Oleh |
MASA-SIAPA KEJAR SIAPA |
shiken
Warga Rasmi Menyertai: 17.01.2005 Ahli No: 13771
Posting: 8
Dari: malaysia
|
Posting pada: 04-04-06 09:49
'Masa itu umpama pedang, jika kita tidak memotongnya maka dia akan memotong kita'. - maksud sabda junjungan- Hari ini kita menyanyi bersedia 5 perkara sebelum datang 5 perkara. Nyanyiannya lunak... penghayatannya adakalanya hingga terbawa kepada lena yang panjang tetapi pelaksanaannya ... umpama jauh panggang dari api. Menangguh kerja mahupun bekerja terburu-buru, 2 sifat yang tidak baik. Islam mengajar kita merancang masa dan hari. Masa itu adalah kehidupan kita yang pabila ia pergi tidak mungkin kita boleh menariknya kembali. Kehidupan orang yang tidak ada perancangan masa umpama memandu di atas lebuhraya...kelihatan air fatamorgana tapi bila sampai untuk di capai ia hilang entah ke mana... maknanya kita tak kan dapat hasil yang terbaik sebagaimana yang kita harapkan. Angan-angannya tinggi tetapi apakan daya 'tangan tak sampai untuk memeluk gunung' kerana masa dibiarkan berlalu tetapi bila dah tinggal sedikit maka cuba digandakan usaha untuk memperolehi manfaat yang panjang...mana mungkin! setiap kali pertemuan kita sudahi dengan bacaan Surah al-`Asr tetapi kita ditempelak oleh al-Quran kerana membaca di bibir tidak di hati dan anggota. Isu masa merupakan isu pokok yang mesti dilunaskan oleh setiap muslim terlebih dahulu sebelum isu-isu yang lain. Maka tidak hairan lah Kenapa al-Quran bersumpah atas nama masa, ayat demi ayat menyentuh tentang peredaran masa kerana masa merupakan nikmat dan kelebihan yang Allah berikan kepada manusia tetapi seringkali ia dilupakan. Syair Arab menulis... Pekerjaan hari ini ditangguh esok, kerana segan bukannya sibuk, Siapa tahu hari esok, mungkin ajal datang menjenguk. Oleh itu, atas nama manusia yang diciptakan maka pastikan hidup memenuhi masa yang ditentukan Allah. "Maka yang mana satu di antara nikmat Tuhanmu yang kamu dustakan" - Surah al-Rahman - Moga perbincangan ini menginsafi diri. Wallahu a'lam.
|
mana_sikana
Warga 1 Bintang Menyertai: 25.10.2005 Ahli No: 20060
Posting: 21
Dari: Serambi Makkah
|
Posting pada: 04-04-06 12:23
kata Hassan Al-Banna..'Al-waajibaatu aktharu minal auqaat..'sesungguhnya kewajipan itu lebih banyak dari masa..kita yang p'lu mengejr masa bukan mse yang mengejr kita..jangan menyesl dikemudian hari..kalaulah,jikalah..akan terucap dibibir tatkala kita menyesal..innamal a'malu binniat.
|
zana
Warga 2 Bintang Menyertai: 02.12.2004 Ahli No: 12740
Posting: 45
Dari: alor star
|
Posting pada: 04-04-06 12:29
sepatutnya kita yang kejar masa..tapi sekarang masa dahj kejar kita...
|