidakhadiaran cahaya mata dalam kamus hidup kita, Sayang menerima
anak-anak Farah seperti anak sendiri. Selama 3 bulan itu Sayang bahagia
kerana pertama kali dalam hidup sayang, Sayang dapat menjalani
kehidupan
seorang ibu. Di waktu Farah rasa terancam dengan ugutan suaminya,
Sayang
bangga abang berani melindungi Farah dan anak-anak. Betapa di kala itu,
Abang bagaikan wira dahulukala. Di saat Farah merasai hidupnya musnah
dirobek suaminya, Sayang beri Farah Harapan. Sayang tiupkan semangat.
Segala-galanya demi nilai satu persahabatan. Tapi cermin persahabatan
itu
remuk berderai. Malah hati seorang wanita ini lebih terluka bila wanita
yang
menjadi dalang cinta kami adalah Farah.

Sampai hatimu Farah, madu yang kami beri tapi racun yang kau balas.
Rupanya
kasih sayang yang kucurahkan pada anak-anakmu kau balas dengan belaian
manja
pada suamiku. Apa dosaku padamu Farah? Kata orang bertepuk sebelah
tangan
tak akan berbunyi. Mungkin salahnya datang dari suamiku tapi tak
bolehkah
kau fikirkan akan nilai persahabatan kita? Dan kerana persahabatan itu
tak
mampukah kau menolak suamiku jauh dari hidupmu? Tidak pernaha dalam
sekelumit aku waktu, kupinta darimu untuk melayan suamiku sebegitu
rupa.
Tidak Farah! Tidak. Tidakkah kau sedar kau masih isteri orang. Proses
ceraimu masih belum sampai jauh talak. Kau masih isteri orang Farah.

Perlahan-lahan aku bangkit dari katil. Segera diriku yang kusut itu
diperkemaskan. Tiada apa yang mampu kuucapakan lagi. Kukutip permohonan
suamiku dari atas katil. Perlahan aku melangkah keluar dari bilikku. Di
kala
itu kulihat suami sedang leka dibuai perasaan. Di atas Sofa empuk itu,
Suamiku cuba memikirkan keserabutan hidup. Kuhampiri suamiku. Di kala
itu
pandangan kami bertemu. Jika semalam, pasti ada gelora asmara cinta
bila
pandangan kita bertaut tapi malam ini.......pertama kali sayang rasakan
pandangan kita kosong. Keruh sungguh wajahmu abang. Lembut Suamiku
menarikku
kesisi.

"Abang... Sayang cuma mahu tahu seperkara darimu abang.
Berterus-teranglah
walaupun ianya paling pahit untuk diterima. Apa yang abanag cari pada
Farah?
Apa yang membuatkan Farah lebih bernilai dalam hidup Abang sekarang?"
Sakit
hati ini bila kata-kata itu meluncur dari bibirku. Tidak dapat ku
bayangkan
kekecewaan yang melanda. Perlahan kuamati suamiku. Abang walaupun
hakikatnya
kita belum bermadu, Sayang sudah merasakan peritnya kehilanganmu.

"Abang berdosa padamu, Sayang. Dan Abang tak salahkan Sayang kerana
membenci
Abang. Cuma Abang rasa Farah perlu dilindungi. Dan Abang simpati pada
Farah
yang tak memiliki bahagia." Dalam saat-saat sebegini Farah masih
dihatimu.

"Tapi kenapa sampai ada keterlanjuran berlaku?"

"Abang lelaki punya keinginan .. punya kemahuan..." Walaupun payah,
Abang
masih memenangi dirimu. Abang.. Abang.. Aku mengeleng sendirian. Sayang
semakin tidak mengenali dirimu kini. Air mata sudah makin murah untuk
menagalir. Tapi Sayang akan kekal kuat. Sayang masih kekal kuat seperti
dahulu.

"Bagaimana halal dan Haram Abang?" Aku masih cuba berlaku tenang. Aku
kalau
boleh mahu Suamiku sedar keterlanjuran yang berlaku. Suamiku terdiam.
Dia
semakin resah.

"Abang dah bertaubat , Sayang. Dan kerana itu Abang mahu
bertanggungjawab
atas keterlanjuran kami." Mudah sungguh Abang membina alasan. Indah
sungguh
takrifan bertanggungjawab dan taubatmu. Aku tersenyum sendirian.

"Abang masih belum jawab soalan Sayang. ? Apa yang membuatkan Farah
lebih
bernilai dalam hidup Abang sekarang?" Antara dengar dengan tidak aku
cuba
mendapatkan kepastian.

"Farah.. Farah.." Suamiku resah. Kata-katanya mati. Ada nada-nada
ktidakpastian pada raut wajahnya. Lembut kugenggam tangan suamiku.

"Abang Sayang cuma mahukan kejujuranmu.." Dengan isyarat mata aku cuba
memberi keberanian pada suamiku untuk berlaku jujur denganku.

"Sayang.. Farah mampu menjadiakan Abang...AYAH.." Dan aku cuma
tersenyum
mendengar alasan suamiku. Seperti yang telah kuduga. Luruh hatiku
mendengar
alasannya. Dulu janjimu lain Abang tapi kini..

"Dulu , Sayang izinkan abang menikah lain tapi Abang menolak. Abang
kata
biar susah senang kita sehidup semati..hanya ajal memisahkan kita. Tak
akan
ada dua atau tiga dalam diri Abang.."

"Sayang... itu dulu.. Abang juga mahukan anak. Hidup abang sepi Sayang
tanpa
Anak. Abang tahu sayang tak mampu.. Tapi Abang berkebolehan mendapatkan
Anak." Aku semakin sakit mendengarnya. Abang hina kecacatan hidup ini.
Abang
ungkit kekurangan diri ini.

"Kalau anak yang abang mahu, Nikahlah Farah. Gauli farah setelah Farah
Halal
buatmu." Segera aku bangkit dari duduku. Dengan kekuatan yang masih
berbaki,
ku pandang suamiku sebagai pandangan terakhir. Hati ku sudah terluka
abang.
Sayang boleh terima kalau abang pilih Farah sebagi madu Sayang tapi..
yang
tak mampu Sayang terima ialah.. layanan haram Farah buat Abang dikala
Sayang
sedang menjaga anak-anaknya. Hancur hati ini Abang. Biarlah kisah cinta
kita
terkubur disini. Kuhulur salam terakhir buat suamiku. Kukucup suamiku
dan
kubisikkan padanya...

"tapi Abang Sayang tidak mampu membuang hubungan haram abang dari kaca
mata
Sayang. Bebaskan Sayang.." Tersentak suamiku.

"Nanti Sayang..." Suamiku menarikku hampir padanya.

"Abang perlu bertanggungjawab terhadap Farah. Berikanlah Farah
kebahagian
yang ingin Abang berikan. Jadilah Abang Ayah sepertimana yang Abang
impikan.
Cuma.. Sayang tak mampu berkongsi kasih lebih-lebih lagi bila Sayang
fikirkan hanya kerana 3 bulan perkenalan.. Abang lupakan Sayang. Hanya
kerana 3 bulan pertemuan Abang musnahkan kepercayaan sayang dan Hanya
kerana
3 bulan simpati Abang buang halal haram satu hubungan. Dan Sayang tak
mahu
anak-anak Sayang ada ayah seperti itu.. Maafkan Sayang,Abang."
Perlahan-lahan aku melangkah pergi jauh dari suamiku. Tiada tolehan
kedua
buatnya. Tiada lagi simpati buatnya. Yang ada cuma ....janin berusia 2
bulan
yang menjadi lambang kasih kita. Itulah kebesaran tuhan Abang.
Assalamualaikum suamiku.

