Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 01-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Layang-layang naik ke udara kerana menentang angin bukan kerana mengikut arah angin

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 49
Ahli: 0
Jumlah: 49




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 4 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Wanita yang menutup dan mendedah aurat


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Wanita yang menutup dan mendedah aurat

Please Mendaftar To Post


Oleh Wanita yang menutup dan mendedah aurat

ZahratulAIN
Warga Rasmi
Menyertai: 08.03.2006
Ahli No: 23315
Posting: 5
Dari: Baling Kedah Darul Aman

Kedah  


posticon Posting pada: 09-03-06 21:59


Assalamualaikum...Akhwah dan akhawat..
Zaman sekarang ini biasa kita nampak wanita islam yang memakai jilbab @ tudung kepala tapi bajunya berlengan pendek dan berseluar ketat....Kadangkala kita boleh terserempak dengan insan-insan ini disurau atau masjid..Adakah solat mereka tidak dapat menghalang mereka dari berbuat dosa..???

Bookmark and Share

    


  Member Information For ZahratulAINProfil   Hantar PM kepada ZahratulAIN   Quote dan BalasQuote

baiz
Warga 2 Bintang
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23053
Posting: 42
Dari: BaitulMuslim

egypt   avatar


posticon Posting pada: 09-03-06 22:34


itu adalah namanya tak memahami hakikat ibadah yang sebenarnya... islam hanya ketika nak solat dan bukan mengamalkan islam sebagai cara hidup..

Bookmark and Share

    


  Member Information For baizProfil   Hantar PM kepada baiz   Quote dan BalasQuote

yanokage
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20839
Posting: 275
Dari: SMK (A) Al-Irshad

PulauPinang  


posticon Posting pada: 09-03-06 22:37


itu perempuan keras kepala namanya ....

Bookmark and Share

    


  Member Information For yanokageProfil   Hantar PM kepada yanokage   Pergi ke yanokage's Website   Quote dan BalasQuote

musafir_lara
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.09.2005
Ahli No: 19324
Posting: 283
Dari: perak + KL + johor

Perak   avatar


posticon Posting pada: 09-03-06 23:18


entahlah..mereka ingat orang respek lah kalau pakai macam tu dan pada masa yang sama rajin pergi surau!tapi ada juga di antara mereka tu yang sedang mencari hidayah Allah..doakanlah semoga ketemu!

Bookmark and Share

    


  Member Information For musafir_laraProfil   Hantar PM kepada musafir_lara   Quote dan BalasQuote

khalifah_85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22747
Posting: 437
Dari: johor bahru

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 09-03-06 23:21


waalaikumussalam...

assalamualaikum....

BACALAH KITAB ALLAH (AL-QUR'AN) YANG TELAH DI WAHYUKAN KEPADA KAMU (MUHAMMAD) DAN KERJAKAN LAH SOLAT. SESUNGGUHNYA SOLAT ITU MENCEGAH DARI (PERBUATAN)KEJI DAN MUNGKAR..DAN KETAHUILAH MENGINGAT ALLAH (SOLAT) ITU LEBIH BESAR(KEUTAMAANNYA DARI IBADAH YANG LAIN)..ALLAH MENGETAHUI APA YANG KAMU LAKUKAN.... (surah AL-ANKABUT ayat 45)

kalau dilihat dalma dalil ini..maka jelaslah solat orang yang melakukan dengan benar pasti menghalang orang2 yang mengerjakannya dari melakukan kemungkaran....tapi Kenapa mereka tetap solat tetapi ada jugak yang tak memakai tudung..ada yang masih suka mencuri...ada yang masih meminum arak...semua permasalahan ini...pasti terkait rapat engan solatnya...sama ada solatnya itu benar-benar diterima ALLAH...mungkin semasa solat tidak khusyu' dan tidak dilaksanakannya dengan benar...

sesungguhnya yang sebaik2nya...keadaan kita semasa solat di bawa dlama kehidupan harian...seperti kita menutup aurat ketika solat..maka hendaklah juga kita menutupnya kepada orang lain selain muhrim kita atau pun suami/isteri...selain itu sifat kita yang merendahkan pandangan...tawaddu' dan juga menjaga setiap perlakuan itu...kalau kita bawa dalma kehidupan harian maka kita memang benar-benar akan terlindung dari melakukan perkara2 yang mungkar....tapi sebaliknya kalau kita solat pun di akhir2 waktu tanpa sebarang urusan....kemudian solat yang didirikan dengan keadaan tergesa2...macam mana lah nak timbul kekhusyukan????
maka dengan sebab itulah ramai umat islam sekarang ini yang solat tetapi maih emlakukan perbuatan2 yang mungkar lainnya...

