Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Perkataan yang baik tidak akan muncul dari jiwa yang kotor sebagaimana biji benih takkan tumbuh pada tanah yang gersang
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 173
Ahli: 0
Jumlah: 173




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 20 jam, 58 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: cerita menarik..sekadar renungan


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» cerita menarik..sekadar renungan

Please Mendaftar To Post


Oleh cerita menarik..sekadar renungan

muslimin2303
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.02.2005
Ahli No: 14727
Posting: 83
Dari: kuala lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 28-03-06 14:23


Majlis akad nikah itu baru sahaja selesai. Saya dan beberapa orang sahabat masih menikmati minuman ringan yang disediakan oleh pihak tuan rumah.

Tiba-tiba seorang lelaki tua yang memang saya kenali menarik tangan

saya dan bertanya, "Kenapa orang sekarang kahwin lambat sangat?"

Saya lantas bertanya, "Tuk dulu kahwin cepat?"

"Umur 15 tahun, nenek kau dah dapat anak seorang..."

Terbayang anak perempuan saya yang menuntut di tingkatan 5 sekarang. Sukar nak membayangkan betapalah di usia itu dia sudah mempunyai anak. "Bahagia Tuk?"


"Tak bahagia apa... anak Tuk 12 orang!" Terhibur saya berbual dengannya, semuanya diukur dengan angka.

"Saya berkahwin pada umur 21 tahun. Waktu tu masih menuntut lagi, orang heboh saya tak sabar," adu saya tanpa dipinta.Sengaja mengundang reaksi.

"Tak sabar? Pelik, kalau zaman Tuk, tu kira terlajak dah tu!"

"Betulkah saya tak sabar, Tuk? " tanya saya semacam mengusik.


"Eh, taklah. Kalau nak buat baik, eloklah cepat.Selamat dari maksiat. Kalau betul tak sabar, Tuk ni lagilah tak sabar... umur 17 tahun dah kahwin, heh, heh, heh..."

"Setuju tak Tuk kalau dikatakan soal kahwin ni bukan soal cepat lambat, tapi soal dah bersedia atau tidak?"

"Setuju. Tapi kena hurailah maksud persediaan tu..."tajam Tuk membalas. "Kalau ikut pandangan Tuk, apa agak-agaknya persediaan tu?"

"Soal ni tak boleh agak-agak... Mesti tepat."

Terkedu saya dibuatnya. Tuk ni bukan sebarang orang.

"Maksud bersedia bukan sahaja dari segi umur... Asal akil baligh dah boleh kahwin. Bukan sahaja diukur oleh badan yang sihat, pendapatan yang cukup, tapi yang penting kematangan diri... Ertinya, seseorang yang nak kahwin mesti dah mula dapat berfikir dengan baik, dah boleh sedikit sebanyak kawal perasaan, dan jiwa tu
sikit-sikit dah agak tenang."

Saya menung panjang. Tertikam di sudut hati petanyaan, sudahkah saya matang sewaktu mula berkahwin dahulu?

"Jangan menung... Tuk cuma kata, dah sedikit sebanyak matang. Tak payah tunggu matang betul... nanti tak kahwin pula!" usik Tuk seperti dapat membaca fikiran saya. Walau tanpa ijazah, Tuk sebenarnya sedang menjelaskan asas kebahagiaan rumah tangga yang kadangkala tidak dapat ditimba di mana-mana menara gading.

"Macam mana nak matang?" tanya saya perlahan. Malu rasanya untuk diajukan soalan sedemikian di usia 40-an ini. Terasa terlambat!
"Tentulah dengan ilmu. Dulu Tuk dan kawan-kawan...umur sebelas tahun dah khatam Quran. Dah selesai belajar ilmu fardu ain.Rukun, sah, batal dan lain-lain ilmu asas dah OK. Bila sudah baligh buka kitab Muhimmah, baik lelaki, baik perempuan. Dah diterangkantanggung jawab suami, isteri dan asas-asas kerukunan rumah tangga."

"Itu sahaja? Ilmu lain?" soal saya pendek.

"Eh, perlu. Mesti ada ilmu untuk cari rezeki. Yang otak baik, jadilah guru, pegawai kerajaan... ikut keadaan zaman tulah.Tuk ni tak nasib baik... kerja kampung sahaja, guna tulang empat kerat, buka tanah.

Itulah dusun yang Tuk kutip hasilnya sampai sekarang
ni..."

"Tapi sekarang Tuk dah senang. Dengarnya dah dua kali naik haji."

"Tak senang. Tapi mudah-mudahan... tenang. Tulah doa Tuk, biar hidup kita tenang."

"Agaknya sebab kurang matang nilah orang sekarang
kahwin lambat?"

cuit saya, kembali ke tajuk asal.

