Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 08-08-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila seseorang itu sentiasa meninggi diri, dirinya saja yang lebih dari orang lain, dirinya saja yang hebat, pastilah dialah orang yang paling rendah nilai, maruah, akhlak dan kedudukannya
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 61
Ahli: 0
Jumlah: 61




  Yang Masuk Ke Sini
wakjaman: 8 hari yang lalu
muslimiman: 13 hari yang lalu
tornado: 33 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Mari Mencuba Bahasa Arab Moden


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Mari Mencuba Bahasa Arab Moden

Please Mendaftar To Post


Oleh Mari Mencuba Bahasa Arab Moden

Abu_Ruqayyah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.03.2006
Ahli No: 23449
Posting: 590
Dari: Manchester

Selangor  


posticon Posting pada: 28-03-06 05:04


assalamualaikum..

Sejauhmanakah pengetahuan anda mengenai fungsi bahasa Arab(BA)? adakah ianya hanya berlegar di sekitar ilmu pengajian Islam sahaja, terutamanya berkenaan kitab suci al-Quran dan al-Sunnah? atau yang belajar BA hanya ustaz2 dan ustazah2? bukan buisnesman/women, arkitek, lawyer, akauntan dll?

Adakah BA tiada tempat di peringkat antarabangsa? atau ia tiada nilai kormesial? atau ia bukan bahasa ilmu yang boleh menandingi bahasa Inggeris?

Secara sedar ataupun tidak, bahasa yang 8 tahun lalu menduduki 'ranking' ke 12 dunia ini, kini telah pun melonjak kepada tangga ke-6 dunia daripada segi kepentingan dan kapasiti para penuturnya.

Ini membuktikan bahawa BA bergerak maju dan berkembang sesuai dengan peredaran zaman. BA adalah bahasa ilmu yang kaya dengan perbendaharaan kata yang mampu menjana istilah2 moden tanpa mencedok atau meniru bahasa lain. Ilmu sains, teknologi, ekonomi, sains politik dan sosial, linguistik, media dll lagi telah diterjemahkan ke dalam BA melalui kaedah morfologi dan derivasi yang sememangnya unik di dalam ilmu trimologi Arab.

Forum ini dicetuskan bertujuan untuk mendedahkan kepada pelayar2 web ini tentang pengetahuan BA moden yang jarang dipertengahkan pada masa kini berbanding BA menurut bidang dengan pengajian Islam dan Arab itu sendiri.

di dalam forum ini, digalakkan sesiapa yang berminat untuk mencurahkan ilmu pengetahuan mengenai ISTILAH BA MODEN YANG DITERJEMAHKAN di dalam BAHASA MELAYU yang sering digunakan di dalam akhbar, television, majalah, filem dan sebagainya untuk dikongsi bersama.

Agar dengan ini, dahulu mereka yang hanya mampu membaca kitab-kitab agama di dalam BA, akan mampu membaca akhbar2 berita, majalah dan sebagainya di dalam BA.
[ Telah diedit oleh: Abu_Ruqayyah pada 02-04-06 06:53 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Abu_RuqayyahProfil   Hantar PM kepada Abu_Ruqayyah   Pergi ke Abu_Ruqayyah's Website   Quote dan BalasQuote

Abu_Ruqayyah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.03.2006
Ahli No: 23449
Posting: 590
Dari: Manchester

Selangor  


posticon Posting pada: 28-03-06 05:21


sebagai pembukaan

هيئة الإذاعة الأسترالية = ABC(Australian Broadcasting Corporatian)
                     Badan Penyiaran Australia

عُضو برلمان = ahli parlimen

عُضو الوفد الرسمي = ahli perwakilan(delegasi) rasmi

عضو في مجلس الوزراء = ahli kabinet

عضو اللجنة = ahli jawatankuasa

عضو شَرَفِيّ = ahli kehormat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Abu_RuqayyahProfil   Hantar PM kepada Abu_Ruqayyah   Pergi ke Abu_Ruqayyah's Website   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 28-03-06 14:11


ermmm...ermmm

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

maqnawie
Warga 4 Bintang
Menyertai: 02.09.2005
Ahli No: 18647
Posting: 222
Dari: Milik ALlah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 28-03-06 14:35


bismillah..
assalamualaikum...

ana pun tak tau...
ajor lah kami brader abu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For maqnawieProfil   Hantar PM kepada maqnawie   Quote dan BalasQuote