saya menasihatkan kepada diri saya dan sahabat2 sekalian untuk merenungkannya...

setiap apa yang berlaku sudah pasti kerana diri kita sendiri..kalau kita tak jaga solat dengan sebaiknya maka kemungkaran itu mudah sahaja kita lakukan....

wassalam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For khalifah_85Profil   Hantar PM kepada khalifah_85   Quote dan BalasQuote

athiah_sha85
Warga 1 Bintang
Menyertai: 08.03.2006
Ahli No: 23309
Posting: 29
Dari: kUaLa LuMpUr

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 09-03-06 23:32


atia setuju tu...betul la kata orang sekarang,wanita bertudung ni tak semua baik2...tak macam zaman dlu2,wanita zaman dulu sume2 baik dan sopan belaka...tapi bila orang cakap begitu,mest ada yang marah...siapa yang makan cili,dia terasa pdsnyer :P...so,sekarang ni kita kena balancekn antare dunia dan akhirat...InsyaAllah kalau kita benar-benar ikhlas pakai tudung kerana Allah,apa yang kita wt pun InsyaAllah akan diredhai Allah :)..


-----------------
Persahabatan adalah anugerah,
membuat kita tertawa,menangis,
menerima,memberi,dan yang paling penting...ia membuat kita menghargai hidup
[ Telah diedit oleh: athiah_sha85 pada 09-03-06 23:34 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For athiah_sha85Profil   Hantar PM kepada athiah_sha85   Quote dan BalasQuote

Norhaslina
Warga 5 Bintang
Menyertai: 05.11.2005
Ahli No: 20221
Posting: 382
Dari: Bandar Baru Bangi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-03-06 02:56


mereka ni tidak mengamalkan cara hidup ISLAM seperti yang digariskan..mungkin bertudung hanya untuk berfesyen:):)

Bookmark and Share

    


  Member Information For NorhaslinaProfil   Hantar PM kepada Norhaslina   Quote dan BalasQuote

ibnuriz_faridz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 02.11.2005
Ahli No: 20211
Posting: 273
Dari: Egypt

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-03-06 10:19


Assalamualaikum

dalam situasi sebegini...janganlah memandang pada pemakaian seseorang...zaman sekarang orang yang menutup aurat pun ada yang melakukan maksiat...tapi sebagai umat islam kewajipan menutup aurat itu sangat penting.kesalahan yang dibuat biarlah ditanggung olehnya diakhirat kelak...manakala bagi yang tidak memakai pakaian yang menutup aurat lagilah berat balasannya dicampur dengan kelakuan maksiatnya.

bertudung itu biarlah ikhlas kerana Allah taala....jika setakat nak berfesyen baik tak payah pakai..tapi pakailah kerana ia antara suruhan Allah...daripada tak pakai...ye tak.

Solat juga mencerminkan peribadi kita..jika solat kita hanyalah untuk dilaksanakan kerana tuntutannya...maka tiada nilailah ia...jadikan solat itu sebagai kewajipan kepada Allah...lakukan ia lillahi taala...tunai kerana Allah...bawalah apa yang kita lakukan di dalam solat keluar solat..insyaAllah diri kita dapat menjadi insan yang bergelar muslim dan muslimah yang soleh dan solehah.

.:tunaikan sesuatu mengikut niat....ikhlaskan niat!!!:.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnuriz_faridzProfil   Hantar PM kepada ibnuriz_faridz   Pergi ke ibnuriz_faridz's Website   Quote dan BalasQuote

niza_ati
WARGA SETIA
Menyertai: 17.12.2004
Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 10-03-06 11:25


Assalamualaikum wbt...
Betul itu...ana pun poning eh tengok orang sekarang pakai tudung tapi baju sendat...macam nak menanti pecah saja...huhuhu...
ada ilmu tapi tak amal...
syarat pakai tudung biarlah niat kerana Allah, Tudung menutupi dada dan tidak jarang 8-)
waAllahualam
wassalamualaikum wbt


-----------------

cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku


Bookmark and Share

    


  Member Information For niza_atiProfil   Hantar PM kepada niza_ati   Pergi ke niza_ati's Website   Quote dan BalasQuote

nabilla
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.10.2004
Ahli No: 11595
Posting: 85
Dari: UiTM

