Oleh |
wanita duduk rumah???apa pendapat muslimin??? |
nurirshad
Warga 4 Bintang Menyertai: 27.02.2006 Ahli No: 23047
Posting: 214
Dari: terengganu
|
Posting pada: 05-04-06 13:56
salam... boleh tak ana nak tanya sikit??? apa pendapat muslimin tentang wanita yang bekerjaya?? maksud ana, kalau wanita tu dah degree holder,tapi nak sambung MASTER?? elok ke tak??? atau muslimin rasa wanita hanya sesuai duduk kat rumah?? jaga suami, anak2..dan boleh kata lebihkan masa untuk urusan rumahtangga...??? jawab ye!!!  ----------------- eratkan ukhwah, gerakkan islah
|
ZahRaTuL_RaiHaNaH81
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 17.05.2003 Ahli No: 426
Posting: 861
Dari: .: SaBah :.
|
Posting pada: 05-04-06 14:33
assalamualaikum,,. pada pendapat saya tidak ada larangan dalam islam bahawa wanita dilarang untuk menyambung kerjaya ataupun pengajiannya...tidak semestinya juga seorang wanita itu tempatnya hanya di rumah,.. tapi seelok2nya seorang isteri itu tahu akan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak2..Walupun menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi tidak semestinya seorang isteri itu mengabaikan tanggungjawab kepada keluarganya,,wallahua'lam..
|
cititel
Warga 3 Bintang Menyertai: 06.01.2006 Ahli No: 21725
Posting: 150
|
Posting pada: 05-04-06 15:11
Pada 05-04-06 14:33 , ZahRaTuL_RaiHaNaH81 posting:!!! QUOTE !!! tapi seelok2nya seorang isteri itu tahu akan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak2..Walupun menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi tidak semestinya seorang isteri itu mengabaikan tanggungjawab kepada keluarganya
saya sokong.....
|
sharini
Warga 2 Bintang Menyertai: 28.09.2004 Ahli No: 11466
Posting: 47
|
Posting pada: 05-04-06 15:21
mm...saya sokong.... jangan kecewa kalau suami melarang kita kerja... mungkin dia mampu menanggung perbelanjaan seisi keluarga dan jadikan qualification yang kita miliki itu sebagai pendorong pada anak2 untuk berjaya.... anak2 akan lebih bersemangat andai contoh yang baik itu datang dari ibu bapanya sendiri.... dan andai kata kita jua perlu bekerja anggapla ia sebagai ibadat ... keran niat kita untuk memperolehi redha allah... dan tujuan kita untuk membantu suami..... tapi sebaik2nya wanita yang berkerjaya jangan pula mengabaikan masa kepada keluarga,... bahagikan sebaik2nya supaya anak2 dan suami tidak rasa kehilangan kita.... .................................................................... wallahualam
|
jutawanmuslimah
WARGA SETIA Menyertai: 07.12.2005 Ahli No: 20900
Posting: 1561
Dari: UPM
|
Posting pada: 05-04-06 15:26
|
faralia
Warga 2 Bintang Menyertai: 19.02.2006 Ahli No: 22825
Posting: 43
Dari: KELANTAN
|
Posting pada: 05-04-06 16:41
betul-betul.....kalau dah tahu t/jawab pada suami anak2...tak apa..yang eloknya wanita berkerjaya dan berjaya dalam uruskan keluarga ... teringin jadi macam 2...
|
SyAhEeDa
WARGA SETIA Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 207
Posting: 571
Dari: Kelate
|
Posting pada: 05-04-06 18:31
Tapi, macam mana dengan bertahun2 punya belajar dan mak ayah dah hbskan duit berjuta untuk kita belajar?..... Carilah suami yang memahami...hehe
|
maqnawie
Warga 4 Bintang Menyertai: 02.09.2005 Ahli No: 18647
Posting: 222
Dari: Milik ALlah
|
Posting pada: 05-04-06 19:21
bismillah assalamualaikum.. ana lebih suka perempuan duduk kat rumah (macam kisah bapa kepada Waliyullah Abdul Qadir Al Jailani beristerikan perempuan yang "BUTA", "PEKAK", "BISU", dan "LUMPUH" anggotanya)..insyaALlah terlepas daripada fitnah dunia... perempuan, dunia meka di rumah, solat meka di rumah lelaki, dunia meka di luar rumah, solat meka di masjid.. yang ana tau perempuan 2 perkara saja (dalam kerjaya) yang dibernarkan (dengan syarat2 menepati syarak)..menjadi pendidik dan jururawat (doktor)..wallahualam..
|
shattir
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.02.2006 Ahli No: 22741
Posting: 167
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 05-04-06 20:01
Pada 05-04-06 15:26 , jutawanmuslimah posting:!!! QUOTE !!! taat pada suami...
hehe..
|
spaghetigoreng
Warga 3 Bintang Menyertai: 14.02.2006 Ahli No: 22680
Posting: 134
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 05-04-06 20:46
setakat ilmu yang saya dapat masa berkursus kahwin hari itu..dalam berumahtangga ni apa-apa pun bergantung pada keredhaan pasangan kita.. kalau nak sambung master ke, nak kerja ke..asalkan suami redha maka tak ada masalah. so benda ni depends on suami la kan..
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 05-04-06 20:51
kalau wanita nak duduk rumah, suami tak boleh paksa dia bekerja, sebab tanggungjawab nafkah adalah tanggungjawab suami... kalau suami tak izinkan kerja, wanita tak berhak untuk bekerja selagi nafkahnya disediakan dan mencukupi... kalau wanita nak bekerja juga, kena pastikan dapat keizinan suami terlebih dahulu... p/s: tempat wanita asalnya memang di rumah, tapi keadaan boleh menjadikannya berubah... ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
blueberry_strawberry
Warga 3 Bintang Menyertai: 25.02.2006 Ahli No: 22980
Posting: 119
Dari: bangi
|
Posting pada: 05-04-06 22:24
Pada 05-04-06 20:51 , ibnu_musa posting:!!! QUOTE !!! kalau wanita nak duduk rumah, suami tak boleh paksa dia bekerja, sebab tanggungjawab nafkah adalah tanggungjawab suami...
kalau suami tak izinkan kerja, wanita tak berhak untuk bekerja selagi nafkahnya disediakan dan mencukupi...
kalau wanita nak bekerja juga, kena pastikan dapat keizinan suami terlebih dahulu...
p/s: tempat wanita asalnya memang di rumah, tapi keadaan boleh menjadikannya berubah...
ibnu musa. bagaimana kalau muslimat tu keluar masuk rumah sebab terlibat dalam gerakan dakwah/ islam? sebab ana selalu dengar tentang peranan dan keutamaan muslimat dalam gerakan dakwah/islam ni. ana pernah buka topik ni, tapi tiada siapa sudi nak jawab. mungkin mereka sendiri tak tahu nak jawab bagaimana. enta boleh tolong jawabkan? syukran.. maaf nyusahkan ----------------- Cukuplah Allah bagiku, tiada Tuhan Selain Dia, hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dia memilki arasy yang agung. At-Taubah:129
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 05-04-06 22:35
saya rasa saudara/i blueberry_strawberry lebih arif dalam hal tersebut... cuma bagi saya, apa-apa pun yang isteri nak lakukan, hendaklah atas keizinan suami, walau pun untuk melakukan puasa sunat sekalipun, sedangkan itu adalah ibadat... mentaati suami adalah wajib selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam... ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
alan36963
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.03.2004 Ahli No: 7711
Posting: 71
Dari: TeMpAt mENcArI iLMu..
|
Posting pada: 05-04-06 22:43
assalamualaikum pada zaman moden ni, wanita memang banyak berkejaya tapi walau setinggi mana kerjaya mereka, tanggungjawab sebagai isteri perlu diutamakan, keluarga perlu dipertamakan... yang paling penting sekali, keizinan dan keredhaan suami perlu ada bersama ketika bekerja.. wanita ni nak sambung belajar sampai ke peringkat pHD pun tak mengapa tapi nanti ingat, bila kerja, ada sampai satu peringkat kaum wanita ini ada 'glass wall' yang menyekat kaum wanita menjawat jawatan yang tinggi.. it need some effort to break through that wall.. kepada kaum wanita, jangan lah marah, ni pendapat yang saya tahu saja.. yang penting, wanita ini tulang belakang kepada sesetengah kaum adam.. think positif, act positif and behave like positive muslim..
