Oleh |
betulkah ketika haid tak boleh potong kuku dan rambut? |
zana
Warga 2 Bintang Menyertai: 02.12.2004 Ahli No: 12740
Posting: 45
Dari: alor star
|
Posting pada: 08-03-06 14:58
saya musykil dengan beberapa pendapat yang berkaitan dengan masalah wanita ketika dalam haid. ada yang mengatakan bahawa tidak boleh potong rambut dan kuku ketika haid dan sebaliknya.
|
Nurizmi
WARGA SETIA Menyertai: 28.10.2005 Ahli No: 20156
Posting: 539
Dari: utara...
|
Posting pada: 08-03-06 15:28
assalamualaikum... zana..boleh tak awak utarakan mslah ni kat portal muslimah... manala tau takut akak2 kat portal muslimah tu boleh bantu...
|
hudahasnan
WARGA SETIA Menyertai: 10.01.2005 Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman
|
Posting pada: 08-03-06 15:29
setahu saya, ada banyak pendapat mengenai masalah ni... ada cakap boleh...ada yang tidak... nasihat saya, elakkanlah buat perkara2 tersebut ketika ma'zurah...insyaAllah lebih selamat... wallahua'lam..
|
tasbih_30
WARGA SETIA Menyertai: 27.02.2006 Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK
|
Posting pada: 08-03-06 15:34
maaf la..ana bukan perempuan... ana rasa tak ada masalah kalau potong rambut atau kuku masa dalam haid... rujuklah pada yang lebih hebat... setahu ana memang tak jadi apa-apa masalah...
|
hafiz_along_83
Menyertai: 28.08.2003 Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras
|
Posting pada: 08-03-06 15:35
|
hazifselamat
Warga 1 Bintang Menyertai: 01.01.2004 Ahli No: 6142
Posting: 28
|
Posting pada: 08-03-06 15:54
assalamualaikum... saya just nak bagi pendapat saja. dulu masa saya sekolah, ada juga ustazah saya kata boleh potong kuku, potong rambut pula tak boleh sebab ia tidak memudaratkan diri kita cuma lepas haid potong la rambut tu. lepas itu, bila masuk matrik ada palk kawan-kawan dr sek agama kata kita kadang-kadang fikir logik juga, kuku dan rambut adalah lekat di badan kita kalau potong masa haid memwas-waskan kita kan. melainkan rambut yang gugur sebab rambut gugur tak nampak bila dia gugur. nasihat saya tak payah lah potong rambut dan kuku kalau was-was kebenarn nya. macam juga rebonding rambut, dalam ulasan majalh keluarga, haram bagi perempuan merebondingkan rambut, dalma surat kaba pula mengatakan tak haram hanya harus, tapi bagi saya rambut, kita jaga ia dengan elok, maka elok lah ia. tak payah nak rebonding2. dah lah buang duit saja lepas itu kena gunabhn kimia yang entah apa-apa. fikir-fikir kan lah.
|
tasbih_30
WARGA SETIA Menyertai: 27.02.2006 Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK
|
Posting pada: 08-03-06 16:01
!!! QUOTE !!! assalamualaikum... saya just nak bagi pendapat saja. dulu masa saya sekolah, ada juga ustazah saya kata boleh potong kuku, potong rambut pula tak boleh sebab ia tidak memudaratkan diri kita cuma lepas haid potong la rambut tu. lepas itu, bila masuk matrik ada palk kawan-kawan dr sek agama kata kita kadang-kadang fikir logik juga, kuku dan rambut adalah lekat di badan kita kalau potong masa haid memwas-waskan kita kan. melainkan rambut yang gugur sebab rambut gugur tak nampak bila dia gugur. nasihat saya tak payah lah potong rambut dan kuku kalau was-was kebenarn nya. macam juga rebonding rambut, dalam ulasan majalh keluarga, haram bagi perempuan merebondingkan rambut, dalma surat kaba pula mengatakan tak haram hanya harus, tapi bagi saya rambut, kita jaga ia dengan elok, maka elok lah ia. tak payah nak rebonding2. dah lah buang duit saja lepas itu kena gunabhn kimia yang entah apa-apa. fikir-fikir kan lah. betul jugak...abaikan saja pandangan ana...