~Cempaka Amira~




Bookmark and Share

    


  Member Information For manis_pemanisProfil   Hantar PM kepada manis_pemanis   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-08-03 10:07


assalamualaikum.. memang sedih citer ni. kesimpulannya ana sokong tindakan si isteri tu, klau ana di tempat dia.. ana akan lakukan perkara yg sama. mana ada isteri yg sanggup bermadu lebih2 lagi si suami telah melakukan perbuatan yg haram.. senang kata zina lah. Ending citer ni pun best... w/pun ada kesedihan di ujung cerita tapi ada kejutan yg dibuat oleh penulis..
wassalam

-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

Prince_Muslim90
WARGA SETIA
Menyertai: 04.06.2003
Ahli No: 1018
Posting: 438
Dari: Munich

germany  


posticon Posting pada: 06-08-03 10:34


sedihnya cerita ini

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For Prince_Muslim90Profil   Hantar PM kepada Prince_Muslim90   Pergi ke Prince_Muslim90's Website   Quote dan BalasQuote

ghaznawi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.08.2003
Ahli No: 2833
Posting: 158
Dari: taiping

Perak   avatar


posticon Posting pada: 10-08-03 15:04


memang sedih citer ni tapi sayang tergantung kesudahannya mungkin cerpen tu pun ada part 2 kot.isteri yg sedang mengandung mana jatuh talak sehingga ia melahirkan anak...setahu teman gitu la.

-----------------
fikirkan kelebihan diri untuk bersyukur bukan untuk bermegah diri.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaznawiProfil   Hantar PM kepada ghaznawi   Quote dan BalasQuote

-sakura-
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 120
Posting: 218
Dari: IICM GOMBAK

Selangor  


posticon Posting pada: 10-08-03 15:23


mmg sedih... dan yg pasti, saya pun akan buat perkara yg sama dengan si isteri tu...

-----------------
~wAnItA hIaSaN dUnIa, SeInDaH hIaSaN aDaLaH wAnItA sOlEhAh~

::jaga diri hiasi peribadi::


Bookmark and Share

    


  Member Information For -sakura-Profil   Hantar PM kepada -sakura-   Quote dan BalasQuote

ummu_qistina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 398
Posting: 283
Dari: bumi ALLAH

egypt  


posticon Posting pada: 10-08-03 23:04


sedih jugak cerita ni..semoga ia menjadi pengajaran kita bersama ..waalahualam ..

-----------------
IJLIS BINA NU'MIN SAAH......BeSt 4 iSlAm...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummu_qistinaProfil   Hantar PM kepada ummu_qistina   Quote dan BalasQuote

SuTra_Kasih
Warga 1 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 302
Posting: 38
Dari: sLiM RiVeR,PeRaK

Perak  


posticon Posting pada: 13-08-03 22:32


assalamualaikum sahabat semua.. aduhai..mmg menyentuh perasaanlah cerite ni.. semoga menjadi iktibar buat kaum ADAM!!!........

-----------------
Hargailah sebuah pertemuan kerana di situ terciptanya kemesraan... & hargailah sebuah PERPISAHAN kerana di situ terciptanya kerinduan...ikma iskandar 2003

Bookmark and Share

    


  Member Information For SuTra_KasihProfil   Hantar PM kepada SuTra_Kasih   Quote dan BalasQuote

comel
Warga 5 Bintang
Menyertai: 12.06.2003
Ahli No: 1334
Posting: 399
Dari: Mont'Kiara

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 18-08-03 13:14


Assalamualaikum...

Bagus juga kisah yang dipaparkan. Tidak dinafikan memang ada terjadi dikalangan masyarakat kita.

Kawan makan kawan ...kalau kita sebagai Farah seperti dalam watak..baiklah kita berfikir banyak kali sebelum melayan 'suami sayang' berlebihan...hargailah persahabatan yang terjalin dan hormatilah perasaan insan lain...

Sebagai 'Suami sayang'....hargailah anugerah Allah untuk diri kita...ingatlah kita bertanggungjawab atas apa yang berlaku keatas isteri kita...selagi dia bergelar isteri kepada kita...

Semoga kita semua mendapat petunjuk dari-Nya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For comelProfil   Hantar PM kepada comel   Quote dan BalasQuote

AyuHumaira
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 12.06.2003
Ahli No: 1342
Posting: 294
Dari: IIUM, Garden of Knowledge & Virtue.

egypt   avatar


posticon Posting pada: 18-08-03 14:26


sedihhnya la citer ni...
takut pun ada.....
minta jauh benda yg haram tu...
Semoga Impian Kasih ini akan berkekalan hingga ke akhirnya...
-Naim&Ayu-


-----------------
Bilaku menjejak tapak ke pasir,
Ikutlah dibelakangku sebagai pejuang,
Bila kuseru,"Perjuangan itu pahit!!"
Maka kau sahut kembali,"Syurga itu manis!!!"
HADIAHKANKU DARAH SYAHIDMU...

Bookmark and Share

    


  Member Information For AyuHumairaProfil   Hantar PM kepada AyuHumaira   Quote dan BalasQuote

aidilshah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 760
Posting: 642
Dari: New Castle

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 21-08-03 13:09


dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengsihani

err.. betul ker cerita nie cam sebuah novel rekaan semata-mata jer.. boleh baca tapi nak percaya susah skit.. pendapat ana cerita ini rekaan untuk memberi kesedaran kepada pembaca sahaja.

err maaflah nie pandangan ana jer, jika berlaku may be 1 dalam 1000 kot nak komen lebih2 tak boleh so ana anggap nie adalah satu pengajaran buat diri ana..



-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For aidilshahProfil   Hantar PM kepada aidilshah   Pergi ke aidilshah's Website   Quote dan BalasQuote

kawan82
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.05.2003
Ahli No: 859
Posting: 205
Dari: bumi ALLAH

iraq  


posticon Posting pada: 22-08-03 14:34


sure pernah berlaku ni..

-----------------

AKU makhluk ciptaan ALLAH S.W.T...
<.::to act cool n to look cool is to be cool::.>

Bookmark and Share

    


  Member Information For kawan82Profil   Hantar PM kepada kawan82   Quote dan BalasQuote

nur_islami
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 28.05.2003
Ahli No: 858
Posting: 991
Dari: serambi mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 22-08-03 21:36


assalamualaikum...
huhuhu..mmg sedih cerita ni...mmg tak patut betul suaminya buat camtu....nilah benda yg ana takut sekali....kalau dah nafsu menguasai fikiran, apa2 benda pun jadi...harap kita semua ambil iktibar drp cerita ini...
wallahu'alam....

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_islamiProfil   Hantar PM kepada nur_islami   Pergi ke nur_islami's Website   Quote dan BalasQuote

ayim_81
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 39
Posting: 61
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 22-08-03 22:15


Assalamualaikum w.b.t

hush..hush
sedih & memilukan bagi si isteri,
si isteri dah beri izin utk b'madu awal2 .. tak mahu,
akhir sekali suami lakukan perkara terkutuk.
cerpen ni diharap menjadi iktibar & pengajaran
terhadap ana & sahabat2.

wassalam.

-----------------
Kage Bunshin no Jutsu >>>>>>>>>>

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayim_81Profil   Hantar PM kepada ayim_81   Quote dan BalasQuote

Huwaina
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.06.2003
Ahli No: 1062
Posting: 138
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 24-08-03 23:35


sedihnya cerita ni. x patut sungguh suami dia. kawan dia pun sama. memang x patut.

