Oleh |
Demo Protes sampai turun. |
lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 17.05.2003 Ahli No: 407
Posting: 1306
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.
|
Posting pada: 23-03-06 17:54
. Protes terhadap kenaikan harga minyak akan diteruskan lagi pada 26 MAC 2006 (Ahad), masa 10 Pagi bertempat di Dataran KLCC. Kepada sahabat-sahabat di portal ukhwah ini diharap dapat kita mengorbankan pagi cuti hari minggu kita untuk kita sama-sama membantah tindakan yang merugikan rakyat ini. Ayuh kita gerakkan seluruh lapisan rakyat, bersama kita PROTES SAMPAI TURUN ----------------- Hunusan lidah itu lebih berbisa daripada hunusan keris sang pendekar
|
syahid_zul
WARGA SETIA Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5698
Posting: 535
Dari: terengganu
|
Posting pada: 23-03-06 18:25
Protes sampai jatuh dan xnaik2 lagi dah!! p/s:Ayah Lah dah silap langkah dah.....imej "Mr. Clean" yang tercalar....... -----------------
|
mohdnurhakimin
WARGA SETIA Menyertai: 28.03.2005 Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse
|
Posting pada: 23-03-06 19:54
Bagus. But, i'm sorry, i can't be there. Teruskan perjuangan. Sokongan ana ada bersama anda. May ALLAH be with you guys.
|
tasbih_30
WARGA SETIA Menyertai: 27.02.2006 Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK
|
Posting pada: 23-03-06 20:19
berkesan ke protes2 macam ni... ana rasa berdasarkan pengalaman lampau protes2 ni memang tak berkesan... bukan nak menyokong atau membangkang tapi menyuarakan pendapat... jangan la marah erk tapi ana kurang setuju protes2 ni... buat piket ni mencemarkan imej negara,,,wartawan asing sentiasa ambil peluang begini untuk tunjukkan pada dunia luar kononnya Malaysia ni tak aman.... -aman malaysia.... -hidup berlandaskan syariat... -cita2 ana mahu lihat semua umat islam mendirikan solat.... kelak kemajuan dan syiar islam pasti tegak berdiri megah....
|
syahid_zul
WARGA SETIA Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5698
Posting: 535
Dari: terengganu
|
Posting pada: 23-03-06 20:27
Pada 23-03-06 20:19 , tasbih_30 posting:!!! QUOTE !!! berkesan ke protes2 macam ni... ana rasa berdasarkan pengalaman lampau protes2 ni memang tak berkesan... bukan nak menyokong atau membangkang tapi menyuarakan pendapat... jangan la marah erk tapi ana kurang setuju protes2 ni... buat piket ni mencemarkan imej negara,,,wartawan asing sentiasa ambil peluang begini untuk tunjukkan pada dunia luar kononnya Malaysia ni tak aman....
-aman malaysia....
-hidup berlandaskan syariat...
-cita2 ana mahu lihat semua umat islam mendirikan solat.... kelak kemajuan dan syiar islam pasti tegak berdiri megah.... lorrr.....saya bukan niat nak bangkang atau apa-apa...tapi nak minta sedara cuba tunjuk contoh satu negara yang tak pernah ada demontrasi kat negara dia....Demontrasi bukan bermakna tidak aman tapi bermakna kebebasan bersuara dan menyatakan tidak puas hati atas tindakan2 kerajaan.. Demontrasi biasanya akan aman jika tiada "kuasa" luar yang menganggu!Demontrasi juga menunjukkan masih ada yang prihatin kepada masalah negara...Demontrasi juga sebagai satu gantian suara rakyat yang tidak sampai di parlimen...Demontrasi menunjukkan kesedaran dan pentas untuk rakyat tampil mempertahankan hak2 tertentu dan tidak sekali2 wajar ada orang yang men"cop"nya sebagai tindakan menghuru-hara!!! moga saudara jelas...... -----------------
|
hanggukkau
WARGA SETIA Menyertai: 17.03.2006 Ahli No: 23501
Posting: 454
Dari: egypt
|
Posting pada: 23-03-06 21:09
boikot............kita pecahkan parlimen..hahahahahaha!!!!!!!!
|
tasbih_30
WARGA SETIA Menyertai: 27.02.2006 Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK
|
Posting pada: 23-03-06 21:26
kalau niat saudara baik semoga berjaya...
|
blueberry_strawberry
Warga 3 Bintang Menyertai: 25.02.2006 Ahli No: 22980
Posting: 119
Dari: bangi
|
Posting pada: 25-03-06 18:06
Pada 23-03-06 20:19 , tasbih_30 posting:!!! QUOTE !!! berkesan ke protes2 macam ni... ana rasa berdasarkan pengalaman lampau protes2 ni memang tak berkesan... bukan nak menyokong atau membangkang tapi menyuarakan pendapat... jangan la marah erk tapi ana kurang setuju protes2 ni... buat piket ni mencemarkan imej negara,,,wartawan asing sentiasa ambil peluang begini untuk tunjukkan pada dunia luar kononnya Malaysia ni tak aman....
-aman malaysia....
-hidup berlandaskan syariat...
-cita2 ana mahu lihat semua umat islam mendirikan solat.... kelak kemajuan dan syiar islam pasti tegak berdiri megah.... assalamualaikum warahmatullah siapa kata demo tak berkesan? berkesan tak berkesan itu belakang kira, yang penting kita jalankan tugas kita. Allah tak tanya apa hasil yang kamu dapat, tapi Allah tanya apakah sumbangan yang kamu dah lakukan untuk Islam? .. ada sebuah hadis disebutkan Daripada Abu Sa'id al-khudri katanya Rasulullah s.a.w telah bersabda: " Sebaik-baik jihad adalah perkataan yang benar di hadapan pemerintah yang zalim." Imam Hassan al-Banna pula menyatakan bahawa: " Islam mewajibkan jihad ke atas penganut2nya bukanlah bertujuan untuk mencari permusuhan di antara sesama manusia. Bukan pula untuk membuka jalan ke jurang tamak dan haloba kepada harta benda dunia secara merampas dengan kekerasan. Sebaliknya jihad itu diwajibkan semata-mata bertujuan untuk menjamin keamanan dan perdamaian dengan menunaikan perutusan agama yang diamanahkan Allah ke atas pundak tiap2 muslim. Amanah menyampaikan risalah agama yang memberi petunjuk kepada manusia menuju ke arah pintu gerbang keadilan dan kebenaran. dipetik dr kertas kerja 10: Memahami Perjuangan Islam, Manhaj Daurah Tadribiyah, Lajnah Tarbiyah dan Latihan Kepimpinan Pas Pusat Jom demo esok! ana Insya Allah pergi. siap sedialah nak kena sembur air pedih dan kena kejar dengan FRU . Mujahadah!- Mujahadah itu pahit, namun di hujungnya pasti ada kemanisan menanti. Allahuakbar! [ Telah diedit oleh: blueberry_strawberry pada 25-03-06 18:48 ]
|
khalifah_85
WARGA SETIA Menyertai: 16.02.2006 Ahli No: 22747
Posting: 437
Dari: johor bahru
|
Posting pada: 25-03-06 18:28
waalaikumussalam... assalamualaikum... nak ikut demo boleh tak? hehhe insya ALLAH saya akan bersama2 dengan kalian... takbir .... ALLAHU AKBAR !!!! ALLAHU AKBAR!!! ALLAHU AKBAR !!!!! WASSALAM....
