Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"The word impossible is not in my dictionary"
-- Napoleon Bonaparte

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 238
Ahli: 0
Jumlah: 238




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 8 jam, 9 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Pengarah akaun hotel `dipaksa


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Pengarah akaun hotel `dipaksa

Please Mendaftar To Post


Oleh Pengarah akaun hotel `dipaksa

mihar123
WARGA SETIA
Menyertai: 20.11.2005
Ahli No: 20396
Posting: 551
Dari: ::. Negeri Che Siti Wan Kembang .::

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-02-06 17:15


KUALA LUMPUR 22 Feb. - Seorang pengarah akaun sebuah hotel bertaraf lima bintang di ibu negara kecewa apabila terpaksa melepaskan jawatan yang dipegangnya sejak lebih 10 tahun lalu semata-mata kerana memakai tudung.

Habsah Jaafar, 46, mendakwa beliau terpaksa berbuat demikian setelah diberi kata dua oleh pengurusan hotel terbabit sama ada mematuhi peraturan yang melarang pemakaian tudung ketika bekerja atau melepaskan jawatannya.

Kata beliau, tindakan pengurusan hotel terbabit yang memberikan pelbagai `tekanan' seperti menghalangnya daripada datang ke tempat kerja jika memakai tudung turut memaksa beliau membuat keputusan berhenti kerja pada 17 Februari lalu.

``Mereka (pengurusan hotel) bimbang jika saya datang kerja dengan bertudung, ia akan mempengaruhi pekerja-pekerja lain untuk berbuat demikian,'' katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Pergerakan Pemuda UMNO di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Biro Kebajikan dan Pembelaan Masyarakat Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Subahan Kamal.

Menurut Habsah, isu itu mula timbul apabila beliau memohon untuk bercuti setelah mendapat tawaran mengerjakan haji pada bulan Disember lalu.

Bagaimanapun katanya, permohonan untuk bercuti bagi menunaikan haji walaupun tanpa gaji ditolak dan hanya diluluskan lima hari sebelum beliau bertolak ke Tanah Suci.

``Dalam pertemuan dengan pengurusan tertinggi hotel, saya juga diberikan `gambaran' supaya berhenti kerja jika ingin mengerjakan haji,'' katanya.

Habsah berkata, sekembalinya daripada mengerjakan haji, beliau yang sebelum itu mendakwa `terpaksa' membuka tudung ketika bertugas memutuskan untuk memakai tudung ketika masuk kerja pada 9 Februari lalu.

Ekoran keputusan itu katanya, beliau telah dipanggil pengurusan hotel terbabit dan diberikan kata dua sama ada membuka tudung ketika bertugas atau berhenti kerja.

``Sebagai orang Islam, bila mereka suruh saya buka tudung, saya rasa seolah-olah mereka suruh saya berbogel,'' katanya yang sudah lebih 20 tahun berkecimpung dalam bidang perhotelan.

Sementara itu, Subahan berkata, pihaknya amat kecewa dengan tindakan segelintir pengurusan hotel terutama bertaraf lima bintang yang melarang pekerja mereka mengenakan tudung ketika bekerja.

Katanya, tindakan hotel terutama yang diuruskan oleh rakyat asing, mengeluarkan garis panduan berpakaian sendiri itu seolah-olah memperlekehkan budaya serta amalan agama rakyat negara ini selain menafikan hak wanita Muslim mengamalkan suruhan agama mereka.

``Sebagai rakyat asing yang mencari rezeki di negara ini, mereka sepatutnya belajar menghormati budaya dan amalan agama rakyat negara ini,'' katanya.

Sementara itu, Hotel Renaissance menjelaskan, langkah Habsah Jaafar meletakkan jawatan sebagai pengarah akaun hotel tersebut bukan disebabkan beliau tidak dibenarkan memakai tudung.

Sebaliknya dalam kenyataan kepada Bernama, hotel tersebut menegaskan, peletakan jawatan Habsah itu ekoran hal antara beliau dengan hotel yang sulit dan tidak boleh didedahkan demi menghormati Habsah.