-----------------
Keikhlasan dalam perhubungan

Bookmark and Share

    


  Member Information For HuwainaProfil   Hantar PM kepada Huwaina   Quote dan BalasQuote

khaulah_alazwar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 03.06.2003
Ahli No: 927
Posting: 638
Dari: ::The Garden of Knowledge and Virtue::

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 05-09-03 15:18


Sedihnye kalau ana yang berada di tempat si isteri...

Acapkali perkara ini berlaku...memang tak dapat nak dinafikan..bila tak dapat tu...nak sangat-sangat..Tapi bila dah dapat..bagaikan tidak dihargai pulak...Kesianla dekat insan yang bergelar muslimat,perempuan,wanita,isteri dan sebagainye...

Wallahua'lam


RM 1 sahaja untuk untuk Komuniti....Berdermalah....


[ Posting ini telah di edit oleh: khaulah_alazwar pada 2003-09-05 15:18 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For khaulah_alazwarProfil   Hantar PM kepada khaulah_alazwar   Quote dan BalasQuote

wida_widi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 04.06.2003
Ahli No: 1005
Posting: 180
Dari: Kota Tinggi/Kelana Jaya

Johor  


posticon Posting pada: 05-09-03 15:47


uwaa..mula2 tgk..cam malas nak baca..panjang sgt..bila dah baca..sedeh maaa...tak patut tul suami dia buat cam tuh...

Bookmark and Share

    


  Member Information For wida_widiProfil   Hantar PM kepada wida_widi   Pergi ke wida_widi's Website   Quote dan BalasQuote

kak_ngah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2267
Posting: 42
Dari: Bumi Allah

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 07-09-03 22:10


sedih cite nih... banyak pengajarannya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For kak_ngahProfil   Hantar PM kepada kak_ngah   Quote dan BalasQuote

wardah83
Warga Rasmi
Menyertai: 26.06.2003
Ahli No: 1703
Posting: 2

Perak  


posticon Posting pada: 07-09-03 22:33


assalamualaikum..

isk,isk,isk...sadisnye....rasa cam nak nangis je bila baca cerpen ni..rasa cam saya lak yg ada kt tempat 'sayang' tu...tabah sungguh hati 'sayang'..semoga saya dan kaum HAWA yg lain juga akan sama2 m'contohi kesabaran & ketabahan hati 'sayang'...aaminn...

p/s:wahai kaum ADAM....ambil la iktibar ek!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For wardah83Profil   Hantar PM kepada wardah83   Pergi ke wardah83's Website   Quote dan BalasQuote

shahirah_huda
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.07.2003
Ahli No: 1982
Posting: 335
Dari: AS

japan  


posticon Posting pada: 07-09-03 23:51


emmm sedihnya cite nie..tak patut betul sisuami tue...ingin zuriat tetapi buat maksiat..kasihan si isteri tu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For shahirah_hudaProfil   Hantar PM kepada shahirah_huda   Quote dan BalasQuote

nawwal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 448
Posting: 509
Dari: .:Garden of Knowledge and Virtue:.

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-09-03 14:25


Assalamualaikum..

Sedih citer ni..tak tahu nak cakap apa...tak patut la si farah tu buat camtu...dahla still isteri org kan...hmm...

-----------------
Andai bertemu..sapalah aku
Andai tersilap..bimbinglah aku
Andai berduka..khabarkan padaku
Andai berpisah..kenangilah aku
Andai Khaliq m

Bookmark and Share

    


  Member Information For nawwalProfil   Hantar PM kepada nawwal   Pergi ke nawwal's Website   Quote dan BalasQuote

hajidah_aiman
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 358
Posting: 542
Dari: Perlis Indera Kayangan

Perlis  


posticon Posting pada: 08-09-03 17:13


Assalamu'alaikum...
Pandai si pengarang cerita mengolah isi dan bahasa...memang mudah difahami....jalan cerita pun tak meleret....tahniah buat penulis...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hajidah_aimanProfil   Hantar PM kepada hajidah_aiman   Pergi ke hajidah_aiman's Website   Quote dan BalasQuote

istiqamah
Warga Rasmi
Menyertai: 09.09.2003
Ahli No: 3439
Posting: 15
Dari: Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 09-09-03 21:52


assalamualaikum....

keseluruhannya...citer ni best + ade pengajaran...keep the work!!...

Bookmark and Share

    


  Member Information For istiqamahProfil   Hantar PM kepada istiqamah   Quote dan BalasQuote

manis_pemanis
Warga 2 Bintang
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2252
Posting: 48
Dari: alam maya

Kelantan  


posticon Posting pada: 10-09-03 08:25


wah ramai juga yg suka cerpen ni...
cerpen ni bkn ana yg buat...
ada org yg frwd kan kat ana...

jadi tak tahulah ana ni cerita berul atau tidak...
part 2 pun ana tak pasti ada ke tidak...

mmg byk pengajaran drpd cerpen ni...
marilah kita sama2 jadikan iktibar...
agar kisah sedih ni tak berulang

Bookmark and Share

    


  Member Information For manis_pemanisProfil   Hantar PM kepada manis_pemanis   Quote dan BalasQuote

halawah_iman
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 355
Posting: 83
Dari: TaNaH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-09-03 12:11


assalamualaikum...
ya allah! dia mengandung? suami dia x tau? hm? nak tanya satu soalan. bkn kalau isteri minta cerai dah kira berdosa ke..? atau sebab2 camtu, dia di benarkan minta cerai. sebab suami dia dikira curangkan..?

-----------------
DoN'T SToP aT THe ToP,
oR You WiLL DRoP!

Bookmark and Share

    


  Member Information For halawah_imanProfil   Hantar PM kepada halawah_iman   Quote dan BalasQuote

khareez
Warga 1 Bintang
Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2333
Posting: 22
Dari: Pusat Matrikulasi UIA pj

Selangor  


posticon Posting pada: 10-09-03 13:14


sedih nyer citer nih.....
tak tahu nak komen ape...nak nangis dah ni...
kalaulah si suami bersaar...

Bookmark and Share

    


  Member Information For khareezProfil   Hantar PM kepada khareez   Quote dan BalasQuote

fatamorahila
Warga Rasmi
Menyertai: 08.09.2003
Ahli No: 3393
Posting: 6
Dari: Kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 10-09-03 15:54


bagi saya memang patut la seorang isteri meninggalkan suami nyer yang telah melukai hati dengan melakukan perbuatan terkutuk di belakang isteri. Isteri mana yang tak terluka bila tahu suami melakukan perbuatan terkutuk dibelakang isteri sedangkan masa tu isteri mengandungkan anak suaminya...ish..!!! bila dengarkan kisah ini memang menyedihkan....bagi kaum adam, bila dah bertahun2 sudah berkahwin, belum mempunyai anak, bersabarlah kerana akan ada rezeki yang dikurniakan pada hamba2 Nya yang bersabar..

Hanya Tuhan yang menentukan, Kita hanya merancang.

wallahualam.....!!!

wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatamorahilaProfil   Hantar PM kepada fatamorahila   Quote dan BalasQuote

manis_pemanis
Warga 2 Bintang
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2252
Posting: 48
Dari: alam maya

Kelantan  


posticon Posting pada: 11-09-03 09:07


yang pasti itulah bayaran sebuah pengorbanan seorg isteri dan rakan...
itulah hakikat zaman sekarang...
teman memang ramai....
tapi yg tak menikam dari belakang susah nak jumpa...

begitu juga dengan lelaki....
terlalu sukar untuk dipercayai sekarang....
jadi berhati-hatilah selalu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For manis_pemanisProfil   Hantar PM kepada manis_pemanis   Quote dan BalasQuote

littlemuslimah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 100
Posting: 777
Dari: ::uia @ penang::

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 15-09-03 16:38


B E S T ! ! !

ramai yang tak mengetahui kebenaran dan hakikat dunia sekarang.
tapi itulah realitinya.