|
nabilpoyo
WARGA SETIA Menyertai: 13.12.2005 Ahli No: 21141
Posting: 730
Dari: Kuantan + penang + KL + jakarta
|
Posting pada: 06-04-06 00:13
Kalau wanita yang kat rmh saja...bagus la....semua terjaga...sweet nampak...hihihih
|
nurirshad
Warga 4 Bintang Menyertai: 27.02.2006 Ahli No: 23047
Posting: 214
Dari: terengganu
|
Posting pada: 06-04-06 07:25
Pada 05-04-06 19:21 , maqnawie posting:!!! QUOTE !!! bismillah assalamualaikum..
ana lebih suka perempuan duduk kat rumah (macam kisah bapa kepada Waliyullah Abdul Qadir Al Jailani beristerikan perempuan yang "BUTA", "PEKAK", "BISU", dan "LUMPUH" anggotanya)..insyaALlah terlepas daripada fitnah dunia... perempuan, dunia meka di rumah, solat meka di rumah lelaki, dunia meka di luar rumah, solat meka di masjid..
yang ana tau perempuan 2 perkara saja (dalam kerjaya) yang dibernarkan (dengan syarat2 menepati syarak)..menjadi pendidik dan jururawat (doktor)..wallahualam.. hmm, menarik....  ----------------- eratkan ukhwah, gerakkan islah
|
warisan_lading
Warga 2 Bintang Menyertai: 03.02.2006 Ahli No: 22434
Posting: 57
Dari: melaka
|
Posting pada: 07-04-06 23:27
|
Meow
 Menyertai: 09.12.2004 Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam
|
Posting pada: 08-04-06 11:09
salam.. rasanya lelaki zama sekarang dah biasa dengan wanita berkerjaya ini... kitorang pun tak ada halangan kalau wanita nak bekerja... cuma kalau bekerja dan belajar tinggi-tinggi sampai rumah tangga jadi tongkang pecah tu... rasanya... siapa pun tak suka.. dan lagi satu kalau wanita tahu tanggungjawab dia sebagai isteri.. setinggi mana pun dia belajar dan berjawatan.. tak ada masalahnye... ----------------- ~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~
|
ilma
Warga 4 Bintang Menyertai: 18.02.2005 Ahli No: 14511
Posting: 247
Dari: terengganu
|
Posting pada: 08-04-06 12:03
bagi saya la kan....tak salah wanita bekerja... bekerjalah apa-apa jawatan sekali pun... yang penting kita tahu tanggungjawab kita.. tahu mmbezakan antara kerja dan personal.. yang penting mesti dapat keizinan dari suami...
|
themartyr
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.12.2004 Ahli No: 13027
Posting: 179
Dari: Dataran Syam
|
Posting pada: 08-04-06 12:41
Apa guna seorang wanita yang belajar tinggi-tinggi tapi jadi suri rumah? Bagi saya, saya nak suruh isteri saya belajar, support dia biar sampai Ph. di, tapi duduk kat rumah, jaga anak-anak. Itulah yang paling utama. Pelajaran yang tinggi bagi saya bukan untuk membina kerjaya, tetapi untuk membina akal fikiran, menguatkan hati dengan kebenaran, untuk menghasilkan gagasan, dan melahirkan manusia yang berperibadi tinggi dan berfikiran jauh ke depan. Semua itu bagi saya bermula di rumah, dan adanya seorang pendidik seperti itu yang full-time di rumah amat-amat bermakna. Ilmu memberikan kita pelbagai faedah dari bermacam-macam sudut. Semakin tinggi ilmu kita, semakin dekat kita dengan kebenaran, semakin dalam cinta kita pada Ilahi, dan semakin kuat kita merindui hari akhirat. Itulah gunanya ilmu. "The more Einstein study the universe, the more he believes in the higher-power." -A Walk to Remember Ilmu itu yang pada isteri saya gunanya yang paling utama buat anak-anak saya. Ilmu itu yang membina intelek dia saya harap melahirkan daya intelek yang tinggi dalam diri anak-anak saya. Anak-anak yang saya harapkan mampu menjadi Hasan al-Banna, Syed Qutb, al-Ghazali, dan lah-Razi. Itulah impian saya. Ibu bapa saya bekerja, jadi saya hanya mengimpikan indahnya keluarga saya apabila ibu saya setiap hari boleh duduk di rumah menjaga kami adik-beradik, menyiapkan makanan setiap hari, dan ada bersama kami sepanjang masa. Apa yang saya rasa hari ini saya harap tidak dirasai oleh anak-anak saya nanti. Biarlah ibu yang mendidik saya di rumah, bukan bibik yang datangnya dari Indonesia!
|
jutawanmuslimah
WARGA SETIA Menyertai: 07.12.2005 Ahli No: 20900
Posting: 1561
Dari: UPM
|
Posting pada: 08-04-06 12:53
bagusnya themartyr...moga tercapai
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 08-04-06 13:29
salam'alaik.. menarik topik ini... pendapat muslimat boleh tak...?? pada ana, tak rugi jika belajar tinggi tapi duduk dirumah sudahnya... menuntut ilmu itukan dituntut... lagi pun tak semestinya duduk dirumah seperti katak di bawah tempurung.. ibubapa masa kini perlu bergerak pantas seiring dengan perubahan teknologi. budaya ilmu yang muslimat peroleh mungkin membantu mereka untuk membina dan mendidik keluarga.. ana sokong pendapat themartyr. ummi ana juga bekerja,dan ana seronok sangat masa ummi cuti bersalin.. sebab ummi ada kat rumah tetiap hari sepjg masa... balik sekolah saja ummi ada kat rumah sambut kat pintu, mknn pun dah siap masak... masa tu ana pun berfikir macam themartyr, alangkah seronoknya kalau ummi berhenti kerja.. insyaAllah, ada rezeki ana akan cuba pastikan anak2 ana merasai apa yang ana tidak dapat sepenuhnya dmasa lalu... wallahu'alam.. [ Telah diedit oleh: ismi_atikah pada 08-04-06 14:08 ]
|
themartyr
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.12.2004 Ahli No: 13027
Posting: 179
Dari: Dataran Syam
|
Posting pada: 09-04-06 06:38
Kalau kita tak pernah merasa kehilangan, kita tak akan mengerti maknanya ada... "Home is everything..." -quoted from movie 'Munich'
|
nurirshad
Warga 4 Bintang Menyertai: 27.02.2006 Ahli No: 23047
Posting: 214
Dari: terengganu
|
Posting pada: 09-04-06 08:14
Pada 07-04-06 23:27 , warisan_lading posting:mula2 ana ingat semua lelaki berpendpt begini.. yelah, lelakikan kuat cemburu.. bagus jugak pendapat antum antunna semua... boleh jadi pedoman buat wanita masa kini.. ----------------- eratkan ukhwah, gerakkan islah
|
ghaznawi
Warga 4 Bintang Menyertai: 06.08.2003 Ahli No: 2833
Posting: 158
Dari: taiping
|
Posting pada: 09-04-06 08:43
tugas wanita urus rumahtangga tapi kalau nak kerja niat untuk bantu suami baguslah bukan niat nak hidup senang dengan kemewahan kerana duit dapat banyak mana pun tak pernah cukup kerana kemahuan hati lebih dari itu..jadi bersyukur dan redha dengan kehidupan yang sementara ini.
|
themartyr
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.12.2004 Ahli No: 13027
Posting: 179
Dari: Dataran Syam
|
Posting pada: 10-04-06 22:34
Pada 09-04-06 08:14 , nurirshad posting:Lelaki kuat cemburu? Ye ke? Takut-takut yang nurirshad jumpa saja agaknya? Apa-apa pun, cemburu tu biarlah berpada-pada. Tak cemburu langsung tak boleh jugak, jadi Resident Evil nanti, tak pun Zombi... Cemburu tu tandanya sayang, marah pun sebab sayang, ye tak?
|
Norhaslina
Warga 5 Bintang Menyertai: 05.11.2005 Ahli No: 20221
Posting: 382
Dari: Bandar Baru Bangi
|
Posting pada: 10-04-06 23:35
Pada pandangan ana: Jika seorng wanita itu sudah bergelar isteri maka kena tatlah pada suaminya itu yang penting disamping terus menyemarakkan lagi cinta kepada ALLAH bersama2.. Firman Allah SWT: yang bermaksud, "Maka, perempuan-perempuan yang solehah itu ialah yang taat (kepada Allah & suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya & apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolonganNya." selagi mana tidak disuruh melanggar syari'at Allah hendaklah ta'at padanya.. jadi dalam bab ni kalau suami tak izinkan kita bekerja dan dia mampu menyara kita dan suruh kita duduk rumah, baik kita duduk rumah saja.. kelulusan yang ada kita boleh aplikasikan pada anak2,INSYAALLAH  sekadar pandangan .. WALLAHU'ALAM
|
rasha_aleeya
WARGA SETIA Menyertai: 27.09.2005 Ahli No: 19366
Posting: 641
Dari: kota bharu
|
Posting pada: 18-04-06 10:54
Kurang setuju sangat....wanita kena berpandangan jauh....