|
farah_hanan
WARGA SETIA Menyertai: 17.02.2006 Ahli No: 22791
Posting: 987
Dari: terengganu
|
Posting pada: 08-03-06 17:39
kalau mengubah ciptaan Allah selagi tak darurat, hukumnya tak boleh...ana tak berani nak kata haram....tapi apa yang ana tahu macam tu la.... kalau bab potong kuku dan rambut masa ma'zurah tu, ada pendapat kata boleh, ada pendapat kata tak boleh....tapi menurut pandangan mazhab syafie rasanya tak boleh agaknya...rambut dan kuku yang dipotong sepanjang ma'zurah perlu disimpan dan perlu disucikan semasa mandi hadas...tapi kalau pendapat ana ni salah, harap perbetulkan.... (syy..zana, elok bawak topic ni kat portal muslimah la....)
|
dauspd
Warga 1 Bintang Menyertai: 23.02.2006 Ahli No: 22929
Posting: 40
Dari: Port Dickson / USJ
|
Posting pada: 08-03-06 18:47
... saya bukanlah pandai dalam bab ini. tapi saya cuma keluarkan pendapat dan apa yang saya tau sahaja. Kenapa bila kita berada dalam tidak suci, atau junub atau senang kata masih belum mandi wajib... kita tidak harus memotong kuku atau rambut waktu itu? Apa yang saya tau, di akhirat nanti, seluruh tubuh kita termasuk kuku dah rambut akan dihimpunkan oleh Allah sebagai saksi kita. Oleh itu, hendaklah kita pastikan rambut dan kuku kita itu berada dalam keadaan suci sekali kerana ia semuanya akan dihimpun bersama kita untuk dihitung. So saya rasa kita boleh tau Kenapa orang dulu² kata kita tak boleh potong kuku atau rambut ketika haid (atau tidak suci). Wassalam.
|
ibnu_musa
Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 08-03-06 20:00
!!! QUOTE !!! syy..zana, elok bawak topic ni kat portal muslimah la....) bagi saya elok juga persoalan ini dibincangkan dalam ukhwah.com walaupun ia menyentuh persoalan wanita (fiqh wanita) tetapi kaum lelaki pun perlu tahu juga tentang persoalan2 sebegini, lebih2 lagi untuk membimbing isteri dan anak2 nanti... harap yang pakar boleh perjelaskan lagi... ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
kasturi_hati
Warga 1 Bintang Menyertai: 11.12.2004 Ahli No: 13001
Posting: 31
Dari: Bumi Asing
|
Posting pada: 08-03-06 20:02
Apa yang saya belajar masa kat sekolah pula begini: Boleh potong kuku masa haid, hukumnya MAKRUH...tak ada sampai haram..Kalau ikut logik,kita tengok orang yang bersalin..nearly 2 months dalam keadaan tak suci, takkan nak simpan jugak??Saya ada juga tanya ustaz dan ustazah saya..semua kata boleh, cuma Kalau boleh elakkan. Just my two cents.
|
yanokage
Warga 4 Bintang Menyertai: 06.12.2005 Ahli No: 20839
Posting: 276
Dari: SMK (A) Al-Irshad
|
Posting pada: 08-03-06 21:08
adat agaknya noh ?? rasa-rasa nya tak ada masalah ....
|
n_farhanah
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.07.2004 Ahli No: 9856
Posting: 332
Dari: -
|
Posting pada: 08-03-06 22:58
tiada masalah jika nak potong kuku atau rambut waktu haidh, kerana tiada nas yang melarangnya wAllahu a'lam bisshawab --------------------- jawapan daripada Al-Ahkam Online: Hukumnya boleh. Begitulah kata allamah Sayyid Sabiq Mantan Rektor alAzhar dalam kitabnya Fiqh sunnah (1/100, cetakan Darul Fath, Cairo, edisi tahqeeq) Sayyid Sabiq menggunakan hadis alBukhari dari Atha' (hadis mu'allaq*) Dari Atha': " Orang junub itu boleh berbekam, memotong kuku dan rambut tanpa perlu berwudhu' terlebih dahulu." (Imam Ibn Hajar Asqolani, alFath 1/466) JUga dikeluarkan oleh Abdul Razzaq dalam alMusanif dari jalur Ibn Juraij. * Mu'allaq = hadis tergantung kerana terputusnya dari awal sanad seorang atau lebih perawinya. Hadis Mu'allaq alBukhari perlu dibuat kajian lanjut kerana kemungkinan sanadnya ada dalam hadis lain. -----------------
|
one85
Warga 2 Bintang Menyertai: 07.03.2006 Ahli No: 23275
Posting: 45
|
Posting pada: 09-03-06 02:08
yang ana tau...hukum nya makhruh.. jadi sesiapa yang rasa waswas tu .. baik kat elakkn benda2 yang waswas.. so,tak payah potong lah...