|
blueberry_strawberry
Warga 3 Bintang Menyertai: 25.02.2006 Ahli No: 22980
Posting: 119
Dari: bangi
|
Posting pada: 25-03-06 18:40
assalamualaikum tafaddhal masykura jom sama-sama kita gegarkan KLCC... .."Memaafkan adalah satu akhlaq yang terpuji. Namun golongan mustakbirin yang menindas dan menzalimi orang tidak pernah mengiktiraf perbuatan memaafkan itu sebagai suatu akhlaq terpuji. Seandainya kamu dianiaya dan dizalimi dan dengan memaafkan golongan ini akan menyebabkan mereka menjadi lebih angkuh dalam kezaliman dan penindasannya, maka memaafkan itu tidaklah lagi menjadi akhlaq terpuji. Kamu mesti lawan dan dedahkan kezaliman dan kejahatan mereka". -kata-kata Sayyid Qutb: Fi Zilal Al Quran "Dan tiadalah pertolongan kecuali adari Allah: Al-Anfal:126 wallahua'lam
|
naruto-san
WARGA SETIA Menyertai: 25.12.2004 Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill
|
Posting pada: 25-03-06 20:33
compare rakyat malaysia dengan remaja perancis....memang jauh beza... rakyat malaysia terlalu baik hati....harga minyak naik masih boleh senyum pada pemimpin....foreigners datang malaysia layan 1st class, tapi dengan rakyat satu bangsa sendiri buat dek saja....bila pemimpin ugut sikit, terus ubah pendirian....dengar and terima bulat2 apa yang diperkatakan pemimpin dalam tv, percaya habis-habisan pada pemimpin...walhal apa yang dikatekan pemimpin kebanyakkanya kelengtong semata-mata. tapi remaja and rakyat perancis ataupun rakyat kat negara2 lain...semua bertindak menuntut hak mereka sebagai rakyat....pemimpin2 mereka takut nak buat silap...satu silap takut nanti tak dapat kekal undi....satu silap takut rakyat dakwa mereka ke mahkamah. malaysia???....hhmm....nak bawak pemimpin ke mahkamah.....kena tunggu institusi mahkamah kembali bersih...sekarang ini??...institusi mahkamah masih di takup kotor dengan rasuah and takutkan orang-orang politik. siapa law student ataupun lawyer...sila betulkan fakta ini kalau tak betul ye.....
|
Hamas_Ayasy
Warga 3 Bintang Menyertai: 19.03.2006 Ahli No: 23542
Posting: 128
Dari: Al-Ardhu
|
Posting pada: 25-03-06 20:44
|
hafeezzul
Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 25-03-06 22:57
|
warisan_lading
Warga 2 Bintang Menyertai: 03.02.2006 Ahli No: 22434
Posting: 57
Dari: melaka
|
Posting pada: 25-03-06 23:40
hehehe..hmm...teruskan usaha anda....gambate..
|
aduka_irwana
Warga 3 Bintang Menyertai: 08.02.2005 Ahli No: 14231
Posting: 141
Dari: dari mana nak ke mana??
|
Posting pada: 26-03-06 01:47
hmm...ana menyokong penuh demo ni...best juga kalau dapat pergi ramai-ramai buat demo ni....tapi, KLCC tu jauh pula dengan ana sekarang ni...tapi, tetap menyokong kalian!!
|
tasbih_30
WARGA SETIA Menyertai: 27.02.2006 Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK
|
Posting pada: 26-03-06 02:11
|
ilma
Warga 4 Bintang Menyertai: 18.02.2005 Ahli No: 14511
Posting: 247
Dari: terengganu
|
Posting pada: 26-03-06 12:54
hari ni k... tak apa la saya tolong tengok saja laaa...
|
mslina
Warga 4 Bintang Menyertai: 03.08.2005 Ahli No: 17798
Posting: 174
Dari: klang
|
Posting pada: 26-03-06 13:22
|
lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 17.05.2003 Ahli No: 407
Posting: 1306
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.