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-03-06 16:10


KITA HENDAKLAH MELAKUKAN SESUATU PERKARA DENGAN HATI YANG IKHLAS...BUKANNYA TERPAKSA...TETAPI KITA HENDAKLAH MENERIMA HAKIKAT BAHAWA MANUSIA TIDAK LARI DARI MELAKUKAN KESILAPAN...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nabillaProfil   Hantar PM kepada nabilla   Pergi ke nabilla's Website   Quote dan BalasQuote

lara
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.02.2006
Ahli No: 22692
Posting: 277
Dari: uitm, seri iskandar

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 10-03-06 16:15


Pada 10-03-06 02:56 , Norhaslina posting:

!!! QUOTE !!!

mereka ni tidak mengamalkan cara hidup ISLAM seperti yang digariskan..mungkin bertudung hanya untuk berfesyen:):)


hmm..betul tu..ada diantara mereka yang bertudung kerana terpaksa...tak faham yang kita diwajibkan menutup aurat..ada juga yang bising-bising,bertudung ni melemaskan dan leceh..dan ada juga yang bertudung tapi still menampakkan bahagian dada..nauzubillah... if boleh kita bagi nasihat khususnya tuk kawan-kawan kita yang tak mengerti ni.....cakap dengan lembut la...sikit-sikit insya-Allah mereka kan berubah..tak semua manusia tu perfect...


-----------------
dulu, kini, dan selamanya......
[ Telah diedit oleh: lara pada 10-03-06 16:17 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For laraProfil   Hantar PM kepada lara   Quote dan BalasQuote

amira_aqilah
WARGA SETIA
Menyertai: 28.11.2005
Ahli No: 20523
Posting: 900
Dari: planet bumi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-03-06 10:01


Pada 10-03-06 16:10 , nabilla posting:

!!! QUOTE !!!

KITA HENDAKLAH MELAKUKAN SESUATU PERKARA DENGAN HATI YANG IKHLAS...BUKANNYA TERPAKSA...TETAPI KITA HENDAKLAH MENERIMA HAKIKAT BAHAWA MANUSIA TIDAK LARI DARI MELAKUKAN KESILAPAN...
yerp ikhlas tu penting...tapi perlu ke kita kena ikhlas untuk TAK menutup aurat...or 'xmolah tutup aurat....nanti tak ikhlas pula'...konpius2...poning pala den..
jika kita menyedari kita telah membuat kesilapan...segeralah bertaubat...Allah Maha mengasihani hambaNya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For amira_aqilahProfil   Hantar PM kepada amira_aqilah   Quote dan BalasQuote

nadeeya
Warga 2 Bintang
Menyertai: 04.01.2006
Ahli No: 21680
Posting: 70
Dari: sarawAk..

egypt   avatar


posticon Posting pada: 11-03-06 13:23


ada juga yang pakai tudung disebabkan lelaki..bila lelaki itu tak layan dia tudung pun terbang...nauzubillah..itu kena fikir balik niat pakai tudung...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nadeeyaProfil   Hantar PM kepada nadeeya   Pergi ke nadeeya's Website   Quote dan BalasQuote

najeeh
Warga 2 Bintang
Menyertai: 04.09.2005
Ahli No: 18693
Posting: 46
Dari: Banting,Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-03-06 11:59


entah..susah nak komen..
mereka tak tau agaknya..kita kena lah bagi tau..
terpulanglah kepada mereka..
mereka dah tau mana yang halal.mana yang haram..
kita hanya mampu doakan mereka saja..

Bookmark and Share

    


  Member Information For najeehProfil   Hantar PM kepada najeeh   Quote dan BalasQuote

prexonix
Warga Rasmi
Menyertai: 12.03.2006
Ahli No: 23389
Posting: 2
Dari: London

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 12-03-06 12:46


saya ni ssh nak menutup aurat, selalu dedah sana sini...
kadang-kadang ternampak peha depan laki2/umum!
macam mana nak hindar benda macam ni?
saya kebingungan laa...

Bookmark and Share

    


  Member Information For prexonixProfil   Hantar PM kepada prexonix   Pergi ke prexonix's Website   Quote dan BalasQuote

phackdalung
Warga 2 Bintang
Menyertai: 23.01.2006
Ahli No: 22146
Posting: 61
Dari: KSL

Terengganu  


posticon Posting pada: 13-03-06 23:31


ana pun hairan...pakai tudung dah lawa tapi pakai baju fit nampak siku...
seluar jeans ketat...uhmm...untuk apa dia pakai tudung?
bagi laki2, Kalau kita tertgk pompuan2 cmni cepat-cepat la kuatkan iman...alihkan pandangan kat benda lain...
ingatla, pandangan pertama itu halal tapi pandangan kedua dan seterusnya HARAM..

