Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Apa yang dilihat, dimakan, didengar akan jadi sebahagian daripada diri kita
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 93
Ahli: 0
Jumlah: 93




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 3 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: hidden files


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» hidden files

Please Mendaftar To Post


Oleh hidden files

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-04-06 04:37


Hidden Files

Ketika berkata TUHAN kepadaku
Tidakkah malu maksiat terhadap-Ku,
Menyembunyikan dosa dari makhluk-Ku
Dengan penuh noda menghadap-Ku?

Demi mendengar puisi ini, Imam Ahmad bangun dan memasuki rumahnya serta menutup pintu. Kedengaran suara tangisannya dari dalam dan beliau mengulang-ulang syair itu.1
Begitulah kepekaan orang-orang yang beriman. Mereka semua telah dikurniakan kelembutan perasaan, sehingga begitu mudah tersentuh melihat kerosakan umat, begitu mudah menjadi gerun bila diingatkan tentang kebesaran ALLAH, dan begitu mudah bersyukur dengan segala nikmat yang mereka perolehi walaupun pada pandangan manusiawi tidak bernilai atau berharga. Sungguhpun kelembutan dan kepekaan ini sering membasahkan mata mereka dengan sedu tangisan, tetapi kepekaan ini jugalah yang membakar jiwa dan kekentalan semangat mereka sehingga begitu garang dan menggerunkan setiap kali bangun membela Islam. Itulah Kenapa para sahabat diberi jolokan “singa di pagi hari, rahib di malam hari”, kerana kegarangan “singa” yang mereka tampilkan dalam kehidupan seharian (sebagai suatu amaran buat musuh Islam), tiba-tiba “menikus” di malam hari, di dalam sujud mereka kepada Ilahi.

            Dan kelembutan dan kepekaan inilah yang harus ada pada kita semua. Itulah sebabnya para ulama’ Islam mengesyorkan kepada kita, agar memenuhi perjalanan hidup ini dengan puisi-puisi dan syair-syair, kerana menurut mereka, sastera inilah yang bisa melembutkan hati, menghaluskan jiwa. “Puisi,” kata Muhammad Ahmad ar-Rasyid dalam al-Munthalaqnya, “mempunyai kuasa untuk membantu sesiapa sahaja yang menggunakannya sama ada untuk tujuan kebaikan atau kejahatan, untuk menolong kebenaran atau kebatilan. Inilah sebabnya para ulama’ Islam begitu cenderung kepada puisi, sehingga mampu menghafal banyak bait-bait puisi. Jangankan Hassan al-Banna yang menyelesaikan pendidikannya dengan iringan hafalan beribu bait puisi, bahkan para sahabat pun mempunyai wakil-wakil yang menguasai sastera, sehingga tatkala mereka dihidang pula dengan keindahan sastera di dalam al-Quran, mereka hanyut khusyuk di dalam keasyikan keindahan ayat-ayat suci-NYA. Bahkan Saydina Umar lah.A pun berpesan supaya mengajarkan sastera kepada anak-anak. Kerana dengannya anak yang pengecut, akan menjadi pemberani.2

            Sungguh, di dalam setiap daripada kita, ada “hidden file”nya yang tersembunyi. Bawalah kekuncimu ke Start. Masuklah kepada icon Control Panel. Selusuri ruangan Folder Options. Dan tukarkanlah view Hidden files and folders kepada zahirnya file-file dan folder-folder tersembunyi tersebut. Biarpun seketika. Walaupun sementara. Tetap harus file-file dan folder-folder yang tersembunyi ini, biar seremeh apapun ia, harus dilihat sekali-sekali, sebagai suatu muhasabah buat kita. Kerana terkadang kita lupa untuk menScannya, atau meRefragnya, sehingga kita terluput virus yang ingin kita hapuskan, atau kita tertinggal menyusun kekemasan hard disk yang ingin kita aturkan.