|
fahim
WARGA SETIA Menyertai: 08.05.2004 Ahli No: 8869
Posting: 613
Dari: Morioka, Jepun
|
Posting pada: 18-04-06 15:35
Pada 05-04-06 15:26 , jutawanmuslimah posting:!!! QUOTE !!! taat pada suami...
hehe.. betul-betul, walaupun dia dioffer untuk sambung master tapi kalau suami tak bagi, tak payah la.. Cukup la suami dia sampai PhD seorang-seorang...
|
rasha_aleeya
WARGA SETIA Menyertai: 27.09.2005 Ahli No: 19366
Posting: 641
Dari: kota bharu
|
Posting pada: 18-04-06 15:43
Pada 18-04-06 15:35 , fahim posting:!!! QUOTE !!! Pada 05-04-06 15:26 , jutawanmuslimah posting:!!! QUOTE !!! taat pada suami...
hehe..
betul-betul, walaupun dia dioffer untuk sambung master tapi kalau suami tak bagi, tak payah la.. Cukup la suami dia sampai PhD seorang-seorang...  janji suami dapat tanggung rumah tangga kita tak mengapa lah kalau tak kerja pun...one more thing mak ayah kita kat kg bagaimana.macam saya sekarang everymonth mesti bank in duit kat mak ayah kat kg.habih tu kalau berenti kerja siapa nak support family....adik kecik-kecik lag...kan susah.kalau family senang tak mengapa lah.ayah mak ada income sendiri tak jadi hal lah.... ----------------- Whatever Happen life still go on
|
ubaidillah
Warga 5 Bintang Menyertai: 22.11.2004 Ahli No: 12489
Posting: 361
Dari: kelantan
|
Posting pada: 18-04-06 16:12
Wanita kalau suami dah ada kemampuan..tak perlu lah nak keluar kerja... ummi saya pun berhenti kerja sebab nak bagi tumpuan pada anak2.. sekrang alhamdulillah..semua dah berjaya...dan walaupun ummi kurang pendidikan agama tapi anak2 terjaga waktu solat..
|
naruto-san
WARGA SETIA Menyertai: 25.12.2004 Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill
|
Posting pada: 18-04-06 18:50
hhmm...tak ada apa-apa....ok saja perempuan duduk rumah. nak keluar bekerje pun ok....tak ada masalah. yang penting...tak kira duduk rumah ke...keluar bekerje ke....yang penting jaga aurat and pergaulan.kalau duduk rumah...tapi benarkan mamat pakistan jual carpet masuk rumah....benarkan salesmen masuk rumah....apek jual sayur masuk rumah....sidai baju kat luar tanpa pakai tudung, pakai baju ketat sampai jiran2 rumah yang lelaki ini terliur....tak guna jugak. sama jugak bekerje di luar seperti di office atau sekolah ....kalau bertabaruj.....mendatangkan fitnah and minat kepada lelaki ajnabi lain....tak guna jugak. anyway....naruto-san sokong kalau perempuan belajar sampai buat master and PhD....tapi sama jugak....jaga aurat and pergaulan masa buat master and PhD....jangan sampai curang dengan suami...buat hubungan sulit dengan lelaki yang sama-sama satu course master atau satu research buat PhD. [ Telah diedit oleh: naruto-san pada 18-04-06 18:51 ]
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 18-04-06 18:52
Pada 18-04-06 15:43 , rasha_aleeya posting:!!! QUOTE !!! Pada 18-04-06 15:35 , fahim posting:!!! QUOTE !!! Pada 05-04-06 15:26 , jutawanmuslimah posting:!!! QUOTE !!! taat pada suami...
hehe..
betul-betul, walaupun dia dioffer untuk sambung master tapi kalau suami tak bagi, tak payah la.. Cukup la suami dia sampai PhD seorang-seorang...  janji suami dapat tanggung rumah tangga kita tak mengapa lah kalau tak kerja pun...one more thing mak ayah kita kat kg bagaimana.macam saya sekarang everymonth mesti bank in duit kat mak ayah kat kg.habih tu kalau berenti kerja siapa nak support family....adik kecik-kecik lag...kan susah.kalau family senang tak mengapa lah.ayah mak ada income sendiri tak jadi hal lah....
point utamanya: wanita wajib patuh pada perintah suaminya, selagi tidak bertentangan dengan syariat, dan selagi nafkah disediakan secukupnya... tugas isteri adalah: taat kepada Allah, taat kepada Rasulullah, taat kepada suami, barulah taat kepada kedua ibu bapa... lagi satu, tugas menyediakan nafkah adalah tugas orang lelaki pada pandangan Islam, tapi kalau isteri bekerja atas keizinan suaminya tak salah... pasal nak tanggung family itu, bincang elok2 dengan suami, insyaAllah suami yang baik akan bertolak ansur dengan isterinya... Dalam sebuah riwayat diterangkan; sesungguhnya telah terjadi di zaman Rasulullah SAW seorang suami pergi berperang meninggalkan isterinya. Ketika hendak meninggalkan rumah dia berpesan kepada isterinya, "Janganlah kamu meninggalkan rumah sehingga aku pulang dari berperang". Pada waktu si suami sedang tiada di rumah, ibu si isteri jatuh sakit. Maka si isteri tersebut mengutus seseorang kepada Rasulullah SAW untuk meminta izin melihat ibunya. Jawab Rasulullah, "Tunggulah suamimu pulang, janganlah keluar rumah". Akhirnya orang tua si isteri meninggal dunia. Lalu si isteri mengutus lagi seseorang kepada Rasulullah SAW untuk meminta izin melihat ibunya. Lalu Rasulullah menjawab, "Tunggulah hingga suamimu pulang". setelah itu Rasulullah SAW mengutus seseorang kepada si isteri tersebut untuk memberikan berita bahawa Allah SWT telah mengampuni dosa ibunya disebabkan ketaatannya kepada suaminya. Jadi seorang wanita yang solehah itu ialah wanita yang telah sanggup meletakkan sesuatu pada tempat yang benar. Ertinya, jika ia sudah bersuami, maka yang peling berhak terhadap dirinya adalah suaminya, melebihi diri ibu dan bapa serta keluarganya yang lain. ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
shattir
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.02.2006 Ahli No: 22741
Posting: 167
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 18-04-06 19:28
pendapat saya lagi baik Kalau isteri bekerja di rumah sendiri..,.tak ke duduk rumah sekali dengan bekerja..macam ngajar kelas tuisyen ke,kursus memasak kat rumah,jaga anak orang..dan macam-macam lagi..  salah silap harap dimaaf.. p/s:Kalau saya akan pastikan isteri bekerja sebab sebagai suami,mungkin isteri ada matlamat atau cita2 dari kecil dulu..tak boleh nak halang dia duduk rumah jerkan..kerja rumah biar saya yang buat...huhu..mashi.
|
fahim
WARGA SETIA Menyertai: 08.05.2004 Ahli No: 8869
Posting: 613
Dari: Morioka, Jepun
|
Posting pada: 18-04-06 21:15
sebagai muslim, saya memang menyukai isteri saya yang tak ada kerja. Lain la kalau saya punya gaji, nak beli selipar pun kena tengok poket.. Kalau di tahap itu saya akan suruh bakal isteri kerja... Jadilah isteri solehah yang dok rumah, tanggungjawab anda sebagai isteri akan lebih mudah dilaksanakan. Banyak sikit waktu free untuk suami tersayang...  -Luahan hati-
|
bintul_farhanah
Warga 4 Bintang Menyertai: 18.03.2005 Ahli No: 15217
Posting: 177
Dari: mana ek?