"Ni agak Tuklah. Budak sekarang tak macam dulu. Mereka ni macam lambat matang. Kalau dulu umur 13 dah boleh pikul tugas. Dah berdikari, dah boleh harap jaga emak bapak. Setakat jadi imam dan baca berzanji tu lancar... tapi sekarang lain, umur
dah 23 tahun pun masih bergantung kepada emak bapak. Nak jadi imam?Jauh sekali."

Terbayang kekesalan di wajahnya. Dia menyambung,"Sekali tu Tuk tengok betul-betul dengan mata kepala ni macam mana seorang bakal pengantin tersekat-sekat mengucap kalimah syahadah depan tuk kadhi.

Bila tanya rukun sembahyang, geleng kepala. Yang dihafalnya rukun nikah saja..."

"Kalau macam tu macam mana?"

"Baik tak usah kahwin. Macam mana dia nak pimpinisteri dan anak- anaknya nanti? Tu baru ilmu yang paling asas, belumlagi ilmu... apa orang kata... ... parenting skill."

"Tuk pun tahu parenting skill?"

"Sekarang ni macam-macam sumber ilmu ada. Di radio,tv, ceramah, buku- buku... ah, macam-macam."

"Tapi Tuk, kalau tak kahwin pun susah juga... Nanti terjebak dengan maksiat," kilas saya.

"Tulah, ajaran Islam ni macam mata rantai. Lepas satu disambung satu.

Bermula dengan yang paling utama, diikuti yang kedua,ketiga dan seterusnya... Ilmu tauhid, fekah dan akhlak perlu diasak di awal usia.

Diiring ilmu akademik. Jadi, bila dah nak kahwin nanti, ilmu tu semua dah ada. Persediaan agama ada, persediaan material ada."

"Macam mana kalau ada yang lambat-lambatkan kahwin kerana katanya belum bersedia, dari segi material dan agama?"

"Apapun biarlah berpada-pada. Kalau nak diikutkan ilmu agama... sampai mati pun tak akan habis dituntut. Cukuplah sekadar keperluan dulu dan tambah lagi selepas kahwin. Begitu juga soal material,soal kerja, profesion... Ni pun tak akan habis-habis. Ukurlah ikut keperluan dan kemampuan diri. Jangan sampai terlanjut usia sudahlah.
Jangan nanti ilmu ada, matang ada, duit ada, calon pulak tak ada..."

"Tuk lihat macam mana keadaan anak muda masa kini?" terluncur soalan yang berbau akademik tanpa saya sedari.

"Akibat tak ikut tertib dalam menghayati ajaran Islam,keadaan jadi agak lintang-pukang sekarang. Yang berkat jadimudarat. Tak dikahwinkan, membuat maksiat. Bila dikahwinkan, tak bertanggungjawab."

"Antara dua keadaan ni... yang mana patut kita pilih?"


"Perlukah kita buat pilihan? Pada Tuk... pilihlah keadaan yang tidak memaksa kita membuat pilihan!"

Saya terdiam. Kagum. Kata-kata tersirat itu boleh mengundang seribu wacana para sarjana

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin2303Profil   Hantar PM kepada muslimin2303   Quote dan BalasQuote

cititel
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.01.2006
Ahli No: 21725
Posting: 150

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 28-03-06 14:33


betul tu tok...

Bookmark and Share

    


  Member Information For cititelProfil   Hantar PM kepada cititel   Quote dan BalasQuote

AsFaRiNa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.02.2005
Ahli No: 14050
Posting: 208
Dari: Jelapang Padi

Kedah  


posticon Posting pada: 28-03-06 15:33


memang benar apa yang dikataka tuk tu..
saya setuju dengan tuk!

Bookmark and Share

    


  Member Information For AsFaRiNaProfil   Hantar PM kepada AsFaRiNa   Pergi ke AsFaRiNa's Website   Quote dan BalasQuote

alexander
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-03-06 23:52


:-) Assalamualaikum........



     Syukran...betul cakap tok tu...sebenarnya apabila hendak berkahwin ilmu itu yang paling penting....tetapi orang sekarang banyak menumpukan kepada material semata2 dan mengabaikan perkara lain....


-----------------
Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......


Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderProfil   Hantar PM kepada alexander   Pergi ke alexander's Website   Quote dan BalasQuote

segerak_searah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.03.2006
Ahli No: 23281
Posting: 127
Dari: Kem Sg Besi

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 29-03-06 20:19


Huhuhu, atuk yang berilmu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For segerak_searahProfil   Hantar PM kepada segerak_searah   Quote dan BalasQuote

insan232
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.08.2005
Ahli No: 18097
Posting: 72
Dari: malaysia

Kedah  


posticon Posting pada: 29-03-06 21:29


ni la benda yang saya dok fikir selama ni... nak kahwin? kerja apa? gaji bape? pakai kereta apa? soklan2 spontan bakal2 mak mentua sekarang

Bookmark and Share

    


