Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 13-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita hidup biar macam biskut Oreo, hitam di luar tak mengapa asal putih kat dalam, manis pula tu..
-- SHAMR (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 44
Ahli: 0
Jumlah: 44




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 25 hari yang lalu
nur_takwa88: 31 hari yang lalu
kismis: 31 hari yang lalu
qaulah_atrah: 42 hari yang lalu
muaz9768: 46 hari yang lalu
Rashdin: 52 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: macam mana nak jatuh cinta


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» macam mana nak jatuh cinta

Please Mendaftar To Post


Oleh macam mana nak jatuh cinta

airah77
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.12.2005
Ahli No: 20959
Posting: 158
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 29-03-06 13:35


assalamualaikum...

Harap rakan -rakan dapat memberi pandangan , nasihat atau ada pengalaman dalam pekara ni.

macam mana nak jatuh cinta dengan kerja.Bukan dengan kaum adam...belum lagi.

Dah 6 tahun bekerja disebuah syarikat swasta sebagai pelukis pelan tetapi terpaksa jadi 'site supervisor' 24 jam dekat tapak,..maklumlah perempuan, dengan panasnya, dengan menjaga pekerja kebanyakkan pendatang asing, dengan pekerjaan yang kasar, dengan 'under table,under carpet'.cara pemakaian pun saya tak suka...tak suka-tak suka tak suka....!(nak menagis ni), malahan kerja bahaya pun terpaksa saya lakukan tapi yang paling sedih kadang-kadang lokasi tu nak solat pun susah....entahlah apa nak jadi dengan saya ni, maaflah agak emosional.

Itulah jawatan saya hingga sekarang terus terang saya tak berminat langsung dengan kerja ni sejak pertama kali saya sertai, dah paksa dan cuba untuk tidak mengungkit walau dalam hati, dah cuba cari keredha tapi tak jumpa juga, hati tetap dengil juga susah sungguh nak jatuh cinta walaupun saya dah banyak bersabar.Mungkin sebab pekerjaan ni tak kena langsung dengan jiwa saya.

bagaimana lagi untuk saya buat. Nak berhenti , majikan ada talian kekeluargaan nanti kecil hati pula.Malahan saya juga menetap dirumahnya dan dia juga yang tawarkan kerja ni pada saya.

Hanya saya berdoa agar Allah temui jodoh dengan seseorang yang mahukan saya jadi suri rumah sepenuh masa. (ada ke?)

itu saja...masalah lain belum ada lagi.
insyaAllah akan datang.

wassalam.


-----------------
Tiada kata seindah kalimah Allah SWT.


Bookmark and Share

    


  Member Information For airah77Profil   Hantar PM kepada airah77   Quote dan BalasQuote

farah_hanan
WARGA SETIA
Menyertai: 17.02.2006
Ahli No: 22791
Posting: 987
Dari: terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 29-03-06 13:56


banyak2 bersabar.....ana cadangkan anti baca satu buku....tapi ana lupa la apa tajuk buku tu....tapi tak apa....insyaAllah, jika ana jumpa buku tersebut ana akan pm kan anti....boleh tak?

Bookmark and Share

    


  Member Information For farah_hananProfil   Hantar PM kepada farah_hanan   Quote dan BalasQuote

Hamas_Ayasy
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.03.2006
Ahli No: 23542
Posting: 128
Dari: Al-Ardhu

Perak  


posticon Posting pada: 29-03-06 16:47


sabar saja la airah77..ni smue dgaan dsmping tu jugak rezeki enti..
apa pun insyallah jodoh tak kemane..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Hamas_AyasyProfil   Hantar PM kepada Hamas_Ayasy   Quote dan BalasQuote

zana
Warga 2 Bintang
Menyertai: 02.12.2004
Ahli No: 12740
Posting: 45
Dari: alor star

Kedah  


posticon Posting pada: 29-03-06 16:53


banyak2 bersabar la...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zanaProfil   Hantar PM kepada zana   Quote dan BalasQuote

sahlon
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.03.2005
Ahli No: 15287
Posting: 281
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-03-06 18:36


salam....

setiap manusia akan di uji.

biasanya Tuhan tunjuk dua jalan, pilih sama ada baik atau buruk.

kalau nak kira kita lebih banyak terhutang budi dengan Tuhan.

kalau nak tukar kerja janganlah teragak2

susah untuk dapat redha Tuhan

pilihlah redha Tuhan atau manusia

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahlonProfil   Hantar PM kepada sahlon   Quote dan BalasQuote

khalifah_85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22747
Posting: 437
Dari: johor bahru

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 30-03-06 03:23


waalaikumussalam...

assalamualaikum...

erm... pertama kalinya ana nak mengucapkan tahniah dan syabas kepada airah kerana walaupun tidak suka dan merasakannya tidak sesuai dengan diri..mampu bertahan sampai ke tempoh 6tahun...
tempoh yang cukup lama bagi saya untuk menahan segala kesabaran dan liku2 yang di hadapi..