|
lara
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.02.2006 Ahli No: 22692
Posting: 277
Dari: uitm, seri iskandar
|
Posting pada: 10-03-06 16:57
hmm...tak tau la..ada juga yang saya dengar blei potong dan ada juga yang kata tak boleh...so..if was-was tak payah la potong...Kenapa tak ty kat ustaz or uztazah saja...
|
athiah_sha85
Warga 1 Bintang Menyertai: 08.03.2006 Ahli No: 23309
Posting: 29
Dari: kUaLa LuMpUr
|
Posting pada: 10-03-06 17:34
setahu atia semua tu makruh saja...xberdosa pun kalau kita buat...tapi lebih baik kalau kita elakkan amalan yang makruh...betul tak kawan-kawan...hehehe
|
muslimah_johor
WARGA SETIA Menyertai: 19.12.2003 Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor
|
Posting pada: 10-03-06 18:33
Pada 08-03-06 15:54 , hazifselamat posting:!!! QUOTE !!! assalamualaikum... saya just nak bagi pendapat saja. dulu masa saya sekolah, ada juga ustazah saya kata boleh potong kuku, potong rambut pula tak boleh sebab ia tidak memudaratkan diri kita cuma lepas haid potong la rambut tu. lepas itu, bila masuk matrik ada palk kawan-kawan dr sek agama kata kita kadang-kadang fikir logik juga, kuku dan rambut adalah lekat di badan kita kalau potong masa haid memwas-waskan kita kan. melainkan rambut yang gugur sebab rambut gugur tak nampak bila dia gugur. nasihat saya tak payah lah potong rambut dan kuku kalau was-was kebenarn nya. macam juga rebonding rambut, dalam ulasan majalh keluarga, haram bagi perempuan merebondingkan rambut, dalma surat kaba pula mengatakan tak haram hanya harus, tapi bagi saya rambut, kita jaga ia dengan elok, maka elok lah ia. tak payah nak rebonding2. dah lah buang duit saja lepas itu kena gunabhn kimia yang entah apa-apa. fikir-fikir kan lah. assalamualaikum memang kekadang ustaz beri pandangan berbeza, setahu ana. kuku boleh.... (kerana ia merupakan bahagian lebihan dari tubuh dan ia boleh dibuang) manakala rambut, potonglah selepas tempoh haid tapi kalau gugur tak mengapa) begitulah jawapan ustaz khadafi (pensyarah UUM) hanya Allah yang maha mengetahui
|
ibnu_musa
Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 10-03-06 19:30
Pada 08-03-06 22:58 , n_farhanah posting:!!! QUOTE !!!
tiada masalah jika nak potong kuku atau rambut waktu haidh, kerana tiada nas yang melarangnya
wAllahu a'lam bisshawab
---------------------
jawapan daripada Al-Ahkam Online:
Hukumnya boleh. Begitulah kata allamah Sayyid Sabiq Mantan Rektor alAzhar dalam kitabnya Fiqh sunnah (1/100, cetakan Darul Fath, Cairo, edisi tahqeeq)
Sayyid Sabiq menggunakan hadis alBukhari dari Atha' (hadis mu'allaq*)
Dari Atha': " Orang junub itu boleh berbekam, memotong kuku dan rambut tanpa perlu berwudhu' terlebih dahulu." (Imam Ibn Hajar Asqolani, alFath 1/466)
JUga dikeluarkan oleh Abdul Razzaq dalam alMusanif dari jalur Ibn Juraij.
* Mu'allaq = hadis tergantung kerana terputusnya dari awal sanad seorang atau lebih perawinya.
Hadis Mu'allaq alBukhari perlu dibuat kajian lanjut kerana kemungkinan sanadnya ada dalam hadis lain.
setuju dengan n_farhanah, nak mengharamkan sesuatu itu mestilah dengan dalil yang jelas... ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
hudahasnan
WARGA SETIA Menyertai: 10.01.2005 Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman
|
Posting pada: 12-03-06 00:46
Pada 08-03-06 20:00 , ibnu_musa posting:!!! QUOTE !!! !!! QUOTE !!! syy..zana, elok bawak topic ni kat portal muslimah la....) bagi saya elok juga persoalan ini dibincangkan dalam ukhwah.com walaupun ia menyentuh persoalan wanita (fiqh wanita) tetapi kaum lelaki pun perlu tahu juga tentang persoalan2 sebegini, lebih2 lagi untuk membimbing isteri dan anak2 nanti...
