Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila sesuatu telah sempurna akan mulalah kelihatan cacat celanya.

-- Saidina Abu Bakar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 203
Ahli: 0
Jumlah: 203




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 7 jam, 25 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Cara bercinta yang sebenar...


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Cara bercinta yang sebenar...

Please Mendaftar To Post


Oleh Cara bercinta yang sebenar...

azlinahussin
Warga Rasmi
Menyertai: 16.03.2006
Ahli No: 23498
Posting: 5
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 19-03-06 01:17


Assalamualaikum

Mungkin topic ini terlalu common dah pernah dibicarakan. namun, saya selaku new comer dalam portal ukhwah ni, ingin meminta pendapat sahabat2 yang sudi tentang cara bercinta yang sebenar. seperti yang kita semua tahu, ramai remaja2 kita yang sedang dilamun cinta tapi sejauh manakah cinta itu dibolehkan dari pandangan islam? ;-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For azlinahussinProfil   Hantar PM kepada azlinahussin   Quote dan BalasQuote

SaHaBaT86
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.03.2006
Ahli No: 23321
Posting: 82
Dari: Kota Kinabalu

Sabah  


posticon Posting pada: 19-03-06 01:20


Assalamua'laikum

Jangan berani bercinta dengan manusia selagi cintamu pada Allah dan rasul-Nya masih tidak mengatasi segalanya

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaHaBaT86Profil   Hantar PM kepada SaHaBaT86   Quote dan BalasQuote

nurirshad
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23047
Posting: 214
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 19-03-06 03:51


kalau nak sangat bercinta, suruh si lelaki tu datang rumah untuk meminang...
bercinta lepas kawin banyak baiknya...
kalau rasa masih muda nak kahwin, jangan bercinta...
wallahua'lam........

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurirshadProfil   Hantar PM kepada nurirshad   Quote dan BalasQuote

muslimah83
WARGA SETIA
Menyertai: 05.02.2004
Ahli No: 7015
Posting: 1001
Dari: Tawau

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 19-03-06 09:57


cinta kerana Allah swt....

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah83Profil   Hantar PM kepada muslimah83   Quote dan BalasQuote

Qayyum
WARGA SETIA
Menyertai: 25.02.2005
Ahli No: 14725
Posting: 871
Dari: ~Serambi Makkah~

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-03-06 09:58


bercinta kena juga batas2nya juga kan?

Bookmark and Share

    


  Member Information For QayyumProfil   Hantar PM kepada Qayyum   Pergi ke Qayyum's Website   Quote dan BalasQuote

Angahmuslimah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 21.04.2004
Ahli No: 8556
Posting: 53
Dari: Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 19-03-06 10:07


bercinta tak salah asal tau batas2 agama dan pilihlah pasngn anda dari golongan yang beragama..dan boleh membimbing...

Bookmark and Share

    


  Member Information For AngahmuslimahProfil   Hantar PM kepada Angahmuslimah   Quote dan BalasQuote

farah_hanan
WARGA SETIA
Menyertai: 17.02.2006
Ahli No: 22791
Posting: 987
Dari: terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 19-03-06 10:13


topic seumpama ini telah banyak diperbincangkan....harap2 anti sentiasa aktif untuk mendapat info dan maklumat terkini mengenai isu2 yang diketengahkan...amat berguna sekali....

ambik yang jernih, buang yang keruh...

Bookmark and Share

    


  Member Information For farah_hananProfil   Hantar PM kepada farah_hanan   Quote dan BalasQuote

Hamas_Ayasy
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.03.2006
Ahli No: 23542
Posting: 128
Dari: Al-Ardhu

Perak  


posticon Posting pada: 19-03-06 12:24


boleh kalau bcinta..tak salah nak bcinta,tapi cara plaksanaan yang mbeza kannya..setiap kita pun ada nfsu,cinta tu sebagai fitrah kepada mnsia,tapi cinta yang dilarang oleh Allah adalah apbila menjadi fitnah..tiap2 hari sms&bhubung,tu bukan la cinta yang sebenar nya

Bookmark and Share

    


  Member Information For Hamas_AyasyProfil   Hantar PM kepada Hamas_Ayasy   Quote dan BalasQuote

fatimahzahra
Warga 5 Bintang
Menyertai: 26.02.2006
Ahli No: 23022
Posting: 363
Dari: blue universe

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 05-06-06 19:06


kalau nak penerangan yang mendalam pasal hal ini..beli la buku "tentang cinta" karya siapa dah lupa dah..heheh..nanti saya bagitau...buku ni banyak manfaatnyer kalau anda baca...ibu bapa pun patut baca buku ini..nanti saya bagitau siapa nama penulisnyer..