|
Posting pada: 26-03-06 16:56
. Pagi Ahad yang indah di dataran KLCC, berdiri megah di tengah-tengahnya dua buah menara yang ketinggiannya sebaris dengan menara-menara pencakar langit di negara-negara maju. Bila sahaja kita melihat menara yang tersergam indah indah, terbayanglah oleh kita bahawa kita sedang berada di sebuah negara maju yang rakyatnya stabil dari segi ekonomi, iklim demokrasinya begitu subur, rakyat bebas untuk bersuara, siri-siri demonstrasi aman bagi menyuarakan sesuatu ketidakpuasan hati rakyat tidak dikacau. Namun ironisnya pagi ahad 26 Mac tadi menara pencakar langit lambang kemajuan negara telah menjadi saksi kepada pencabulan kepada demokrasi, kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun untuk menyuarakan keadilan, rakyat yang berhimpun untuk meluahkan keperitan akibat dari kenaikan harga minyak, dikejar, dibelasah oleh pasukan FRU, ditangkap dan disumbatkan ke dalam trak polis bagaikan penjenayah. Satu senario yang memalukan bila melihatkan pasukan FRU ini yang lengkap dengan belantan berkeliaran di sekitar KLCC menghalau sesiapa sahaja di situ walaupun orang itu tiada kena-mengena langsung dengan demo, mengherdik dan mengeluarkan kata-kata kesat bagaikan mereka sahaja yang berkuasa di dunia ini. Lebih-lebih lagi KLCC ini menjadi tumpuan pelancong asing yang antaranya dari negara eropah. Bagi pelancong asing ini demonstrasi aman adalah sesuatu yang biasa di negara mereka, ianya tidak pun menakutkan mereka kerana ianya adalah amalan biasa dalam sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Yang asing bagi mereka adalah apabila demonstrasi aman ini diganggu oleh pasukan polis, rakyat dikejar dan dibelasah bagaikan penguasa di zaman purbawara. Satu lagi yang mendukacitakan kita ialah cuti hari ahad masih lagi tidak dapat menggerakkan jutaan rakyat bagi membantah atas apa yang dikenakan oleh kerajaan ke atas mereka itu. Kebanyakan rakyat masih lagi tidak sanggup bersama-sama untuk menyuarakan suara keperitan mereka, mereka hanya harapkan pihak-pihak dari parti politik dan NGO bagi berdemonstrasi membantah kenaikan harga minyak ini. Oleh kerana sikap kebanyakan rakyat inilah maka pihak polis yang sedia diperalatkan oleh kerajaan ini boleh memperlakukan sesuka hati mereka kepada penunjuk perasaan. Tetapi demonstrasi aman ini dapat menghimpunkan jutaan rakyat, saya percaya, mereka tidak akan berani untuk bertindak kasar. ----------------- Hunusan lidah itu lebih berbisa daripada hunusan keris sang pendekar[ Telah diedit oleh: lidah-penghunus pada 26-03-06 16:59 ]
|
blueberry_strawberry
Warga 3 Bintang Menyertai: 25.02.2006 Ahli No: 22980
Posting: 119
Dari: bangi
|
Posting pada: 27-03-06 01:27
hehe..ana kejar kejar dengan fru dan terkena percikan semburan air. pengalaman manis.. ana rasa berlari-lari selamatkan diri dari kejar fru jauh berpuluh kali ganda lebih baik dr orang-orang yang duduk bercouple dan berdua2an di taman klcc. rasa macam nak ajak saja mereka berlari2 sekali, itu lebih baik dr buat dosa nak nyatakan kepelikan lah. mengapalah encik2 fru dan polis2 tension2 belaka masa hari ahad tu? bengang agaknya, kena kerja lebih masa. sian depa..tak pasai2 saja kena overtime. lagi satu kan, yang duduk penat2 kejar kami dan tangkap orang yang tak bersalah tu buat apa? kami berdemo secara aman.. bukannya bakar bagunan ke bom sana sini ke. itulah tanda2 orang2 yang takut dengan bayang2 sendiri (orang atasan lah) ----------------- Cukuplah Allah bagiku, tiada Tuhan Selain Dia, hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dia memilki arasy yang agung. At-Taubah:129 [ Telah diedit oleh: blueberry_strawberry pada 27-03-06 01:36 ]
|
solskjaer
WARGA SETIA Menyertai: 25.08.2004 Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united
|
Posting pada: 27-03-06 01:30
semua buang masa.....kalau buat demo harga minyak boleh turun,tak pa,ni tak....sengsara dapat....semua memang buang masa...nak buat demola,apala.....
|
tasbih_30
WARGA SETIA Menyertai: 27.02.2006 Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK
|
Posting pada: 27-03-06 02:02
Pada 27-03-06 01:30 , solskjaer posting:!!! QUOTE !!! semua buang masa.....kalau buat demo harga minyak boleh turun,tak pa,ni tak....sengsara dapat....semua memang buang masa...nak buat demola,apala..... ...
|
mohdnurhakimin
WARGA SETIA Menyertai: 28.03.2005 Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse
|
Posting pada: 27-03-06 21:04
Teringat satu kisah yang berlaku di Sweden. Seorang Menteri yang berpotensi untuk menjawat jawatan PM dijatuhkan oleh media hanya kerana mendahulukan kad kredit kerajaan untuk membeli keperluan peribadi. Media membongkar kisah ini beberapa bulan selepas peristiwa tersebut, dan menteri tersebut sudah lama membayar balik wang terbabit. Sampai begitu sekali transparency yang berlaku di Sweden dan negra-negara Scandinavia yang lain. Sebelum ini, di Sweden, menteri tidak punya bodyguard sehingga berlaku dua kes menteri (termasuk PM) ditembak mati. Media berhak untuk 'melihat' setiap urusniaga dan keluar masuk wang kerajaan. Di negara kita, apa yang berlaku sangat menarik. Lebuhraya rosak kerana kesilapan rekabentuk; tiada siapa yang dipanggil ke tengah. Kita melihat ke depan, (yang bersalah dimaafkan agaknya?) Dan, alasan kerajaan, sentiasa sama, harga minyak naik di pasaran dunia, maka kita naikkan harga minyak. Cuma, sekarang, harga minyak dunia sudah turun sehingga hampir 10%, Kenapa kerajaan tidak terfikir untuk menurunkan harga minyak? P/S: Pelik dengan ketelusan kerajaan.
