Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"The word impossible is not in my dictionary"
-- Napoleon Bonaparte

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 85
Ahli: 0
Jumlah: 85




  Yang Masuk Ke Sini
izad: 60 hari yang lalu
the_brOtherz: 87 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: .:: lah Tahzhan: Jangan Bersedih ::.


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» .:: lah Tahzhan: Jangan Bersedih ::.

Please Mendaftar To Post


Oleh .:: lah Tahzhan: Jangan Bersedih ::.

al_khair
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.07.2005
Ahli No: 17478
Posting: 247
Dari: Bumi Allah

singapore  


posticon Posting pada: 15-03-06 14:10


.:: Laa Tahzhan: Jangan Bersedih ::.

Buku ini merupakan hasil kajian yang sungguh-sungguh dari penulis, yang cuba menyelesaikan berbagai masalah dalam kehidupan manusia. Permasalahan yang timbul akibat keraguan, kegelisahan, dukacita, penderitaan, kesedihan, keputusasaan, hilang harapan, kekecewaan dan berbagai lagi.

Buku ini diharapkan dapat memberikan penyelesaian tersebut melalui tuntutan cahaya wahyu, petunjuk ajaran Nabi, dan panggilan fitrah kemanusiaan, serta melalui berbagai sasaran yang kreatif dan etika yang mengkagumkan. Di dalam buku ini juga terdapat berbagai nukilan sejarah para sahabat terbaik dan tabi'in terpilih. Juga ada beberapa potongan bait puisi para penyair terkemuka, nasihat daripada para doktor, pesanan para ahli hikamah dan tuntutan para ulama.

Di antara lembaran-lembaran halaman buku ini terdapat pula beberapa hasil karya ilmiah dari para ilmuan Timur dan Barat, terdahulu dan masa kini. Semuanya dirangkum dari berbagai sumber media maklumat, berapa tulisan yang terdahulu, majalah, makalah dan berbagai media lainnya.

Buku ini merupakan kumpulan berbagai topik yang disusun rapi dan telah disaring serta diringkas. Ringkasnya, buku ini akan mengatakan kepada anda: "Bergembiralah, tenanglah, bersikap optimislah dan janganlah bersedih."

Penulis: Dr. 'Ayidh Bin 'Abdullah Al-Qarni
Terbitan: Al-Hidayah Publishers
[ Telah diedit oleh: al_khair pada 15-03-06 14:38 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For al_khairProfil   Hantar PM kepada al_khair   Pergi ke al_khair's Website   Quote dan BalasQuote

al_khair
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.07.2005
Ahli No: 17478
Posting: 247
Dari: Bumi Allah

singapore  


posticon Posting pada: 15-03-06 14:10


Merenunglah dan Bersyukurlah

Setiap manusia seharusnya selalu mengingati nikmat yang Allah kurniakan kepada anda. Kerana nikmatNya telah meliputi dari hujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki, kesihatan badan, keamanan negara, hutan belantara, udara dan air, serta masih banyak lagi lainnya adalah nikmat yang telah diberikan Allah kepada anda.

"... sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya ..." (Ibrahim: 34)

Demikian besar nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepada anda. Dunia ini, beserta apa yang ada di dalamnya telah diciptakan Allah untuk anda, tetapi anda tidak pernah menyedarinya; anda menguasai kehidupan, tetapi tidak pernah mengetahuinya.

"... Dia telah memberikan nikmat-nikmatnya secara sempurna kepada kalian, baik yang zahir mahupun yang batin ..." (Luqman: 20)

Anda diberi sepasang mata, satu lidah, dua bibir, dua tangan dan dua kaki.

"Maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang layak anda dustakan?" (lah-Rahman: 13)

Apakah anda mengira bahawa, berjalan dengan kedua kaki itu merupakan sesuatu yang biasa padahal masih banyak manusia lain yang tidak mempunyai kaki? Apakah anda mengira bahawa berdiri tegak dia atas kedua betis itu merupakan sesuatu yang mudah, padahal masih banyak manusia lain yang kehilangan kedua betisnya? Apakah anda merasai nikmat tidur dengan memenjamkan kedua mata, sementara masih banyak manusia lain yang tidak dapat tidur kerana sakit yang mengganggunya? Pernahkah anda merasa senang ketika anda dapat menyantapkan makanan yang lazat dan minuman yang dingin, sementara masih banyak orang lain yang tidak dapat makan dan minum hanya kerana penyakit yang mereka deritai?

