Oleh |
LiRiK...LiRiK JuGaK.... |
amna_liana
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.08.2005 Ahli No: 18062
Posting: 155
Dari: ipoh
|
Posting pada: 28-03-06 22:35
salam semua, lirik tanpa penghayatan tak guna kan....inilah kelebihan lirik2 nasyid dan lirik2 bukan nasyid......lirik perlukan penghayatan, kalau xdihayati ia xmemberi apa-apa makna...... Cubalah hayati bait2 lagu ini, penghayatan dr kisahnya akan saya ungkapkan bersama. Mari kita singkap sejarah Zainab bintun Rasulullah~{!-~} DEMI CINTA ZAINAB-MESTICA (alil, epul, kelul dan razin)Di kiri kekufuran di kanannya iman Di sisi suami di hati seorang ayah Di antara hukum dan di antara cinta Berdirinya dikau di tengah-tengahnya
Bukan mudah menjadi putri Rasulullah Ketika suamimu masih jahiliyyah SUAMI DAN AYAH VS KUFUR DAN ISLAMApa yang dapat saya ceritakan di sini adalah, semasa mula2 Rasulullah menerima wahyu dari Allah buat pertama kalinya membawa agama Islam di bumi Mekah, Zainab sudahpun mendirikan rumahtangga dengan Abul Asy iaitu sepupu beliau, anak kepada kakak Khadijah (ibu Zainab) yang bernama Halah ibnu Khuwailid. Abul Asy pada ketika itu sedang berdagang di luar Mekah. Zainab merasa ketenangan apabila menganut agama Islam yang dianutinya dan beliau amat tidak sabar untuk berkongsi kegembiraan itu bersama suaminya. Apabila suaminya pulang, beliau cukup berdukacita apabila suaminya enggan memeluk Islam bersama. Oleh sebab enggan bertengkar, Abul Asy ke Bandar Mekah untuk melihat sendiri apa yang telah berlaku dan bertemu dengan bapa mertuanya iaitu Rasulullah. Namun, Abul Asy masih lagi enggan menerima Islam sebagai agama barunya. Hijrah kau tertahan Engkau keseorangan Memelihara iman Di tengah kekufuran Takdir menentukannya suamimu tertawan Di medan Badar yang sangat menggetirkan (Zainab kau sungguh tabah dipenuhi kesabaran) HIJRAH RASULULLAH MENDUKACITAKAN ZAINABDi Mekah, ramai penduduk yang tidak menerima malah memusuhi Rasulullah. Selepas Rasul berdukacita disebabkan kematian bapa saudaranya Abu Talib (yang tidak sempat memeluk Islam) dan kemudiannya kematian isterinya Khadijah menyebabkan baginda bertekad untuk berhijrah ke Madinah. Zainab ditinggalkan bersama suaminya. Zainab cukup sedih dengan pemergian bapanya dan adik-beradiknya yang lain. Zainab berasa seperti hilang tempat bergantung. Terasa juga serba salahnya apabila melihat ramai orang Islam yang menyusul berhijrah. Dia masih lagi bersama suaminya yang masih kufur. Perit sekali hati Zainab ketika itu. 2 tahun selepas itu, Abu Sufyan mengumpulkan 1000 tenteranya untuk menyerang orang Islam di Madinah. Suaminya juga turut serta. Sedih dan berdebar kerana memikirkan bapanya di Madinah dan suaminya yang mahu menyerang. Namun, peperangan pertama yang dipanggil Perang Badar memberi kemenangan kepada tentera islam yang hanya 303 orang menewaskan 1000 orang kafir. Abul Asy telah ditawan di dalam perang itu. Lega di hati Zainab kerana bapanya terselamat, tetapi sebak apabila mengetahui suaminya adalah di antara tentera kafir yang menjadi tawanan. Lalu kau hulurkan kalungan kenangan