|
blueberry_strawberry
Warga 3 Bintang Menyertai: 25.02.2006 Ahli No: 22980
Posting: 119
Dari: bangi
|
Posting pada: 27-03-06 22:33
Pada 27-03-06 01:30 , solskjaer posting:!!! QUOTE !!! semua buang masa.....kalau buat demo harga minyak boleh turun,tak pa,ni tak....sengsara dapat....semua memang buang masa...nak buat demola,apala..... encik yang dihormati , agaknya awak ni biasa hidup senang. ye tak? pernah tak terfikir kesengsaraan orang lain? kuasa apa lagi yang ada pada rakyat selain buat demo? sedih betul. nak hantar memorandum tak boleh,nak buat demo tak boleh, malah disekat dan dihalang. orang yang berdemo yang tak bawa apa-apa senjata , hanya bawa badan dengan hati yang betul-betul harap dan tulus..ditangkap, dipukul dan diikat, nak nyatakan ketidapuasan hati di internet pun, katanya ada pengintip2 dari kerajaanlah. inikah negara demokrasi? tak ada kebebasan lansung. kalau macamtulah, saya cadangkan pimpinan kerajaan arahkan semua2 fru dan polis tangkap semua2 pembangkang, lepas itu bisukan mulut mereka.. kudungkan tangan dan kaki. dengan tu tak ada siapa lagi yang akan bangkang sebab nak bersuara dah tak ada suara. nak pergi demo dah tak ada kaki. nak pegang sepanduk dan placard dah tak ada tangan nak pegang. so malaysia dah tak ada pembangkang... malaysia pun aman damai... lepas itu polis dan fru tak payah kerja lebih masa..buat susah2 main keja2, main sembur2 air. malaysia tak layak dikatakan negara demokrasi. pemerintahan kuku besi, diktator, dan mahazalim sangatlah sesuai. pernah ada seorang sahabat saya, kerana dia rasa sangat tersiksa kenaikan harga minyak menyebabkan hidup dia sengsara., terpaksa berjimat serba-serbi. dia kata, dia takkan halalkan walau sesen pun apa yang kerajaan buat. jawablah pada Allah di akhirat nanti. ingat sikit, duit kerajaan adalah duit rakyat. duit yang kerajaan salah gunakan tulah duit2 haram, yang akan membakar segala isi2 perut mereka di neraka nanti. hidup ini umpama roda. ada masa kita berada di atas, ada masa kita berada di bawah pula. sekarang kita rasa kita berada di atas, selesa,hidup senang..aman damai.. entah esok lusa..kita berada di bawah siapa tahu ? Allah itu Maha Adil dan Maha Berkuasa dan Allah juga Maha Meninggikan dan Maha Merendahkan (Al-Muzillu). Allah berkuasa untuk merendahkan orang2 yang tinggi diri yang selama ni merasakan dia cukup hebat, gila kuasa, gila pangkat, gila dunia dan segala jenis gila lagi. dan Allah juga Maha Meninggikan orang2 yang selama ni direndah2kan maruahnya, dizalimi dan dinafikan hak2nya. sesungguhnya doa orang2 teraniaya itu adalah makbul dan cepat diperkenankan. Orang berani hanya mati sekali, orang penakut mati beribu kali!!! ----------------- Cukuplah Allah bagiku, tiada Tuhan Selain Dia, hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dia memilki arasy yang agung. At-Taubah:129 [ Telah diedit oleh: blueberry_strawberry pada 27-03-06 23:40 ]
|
ibnu_musa
Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 27-03-06 22:36
Pada 27-03-06 22:33 , blueberry_strawberry posting:!!! QUOTE !!! nak nyatakan ketidapuasan hati di internet pun, katanya ada pengintip2 dari kerajaanlah. betul ke ada pengintip kerajaan kat portal ukhwah ni, siapa tu... p/s: nak jadi james bond ye... ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| [ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 27-03-06 22:37 ]
|
ibnu_musa
Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 27-03-06 22:39
takziah saya ucapkan kepada mereka yang terlibat dalam demo semalam, teruskan usaha anda... Tidakkan miskin jika membela Islam Tidak hina meriba kebenaran yang mulia Jangan takut jika kau beriman...----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| [ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 27-03-06 22:44 ]
|
Along_Safa
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 180
Posting: 348
Dari: tilamhotel.com
|
Posting pada: 27-03-06 22:50
orang-orang lembik yang asyik bersama tasbih sememangnya berpendapat demontrasi seperti ini buang masa, tiada manfaat dan sebagainya... buat orang yang begitu, sememangnya anda tak rasa apa yang membara didalam jiwa seorang pejuang. Jiwa seorang pejuang bukan hanya duduk terperuk didalam rumah,masjid atau di depan internet sahaja, tapi pejuang mara dan bangkit pada setiap suasana! Jiwa seorang pejuang mahukan keadilan, mahukan hak disamping misi dakwah yang utama itu. Cuba hayati lagu Sunnah berjuang 1 dan 2 dari kumpulan NadaMurni baru anda boleh nak pertikai mengapa demo itu dibuat... Adakalanya tasbih perlu 'ditinggalkan' bagi menyahut seruan perjuangan yang lebih aula.. Jangan terlalu setia pada tasbih hinggakan sanggup mengutip bijian tasbih yang terburai berbanding berjuang di dataran jihad... Mengapa buang masa? Ketika umat Islam di dalam belenggu maksiat, kebodohan dan kejahilan, adakah kita masih nak mengutip tasbih? ----------------- [ Telah diedit oleh: safa_indah pada 27-03-06 22:52 ]
|
farah_hanan
WARGA SETIA Menyertai: 17.02.2006 Ahli No: 22791
Posting: 987
Dari: terengganu
|
Posting pada: 27-03-06 23:30
Pada 27-03-06 22:36 , ibnu_musa posting:!!! QUOTE !!! Pada 27-03-06 22:33 , blueberry_strawberry posting:!!! QUOTE !!! nak nyatakan ketidapuasan hati di internet pun, katanya ada pengintip2 dari kerajaanlah. betul ke ada pengintip kerajaan kat portal ukhwah ni, siapa tu...
p/s: nak jadi james bond ye...
mesti ada....kalau tak percaya, tunggu dan lihat..... ----------------- My love commitment to myself, my family and my fellow men becomes me the courage and strength to face the challenges of life....
|
tasbih_30
WARGA SETIA Menyertai: 27.02.2006 Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK
|
Posting pada: 27-03-06 23:48
Pada 27-03-06 22:50 , safa_indah posting:!!! QUOTE !!! orang-orang lembik yang asyik bersama tasbih sememangnya berpendapat demontrasi seperti ini buang masa, tiada manfaat dan sebagainya...
buat orang yang begitu, sememangnya anda tak rasa apa yang membara didalam jiwa seorang pejuang. Jiwa seorang pejuang bukan hanya duduk terperuk didalam rumah,masjid atau di depan internet sahaja, tapi pejuang mara dan bangkit pada setiap suasana!
Jiwa seorang pejuang mahukan keadilan, mahukan hak disamping misi dakwah yang utama itu. Cuba hayati lagu Sunnah berjuang 1 dan 2 dari kumpulan NadaMurni baru anda boleh nak pertikai mengapa demo itu dibuat...