Renungkanlah! Betapa besarnya fungi pendengaran, di mana Allah menjauhkan anda dari ketulian; penglihatan anda terhindar dari kebutaan; ingatlah kulit anda yang cantik terhindar dari penyakit gatal dan kudis. Perhatikan juga fungsi otak anda! Allah telah memberikan kesihatan akal sehingga terhindar dari kegilaan yang menghinakan. Apakah anda ingin menggantikan mata anda dengan emas sebesar gunung Uhud? Inginkan anda menjual pendengaran anda seharga perak satu bukit? Apakah anda mahu membeli istana-istana yang menjulang tinggi dengan lidah anda, namun anda bisu? Apakah anda mahu menukar kedua tangan anda dengan butiran-butiran permata dan berlian, tetapi tangan anda kudung?

Anda sebenarnya telah meraup kenikmatan yang tiada terhitung dan kesempurnaan tubuh badan tetapi sayangnya anda tidak menyedarinya. Bahkan, anda hidup dalam ketidakpastian dan terperangkap dalam kesedihan, padahal anda masih memilik roti yang segar untuk disantap, air yang segar untuk diteguk, dapat tidur dengan nyenyak, dan kesihatan anda yang stabil.

Anda kerapkali memikirkan sesuatu yang telah hilang, sehingga anda lupa mensyukuri apa yang ada di hadapan anda. Anda merasa sedih kerana kekurangan material, padahal anda masih memiliki kunci kebahagiaan, memiliki setumpuk kebaikan, kenikmatan, dan masih banyak yang lainnya. Oleh kerana itu, renungkanlah dan bersyukurlah!

"Pada diri kalian juga terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah. Apakah kalian tidak memperhatikannya?" (Adz-Dzariyat: 21)

Lihatlah diri anda, keluarga, tempat tinggal, pekerjaan, kesihatan, sahabat, dan dunia sekeliling anda. Dan janganlah termasuk di dalam golongan:

"Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yang ada berasal dari Allah, tetapi mereka mengingkarinya ..." (an-Nahl: 83)
[ Telah diedit oleh: al_khair pada 15-03-06 14:19 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For al_khairProfil   Hantar PM kepada al_khair   Pergi ke al_khair's Website   Quote dan BalasQuote

fazira
Warga 1 Bintang
Menyertai: 24.10.2005
Ahli No: 20050
Posting: 36
Dari: senai

Johor   avatar


posticon Posting pada: 15-03-06 14:14


saya sedang membaca buku ini.... sesuai untuk orang yang dilanda kesedihan seperti saya supaya banyak bersabar dan menghargai segala apa yang Allah telah kurniakan... tengah sedih ni... sedih yang amat sangat... sedih akibat dikhianati seseog yang bergelar ------

Bookmark and Share

    


  Member Information For faziraProfil   Hantar PM kepada fazira   Quote dan BalasQuote

maisarahlisa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.12.2003
Ahli No: 6068
Posting: 466
Dari: Pahang~Selangor~Dubai

Pahang  


posticon Posting pada: 15-03-06 14:42


buku ini dalam bahasa melayu ke?...

