Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
It is possible to fail in many ways...while to succeed is possible only in one way.
-- Aristotle

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 68
Ahli: 0
Jumlah: 68




  Yang Masuk Ke Sini
izad: 60 hari yang lalu
the_brOtherz: 87 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: TEMUDUGA (JAWATAN KOSONG)


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» TEMUDUGA (JAWATAN KOSONG)

Please Mendaftar To Post


Oleh TEMUDUGA (JAWATAN KOSONG)

triptofana
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-02-06 11:27


Subject: Temuduga
RENUNGAN DI PAGI INI -


     SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

     KEKOSONGAN JAWATAN:
     A. Ahli Syurga Dari Awal.
     B. Ahli Neraka Dari Awal.
     C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli
         Syurga.

     EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
     1. Nikmat kubur.
     2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
     3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
     4. Syurga yang kekal abadi.

     TARIKH TEMUDUGA:
     Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan
     ini.

     LOKASI TEMUDUGA:
     Di dalam kubur (alam barzakh).

     KELAYAKAN:
     Anda tidak perlu bawa siji-sijil.
     Anda tidak perlu bawa pingat.
     Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yang banyak).
     Anda tidak perlu berparas rupa yang cantik, handsome atau    berbadan
tegap
     atau seksi.
     Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

     PANEL/PENEMUDUGA:
     Mungkar dan Nakir.

     ENAM SOALAN BOCOR:
     1. Siapa Tuhan anda?
     2. Apa Agama anda?
     3. Siapa Nabi anda?
     4. Apa Kitab anda?
     5. Di mana Kiblat anda?
     6. Siapa Saudara anda?

     CARA MEMOHON:
     Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk
menjemput
     anda. Ia akan menjemput anda
     pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan
berlembut
     kepada orang-orang tertentu dan akan
     bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

     TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
     Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud
     begini:
             Sabda Rasullah SAW: "Sesungguhnya apabila jenazah
seseorang
     itu diletakkan di dalam kuburnya, se
             sungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah kasut)
     orang2 yang menghantarnya ke kubur pada
             saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu
seorang
     muslim, maka solat yang dilakukannya
             ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di
     kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanan
             nya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan
     kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim,
             perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua
kakinya.


     Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu
berkata
     kepada malaikat : dari arasku tidak ada
     jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka
     puasa berkata kepadanya : dari arasku
     tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah
kiri,
     maka zakat berkata kepadanya : dari
     arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah
kedua
     hujung kakinya dan berkatalah amal-
     kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat
     berkata kepadanya : Duduklah kamu.
     Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula
terbenam,
     lalu malaikat bertanya kepada
     mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki
     (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa ber
     cakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka
     berkata mayat itu : Tinggalkan aku
     sebentar. Aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat :
     Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat
     (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini.
     Apakah pandangan kamu tentang seorang laki
     -laki Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya;
dan
     bagaimana penyaksian kamu kepada
     nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad
saw
     dan aku naik saksi bahawa nabi
     Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran
daripada
     Allah Subhanahu Wata'ala. Maka
     malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan
dan
     begitu juga kamu dimatikan dan dengan
     demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah.
     Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga,
     maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah
bagi
     kamu dan kamu akan berada di dalamnya.
     Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan
kuburnya
     seluas 70 hasta dan disinari cahaya
     baginya"

     Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala,
kanan,
     kiri dan hujung kaki).!

     Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

     Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini....


-----------------
Tengoklah dengan mata,
Lihatlah dengan hati,
Renunglah dengan akal,
Fikirlah dengan iman.


Bookmark and Share

    


  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

ilahkisas
Warga 2 Bintang
Menyertai: 29.01.2005
Ahli No: 13966
Posting: 50
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 27-09-09 11:43


alhamdllah...mudah-mudahan kita semua mndapat manfaat dr cerita d atas


-----------------
UKHWAH FILLAH PENCETUS MAHABBAH


Bookmark and Share

    


  Member Information For ilahkisasProfil   Hantar PM kepada ilahkisas   Quote dan BalasQuote

miftahul_jannah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.09.2008
Ahli No: 34964
Posting: 108
Dari: UITM SABAH-UITM SARAWAK-UiTM SHAH ALAM

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 27-09-09 16:03


masyaALLAH...
first ingat ada jawatan kosong betul-betul...namun ini jawatan yang memang akan di lalui setiap orang walaupun tak berminat dengan pekerjaan ini. hanya amalan dapat menentukan tempat perkerjaan..insyaALLAH...


-----------------
^..STRIVE 4 MARDHATILLAH..^




Bookmark and Share

    


  Member Information For miftahul_jannahProfil   Hantar PM kepada miftahul_jannah   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 27-09-09 16:07


permanent ke kontrak ek? huhu...

ni macam walk in-interview saja...haha...


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.102484 saat. Lajunya....