Adakalanya tasbih perlu 'ditinggalkan' bagi menyahut seruan perjuangan yang lebih aula.. Jangan terlalu setia pada tasbih hinggakan sanggup mengutip bijian tasbih yang terburai berbanding berjuang di dataran jihad... Mengapa buang masa? Ketika umat Islam di dalam belenggu maksiat, kebodohan dan kejahilan, adakah kita masih nak mengutip tasbih?
akhlak dan budi bahasanya tak seindah namanya ... setakat pergi demo lepas itu bangga2 kan kat forum ni buat apa... besok dah sangkut takut ketor pula agaknya... mula2 saja cakap berapi lama hangatnya pun hilang... sudah lah safa indah hentikan serangan peribadi anda pada orang lain... Kalau betul sekalipon anda seorang pejuang demonstrasi jalanan tolong hormati hati dan perasaan orang lain... dan ingatlah bukan semua orang suka bertindak dengan berdemonstrasi.. ana ada pendapat ana sendiri ... mungkin lagi baik ana ajak umat ni ketikar sembahyang dari melaungkan perasaan walaupun tahu ketidakberhasilannya.. maaf lah saudara yang lain bukan maksud ana memperkecilkan usaha saudara... ana tahu saudara ada pandangan saudara sendiri.. tapi bagi ana berdemo secara aman tak salah tapi tetap tak praktikal...
|
tasbih_30
WARGA SETIA Menyertai: 27.02.2006 Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK
|
Posting pada: 28-03-06 01:17
|
tasbih_30
WARGA SETIA Menyertai: 27.02.2006 Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK
|
Posting pada: 28-03-06 13:33
utusan malaysia. !!! QUOTE !!! Polis bertindak jika berdemonstrasi KUALA LUMPUR 27 Mac - Polis akan mula mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melakukan demonstrasi atau perhimpunan haram kerana tidak mahu ia dijadikan budaya masyarakat negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menegaskan, sebarang demonstrasi untuk mendesak dan menekan kerajaan tidak akan dilayan.
Katanya, mereka yang mengadakan perhimpunan atau demonstrasi secara haram hanya menyusahkan orang ramai kerana aktiviti tersebut menyebabkan kesesakan lalu lintas dan menakutkan rakyat negara ini.
``Tiada siapa mempunyai hak untuk menjalankan perhimpunan atau mengadakan demonstrasi haram. Permit daripada polis mesti diperoleh sekiranya mana-mana pihak ingin berbuat demikian.
``Saya akan membawa perkara ini pada perhatian jemaah menteri supaya aktiviti-aktiviti tidak sihat seperti ini akan dihentikan. Saya percaya rakyat juga tidak bersetuju dengan demonstrasi seumpama ini,'' katanya pada sidang akhbar di Lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan polis yang menggunakan kekerasan terhadap para demonstrasi membantah kenaikan harga minyak di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) semalam.
Mengenai demonstrasi yang diadakan oleh ahli-ahli Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) di hadapan pintu masuk Bangunan Parlimen hari ini, beliau berkata Parlimen digazetkan sebagai kawasan keselamatan.
Katanya, kesatuan itu perlu mendapat kebenaran daripada pihak Parlimen dan pentadbir Parlimen berhak untuk mengenakan syarat kepada MTUC sebelum dibenar memasuki bangunan tersebut.
Tambah Mohamed Nazri, MTUC sebagai sebuah kesatuan yang mewakili pekerja di negara ini tidak seharusnya membuat perhimpunan secara haram bagi menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap kenaikan harga minyak.
Jelas beliau, perhimpunan itu dianggap haram kerana MTUC tidak mendapatkan permit daripada pihak polis.
``MTUC seharusnya menghubungi saya atau membuat temu janji terlebih dahulu bagi menghantar memorandum. Mengadakan perhimpunan haram bukan satu langkah yang bijak.
``Saya sudi berjumpa dengan mereka. Setiap minggu saya menerima memorandum daripada pelbagai jenis pertubuhan bukan kerajaan (NGO),'' katanya.
Mohamed Nazri berkata, beliau juga tidak pernah mendiskriminasikan mana-mana pertubuhan yang ingin menghantar memorandum kepada kerajaan.
Katanya, kerajaan tidak akan mengkaji semula kenaikan harga minyak walaupun MTUC mengadakan perhimpunan sehingga 100 kali.
``Mereka tidak mewakili suara yang besar, setakat berkumpul sehingga 500 orang ini tidak bermakna mereka mewakili 23 juta rakyat Malaysia.
``Saya tidak mahu perhimpunan haram ini menjadi satu aktiviti yang berterusan. Kita tidak akan benarkan mana-mana pihak melanggar undang-undang negara,'' katanya.
|
tasbih_30
WARGA SETIA Menyertai: 27.02.2006 Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK
|
Posting pada: 28-03-06 13:44
bila pergi demo lepas itu masuk dalam bukannya pihak penganjur nak tolong pun... yang dah terlepas buat tak peduli saja pada yang sangkut.... -ada betulnya juga berdemo ni merosakkan imej negara dari satu segi dan satu segi yang lain menunjukkan kebebasan bersuara... cuma bila dah ramai-ramai tu mula la ada yang nak tunjuk ganas.. mula2 aman la ...lepas itu jadi huru hara... pelancung pun naik takut ... kan rugi pada negara... lagi satu memang tak pernah ada hasil yang baik pun dari demonstrasi ni... suara2 ni tak dipedulikan pun kerana ia suara kelompok kecil saja... maaf la pada yang berdemo tu jangan la marah ana pula.. masing2 ada pandangan... cuma pada ana berdemonstrasi ni tidak praktikal... kalau tak puas hati gunakan masa pilihanraya...gunakan saluran yang betul demi kemakmuran dan keamanan negara,,, -aman malaysia- ana bersyukur sekurang-kurangnya kat negara ni tak ada yang menghalang untuk terus beribadat....Alhamdulillah...
|
cititel
Warga 3 Bintang Menyertai: 06.01.2006 Ahli No: 21725
Posting: 150
|
Posting pada: 28-03-06 14:21
saya memang bersetuju dengan tasbih_30, tetapi jika kita tengok dan kita fikir Kenapa rakyat membuat demo ini?? Mungkin tasbih_30 pun tahu dan boleh berfikir tentang keadaan rakyat malaysia. Pelbagai usaha telah di atur contohnya untuk mengadakan pertemuan dengan PM tetapi tidak dilayan. Jadi apakah lagi cara yang boleh di buat untuk menentang keadaan yang tidak rasional ini?? mungkin idea dari tasbih_30 lebih baik... mungkin...