Bookmark and Share

    


  Member Information For phackdalungProfil   Hantar PM kepada phackdalung   Quote dan BalasQuote

Addey
WARGA SETIA
Menyertai: 13.03.2005
Ahli No: 15105
Posting: 948
Dari: kota marudu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 20-03-06 11:47


buaka aurat boleh...tapi duduk seorang sajalah hehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For AddeyProfil   Hantar PM kepada Addey   Quote dan BalasQuote

serban
Warga Rasmi
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22773
Posting: 16
Dari: Tanta,EGYPT

egypt   avatar


posticon Posting pada: 21-03-06 01:50


assalamualaikum

Semua orang boleh belajar tentang Islam,tetapi bukan semua boleh jadi benar-benar ISLAM.....

semua orang boleh bercakap tentang Islam tapi bukan semua boleh MEMPRAKTIKKAN ISLAM dalam kehidupan...

kerana ISLAM lahir dari dalam jiwa yang TAQARRUB ILALLAH..
[ Telah diedit oleh: serban pada 21-03-06 01:51 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For serbanProfil   Hantar PM kepada serban   Quote dan BalasQuote

Al-Mustaqqim
WARGA SETIA
Menyertai: 22.07.2005
Ahli No: 17480
Posting: 486
Dari: malaysia

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 21-03-06 09:03


didiklah dan nasihati mereka...
bukan cara yang benar sekiranya terus menghentam tanpa memahami hakikat yang sebenar...
mungkin dah terbiasa dan mungkin ada sebab yang lain...
insyaAllah, nasihat yang berterusan pasti akan membuahkan hasil...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-MustaqqimProfil   Hantar PM kepada Al-Mustaqqim   Quote dan BalasQuote

zilzal
WARGA SETIA
Menyertai: 12.03.2006
Ahli No: 23382
Posting: 854
Dari: somewhere in jordan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-03-06 02:30


1st and foremost...nak berubah kena ada kemahuan dr diri sendiri dulu..sebab Allah takkan ubah satu kaum tu selagi kaum tu sendiri tak nak ubah sikap derang...

so bila kita dah ada kemahuan itu...kita akan cari jalan macam mana untuk realisasikan kemahuan derang itu....bila dia dah dapat jalan itu..dia akan berpegang dengan jalan itu...

bila dia dah berada kat jalan itu...dia kenalah sabar / tahun dengan ujian...

p/s: doalah banyak-banyak....

Bookmark and Share

    


  Member Information For zilzalProfil   Hantar PM kepada zilzal   Quote dan BalasQuote

akwa
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2005
Ahli No: 20434
Posting: 729
Dari: tganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 22-03-06 02:40


Kalau dia nak berubah tapi tak boleh jugak ,macam mana tu saudara zilzal???

Bookmark and Share

    


  Member Information For akwaProfil   Hantar PM kepada akwa   Pergi ke akwa's Website   Quote dan BalasQuote

zilzal
WARGA SETIA
Menyertai: 12.03.2006
Ahli No: 23382
Posting: 854
Dari: somewhere in jordan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-03-06 02:57


nak tanya sikit saudara akwa..apa lah yang susah sangat sampai tak boleh berubah....di mana ada kemahuan..di situ ada jalan......man jadda wajada waman zaro'a hasoda...

quran pun dah cakap kan...macam zilzal tulis tadi...kalau dia nak berubah,allah akan ubahkan dia....ini quran yang cakap...bukan zilzal yang cakap syeikh...

p/s: akwa pakai tudung ke...ekekeke....

Bookmark and Share

    


  Member Information For zilzalProfil   Hantar PM kepada zilzal   Quote dan BalasQuote

niezam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.03.2005
Ahli No: 14909
Posting: 139
Dari: Atas Tanah

iraq  


posticon Posting pada: 22-03-06 14:53


Solat memang mencegah kita dari melakukan pelbagai maksiat...tapi itu terletak pada niatnya..ada saja yang berpakaian sempurna semasa solat tapi fikirannya menerawang ke sana sini..teringat makwe laa.tapi tak dapat dinafikan juga kalau berpakaian macam hantu sebelum solat..nampak lengan..solat ketat...walaupun dilindungi kain telekung...solat tetap nampak tak sempurna kan..kalau bagi yang betul-betul beriman tu..mesti terselit rasa malu yang amat sangat mengadap Allah dengan berpakaian macam tu..kalau mengadap sultan...lengkap berpakaian kemas lagi...well...apapun perbandingannya...pakaian kita juga mempengaruhi kesempurnaan solat kita...pakaian yang bersih mencerminkan jiwa yang bersih.