Bookmark and Share

    


  Member Information For maisarahlisaProfil   Hantar PM kepada maisarahlisa   Quote dan BalasQuote

al_khair
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.07.2005
Ahli No: 17478
Posting: 247
Dari: Bumi Allah

singapore  


posticon Posting pada: 15-03-06 14:45


buku ini sudah diterjemahkan dari bahasa arab ke bahasa melayu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For al_khairProfil   Hantar PM kepada al_khair   Pergi ke al_khair's Website   Quote dan BalasQuote

maisarahlisa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.12.2003
Ahli No: 6068
Posting: 466
Dari: Pahang~Selangor~Dubai

Pahang  


posticon Posting pada: 15-03-06 14:48


Terima kasih al-khair.. nanti saya cuba dapatkan buku ni.. minat juga nak memilikinya

Bookmark and Share

    


  Member Information For maisarahlisaProfil   Hantar PM kepada maisarahlisa   Quote dan BalasQuote

zaidakhtar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20793
Posting: 187
Dari: Liverpool

jordan   avatar


posticon Posting pada: 15-03-06 17:32


Saya memang suka tulisan beliau.
Saya sudah lama membeli versi Arabnya iaitu pada 1999.
Setelah La Tahzan (jangan Bersedih) mendapat sambutan pada awal 2005, syarikat2 penerbitan tempatan berlumba2 menterjemahkan karya2 beliau yang lain.
Terjemahan buku La Tahzan bagi saya ok walaupun zuuknya tidak seperti membaca dalam versi Arab.
Malangnya, saya dapati terjemahan2 untuk buku2 beliau yang seterusnya amat teruk!
Apapun, seperti kata orang tua2: Tak dapat cempedak, nangka pun tak apa. daripada takdak, lebih baik ada. ;-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For zaidakhtarProfil   Hantar PM kepada zaidakhtar   Pergi ke zaidakhtar's Website   Quote dan BalasQuote

puteri_islam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 478
Posting: 212
Dari: Pulau Melaka

Kelantan  


posticon Posting pada: 15-03-06 17:52


syukran jazilan ya kahir..ana juga ingin memiliki buku ini ..nampak menarik...insyaALLAH sama-sama kita memilikinya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For puteri_islamProfil   Hantar PM kepada puteri_islam   Quote dan BalasQuote

jutawanmuslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2005
Ahli No: 20900
Posting: 1561
Dari: UPM

Selangor  


posticon Posting pada: 15-03-06 19:02


dah lama nak beli buku tu, tapi tak terbeli...

Bookmark and Share

    


  Member Information For jutawanmuslimahProfil   Hantar PM kepada jutawanmuslimah   Quote dan BalasQuote

jutawanmuslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2005
Ahli No: 20900
Posting: 1561
Dari: UPM

Selangor  


posticon Posting pada: 15-03-06 19:03


24Mac-2April ada pesta buku, jom ramai-ramai ke sana, cadangnya nak beli buku La Tahzan....

Bookmark and Share

    


  Member Information For jutawanmuslimahProfil   Hantar PM kepada jutawanmuslimah   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 15-03-06 20:19


pernah ternampak buku ni dijual kat kedai buku Popular...
insyaAllah..saya akan membelinya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

al_khair
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.07.2005
Ahli No: 17478
Posting: 247
Dari: Bumi Allah

singapore  


posticon Posting pada: 15-03-06 22:06


Allah Akan Mengganti Yang lebih Baik

Allah tidak pernah mencabut sesuatu dari anda kecuali Dia menggantinya dengan yang lebih baik. Tetapi, itu apabila anda bersabar dan tetap redha dengan segala ketetapanNya.

"Barangsiapa yang Aku butakan kedua matanya lalu ia bersabar, nescaya akan Aku ganti dengan syurga." (Al-Hadith)

"Siapa saja orang di dunia ini yang kekasihnya Aku cabut nyawanya, kemudian dengan cubaan yang Aku timpakan ini dia (bersabar dan) mengharap pahalaKu, nescaya akan Aku ganti dengan syurga." (Al-Hadith)

Yakni; barangsiapa kehilangan anaknya tetap berusaha untuk bersabar, maka di alam keabdian kelak akan dibangunkan untuknya sebuah Baitul-Hamd (Istana Pujian). Silakan anda qiaskan kejadian-kejadian tersebut dengan kehidupan anda, kerana yang dipaparkan di sini sekadar contoh.