|
faralia
Warga 2 Bintang Menyertai: 19.02.2006 Ahli No: 22825
Posting: 43
Dari: KELANTAN
|
Posting pada: 28-03-06 15:16
assalamualaikum.. teringat satu slogan kat klate ni...era pak lah rakyat lelah....memang benar dan sesungguhnye benar belaka...pak lah sudah mula tunjuk taring....harga minyak naik..padahal setahu saya harga minyak dunia dah mula turun..nampak sangat si pak lah ni dah hilang ingatan... wassalam
|
Addey
WARGA SETIA Menyertai: 13.03.2005 Ahli No: 15105
Posting: 948
Dari: kota marudu
|
Posting pada: 02-04-06 14:32
Pak Lah Perlu LETAK JAWATAN...saya rasa jika saya jadi PM...saya boleh buat jauuuh lebih baik dari Pak Lah...
|
tasbih_30
WARGA SETIA Menyertai: 27.02.2006 Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK
|
Posting pada: 02-04-06 15:16
hebatnya Addey.. harap2 mampu....
|
ibnu_musa
Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 02-04-06 21:16
pandangan saya, kalau kita taknak berdemo, janganlah pula kita perkecil2kan usaha orang yang berdemo, kita sebagai rakyat ada hak untuk menyuarakan pandangan, perasaan dan ketidakpuasan hati kita atas tindakan2 kerajaan yang tidak kita persetujui... teringat posting seorang sahabat kita dalam tajuk lain, tentang 300 pejuang Islam menentang 1000 orang musyrikin di zaman RasuluLlah di bukit Badar, kalau mereka seperti rakyat Malaysia sekarang ini, awal2 dah cabut lari... yelah, 300 orang nak lawan 1000 orang, tak praktikal la kan? walaupun 300 tapi di kalangan mereka yang terpilih, Nabi s.a.w. sendiri berdoa kepada Allah s.w.t., sekiranya 300 orang yang terpilih ini tewas, tak tertegaklah Islam di muka bumi ini... insya'Allah yang sedikit tapi berkualiti lebih baik dari yang banyak tapi tak berkualiti, tugas kita adalah usaha, yang selebihnya bertawakkal kepada Allah s.w.t. tak heranlah, ramai di kalangan Sahabat telah dijanjikan syurga ketika hayat mereka lagi, iman mereka memang tidak boleh dibandingkan dengan iman umat selepas mereka... ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| [ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 02-04-06 21:28 ]
|
blueberry_strawberry
Warga 3 Bintang Menyertai: 25.02.2006 Ahli No: 22980
Posting: 119
Dari: bangi
|
Posting pada: 05-04-06 12:31
salam alaik ni ana copy pandangan dr sorangs sahabat dr sebuah blog. cukup menyentuh hati message asal: Sesungguhnye sahabat-sahabat perlu sedar keadaan masyarakat ISLAM di Malaysia hari ini sudah di tahap yang sudah berat dan teruk sekali.. Sama ada golongan yang sudah sesat sesesatnya mahupun golongan yang di tindas semahu mahunya.. Pasti kita tidak boleh menyalahkan sesiapa tetapi dalam hadis Rasulullah saw riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi .. "Sesiapa yang diserahkan oleh Allah akan sesuatu urusan dari beberapa urusan pemerintahan kaum muslimin, lalu ia tidak mempedulikan tentang keperluan mereka, kesusahan dan penderitaan mereka nescaya Allah tidak akan mempedulikan tentang keperluan, kesusahan dan penderitaannya di hari kiamat nanti." Jelas hadis ini menunjukkan PIMPINAN adalah tunjang utama yang mencerminkan baik buruk rakyat dalam satu2 negara itu.. Satu orang pemimpin yang baik itu akan sentiasa bijak+telus+adil dalam membuat sesuatu tindakan dan mengutamakan kebajikan rakyat. Lagi firman ALLAH dari surah al-Hajj ayat 41 , "mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. Tetapi jika ini TIDAK berlaku.. "Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu , Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. " Setelah ana rujuk dari tafsir Ibn Kathir ( src="./images/forum/smilies/icon_cool.gif" alt="8)" /] .. Firman ALLAH dari surah al-baqarah ayat 216 ini menyeru supaya kita memerangi perkara munkar dan zalim. Ana petik sedikit tafsir nya .. (. ..and it may be that you dislike a thing which is good for you) meaning, fighting is followed by victory, dominance over the enemy, taking over their lands, money and offspring. Dan adakah di Malaysia yang di bawa dengan ISLAM hadhari ini , berbaloi jika kita tunjukkan kemarahan dan usaha membantah kita dalam ruangan pembaca di akhbar utusan? Dan sesungguhnya DEMONSTRASI itu adalah bagi ana adalah salah satu cara perjuangan untuk "memerangi" pemerintah2 yang zalim terhadap rakyatnya.. saya petik salah satu kata sahabat yang memberi komen ini , " Perjuangan?? Adakah ini yang dituntut dalam islam?? Membuat huru hara di negara sendiri?" Sesungguhnye demonstrasi yang di jalankan di negara ini adalah secara AMAN dan rasanya tidak pernah berlaku pendemo2 kita mencederakan orang awam.. TETAPI yang membuat huru-hara+kabut itu adalah polis2 FRU yang meleraikan mereka.. mereka umpama manusia yang perikemanusiaan nya telah di campak jauh2 demi menjaga ketenteraman negara ini yang dikatakan "aman".. Amankah kita? sahabat-sahabat lebih mengerti jwpnnya.. ISLAM hadhari umpamanye.. jika kita lihat keadaan malaysia yang "aman" ini, sudah boleh kita kembar iraskan konsep ISLAM hadhari ini dengan ISLAM liberal.. seperti yang sahabat-sahabat ketahui golongan liberal ini hanya berusaha mencabar perkara-perkara yang tercatat dalam al-Quran dan al-Sunnah dan melupakan penyakit sebenar masyarakat. Salah satu contoh yang di tulis Dr Yusuf Qardhawi dalam buku Markaz al-Mar`ah fi al-Hayat al-Islamiyyah mengenai golongan liberal yang bangkit menyuarakan agar di tutup pintu poligami dan mereka memburuk2kan poligami dengan dalam masa yang sama nya berdiam diri mengenai keburukan zina.. Adakah fenomena ini kita dengar di Malaysia ? sahabat-sahabat lebih tahu jawapan nya atau mungkin cukuplah ana hintkan satu pertubuhan di namakan SIS.. Malaysia yang "aman" ini memang sudah ditimpa penyakit kronik + kritikal = kronikal sekali.. dan keadaan sudah jelas memerlukan perjuangan untuk memerangi dan mencari ubat untuk nya.. jika kita hanya sedar tentang sakit ini dan berkata kita patut halang ini dan itu maka igtlah firman ALLAH dari surah al-Saff ayat 2-3 "Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya." InsyaALLAH jike seandainye datang kebaikan dari tulisan ini , semuanya datang dr ALLAH dan ana hanyelah asbab nya sahaja.. dan jike terdapat kekurangan maka sesungguhnye ia datang dari kelemahan diri ana ini ana pohon maaf juga.. ALLAH KNOWS BEST wassalam