ana memahami perasaan sahabat airah kerana ana pernah ikut ayah ana yang juga seorang buruh binaan ke tapak pekerjaannya..
memang bekerja sebagai supervisor bagi tapak projek amat berat dan lasak..diperlukan kekuatan rohani dan jasmani untuk melaluinya...

airah nak tahu tak.. dulu masa mak saya belum berkahwin... ia bukan bekerja sebagai supervisor macam airah... tapi dia kerja sebagai buruh binaan seperti lelaki..memikul simen..angkat batu...dan sebaginya... namun dia tetap cekal untuk meneruskan pekerjaan tersebut mungkin kerana telah meyakini apa yang ALLAH tentukan itu adalah ujian yang sebagai orang yang beriman maka ia harus tetap disyukuri dan dijalani dengan penuh sabar.. tiada wanita yang mahu bekerja dalam medan lasak seperti ini..pasti semua lebih suka bekerja didalam bangunanyang disejukkan oleh penghawa dingin dan tidak terpancar oleh cahaya matahari..

namun jika kita sudah bekerja dan melaluinya serta dibayar gaji..maka menjadi amanah bagi kita untuk melaksanakan tugasan tersebut...akhirnya mak saya bertemu dengan ayah yang kerje satu tempat kerja..maka ALLAH telah tetapkan yang mak saya tidak akan bekerja berat lagi..sehingga kini mak saya hanya menjadi suri rumah sepenuh masa sambil menjaga sebuah kedai runcit yang kecil...itulah mungkin nikmat yang ALLAH berikan kepada mak saya kerana berjaya bersabar dengan ujiannya...

tidak mustahil juga sahabat airah akna bertemu seorang suami yang akna menjadikan saudari sebagai suri rumah sepenuh masa... seperti mak saya...

berkenaan masalah tempat solat tu...just cdangan dari saya..bawalah tikar sembahyang dah telekung...carilah tempat yang agak terselindung dan solatlah...insya ALLAH hati akan tetap tenang..cuma sekadar cadangan sahaja..namun kalau tidak silap saya setiap tapak pembinaan ada pejabat sementara bagi pemaju..boleh juga tumpang solat disitu...

kalau pakaian... saudari pakailah pakaian yang selesa dan jangan memaksakan diri untuk pakai baju kurung atau jubah..masih dibolehkan untuk memakai seluar yang labuh untuk bekerja asal ianya longgar... islam tidak terlalu mengongkong umatnya... lakukanlah dengan mengikut syariat yang ditetapkan dan tidak pule melebihi kehendak syariat...ALLAH memerintahkan menutup perhiasan diri dari dilihat oleh orang lain dan menurunkan kain tudung melebihi dada kita..namun ALLAH tidak memerintah kita untuk memakai baju kurung atau jubah sepanjang masa... boleh pakaian jubah seluar yang ada..boleh pakai dan baju lengan panjang yang longgar dan tidak boleh dilihat bentuk tubuhnya..pakailah tudung yang agak besar dan labuh..ianya tidak menjadi masalah rasanya...

mungkin orang akan berkata...memang mudah berkata tapi tak cuba berada ditempat itu barulah tau rasa.... erm.. saya hanya bagi pendapat sahaja..kalau rasa ianya tidak boleh dipakai atau diikut maka abaikan sahaja...mudahkan... hehehe :) just dialog pada diri sendiri sahaja....

yang terakhirnya...apa pun pekerjaan yang kita lakukan kalau kita sabar dan redha dengan kehendak ALLAH... maka ALLAH akan bantu kita dalam melaluinya...ALLAH BERFIRMAN : BARANGSIAPA YANG MEMBANTU AGAMA ALLAH,MAKA ALLAH AKAN MEMABNTUNYA" apa yang dimaksudkan agama ALLAH adalah semua perkara yang berkenaan dengan islam..termasuk emntaatio perintah ALLAH...kalau saudari airah bersabar dan tetap menjaga kepentingan ALLAH,maka ALLAH akan permudahkan urusan saudari... airah..

ALLAH BERFIRMAN LAGI DALAM SURAH ALBAQARAH : MAKAMINTALKAH PERTOLONGAN KEPADA ALLAH DENGAN BERSABAR DAN BERSEMBAHYANG...SESUNGGUHNYA IANYA ITU BERAT IA ITU (MELAKSANAKAN SESUATU PERINTAH ALLAH) MELAINKAN BAGI MEREKA YANG KHUSYU' "

sekadar itu pandangan saya..akhir sekali saya mendoakan agar segala urusan saudari airah dipermudahkan dan diberi kesabaran dalam melalui ujian yang bersifat semnetara ini...

wassalam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For khalifah_85Profil   Hantar PM kepada khalifah_85   Quote dan BalasQuote

jutawanmuslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2005
Ahli No: 20900
Posting: 1561
Dari: UPM

Selangor  


posticon Posting pada: 30-03-06 09:23


sabar, sabar dan sabar...kerja tu jan satu ibadah...halangan2 tu kan ujian dari ALLAH untuk tingkatkan iman kita...