Maka anda tidak usah terlalu bersedih dengan musibah yang menimpa anda, sebab yang menentukan semua itu memiliki syurga, balasan, pengganti, dan ganjaran yang besar. Para wali Allah yang pernah ditimpa musibah, ujian dan cubaan akan mendapatkan penghormatan yang agung di syurga Firdaus. Itu tersirat dalam firmanNya:
"Kesejahteraan dan kebahagiaan bagi kalian kerana kalian telah bersabar dalam mentaati Allah dan menerima cubannNya. Syurga adalah sebaik-baik tempat kesudahan." (lah-Rad: 24)

Betapapun, kita harus melihat dan yakin bahawa di sebalik musibah terdapat ganti dan balasan dari Allah yang akan selalu berakhir pada kebaikan kita. Dengan begitu kita akan termasuk:
"Mereka itulah mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Rabb mereka, dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk." (Al-Baqarah: 157)

Ini merupakan ucapan selamat bagi orang-orang yang mendapat musibah dan khabar gembira bagi orang-orang yang mendapat bencana. Umur dunia ini sangat pendek dan gudang kenikmatannya pun sangat miskin. Adapun akhirat lebih baik dan kekal. Sehingga, barangsiapa di dunia mendapat musibah, ia akan mendapat kesenangan di akhirat kelak; dan barangsiapa hidup sengsara di dunia, ia akan hidup bahagia di akhirat. Lain halnya dengan mereka yang memang lebih mencintai dunia, hanya menginginkan kenikmatan dunia saja, dan lebih senang pada keindahan dunia. Hati mereka akan selalu gundah-gulana; cemas tidak mendapatkan kenikmatan dunia dan takut tidak nyaman hidupnya di dunia. Mereka ini hanya menginginkan kenikmatan dunia saja, sehingga mereka selalu memandang musibah sebagai malapetaka besar yang mematikan. Mereka juga akan memandang setiap cubaan sebagai sesuatu yang gelap-gelita selamanya. Ini adalah kerana mereka selalu memandang ke arah bawah telapak kakinya dan hanya mengagungkan dunia yang fana' dan tidak berharga ini.

Wahai orang-orang yang tertimpa musibah; sesungguhnya tidak ada sesuatu pun yang hilang dari kalian. Kalian justeru beruntung, kerana Allah selalu menurunkan sesuatu kepada para hambaNya dengan "surat ketetapan" yang di sela-sela huruf kalimahNya terdapat suatu kelembutan, kasih-sayang, pahala, ada balasan, dan juga pilihan. Maka dari itu, siapa saja yang tertimpa musibah yang hebat, ia harus menghadapinya dengan sabar, mata yang jernih dan pola fikir yang panjang. Dengan begitu ia akan menyaksikan bahawa buah manis dari musibah itu adalah:
"... lalu didirikanlah di antara mereka (orang-orang mukmin dan orang-orang munafiq) dinding yang mempunyai pintu, yang di sebelah dalamnya ada rahmat (syurga) dan di sebelah luarnya ada seksa (neraka)." (Al-Hadid: 13)

Dan sesungguhnya apa yang di sisi Allah itu lebih baik, lebih abadi, lebih utama, dan lebih mulia.

Bookmark and Share

    


  Member Information For al_khairProfil   Hantar PM kepada al_khair   Pergi ke al_khair's Website   Quote dan BalasQuote

baiz
Warga 2 Bintang
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23053
Posting: 42
Dari: BaitulMuslim

egypt   avatar


posticon Posting pada: 15-03-06 23:26


ana dah ada buku la tahzan tu... bagus sangat kalau siapa siapa yang nak belajar lupakan kesedihan.... bacrelah buku tu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For baizProfil   Hantar PM kepada baiz   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 31-03-06 12:12


Banyak edisi sekarang ni..:arab:english:bahasa melayu..

ada kulit tebal..ada kulit nipis..ada kecik..ada besar..so, pandai-pandailah beli..
dan pandai2 juga tawarkan harga..
Saya beli buku ni..versi kulit tebal besar tu..dengan harga rm 35 sahaja..sdgkan ada sahabat yang beli RM 40 dan RM45..pandai-pandailah berkira-kira..

Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

raudhatulsyaqqah
Warga Rasmi
Menyertai: 06.05.2005
Ahli No: 16331
Posting: 8
Dari: tampin

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 01-04-06 11:38


alhamdulillah..buku ini banyak manfaatnya..bacalah buku ini agar hati ini lebih mencintai ALLAH S.W.T.

la tahzan...
[ Telah diedit oleh: raudhatulsyaqqah pada 01-04-06 11:40 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhatulsyaqqahProfil   Hantar PM kepada raudhatulsyaqqah   Quote dan BalasQuote

puteriayahanda
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.03.2005
Ahli No: 15473
Posting: 268
Dari: negeri sembilan

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 01-04-06 11:47


assalamualaikum....

buku La tahzan ni memang bagus. buku ni antara buku yang saya gemari. banyak manfaat yang boleh didapati dari buku ini. buku ni boleh membantu kita memotivasikan diri.

Bookmark and Share

    


  Member Information For puteriayahandaProfil   Hantar PM kepada puteriayahanda   Quote dan BalasQuote

danial_muhd
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.02.2006
Ahli No: 23070
Posting: 212
Dari: Bukit Mertajam -> gambang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 01-04-06 14:29


nak belikan kat mana ek?? boleh cadangkan tak??

Bookmark and Share

    


  Member Information For danial_muhdProfil   Hantar PM kepada danial_muhd   Quote dan BalasQuote

nurfieza
WARGA SETIA
Menyertai: 19.01.2006
Ahli No: 22039
Posting: 416
Dari: utara...

Selangor  


posticon Posting pada: 01-04-06 14:55


......

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurfiezaProfil   Hantar PM kepada nurfieza   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-04-06 01:26


salam...
selalu nampak buku ni kat bilik nur_malam99..
tapi memang bagus tuk dibaca..

wallahu'alam..
salam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar


posticon Posting pada: 12-04-06 21:42


ana ada buku ni...seronok.bila hati sedih baca lah buku ni.sekrg2nya boleh redakan masalah yang ada.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

ubaidillah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 22.11.2004
Ahli No: 12489
Posting: 361
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 12-04-06 21:50


Pada 31-03-06 12:12 , RuMaishaaa posting:

!!! QUOTE !!!

Banyak edisi sekarang ni..:arab:english:bahasa melayu..

ada kulit tebal..ada kulit nipis..ada kecik..ada besar..so, pandai-pandailah beli..
dan pandai2 juga tawarkan harga..
Saya beli buku ni..versi kulit tebal besar tu..dengan harga rm 35 sahaja..sdgkan ada sahabat yang beli RM 40 dan RM45..pandai-pandailah berkira-kira..


pandai juga akak ni tawar harga....
mesti rayu habis2an masa tawar harga kan??

apa pun buku ni memang berguna..
kalau yang boleh baca dalam bahasa arab lagi elok..keaslian 'grammar' nya..tapi yang penting isinya..
so cepat-cepat beli....Kalau tak dapat, JANGAN SEDIH ye..pinjam dg kekawan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ubaidillahProfil   Hantar PM kepada ubaidillah   Pergi ke ubaidillah's Website   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 12-04-06 22:37


best ..tapi belum habis baca lagi.. :-)


-----------------
SeErat SimpulaN SeinteAm ukHwaH



Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-07-06 23:12


Pada 12-04-06 21:50 , ubaidillah posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 31-03-06 12:12 , RuMaishaaa posting:

!!! QUOTE !!!

Banyak edisi sekarang ni..:arab:english:bahasa melayu..

ada kulit tebal..ada kulit nipis..ada kecik..ada besar..so, pandai-pandailah beli..
dan pandai2 juga tawarkan harga..
Saya beli buku ni..versi kulit tebal besar tu..dengan harga rm 35 sahaja..sdgkan ada sahabat yang beli RM 40 dan RM45..pandai-pandailah berkira-kira..


pandai juga akak ni tawar harga....
mesti rayu habis2an masa tawar harga kan??