|
Posting pada: 18-04-06 22:04
alaaaaaa. penat saja belajar tinggi2.. pastuh dok rumah saja.. huhuuhu
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 18-04-06 22:39
belajar untuk dapatkan ilmu terlebih dahulu, baru fikir pasal kerja, jangan tersalah niat... apa gunanya dapat phd tapi tak mampu nak jadi isteri yang solehah? memang tak salah wanita bekerja, tapi terletak atas keizinan suami juga, kalau suami tak izinkan tak payahlah nak susahkan diri pula... p/s: Islam itu mudah ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
broshahir
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 16.02.2006 Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal
|
Posting pada: 18-04-06 22:40
saya lebih prefer isteri yang memasak sendiri masakan untuk suami dan anak-anaknya...yang dapat mendidik,mengajar dan menjaga anak2 di rumah...yang dapat mengajar sendiri al-quran kepada anak2nya... yang tidak meminta-minta kepada suami, yang tidak membebankan suami..yang menjaga maruah suami.. pendek kata..bila dah kerja ni susah sikit..lagipun kan tanggungjawab suami yang cari rezeki.. tapi kalau isteri nak kerja juga..tengok juga pada persekitaran tempat kerja tu...jarak tempat kerja tu..beban kerja.. waktu bekerja...dsb... kalau agak menyusahkan, tiada masa untuk suami dan anak2, atau boleh menimbulkan fitnah..rasanya tak perlu bekerja kut.. hmm... wallahualam...
|
smile_roses
WARGA SETIA Menyertai: 21.09.2003 Ahli No: 3694
Posting: 895
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 18-04-06 23:26
Assalammualaikum wr wb taat pada suami.. insyaAllah suami pasti faham kalau perkara ni dibawa berbincang ^_^.. tapi ana lagi suka duduk rumah ^_^
|
fahim
WARGA SETIA Menyertai: 08.05.2004 Ahli No: 8869
Posting: 613
Dari: Morioka, Jepun
|
Posting pada: 20-04-06 10:00
Pada 18-04-06 22:04 , bintul_farhanah posting:!!! QUOTE !!! alaaaaaa. penat saja belajar tinggi2.. pastuh dok rumah saja.. huhuuhu Bintul_farhanah, awak silap.. Belajar tinggi2 bermaka tak boleh dok rumah. Awak boleh ajar anak2 nanti. Kita kena la tau cara nak guna ilmu tu, takkan kat rumah tak boleh agaknya... tak mengapa ana tak kesah. Ana tak kesah kalau ent dok rumah.  ----------------- Ingatlah, nabi s.a.w telah didatangkan untuk memandu hidupmu maka ikutilah...
|
rasha_aleeya
WARGA SETIA Menyertai: 27.09.2005 Ahli No: 19366
Posting: 641
Dari: kota bharu
|
Posting pada: 20-04-06 10:05
Pada 18-04-06 18:52 , ibnu_musa posting:!!! QUOTE !!! Pada 18-04-06 15:43 , rasha_aleeya posting:!!! QUOTE !!! Pada 18-04-06 15:35 , fahim posting:!!! QUOTE !!! Pada 05-04-06 15:26 , jutawanmuslimah posting:!!! QUOTE !!! taat pada suami...
hehe..
betul-betul, walaupun dia dioffer untuk sambung master tapi kalau suami tak bagi, tak payah la.. Cukup la suami dia sampai PhD seorang-seorang...  janji suami dapat tanggung rumah tangga kita tak mengapa lah kalau tak kerja pun...one more thing mak ayah kita kat kg bagaimana.macam saya sekarang everymonth mesti bank in duit kat mak ayah kat kg.habih tu kalau berenti kerja siapa nak support family....adik kecik-kecik lag...kan susah.kalau family senang tak mengapa lah.ayah mak ada income sendiri tak jadi hal lah....
point utamanya: wanita wajib patuh pada perintah suaminya, selagi tidak bertentangan dengan syariat, dan selagi nafkah disediakan secukupnya...
tugas isteri adalah: taat kepada Allah, taat kepada Rasulullah, taat kepada suami, barulah taat kepada kedua ibu bapa...
lagi satu, tugas menyediakan nafkah adalah tugas orang lelaki pada pandangan Islam, tapi kalau isteri bekerja atas keizinan suaminya tak salah...
pasal nak tanggung family itu, bincang elok2 dengan suami, insyaAllah suami yang baik akan bertolak ansur dengan isterinya...
Dalam sebuah riwayat diterangkan; sesungguhnya telah terjadi di zaman Rasulullah SAW seorang suami pergi berperang meninggalkan isterinya. Ketika hendak meninggalkan rumah dia berpesan kepada isterinya, "Janganlah kamu meninggalkan rumah sehingga aku pulang dari berperang". Pada waktu si suami sedang tiada di rumah, ibu si isteri jatuh sakit. Maka si isteri tersebut mengutus seseorang kepada Rasulullah SAW untuk meminta izin melihat ibunya. Jawab Rasulullah, "Tunggulah suamimu pulang, janganlah keluar rumah". Akhirnya orang tua si isteri meninggal dunia. Lalu si isteri mengutus lagi seseorang kepada Rasulullah SAW untuk meminta izin melihat ibunya. Lalu Rasulullah menjawab, "Tunggulah hingga suamimu pulang". setelah itu Rasulullah SAW mengutus seseorang kepada si isteri tersebut untuk memberikan berita bahawa Allah SWT telah mengampuni dosa ibunya disebabkan ketaatannya kepada suaminya. Jadi seorang wanita yang solehah itu ialah wanita yang telah sanggup meletakkan sesuatu pada tempat yang benar. Ertinya, jika ia sudah bersuami, maka yang peling berhak terhadap dirinya adalah suaminya, melebihi diri ibu dan bapa serta keluarganya yang lain.
memang la kena utamakan suami....tapi suami kena faham....macam ada satu family kat kampung saya....ayah dia jual tanah untuk hantar anak sampai ke oversea.....wal hal ayah hanya kerja sebagai penoreh....bila anak dia pulang dengan segulung ijazah..keluarga dia senang la sikit...ye la anak dah kerja kan...bila anak dah kawin suami suruh berhenti kerja.....lepas itu duit yang dihantar untuk ayah mak kat kampung terpaksa stop...last-last ayah dia terpaksa menoreh balik di usia 50 tahun plus-plus...tak ke di umur sebegitu sepatutnya ayah dia perlu dekat dengan masjid tambahkan amal ibadat....bukannya bertungkus lumus mengadap pokok getah untuk bagi makan anak-anak yang lain lagi...so apa komen kawan-kawan........saya tak reti sangat pasal agama....tapi saya jenis tak sanggup tengok orang tua buat kerja....sebab tu ayah saya sendiri saya suruh dok rumah dan hafaz Quran...masuk waktu pergi masjid...urusan sekolah adik-adik, kami anak anak yang dah kerja ni akan settlekan..... ----------------- Whatever Happen life still go on
|
fahim
WARGA SETIA Menyertai: 08.05.2004 Ahli No: 8869
Posting: 613
Dari: Morioka, Jepun
|
Posting pada: 20-04-06 12:30
Kes pokok getah tu lain cerita... kena tengok keadaan la.
|
urdujah
Warga Rasmi Menyertai: 18.04.2006 Ahli No: 24257
Posting: 3
Dari: Kelantan
|
Posting pada: 20-04-06 12:38
assalamualaikum.. em..saya bukan muslimin..tapi saya berminat nak respon tentang tajuk ni.. pada pendapat saya.. seelok2nya...seorang isteri kena tanya suami..minta pendapat dia..kalau dia bagi..ok..kalau dia tak bagi takpayahlah..kerana sesungguhnya..redha Allah terletak pada redha suami.. kalau suami bagi..seorang isteri yang solehah, bijak dan taat patut tahu bahagi masa..walau apapun,keperluan suami dan anak2 tak boleh diabaikan..itu lebih utama.. bagi saya sendiri kalau ditakdirkan suami saya berharta, saya lebih suka jadi surirumah fultime walaupun saya ada degree, master dsb.. apapun..kita doa moga Allah menunjukkan kita semua jalan yang lurus..amin
|
kuahdurian
Warga 4 Bintang Menyertai: 03.07.2004 Ahli No: 9793
Posting: 312
Dari: UiTM Shah Alam
|
Posting pada: 20-04-06 12:46
aduh, sedihnya cerita rasha_aleeya tu. siapa suami anak dia tu? bagitau saya, saya nak cakap sikit dengan dia. >  ----------------- JANGAN AMBIL HATI, AMBIL ISI... [ Telah diedit oleh: kuahdurian pada 20-04-06 12:49 ]
|
Annursyam
Warga 4 Bintang Menyertai: 30.08.2004 Ahli No: 10824
Posting: 317
Dari: Jelapang padi
|
Posting pada: 20-04-06 13:49
tak salah kerja pun.... asalkan jangan lupa tanggungjawab terhadap keluarga... sayang juga Kalau kita belajar tinggi2 tapi tak manfaatkan ilmu kita...apatah lagi perngorbanan mak ayah yang bersusah payah cari duit untuk menyara kehidupan kita..sekurang2nya balaslah pengorbanan mereka walaupun mereka tak mengharapkan sesuatu daripada kita...
|
themartyr
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.12.2004 Ahli No: 13027
Posting: 179
Dari: Dataran Syam
|
Posting pada: 21-04-06 19:18
Dalam kes pokok getah tu, memang saya rasa tak patut jadi macam tu. Berbincang pasal hukum tanpa ada perasaan, langsung tak bermakna sebenarnya. Kalau dah biarkan mak ayah terpaksa hidup susah balik, memang itu out of question sebenarnya. Bagi saya, perkara macam tu suami sepatutnya lebih arif tentang semua keadaan sebelum buat apa-apa tindakan atau keputusan.