Bookmark and Share

    


  Member Information For niezamProfil   Hantar PM kepada niezam   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 23-03-06 00:01


ala yang taknak pakai tudung dan taknak tutp aurat ni ngada2 sebenarnya... kang Allah botakkan kepala tu baru la nak pakai tudung... kurapkan tangan baru nak tutup... kurapkan kaki baru tak pakai skirt... boroikan perut baru tak pakai baju body fit... jangan ngada2 la... benda ni tak boleh nak tanya2 begini.. dah wajib buat saja la... kalau rasa susah nak pakai ingat ni.. kena bakar dalam api neraka tu lagi susah.. kalau sanggup teruskan ngada2 tu... maafla kalau kasar tapi memang patut kasar sikit sebab anda tak pakai tudung orang lain dapat dosa tengok anda...
[ Telah diedit oleh: tasbih_30 pada 23-03-06 00:04 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 23-03-06 00:05


nak marah..marahlah tapi ana tetap kata yang taknak tutup aurat ni majoriti nya ngada2...

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

wanie85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.03.2006
Ahli No: 23417
Posting: 190
Dari: uk

Selangor  


posticon Posting pada: 23-03-06 00:48


Pada 23-03-06 00:01 , tasbih_30 posting:

!!! QUOTE !!!

ala yang taknak pakai tudung dan taknak tutp aurat ni ngada2 sebenarnya... kang Allah botakkan kepala tu baru la nak pakai tudung... kurapkan tangan baru nak tutup... kurapkan kaki baru tak pakai skirt... boroikan perut baru tak pakai baju body fit... jangan ngada2 la... benda ni tak boleh nak tanya2 begini.. dah wajib buat saja la... kalau rasa susah nak pakai ingat ni.. kena bakar dalam api neraka tu lagi susah.. kalau sanggup teruskan ngada2 tu... maafla kalau kasar tapi memang patut kasar sikit sebab anda tak pakai tudung orang lain dapat dosa tengok anda...



alaa..ada juga yang botak,tapi tak pakai tudung,mereka pakai rambut palsu
ramai saja yang tangan berkurap tapi pakai dedah juga
cuba tengok kat klcc ke,midvalley ke,kat mana-mana saja,kaki kurap pun mereka bangga2,pakai skirt juga...
tang perut tu,tak usah nak cakap lah,,ramai saja yang boroi,tapi pakai baju fit juga,

kesimpulannya,kesedaran dalam diri tu perlu ada...kesedaran apa??kesedaran tentang hakikat sebenar hidup kita ni...kena pastikan tujuan hidup kita kat dunia ni....

Bookmark and Share

    


  Member Information For wanie85Profil   Hantar PM kepada wanie85   Quote dan BalasQuote

phackdalung
Warga 2 Bintang
Menyertai: 23.01.2006
Ahli No: 22146
Posting: 61
Dari: KSL

Terengganu  


posticon Posting pada: 23-03-06 10:25


"air yang menimbulkan kapal dan air juga yang menenggelamkan kapal"