|
blueberry_strawberry
Warga 3 Bintang Menyertai: 25.02.2006 Ahli No: 22980
Posting: 119
Dari: bangi
|
Posting pada: 05-04-06 12:32
tambahan lagi.. message asal: Mencelah lagi di sini.. Saya di sini tidak menyokong sesiapa atau mahu membidas sesiapa.. jika di katakan kita tidak mahu kepada ISLAM nya sesuatu pemerintahan itu, sudah pasti kita termasuk dalam golongan yang terpesong pemikiran nya.. Memetik artikel seorang ilmuwan Dr Mohd Asri bin Zainol Abidin ( http://www.ibn-qayyim.info/artikel/index.php?sid=8fd0e5db7660285ccacac74a81b2d29b) .. Dinyatakan , "mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan." Kerana mungkin ilmu saya tidaklah setinggi mana untuk mentafsir kalam ALLAH ini, saya serahkan ayat 41 surah al hajj ini kepada ulama tafsir , ibn kathir untuk menterjemahkan nya.. ( src="./images/forum/smilies/icon_cool.gif" alt="8)" /] .. " Those who, if We give them power in the land....) Then he said, "This is not obligatory only for those who are in authority, it also applies to those who are governed by them. Shall I not tell you what you can expect from your governor, and what duties those who are ruled owe to him Your rights over your governor are that he should check on you with regard to your duties towards Allah and restore the rights that you have over one another, and that he should guide you to the straight path as much as possible. Your duties towards him are that you should obey him without cheating and without resentment, and you should obey him both in secret and openly.." Di sini Ibn Kathir statekan tanggung jawab seseorang pemimpin ISLAM apabila di beri kuasa berdasarkan hukum ALLAH.. dan sahabat-sahabat boleh judge sendiri bagaimana kah keadaan Malaysia hari ini.. Di andaikan apabila kita takuti negara Malaysia ini menjadi huru hara dan kelam kabut kerana kita berusaha atau lebih tepat berjihad untuk melaksanakan pemerintahan mengikut hukum ALLAH ,pasti terdapat di situ unsur sayangkan keduniaan yang sememangnya menjadi penyakit manusia di akhir zaman ini.. adakah kita bimbang atau risau sekali jika Malaysia yang terkenal sekali dengan aman nya ini menjadi seperti afghanistan di kala terdapat kerajaan yang mengikut hukum ALLAH memerintah di negara ini? Sesungguhnya dunia ini sudah tidak punya masa yang lama lagi untuk memberi peluang kepada penghuninya untuk menikmati isi nya apatah lagi berselisih begini.. sama-sama lah kita kembali kepada al-quran dan as-sunnah dan mendambakan ISLAM nya Malaysia ini dengan sebetul2 ISLAM insyaALLAH.. kita tidak punyai banyak masa untuk tersenyum dan ketawa lagi.. ALLAH KNOWS BEST wassalam
|
hakimlaw
Warga Rasmi Menyertai: 31.03.2006 Ahli No: 23856
Posting: 16
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 05-04-06 12:37
TAKBIR!!!!!!!!!!!!!!!!!!! -----------------
|
lebah
Warga 2 Bintang Menyertai: 05.12.2005 Ahli No: 20760
Posting: 64
Dari: Fac Sc, UMKL
|
Posting pada: 05-04-06 13:09
pandangan saya dema ni memang ada baik dan ada buruknya. baiknya boleh membawa kesan kepada spesies-spesies yang zalim, korusi, penyalahguaan kuasa, rasuah dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya.... contohnya demo di thai akibat peminpin yang rasuah akhirnya membawa kepada perletakkan jawatannya. ada pun yang tak baik dan keadaan menjadi tak baik adalah berpunca provokasi daripada baruah-baruah dan siput bab* yang macam lembu kena cucuk hidung... ----------------- iCaM SeLaMat "kalau kita boleh tunaikan apa yang allah mahu, nescaya allah akan tunaikan pula apa yang kita mahu".(H.Riw At-Tabrani)
|
hasmah
Warga 2 Bintang Menyertai: 18.07.2003 Ahli No: 2438
Posting: 65
Dari: penang
|
Posting pada: 05-04-06 14:26
kita sokong pendapat tasbih_30
|
hasmah
Warga 2 Bintang Menyertai: 18.07.2003 Ahli No: 2438
Posting: 65
Dari: penang
|
Posting pada: 05-04-06 14:27
Kenapa tasbih_30 minta maaf????
|
hasmah
Warga 2 Bintang Menyertai: 18.07.2003 Ahli No: 2438
Posting: 65
Dari: penang
|
Posting pada: 05-04-06 14:29
|
syahid_zul
WARGA SETIA Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5698
Posting: 535
Dari: terengganu
|
Posting pada: 05-04-06 14:37
Pada 28-03-06 13:44 , tasbih_30 posting:!!! QUOTE !!! bila pergi demo lepas itu masuk dalam bukannya pihak penganjur nak tolong pun... yang dah terlepas buat tak peduli saja pada yang sangkut....
-ada betulnya juga berdemo ni merosakkan imej negara dari satu segi dan satu segi yang lain menunjukkan kebebasan bersuara... cuma bila dah ramai-ramai tu mula la ada yang nak tunjuk ganas.. mula2 aman la ...lepas itu jadi huru hara... pelancung pun naik takut ... kan rugi pada negara... lagi satu memang tak pernah ada hasil yang baik pun dari demonstrasi ni... suara2 ni tak dipedulikan pun kerana ia suara kelompok kecil saja...