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatimahzahraProfil   Hantar PM kepada fatimahzahra   Quote dan BalasQuote

emi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.10.2003
Ahli No: 4053
Posting: 139
Dari: Alor Setar, Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 05-06-06 19:16


saya sekadar beri cadangan, cuba cari Cd rakaman "Merawat Cinta Remaja" karya Dr Tuah Iskandar Al Haj, terbitan Telaga Biru. Cubalah orang kata tak kenal maka tak cinta.... kie..kie........

Bookmark and Share

    


  Member Information For emiProfil   Hantar PM kepada emi   Quote dan BalasQuote

Individu
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.06.2006
Ahli No: 24670
Posting: 244
Dari: Kuching

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 05-06-06 19:28


entah - tak ada pengetahuan dan pengalaman dalam bidang yang tersebut

Bookmark and Share

    


  Member Information For IndividuProfil   Hantar PM kepada Individu   Quote dan BalasQuote

lara
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.02.2006
Ahli No: 22692
Posting: 277
Dari: uitm, seri iskandar

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 05-06-06 20:56


bercinta????

Bookmark and Share

    


  Member Information For laraProfil   Hantar PM kepada lara   Quote dan BalasQuote

4_AllAh
Warga Rasmi
Menyertai: 26.10.2005
Ahli No: 20107
Posting: 18
Dari: rumah

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 05-06-06 23:45


salam..

definisi bercinta..

''tak perlu bersentuh tangan,kerana mereka telah bersentuhan hati,tak perlu berbalas kerlingan mata..kerana mereka telahpun berbalas doa..

moga cinta berlandaskan agama milik kita..wasalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For 4_AllAhProfil   Hantar PM kepada 4_AllAh   Quote dan BalasQuote

aziela
Warga Rasmi
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23931
Posting: 11
Dari: sintok,kedah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-06-06 00:34


salam...

bagi ana, rebutlah cinta Allah dan
rasul dulu sebelum kita dapatkan cinta manusia..

Bookmark and Share

    


  Member Information For azielaProfil   Hantar PM kepada aziela   Quote dan BalasQuote

mohd
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 401
Posting: 283
Dari: kl

ireland  


posticon Posting pada: 06-06-06 00:37


assalamualaikum...macammana erk kalau..ana inginkan wanita yang solehah,untuk menjadi penyeri rumah tangga tapi wanita itu pula ingin kan lelaki yang lebih baik dari ana.....yang soleh untuk menjadi penghias rumah tangga nya?????plzzz any answer??

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdProfil   Hantar PM kepada mohd   Quote dan BalasQuote

annynatasha88
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17875
Posting: 177
Dari: johor bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-06-06 00:40


terus kahwin saja senang..tak ada lah buat dosa......ehehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For annynatasha88Profil   Hantar PM kepada annynatasha88   Quote dan BalasQuote

lara
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.02.2006
Ahli No: 22692
Posting: 277
Dari: uitm, seri iskandar

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 06-06-06 12:29


nak kawin kan ada duit. bukan free..masalahnya,yang bercinta ni remaja..belajar pun tak habis.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For laraProfil   Hantar PM kepada lara   Quote dan BalasQuote

alawiyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.05.2006
Ahli No: 24416
Posting: 122
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 06-06-06 13:13


..bercinta ada batasannya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For alawiyahProfil   Hantar PM kepada alawiyah   Quote dan BalasQuote

imthiyaz
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2004
Ahli No: 11772
Posting: 461
Dari: Selangor @ Shah Alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 06-06-06 13:26


ana percaya cinta lepas kahwin..... ingat lagu matrx, - trust in HIM forever...

Bookmark and Share

    


  Member Information For imthiyazProfil   Hantar PM kepada imthiyaz   Pergi ke imthiyaz's Website   Quote dan BalasQuote

budak_melaka
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14578
Posting: 450
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 06-06-06 14:38


ni yang asas

ETIKA PERGAULAN DAN BATAS PERGAULAN DI
ANTARA LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM.