ana rasa pemimpin sekarang patut lebih proaktif dan buat contoh baik terutama pemipin wanita laa...
yerla...kepimpinan melalui teladan....
teladan hanya dilihat pada kejayaan, ketingian ilmu dan usaha serta jasa orang tu...tapi mereka tertinggal sumthing.....teladan dari al-Quran..
bila ditinggalkan maka ramaila yang bukak tudung...bila isteri raja dan pemimpin pun buat begitu...rakyat pun ikut la sekaki....
(teringat permaisuri aisyah)....kan sopan Kalau pakai macam beliau..
walaupon dalam Islam dibenarkan perempuan yang dah menopaus tak pakai tudung tapi apa ke la salahnya pakai kan....
satu lagi...undang2 negara ini yang terlalu kebaratan...
ana ada tengok debat perdana itu hari 4 pro kerajaan lawan seorang pembangkang....MANA ACI!!.....
si pembangkang kata undang2 sekarang barat dan sebab itu banyak kes2 berlaku....yerla undang macam kat britain...kat britain pun banyak kes...
setelah merdeka hampir 50 tahun...kenapa tak buat undang2 baru? yang lebih islamik? sedeynya undang2 syariah orang tak ambil cakna...cmner2 pun undang2 sivil yang didahulukan....
si pro kerajaan tu jawab...kita tokleh ubah undang2 yang ada sekarang sebab ia terletak dalam perlembagaan....jadi Kalau ubah undang2 maknanya ubah perlembagaan....yerla kan...dalam Rukun Negara ada KELUHURAN PERLEMBAGAAN.....
maknya sampai kiamat pun dok undang2 barattt tu saja...
bila kita nak angkat undang2 islam yang lebih dinamik dan sistematik?
Kalau undang2 pun buatan sendiri...uhmm....fikir la sendiri
harapan saya ialah pada suatu masa nanti akan lahir lebih ramai lawyer2 islam yang sokong kuat undang2 syariah berkumpul bagi mendesak kerajaan membubarkan undang2 yang ada....
jika tidak membubarpon...buat baik pulih dengan keseluruhannya islam....dan satu lagi...Kalau nak buat usaha ni musti ada pemimpin yang benar-benar dan betul-betul memperjuangkan Islam....
igtlaa....
pertama.......ISLAM
kedua.........INTERGRASI KAUM
ketiga.......MELAYU

pemimpin sekarang lebih ambil kisah no 2 dan 3...
perlunya ada intergari kaum untuk dapat sokongan dalam politik...
perlunya ada kekuatan melayu....sebab melayu sikit yang ada otak macam melayu...dan sikit sangat yang betul melayu islam....
tapi sayang....yang pertama tu diletakkannya no3...
Kalau cmni bila nak diangkat undang2 islam??

moga akan lahir pemimpin Islam akan datang...

luahan hati dan perasaan........sekian

peace!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For phackdalungProfil   Hantar PM kepada phackdalung   Quote dan BalasQuote

ucu_nuriman
Warga 2 Bintang
Menyertai: 21.01.2004
Ahli No: 6663
Posting: 59
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 23-03-06 10:39


gamaknya mereka ingat tudung yang dipakai tu tudung SAJI, Takpon tudung PERIUK huhuhu...tu yang tak beri nilai itu

Kalau lah boleh orang yang degil sangat yang dah tau hukum tapi buat jugak macam ini,,,takzirkan saja dia . pakaikan tudung saji kat pala dia lepas itu suruh pusing satu Malaysia. :-)

kadang-kadang ada yang berpakaian tak sempurna ini sebabnya mereka tak tau macamana kod aurat islam yang sebenar...mereka pakai tudung pun sebab ikut2 saja. Bagi orang yang begini apa kata kita dekati dan ajar mereka perlahan2. manalah tahu Allah bukakan pintu hatinya ke jalan yang lebih sempurna.

"Islam itu pencegah kemungkaran, biar terbungkas dunia, sematkan dihati Islam tetap diPertahankan. "

Bookmark and Share

    


  Member Information For ucu_nurimanProfil   Hantar PM kepada ucu_nuriman   Quote dan BalasQuote

azirislamiah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 26.02.2005
Ahli No: 14746
Posting: 52
Dari: DARUL NAIM

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-03-06 13:15


kekuatan hati dan iman itu yang penting.
tutuplah aurat untuk mencegah daripada fitnah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For azirislamiahProfil   Hantar PM kepada azirislamiah   Quote dan BalasQuote

alin1605
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10792
Posting: 281
Dari: kota bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-03-06 14:12


assalamualaikum wbt...

alin setuju dengan norhaslina... wanita @ gadis sekarang bertudung untuk berfesyen... tudung digayakan dengan pelbagai cara, tetapi mereka tidak sedar tudung sepatutnya dilabuhkan hingga menutupi dada... tidak salah untuk berfesyen, tetapi biarlah mengikut syariat Islam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For alin1605Profil   Hantar PM kepada alin1605   Quote dan BalasQuote

nur_malam99
WARGA SETIA
Menyertai: 15.10.2003
Ahli No: 4371
Posting: 1239
Dari: bumi Allah

Sarawak  


posticon Posting pada: 23-03-06 14:55


salam.

sebagai umat Islam, kita dituntut agar saling mengingatkan dan saling menegur. tetapi semua itu perlulah dilakukan dengan cara yang berhemah. seperti mana sunnah Rasulullah, tatkala menegur, tegurannya tidak pernah menyakitkan hati.