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 21-04-06 20:29
ada kes pokok getah pulak ye... habis tu, kalau suami dah suruh berhenti nak buat macam mana? kalau tak ikut bukan ke dikira nusyuz? (selagi arahan suami tidak melanggar syariat dan suami mampu berikan nafkah secukupnya) isteri kena taat kepada suami melebihi taatnya dia kepada ibu bapanya, itulah garis panduan syariat... bagi saya dalam kes pokok getah tu, sedikit sebanyak salah mak ayah dia juga sebab tak fikir jauh ke hadapan, jangan sekolahkan anak2 perempuan dengan harapan mereka akan menanggung kita pada suatu hari nanti, sebab itu tangungjawab anak lelaki (kalau tak ada anak lelaki lain cerita sikit) kalau mampu setakat di IPT tempatan pun dah cukup... satu lagi, kalau suami yang dipilih adalah dari kalangan yang soleh dan ada agama, insyaAllah dia akan memahami dan akan bertolak ansur, kalau saya pun saya takkan halang isteri saya bekerja lebih2 lagi kalau dia ada tanggungjawab kepada keluarga...  ambil iktibar dari kisah ini: Dalam sebuah riwayat diterangkan; sesungguhnya telah terjadi di zaman Rasulullah SAW seorang suami pergi berperang meninggalkan isterinya. Ketika hendak meninggalkan rumah dia berpesan kepada isterinya, "Janganlah kamu meninggalkan rumah sehingga aku pulang dari berperang". Pada waktu si suami sedang tiada di rumah, ibu si isteri jatuh sakit. Maka si isteri tersebut mengutus seseorang kepada Rasulullah SAW untuk meminta izin melihat ibunya. Jawab Rasulullah, "Tunggulah suamimu pulang, janganlah keluar rumah". Akhirnya orang tua si isteri meninggal dunia. Lalu si isteri mengutus lagi seseorang kepada Rasulullah SAW untuk meminta izin melihat ibunya. Lalu Rasulullah menjawab, "Tunggulah hingga suamimu pulang". setelah itu Rasulullah SAW mengutus seseorang kepada si isteri tersebut untuk memberikan berita bahawa Allah SWT telah mengampuni dosa ibunya disebabkan ketaatannya kepada suaminya. Jadi seorang wanita yang solehah itu ialah wanita yang telah sanggup meletakkan sesuatu pada tempat yang benar. Ertinya, jika ia sudah bersuami, maka yang peling berhak terhadap dirinya adalah suaminya, melebihi diri ibu dan bapa serta keluarganya yang lain. ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| [ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 21-04-06 20:29 ]
|
ubaidillah
Warga 5 Bintang Menyertai: 22.11.2004 Ahli No: 12489
Posting: 361
Dari: kelantan
|
Posting pada: 21-04-06 20:36
"ISTERI CERDIK YANG SOLEHAH .. PENYEJUK MATA, PENENANG HATI, PENAJAM FIKIRAN DI RUMAH IA ISTERI, DI JALANAN KAWAN..."
|
finas
Warga 4 Bintang Menyertai: 23.02.2006 Ahli No: 22936
Posting: 227
Dari: kedah
|
Posting pada: 23-04-06 23:31
tapi kan.. baik isteri kerja.. sebab nanti kalau suami meninggal ke.. tak la ssh2 fikir soal nafkah kluarga sebab dah ada kerja tetap.. entah la..kita tak tau nasib pada masa depan.. so ini boleh jadi salah satu langkah yang baik..
|
farah_hanan
WARGA SETIA Menyertai: 17.02.2006 Ahli No: 22791
Posting: 987
Dari: terengganu
|
Posting pada: 23-04-06 23:40
kalau ana la kan, ana prefer nak kerja to stay kat rumah setiap masa....sebab secara peribadi, ana berpendapat bahawa perempuan yang tinggal kat rumah ni tak berkembnag la....tak up to date.... dan in case dia tak kerja, tapi at least perempuan tu kena keluar rumah juga...bersosial dengan cara yang sihat...kalau yang dah kahwin, ikut la suami if suami terpaksa outstation ke dan seumpama la....
|
jutawanmuslimah
WARGA SETIA Menyertai: 07.12.2005 Ahli No: 20900
Posting: 1561
Dari: UPM
|
Posting pada: 23-04-06 23:43
Pada 21-04-06 20:29 , ibnu_musa posting:!!! QUOTE !!!
ambil iktibar dari kisah ini:
Dalam sebuah riwayat diterangkan; sesungguhnya telah terjadi di zaman Rasulullah SAW seorang suami pergi berperang meninggalkan isterinya. Ketika hendak meninggalkan rumah dia berpesan kepada isterinya, "Janganlah kamu meninggalkan rumah sehingga aku pulang dari berperang". Pada waktu si suami sedang tiada di rumah, ibu si isteri jatuh sakit. Maka si isteri tersebut mengutus seseorang kepada Rasulullah SAW untuk meminta izin melihat ibunya. Jawab Rasulullah, "Tunggulah suamimu pulang, janganlah keluar rumah". Akhirnya orang tua si isteri meninggal dunia. Lalu si isteri mengutus lagi seseorang kepada Rasulullah SAW untuk meminta izin melihat ibunya. Lalu Rasulullah menjawab, "Tunggulah hingga suamimu pulang". setelah itu Rasulullah SAW mengutus seseorang kepada si isteri tersebut untuk memberikan berita bahawa Allah SWT telah mengampuni dosa ibunya disebabkan ketaatannya kepada suaminya. Jadi seorang wanita yang solehah itu ialah wanita yang telah sanggup meletakkan sesuatu pada tempat yang benar. Ertinya, jika ia sudah bersuami, maka yang peling berhak terhadap dirinya adalah suaminya, melebihi diri ibu dan bapa serta keluarganya yang lain.
peristiwa ni pernah berlaku pada kawan mak saya...kawan mak saya orang sabah, dia masuk Islam, tapi ayah dia tak, masa kawan mak saya ni sakit bersalin, ayah dia kat sabah sakit tenat, tapi suami dia tak bagi balik disebabkan kesihatannya pun tak berapa elok..macam mana nak naik flight balik sabah...so, dia tak dapat tengok ayah dia untuk kali terakhir sebelum meninggal... alhamdulillah, sebelum ayah dia meninggal, ayah dia dapat mengucap 2 kalimah syahadah dengan mudah walaupun tak pernah pun dalam hayatnya menyebut kalimah tu... akhirnya ayah dia Islam disebabkan ketaatannya kepada suaminya.. ----------------- Irhamni Ya Allah, kekalkan rasa kehambaan ini agar tidak ku berpaut pada dahan yang rapuh, agar tidak ku mengharap pada purnama…
|
mohd
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.05.2003 Ahli No: 401
Posting: 283
Dari: kl
|
Posting pada: 24-04-06 03:06
assalamualaikum.. bagi ana kalau baru kawin tape lah nak kerja tapi bila dah ada anak better to stay at home,ana tak sanggup anak ana nanti dijag oleh orang lain....kesan yang amat besar...memang susah nak cari wanita yang sanggup dok rumah juga anak tapi ana yakin ada..semoga dikurnia wanita solehah...
|
insan_luhur
Warga Rasmi Menyertai: 24.04.2006 Ahli No: 24392
Posting: 1
Dari: UNIVERSITI MALAYA
|
Posting pada: 24-04-06 03:33
bagi ana la kan.. Rasanya baik Muslimat duduk kat rumah saja...