Sebagai penebus suami tersayang Menitis airmata rasul melihatnya Melihat si khadijah seolah berbicara Ya, binta Rasulullah KALUNG ZAINAB DAN AIRMATA RASULULLAHLalu, Zainab menghantar seutas kalung pusaka yang pernah diberi oleh ibunya untuk dijadikan penebus suaminya. Terkedu baginda Rasulullah menerimanya, kerana baginda memang kenal dengan kalung pemberian allahyarhamah isterinya kepada Zainab sempena walimahnya dengan Abul Asy. Tika sampailah waktu dibebaskan suaminya Namun perintah allah memisahkan keduanya Bahang panasnya gurun manusuk hingga ke sukma Zainab mulakan hijrah yang disambut demi cinta Tika perjalanannya unta dibunuh Dan berguguran kandungan HIJRAH ZAINAB DAN WAHYUMaka, Abul Asy pun dilepaskan dengan disuruh membawa kalung tersebut kepada Zainab semula. Namun, Abul Asy dikehendaki untuk melepaskan Zainab dan membawanya pada Rasulullah ke Madinah. Pada masa itu, baru turun ayat mengharamkan suami isteri berlainan agama tinggal bersama. Abul Asy menerima arahan tersebut dan mengarahkan adiknya untuk membawa Zainab pulang kepada bapanya di madinah. Beliau sebenarnya tidak tergamak untuk membawa Zainab pulang tetapi oleh kerana sudah berjanji dengan Rasulullah, beliau terpaksa melakukannya jua. Maka, Kinanah (adik Abul Asy) mengiringi Zainab keluar dari Mekah dan Abul Asy berpesan agar dapat menjaganya bagaikan menjaga nyawa Kinanah sendiri. Kebetulan Zainab ketika itu sedang hamil 4 bulan. Dalam perjalanan, Abu Sufyan telah menghalang perjalanan Zainab sehinggakan unta yang ditunggangi Zainab ditombak. Maka, jatuhlah Zainab sehinggakan gugur kandungannya. Jadi, Zainab terpaksa dibawa semula ke mekah untuk dirawat. Setelah itu, barulah diserahkan kepada Rasulullah melalui Zaid bin Harithah. Kedatangannya disambut dengan kegembiraan sanak saudara dan Rasulullah sendiri. Namun jauh disudut hatinya, beliau masih rindukan Abul Asy. Zainab kau sungguh tabah dipenuhi kesabaran Tidak rasa keliru antara dua persimpangan Antara dua kasih suami dan juga ayah Juga antara cinta dan taat pada tuhan Berjaya kau menempuhi segala rintangan Demi cinta.... BERPISAH DAN BERTEMU KERANA ISLAMSehinggalah pada satu ketika, mereka disatukan semula apabila Abul Asy menerima Islam sebagai agama anutannya. Zainab gembira tidak terhingga, kesabaran beliau membuahkan hasil. Namun mereka hanya sempat bersama sebagai suami isteri selama 1 tahun dan dalam 1 tahun itu Zainab dikatakan sering sakit-sakit kesan dari keguguran yang pernah dialaminya dulu. Dan selepas 2 tahun pemergian Zainab, Abul Asy pula menyusul mengikut jejak langkahnya. Begitulah berakhirnya kisah cinta Zainab. Cinta seorang isteri pada suaminya dan juga agamanya. Zainab dan Abul Asy berpisah kerana Islam dan bertemu juga kerana Islam.
|
farah_hanan
WARGA SETIA Menyertai: 17.02.2006 Ahli No: 22791
Posting: 987
Dari: terengganu
|
Posting pada: 28-03-06 23:09
|
segerak_searah
Warga 3 Bintang Menyertai: 07.03.2006 Ahli No: 23281
Posting: 127
Dari: Kem Sg Besi
|
Posting pada: 28-03-06 23:50
Kesal lagu nasyid sekarang banyak yang menjurus kepada cinta duniawi....