satu perkara yang kita perlu sentiasa ingat dan sedar bahawa, semasa kita leka menuding jari menyatakan kesalahan orang lain, jangan kita lupa iman kita ada pasang dan surut, hati kita begitu mudah dibolak balik, tidak mustahil andai suatu hari kita bertindak seperti mana orang yang kita kritik tadi... nauzubillahiminzalik...
tiada yang mustahil, kerana Allah Maha Berkuasa.

semasa teguran dan peringatan diberikan kepada yang bersalah, jangan lupa kita berdoa agar ditetapkan imal dan amal dalam hati kita sendiri. moga tidak terpesong. dan semogaterlindung dan terjaga diri kita dari fitnah dunia.

waallahu'alam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_malam99Profil   Hantar PM kepada nur_malam99   Pergi ke nur_malam99's Website   Quote dan BalasQuote

puterislam
Warga Rasmi
Menyertai: 13.11.2005
Ahli No: 20333
Posting: 6

blank   avatar


posticon Posting pada: 23-03-06 16:03


assalamu'aalaikum wbt..

ana juga sependapat dengan nur_malam99...teguran yang berhikmah sangat perlu dalam menjalankan tugas dah'wah ini..jangan ingat semua orang seperti kita..hidupkan sunnah Rasulullah saw..teguran tersebut mesti dengan hati yang ikhlas,supaya sampai kepada hatinya..jangan ditegur kerana membencinya,tapi tegurlah dia kerana kasihankan dirinya dan agama kita..itulah pendapt na yang dhoif ini..WALLAHU'ALAM..

Bookmark and Share

    


  Member Information For puterislamProfil   Hantar PM kepada puterislam   Quote dan BalasQuote

permata_keluarga
Warga Rasmi
Menyertai: 21.03.2006
Ahli No: 23601
Posting: 19
Dari: KUALA TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 23-03-06 16:52


assalamualaikum...

mereka ni sebenarnya bukan nak tutup aurat....
tapi nak tunjuk alim saja....
lepas tu mula ah perasan lawa...

Bookmark and Share

    


  Member Information For permata_keluargaProfil   Hantar PM kepada permata_keluarga   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 23-03-06 17:12


maybe tade orang nak tegur... tak pun tak faham agama .. agama cuma ikut2an saja.. agama taklid..

ilmu itu cahaya, jahil itu merbahaya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

nur_malam99
WARGA SETIA
Menyertai: 15.10.2003
Ahli No: 4371
Posting: 1239
Dari: bumi Allah

Sarawak  


posticon Posting pada: 23-03-06 19:17


Pada 23-03-06 16:52 , permata_keluarga posting:

!!! QUOTE !!!

assalamualaikum...

mereka ni sebenarnya bukan nak tutup aurat....
tapi nak tunjuk alim saja....
lepas tu mula ah perasan lawa...


salam.

tunjuk alim?
perasan lawa?


ish...ish... pedas sangat bahasa tu... :-(

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_malam99Profil   Hantar PM kepada nur_malam99   Pergi ke nur_malam99's Website   Quote dan BalasQuote

shattir
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.02.2006
Ahli No: 22741
Posting: 167
Dari: bumi Allah

georgia  


posticon Posting pada: 23-03-06 19:42


assalamualaikum...
lapan syarat pakaian wanita ISLAM..
1)Pakaian itu mestilah menutup aurat.
2)Pakaian tidak nipis hingga terbayang tubuh badan dari luar.
3)Tidak ketat dan tidak sempit tetapi longgar dan selesa dipakai.Menutup bahagian yang menarik pada pandangan lelaki dan menutup aspek kehaiwanan dari insan itu.
4)Pakaian itu tidak sekali-kali disemarakkan atau disemerbakkan dengan bau-bauhan yang harum,demikian juga tubuh badan wanita itu kerana bau-bauan itu adalah pengaruhnya ke atas nafsu kelamin lelaki yang ajnabi.Wanita yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah ,sehingga lelaki mnciumnya disifatkan oleh Nabi S.A.W sebagai zaniyah (PELACUR/PENZINA).
5)Warna pakaian itu suram atau gelap seperti hitam atau kelabu hingga tidak bernafsu lelaki melihatnya(ini terutamanya pakaian luar seperti jilbab atau purdah).
6)Pakaian tersebut tidak menyerupai wanita - wanita kafir atau musyrik.
7)Pakaian tersebut tidak menyerupai pakaian lelaki (tasyabbuh)
8)pakaian itu tidaklah bermegah - megah atau menunjuk - nunjuk...