|
mirzatul
Warga Rasmi Menyertai: 26.03.2006 Ahli No: 23727
Posting: 7
Dari: ghanu
|
Posting pada: 24-04-06 13:50
bagi ana, tak salah kalau isteri bekerja asalkan tahu terjawab pada keluarga.. yang paling penting mesti dapat keizinan suami terlebih dahulu sebelum memohon sebarang pekerjaan.. segalanya boleh di bawa berbincang..barulah aman rumahtangga..
|
4_AllAh
Warga Rasmi Menyertai: 26.10.2005 Ahli No: 20107
Posting: 18
Dari: rumah
|
Posting pada: 24-04-06 15:16
Assalamualaikum.. macam tak best saja..
|
Faris_Ahlamiyy
Warga 2 Bintang Menyertai: 16.11.2004 Ahli No: 12439
Posting: 45
Dari: Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur
|
Posting pada: 24-04-06 18:40
kalau redha suami begitu, maka taatlah sahaja, demi redha Tuhan.
|
rasha_aleeya
WARGA SETIA Menyertai: 27.09.2005 Ahli No: 19366
Posting: 641
Dari: kota bharu
|
Posting pada: 17-05-06 15:39
Pada 23-04-06 23:31 , finas posting:!!! QUOTE !!! tapi kan.. baik isteri kerja.. sebab nanti kalau suami meninggal ke.. tak la ssh2 fikir soal nafkah kluarga sebab dah ada kerja tetap.. entah la..kita tak tau nasib pada masa depan.. so ini boleh jadi salah satu langkah yang baik.. betul tu....saya setuju sebab sekarang ni semua benda kena pakai duit...andai kata jodoh kita dengan suami tak panjang...sapa akan tanggung kita dengan anak2. tu semua kena ambil kira juga...  ----------------- Whatever Happen life still go on
|
nurwahida
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.12.2003 Ahli No: 5946
Posting: 338
Dari: USM
|
Posting pada: 17-05-06 16:03
assalamualaikum.. Bagi saya, memang bagus wanita ini duduk di rumah,salah satunya apabila dia dah ada komitmen pada keluarga dimana untuk menguruskan rumah tangga, suami dan anak2.Itu memang tak dapat dinafikan,dari segi perhatian dan pengajaan ibu tehadap anak2 ini dapat diberikan sepenuhnya.. apa-apa pun terpulang pada setiap pasangan itu, saya rasa kita mampu membuat pilihan ynag terbaik untuk masa depan keluarga kita.
|
nurwahida
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.12.2003 Ahli No: 5946
Posting: 338
Dari: USM
|
Posting pada: 17-05-06 16:04
assalamualaikum.. Bagi saya, memang bagus wanita ini duduk di rumah,salah satunya apabila dia dah ada komitmen pada keluarga dimana untuk menguruskan rumah tangga, suami dan anak2.Itu memang tak dapat dinafikan,dari segi perhatian dan pengajaan ibu tehadap anak2 ini dapat diberikan sepenuhnya.. apa-apa pun terpulang pada setiap pasangan itu, saya rasa kita mampu membuat pilihan ynag terbaik untuk masa depan keluarga kita.
|
kumpulansenyum
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.05.2006 Ahli No: 24414
Posting: 305
Dari: UKM
|
Posting pada: 25-05-06 15:22
memang best kalau dapat isteri yang dok rumah.... tapi sebelum tu kena pastikan kewangan kita kukuh... kalau tak, masalah la nanti...
|
cinta_madinah
Warga 4 Bintang Menyertai: 20.04.2005 Ahli No: 15937
Posting: 172
Dari: ardhuLLAH
|
Posting pada: 25-05-06 16:17
kalau ana..ana prefer nak duduk rumah..jaga anak2..didik anak2 jadi hafiz..macam ustaz shafiee....itu impian ana..tapi akan datang tak tau lah...
|
nurulezzah88
Warga 1 Bintang Menyertai: 23.04.2006 Ahli No: 24373
Posting: 31
Dari: tanah merah
|
Posting pada: 30-05-06 22:35
erm....bagi ana pula, ana akan kerja selagi belum punyai cahaya mata dan diberi keizinan oleh suami....dan bila dah punyai anak....ana akan duduk rumah saja...sebab ana tak nak anak ana dibawah jagaan orang lain....dan ana nak didik anak ana jadi soleh dan solehah....dan juga nak kehidupan suami ana terjamin,dan kehidupan ni bukan semua nya senang....jadi baik dok rumah saja.....lebih terjamin rumahtangga ----------------- sunnah perjuangan bukannya mudah...hargasyurga bukannya murah.... [ Telah diedit oleh: nurulezzah88 pada 31-05-06 15:19 ]
|
fadzlyz
WARGA SETIA Menyertai: 19.05.2006 Ahli No: 24451
Posting: 639
Dari: cheras
|
Posting pada: 31-05-06 17:28
terpulang kepada kemampuan famili.........
|
rijaluddin
Warga Rasmi Menyertai: 01.06.2006 Ahli No: 24646
Posting: 3
Dari: lumut,perak
|
Posting pada: 03-06-06 09:10
assalamualaikum.... ana tringt kisah seorang serikandii islam yang bernama ASMA' BINTI YAZIB AS-SAKAN AL ANSARIYYAH... pada zaman beliau,beliau di anggap sebagai jurucakap wanita kerana kepetahan beliau bcakap...beliau pernah mmpersoalkan tentang hak wanita....kenapa laki saja boleh keluar tanpa mahram,kenapa perempuan kena jaga suami dan anak2 kat rmh....kenapa laki boleh pergi jihjad kat luar....tapi perempuan..jus lyn nfsu suami.... persoalan2 gni la yang dibngktkan..bayangkan,masa zaman Nabi pun da ada phak yang nak ptahankan hak wanita..hehe.. smpaikan mereka buat komplot antara wanita-wanita dizaman nya...dan bbincang mengenainya...sampai kata putus,mereka mmutuskan untuk bjmpa dengan Rasul saw tentang masalah ini...perh..berani betul soalkan... tapi tak salah..sbbb mereka cintakan ilmu dan nak jawapan..bukan tuntut hak tanpa sebab...k...lepas itu bila bdpn dengan Rasul saw,asma' pun bercakap bagi pihak wanita...lebih kurangla dialognye.. asma': ya rasul saw,kenapa wanita hanya boleh layan suami kat rumah dan jaga anak..sdgkan lelaki boleh btmpur di medan jihad?tak adil la kalau g2.KAMI PUN NAK PHALA yang BANYAK....takn stakt itu saja tugas wanita(lebih kurng maskdnye) ... lepas itu rasul saw pun mmndng shbt2nye seraya berkata.... rasul: wahai sahabat,pernah ke kau lihat wanita yang seberani dia? sahabat kata tak pernah... lepas itu rasul saw bkata pada asma':.wahai asma'...KAMU BERITAHU PRMPUAN2 DIBELAKANG KAMU bahawa PAHALA WANITA yang MELAYAN SUAMI dengan BAIK,MEJAGA dan DIDIK ANAK(pendk kata maksud nabi adalah untuk mnjaga rumah tgga) adalah SAMA PAHALANYA dengan KAUM LAKI2 yang PERGI BJIHAD DI MEDAN JIHAD.... ....asma'tkejut laku mengucap syukur pada Allah..lepas itu dia dan the geng pun balik rmh masing-masing...dan sejak itu dia menjadi seorang isteri yang taat dan mnjaga trumah tgga sbaiknya... itulah stu cerita yang dapat dikgsi....ana dapat cerita ni mlalui satu buku tentang serikandi islam..ana lpa tajuk buku tu,tapi ana ingat cerita ni lebih anda untuk ana smpaikan pada shbiah2 yang lain...jadi di sni ada bbrapa mesej.. 1. Islam meletakkan wanita ditmpat yang tinggi mengikut kesesuaian fitrahnye yang penyayang...jadi,jangan salah anggp jk kdgkala nampak sprt islam menyekat kkbbasan wanita..islam amat sayangkan muslimahnye...sebab tu dijaga kualitinya.. 2. pada pndapt ana sekadar yang ana faham,tak salah bekerja untuk bantu suami dan rmh tagga...tapi...PASTIKAN TAK SEKALI2 ABAIKAN RUMAH TGGA SPRT LYNN KE ATAS SUAMI dan DIDIKAN THDP ANAK2...itu yang patut ditekan kan dan merupakan prioriti yang utama dalam brumah tgga...(btulkan?)... 3. jangan aggap tugas mendidik dan mnjaga rumah tgga adalah tugas yang remeh atau underdog nya tgas,tapi merupakan satu tugas dan amah yang amat besar,dalam mndidik generasi pjuang islam yang akan datang.. 4. kepada muslimah yang memang bniat baik untuk meletakkan perempuan sama taraf dengan laki,ana mhn dirujuk pada para ulama....jangan disalah tfsirkan bahawa islam ni lebih pada kaum laki saja....sdgkan Allah maha Adil...kita kena ingat bahawa ke adilan islam bukan pada 50:50...tapi adalah pada MELETAKKAN SESUATU BENAR pada TMPATNYE...itu adalah keadilan dalam islam...hanya orang yang beriman pada Allah dan hari akhirat saja yang percaya pada janji Allah...sama-sama kita muslimin dan muslimat saling melngkapi antara satu sama lain..sprt maksud dalam surah attaubah ayat 71.maksdnye...BAGI orang MKMIN LELAKI dan perempuan,SEBHGN mereka menjadi PNOLONG BAGI SBHGN yang mereka yang LAIN...dalam MENYERU yang MAARUF dan MENCEGAH yang MGKAR.... ana rasa setakat ini dulu untuk dikgsi bersama... ana mhn maaf jk ada di antara pndpat ana yang salah..ana mhn tnjuk ajar dari sahabat-sahabat skalian yang lebih arif dalam hal ini.... tgur ana kalau salah ye... sekian...wassalam ----------------- pelajar disiang hari, abid di malam hari, da'ie sepanjang masa....