maaf la pada yang berdemo tu jangan la marah ana pula.. masing2 ada pandangan... cuma pada ana berdemonstrasi ni tidak praktikal... kalau tak puas hati gunakan masa pilihanraya...gunakan saluran yang betul demi kemakmuran dan keamanan negara,,,
-aman malaysia-
ana bersyukur sekurang-kurangnya kat negara ni tak ada yang menghalang untuk terus beribadat....Alhamdulillah... saya tak faham rasional apa yang menyebabkan saudara mempunyai fikiran sedemikian...kerana,jika logik yang sama dibawa dalam perjuangan islam maka tidak akan bersinarlah cahaya islam....yang kita mahukan bukan drastik punya effect tapi ketegasan sebagai manusia yang mahukan keadilan!Saya tidak mahu merendahkan pemikiran saudara jika itu rasional saudara,tapi saya akan terasa dengan analogi yang saudara bawakan...satu pemikiran buntu dan rela dikembirikan hidup2 tampa melawan...kalau "mind-set" yang sama dibawa kepada sejarah,maka tidak akan tersebarlah islam...mana mungkin kuasa besar parsi dan rom itu bisa jatuh hanya dengan satu ajaran agama???Apa guna berdakwah jika ditentang,dipulau,diugut bunuh??Apa jadi dengan Nabi Nuh yang berdakwah 950 tahun dan membawa pengikut hanya tak sampai 80 orang??Rasional apa perjuagan mereka jika sifir saudara tadi diguna pakai!Saya ingat saudara boleh faham dengan penerangan saya diawal topik ini,nampak ssh juga...saya tak nampak kepentingan apa yang ada pada diri saudara sehngga sanggup memperkecilkan mereka!mungkin saudara berharta,mungkin saudara xkene bahang kenaikan,bagaimana dengan orang lain yang miskin??Tidakkah saudara fikir??kemana hendak dilontar perasaan mereka yang ssh dan menderita??Ke lubang tandas?atau hanya berdiam seperti tunggul,rela diperkuda,dikembiri,diperkambingkan????Saya berharap saudara dapat teliti balik "mind-set" saudara yang terlampau me"layu"....memang saya akui,takkan ada perubahan walaupun buat demontrasi beratus2 hari pun,kerana negara ini buta demokrasi.....tapi tidak bermakna kita rela diperkambingkan!!!!! -----------------
|
syairazi
Warga Rasmi Menyertai: 07.04.2006 Ahli No: 24050
Posting: 1
Dari: syria
|
Posting pada: 09-04-06 22:49
anta ni zul kena buka otak dan pemikiran tu luas sikit la, ana akan jawab semua kemusykilan anta tu kalau tak pueh hati boleh diskus balik pas ni key, seterusnya stret to dah poin: no1: pasal penganjur dan orang trlepas tak peduli dengan orang yang trtangkap, anta kena paham zul bila kita nak menuntut keadilan risiko ni mmng kena tanggung la, kerajaan yang berkuasa sekarang ni, kalau mengikut undang2 die kita tak boleh buat apa dengan orang trtangkap, nak buat bagaimana takkan kita nak serang pejabat polis pula, anda tengoklah la isa tahanan tanpe bicara tu, dan macam-macam orang buat untuk hapuskan akta zalim dan jakun ni, tapi dah kerajaan bangang nak buat bagaimana, bukan tak ada usaha la, jangan cakap begitu cik zul. no 2:demontrasi memburukkan imej negara, saya tatau la pengetahuan cik zul ni setakat mana, tapi yang saya nak bagitaunye di semua negara demokrasi dan diperingkat antarabangsa demo aman adalah dipersetujui dan disepakati, sebab apa? sebab rakyat berhak tau keputusan kerajaan dan masuk campur dalam keputusan itu, kalau kerajaan buat perkara yang salah rakyat berhak brdemo untuk memprotes keputusan yang tak betul, dan bila rakyat peka dan masuk campur dalam sesetengah perkara yang tak betul dengan cara brdemo ini menunjukkan rakyat itu cerdik dan peka dengan masalah yang berlaku, adapun rakyat yang buat tatau saja dengan isu yang berlaku itu rakyat bahlol. jadi sebenarnya berdemo ni bukan memburukkan imej negara tapi ia menunjukkan perkara yang sebaliknya iaitu ianya menunjukkan rakyat negara itu cerdik dan peka taklah ikut membabi buta untuk pengetahuan cik zul. n0 3: mula2 demo ni baik bila dah ramai jadi ganas. Aku nak bagitau kat anda la zul, demo pada asasnya adalah bagus dan dipersetujui, tapi apabila sesetengah orang menyalahagunakannya takkanlah kita mengharamakan terus benda ni kepada orang yang tak menyalahgunakannnya, sedangkan pada asasnya ianya baik. benda ganas ni bukannya tak boleh dielakkan, macam baru ni buat demo tak ada ganas pun, siap ada unit amal lagi yang jaga lalulintas, ianya brgantung kepada cara kita dalam brdemo, bukan semate2 demo tu dah tak bagus, ingat, keganasan boleh dielakkan jika demo dilakukan dengan cara yang betul dan persiapan rapi. no 4:anda kata demo ni tak praktikal. Aku rasa anda ni tak bnyak membaca berita dunia, anda tengok thailand dah la, selepas rakyatnya berdemo 150 ribu apa jadi pada thaksin sekarang ni, dah letak jawatan la, cuma ia tak praktikal kat sini sebab kita tak serius brdemo, setengah pihak saja ambil peranan macam anda ni zul kritik pula, macam mana nak brhasil demo ni, di sesetengah negara lain silap teknik dengan sebab demo boleh menyebabkan bertukar pemerintah, tapi sini sebab apa tak jadi sebab kurang rakyat yang cerdik dan peka, yang lain buat bodoh saja. no 5: anda bersyukur sebab tak ada orang ganggu anda buat ibadat. Aku nak ingatkan anda dengan kata-kata abdullah bin mubarak ketika die pergi brperang lepas itu kawan die fudail bin iyadh duduk brzikir di masjid, apa die kata? die kata fudail hanya brmain2 dengan ibadat, sebab mate fudail dipenuhi dengan air mate zikir saja, sedangkan tengkuk orang brperang dipenuhi darah dan macam-macam. Aku rasa anda ni zul macam fudail la. anda kena tahu kewajipan ni bnyak bukan sembahyang 5 waktu saja, mencegah kemungkran kewajipan juga, kalau anda sembahyang saja tak cegah kemungkaran lepas la bagian anda sembahyang, tapi kalau anda tak turun cegah kemungkaran anda tetap brdose. sekian, salam cerdik untuk semua.
|
ibnu_musa
Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 09-04-06 22:52
saudara syairazi dah tersalah orang, tu bukan kata-kata saudara syahid_zul tapi kata-kata saudara tasbih_30... p/s: kasihan kat syahid_zul ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|