Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Jika seseorang itu berjalan beriringan dengan kita,ini bermakna, dia merupakan sahabat yang sebenar.Jika seseorang itu berjalan di hadapan kita, ini bermakna dia mementingkan diri sendiri, manakala di belakang kita, ini bermakna orang itu lebih pentingkan kita daripadanya".

-- Mutiara Kata

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 262
Ahli: 0
Jumlah: 262




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Al-Quran dan Hadis
Topik: tolong saya!!!!!!!!!!!


Carian Forum

Moderator: Administrator, ABg_IMaM, ibnu_musa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» tolong saya!!!!!!!!!!!

Please Mendaftar To Post


Oleh tolong saya!!!!!!!!!!!

mdfakhri
WARGA SETIA
Menyertai: 25.03.2006
Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 02-04-06 13:04


ada sesiapa tau pasal hukum bercouple?
bahaya bercouple?
saya mahu buat risalah pasal tajuk ni..
boleh bagi cadangan tentng apa yang perlu ada dalam risalah tu??
tolonggggggg...........


-----------------
http://www.zazizukeropok.blogspot.com

SeKalI AnDa TeRjAtUh,jaNgAn JatUh uNtuK BeRkaLi-KaLi


Bookmark and Share

    


  Member Information For mdfakhriProfil   Hantar PM kepada mdfakhri   Quote dan BalasQuote

Addey
WARGA SETIA
Menyertai: 13.03.2005
Ahli No: 15105
Posting: 948
Dari: kota marudu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 02-04-06 14:01


INI BUKAN CERITA ANA EK? TAPI ANA COPY DARY THERMATRY.. MUDAH2AN MENJAWAB PERSOALAN...SEKALI LAGI..INI BUKAN CERITA ANA

Wahai teman-teman sekalian,

Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.

Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula.

Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walau sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.

Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.

Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.

"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now."

"Not a single phrase, nor a word."

"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia. Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata:

"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so."

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi maafkan kami.

Sesungguhnya Ya Allah. Aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku.

Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati saya. Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya.

"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya."

Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?

Mafraq, Jordan.
[ Telah diedit oleh: Addey pada 02-04-06 14:02 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For AddeyProfil   Hantar PM kepada Addey   Quote dan BalasQuote

syahinaz
Warga Rasmi
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22767
Posting: 9
Dari: bumi

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-04-06 15:27


sedihtapi mempunyai maksud yang boleh kita ambil sebagai pengajaran

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahinazProfil   Hantar PM kepada syahinaz   Quote dan BalasQuote

syahinaz
Warga Rasmi
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22767
Posting: 9
Dari: bumi

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-04-06 15:27


sedihtapi mempunyai maksud yang boleh kita ambil sebagai pengajaran

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahinazProfil   Hantar PM kepada syahinaz   Quote dan BalasQuote

syahinaz
Warga Rasmi
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22767
Posting: 9
Dari: bumi

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-04-06 15:27


sedihtapi mempunyai maksud yang boleh kita ambil sebagai pengajaran

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahinazProfil   Hantar PM kepada syahinaz   Quote dan BalasQuote

dya
Warga 1 Bintang
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22768
Posting: 27
Dari: bumi allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-04-06 19:06


Pada 02-04-06 15:27 , syahinaz posting:

!!! QUOTE !!!

sedihtapi mempunyai maksud yang boleh kita ambil sebagai pengajaran


:-) emm,betul tu.cakap syahinaz!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For dyaProfil   Hantar PM kepada dya   Quote dan BalasQuote

mulimahsejati
Warga 4 Bintang
Menyertai: 02.08.2005
Ahli No: 17755
Posting: 277
Dari: bawah langit atas tanah

Kedah  


posticon Posting pada: 02-04-06 19:23


memang pun...ana setuju...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mulimahsejatiProfil   Hantar PM kepada mulimahsejati   Quote dan BalasQuote

en3ders
Warga Rasmi
Menyertai: 23.03.2006
Ahli No: 23645
Posting: 16
Dari: KG

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 06-04-06 04:23


Xpenah dengar hubungan di antara lelaki dan wanita di dalam Islamm...

melainkan:-
1- anak dan Ibu
2- Suami dan Isteri
3- Anak dan Murid (macam ummu mukminin S.Aisyah dengan Para Sahabat)

tak pernah pula dengar pasal Couple ni..
biasa la tu..setan kan suka hiasi diri ini dengan panahan beracun wanita..Jadi kepada para wanita yang beracun..jangan la bagi racun kat kitorang ni..wakakaka..

Addey..
Sesiapa di antara kamu al-Ba'ah (nikah) maka Bernikah lah............................................Jika tak mampu ke atas nya Puasa sesungguhnya ianya adalah Benteng (ke arah maksiat..
(mafhum hadis)

....................................
....................................