Abu_Ruqayyah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.03.2006
Ahli No: 23449
Posting: 590
Dari: Manchester

Selangor  


posticon Posting pada: 28-03-06 14:41


insyaAllah ana akan paparkan sikit demi sedikit, samping tu juga harap ada kawan2 kita juga kongsikan apa yang mereka ada dari apa yang mereka dapat dan pelajari, tidak kira istilah apa yang penting BA.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Abu_RuqayyahProfil   Hantar PM kepada Abu_Ruqayyah   Pergi ke Abu_Ruqayyah's Website   Quote dan BalasQuote

Atif_Haziq
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13220
Posting: 203
Dari: اللذي بركنا حوله

Terengganu  


posticon Posting pada: 28-03-06 15:17


قيمة الحالية = Nilai terkini
اللسانيات = Linguistik
كذبذبان = pembohong besar
رأسمال = Modal
عرضة الأزياء = model
oklah cukupla tuk hari ni....

selamat belajar...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Atif_HaziqProfil   Hantar PM kepada Atif_Haziq   Quote dan BalasQuote

Abu_Ruqayyah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.03.2006
Ahli No: 23449
Posting: 590
Dari: Manchester

Selangor  


posticon Posting pada: 28-03-06 15:18


Petikan daripada akhbar al-Jazeera

البرادعي يجدد مطالبة إيران بوقف أنشطتها النووية
Albaradei memperbaharui gesaan terhadap Iran agar menghentikan program nuklearnya.
[ Telah diedit oleh: Abu_Ruqayyah pada 28-03-06 15:19 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Abu_RuqayyahProfil   Hantar PM kepada Abu_Ruqayyah   Pergi ke Abu_Ruqayyah's Website   Quote dan BalasQuote

Abu_Ruqayyah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.03.2006
Ahli No: 23449
Posting: 590
Dari: Manchester

Selangor  


posticon Posting pada: 28-03-06 17:38


الهيكل التنظيمي /الهيكل البياني لتنظيم إدارة الكلية = carta organisasi fakulti

الطبعة غير المشروعة = cetak rompak

طَموح / طَموحات = wawasan, cita-cita

فيلم خالع / أفلام خالعة = filem lucah

قصة غراميّة = cerita romantik

Bookmark and Share

    


  Member Information For Abu_RuqayyahProfil   Hantar PM kepada Abu_Ruqayyah   Pergi ke Abu_Ruqayyah's Website   Quote dan BalasQuote

Abu_Ruqayyah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.03.2006
Ahli No: 23449
Posting: 590
Dari: Manchester

Selangor  


posticon Posting pada: 28-03-06 17:40


terima kasih saudara atiq kerana sudi berkongsi dan bertukar2 perbendaharaan kata Arab...harap dapat diteruskan untuk kongsi bersama.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Abu_RuqayyahProfil   Hantar PM kepada Abu_Ruqayyah   Pergi ke Abu_Ruqayyah's Website   Quote dan BalasQuote

alexander
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-03-06 19:00


:-) Assalamualaikum....



Syukran atas info..tapi tulisan kecil sangat tak nampak...


-----------------
Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......


Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderProfil   Hantar PM kepada alexander   Pergi ke alexander's Website   Quote dan BalasQuote

namirah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.12.2003
Ahli No: 5920
Posting: 232
Dari: Ardhillah

singapore  


posticon Posting pada: 28-03-06 19:06


best..tapi kenapa tulisan arab tu kecik sangat? susahlah nak baca

Bookmark and Share

    


  Member Information For namirahProfil   Hantar PM kepada namirah   Quote dan BalasQuote

segerak_searah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.03.2006
Ahli No: 23281
Posting: 127
Dari: Kem Sg Besi

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 28-03-06 21:24


ini yang semangat nak blajo ini..tapi tulisan jawi di atas tolong bagi besar sikit ek.maklumlah mata tak berapa nak nampak..hehehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For segerak_searahProfil   Hantar PM kepada segerak_searah   Quote dan BalasQuote

zilzal
WARGA SETIA
Menyertai: 12.03.2006
Ahli No: 23382
Posting: 854
Dari: somewhere in jordan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-03-06 21:37


انهيار=kejatuhan..

satu saja..hehe..
p/s:taktau nak besorkan tulisan bagaimana...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zilzalProfil   Hantar PM kepada zilzal   Quote dan BalasQuote

Abu_Ruqayyah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.03.2006
Ahli No: 23449
Posting: 590
Dari: Manchester