-----------------
Ya Allah. Permudahkanlah bagi kami segala urusan kami (lebih-lebih lagi urusan perjalanan rohaniah menuju Allah) berserta kerehatan bagi

Bookmark and Share

    


  Member Information For littlemuslimahProfil   Hantar PM kepada littlemuslimah   Quote dan BalasQuote

are_rule1981
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.09.2003
Ahli No: 3442
Posting: 293
Dari: Ampang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-10-03 17:59


sedihnya cerita ni.... bape kotak tisu dah abis ni...kisah yg menyayatkan hati & jiwa...



Bookmark and Share

    


  Member Information For are_rule1981Profil   Hantar PM kepada are_rule1981   Quote dan BalasQuote

cthawa84
Warga Rasmi
Menyertai: 26.09.2003
Ahli No: 3774
Posting: 6
Dari: kcg

Sarawak  


posticon Posting pada: 22-10-03 18:53


memang cukup sedih...tak nak ct bayangkan ct berada di situasi si isteri kerna nak kehilangan kekasih hati lagi ct tak sanggup inikan pula jika dah sah menjadi suami....itulah lumrah kehidupan!

Bookmark and Share

    


  Member Information For cthawa84Profil   Hantar PM kepada cthawa84   Quote dan BalasQuote

fi_amaanillah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 259
Posting: 306
Dari: JB

Johor   avatar


posticon Posting pada: 22-10-03 21:29


not bad crite ni...menyentuh perasaan...ape2 pun..fikir2lah sblm melakukan sesuatu...Allah berkan akal kpd kita utk menilai mane yg baik dan buruk...

-----------------
"jadilah spt pohon kayu yg lebat buahnya,tumbuh di tepi jalan, dilempar dgn batu,tetapi dibalas dgn buah"---Saidina Abu Bakar

Bookmark and Share

    


  Member Information For fi_amaanillahProfil   Hantar PM kepada fi_amaanillah   Quote dan BalasQuote

uqu
WARGA SETIA
Menyertai: 05.07.2003
Ahli No: 2057
Posting: 640
Dari: KUCHING

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 03-12-03 11:09


sedihnya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For uquProfil   Hantar PM kepada uqu   Quote dan BalasQuote

sutera_biru
Warga Rasmi
Menyertai: 05.11.2003
Ahli No: 4931
Posting: 19
Dari: danger zone

Kedah  


posticon Posting pada: 19-12-03 17:44




sedihnyer citer nih...nk nangis jer ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_biruProfil   Hantar PM kepada sutera_biru   Quote dan BalasQuote

haniff
Warga 1 Bintang
Menyertai: 23.07.2003
Ahli No: 2549
Posting: 27
Dari: Johor

Johor  


posticon Posting pada: 23-12-03 10:31



cerita yang menginsafkan........
bagus......
buat kaum lelaki yang tak bertanggungjawab....


Bookmark and Share

    


  Member Information For haniffProfil   Hantar PM kepada haniff   Quote dan BalasQuote

nudrasyafini
Warga Rasmi
Menyertai: 22.10.2003
Ahli No: 4597
Posting: 19
Dari: pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 23-12-03 12:02



biler baca cerita tue,sedih sangat.....sungguh terharu..ader pengajaran yang harus kiter ambil disitu.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For nudrasyafiniProfil   Hantar PM kepada nudrasyafini   Pergi ke nudrasyafini's Website   Quote dan BalasQuote

kim
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.10.2003
Ahli No: 3965
Posting: 243
Dari: bawah kerajaan Allah

Selangor  


posticon Posting pada: 23-12-03 12:04



sedihnya....mmg bagus tindakan 'sayang' tu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For kimProfil   Hantar PM kepada kim   Quote dan BalasQuote

HeArtBroKenkiD
WARGA SETIA
Menyertai: 08.09.2003
Ahli No: 3385
Posting: 629
Dari: Anak Jati Kuala Lumpur @ MCIIUM
KualaLumpur  


posticon Posting pada: 23-12-03 13:01


.....



terbayang perasaan ummi ketika tu...
bukan sekali dua...
lebih dari tu.

ya Allah... kau tahu apa yang terbaik utk keluarga kami....
wallahu a'lam

-----------------
Hayy Qum bi ar-Ruuh al-Jadiid!!!
.: Bertemu Dan Berpisah Kerana Allah :.

Bookmark and Share

    


  Member Information For HeArtBroKenkiDProfil   Hantar PM kepada HeArtBroKenkiD   Quote dan BalasQuote

silvermaddness
Warga 2 Bintang
Menyertai: 21.11.2003
Ahli No: 5314
Posting: 42
Dari: Alor Setar

Kedah  


posticon Posting pada: 25-01-04 14:21



hurm...amat menyentuh perasaan..moga2 siapa sahaja dlm keadaan begitu redha meredhai antara satu sama lain....


Bookmark and Share

    


  Member Information For silvermaddnessProfil   Hantar PM kepada silvermaddness   Pergi ke silvermaddness's Website   Quote dan BalasQuote

achik_solehah
WARGA SETIA
Menyertai: 04.07.2003
Ahli No: 2015
Posting: 654
Dari: Kuantan

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 07-02-04 05:11




sedih gak citer ni...
nape laaa...suami dia sanggup wat cmtu kan..x patut btol...

Bookmark and Share

    


  Member Information For achik_solehahProfil   Hantar PM kepada achik_solehah   Pergi ke achik_solehah's Website   Quote dan BalasQuote

nur_malam99
WARGA SETIA
Menyertai: 15.10.2003
Ahli No: 4371
Posting: 1239
Dari: bumi Allah

Sarawak  


posticon Posting pada: 08-02-04 15:32


fitrah manusia,kadang kadang menjadi lalai,lupa dan alpa...

sedih juga, tapi hakikatnya keadaan sebegini sering kali berlaku dalam masyarakat kita....

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_malam99Profil   Hantar PM kepada nur_malam99   Pergi ke nur_malam99's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 21-02-04 02:13




.... tak tau nak cakap aper...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

nuruludz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.10.2003
Ahli No: 4225
Posting: 148
Dari: pahang darul peace

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 22-02-04 10:13



mmg sedih cerita tu. kalaulah ana berada tempat istri2 pasti perkara yang sama ana akan buat.
ana menyeru kepada insan jadian ALLAH supaya bila dah jadi suami,kasihi isterimu umpama kalian mengasihi obu kalian.tahan nafsu kalian dengan ajnabi.sesungguhnya siapa yang menahan nafsunya dia akan mengikut nabi Yusuf masuk ke Syurga antum tak nak ke?kan wali si isteri telah menyerahkan perempuan itu pada si suami, kenapa mesti kalian musnahkan kepercayaan si wali dan isteri kalian.betul tak?

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuruludzProfil   Hantar PM kepada nuruludz   Quote dan BalasQuote

dhuha
Warga 1 Bintang
Menyertai: 25.01.2004
Ahli No: 6741
Posting: 28
Dari: kuala kangsar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 24-02-04 21:09


Assalammualaikum..
laa..sedihnya citer ni.rasanya x mustahil berlaku kisah ni..kadang2 kawan yg kita percaya sesgt boleh tusuk diri dlm daging kita..hem,bila nafsu jd raja..akal tunduk menyembah bumi..nauzubillahhiminzalik...