Bookmark and Share

    


  Member Information For en3dersProfil   Hantar PM kepada en3ders   Quote dan BalasQuote

budak_melaka
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14578
Posting: 450
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 06-04-06 09:45


addey.saya pun pernah baca pasal nii

Bookmark and Share

    


  Member Information For budak_melakaProfil   Hantar PM kepada budak_melaka   Quote dan BalasQuote

blueberry_strawberry
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.02.2006
Ahli No: 22980
Posting: 119
Dari: bangi

blank   avatar


posticon Posting pada: 06-04-06 10:15


laa...ingatkan nak minta tolong apa tadi. teringat cerita gembala kambing dan serigala..:di


-----------------
Cukuplah Allah bagiku, tiada Tuhan Selain Dia, hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dia memilki arasy yang agung. At-Taubah:129
[ Telah diedit oleh: blueberry_strawberry pada 06-04-06 10:15 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For blueberry_strawberryProfil   Hantar PM kepada blueberry_strawberry   Quote dan BalasQuote

Abu_Ruqayyah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.03.2006
Ahli No: 23449
Posting: 590
Dari: Manchester

Selangor  


posticon Posting pada: 06-04-06 14:23


Pada 02-04-06 13:04 , mdfakhri posting:

!!! QUOTE !!!

saya mahu buat risalah pasal tajuk ni..
boleh bagi cadangan tentng apa yang perlu ada dalam risalah tu??
tolonggggggg...........


sebelum buat risalah, kena belajar research methodology=metodologi penyelidikan=أساليب البحث
insyaAllah lepas tu baru tahu macamana nak buat risalah dan displin2 yang perlu diikuti. kalau tidak susah sheikh, susah nak nampak macamana nak buat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Abu_RuqayyahProfil   Hantar PM kepada Abu_Ruqayyah   Pergi ke Abu_Ruqayyah's Website   Quote dan BalasQuote

niezam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.03.2005
Ahli No: 14909
Posting: 139
Dari: Atas Tanah

iraq  


posticon Posting pada: 07-04-06 16:22


Subhanallah...bagus benar cerita tu.Memang cinta sebelum kahwin tak digalakkan.Orang lelaki mudah tergoda dengan panahan2 syaitan..hanya yang kukuh pegangannya mampu menahan godaan nafsu walaupun cinta tu fitrah.Kalau nak buat risalah tu sertakan sekali dalil2 nas...baru mantap!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For niezamProfil   Hantar PM kepada niezam   Quote dan BalasQuote

nor_2118
Warga 2 Bintang
Menyertai: 25.01.2006
Ahli No: 22238
Posting: 66
Dari: seberang perai

Pahang  


posticon Posting pada: 07-04-06 17:53


Assalamualaikum...tahniah buat addey atas cerita tersebut.kalau ada bintang ana nak bagi 10 bntg.
sangat bertrima kasih kerana menyedarkan ana yang tengah terlena ini....

Bookmark and Share

    


  Member Information For nor_2118Profil   Hantar PM kepada nor_2118   Quote dan BalasQuote

akwa
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2005
Ahli No: 20434
Posting: 729
Dari: tganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-04-06 20:38


bercouple lebih buruk dari baiknya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For akwaProfil   Hantar PM kepada akwa   Pergi ke akwa's Website   Quote dan BalasQuote

ibnuraihan
Warga Rasmi
Menyertai: 10.04.2006
Ahli No: 24100
Posting: 2
Dari: rantau

turkey   avatar


posticon Posting pada: 10-04-06 14:13


couple??apa tu???

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnuraihanProfil   Hantar PM kepada ibnuraihan   Quote dan BalasQuote

mdfakhri
WARGA SETIA
Menyertai: 25.03.2006
Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 13-04-06 19:36


terima kasih kepada semua kerana telah tolong saya...
terima kasih banyak-banyak kat saudara Addey sebab bagi cerita yang betul-betul meninggalkan kesan kat sesiapa yang membaca....
assalamualaikum


-----------------
http://www.zazizukeropok.blogspot.com

SeKalI AnDa TeRjAtUh,jaNgAn JatUh uNtuK BeRkaLi-KaLi


Bookmark and Share

    


  Member Information For mdfakhriProfil   Hantar PM kepada mdfakhri   Quote dan BalasQuote

fahim
WARGA SETIA
Menyertai: 08.05.2004
Ahli No: 8869
Posting: 613
Dari: Morioka, Jepun

japan  


posticon Posting pada: 14-04-06 00:11


Secara serius, kapel2 ni ditegah sama sekali. HARAM!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For fahimProfil   Hantar PM kepada fahim   Quote dan BalasQuote

Al-Maralim
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.05.2006
Ahli No: 24489
Posting: 36
Dari: Bumi Allah (Maadrasah politekik)

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 22-05-06 14:51


Assalamualaikumarahmatullah...ana nak ucap tahniah pada saudara addey bab copy cerita macam tu....

-----------------
“Kita tidak boleh mencintai orang lain,
sebelum mencintai diri sendiri.
Dan kita tidak boleh mencintai diri sendiri..
sebelum mencintai Allah!

Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-MaralimProfil   Hantar PM kepada Al-Maralim   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.236754 saat. Lajunya....