Selangor  


posticon Posting pada: 28-03-06 22:06


mengenai tulisan arabic word yang kecil, saya sendiri tak tau nak buat macamana. kita kena minta pada admin supaya 'set'kan tulisan arab lebih besar dan jelas.

apa yang boleh saya bagi idea, saudara/i copy perkataan arab itu kemudian 'paste'kan di dalam microsoft word, kemudian besarkan tulisan arab itu.

satu lagi idea, setiap perkataan arab yang ditulis, disertakan tulisan berbentuk roman, yang dieja mengikut sebutan kalimah arab itu, supaya para pembaca dapat gambaran mengenai sebutan jikalau sukar untuk membaca tulisan arab yang kecil atau kurang jelas.

diharap sahabat2 yang lain agar kita sama-sama dapat berkongsi kosa kata arab moden, dan sama-sama dapat kita manfaatkan bersama.

jikalau ada perenggan yang dipetik dari majalah, suratkhabar, artikel dalam BA, yang telah diterjemahkan ke dalam BM atau BI amat dialu-alukan.

atau mana-mana istilah bahasa, menurut dialek dan budaya arab tempatan mengikut negara2 Arab juga dialu2kan untuk dikongsi bersama.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Abu_RuqayyahProfil   Hantar PM kepada Abu_Ruqayyah   Pergi ke Abu_Ruqayyah's Website   Quote dan BalasQuote

Abu_Ruqayyah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.03.2006
Ahli No: 23449
Posting: 590
Dari: Manchester

Selangor  


posticon Posting pada: 29-03-06 15:30


الحساسِيّة Hassasiyyah = alergi
القُرصة المعدية al-qursah al-ma'diyyah = gastrik
البول السكري al-baul al-sukariy = kencing manis
مرض الكُليَة maradh al-kulyah = sakit buah pinggang
إرتفاع ضغط الدم irtifa' dhaghti al-dam = darah tinggi
ضعف القلب dha'fu al-qalb

Bookmark and Share

    


  Member Information For Abu_RuqayyahProfil   Hantar PM kepada Abu_Ruqayyah   Pergi ke Abu_Ruqayyah's Website   Quote dan BalasQuote

Abu_Ruqayyah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.03.2006
Ahli No: 23449
Posting: 590
Dari: Manchester

Selangor  


posticon Posting pada: 30-03-06 16:24


petikan dari akhbar al-jazeera, 29/3/06


اختتمت القمة العربية الثامنة عشرة في الخرطوم أعمالها في يومها الثاني والأخير بعقد الجلسة الختامية التي أعقبت جلسة
                                                         علنية تحدث فيها عدد من الزعماء والمسؤولين العرب والأجانب.

Kemuncak persidangan negara-negara arab ke 18 di khartoum telah mengakhiri aktiviti-aktivitinya pada hari kedua dan terakhir dengan bermulanya persidangan penutup selepas persidangan terbuka dijalankan. Beberapa pemimpin-pemimpin Arab dan luar telah menyampaikan ucapan mereka di dalam persidangan ini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Abu_RuqayyahProfil   Hantar PM kepada Abu_Ruqayyah   Pergi ke Abu_Ruqayyah's Website   Quote dan BalasQuote

RenTokiL_IniTiaL
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.03.2006
Ahli No: 23578
Posting: 102
Dari: atas Bumi

malaysia  


posticon Posting pada: 30-03-06 18:19


alhamdulillah...ada forum pasal bahasa arab moden. boleh tau banyak

istilah2 moden arab, harap berterusan.

kita di Malaysia jarang sangat di dedahkan dengan istilah-istilah

moden bahasa arab.

ustaz2 dan ustazah2 yang ajar b. arab pun tak bagi pendedahan

tentang ni kat anak-anak murid, maybe mereka sendiri tak banyak

tahu tentang istilah moden.

sebab tulah b. arab kurang berkembang di Malaysia, sebab hanya

ajar bahasa ni menurut konteks ilmu agama sahaja.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RenTokiL_IniTiaLProfil   Hantar PM kepada RenTokiL_IniTiaL   Quote dan BalasQuote

Abu_Ruqayyah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.03.2006
Ahli No: 23449
Posting: 590
Dari: Manchester

Selangor  


posticon Posting pada: 31-03-06 06:08


PETIKAN AKHBAR AL-JAZEERA 30/3/2006

كارول تلقت معاملة حسنة
CAROLL MENDAPAT LAYANAN BAIK

أكدت الصحفية الأميركية جيل كارول التي أطلق سراحها في العراق بعد نحو ثلاثة أشهر من خطفها ببغداد أنها تلقت معاملة جيدة على أيدي خاطفيها.
Wartawan Amerika di Iraq Jill Caroll yang dibebaskan selepas kira-kira tiga bulan diculik di Baghdad menyatakan bahawa beliau mendapat layanan yang baik dari para penculik.


