Untuk pengetahuan semua.
Reply from JAKIM :-
1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1)McDonald 2) A&W 3) Secret Recipe
Restoran/syarikat berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM
kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
1) Victoria Station 2)Kam Lun Tai 3) Lotus Family
Restoran
Restoran/syarikat berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) San Francisco Steakhouse 2)Chicken Rice shop 3)Kiwi
Express
Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&dan seperti coke dan 100 plus telah
mendapat pengesahan halal JAKIM.
Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM
adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat.
kampung Pastry atau Noraini's Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo
halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarikbalik
pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan
halal yang ditetapkan.
2. ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh
Syarikat Sin Mah S/B, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM.
3.
Terima Kasih Pada yang bertanya,
Mewarnakan rambut dr segi hukum syarak terbagi kepada :
1.Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam.Warna hitam hannya
harus bagi yang berpenyakit sahaja.
2.Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.
3.Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.
4.Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan.
5.Harus mewarnakan rambut dengan izin Suami.
Dari segi ingredient pewarna rambut yang ada dipasaran terbahagi kepada 2
jenis yang mana kedua-duanya dalah halal dari segi bahan kandungan. Yang
menjadi persolan adakah pewarna tersebut menyerap air atau tidak ??
Pewarna rambut yang dipasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT
DYE atau SEMI PERMANENT DYE. Mengikut kajian jenis yang Semi-Pamenent Dye
adalah jenis yang tidak menyerap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh
orang islam.Begitu juga sebaliknya.
JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna
rambut kerana ianya di kilangkan di luar negara. untuk pengetahuan, JAKIM
hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di malaysia
sahaja . Wassalam
4. Sehingga kini pengeluar supplement dan produk makanan kesihatan yang
telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha, kebanyakan supplement
food dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah
dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk
jenama Blackmores, Solaray,Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat
pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang
digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui
sama ada lembu itu disembelih atau tidak.
Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah
produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan
pengesahan halal dari badan islam dinegara asal produk tersebut diimport.
5. untuk makluman coffee bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM maka
coffee bean tidak berkaitan dengan email yang disebarkan ini tetapi
starbuck tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM maka tidak dapat
dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan.
6. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan
halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan
makanan/minuman yang disediakan di restoran ini.
7. Soalan : Saya ingin tahu sama ada semua stall di foodcourt Suria KLCC
halal kerana tiada papan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang
tidak halal. saya juga ingin tahu sama ada semua restoran di Suria KLCC
menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak): Madam
Kwan's, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California
PIzza, Kelantan Delights, Chakri's Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie
Anne's Pretzels,Cinnabon, Al-Marjan, Bong Sen (Vietnamese), Chinoz On the
Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean's Coffees, House of Sudanese
Food, San Francisco Steak House/Santini.
Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat
pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan
itu.
8. Baker's Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan
Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal
kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.
King's Confectinery telah mendapat pengesahan halal JAKIM, Status makanan
yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat
pengesahan halal JAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal
yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat
pengesahan halal JAKIM secara khusus.
9. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal
JAKIM.
10. sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas
Restoran Burger King, maka dengan itu tidak dapat dipastikan status
kehalalan produk yang dijual.
11. pernyataan mencampurkan minyak bab* untuk pembuatan sausage ayam, fish
ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah
mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas,
memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini
sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.
12. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan
semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak
pernah memohon pengesahan halal JAKIM, maka tidak dapat dipastikan
kehalalan bahan/produk di tempat tersebut.
waallahua'lam
Feroz Bin Omar
Learning & Development, hari Malaysia
Level 2, Menara OCBC
18 Jalan Tun Perak
50050 Kuala Lumpur
Tel-20345339
Fax-20260837
-----------------
ana muslimah, alhamdulillah..