1.Menundukkan pandangan:
ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk
menundukkan pandangannya, sebagaimana firman-
NYA; Katakanlah kepada laki-laki yang
beriman: Hendaklah mereka menahan
pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an-
Nuur: 30)
Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada
kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dan
katakanlah kepada wanita yang
beriman: Hendaklah mereka menahan
pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an-
Nuur: 31)
2.Menutup Aurat;
ALLAH berfirman dan jangan lah mereka
mennampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa
nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka
melabuhkan kain tudung ke dadanya. (an-Nuur: 31)
Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada
isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-
isteri orang mukmin: Hendaklah mereka
melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.
Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah
dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan
ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang. (an-Nuur: 59).
Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua
jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri lah.a. berkata:
Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang
lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan
wanita jangan melihat aurat wanita.
3.Adanya pembatas antara lelaki
dengan wanita;
Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang
berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir
pembatas.
Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian
meminta sesuatu kepada mereka (para wanita)
maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab: 53)
4.Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki
Dan Perempuan;
Dari Ibnu Abbas lah.a. berkata: Saya mendengar
Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang
lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita
kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat
Bukhari & Muslim)
Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW
bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian
berdua-duan dengan seorang wanita, kerana
syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat
Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)
5.Tidak Melunakkan Ucapan
(Percakapan):
Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya
ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman
ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian
tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu
bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam
berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga
berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam
hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan
yang baik. (al-Ahzaab: 32)
Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa
etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para
isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita
mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau
berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu,
dalam pengertian janganlah seorang wanita
berbicara dengan orang lain sebagaimana dia
berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir
3/350)
6.Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan
Jenis;
Dari Maqil bin Yasar lah.a. berkata; Seandainya
kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu
masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita
yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat
Thabrani dalam Mujam Kabir)
Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam
hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-
orang yang menyentuh wanita yang tidak halal
baginya. (Ash-Shohihah 1/448) Rasulullah SAW
tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam
saat-saat penting seperti membaiat dan lain-
lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH,
tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan
wanita sama sekali meskipun saat membaiat.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita
selain mahram, yang mana apabila seseorang
melanggar semuanya atau sebahagiannya saja
akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana
sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah lah.a. dari
Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya
ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya
dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata
dengan memandang, zina lisan dengan berbicara,
sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-
angan, lalu farji yang akan membenarkan atau
mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari,
Muslim & Abu Daud)
Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan
zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati
kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman-
NYA; Dan janganlah kamu mendekati zina,
sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan
yang keji dan jalan yang buruk. (al-Isra: 32)

Bookmark and Share

    


  Member Information For budak_melakaProfil   Hantar PM kepada budak_melaka   Quote dan BalasQuote

budak_melaka
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14578
Posting: 450
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 06-06-06 14:39


ni yang keduaaa


Fenomena Couple

Dalam situasi terkini, fenomena pergaulan bebas
dan pengabaian terhadap nilai-nilai murni Islam
berlaku pada tahap yang amat membimbangkan.
Kebanyakan umat Islam kini tidak lagi menitik
beratkan nilai-nilai dan adab-adab sopan yang
dianjurkan oleh Islam melalui al-Quran dan sunnah
rasul-NYA. Mereka bukan setakat
mengabaikannya dan menganggap perkara itu
tidak penting, bahkan mereka menganggapkannya
sebagai satu perkara yang menyusahkan aktiviti
mereka yang menurutkan nafsu dan perasaan
semata-mata itu. Nauzubillah

Marilah kita sama-sama menjauhi perkara yang
seumpama itu dan mejauhi hal-hal yang telah
dilarang (haram). Tegakkanlah yang benar dan
katakanlah salah kepada yang batil. Janganlah
berhujah untuk membenarkan perkara yang telah
terang haramnya di sisi ALLAH.

Bookmark and Share

    


  Member Information For budak_melakaProfil   Hantar PM kepada budak_melaka   Quote dan BalasQuote

budak_melaka
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14578
Posting: 450
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 06-06-06 14:40


yang seterusnyaa

Keharaman bercouple lebih jelas dari matahari di
siang hari. Namun begitu masih ada yang
berusaha menolaknya walaupun dengan dalil yang
sangat rapuh, antaranya:

Tidak Boleh dikatakan semua cara bercouple itu
haram, kerana mungkin ada orang yang bercouple
mengikut landasan Islam, tanpa melanggar syariat

Jawabnya: Istilah bercouple berlandaskan Islam
itu Cuma ada dalam khayalan, dan tidak pernah
ada wujudnya. Anggap sajalah mereka boleh
menghindari khalwat, menyentuh serta menutup
aurat. Tetapi tetap tidak akan boleh menghindari
dari saling memandang, atau saling
membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa.
Yang mana hal itu jelas haram berdasarkan dalil
yang kukuh.

Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan,
perlu untuk mengenal terlebih dahulu calon
pasangan hidupnya, fizikal, karaktor, yang mana
hal itu tidak akan boleh dilakukan tanpa bercouple,
kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelum
menikah akan jauh lebih ringan daripada kalau
terjadi setelah menikah.

Jawabnya: Memang, mengenal fizikal dan karaktor
calon isteri mahupun suami merupakan satu hal
yang diperlukan sebelum memasuki alam
pernikahan, agar tidak ada penyesalan di kemudian
hari. Namun, tujuan ini tidak boleh digunakan untuk
menghalalkan sesuatu yang telah sedia haramnya.

Ditambah lagi, bahawa orang yang sedang jatuh
cinta akan berusaha bertanyakan segala yang baik
dengan menutupi kekurangannya di hadapan
kekasihnya. Juga orang yang sedang jatuh cinta
akan menjadi buta dan tuli terhadap perbuatan
kekasihnya, sehingga akan melihat semua yang
dilakukannya adalah kebaikan tanpa cacat.
Sebagaimana diriwayatkan dari Abu
Darda; Cintamu pada sesuatu membuatmu buta
dan tuli.

Bookmark and Share

    


  Member Information For budak_melakaProfil   Hantar PM kepada budak_melaka   Quote dan BalasQuote

budak_melaka
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14578
Posting: 450
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 06-06-06 14:41


Hokum bercouple

Fatwa Ulama

Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya
tentang hubungan cinta sebelum nikah.
Jawab beliau; Jika hubungan itu sebelum nikah,
baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya
adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk
bersenang-senang dengan wanita asing (bukan
mahramnya) baik melalui ucapan, memandang,
atau berdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAW
bersanda: Janganlah seorang lelaki bedua-duaan
dengan seorang wanita kecuali ada bersama-
sama mahramnya, dan janganlah seseorang
wanita berpergian kecuali bersama mahramnya.
Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin
ditanya; Jika ada seseorang lelaki yang
berkoresponden dengan seorang wanita yang
bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka
saling mencintai, apakah perbuatan itu haram?
Jawab beliau; Perbuatan itu tidak diperbolehkan,
kerana boleh menimbulkan syahwat di antara
keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan
berhubungan, yang mana koresponden semacam
itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan
dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan
yang akan menjerumuskan seseorang pada
perbuatan yang keji, maka dinasihati kepada setiap
orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya
untuk menghindari surat-suratan, pembicaraan
melalui telefon, serta perbuatan semacamnya demi
menjaga agama dan kehormatan dirinya.
Syaikh Jibrin juga ditanya; Apa hukumnya kalau
ada seorang pemuda yang belum menikah
menelefon gadis yang juga belum menikah?
Jawab beliau; Tidak boleh berbicara dengan
wanita asing (bukan mahram) dengan
pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat,
seperti rayuan, atau mendayukan suara (baik
melalui telefon atau lainnya). Sebagaimana firman
ALLAH SWT; Dan janganlah kalian melembutkan
suara, sehingga berkeinginan orang-orang yang
berpenyakit di dalam hatinya. (al-Ahzaab: 32).
Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah
keperluan, maka hal itu tidak mengapa apabila
selamat daripada fitnah, akan tetapi hanya sekadar
keperluan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For budak_melakaProfil   Hantar PM kepada budak_melaka   Quote dan BalasQuote

budak_melaka
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14578
Posting: 450
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 06-06-06 14:42


BERCOUPLE BUKAN BUDAYA UMAT ISLAM
YANG BERIMAN

BERCOUPLE, setiap kali kita mendengarnya akan
terlintas di benak kita sepasang insan yang
sedang mabuk cinta dan dilanda asmara. Saling
mengungkapkan rasa sayang serta rindu, yang
kemudiannya memasuki sebuah biduk pernikahan.
Lalu Kenapa harus dipermasalahkan? Bukankah
cinta itu fitrah setiap anak adam? Bukankah setiap
orang memerlukan masa penyesuaian sebelum
pernikahan?