  Member Information For insan232Profil   Hantar PM kepada insan232   Quote dan BalasQuote

dauspd
Warga 1 Bintang
Menyertai: 23.02.2006
Ahli No: 22929
Posting: 40
Dari: Port Dickson / USJ

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 29-03-06 21:58


tpkan... lelaki sekarang bukan taknak kawin cepat. tapi ada orang kata... kalau dalam tangan tak ada sekurang2nya rm5 ribu... takyahlah berangan nak kawin. tu yang buatkan laki ni lambat nak kawin... kena cari duit hantaran pula dulu. kalau zaman Rasulullah... mas kawin dah memadai. cuma zaman sekarang ni... semuanya material. dah susah nak jumpa orang yang taknak hantaran... hee

Bookmark and Share

    


  Member Information For dauspdProfil   Hantar PM kepada dauspd   Quote dan BalasQuote

houri
WARGA SETIA
Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11224
Posting: 594
Dari: bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-03-06 22:51


ambik pengajaran dari cerita tok.
tok bercerita berdasarkan ilmu dan pengalamannya.
pengalaman hanya dapat dipelajari melalui pengalaman hidup dan tidak mampu dijual beli dan direka-reka.

Bookmark and Share

    


  Member Information For houriProfil   Hantar PM kepada houri   Quote dan BalasQuote

khalifah_85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22747
Posting: 437
Dari: johor bahru

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 30-03-06 02:02


assalamualaikum...

terima kasih tok.. atas nasihat yang amat berguna ini...

saya akan gemgam nasihat ini dan saya akan terapkan dalam generasi saya insya ALLAH...

atuk bantulah mendoakannya.. agar saya berjaya mengubahnya dari keluarga saya hinggalah ke pada negara saya...

amin...

Bookmark and Share

    


  Member Information For khalifah_85Profil   Hantar PM kepada khalifah_85   Quote dan BalasQuote

nabilpoyo
WARGA SETIA
Menyertai: 13.12.2005
Ahli No: 21141
Posting: 730
Dari: Kuantan + penang + KL + jakarta

blank   avatar


posticon Posting pada: 30-03-06 02:25


oo

Bookmark and Share

    


  Member Information For nabilpoyoProfil   Hantar PM kepada nabilpoyo   Quote dan BalasQuote

akwa
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2005
Ahli No: 20434
Posting: 729
Dari: tganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 30-03-06 06:25


tuk tuk tuk( ketuk meja ) tanda setuju dengan atuk ....
hahahaha

Bookmark and Share

    


  Member Information For akwaProfil   Hantar PM kepada akwa   Pergi ke akwa's Website   Quote dan BalasQuote

zilzal
WARGA SETIA
Menyertai: 12.03.2006
Ahli No: 23382
Posting: 854
Dari: somewhere in jordan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 30-03-06 06:29


atuk yang best......

Bookmark and Share

    


  Member Information For zilzalProfil   Hantar PM kepada zilzal   Quote dan BalasQuote

akwa
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2005
Ahli No: 20434
Posting: 729
Dari: tganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 30-03-06 07:07


nak jadi atuk ke???
jadila suami dulu...
hehehehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For akwaProfil   Hantar PM kepada akwa   Pergi ke akwa's Website   Quote dan BalasQuote

zilzal
WARGA SETIA
Menyertai: 12.03.2006
Ahli No: 23382
Posting: 854
Dari: somewhere in jordan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 30-03-06 07:12


anak akwa dah bape ramai./..hehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For zilzalProfil   Hantar PM kepada zilzal   Quote dan BalasQuote

akwa
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2005
Ahli No: 20434
Posting: 729
Dari: tganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 30-03-06 07:30


ramai dah,xsempat nak bilang...
rasa dah mencecah angka 28 (anak sedarala)

Bookmark and Share

    


  Member Information For akwaProfil   Hantar PM kepada akwa   Pergi ke akwa's Website   Quote dan BalasQuote

emi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.10.2003
Ahli No: 4053
Posting: 139
Dari: Alor Setar, Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 30-03-06 08:25


bagus karya ini.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For emiProfil   Hantar PM kepada emi   Quote dan BalasQuote

khazinatulsyouqoh
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.10.2005
Ahli No: 19897
Posting: 209
Dari: on earth

Johor  


posticon Posting pada: 30-03-06 08:59


tepat sekali, macam saya fikir juga, he.......he.........

Bookmark and Share

    


  Member Information For khazinatulsyouqohProfil   Hantar PM kepada khazinatulsyouqoh   Quote dan BalasQuote

suebalqis
Warga Rasmi
Menyertai: 02.02.2006
Ahli No: 22388
Posting: 9

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 30-03-06 10:59


best juga topik ini.kelakar.atok ini bukan calang- calang orang kan........... memang berilmu.... biasala atok zaman moden....[email protected]

Bookmark and Share

    


  Member Information For suebalqisProfil   Hantar PM kepada suebalqis   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.444705 saat. Lajunya....