apa pun buku ni memang berguna..
kalau yang boleh baca dalam bahasa arab lagi elok..keaslian 'grammar' nya..tapi yang penting isinya..
so cepat-cepat beli....Kalau tak dapat, JANGAN SEDIH ye..pinjam dengan kekawan..


oh tidak..saya tidak pernah merayu untuk membeli buku..kebetulan ada offer..dan ada competition among booths..so..mestilah kita nak pilih yang paling murah kan? :)


-----------------

::KASIH SAYANG KUNCI KEAMANAN SEJAGAT::


Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

imtihan_insyirah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-07-06 00:34


lah takhaf wa lah tahzan. InnALLAHa maana

Bookmark and Share

    


  Member Information For imtihan_insyirahProfil   Hantar PM kepada imtihan_insyirah   Pergi ke imtihan_insyirah's Website   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 08-11-06 00:27


Pada 09-07-06 00:34 , imtihan_insyirah posting:

!!! QUOTE !!!

lah takhaf wa lah tahzan. InnALLAHa maana


??? :-?

Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

mas2ra
WARGA SETIA
Menyertai: 21.10.2004
Ahli No: 12017
Posting: 668
Dari: bumi ALLAH Jalla Jalaluh

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 08-11-06 06:12


Pada 08-11-06 00:27 , sailormoon posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 09-07-06 00:34 , imtihan_insyirah posting:

!!! QUOTE !!!

lah takhaf wa lah tahzan. InnALLAHa maana


??? :-?


ia membawa maksud:
"jangan takut dan jangan bersedih. sesungguhnya ALLAH bersama kita."

ALLAHualam bisawab :-)


-----------------
wahai orang-orang yang berIMAN, ucapkanlah...


Bookmark and Share

    


  Member Information For mas2raProfil   Hantar PM kepada mas2ra   Pergi ke mas2ra's Website   Quote dan BalasQuote

nurwahida
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5946
Posting: 338
Dari: USM

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 08-11-06 08:57


salam..
alhamdulillah..buku ini bayak yang boleh diberi pengetahuan...
saya pun telah lama memperolehinya sejek keluarannya..
memang menarik..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurwahidaProfil   Hantar PM kepada nurwahida   Pergi ke nurwahida's Website   Quote dan BalasQuote

QistinaHumaira
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.08.2005
Ahli No: 18078
Posting: 156
Dari: di bumi Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 08-11-06 11:16


ana ada beli buku tu..seronok baca. boleh muhasabah diri :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For QistinaHumairaProfil   Hantar PM kepada QistinaHumaira   Quote dan BalasQuote

sahibul
Warga 4 Bintang
Menyertai: 25.09.2006
Ahli No: 26564
Posting: 257
Dari: Bumi ALLAH

malaysia  


posticon Posting pada: 08-11-06 11:34


buku ni banyak mendidik jiwa..
kat nasjid ukm ana ustaz mengajar..setiap isnin malam selasa...semua dijemput hadir

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahibulProfil   Hantar PM kepada sahibul   Quote dan BalasQuote

faried
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26185
Posting: 150
Dari: kedah

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 08-11-06 11:50


buku ini memang syok........ada petikan dari Al quran,hadis, dan kata kata ulama.......

sapa yang tak beli lagi tu beli lah........top up boleh,takkan untuk ilmu tak boleh agaknya.......
[ Telah diedit oleh: faried pada 08-11-06 11:56 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For fariedProfil   Hantar PM kepada faried   Quote dan BalasQuote

fathiahMohdZamani
Warga Rasmi
Menyertai: 13.03.2006
Ahli No: 23408
Posting: 13
Dari: utm

Terengganu  


posticon Posting pada: 08-11-06 12:43


salam...
saya pun ada buku ni....memang bagus untuk merawat hati...hehe...tapi saya da satu lagi buku tajuknya...jangan bersedih..jadilah wanita yang paling bahagia....memang bagus buku ni...untuk muslimat2 yang nak menuju wanita solehah,saya cadangkan baca lah buku ni.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For fathiahMohdZamaniProfil   Hantar PM kepada fathiahMohdZamani   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.117783 saat. Lajunya....