CINTA, Fitrah Setiap Manusia,
MANUSIA diciptakan oleh ALLAH SWT dengan
membawa fitrah (insting) untuk mencintai lawan
jenisnya. Sebagaimana firman-NYA; Dijadikan
indah pada (pandangan) manusia kecintaan
kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita,
anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas,
perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan
sawah lading. Itulah kesenangan hidup di dunia,
dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik
(Syurga). (Ali Imran: 14).

Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memulai
dengan wanita kerana kebanyakan manusia
menginginkannya, juga kerana mereka merupakan
jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum
lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah
SAW; Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain
fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada
wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi,
Ibnu Majah)

Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka
ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan
dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang
beriman di syurga dengan bidadarinya.

Dari Abdullah bin Amr bin Ash lah.a. berkata;
Rasulullah SAW bersabda; Dunia ini adalah
perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah
wanita yang solehah. (Hadis Riwayat Muslim,
NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi)

ALLAH berfirman; Di dalam syurga-syurga itu ada
bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.
(ar-Rahman: 70)

Namun, Islam tidak membiarkan fitnah itu
mengembara tanpa batasannya. Islam telah
mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan
cinta, juga bagaimana batasan pergaulan antara
dua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar
semuanya tetap berada pada landasan etika dan
norma yang sesuai dengan syariat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For budak_melakaProfil   Hantar PM kepada budak_melaka   Quote dan BalasQuote

budak_melaka
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14578
Posting: 450
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 06-06-06 14:42


ni adalah dari koleksi saya ..........ambik dari ukhwah.com juga

baca dan fahamkann yaaaaaa
[ Telah diedit oleh: budak_melaka pada 06-06-06 14:43 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For budak_melakaProfil   Hantar PM kepada budak_melaka   Quote dan BalasQuote

zaid92
Warga Rasmi
Menyertai: 01.07.2006
Ahli No: 25041
Posting: 7

blank   avatar


posticon Posting pada: 15-07-06 12:04


cinta sejati adalah kepada ALLAH dan rasul
cinta kepada manusia tak akan kekal..

Bookmark and Share

    


  Member Information For zaid92Profil   Hantar PM kepada zaid92   Quote dan BalasQuote

nabilpoyo
WARGA SETIA
Menyertai: 13.12.2005
Ahli No: 21141
Posting: 730
Dari: Kuantan + penang + KL + jakarta

blank   avatar


posticon Posting pada: 15-07-06 12:08


hmmm

Bookmark and Share

    


  Member Information For nabilpoyoProfil   Hantar PM kepada nabilpoyo   Quote dan BalasQuote

imtihan_insyirah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-07-06 16:28


assalamualaikum
percintaan yang sebenar dan hakiki ialah selepas bernikah. itu hakikat yang mesti diterima.
ana nak kongsi kisah beberapa sahabat ana yang ana rasa boleh dijadikan iktibar. ada beberapa sahabat2 ana yang bertunang. dalam erti kata yang sebenar dah berpunya atau dah dimiliki (mengikat janji untuk berumah tangga dengan pasangan masing-masing.) dan pasangan masing-masing adalah pilihan sendiri dan perantaranya ialah unit baitul muslim. dan seperkara yang menarik, mereka tak berapa kenal sangat pun dengan pasangan masing-masing. hanya tahu latar belakang diri yang basic dan cukup kekukuhan pegangan agama sebagai nilaian untuk menjadi pasangan hidup.

namun apa yang menarik, mereka tidak bercinta.

mungkin ada orang yang tak percaya dan merasa pelik dengan kenyataan tu iaitu mereka tidak bercinta.

namun itu bukan sesuatu yang mustahil dan pelik bagi mereka yang betul-betul mahu menjaga iman.

mereka jarang berhubung, jarang berbalas sms, jarang berbual di telefon dan sangat jarang berjumpa... pendek kata mereka tak buat apa yang selalu dibuat oleh orang2 bercinta zaman sekarang ni. bila ditanya.. tak risaukah andainya ikatan tu putus di pertengahan jalan?

mudah saja jawapannya....