Oleh itu, menurut kenyataan berkenaan Habsah boleh memilih untuk kembali bekerja dengan memakai pakaian semasanya.

Dalam kenyataan dua muka surat bagi menjelaskan isu itu, Renaissance Kuala Lumpur berkata, sebagai sebuah hotel antarabangsa, ia mempunyai kakitangan dari segala peringkat masyarakat dan pihak pengurusan menghormati kepercayaan, agama dan tradisi setiap individu.


-----------------
~~~Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian~~~

My blog::: http://mihar.blogs.friendster.com/:::



Bookmark and Share

    


  Member Information For mihar123Profil   Hantar PM kepada mihar123   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 23-02-06 23:18


eloklah hajah tu resign... hotel 5 star kat KL tu bukannya ada satu pun milik orang 'Islam'!!!! Semoga beliau telah mendapat haji yang mabrur...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

nano
Warga 5 Bintang
Menyertai: 20.10.2005
Ahli No: 19971
Posting: 386

blank   avatar


posticon Posting pada: 24-02-06 00:11


"Saya rasa penting juga umat islam menggunakan kuasa mereka sebagai pengguna .....oleh buat kempen kepada orang ramai dan desak pihak berkuasa supaya memboikot hotel tersebut.Seloknya guna saluran persatuan pengguna islam untuk buat kempen dan desakan.Ini pentingnya umat islam bertindak dalam satu nada dalam hal2 melibatkan kepentingan umat islam.Oleh itu saya seru sekali lagi supaya umat islam menyertai persatuan pengguna islam dan cuba bertindak ikut saluran persatuan.kadang-kadang rasa pelik juga Kenapa ramai umat islam tidak sedar kuasa mereka sebagai pengguna boleh mempengaruhi banyak pihak jika mereka bertindak senada"

Bookmark and Share

    


  Member Information For nanoProfil   Hantar PM kepada nano   Quote dan BalasQuote

mihar123
WARGA SETIA
Menyertai: 20.11.2005
Ahli No: 20396
Posting: 551
Dari: ::. Negeri Che Siti Wan Kembang .::

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-02-06 10:00


pihak krj macam merelakan hal ini...
tiada tindakan tegas sebab dah banyak pkr macam berlaku


-----------------
~~~Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian~~~

My blog::: http://mihar.blogs.friendster.com/:::



Bookmark and Share

    


  Member Information For mihar123Profil   Hantar PM kepada mihar123   Quote dan BalasQuote

nurfieza
WARGA SETIA
Menyertai: 19.01.2006
Ahli No: 22039
Posting: 416
Dari: utara...

Selangor  


posticon Posting pada: 24-02-06 10:59


............

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurfiezaProfil   Hantar PM kepada nurfieza   Quote dan BalasQuote

harmoni_melodi
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.09.2005
Ahli No: 19040
Posting: 50

Johor  


posticon Posting pada: 24-02-06 11:50


kejap...
tapi dalam laporan dr phk hotel ada mengatakan perletakan jwtn tu adalah disebabkan hal lain yang tak boleh dinyatakan kerana menghormati pun. Habsah...

kita tak tahu gk perkara sebenarnya kan..
biarlah hal ni phk mereka saja yang uruskan.
bukan apa...
even tu hotel bertaraf lima bintang,saya tak nafikan yang hotel bertaraf 5 bintang ada yang menghormati setiap agama anutan...

as umat Islam,
kita seharusnya memandang dari semua aspek.
dah tau dari kedua2 pihak baru kita boleh buat spekulasi,k:roll:

buat masa sekarang,
sma2 la kita berdoa agar umat Islam tidak terus ditindas.
dan as uamt Islam sendiri,
sama-sama la kita jalankan tanggungjawab kerana teguhnya sesuatu agama itu adalah dari penganutnya...
teguhlah pendirian kita,
maka Insya-Allah,
akan teguh lah Islam di mata dunia :) :)
[ Telah diedit oleh: harmoni_melodi pada 24-02-06 11:53 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For harmoni_melodiProfil   Hantar PM kepada harmoni_melodi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.101721 saat. Lajunya....