Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-07-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Seekor ikan di tangan lebih berharga dari dua ekor ikan di kolam
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 34
Ahli: 0
Jumlah: 34




  Yang Masuk Ke Sini
yanokage: 13 hari yang lalu
Rashdin: 29 hari yang lalu
khalifah: 35 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: bapa menjadi pengemis setelah dihalau anak.....


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» bapa menjadi pengemis setelah dihalau anak.....

Please Mendaftar To Post


Oleh bapa menjadi pengemis setelah dihalau anak.....

khalifah_85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22747
Posting: 437
Dari: johor bahru

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 03-03-06 02:09


Edisi Tengah: Bapa terpaksa jadi pengemis

Oleh Sulaiman Salleh
[email protected]

SEREMBAN: Seorang lelaki warga emas mendakwa terpaksa meminta sedekah di sebuah pusat beli-belah dekat sini, selepas dihalau anaknya keluar dari rumah lebih seminggu lalu.

Nasib malang warga emas yang hanya dikenali sebagai Pak Mat, 50-an, berasal dari Pahang itu terbongkar apabila dia ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam operasi yang dimulakan kira-kira jam 8 malam semalam.

Operasi diketuai Ahmad Tajuddin Jamaluddin bersama Shamsuri Sulaiman dari JKM Negeri Sembilan serta 20 kakitangan JKM turut dibantu anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan anggota polis daerah Seremban.

Seramai enam pengemis, seorang wanita dan lima lelaki ditahan dalam operasi sekitar pusat beli-belah, pasar malam dan laluan yang sering dilalui orang ramai di bandar ini.

Difahamkan, sehingga petang semalam dua daripada pengemis terbabit dituntut ahli keluarga untuk dibawa pulang.

Pak Mat berkata, dia dihalau keluar dari rumah anaknya di Sikamat pada 17 Februari lalu dan keadaan itu memaksanya meminta sedekah bagi perbelanjaan makan minumnya setiap hari.

“Sejak tinggal bersama anak, hidup saya tidak tenteram dan kerap dimarah tanpa sebab munasabah,” katanya ketika ditemui di sini, malam kelmarin.

Menurut Pak Mat, dia juga reda jika dihantar ke rumah kebajikan kerana tidak sanggup hidup merempat sejak lebih 10 hari lalu.

“Kehidupan saya tidak terurus selepas kematian isteri dan harapan menumpang di rumah anak pula tidak kesampaian apabila dihalau keluar dari rumah,” katanya yang kelihatan tenang ketika ditahan penguat kuasa JKM kira-kira jam 9.40 malam.

Menurut Pengarah JKM Negeri Sembilan, Kassim Yunus, warga emas itu akan dihantar ke Rumah Seri Kenangan, di sini, bagi diberikan perlindungan sementara.

Katanya, warga emas itu juga akan diberi rawatan bagi mengubat penyakit yang dihidapi.

“Kami akan menyiasat latar belakang keluarga pengemis yang ditahan itu sebelum mengatasi masalah yang dihadapinya,” katanya.

Kassim berkata, keluarga pengemis terbabit juga akan dikesan dan pihaknya tidak keberatan jika pengemis itu sendiri mahu dimasukkan ke Rumah Seri Kenangan.

Bagaimanapun Kassim berkata, mengikut prosedurpengemis yang berusia kurang 60 tahun perlu dihantar ke Pusat Pemulihan Pengemis di Mersing, Johor selama tiga tahun atas perintah Mahkamah.

“JKM juga akan pertimbangkan permohonan warga emas yang berusia kurang 60 tahun untuk memasuki Rumah Kebajikan Seri Kenangan,” katanya.
    
------------------------------------------------------------------------------

adakah ini balasan kepada orang yang telah membesarkan kita dari kecil dengan bersusah payah....akhirnya terlantar ditepi jalan dan terpaksa mengemis untuk meneruskan hidupnya....

apakah agaknya perasaan kita sekiranya kita berada ditempat seperti ini????

dalam ALQURAN,ALLAH telah memperingati kita berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa kamu dan berkatalah dengan lembut..jangan lah kamu berkasar dengan perkataan "ah" sekalipun...sebaliknya berkatalah dengan sopan dan lembut...

renungkanlah sahabat2 sekalian...


-----------------
bangunlah bersama islam,kerana islam akan tetap tertegak walau tanpa kita bangunkan.rgilah mereka yang tidak ambil bahagian dalam membangunkan islam


Bookmark and Share

    


  Member Information For khalifah_85Profil   Hantar PM kepada khalifah_85   Quote dan BalasQuote

khalifah_85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22747
Posting: 437
Dari: johor bahru

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 03-03-06 02:17


semoga kita semua terhindar dari menjadi anak derhaka...tak dapat cium bau syurga kelak...

Bookmark and Share

    


  Member Information For khalifah_85Profil   Hantar PM kepada khalifah_85   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 03-03-06 09:27


:-o kejam sungguh anak dia...sanggup memperlakukan sebegitu rupa terhadap ibubapa yang telah membesarkan dia.....


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

wafa_mawaddah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2003
Ahli No: 4175
Posting: 845
Dari: mardhatillah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 03-03-06 09:31


Ya Allah.....
jadikanlah diriku anak yang solehah..
yang dapat membalas bakti dan kasih sayang kedua orang tuaku...
jauhkanlah aku dari menjadi anak yang derhaka....

Bookmark and Share

    


  Member Information For wafa_mawaddahProfil   Hantar PM kepada wafa_mawaddah   Pergi ke wafa_mawaddah's Website   Quote dan BalasQuote

ina_irdyna85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.09.2005
Ahli No: 18932
Posting: 268
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 03-03-06 10:30


sedih ana baca kisah diatas... tak sanggup ana nak melukakan hati ibu bapa ana...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ina_irdyna85Profil   Hantar PM kepada ina_irdyna85   Pergi ke ina_irdyna85's Website   Quote dan BalasQuote

nurfieza
WARGA SETIA
Menyertai: 19.01.2006
Ahli No: 22039
Posting: 416
Dari: utara...

Selangor  


posticon Posting pada: 03-03-06 12:41


jangan sampai ibubapa kita mendoakan neraka untuk kita...

berbuat baikla kepada mrka yang slama ini bersengkang mata,mengikat perut,bertungkus lumus dalam memberikan yang terbaik dalam hidup kita..dari dalam perut ibu sehingga sekarang...
jdkanlah peristwa anak derhaka yang disumpah menjadi ikan br2 ini sebgi pengajarn...

peringatan untuk sahabat-sahabat dan jua diri ini yang xprnh lari dr membuat kesilapan....


-----------------
.......
[ Telah diedit oleh: nurfieza pada 03-03-06 12:43 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurfiezaProfil   Hantar PM kepada nurfieza   Quote dan BalasQuote

khalifah_85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22747
Posting: 437
Dari: johor bahru

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 04-03-06 04:34


ambillah pengjaran dari berita ini...untuk kita cuba menginsafi dr dan menjaga agar kita tidak termasuk dalam lingkaran orang2 yang melakukan seperti itu kelak..

SYURGA ITU DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU....
REDHA ALLAH TERLETAK KEPADA REDHA IBU BAPA...



WASSALAM....

Bookmark and Share

    


  Member Information For khalifah_85Profil   Hantar PM kepada khalifah_85   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.101098 saat. Lajunya....