|
destinasi_abadi
WARGA SETIA Menyertai: 31.12.2004 Ahli No: 13423
Posting: 496
Dari: Pulau Pinang
|
Posting pada: 11-05-07 15:13
Pada 08-04-06 12:41 , themartyr posting:!!! QUOTE !!! Apa guna seorang wanita yang belajar tinggi-tinggi tapi jadi suri rumah? Bagi saya, saya nak suruh isteri saya belajar, support dia biar sampai Ph. di, tapi duduk kat rumah, jaga anak-anak. Itulah yang paling utama.
Pelajaran yang tinggi bagi saya bukan untuk membina kerjaya, tetapi untuk membina akal fikiran, menguatkan hati dengan kebenaran, untuk menghasilkan gagasan, dan melahirkan manusia yang berperibadi tinggi dan berfikiran jauh ke depan. Semua itu bagi saya bermula di rumah, dan adanya seorang pendidik seperti itu yang full-time di rumah amat-amat bermakna.
Ilmu memberikan kita pelbagai faedah dari bermacam-macam sudut. Semakin tinggi ilmu kita, semakin dekat kita dengan kebenaran, semakin dalam cinta kita pada Ilahi, dan semakin kuat kita merindui hari akhirat. Itulah gunanya ilmu.
"The more Einstein study the universe, the more he believes in the higher-power." -A Walk to Remember
Ilmu itu yang pada isteri saya gunanya yang paling utama buat anak-anak saya. Ilmu itu yang membina intelek dia saya harap melahirkan daya intelek yang tinggi dalam diri anak-anak saya. Anak-anak yang saya harapkan mampu menjadi Hasan al-Banna, Syed Qutb, al-Ghazali, dan lah-Razi. Itulah impian saya.
Ibu bapa saya bekerja, jadi saya hanya mengimpikan indahnya keluarga saya apabila ibu saya setiap hari boleh duduk di rumah menjaga kami adik-beradik, menyiapkan makanan setiap hari, dan ada bersama kami sepanjang masa. Apa yang saya rasa hari ini saya harap tidak dirasai oleh anak-anak saya nanti. Biarlah ibu yang mendidik saya di rumah, bukan bibik yang datangnya dari Indonesia! salam...saya setuju..elajaran yang tinggi bukan untuk membina kerjaya, tetapi untuk membina akal fikiran, menguatkan hati dengan kebenaran, untuk menghasilkan gagasan, dan melahirkan manusia yang berperibadi tinggi dan berfikiran jauh ke depan... tapi personally...tak salah kalau kerja tapi kena pastikan mendapat keizinan suami dan pandai menguruskan rumahtangga,suami dan anak2...and at the same time pandai menjaga dan mengawal diri...
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 11-05-07 15:14
|
izza_ulfadh
Warga 2 Bintang Menyertai: 26.05.2005 Ahli No: 16706
Posting: 57
Dari: n9
|
Posting pada: 11-05-07 18:48
pada saya tiada salahnya bagi seorang wanit aitu untuk bekerja atau menyambung pelajaran kerana setipa org ada cita-cita.dan saya setuju bila ada yang ulas mengenai wang perbelanjaan pengajian habis beribu-ribu, siap pinjam lagi tapi tak ke mana..perlu ada matlamat dalam hidup.kalau ikutkan zaman sekarang ini, semua sedang bergerak seiring arus perdana.wanita..ingat..nasib kita tak selalu nya baik sampai mati..mana tau, kita ditakdirkan hidup menjanda..siapa nak guarantee masa depan kita???nak menyusahkan org lain ke???namun,perlu diingat juga..nak bekerja perlu lah mendapat keizinan juga dari suami bagi yang dah berkahwin.dan yang nak bkerja, slow talk secara berhikmah..yang penting tau jaga diri,jaga maruah diri dan keluarga dan cari rezeki yang halal.niat mesti ikhlas.kalau dah kerja itu, pandai2la take note tanggungjawab yang dipikul..jangan lepas tangan dengan alasan bekerja..tanggungjawab tetapi tanggungjawab.
|
hafiz_along_83
 Menyertai: 28.08.2003 Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras
|
Posting pada: 11-05-07 19:14
|
sailormoon
WARGA SETIA Menyertai: 20.07.2005 Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^
|
Posting pada: 02-06-07 01:53
Utamakan yang utama...Rumahtangga jauh lebih penting dari kerjaya... -----------------  DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...
|
asroal
Warga 5 Bintang Menyertai: 22.04.2006 Ahli No: 24359
Posting: 352
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 02-06-07 02:25
tak salah isteri kerja,asalkan pandai bhagi masa antara kerja dengan family... jangan sampai family jadi 2nd priority dah lah... fmily kena diutamakan.... jangan lah jadi suami yang terlalu pentingkan diri sangat... sampai tak bagi wife kerja,tak bagi bantu parent dia...ini jenis suami yang kejam namanya ini... jangan sebab suami ada kuasa ke atas isteri nya,sebab kuasa yang Allah bagi,tapi mereka salah gunakan kuasa 2 kepada isteri pulak... jangan harap isteri saja jadi isteri yang baik,solehah,sweet,dan sebagainya,TAPI si suami tak reti nak hargai and jadi suami yang baik..... and satu lagi,isteri bukan org gaji kata pun....masak,jaga rumah,basuh pakaian,ect... sooo,kerja dalam rumah tngga adalah tugas bersama....
|
sailormoon
WARGA SETIA Menyertai: 20.07.2005 Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^
|
Posting pada: 02-06-07 03:19
Tak semestinya suami yang tak bagi isteri dia kerja seorang yang kejam...Mungkin suami tersebut ingin isterinya memberi tumpuan dalam mendidik anak-anak...Kalau dua-dua bekerja siapa yang nak jaga anak-anak kat rumah... -----------------  DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...
|
sailormoon
WARGA SETIA Menyertai: 20.07.2005 Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^
|
Posting pada: 02-06-07 03:24
Antara Suami dan Kerjaya Setinggi manapun kerjaya yang disandangnya, ia tidak sama sekali menyebabkan tugasnya di rumah diabaikan. Dia sentiasa sedar bahawa ketika berhadapan dengan ALLAH di akhirat kelak, dia akan ditanya sejauh mana dia melaksanakan amanahnya sebagai isteri. Bukan sebanyak mana harta yang berjaya dikumpul sepanjang berkerjaya. Kalaulah mereka sedar kelebihan yang akan mereka perolehi di akhirat kelak kerana mentaati suami sudah tentu mereka sanggup bersusah payah menunaikan hak suami. Sabda Rasulullah s.a.w: “Wahai para wanita, kalaulah kalian mengetahui hak suami ke atas kalian, nescaya salah seorang kalian akan sanggup menyapu debu yang ada pada kedua-dua telapak kaki suami menggunakan kemuliaan kulit mukanya.” – Riwayat Ibn Hibban dan al-Bazzar dengan sanad yang baik dan rijal yang tsiqaat. Alangkah malangnya wanita yang tidak sedar akan hal ini. Terutamanya setelah berkerjaya. Ramai wanita gagal melakukan tugasnya sebagai ibu dan isteri yang baik sebagaimana yang dituntut oleh agama. Wanita solehah sentiasa sedar akan tanggungjawabya terhadap rumah tangga. Apa sahaja kerjaya yang disandang bukanlah penghalang untuk dia melakukan yang terbaik untuk rumah tangganya. Dia sentiasa sedar bahawa tugasnya terhadap rumah tangga mengatasi kerjayanya. Dan jika berlaku pertembungan antara kedua-dua tugas di atas, dia tidak teragak-agak untuk mendahulukan rumah tangganya berbanding yang lain. p/s: Petikan dari sebuah artikel -----------------  DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...