|
segerak_searah
Warga 3 Bintang Menyertai: 07.03.2006 Ahli No: 23281
Posting: 127
Dari: Kem Sg Besi
|
Posting pada: 28-03-06 23:50
Lebih minat kumpulan seperti Rabbani, Raihan dan Hijjaz kerana banyak mesej bermakna diselitkan dalam lagu mereka. ----------------- "Bersamalah kita meneruskan perjuangan membasmi ilmu tahyul dan khurafat dalam alam persilatan" [ Telah diedit oleh: segerak_searah pada 28-03-06 23:52 ]
|
segerak_searah
Warga 3 Bintang Menyertai: 07.03.2006 Ahli No: 23281
Posting: 127
Dari: Kem Sg Besi
|
Posting pada: 28-03-06 23:50
UNIC? kurang sikit..hehehe ----------------- "Bersamalah kita meneruskan perjuangan membasmi ilmu tahyul dan khurafat dalam alam persilatan" [ Telah diedit oleh: segerak_searah pada 28-03-06 23:54 ]
|
nurhaziqah
WARGA SETIA Menyertai: 09.04.2005 Ahli No: 15680
Posting: 565
Dari: uiam-ipgm kpm
|
Posting pada: 28-03-06 23:54
banyak ana belajar dari lagu ni, antaranya sejarah yang ana tak berapa tahu sbelom ni, iaitu kisah suka duka cinta puteri Rasulullah bernama Zainab, yang tersepit antara cinta dan agama... antara emosi dan aqidah... suami dan ayah... Allah menunjukkan jalan kepadanya, menguji cinta mereka.... akhirnya cinta mereka ini tetap bertaut teguh kerana Islam, agama yang suci. jelaslah tiada bahgia tanpa sinaran Iman .... dengan Iman hidup sempurna tanpa resah di jiwa... iman di dada men"taqarrub"kan , mendekatkan kita pada Allah, Allah tautkan hati sesama insan dengan cinta, atas kedhaanNya. Alhamdulillah, Maha Sempurna perancanganMu YaAllah, telah Kau tunjukkan teladan melalui kisah puteri Rasulullah, agar kami di zaman ini mengambil iktibar... InsyaAllah.
|
amna_liana
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.08.2005 Ahli No: 18062
Posting: 155
Dari: ipoh
|
Posting pada: 01-04-06 22:52
sebab tu nasyid tak sama dengan lagu2 lain...
|
jutawanmuslimah
WARGA SETIA Menyertai: 07.12.2005 Ahli No: 20900
Posting: 1561
Dari: UPM
|
Posting pada: 01-04-06 23:18
Hijjaz : aduhai puteriku sayang aduhai puteriku sayang puteriku sayang lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli kau mampu menyaingi, lelaki dalam berbakti lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati disebalik tabir dirimu disebalik bersih wajahmu ada rahsia agung yang tersembunyi dalam diri itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi berpegang pada janji mengabdikan diri malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama tiada siapa yang akan boleh merampasnya melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri ketegasanmu umpama benteng negara dan agama dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya wahai puteriku sayang, kau bunga terpelihara mahligai syurga itulah tempatnya aduhai puteriku sayang kau bunga kebanggaan aduhai puteriku sayang kau bunga idaman
|
Pdaus
WARGA SETIA Menyertai: 03.12.2003 Ahli No: 5462
Posting: 468
Dari: International University of Africa Sudan
|
Posting pada: 03-04-06 18:24
|
syemarly
 Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 18-08-06 17:02
rasanya saudari amna liyana boleh bukak kelas penghayan lirik lagu ni...memang patut ada penghayatan bila nyanyi..nyanyi bukan sekadar nyanyi..tak ada sesaja2...bagus lah syarah tu...nway..teruskan lah yang lain plka...
|
umaira_sutera
Warga 2 Bintang Menyertai: 15.08.2006 Ahli No: 25832
Posting: 62
Dari: Kuantan
|
Posting pada: 23-08-06 10:28
ana memang meminati nasyid tapi banyak juga lirik nasyid sekarang yang dah melencong dari sasaran..bukan setakat lirik ,iramanya juga dah tak mengikut lunas-lunas islam. bagi ana raihan tetap unggul sebagai sebuah kumpulan nasyid yang benar-benar menghibur mengikut cara yang disyariatkan dalam islam....
|
wihdatul_asrar
Warga 3 Bintang Menyertai: 24.02.2006 Ahli No: 22976
Posting: 121
Dari: kelantan
|
Posting pada: 23-08-06 10:44
banyak saya belajar dr lirik lagu ni.. tak pernah tau pun sejarah puteri rasullah sebelum ini... syukran..
|
hairiey
Warga Rasmi Menyertai: 07.08.2006 Ahli No: 25683
Posting: 12
Dari: kelantan
|
Posting pada: 23-08-06 12:16
bagus huraian ni..tapi..kebanyakan lagi sekarang lebih menjurus kepada cinta duniawi saja.
|