Bookmark and Share

    


  Member Information For jutawanmuslimahProfil   Hantar PM kepada jutawanmuslimah   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 30-03-06 09:46


:-o waaa...sedihnya...kecian laa...


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

maisarahlisa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.12.2003
Ahli No: 6068
Posting: 466
Dari: Pahang~Selangor~Dubai

Pahang  


posticon Posting pada: 30-03-06 10:53


Anggap ini semua sebagai pengalaman.. bila dah mantap apply kerja kat konsultant.. itu lebih sesuai

Bookmark and Share

    


  Member Information For maisarahlisaProfil   Hantar PM kepada maisarahlisa   Quote dan BalasQuote

airah77
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.12.2005
Ahli No: 20959
Posting: 158
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 30-03-06 13:18


waalaikumsalam...

Assalamualaikum,..

Terima kasih, terima kasih, terima kasih banyak - banyak semua yang sudi memberi pandangan dan nasihat, Semalam saya berfikir malu pulak luahkan pada warga ukhwah masaalah saya, maklumlah bukannya besar sangat, mungkin orang lain lebih besar masalah kerjanya daripada saya.

buat masa ini setelah luahkan apa yang terbuku, hilanglah sikit tekanan, Mungkin perasaan tu gangguan syaitan yang tak pernah letih menganggu manusia dan saya salah seorang yang lemah dan mudah terkena hasutan itu. Saya akan cuba dan cuba untuk terus berfikiran positif,redha,banyak bersyukur dan hati lebih kental dalam mengharungi hidup yang entah bila nokhtahnya.

Harap suatu hari nanti Allah SWT akan memberi satu cahaya kepada saya, rasa nikmat keredhaan dalam hati disetiap kerja yang saya lakukan.

InsyaAllah.

Maaf kerana menyusahkan kalian semua berfikir untuk saya.

Wassalam,

Bookmark and Share

    


  Member Information For airah77Profil   Hantar PM kepada airah77   Quote dan BalasQuote

khalifah_85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22747
Posting: 437
Dari: johor bahru

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 30-03-06 15:11


waalaikumussalam..

assalamualaikum....

sama-sama... kita kan saudara malah sekarang sudah menjadi sahabat2 yang duduk dibawah bumbung... jadi masalah kawan adalah masalah kita juga.. kita bukan bersahabat untuk gembira sahaja.. malah bila sahabat dalam kesedihan disitulah perlunya kita ut sama-sama bersedih dan turut merasakannya... barulah ukhwah islamiyah akan terus terbina dan semakin kukuh insya ALLAH...

semoga kita semua dipermudahkan urusan oleh ALLAH.. dalam pelajaran..pekerjaan...urusan dunia dan urusan akhirat..sehinggalah kita akan berehat kelak di syurga ALLAH...

wassalam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For khalifah_85Profil   Hantar PM kepada khalifah_85   Quote dan BalasQuote

Al-Mustaqqim
WARGA SETIA
Menyertai: 22.07.2005
Ahli No: 17480
Posting: 486
Dari: malaysia

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 30-03-06 15:17


kalau dah sampai seru...
adalah nanti...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-MustaqqimProfil   Hantar PM kepada Al-Mustaqqim   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 30-03-06 16:21


sabar saja lah kak airah...
ada kemanisan di hujung kesabaran...
apa ye?
saya pun ternanti-nanti...

p/s: jenuh bersabar..sob2

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

ai_ainul
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.04.2004
Ahli No: 8216
Posting: 81
Dari: bumi Allah

saudiarabia  


posticon Posting pada: 30-03-06 16:23


Assalamualaikum wbt

ana sekadar berkongsi pandangan tentang masalah ukhti airah77. pada pendapat ana.. elok juga kalau ukhti lanjutkan pelajaran.. kemundian alih profesion. kalau sekarang ukhti perlu berkerja dengan tulang empat kerat.. bila ukhti lanjutkan pelajaran,ukti boleh jadi professor/pensyarah universiti. sebagai pensyarah universiti, ukhti boleh terus membuat penyelidikan, menghasilkan buku, jurnal dan sebagainya... ilmu yang ada juga akan bertambah, insyaAllah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ai_ainulProfil   Hantar PM kepada ai_ainul   Quote dan BalasQuote

emi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.10.2003
Ahli No: 4053
Posting: 139
Dari: Alor Setar, Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 31-03-06 15:09


saya ingat kan kerja saya susah...rupanya ada orang lain lagi yang lebih menderita........

Bookmark and Share

    


  Member Information For emiProfil   Hantar PM kepada emi   Quote dan BalasQuote

Ketotoi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.03.2006
Ahli No: 23510
Posting: 90
Dari: Melaka

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 31-03-06 15:26


untuk pengetahuan kak airah77, saya pun masih bujang lagi ;)

Bookmark and Share

    


  Member Information For KetotoiProfil   Hantar PM kepada Ketotoi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.103801 saat. Lajunya....