harap yang pakar boleh perjelaskan lagi...
|
anaksolehah07
Warga 3 Bintang Menyertai: 04.03.2006 Ahli No: 23171
Posting: 85
Dari: bumi Allah..
|
Posting pada: 12-03-06 01:29
tak ada masalah....tak ada dalil soheh melarang...check balik apa perkara2 yang diharamkan ketika haid..can u find these things?? Wallahua'lam..
|
phackdalung
Warga 2 Bintang Menyertai: 23.01.2006 Ahli No: 22146
Posting: 61
Dari: KSL
|
Posting pada: 13-03-06 00:07
mengapa harus haram? jika seorang laki keluar mani...makruh bgnya makan minum, potong kuku dan rambut sebelom mandi wajib...sedangkan itu bukanlah satu kebiasaan bagi lelaki....takkan la keluar mani tetiap hari kan... sedangkan haid bagi perempuan adalah suatu kebiasaan... jadi mengapa haram perempuan potong kuku dan rambut? waallahualam....
|
hanggukkau
WARGA SETIA Menyertai: 17.03.2006 Ahli No: 23501
Posting: 454
Dari: egypt
|
Posting pada: 26-03-06 11:30
HEHE....tak ada DALIL PUN........ YANG TAK BOLEHNYA BERJIMAK....PEGANG QURAN..MASUK MASJID...SEMBAHYANG..PUASA... NAK KETIP KUKU KETIPLAH.....NAK RINGAN2 DENGAN SUAMI PUN tak ada MASALAH..WAKAKAKAKAKAKAKA
|
masri2
WARGA SETIA Menyertai: 21.02.2005 Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin
|
Posting pada: 26-03-06 12:35
http://syariahonline.com/new_index.php/id/9/sini/5736 wr.wb, saya sering mendengar opini publik bahwa menggunting rambut dan kuku tidak diperbolehkan pada saat kita sedang haid. apabila hal itu tetap dilakukan maka potongan rambut dan kuku itu akan menuntut kita di akhirat nanti. untuk itu saya yang awam ini butuh penjelasan sesuai dengan hadis2 yang ada. Wassalamualaikum wr.wb. Saree Jawaban: Assalamu `alaikum Wr. Wb. Al-Hamdulillahi Rabbil `Alamin, Washshalatu Wassalamu `Alaa Sayyidil Mursalin, Wa `Alaa `Aalihi Waashabihi Ajma`in, Wa Ba`di Kami hingga saat ini belum mendapatkan dalil sharih dari Rasulullah SAW tentang tidak bolehnya wanita memotong kuku dan rambut saat haidh. Barangkali hal itu lebih didasarkan kepada logika bahwa wanita haidh itu wajib mandi dan bersuci sebelum dibolehkan shalat atau puasa atau mengerjakan jenis ibadah lainnya. Maka secara logika, bila pada saat haidh itu dia memotong kuku dan rambut, lalu potongannya itu dibuang, maka ketika mandi janabah, potongan rambut dan kuku itu tidak termasuk yang disucikan. Sehingga untuk menghindari hal itu, wanita dilarang memotong rambut dan kuku saat haidh. Tapi sekali lagi, ini hanyalah logika dan nalar. Bukan berasal dari petunjuk syariat Islam. Sebab dari sekian banyak ajaran yang telah Rasulullah SAW sampaikan kepada kita, tak sekali pun beliau menyebutkan larangan itu, baik dalam hadits ataupun dalam ayat Al-Quran Al-Karim. Bahkan dalam kitab fikih yang muktamad, kalau kita telusuri hal-hal yang dilarang dikerjakan oleh orang yang sedang dalam keadaan junub, tak satu pun yang menyebutkan tidak boleh memotong kuku dan rambut. Yang jelas-jelas dilarang untuk dikerjakan oleh orang yang junub adalah : Shalat atau sujud tilawah Tawaf di sekitar ka?bah Menyentuh mushaf Al-Quran Al-Karim Membaca ayat Al-Quran Al-Karim dengan lisannya bukan dalam hati, kecuali doa yang lafaznya diambil dari ayat I?tikaf di masjid Hadaanallahu Wa Iyyakum Ajma`in, Wallahu A`lam Bish-shawab, Wassalamu `Alaikum Warahmatullahi Wa Barakatuh
|
RIZAL830
Warga 2 Bintang Menyertai: 12.03.2004 Ahli No: 7913
Posting: 53
Dari: masja-sa
|
Posting pada: 26-03-06 12:46
assalamulaikum saya pernah dengar ustaz ceramah hari tu, dia kata kalau masa dalam haid or tak suci xdigalakkan potong kuku rambut sebab pada hari akhirat nanti kuku dan rambut yang belum di sucikan akan menuntut haknyan digalakkan semua kuku dan rambt 2 dimandikan time mandi junub. ustaz tu kata, kalau tak tau, TERpotong ke TERgunting ke, minta ampun kat ALLAH. k 2 saja yang dapat saya share. kalau saya tsalah sila betulkan