-----------------
di mana bumi dipijak,di situ iman dan islam dijunjung.islam tu indah,kan?

Bookmark and Share

    


  Member Information For dhuhaProfil   Hantar PM kepada dhuha   Pergi ke dhuha's Website   Quote dan BalasQuote

aza
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 27
Posting: 834
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 24-02-04 22:41


sedihnye cite ni.... sanggup suami dia buat macam tu....kalau halal tak pe...ni haram...

Bookmark and Share

    


  Member Information For azaProfil   Hantar PM kepada aza   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 02-06-04 03:04


sedihnyer citerni........tabah betul isteri2,ana sokong ape yg.dibuat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

pena_sufi
Warga 5 Bintang
Menyertai: 07.09.2003
Ahli No: 3377
Posting: 372
Dari: bumi waqafan Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-06-04 10:06



sedih...tabah sungguh isteri dia!!!
tapi...suami dia tetap macam tue
wallahualam,wassalam

-----------------
Mahabbah Mawaddah Lil Ukhwah Fillah

Bookmark and Share

    


  Member Information For pena_sufiProfil   Hantar PM kepada pena_sufi   Quote dan BalasQuote

dila
Warga 2 Bintang
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8134
Posting: 58

Selangor  


posticon Posting pada: 02-06-04 14:44


emm..sedih crite ni..
boleh dijadikan teladan..


Bookmark and Share

    


  Member Information For dilaProfil   Hantar PM kepada dila   Quote dan BalasQuote

kamal_82
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.08.2003
Ahli No: 3201
Posting: 462
Dari: KUALA LUMPUR

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-06-04 16:10


emmm sedih betul.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For kamal_82Profil   Hantar PM kepada kamal_82   Pergi ke kamal_82's Website   Quote dan BalasQuote

PeNguin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.04.2004
Ahli No: 8445
Posting: 190
Dari: miri, srwk

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 02-06-04 16:25


waa,,,sedihnya...npaer suami dia buat camtue..isteri dia dahler baik....

Bookmark and Share

    


  Member Information For PeNguinProfil   Hantar PM kepada PeNguin   Pergi ke PeNguin's Website   Quote dan BalasQuote

nursolehah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.04.2004
Ahli No: 8420
Posting: 72
Dari: depan pc

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-06-04 21:20


leh tahan gak citer nie ek..ish..ish..

-----------------
ukhwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan dibibir tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nursolehahProfil   Hantar PM kepada nursolehah   Quote dan BalasQuote

zinnirah_annur
Warga Rasmi
Menyertai: 08.06.2004
Ahli No: 9361
Posting: 10
Dari: Sungai Buloh

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-06-04 16:29



iskh2......sedeynye citer ni.. penah gak dengar jiran ana......lebih kurang cam ni gak lah kesah die.
kawan baik die sanngup mkn kwn sendiri........
mmg x patut.........sepatutnya kita bersyukur atas segala kurniaan ALLAH & gunakan dengan sebaik2nya........
jgn ambil kesempatan di atas kebaikan org laen........

Bookmark and Share

    


  Member Information For zinnirah_annurProfil   Hantar PM kepada zinnirah_annur   Quote dan BalasQuote

kakyongju
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.04.2004
Ahli No: 8571
Posting: 120
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 11-06-04 17:54



sedih gak apa kata manis_pemanis buat cerita tu PART 2 pulak....mesti ramai yg ternanti2...alaaaa buat jer sambungan kisah dia lepas lahirkan baby dia..pastu suami dia cari dia balik....mintak maaf ker...si sayang tadi terluka..x leh nak maafkan..bla..bla...hehehe..apa2la..mesti best...kan kan..kalau manis x leh sambungkan..maybe pembaca lain boleh sambungkan...jgnlaa asyik baca karya org jer... akak pun samalaa..asyik baca cerpen org jer..akak kalau nak buat cerita,tak nak cerpen tapi cerpan (cerita panjang) ...itu jer nak kabo...

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakyongjuProfil   Hantar PM kepada kakyongju   Quote dan BalasQuote

ummu_qayyum
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.05.2004
Ahli No: 8967
Posting: 133
Dari: egypt

egypt   avatar


posticon Posting pada: 18-06-04 00:06




memang sedihlah...sampai hati suami dia buat camtu...

-----------------
"I aM ThE BeSt ThAt I CaN Be.."

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummu_qayyumProfil   Hantar PM kepada ummu_qayyum   Pergi ke ummu_qayyum's Website   Quote dan BalasQuote

nailofar_ain
Warga 1 Bintang
Menyertai: 08.02.2004
Ahli No: 7103
Posting: 23
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-06-04 12:00



emmmm......itu lah manusia
biler nafsu di depan akal.....
nauzubillah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For nailofar_ainProfil   Hantar PM kepada nailofar_ain   Quote dan BalasQuote

Muhseen
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.02.2004
Ahli No: 7631
Posting: 34

thailand  


posticon Posting pada: 24-06-04 12:18


waduhh...waduh... bisa gue nangis ni.. jadikanlah ia pengajaran utk kita sume..
............................................

Ada mata pandang,ada telinga dengar, ada mulut jangan diam,ada akal fikirkanlah.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For MuhseenProfil   Hantar PM kepada Muhseen   Quote dan BalasQuote

illy_najlaa
Warga Rasmi
Menyertai: 20.06.2004
Ahli No: 9568
Posting: 4
Dari: Jelapang Padi Malaysia

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 24-06-04 23:20




citer nie memang sedih.......kadang-kadang manusia nie walaupun yg ada didpn mata tu baik tapi tak reti nak menghargainya.......

..............
Belajarlah menghargai apa yg kita ada walaupun tak cukup berharga ia tetap bernilai...

Bookmark and Share

    


  Member Information For illy_najlaaProfil   Hantar PM kepada illy_najlaa   Quote dan BalasQuote

ZahRaTuL_RaiHaNaH81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 426
Posting: 861
Dari: .: SaBah :.

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 26-06-04 21:12


Quote:

On 2004-06-24 23:20, illy_najlaa wrote:


citer nie memang sedih.......kadang-kadang manusia nie walaupun yg ada didpn mata tu baik tapi tak reti nak menghargainya.......

..............
Belajarlah menghargai apa yg kita ada walaupun tak cukup berharga ia tetap bernilai...



Betul ape yang illy cakap tu..manusia sentiasa berubah2....kadang2 tak tahu menilai pengorbanan orang lain...

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ZahRaTuL_RaiHaNaH81Profil   Hantar PM kepada ZahRaTuL_RaiHaNaH81   Quote dan BalasQuote

pu3_solehah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.06.2004
Ahli No: 9597
Posting: 136
Dari: seberang jaya

PulauPinang  


posticon Posting pada: 26-08-04 23:06


sedih tu sedih gak!!
tp ana suka ending dia..
si isteri tu mmg tabah..
ana sokong dia!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For pu3_solehahProfil   Hantar PM kepada pu3_solehah   Pergi ke pu3_solehah's Website   Quote dan BalasQuote

tirmidziy02
WARGA SETIA
Menyertai: 17.09.2004
Ahli No: 11209
Posting: 586
Dari: PULAU MUTIARA

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 28-09-04 04:00


bagus cite nih...tahniah kepada pengarangnya....