ok..WASSALAM...(helmiidham)

Bookmark and Share

    


  Member Information For shattirProfil   Hantar PM kepada shattir   Quote dan BalasQuote

phackdalung
Warga 2 Bintang
Menyertai: 23.01.2006
Ahli No: 22146
Posting: 61
Dari: KSL

Terengganu  


posticon Posting pada: 25-03-06 10:02


banyak sangat perempuan sekarang keluar rumah pakai minyak wangi....sampai sebatu pun dah boleh bau.......mereka pakai 5 botol ke?...
kan nabi dah kata......macam pelacurla mereka ini...
perempuan sekarang tak pakai baju yang gelap....suram2...maupon kelam2...
yerla kan...tak attractive...perempuan memang nak sangat orang tengok dia ni lawa....
tak terkira banyaknya perempuan sekarang ini pakai pakaian wanita kafir walaupon pakai tudung...dan ramai jugak yang pakai pakaian laki walaupon laki tak pakai pun begitu...
dan pada perempuan yang suka berfesyen....tak kirala fesyen apapon...takkan la tak sedikitpon rasa megah kan....dah kenapa pun fesyen

Bookmark and Share

    


  Member Information For phackdalungProfil   Hantar PM kepada phackdalung   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 25-03-06 10:49


Re: bolehke paksa pakai tudung
    
Assalamualaikum,

Saya rasa polemik tudung ni bukan sama ada kita boleh paksa orang Islam pakai tudung, yang menjadi masalah ialah kita gemar paksa orang bukan Islam pakai tudung.

Untuk orang Islam, sama ada dari segi pemakaian tudung ataupun
solat, orang yang berkuasa boleh menggunakan kuasanya untuk
memastikan orang-orang dibawahnya melaksanakan syariat tersebut
(secara fizikal). Ini saya rasa suatu perkara yang tidak
diperselisihkan.

Cuma masalah utama kita ialah kita mahu perkara-perkara tersebut
turut dilaksanakan pada orang bukan Islam.

Wallahualam

--- In [email protected], "salafi2sunnah"
wrote:
>
> --- In [email protected], "Mohd Masri Mohd Ramli"
> wrote:
> >
> > assalamualaikum wbt
> > dalam peruntukan islam, bolehkah pemerintah memaksa rakyat
menutup aurat...wujudkah undang2 sedemikian di dalam Islam?
>
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~reply
>
> perintah menutup aurat bagi perempuan ni berkuatkuasa pada tahun ke 6
> hijrah.
>
> AQ 33: 59
> AQ 24: 31
>
> Nabi saw perintahkan isteri2 baginda dan wanita2 Islam semuanya
> menutup aurat. Diteruskan hingga zaman khilafah hinggalah Uthmaniah runtuh, bila umat Islam dijajah, maka segala perintah alQur:an pun dimansuhkan dan ditinggalkan termasuklah hudud, qisas, dan penutupan aurat perempuan. Kemudian masuklah aliran women's Lib, sekuler, liberalisme, feminisme...inilah isu aurat menjadi kelabu dan kita pun tertanya-tanya...bolehkah pemerintah paksa perempuan pakai tudung?
>
> Jawabnya: perintah dari Raja segala Raja ni dah berkuatkuasa 6
Hijrah lagi. Dua ayat di atas adalah ayat perintah kepada semua pemerintah tak kira statusnya bapa, ibu, wakil rakyat, ahli parlimen dan ketua kementerian atau Raja-raja dan bapak presiden. semua kena pastikan perintah Ilahi ni dipatuhi.
>
>
> Kalau rakyat boleh terima perintah memusnahkan unggas kerana
selsema burung. Tak ada rakyat yang membantah bila unggas milik mereka dibunuh, tapi bila tiba perintah tutup aurat, kita pun kata mana ada perintah.
>
> Isu tudung ni amat mudah ditangani kerana kaum hawa ni amat senang menurut perintah. Jika kita serius saja, insyaAllah depa akan ikut.
>
> s2s
>

http://us.f369.mail.yahoo.com/ym/ShowLetter?Idx=0&Search=&YY=36633&order=down&sort=date&pos=0&view=a&head=b

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

m_husna
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.02.2006
Ahli No: 22606
Posting: 85
Dari: kepong

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 19-06-06 18:22


kita patutnye mengamalkan islam physically dan mentally.
:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For m_husnaProfil   Hantar PM kepada m_husna   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.136005 saat. Lajunya....