|
masri2
WARGA SETIA Menyertai: 21.02.2005 Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin
|
Posting pada: 26-03-06 13:08
Clipping fingernails is one of the five qualities dictated by the fitrah or the natural inclination of man. The Prophet (peace and blessings be upon him) is reported to have said, “Five are the acts quite akin to fitrah: Circumcision, shaving the hair, clipping the nails, plucking the hair under the armpits, and clipping (or shaving) the mustache” (reported in all the six authentic collections of Hadith). Responding to the question, Dr. `Abdul-Wahhab ibn Nasir Al-Tariri, former professor of Shari `ah at Imam Muhammad Ibn Saud University, Saudi Arabia, states the following: We are clearly commanded by the Prophet (peace and blessings be upon him) in the Sunnahto clip our fingernails short. This command is directed to both men and women equally. In cutting nails, it is required to cut the excessive pieces under which dirt could gather. Therefore, the fingernails should not hang over any part of the finger’s free skin. When clipping the nails, it is part of the Sunnah to start with our right hand, since the Prophet (peace and blessings be upon him) preferred to start with his right hand in all things, including his manner of grooming. `A'ishah said about her husband, the Prophet (peace and blessings be upon him), “Allah’s Messenger (peace and blessings be upon him) preferred to start with his right side in all matters, in his purification, in combing his hair, and in putting on his shoes” (Al-Bukhari and Muslim). There is no preference, however, for any individual finger over another. The recommendation to bury fingernail and hair is attributed to some of the Companions of the Prophet (peace and blessings be upon him). Some Muslim scholars state that it is permissible to dispose of the nails by throwing them in the garbage or down the drain.
|
masri2
WARGA SETIA Menyertai: 21.02.2005 Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin
|
Posting pada: 26-03-06 13:09
Pada 26-03-06 12:46 , RIZAL830 posting:!!! QUOTE !!! assalamulaikum saya pernah dengar ustaz ceramah hari tu, dia kata kalau masa dalam haid or tak suci xdigalakkan potong kuku rambut sebab pada hari akhirat nanti kuku dan rambut yang belum di sucikan akan menuntut haknyan digalakkan semua kuku dan rambt 2 dimandikan time mandi junub. ustaz tu kata, kalau tak tau, TERpotong ke TERgunting ke, minta ampun kat ALLAH. k 2 saja yang dapat saya share. kalau saya tsalah sila betulkan assalamualaikum wbt setiap cerita yang berkaitan akhirat mestilah melalui alquran dan hadith yang sahih...akhirat adalah perkara yang kita tak tahu melalui wahyu..
|
zilzal
WARGA SETIA Menyertai: 12.03.2006 Ahli No: 23382
Posting: 854
Dari: somewhere in jordan
|
Posting pada: 26-03-06 23:19
zilzal nak nasihatkan kawan-kawan semua,kalau nak bawak keluar sesuatu hukum tu,janganlah ada rasa-rasa...dengar-dengar....tengok kat tv ke apa....bialah kita sendiri yang tanya kepada yang pakar..dan yakin....baru kita bagitahu orang lain... p/s: tak niat nak tuju sesiapa...harap maaf sahabat sekalian...
|
segerak_searah
Warga 3 Bintang Menyertai: 07.03.2006 Ahli No: 23281
Posting: 127
Dari: Kem Sg Besi
|
Posting pada: 27-03-06 01:27
Aduss, kalau bab ini ana tak berapa expert......
|
annynatasha88
Warga 4 Bintang Menyertai: 05.08.2005 Ahli No: 17875
Posting: 177
Dari: johor bahru
|
Posting pada: 27-03-06 15:22
assalamualaikum...pernah terlintas difikiran tentang topik ini tapi setelah saya bertanya dengan ustaz di sekolah,dia telah menerangkan. Ustaz saya memberitahu,tidak salah memotong kuku dan rambut kerana ia bukanlah haram...tapi kalau kita melakukannya,seharusnya kita perlu menjaga kebersihan...
|