ikatan ini adalah janji setia untuk capai matlamat sebenar iaitu untuk berumahtangga...sekali-kali bukan untuk bercinta...
hanya doa dan persandaran pada Allah jalan untuk pastikan ikatan tersebut berkekalan selamanya.hanya doa dan tawakkal sebagai wasilah dan penghubung :)

ana tengok tenang saja hidup mereka. tak risau2 kalau henset rosak atau henset kehabisan kredit...tak ada gaduh2, tak ada resah gelisah macam yang selalu dialami orang bercinta. tak ada perasaan buruk sangka dan jeles2, tak ada buang masa bergayut kat telefon berjam-jam lamanya...segalanya tenang dan steady.

untuk pengetahuan, salah seorang dari sahabat2 ana tu dahpun selamat mendirikan rumahtangga baru-baru ni :)

terlalu banyak hikmah andai kita meletakkan cinta itu di tempat yang sebenar. andai perhubungan terputus di pertengahan jalan, insya Allah.. hati takkan terlalu merasa sedih kerana yakin segalanya adalah datang dari Allah yang Maha Mentadbir dan Maha Bijaksana dalam mengurus kesudahan yang paling baik. kita takkan rasa rugi sebab hubungan tak dicemari dengan noda dan maksiat...takkan rasa menyesal kerana "tidak berhabis/ bercinta bagai nak rak (akhirnya putus juga) "

serahkanlah cinta pada insan yang selayaknya iaitu insan yang dijanjkan Allah bernama isteri/ suami. yakinlah pada Allah Yang Maha Menolong dan Allah pasti akan menolong hamba2nya yang betul-betul mengharap pada redhaNya dalam setiap apa jua tindakan.
sesiapa yang menjaga cinta Allah, Allah pasti akan menjaga cinta hambaNya pula.

-cerita buat iktibar-

wallahua'lam


-----------------
ALLAH IS ENOUGH FOR ME
[ Telah diedit oleh: imtihan_insyirah pada 15-07-06 16:31 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For imtihan_insyirahProfil   Hantar PM kepada imtihan_insyirah   Pergi ke imtihan_insyirah's Website   Quote dan BalasQuote

setanggi_syurga83
WARGA SETIA
Menyertai: 10.03.2006
Ahli No: 23348
Posting: 517
Dari: Negeri Sembilan-bumi Allah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 15-07-06 18:13


Cintailah diri,keluarga dan yang paling penting Allah dulu:-)


-----------------
-StaIrWays To HeaVen-http://nurfazilah.hadithuna.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For setanggi_syurga83Profil   Hantar PM kepada setanggi_syurga83   Pergi ke setanggi_syurga83's Website   Quote dan BalasQuote

alburtuqol
Warga 2 Bintang
Menyertai: 27.06.2006
Ahli No: 24988
Posting: 69
Dari: subang jaya

malaysia  


posticon Posting pada: 15-07-06 22:55


kapel ni tak terjamin lagi cinta akan kekal...sama macam pertunangan dan perkahwinan..cuma bezanya ialah perkahwinan benda yang halal...macamtu jugak pertunangan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For alburtuqolProfil   Hantar PM kepada alburtuqol   Quote dan BalasQuote

butterfly_sya
Warga Rasmi
Menyertai: 09.07.2006
Ahli No: 25129
Posting: 6

blank   avatar


posticon Posting pada: 16-07-06 07:27


saya betul-betul mengharapkan cinta berlandaskan islam.saya telah dilamar untuk dijdkn isteri kepada seorang hamba Allah ni.banyak kali juga saya menolak kerana takut saya leka nanti.iyelah,saya baru saja 1st year degree.saya rasa masih jauh lagi jalan hidup ni.lamaran yang dibuat tu akan direalisasikan selepas kmi habis degree dan kerja skjp.tapi bayangkanlah smentara nak tgg masa tu,sungguh pun kami tak kapel,mesti sentiasa nak berhubung(mesej,cll,etc).saya dah beritahu dia yang saya tak suka terikat dengan hub macam tu.(secara jujur,saya takla jatuh cinta ke,suka ke dengan dia.neutral saja...tapi sebaliknya bagi dia..)andai saya terima jugak lamaran dia tu,adakah saya ni semua saja dengan orang-orang yang kapel tu???

Bookmark and Share

    


  Member Information For butterfly_syaProfil   Hantar PM kepada butterfly_sya   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.129663 saat. Lajunya....