Saudaraku,
            Ambillah sedikit masa untuk kita menggali diri kita. Merenung kembali rentetan hari kita. Menyelam mencari kesalahan-kesalahan kita. Mengorek mencari kelemahan-kelemahan kita. Kerana dengan demikian, mudah-mudahan kepekaan dan kehalusan akan timbul pada diri kita. Hingga kita memperoleh kemahuan yang kuat. Sehingga kita muncul sebagai pembela saudara-saudara kita. Sehingga mata kita tidak lagi bakhil untuk mengalirkan air matanya. Sehingga kepekaan terhadap persekitaran kita, akan menjadikan keazaman kita sentiasa membara, ayunan kaki kita sentiasa melangkah, tangan kita sentiasa bekerja, dan mulut kita bisu daripada memberikan alasan-alasan dalam beramal.

            Janganlah ada lagi Hidden Files yang tidak disedari oleh kita. Sehingga tidak wujudnya keutuhan untuk mempertahan dan meninggikan kalimat agama. Hanya kepekaan dan kehalusan inilah yang akan merealisasikan hadith Baginda Nabi “Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga ia cinta saudaranya seperti mana ia cinta pada dirinya sendiri” (H.lah Bukhari dan Muslim). Kepekaan dan kehalusan inilah yang mewujudkan saling interaksi orang yang beriman, satunya para mujahid di jalan ALLAh, sedang yang satu lagi para penolong dan pendokong mereka. Dan saling interaksi ini natural, tidak dibuat-buat, tidak ditunjuk-tunjuk, dan tidak perlu diminta. Tetapi hati masing-masing mendorong untuk memahami yang lainnya. Saksikanlah interaksi ini di dalam firmannya: “(Berinfaklah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan ALLAH; mereka tidak dapat (berusaha) di muka bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya kerana memelihara diri dari meminta. Kamu kenal mereka dengan memelihara sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan ALLAH), maka sesungguhnya ALLAH maha mengetahui.” (al-Baqarah:273)

            Biarpun folder-folder amalan kita sembunyikan, tetapi semuanya tak pernah terluput dari penilaian ALLAH. Begitu juga folder-folder kejahatan yang kita sembunyikan, tak pernah alpa dari pembalasan ALLAH. Maka lihatlah sekali sekala Hidden Folder anda, sebelum file tersebut menyebarkan virusnya akibat tidak pernah diScan.

Wassalamualaikum

“Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, dah’i sepanjang hari”
Faridul Farhan Abd Wahab, B.Eng(Hons) Electrical Engineering
Mujahid Engineer (Producing army of ALLAH)



Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

nur_malam99
WARGA SETIA
Menyertai: 15.10.2003
Ahli No: 4371
Posting: 1239
Dari: bumi Allah

Sarawak  


posticon Posting pada: 10-04-06 10:33


salam.

(Al-Baqarah - 2:33.)
Allah berfirman: "Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini". Maka setelah diberitahukannya kepada mereka nama-nama benda itu, Allah berfirman: "Bukankah sudah Ku katakan kepadamu, bahwa sesungguhnya Aku mengetahui rahasia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan?"


(Al-A'raf - 7:33.)
Katakanlah: "Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang nampak atau pun yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar, (mengharamkan) mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujah untuk itu dan (mengharamkan) mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui".



(Al-Naml - 27:74.)
Dan sesungguhnya Tuhanmu, benar-benar mengetahui apa yang disembunyikan hati mereka dan apa yang mereka nyatakan.

(Al Qashash - 28:69.)
Dan Tuhanmu mengetahui apa yang disembunyikan (dalam) dada mereka dan apa yang mereka nyatakan.


(Fushilat - 41:22.)
Kamu sekali-kali tidak dapat bersembunyi dari persaksian pendengaran, penglihatan dan kulitmu terhadapmu bahkan kamu mengira bahwa Allah tidak mengetahui kebanyakan dari apa yang kamu kerjakan.


waallahu'alam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_malam99Profil   Hantar PM kepada nur_malam99   Pergi ke nur_malam99's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-04-06 23:34


Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah syukran jazilan atas respons. Semoga kita semua dapat manfaat dari peringatan tersebut. Allahumma Ameen!

Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - Its your attitude not your aptitude that determines your altitude - zig zagler

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.092193 saat. Lajunya....