Bookmark and Share

    


  Member Information For tirmidziy02Profil   Hantar PM kepada tirmidziy02   Pergi ke tirmidziy02's Website   Quote dan BalasQuote

maisuribalqis
Warga 1 Bintang
Menyertai: 07.09.2004
Ahli No: 10963
Posting: 23
Dari: Uitm shah alam

Perak  


posticon Posting pada: 28-09-04 12:53


ANA HARAP SAUDARI BYK2 BERSABAR.. ADA HIKMAH DISEBALIK KEJADIAN TUH

Bookmark and Share

    


  Member Information For maisuribalqisProfil   Hantar PM kepada maisuribalqis   Quote dan BalasQuote

cahaya_safi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.09.2004
Ahli No: 11314
Posting: 137
Dari: sarawak

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 28-09-04 13:38



sedihnya cite ni.....boleh dijadikan tauladan...x sangka ya Farah boleh khianati kawan nya.kawan makan kawan....

Bookmark and Share

    


  Member Information For cahaya_safiProfil   Hantar PM kepada cahaya_safi   Quote dan BalasQuote

ain_khansaa
Warga 2 Bintang
Menyertai: 15.09.2004
Ahli No: 11145
Posting: 63
Dari: Bangi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-09-04 13:51



Lelaki... gunakanlah akal yang sembilan untuk menundukkan nafsu yang satu...

Perempuan..... gunakanlah sebaiknya akalmu yang satu itu agar dapat mengekang nafsumu yang sembilan..

ana memohon pada allah SWt untuk diri ana & sahabat/iah sekalian agar kita terpelihara dari sume godaan syaitan... Amieen

Bookmark and Share

    


  Member Information For ain_khansaaProfil   Hantar PM kepada ain_khansaa   Quote dan BalasQuote

humairatulhusna
Warga 3 Bintang
Menyertai: 29.04.2004
Ahli No: 8688
Posting: 101
Dari: pulau pinang

PulauPinang  


posticon Posting pada: 13-10-04 21:23


isk isk sadisnya citer nieeeeeeeee

Bookmark and Share

    


  Member Information For humairatulhusnaProfil   Hantar PM kepada humairatulhusna   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 13-10-04 21:43



best citer ni....tapi sedih gak... ...
mudah-mudahan tak terjadi......

-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

kl_guy
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.10.2004
Ahli No: 11724
Posting: 94
Dari: Malaysia

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 14-10-04 01:45


sedihnye.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For kl_guyProfil   Hantar PM kepada kl_guy   Quote dan BalasQuote

hakima
Warga 2 Bintang
Menyertai: 09.09.2004
Ahli No: 11033
Posting: 41
Dari: BUMI ALLAH

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 27-10-04 15:29



sedihnyer cerita ni..wahai muslimin, sebelum dikau melakukan sesuatu, apa salahnya berfikir terlebih dahulu. biar hangit asalkan ia memberi kepuasan pada semua pihak. jgnlah terlalu ego, kerana ego tidak akan kemana-mana kalau tidak dipandu dengan panduan-Nya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For hakimaProfil   Hantar PM kepada hakima   Quote dan BalasQuote

nUhA_amIrAh
Warga Rasmi
Menyertai: 17.09.2004
Ahli No: 11186
Posting: 20

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-10-04 01:34


kesian nyer..harap2 tak semua lelaki camnih..
poligami tu tak salah..nak halalkan mende yang haram..cuma lelaki2 sekalian beringatlah.. bukan senang nak jadi isteri..seperti mana payah nyer tanggungjawab suami..apatah lagi menjadi ibu dan isteri dalam satu maser..jadi hargaila isteri anda..
kami ni insan lemah..cepat terluka..

-----------------
"being 20 isnt so bad afterall..kita takkan tahu aper yang betul selagi tak buat salah"

Bookmark and Share

    


  Member Information For nUhA_amIrAhProfil   Hantar PM kepada nUhA_amIrAh   Quote dan BalasQuote

sufti_ilham
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2003
Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 23-08-05 11:10


matlamat tak menghalalkan cara..alasan yang paling senang untuk suami berpoligami,anak..
fikirlah sebaik dan sedalamnya.jagan mgikutkan nafsu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sufti_ilhamProfil   Hantar PM kepada sufti_ilham   Quote dan BalasQuote

nabilpoyo
WARGA SETIA
Menyertai: 13.12.2005
Ahli No: 21141
Posting: 730
Dari: Kuantan + penang + KL + jakarta

blank   avatar


posticon Posting pada: 22-05-06 01:30


hmm sayu hati....

Bookmark and Share

    


  Member Information For nabilpoyoProfil   Hantar PM kepada nabilpoyo   Quote dan BalasQuote

fahim
WARGA SETIA
Menyertai: 08.05.2004
Ahli No: 8869
Posting: 613
Dari: Morioka, Jepun

japan  


posticon Posting pada: 22-05-06 01:39


Walaupun cerita jiwang, tapi isi2nya ok... Boleh la bagi A...


-----------------
Ingatlah, nabi s.a.w telah didatangkan untuk memandu hidupmu maka ikutilah...


Bookmark and Share

    


  Member Information For fahimProfil   Hantar PM kepada fahim   Quote dan BalasQuote

kamalhisyam
WARGA SETIA
Menyertai: 10.06.2003
Ahli No: 1259
Posting: 526
Dari: dari satu tempat ke satu tempat

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 22-05-06 11:04


Salam....
kalau tak silap ini adalah cebisan daripada Novel yang diterbitkan oleh Alaf 21... ana dah baca tapi tak ingat tajuknya....

Bookmark and Share

    


  Member Information For kamalhisyamProfil   Hantar PM kepada kamalhisyam   Quote dan BalasQuote

samudra
WARGA SETIA
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20847
Posting: 721
Dari: Tanah Melayu

stkitts_nevis   avatar


posticon Posting pada: 22-05-06 13:52


tak sedih sangat..banyak sangat kalimah sayangg.ini dah terlebih kasih sayang ni..len kali jangan telebih kasih..tada tempat nak letak kasih..tepaksa la cari bekas baru :-di



Bookmark and Share

    


  Member Information For samudraProfil   Hantar PM kepada samudra   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 23-05-06 14:35


hm..sdihnye...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

nisaulfadhilah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.10.2006
Ahli No: 27084
Posting: 207
Dari: irbid

jordan  


posticon Posting pada: 01-02-07 04:10


kasihan perempuan ni..tak patut lah farah tu..kawan makan kawan..
memang patut menjadi pengajaran kepada kita dalam menghadapi kehidupan yang serba mencabar ini..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nisaulfadhilahProfil   Hantar PM kepada nisaulfadhilah   Quote dan BalasQuote

annissa_zulfa
Warga 5 Bintang
Menyertai: 10.02.2006
Ahli No: 22609
Posting: 354
Dari: town of throw(baling)

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 01-02-07 10:30


isk isk ...sadisnya...kasihan dapat suami macam tu..tula,kasi madu awal2 tak nak...diberi pilihan guna jalan halal,yang haram pula di pilih...Mashaallah...mintakla nanti tak dapat suami macam tu...awal2 baik,penyayang....rupanya....huhu
Allah Maha Besar kan?...endingnya memang tak disangka...

Bookmark and Share

    


  Member Information For annissa_zulfaProfil   Hantar PM kepada annissa_zulfa   Pergi ke annissa_zulfa's Website   Quote dan BalasQuote

ulfah_widad
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2006
Ahli No: 25325
Posting: 301
Dari: Kedah - Perak - Johor

Perak   avatar


posticon Posting pada: 01-02-07 10:37


Berhati - hatilah bila berkawan....benda-benda macam ni dah terbiasa sangat berlaku..kawan-kawan yang tak pernah sekali pun kita sangka akan menikan dari belakang, saat dia mementingkan diri sendiri, dia lupa sahabat yang pernah bersusah payah membantunya...artikel yang memberi pengajaran buat lelaki dan wanita....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ulfah_widadProfil   Hantar PM kepada ulfah_widad   Quote dan BalasQuote

akwa
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2005
Ahli No: 20434
Posting: 729
Dari: tganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 03-02-07 13:19


(",).............