وقالت كارول التي كانت ترتدي حجابا لتلفزيون بغداد "أشعر بالسعادة لأنني حرة أريد فقط أن أكون مع أسرتي" مضيفة أنها لم تبلغ بأنه سيفرج عنها.

Caroll yang bertudung berkata kepada television Baghdad,” saya berasa sungguh bahagia kerana saya bebas, saya hanya mahu bersama keluarga saya”. Tambahnya lagi, bahawa keluarganya masih belum menerima berita tentang pembebasannya.

وفي برلين أعربت وزيرة الخارجية الأميركية كوندوليزا رايس عن "سرورها وارتياحها" لنبأ الإفراج عن الصحفية كارول، كما أعربت عائلتها في بوسطن ارتياحها للإفراج عنها وهي في صحة جيدة.

Di Berlin, menteri luar Amerika Condoleezza Rice, meluahkan kegembiraan dan kelegaannya tentang berita pembebasan Caroll. Begitu juga ahli keluarga Caroll di Boston menyatakan kelegaan mereka mengenai pembebasannya dan kesihatannya adalah baik.

في غضون ذلك قال سياسيون ومسؤولون عراقيون إن كارول نقلت قبل ساعات إلى مكتب يديره الحزب الإسلامي, وأكد مصدر بوزارة الداخلية العراقية أنها في صحة جيدة وأنها الآن في المنطقة الخضراء.
Pada waktu yang sama, ahli-ahli politik di Iraq menyatakan bahawa Caroll telah dipindahkan beberapa jam yang lalu ke satu pejabat yang ditadbir oleh parti Islam. Sumber dari kementerian dalam negeri Iraq menegaskan bahawa beliau di dalam keadaan sihat dan sekarang ditempatkan di kawasan hijau.
[ Telah diedit oleh: Abu_Ruqayyah pada 31-03-06 06:18 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Abu_RuqayyahProfil   Hantar PM kepada Abu_Ruqayyah   Pergi ke Abu_Ruqayyah's Website   Quote dan BalasQuote

wafa_mawaddah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2003
Ahli No: 4175
Posting: 845
Dari: mardhatillah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 31-03-06 07:27


info yang menarik...
memang sepatutnya bahasa arab di malaysia ni dinaiktarafkan...
bukan bahsa inggeris sahaja...
bahasa arab bahasa ahli syurga...bahasa yang dituturkan oleh nabi kita MUhammad pbuh...Kenapa kita tak mampu nak cuba mempelajarinya dan mengajarkannya pada bangsa dan anak2 kita....
syabas buat usaha untuk memodenkan bahasa arab.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For wafa_mawaddahProfil   Hantar PM kepada wafa_mawaddah   Pergi ke wafa_mawaddah's Website   Quote dan BalasQuote

Abu_Ruqayyah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.03.2006
Ahli No: 23449
Posting: 590
Dari: Manchester

Selangor  


posticon Posting pada: 31-03-06 15:47


terima kasih atas sokongan saudara/i,
kalau ada kerjasama saya akan teruskan,
tapi nampak yang meneruskan adalah saya seorang,
yang ada yang hanya beri sekali sahaja kemudian hilang,
saya juga ingin berkongsi dan bertukar-tukar maklumat,
kalau saya seorang sahaja, lebih baik saya baca sendiri dan simpan untuk koleksi ilmu saya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Abu_RuqayyahProfil   Hantar PM kepada Abu_Ruqayyah   Pergi ke Abu_Ruqayyah's Website   Quote dan BalasQuote

Abu_Ruqayyah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.03.2006
Ahli No: 23449
Posting: 590
Dari: Manchester

Selangor  


posticon Posting pada: 01-04-06 19:01


الإشاعات al-isyaa'aat = gosip
بوصلة buusolah/bausolah = kompas
إستنساخ istinsaakh = klon
كوافير kawaafiir =kedai gunting rambut/salon
مشهد masyhad = adegan
عجينة لونية 'ajinah launiyyah = adunan warna
وكالة wakaalah = agensi
وكالة الأنباء/الأخبار wakaalah al-anba'/al-akhbar = agensi berita