|
lightarrowss
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.03.2006 Ahli No: 23586
Posting: 167
Dari: KELANTAN
|
Posting pada: 02-06-07 10:37
tak salah isteri kerja,asalkan pandai bhagi masa antara kerja dengan family... jangan sampai family jadi 2nd priority dah lah... fmily kena diutamakan.... jangan lah jadi suami yang terlalu pentingkan diri sangat... sampai tak bagi wife kerja,tak bagi bantu parent dia...ini jenis suami yang kejam namanya ini... jangan sebab suami ada kuasa ke atas isteri nya,sebab kuasa yang Allah bagi,tapi mereka salah gunakan kuasa 2 kepada isteri pulak... jangan harap isteri saja jadi isteri yang baik,solehah,sweet,dan sebagainya,TAPI si suami tak reti nak hargai and jadi suami yang baik..... and satu lagi,isteri bukan org gaji kata pun....masak,jaga rumah,basuh pakaian,ect... sooo,kerja dalam rumah tngga adalah tugas bersama....dari asroal ......... assalamualaikum..emm topik hngat..topik ni jgkla ana selalu bincg dengan kawan-kawan...ana selalu pkir sekarang kita belajar sungguh2..niat krnNYA..dah kerja boleh bntu maka ayh..bagi duit setiap bulan walaupn ini tidak mampu untuk membalas jasa mereka yang telah banyak berkorbn sejk dari kecil hgg kita berjaya..tapi sekurgnya bolehlah merasa duit anak mereka..walaupn xperh sekali mereka meminta...then pkir kalau kerja boleh bntu suami....kurgkn beban suami..sama-sama.sekarang kan kalau kat bndar memang kalau memang tak cukup..hehe..kecuali suami jutawan..tapi ana pkir pulak bila dah kahwin seorang wanita tanggungjawb terletak pada suami...jika wanita ingin bekerja perlu mendapat keizinan suami..that's importnt wahai muslimh..then kalau dapat anak..kasihan pula anak kena juga dengan org lain..macam mana didikan anak-anak..sosial anak-anak..kalau ana kerja mesti masa ana dengan anak ana pun terhad..huhu pening kepala ana.. ana harap sangat ana dapat bekerjaya tapi dalam masa yang sama ana jadi seorang anak,isteri,ibu yang solehah..ana sendiri tak tahu samaada ana boleh lakukn atau tidak..ku bermohon padamu YA ALLAH agar dipermudahkn setiap urusanku dan KAU berilah yang mana terbaik untukku..kdng2 kita pkir sesuatu dah terbaik untuk diri kita..sebenarnya bukan hanya ALLAH mengetahuinya..sama-samalah berdoa kepadanya...
|
lightarrowss
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.03.2006 Ahli No: 23586
Posting: 167
Dari: KELANTAN
|
Posting pada: 02-06-07 10:40
tak salah isteri kerja,asalkan pandai bhagi masa antara kerja dengan family... jangan sampai family jadi 2nd priority dah lah... fmily kena diutamakan.... jangan lah jadi suami yang terlalu pentingkan diri sangat... sampai tak bagi wife kerja,tak bagi bantu parent dia...ini jenis suami yang kejam namanya ini... jangan sebab suami ada kuasa ke atas isteri nya,sebab kuasa yang Allah bagi,tapi mereka salah gunakan kuasa 2 kepada isteri pulak... jangan harap isteri saja jadi isteri yang baik,solehah,sweet,dan sebagainya,TAPI si suami tak reti nak hargai and jadi suami yang baik..... and satu lagi,isteri bukan org gaji kata pun....masak,jaga rumah,basuh pakaian,ect... sooo,kerja dalam rumah tngga adalah tugas bersama....dari asroal ......... assalamualaikum..emm topik hngat..topik ni jgkla ana selalu bincg dengan kawan-kawan...ana selalu pkir sekarang kita belajar sungguh2..niat krnNYA..dah kerja boleh bntu mak ayh..bagi duit setiap bulan walaupn ini tidak mampu untuk membalas jasa mereka yang telah banyak berkorbn sejk dari kecil hgg kita berjaya..tapi sekurgnya bolehlah merasa duit anak mereka..walaupn xperh sekali mereka meminta...then pkir kalau kerja boleh bntu suami....kurgkn beban suami..sama-sama.sekarang kan kalau kat bndar memang kalau memang tak cukup..hehe..kecuali suami jutawan..tapi ana pkir pulak bila dah kahwin seorang wanita tanggungjawb terletak pada suami...jika wanita ingin bekerja perlu mendapat keizinan suami..that's importnt wahai muslimh..then kalau dapat anak..kasihan pula anak kena jaga dengan org lain..macam mana didikan anak-anak..sosial anak-anak..kalau ana kerja mesti masa ana dengan anak ana pun terhad..huhu pening kepala ana.. ana harap sangat ana dapat bekerjaya tapi dalam masa yang sama ana jadi seorang anak,isteri,ibu yang solehah..ana sendiri tak tahu samaada ana boleh lakukn atau tidak..ku bermohon padamu YA ALLAH agar dipermudahkn setiap urusanku dan KAU berilah yang mana terbaik untukku..kdng2 kita pkir sesuatu dah terbaik untuk diri kita..sebenarnya bukan hanya ALLAH mengetahuinya..sama-samalah berdoa kepadanya...
|
aniq_1703
Warga 1 Bintang Menyertai: 18.03.2007 Ahli No: 29220
Posting: 28
Dari: PULAU PINANG
|
Posting pada: 02-06-07 11:30
salam... kalau bagi ana pula...ana lebih suka bakal isteri ana nntiduduk kat rumah,kalau boleh buat pilihan sendiri..ana nak bakal isteri ana seorang yang solehah,ana nak dia dah hbis menuntut ilmu dunia ni hingga tahap yang memuaskn(lepasan u ar kan).. lepas itu ilmu agamanye juga xkurang hebatnye.... kalau ada jodoh lepas kahwin,ana lebih suka dia duduk dirumah,berikn sepenuh tumpuan pada rumah tangga.. sebab zaman sekarang bla suami isteri kerja,rumah tangga akan jadi goyah sedekit.... banyak benda-benda yang tak diingini terjadi... harap-harap ujian2 maha hebat begitu dari ALLAH TAALA,untuk mnguji hmbanye tidak pada kita semua kan??? harap-harap kita sentiasa brada dibawah pintu rahmatnye dan berbhgia selalu hingga ke akhir hayat....insyaALLAH....
|
sailormoon
WARGA SETIA Menyertai: 20.07.2005 Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^
|
Posting pada: 02-06-07 14:51
Jika syurga seorang lelaki atau seorang anak adalah di bawah tapak kaki ibu, tetapi syurga bagi seorang isteri ialah di bawah tapak kaki suaminya...Bukannya di bawah tapak kaki majikannya... Bahkan Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: “Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain, nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya.” (Hadis riwayat Tirmidzi dan Ibnu Hibban) -----------------  DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...
|
sailormoon
WARGA SETIA Menyertai: 20.07.2005 Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^
|
Posting pada: 02-06-07 14:52
Pada 02-06-07 10:37 , lightarrowss posting:!!! QUOTE !!! sekarang kan kalau kat bndar memang kalau memang tak cukup..hehe..kecuali suami jutawan.. Ukur baju di badan sendiri, bukannya di badan orang lain...Dah tahu gaji suami tu tak seberapa jangan lah minta yang bukan-bukan...Kalau gaji suami tu RM 600 saja jangan lah mengamalkan gaya hidup macam perempuan yang gaji suami nya RM 6000...Memang lah tak cukup... Rasulullah SAW selepas peristiwa Israk dan Mikraj, bersabda kepada sahabat wanita bermaksud: “Kebanyakan ahli neraka adalah wanita. Maka menangislah mereka (sahabat wanita) dan bertanya seorang daripada mereka: Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir? Baginda menjawab: Tidak. Mereka menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur nikmat yang disediakan suaminya.” (Hadis riwayat Muslim).-----------------  DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...
|