Bookmark and Share

    


  Member Information For akwaProfil   Hantar PM kepada akwa   Pergi ke akwa's Website   Quote dan BalasQuote

zahrah_asrar
Warga 5 Bintang
Menyertai: 07.02.2006
Ahli No: 22514
Posting: 363
Dari: port dickson

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 03-02-07 15:42


yang paling penting, snggup kawan dia buat kat dia macam tu sedngkn c sayang tu da tolong dia macam-macam

Bookmark and Share

    


  Member Information For zahrah_asrarProfil   Hantar PM kepada zahrah_asrar   Quote dan BalasQuote

sitizubaidah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13162
Posting: 51
Dari: ipoh

Perak  


posticon Posting pada: 03-02-07 17:25


sedihnya lah cerita tu.. nauzubillah... tak nak lah jadi dalam hidup ana.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sitizubaidahProfil   Hantar PM kepada sitizubaidah   Quote dan BalasQuote

adura
Warga Rasmi
Menyertai: 19.02.2007
Ahli No: 28792
Posting: 4
Dari: segamat

Johor  


posticon Posting pada: 26-02-07 11:51


asalammualaikum...
ceritanya memang sedih sangat...smpikan saya yang membacanya di makmal komputer menitiskan airmata tanpa disedari...kisah benar yang terjadi dalam realiti hidup masa kini...mudahnya beralih cinta...sedangkan org yang masih tidak mempunyai cinta itu...masih tercari-cari cintanya yang sejati...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aduraProfil   Hantar PM kepada adura   Quote dan BalasQuote

rifhan
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.03.2005
Ahli No: 15169
Posting: 92
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-02-07 12:51


saya da pernah baca dah cerita ni dulu masa tahun 2004.. sedih betul.. sampai nangis2..sampai hati suami dia buat macam tu..
ni semua pengajaran lah buat kita semua..terutamanya orang laki.. janganlah buat macam ni kat isteri2 kalian..
sedih...

Bookmark and Share

    


  Member Information For rifhanProfil   Hantar PM kepada rifhan   Quote dan BalasQuote

Nafizatul
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.03.2005
Ahli No: 15443
Posting: 80
Dari: Selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 26-02-07 23:30


sangat sedih cerita ni...kenapa lah suami dia kejam sangat..

nauzubillah...moga-moga dijauhkan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For NafizatulProfil   Hantar PM kepada Nafizatul   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 27-02-07 00:30


takut nak baca...baca komen saja. dhla dah banyak cerita tentang kecurangan lelaki melekat kat hati ni, nanti ditambah cerita ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

miss_farhana
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25002
Posting: 325
Dari: berpijak pada bumi Tuhan,berbumbungkan langit Tuhan

Terengganu  


posticon Posting pada: 27-02-07 01:14


baguslaa cerita...

kalau saya jadi perempuan tu pun saya minta dibebaskan jugak...

alhamdulillah,mengandung jugak...terlopong suami dia nanti...masa berjanji lembut gigi dr lidah...huhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For miss_farhanaProfil   Hantar PM kepada miss_farhana   Quote dan BalasQuote

ibnujarir
Warga 2 Bintang
Menyertai: 09.12.2006
Ahli No: 27674
Posting: 56
Dari: ardullah

Selangor  


posticon Posting pada: 27-02-07 03:50


great shortstory.........

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnujarirProfil   Hantar PM kepada ibnujarir   Quote dan BalasQuote

nur_anis
Warga 5 Bintang
Menyertai: 18.06.2003
Ahli No: 1496
Posting: 395
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 27-02-07 07:39


sedihnya cerita ini..zuriat dijadikan alasan kenapa si suami curang dengan isteri..lebih menyedihkan perempuan itu teman isteri sendiri..beringatlah,walau sebaik mana kawan kita tu,hatinya kita belum tahu kan..sanggup dia merampas suaminya teman baiknya sendiri...memang betul,semua pasangan yang berkahwin inginkan zuriat,tapi mungkin ada hikmahnya Allah swt tak bagi zuriat kan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_anisProfil   Hantar PM kepada nur_anis   Quote dan BalasQuote

muslimah1301
Warga Rasmi
Menyertai: 21.03.2006
Ahli No: 23607
Posting: 20
Dari: kangar

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 27-02-07 10:38


erm..2 lah manusia..tak pernah cukup dengan apa yang ada..permata yang d depan tak di jaga..kaca d jalanan yang d cari..sedang kan suami dan adik boleh terlanjur,inikan cuma sahabat..hanya yang cetek akal dan kurang pegangan agama yang sanggup buat perkara ni...
nauzubillah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah1301Profil   Hantar PM kepada muslimah1301   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 28-02-07 23:32


Akhirnya ku baca jua.... Ya Allah jauhkan aku dr lelaki yang lemah imannya sebegini, tidak tahu menilai jua ptgkan diri sendiri. Amin.

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

ryan_86
Warga 1 Bintang
Menyertai: 04.12.2006
Ahli No: 27615
Posting: 31
Dari: syria

syria   avatar


posticon Posting pada: 01-03-07 01:28


nak tambah....

Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nya tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.

"Apelah awak ini....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. ini mesti ada benda yang tak elok awak buat, itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa lah tu" rungut Zakri pada Nisa. Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi.

Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ..."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri, it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak.

Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania. Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.
Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal sama ada Nisa mengandung. Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. . Nisa dah 2 bulan... Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yang terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa.
"Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka
berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. kenapa Bang?"soal Nisa
pada Zakri .

"Kaulah penyebabnya. Tak payah nak tunjuk baik pula" Zakri menempelak Nisa

"Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi.
"abang syak Nisa dengan lelaki lain ke? Kenapa abang syak yang bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kan Nisa nak buat jahat dengan orang lain pulak Bang?" terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal, tak baik cakap macam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah.

"Woi, benda-benda tu boleh terjadilah Nisa, kawan baik dengan bini sendiri, suami sendiri, bapak dengan anak, hah emak dengan menantu pun boleh jadi tau apatah lagi macam kau ini, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis dengan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu"marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh ....heee teruk. Nasib aku lah dapat bini macam engkau ni" kutuk Zakri lagi pada Nisa.

"Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama.

"Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri.

"Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya ke dunia," ucap Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif. Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi.

Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa.

Kalau diminta jemput... macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa,
perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun lah, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.

Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula... bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh... Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya.

Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding... Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa inilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan" kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton.

"Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut pula hujan nanti" desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa

"Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ke,suka hati aku lah nak pergi malam ke siang ke tak pergi langsung ke" marah Zakri.

"Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang saja" Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.

Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya."YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya "YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri disudut dinding dan menangis. Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan membengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.
Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa pula ini sebok saja.... " Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah cafe. "Hoi, Encik Zakri, bini anda kat wad tak pergi jengok ke, apa punya laki anda ini? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri.

"Alah, dia sihat saja kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha, ha, ha" gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri.

"Senangnya hidup Zakri ini tak ada risau langsung pasal bini dia" cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau... mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri.

"Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat lah, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba.

"Suka hati kau lah, tapi kalau ada apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi.

Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ada masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ." panggilan kecemasan dari Doktor Johari

"Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I datang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari.

"Lan. Kau ikut aku, Nisa tak sedar diri ..." ajak Zakri pada Lan.

"Hah, tadi kau kata bini kau sihat" tanya Lan pada Zakri.

"Alah jom lah cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum ini pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam.

Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa.... baginya Nisa mengada-ngada.. saja buat sakit untuk minta simpati... tetapi sebaliknya.....
Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang. Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari, Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan, kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di diarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH Kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri muka surat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering...membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. .

Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

Assalamualaikum.

Abang, Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa..

Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin... Abang panggil Nisa AYANG... terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa macam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang... mukasurat ini khas untuk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang.

Abang ingatkan hari ini hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA. Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa.

Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka... Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang.

Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa ini cuma
menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah

Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan
mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malang kerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging Nisa...tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama di samping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...

Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang.. Dania mengikut raut muka Abang... dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa... Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

Wassalam.

Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua. Doakan Nisa.

Ikhlas dari
Nur Nisa

"Sabarlah Zakri, ALLAH Maha Berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan abang Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya... setiap perbuatannya... seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya... kejamnya aku... Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewaktu jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa.

Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri.

Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya. Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya jenazah Nisa selamat dikebumikan.
Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya... meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan... YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH.... akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri, Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak ke mana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH, Zakri, Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, Kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak... kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ryan_86Profil   Hantar PM kepada ryan_86   Quote dan BalasQuote

hudahaida
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.01.2008
Ahli No: 32255
Posting: 128
Dari: dunia

south_korea  


posticon Posting pada: 15-01-08 19:29


inilah hakikat dan realiti dunia hari ini...sedih cerita nii..:-(

Bookmark and Share

    


  Member Information For hudahaidaProfil   Hantar PM kepada hudahaida   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-01-08 22:41


aduh... menangis-nangis saya baca cerita Nisa dan Zakri ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

NisaAdDeen
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.02.2008
Ahli No: 32631
Posting: 92
Dari: ulu kinta,perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 21-02-08 21:01


Ya Allah, kedua-dua cerita memang menyedihkan dan menyentuh hati ana,,,tambah kita ini kaum hawa, suatu hari nanti akan bergelar isteri....sedihnya ana sampai tak terkata, tak tau nak cakap apa..terlalu banyak cerita mengisahkan penindasan wanita..adakah fenomena ini semakin banyak terjadi di dunia realiti...Allahu'alam..

..............
semoga kita juga akan memliki kekuatan sebagai isteri soleheh..
Amin

Bookmark and Share

    


  Member Information For NisaAdDeenProfil   Hantar PM kepada NisaAdDeen   Quote dan BalasQuote

srikandi_islam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.10.2003
Ahli No: 4481
Posting: 260
Dari: BANGI + KB

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-02-08 06:43


saya takut lah nak kawin........
kejam sangat laki kat dalam cerita ni.....

kaum laki patot baca ni.....jangan cepat sangat nak mngalah...dan jangan cepat bersgke buruk.......
:jangan: :jangan: :jangan: :jangan: :jangan: :jangan: :jangan: :jangan: :jangan: :jangan: :jangan: :jangan: :jangan: :jangan: :jangan: :jangan: :jangan: :jangan: :jangan: :jangan: :jangan: :jangan: :jangan: :jangan: :jangan: :jangan: :jangan: :jangan:

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandi_islamProfil   Hantar PM kepada srikandi_islam   Pergi ke srikandi_islam's Website   Quote dan BalasQuote

niza_ati
WARGA SETIA
Menyertai: 17.12.2004
Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 22-02-08 07:42


Berpisah didunia buruk yang kita nampak,
Berpisah nyawa kebaikan pula kita nampak.

Wanita...kasih mu itu tersemadi dilubuk hati,
mestipun dilukai, dikianati, kasih mu teguh pada suami.

Hingga ke akhir hayat, kau masih teguh menyayangi,
biarpun hingga ke akhir hayat itu, kau terus menahan pedih dihati.

Wanita... Tak pernah sekali kau lupa perkara2 yang indah bersama suami mu... Biarpun hanya sehelai plastik gula2 pemberiannya pada mu. Tidak pernah juga kau lupa hari2 terpenting dalam kehidupan bersama, biarpun kau tak pernah diingati pada hari pernikahan mu.

Wanita, cinta mu sejernih air dikali, teguh cintamu hingga tiada yang dapat menodai.


-----------------

cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku


Bookmark and Share

    


  Member Information For niza_atiProfil   Hantar PM kepada niza_ati   Pergi ke niza_ati's Website   Quote dan BalasQuote

atiey11
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.04.2005
Ahli No: 15667
Posting: 93
Dari: selangor

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 22-02-08 08:15


huhuhu.. sedihnya.. Kenapa perempuan selalu menjadi mangsa lelaki????

Bookmark and Share

    


  Member Information For atiey11Profil   Hantar PM kepada atiey11   Quote dan BalasQuote

kakisamun
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 22-02-08 08:27


Pada 22-02-08 08:15 , atiey11 posting:

!!! QUOTE !!!

huhuhu.. sedihnya.. Kenapa perempuan selalu menjadi mangsa lelaki????


.. usah kata perempuan.. kadang kala lelaki lembut pun selalu menjadi mangsa lelaki.. :cry:..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakisamunProfil   Hantar PM kepada kakisamun   Quote dan BalasQuote

tasnimilliyyin
Warga Rasmi
Menyertai: 02.11.2006
Ahli No: 27165
Posting: 14
Dari: serdang,selangor

Kelantan  


posticon Posting pada: 06-09-08 12:17


Pada 26-02-07 12:51 , rifhan posting:

!!! QUOTE !!!

saya da pernah baca dah cerita ni dulu masa tahun 2004.. sedih betul.. sampai nangis2..sampai hati suami dia buat macam tu..
ni semua pengajaran lah buat kita semua..terutamanya orang laki.. janganlah buat macam ni kat isteri2 kalian..
sedih...


semua ini dugaan dari Allah swt buat isteri yang solehah... semoga 'sayang' berfikir masak2 sebelum membuat keputusan sebab keputusan dia bukan saja bagi effect pada diri dia tapi jugak pada anak yang bakal dilahirknnya... :berfikir:

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasnimilliyyinProfil   Hantar PM kepada tasnimilliyyin   Quote dan BalasQuote

addinulhuda
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2007
Ahli No: 31217
Posting: 664
Dari: ~bumi bertuah~

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-09-08 12:34


ya allah sedih nya...msm aku saja yang berada dalam situasi tu..huhuhu...mampu kah aku sekuat itu???huhuhu....moga allah bagi kekuatan

Bookmark and Share

    


  Member Information For addinulhudaProfil   Hantar PM kepada addinulhuda   Pergi ke addinulhuda's Website   Quote dan BalasQuote

farabi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2004
Ahli No: 9005
Posting: 247
Dari: kelana jaya

Pahang  


posticon Posting pada: 06-09-08 16:08


sedihnya cerita ni...
hargailah insan yang sentiasa susah senang disisi kita
semoga kesabaran yang disemai membuahkan kebahagian dan keindahan berumahtangga

Bookmark and Share

    


  Member Information For farabiProfil   Hantar PM kepada farabi   Pergi ke farabi's Website   Quote dan BalasQuote

sara_mujahidah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.11.2006
Ahli No: 27322
Posting: 88
Dari: mesir

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 06-09-08 21:05


Asslamualaikum
memang sedih cerita ni tapi benar-benar ada ke....kalau ada subhanallah kejam sangat lah lelaki gini......suami mana xsayang isteri.......nauzubillahi min zalik

Bookmark and Share

    


  Member Information For sara_mujahidahProfil   Hantar PM kepada sara_mujahidah   Quote dan BalasQuote

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» maafkan sayang....(baca tau ni citer sedih)

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.183846 saat. Lajunya....