Bookmark and Share

    


  Member Information For Abu_RuqayyahProfil   Hantar PM kepada Abu_Ruqayyah   Pergi ke Abu_Ruqayyah's Website   Quote dan BalasQuote

shattir
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.02.2006
Ahli No: 22741
Posting: 167
Dari: bumi Allah

georgia  


posticon Posting pada: 01-04-06 20:27


Alhamdulillah..dapat tambah ilmu.
"Teruskan belajar.." :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For shattirProfil   Hantar PM kepada shattir   Quote dan BalasQuote

Abu_Ruqayyah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.03.2006
Ahli No: 23449
Posting: 590
Dari: Manchester

Selangor  


posticon Posting pada: 09-04-06 23:03


أرشيف arshiif = arkib
الأرشيف الوطني al-arshiif al-watoniy = arkib negara
مئزر/ مريول mi'zar/maryul = apron
رابطةُ دولِ جنوب شرقي آسيا raabitah duwal januub sharqiy asia =Association of Southeast Asian Nations(ASEAN)
أحماض ahmaadh = asid
ممنوعات mamnuu'aat = daya tahan

Bookmark and Share

    


  Member Information For Abu_RuqayyahProfil   Hantar PM kepada Abu_Ruqayyah   Pergi ke Abu_Ruqayyah's Website   Quote dan BalasQuote

jutawanmuslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2005
Ahli No: 20900
Posting: 1561
Dari: UPM

Selangor  


posticon Posting pada: 09-04-06 23:04


tak dapat nak sumbangkan apa-apa...

Bookmark and Share

    


  Member Information For jutawanmuslimahProfil   Hantar PM kepada jutawanmuslimah   Quote dan BalasQuote

zarimi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.04.2006
Ahli No: 24209
Posting: 77
Dari: pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 18-04-06 02:13


bukan jutawanmuslimah tak dapat sumbang, cuma mungkin masa untuk membelek buku bahasa arab kurang......tapi boleh cuba lagi kan.......em abu ruqayyah....boleh terangkan tak bagaimana nak gunakan wazan2 dan apa basic wazan yang perlu kita hafal...sory ye abu ruqayyah ...lari topik pulak

Bookmark and Share

    


  Member Information For zarimiProfil   Hantar PM kepada zarimi   Quote dan BalasQuote

Abu_Ruqayyah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.03.2006
Ahli No: 23449
Posting: 590
Dari: Manchester

Selangor  


posticon Posting pada: 18-04-06 04:50


sepertimana yang diketahui bahawa timbangan kosa kata kerja dan nama(الميزان الصرفي;)) di dalam ilmu morfologi Arab(علم الصرف;))terlalu panjang perbahasannya.

InsyaAllah saudara Zarimi, jika diperuntukkan waktu yang cukup oleh Allah, saya akan cuba ringkaskan menurut kemampuan ilmu saya.
[ Telah diedit oleh: Abu_Ruqayyah pada 18-04-06 04:52 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Abu_RuqayyahProfil   Hantar PM kepada Abu_Ruqayyah   Pergi ke Abu_Ruqayyah's Website   Quote dan BalasQuote

zarimi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.04.2006
Ahli No: 24209
Posting: 77
Dari: pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 19-04-06 00:13


em bagus la begitu abu_ruqayyah.dulu ada la hafal sikit-sikit tapi dah lupa sebab tak tau apa fungsi dia yang sebenarnya dan tak tau nak gunakan bila nak buat ayat dalam bahasa arab....kalau orang cakap arab boleh la faham sikit-sikit tapi nak balas semula blank kejap....so far, campur saja dengan bhasa inggeris...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zarimiProfil   Hantar PM kepada zarimi   Quote dan BalasQuote

cahaya_kelembutan
Warga 2 Bintang
Menyertai: 03.04.2005
Ahli No: 15578
Posting: 67
Dari: UKM KKL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 29-05-06 23:22


hurmm...bagus juga ada forum macam ni.....pengetahuan BA moden memang kurang....belajar pun BA komunikasi sahaja...harap kita semua dapat menambah pengetahuan di dada :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For cahaya_kelembutanProfil   Hantar PM kepada cahaya_kelembutan   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.128117 saat. Lajunya....