Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tiada apa yang paling berharga di dunia ini selain dari kebahagiaan..tiada apa yang paling memilukan selain dari kesedihan
-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 209
Ahli: 0
Jumlah: 209




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 13 jam, 44 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Sajak
Topik: :::Pesanan TEMAN:::


Carian Forum

Moderator: Administrator, kasih_kekasih
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sajak
    »» :::Pesanan TEMAN:::

Please Mendaftar To Post


Oleh :::Pesanan TEMAN:::

NaZa_FirmaN

Menyertai: 23.05.2004
Ahli No: 9138
Posting: 491
Dari: SEREMBAN

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 11-03-06 01:19


*~Pesanan TEMAN~*

Andai sudah tiba masanya
Saat berpisah pastikan tiba
Berderailah air mata mengalir hiba
Menemani hati yang duka nestapa

Siapalah kita sebagai hambanya
Untuk mengubah takdir Yang Esa
Disebalik takbir derita ada gembira
Kerna hidup ini ibarat putaran roda

Syukurlah dengan segala pemberian
Kerna doa kudus ibarat intan
Sebagai pelita sepanjang perjalanan
Agar hidup tidak kesesatan

Andai langkah tersungkur menyembah bumi
Janganlah disalah ertikan takdir illahi
Kerna ianya penuh seribu erti
Agar kita berfikir mentafsir dengan hati

Pernahkan taubat sepanjang hayat
Menyucikan diri hati yang karat
Yang penuh dengan noda hitam putih yang kelat
Ataupun semuanya sudah tersurat

Kiranya dosa yang dihitung tidak tertanggung
Mengapa kemewahan dunia yang diagung-agung
Sebelum keranda diangkat untuk diusung
Taubat nasuhalah dapat menampung

Hitungan amalan neraca iman
Kesucian hati dirimu insan
Kesusahan mendatang sebagai peringatan
Supaya tak leka dengan tuntutan
Nafsu dan syaitan dilaknat Tuhan

Biarlah perisahan jadi pengajaran
Kerna perpisahan diredhoi Tuhan
Segala yang buruk dijadikan sempadan
Apa yang baik sebagai pedoman

Kiranya dirimu hina dimata dunia
Janganlah dicalari dengan noda dan dosa
Kerna ianya menguji kemantapan iman dan taqwa
Penentu tempat mu ke SYURGA ataupun NERAKA

:roll: :-o :-?

Bookmark and Share

    


  Member Information For NaZa_FirmaNProfil   Hantar PM kepada NaZa_FirmaN   Quote dan BalasQuote

lobam_shibin
WARGA SETIA
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12345
Posting: 723
Dari: Dalam Rumah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 15-03-06 06:15


satu nasihat yang baik

Bookmark and Share

    


  Member Information For lobam_shibinProfil   Hantar PM kepada lobam_shibin   Pergi ke lobam_shibin's Website   Quote dan BalasQuote

Mata_Pena
Warga 1 Bintang
Menyertai: 18.08.2005
Ahli No: 18232
Posting: 31
Dari: kat mana-mana saja...bumi allahkn Luas

egypt  


posticon Posting pada: 16-03-06 15:17


kak naza ni...jarang2 berkarya..tapi bila sekali "Penanya" menulis..wah bermacam-macam tulisan dan kata-kata nasihat yang dihasilkan..tapi saya paling sukalah karya akak"Pengantin Di Alam Barzakh" tu...meremang bulu roma saya...tapi puisi ni lagi bagus..satu nasihat terbuka tapi telus kehati..

"Kiranya dirimu hina dimata dunia
Janganlah dicalari dengan noda dan dosa
Kerna ianya menguji kemantapan iman dan taqwa
Penentu tempat mu ke SYURGA atupun Nereka"

#p/s:rangkap ni boleh buat lagu nasyid ni...;)

Bookmark and Share

    


  Member Information For Mata_PenaProfil   Hantar PM kepada Mata_Pena   Quote dan BalasQuote

Eyo
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16934
Posting: 77
Dari: bumi tuhan...

Terengganu  


posticon Posting pada: 04-04-06 14:47


dah lama juga xberhubung dengan naza...hilang tanpa brita..tup..tup kembali dengan "Pesanan Teman"...
tak nak hantar kat segmen nukilan ikim lagi ke..?

p/s:sekali pena menulis :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For EyoProfil   Hantar PM kepada Eyo   Quote dan BalasQuote

Eyo
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16934
Posting: 77
Dari: bumi tuhan...

Terengganu  


posticon Posting pada: 18-05-06 15:13


emmm hari tu sempat dengar ikim..xsangka pula dengar puisi daripada NaZa_FirmaN...sempat juga dengar dari mula hingga akhir segmen..lepas ni antarlah puisi yang lain pula..

p/s:janganlah lupa letakkan nama kita sekali...asyik2 pada kang,hanan,k.su dan huda saja...kita ni pun warga ukhwah dan sahabat juga...;)

Bookmark and Share

    


  Member Information For EyoProfil   Hantar PM kepada Eyo   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.154356 saat. Lajunya....